Thursday, November 27, 2008

GERAMMMMMMMMMMM

Salam.

Motiffff!!!!! Akak tempek gambar ni? Citer panjang nau kang, kengkawan pun tak paham apa pasal akak geram. Di pendekkan citer, akak rase cam nak campak orang yang akak geram sangat tu kat pak belang ni. Kalaulah akak boleh buat cam ni, nikmatnye.......

Bayangkan ye kengkawan, orang yang akak nyampah tu akak campakkan dan pak belang pun menoleh ke arah bunyi gedebukkkkkkkk itu

Pak belang pun dengan riangnye pergi ke arah orang yang akak campak tadi sambil orang tu menjerit2 tapi akak buat pekak sebab geram punye pasal.......

Burp, pak belang dah kenyang kunyah bedul tu dan melangkah kekenyangan ke port dia. Best betul kalau impian akak ni jadi kenyataan........
Kalaulah akak boleh campak orang tu dalam ni, best tul lah

Tuesday, November 25, 2008

WAK DI HUJUNG MINGGU

Salam.

Semalam korang dah tengok gambar2 bibik junior & senior akak kan. Hari ni akak nak tunjuk gambar2 wak pulak. Kengkawan ada ke, bibik & wak macam apa yang akak ade ni. Jangan jealous tau. Mr R ni bile hari ahad, dia menjalankan tugas2 wak, laman porch ni die lah yang sapu dan mop. Akak bertugas kat dalam, wak amik tugas2 di luar. Fair & square.

See, see my mercedes mata bulat 850 cc berkilat sudah. Mekasih wak!

Wak tengah menyental rim tayar keretanye pulak, mesti kasik lawa kete mem dulu kan.

Monday, November 24, 2008

BIBIK DI HARI MINGGU

Salam.

Bila hari sabtu dan ahad, rutin harian akak adalah mengemas, membasuh, memasak dan korje2 yang sewaktu dengannye. Dulu akak ada bibik buat sume ni tapi bibik ku itu sudah ku poskan balik nogori sebab perangai bibik2 ni hanye orang yang pernah menghadapi karenah dia orang je yang paham. Yang tak paham tu buat2 paham je lah. So bila ada request untuk menu2 yang dia orang nak makan inilah bibik yang setia membantu akak di rumah.

Tarraaaaaaaa, ni bibik junior, gaji dia paling mahal tau !!!!!!!!!!!!!!!

Bibik junior akak tengah sebok memotong sayur hingga hancussssss

Bibik junior ni di asuh pulak oleh bibik senior yang telah di asuh oleh supervisor segala bibik

Korje semuanya sudah selesai, tunggu mem untuk masak je. Nanti akak kasik korang nengok apa yang akak masak semalam ok.

MISI HAPUSKAN LELEMAK

Salam.

Seperti yang telah akak war2 kan sebelum ni, misi akak kan nak buang lelemak2 akak ni. Hari Sabtu yang lepas dengan bangganya akak gi cari vcd senam aerobik ni. Sebab utama akak mencari benda ni ialah seperti yang sedia maklum aktiviti senaman dan joging sudah bermula di kalangan budak2 opis ni last week, itupun setelah dipaksa oleh akak. Next month ramai yang dah mule bercoti, rase malas (perangai cam akak ko ni lah hangat2 tahi ayam!!!!!) dan macam2 alasan yang akak akan dapat, akak memberanikan diri membeli vcd ni walaupun budak jurujual tu sengih2 jer bile akak tanye die, ada tak vcd senaman yang boleh di nengok2. Bile budak2 kat opis dah malas nak bersenam bersame2, akak buatlah senaman ni kat umah nanti. MALAYSIA BOLEH, SHIBAM KO PASTI BOLEH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu petang tu jugak, akak start buat ngan anak dara tu. Senaman ni durasinye lebih kurang 30-40 minit. Pehhhhh, keluar woh peluh jantan akak. Banyak syiok.

Satu, dua, tiga...........................lapan lagi.

Besh, besh, besh, wahai shibam ko tolonglah kuatkan semangat ko nak bersenam ni tau. Nanti boleh amik gambar pakai baju camni bile pewut ko dah kempis shibam.

Ni budak yang meneman mama dia bersenam, gambar mama dia takde coz korang sanggup ke nengok mamanye bersenam dengan pakaian macam dia orang kat atas tu!

Friday, November 21, 2008

AZAM TAHUN 2009

Salam.

