Salam semua.
Ayoyo kengkawan, dah dekat sebulan beli benda2 ni (mixer dan pembakar kek) baru boleh dan ada kesempatan untuk di gunakan. Hari Selasa hari tu, akak celik je mata, dah berazam nak buat jugak kek hari ni, asyik bertangguh je tak buat2. Suruh Mr. R pergi belikan bahan2 kat kedai berdekatan dan akak pun mula kan lah projek membuat kek ni selepas siap masak2 semua.
Bukannya apa kengkawan, dulu akak selalu buat kek ni tapi semenjak mixer dan tempat pembakar nya rosak terus akak lupakan minat ni. Bila dah lama tak buat dia jadi macam orang baru belajar semula lah. Takpe2 lepas ni mesti terror balik cam dedulu, yang penting kena rajin ok.
Akak buat kek marble, bahan2 nya pun mudah untuk di dapati. Dah pandai buat kek yang mudah ni, baru lah boleh buat kek2 yang kebabommm pulak.

Berlaku perebutan di antara beberapa pihak untuk mendapat kan kek yang baru di masak. Untuk pengetahuan kengkawan, perebutan ini di menangi oleh Mimi sebab Mr. R tak sanggup dengar dia membebel.

Jadi tu memang lah jadi kengkawan, gebu siott, cuma campuran koko tu terlebih lah pulak, tak seimbang dengan campuran butter tu. Its ok shibam, next time pandai2 lah adjust ye.

Poyo tak poyo akak shibam ko, jap2 gi tinjau kek, takde korje lain, sampai kek tu pun naik nyampah nengok muka akak sebab asik meninjau dia.

Asingkan kepada dua bahagian, yakni campuran koko dan butter sahaja. Kalau kengkawan nak buat berwarna warni pun boleh, terus tukar nama kek ni kepada kek pelangi gitu.

Make sure mentega dan gula di pukul sehingga kembang. Barulah kek itu akan menggebu seperti tuan yang membuat nya itu.

Mr. R teruja giler sebab akak buat kek sampai terlebih rajin menolong akak bersih kan peti ais tu tanpa di suruh2 pun. Akak rasa tujuan dia buat tu sebenarnya kan nak memantau akak kat dapur je kengkawan. Mr. R adalah penggemar kek no. 1 tau, kalau beli kek tak kira lah dari kedai kek or pasar malam dia boleh habis kan dalam masa yang singkat sahaja.
Ok, minggu ni nak buat kek oren lah pulak.