Salam.
Kengkawan sekalian, sebelum ni kan akak pernah bercerita pasal adik akak si ayan tu. Insyaallah 25/1/2009 nanti berlangsunglah majlis pertunangan ayan dan kekasih hatinya cik wawa tu.
Skrg ni yang tengah sibuk nak prepare untuk ni semua dah semestinya akak ko ni lah kan, mana ada orang lain yang nak melayan ni semua.
Alkisahnya minggu lepas, mak akak mengajak akak ke kedai Pak Bib untuk mengsuryvey dan membeli cincin pertunangan dia orang ni nanti. Motifffff!!!!!!! bawak akak, dah sah2 bukan akak yang nak bertunangkan so wat pe akak pulak yang nak memilih cincin ni. Akak slow talk dengan mak dan ayan, explain kat diaorang kenapa bukan akak yang patut pilihkan, bukan kah lebih afdal supaya si pemakai cincin ini kelak yakni cik wawa yang lebih berhak untuk memilihnya. Bak kata mak akak, alah nak surprise lah sikit untuk cik wawa ni nanti. Biar kita pilih siap2 nanti masa hari pertunangan tu baru cik wawa tengok, masa tulah surprisenya. Mak oh mak, sekarang ni zaman dah berubah, elemen2 surprise ni dah tak sesuwai tau.
Tapi kan kengkawan, pemikiran akak berbeza lah pulak, dah tentu taste akak dengan mak tak sama dengan cik wawa ni. Almaklumlah selera orang mudo kan, mana nak sama dengan golongan2 veteran ni. Buatnya kitaorang yang pilih beriya2, masa hari pertunangan dan acara sarung cincin tu, cik wawa terbeliak biji mata dan terlopong mulut bukannya pasal suke, tapi terbeliak mata pasal terkejut nengok cincin yang dia tak berkenan. Terbalik kot masa tu, surprise untuk akak dengan mak pulak nanti kan.
Ayan lagi best, nak pergi yang dekat2, ke Alamanda je. Akak paksa gak dia bawak mak dan cik wawa ni ke kedai Pak Bib yang paling besar tu, bukannya jauh pun kat Ampang je kan, pas tu boleh lak ayan bagi alasan malas ah, jem nanti. Dengan alasan yang tak konkrit tu, akak membebel lah kat telinga ayan petang tu, dah tahu kalau jem, janganlah membuta sampai tengahari baru nak gerak, bangun pepagi sikit, tggu kedai tu bukak terus serbu.
Cik wawa, ko kena cium pipi akak yang gebu ni nanti ok. Kalau tak kerana bebelan akak ni, terpaksa lah ko pakai cincin pertunangan yang bukannya pilihan ko sendiri. Biar cik wawa pilih yang berkenan so di kemudian hari dia akan pakai dengan suka dan relanya. Tak gitu, cik wawa!!!!

See see see, pilihan cik wawa, so sweet. Cik wawa ko memang ada taste !

Beruntung nya ko cik wawa, time akak bertunang dulu, cincin akak 500 hinggit je tau.

Yang penting, tangan akak yang gebu, montok dan berbulu2 seksi ni dah mencobanya. Cik wawa jangan marah tau, akak berkenanlah dengan cincin pilihan cik wawa ni. Baru pakai tak sampai 5 minit, mak akak dah suruh bukak dan masukkan balik dalam kotak dia. Untungnya cik wawa ni, mak akak sayang banget kat awak tau.
Satu citer lagi, smlm baru ayan call akak suruh belikan kain pulak untuk hantaran kepada cik wawa, dah kena marah dengan akak semalam terus buat statement cam ni lah lebih kurangnye, ye lah yelah aku bawak wawa pergi pilih kain tu cukup bulan ni, yelah yelah aku suruh dia pilih sendiri. Kah kah kah, berkuasa jugak akak sekarang ni. Ok cik wawa, cukup bulan ni gi beli kain pulak ye, pilih yang cantik2 dan mahal2 tau, bila lagi nak mengada2 time ni je lah, dah kahwin nanti lagi dia orang tak layan tau.