Tahun 2008 tinggal sebulan lebih kurang gitu kan, akak dah ada azam baru untuk dilunaskan. Sebelum ni akak tak pernah berazam yang ni selalunye azam pasal bende2 lain je. Nak beli itu lah, ini lah, bla bla bla.

Tapi kali ini akak berazam sungguh2 ni, tak propa langsung sungguhpun gelaran akak kat opis ni akak propa.

Azamnya adalah supaya dapat menghapuskan lelemak di sekeliling pinggang, lengan, peha dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.

Akak kalau nak perasan kurus kan, akak suka berdiri kat sebelah Encik Suk Suk ni, terasa macam akak kecik je. Ampun En Suk Suk !!!!!!!!!!!!

PANDUAN MEMOTONG KUKU


Salam di hari Jumaat yang mulia, Penghulu segala hari.
Kengkawan meh sini akak nak berkongsi panduan mengerat kuku cara yang betul mengikut sunnah. Kengkadang tu kena jugak ingat mengingati ni kan. Lain kali kalau kengkawan nak kerat kuku tangan dan kaki tu please make sure hanya pada hari2 yang dibolehkan iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. 
Aturannye pulak ikut cam gambarajah yang akak dah bagi ni. Dapatlah kita sesama pahalanya kan . Amin.
Kat sini akak ceritakan mengenai hari apa yang boleh dan tidak boleh ye.

Hari Sabtu : Senang mendapat penyakit
Hari Ahad : Hilang berkat
Hari Isnin : Mempusakai orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan
Hari Selasa : Mendapat kebinasaan
Hari Rabu : Mempunyai perangai jahat
Hari Khamis : Mendapat kekayaan
Hari Jumaat : Mendapat ilmu dan lemah lembut

Thursday, November 20, 2008

AKSI2 BUDAK BERKHATAN

Salam.

Gambar2 ni masa hari ke 2 dan 3 dia berkhatan. Sian ko. Tension je muka. Penat terbaring duduk lak tapi still terbabas gak. Mama dia kan oh la la la, anak ketiduran pun sempat lagi snap gambar.

Dia tersedor masa ni, terus mama dia kena sound, apa ni mama tak habis2 nak amik gambar!!

Harapkan akak dia tengok2kan adik tapi harapan tinggal harapan je lah. Dia boleh khusyuk tu main dengan benda alah tu, si Mimi hampir2 nak landing dah kat abang dia. Akak jugak yang kena settlekan. Ni lah anak gadis zaman sekarang, tak sama masa zaman mama dia dulu. Percayalah kengkawan.

Kelakar betul aku nengok scene ni, kangkang tetap kangkang, game tu tak leh lepas. Suke hati ko lah Fariz janji ko duduk diam2.

Wednesday, November 19, 2008

TELATAH MIMI

Mimi ni memang lawak tau kengkawan, bila akak sebok mengsnap gambar2 abang or kakak die, die mesti suruh aku amik jugak gambar dia. Mula2 tu akak acah2 je lah mainkan flash tu tapi dia punyalah bijak dia mintak pulak tengok gambar yang akak dah snap tu. Kalau tak de, siap tanye lagi mana gambar Mimi, tade pun..............

Aksi nampak lurah yang tak mengancam langsung

Maintain berdiri tegak, akak tengah nyanyi lagu Negaraku masa ni, automatik dia berdiri tegak. Wah!!!!! Patriotik sungguh budak ni. Anak sapa ni ek.

Ni pulak aksi nak tunjuk hidung ni yang penyet tu. Kah kah kah

Masa ni akak suruh dia buat aksi moncong, ni lah hasilnya.

Berlatih bersanding untuk 20 tahun akan datang.

FARIZ BERKHATAN

Salam.

Last Saturday anak bujang akak selamat dikhatankan. Akak coti 2 hari untuk menjaga budak bertuah ni. Cam ni rupenye orang berkhatan, ye lah first time kan, dulu kahwin dengan orang yang dah siap2 berkhatan, so tak tahulah prosedur dan rupenye cam mane kan.

Ni muka peace dia sambil tahan sakit.

Sempat lagi jeling bila akak nak snap gambar die. Sib baik ada benda alah tu, kalau tak sure dia boring giler punye.

Yang tak berkhatan pun sibok gak nak berposing. Ada lagi gambar2 yang kelakor kengkawan. Nanti bile line clear akak upload kan lagi.

Friday, November 14, 2008

AKTIVITI LUNCH TIME

Lunch hari jumaatkan lama. Si S/U PYC ajak akak gi menghabiskan masa. Udahnya bukan setakat habiskan masa tapi perabihkan duit sekali.

Puas memikir nak bagi hadiah apa untuk anak bujang akak yang berkhatan esok dan yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir sekolah kebangsaan dan agamanya tu. Ni lah hadiahnya kengkawan. Ok ah tu daripada tak de kan.

P/S : Yang, tujuan saya menayang ni sume untuk claim balik dari u ye. Tak banyak. 200 lebih je.

MAK BOREK ANAK RINTIK

Kengkawan pernah dengar peribahasa seperti tajuk di atas kan. Kalau tak faham2 jugak, ni akak nak bagitahu contoh2nye seperti gambar2 dibawah ye. Dah mak dia pun oh la la la, jadi bila anak2 dia ambik gambar cam ni kan, sesungguhnya tak ada ape untuk dikomen. Layannnnnnn

Ya ampun, si Mimi pun nak join sekali. Sara confirm babah pening tengok aksi2 kita dalam blog ni. Kah kah kah. Sabar je lah yang, dah bini ngan anak2 u camnikan, u redho je lah ye.

Thursday, November 13, 2008

BUAT KERJA GILA

Semalam hari bersuke2 kat opis ni. Akak terpikir nak buat kerje gile dah lama dah tapi baru ni ada kesempatannya. Kat opis ni kan ada pegawai akak yang bermata glamour tu, ni dialah punya hasil tangan ni, baik korang bagi komen yang bagus2, semalam pegawai akak tu dah merajuk dah, akak komplen warna mata menyilau sungguh.

Mesti pengarah makan hati tengok muka akak kalau gi keje rupe ghini hari2 kan. Ye lah berlawan ngan bedak kat muke dia. Kah kah kah.


JAMUAN TENGAHARI & PETANG PULAK

Tarrrraaaaaaaaaa, inilah kek besday untuk kitaorang kat opis ni. Sangat menjimatkan dan menyenangkan menyambut besday semua orang sekali je setahun. Buat sekali je setahun tapi acara nya dari sarapan pagi, ke makan tengahari dan penutupnya pulak minum petang. Opis korang ada ke buat cam ni, confirm tak de punye kan. Mari2 sape nak tiru opis kami boleh je, silakan2 buat muka tak malu. Kah kah kah.

Mango cake yang dipilih oleh shibam dan kak wok dari kedai segar recipe, asalnye nak beli dari secret recipe masa ada harga runtuh hari tu. Gigih tau "teratak aku" bawak kitaorang gi alamanda nak beli kek lah kononnya. Sesampai je tengok manusia punyalah ramai, terus tak jadi. Ingatkan kitaorang je suka yang murah2 ni tengok2 ada juga spesies yang sama ngan kitaorang.

Kengkawan dah tengok makanan pagi kat entri terdahulu kan, ni pulak makanan tengahari dan petang kitaorang. Yang tak de dlm gambar ni air kotak dan banana splitlah (dlm fridge lagi) - nak jugak bagi tahu tu, riak betullah tuan punya blog ni. Hu hu

Muka suke mentekedarah dari pagi sampai petang. Wak Jalee x de dlm gambar ni sebab dia yang tukang amik gambar ni. Sian Wak Jalee. Anyway kitaorang tak de lah buruk lantak satu opis je, kitaorang jemput gak mamat2 ngan minah2 dari PYC dan PHUM tapi lupa nak snap gambar diaorang masa tengah gigih habiskan makanan kitaorang.

Wednesday, November 12, 2008

MANUSIA TERDAMPAR DI PHI

Salam.

Jangan terkejut ketika anda menyaksikan gambar2 ini. Perkara ini adalah lumrah di PHI dari hari Isnin - Jumaat, jam 8.00 - 5.00 petang.

Kita orang dah biasa sesangat dengan fenomena ini. Namanya sentiasa terlolap tak kira di mana, waktu dan ketika ok. Untuk pengetahuan umum, kejadian yang dirakam ini adalah ketika waktu bekerja ye, bukan waktu lunch atau yang sewaktu dengannye.

Kejadian ni lagi best okay kengkawan, akak tengah berdiri atas kerusi siap flash dengan gelak bagai tapi dia boleh layan lagi tu siap berdengkur lagi. Apa nak jadi ni wei, dah letih kita orang nasihatkan tapi tak jalan jugak.

Tolon, tolon, siapa interview dulu ni ha. Siapa nak jawab ni.

HADIAH SHIBAM UNTUK TERATAK AKU

Entry khas ni akak buat sebab hadiah ni akak yang bagi. Kata blog akak kan suke hati lah. Hu Hu.

Suke akak, mamat ni appreciate apa yang akak bagi. Pesanan penaja ye Cik Rawlins, sila jangan guna cadar ini untuk katil bagi kucing2 ko tau. Tak sesuwai.

APA YANG KITAORANG DAPAT !

Suke giler mamat sengal ni dapat hadiah dari Cik Puan Sue berupa jam berbentuk telur yang boleh bertukar2 warna mengikut mood si pengguna. Kalau mamat sengal ni tengah ok, warnanya hijau, kalau sengal, warna dia merah dan kalau tengah rajin telur tu tukar warna biru. Cuma kalau dia tertengok benda lucah kat depan dia telur tu tukar warna kuning ikut otak dialah tu.
Cik puan Sue dapat hadiah dari mamat sengal, susah nak komen ikut aksi muka dia. Suke ke tengah marah, tapi akak rasa dia tengah jadi model baju BEAUTIFUL, tengok tangan dia yang bercekak kat pinggang tu, setuju tak kengkawan. Jangan lupa buat air pakai jag baru untuk kitaorang ye cik puan Sue.

Minah over ni dapat hadiah santik dari weeda, tempat letak kunci or aksesori. Kengkawan, jangan harap akak nak gantung kunci opis kat dalam ni. Dah display dalam almari ok. Jangan jealous.

Mamat yang malas nak bangun ni dapat hadiah dari Encik Lee, tersenyum macam kena paksa je kan. Patutnye ko sukalah wei, benda ni buat ko tidur lagi nyenyak ok. Manyak wangi wo.

Apa ok2 tu Encik Lee, suke benor Wak Jalee dapat hadiah sejadah dari Kak Wok ye. Bukan selai, tapi 2 ok. Banyak pahala Kak Wok hari ni, Wak Jalee pakai hadiah dia solat Zohor tadi.

Cik Puan Weeda dapat hadiah blanket dari mamat malas nak bangun tu. Akak ada satu soalan ni blanket tu saiz XXL tak? Kata nak membaluti Weeda dan Omar kan kan kan. Jangan mare ha.

Ni pulak hadiah dari pegawai yang bermata glamour tu untuk Kak Wok. Pesanan akak shibam sila guna lampu tu untuk bulan 5 ni ye. Bagus untuk mengaburi mata si dia. Auw.

Entri hadiah lagi satu untuk yang tersohor tu lepas ni ye.

JAMUAN SEPANJANG TAHUN 2008

Memandangkan Pengarah kitaorang tak pernah pun nak anjurkan jamuan2 macam ni kan, jadi akak dengan kengkawan ambillah inisiatif sendiri untuk buat jamuan ni memandangkan line amatlah clear minggu ni ye kengkawan. Pagi ni kita orang sarapan dengan juadah2 ni dulu. Tengahari dan petang nanti pun ada tapi juadah yang berlainan. Nanti akak cerita ok.

Pulut kuning yang dimasak oleh Cik Puan Sue. Kuah lodeh yang di masak oleh shibamjelita. Auw!
Rendang ayam yang disediakan oleh mem kepada Encik Lee.

Sambal udang di masak oleh Cik Puan Weeda

Pembantu dapur yang besar gajinye ni. Cuba teka tangan siapa yang comey ni.

Semua tengah buat2 sebok nak siapkan untuk bersantap. Yang kat pantry ni semuanya rajin2. Yang tak ada dalam gambar ni, biasalah tak pernah buat kerja2 dapur ni. Lu pikirlah sendiri......

HARI TUKAR2 HADIAH PHI


Hasil daripada idea si N 59 yang dipersetujui oleh semua (ada yang tak setuju kot) lantaklah wei, kata pun setahun sekali je kan. Bukan tiap2 bulan buat cam ni. Idea si N 59 ni ialah masing2 kena beli hadiah tak kiralah apa pun janji harga mininumnya RM20. Ye lah kan kengkawan, nak suruh memasing bagi hadiah untuk hari jadi tak kan dia orang nak ingat punye, buat2 lupe adalah. Bila dah kena paksa macam ni baru best, semua kene beli walaupun akak tahu ada yang tak rela tu. Kah kah kah.

Yang dah siap berbungkus cantik ni hadiah akak lah. Siapa yang dapat ni mesti dia orang suke, ye lah kan boleh guna sepanjang masa lah. Best, best, best. Entry terbaru nanti akak tunjukkan siapa dapat hadiah siapa ok. Tunggu..................................