Friday, February 27, 2009

PATUT ATAU TIDAK ?

Salam semua.

Cepat betul masa berlalu kan, hari ni dah hari Jumaat. Banyak betul aktiviti akak untuk hari ni, esok dan lusa. So nanti akak citer di lain hari ye. Hari ni nak citer pasal ni, ye lah sekarang semua orang cakap pasal gawat kan, ekonomi merudum bla bla bla. So is it a right time, for akak untuk tukar kereta baru. Sebabnya kancil mata bulat 850 cc akak tu baru je habis bayar bulan Januari hari tu. Cukup 5 tahun, habis hutang, sebok nak buat hutang baru pulak.

Manusia memang macam ni kan kengkawan, lebih2 lagi akak shibam ko ni, cakap je nak pakai lama lah kengkonon, habis hutang dah gatal nak buat hutang baru. Tapi bila pikir balik, kalau tak buat hutang baru, duit tu pun tah kemana2 kan. Jadi kengkawan rasa, patut atau tidak, akak shibam ko ni nak tukar kereta baru.

Mr. R, setuju je, sebab dia dah lama suruh akak pakai kereta baru. Akak je malas nak layan, sebab rasa cukuplah pakai apa yang ada tu. Kancil akak tu dah 5 tahun tau, tapi baru 45000 mileagenya, sebab memang guna untuk amik anak dan pergi balik kerja je. Nak gi mana2, kereta Mr. R kan ada, so kereta kancil ku yang comel tu rasanya memang dah mencukupi dah.

So kengkawan patut atau tidak akak tukar ye ? Renung2 kan akak shibam oi.

Thursday, February 26, 2009

PERKAHWINAN SATU PERJUDIAN

Salam semua.

Selamat petang semua pembaca akak sekalian. Baca ala2 orang masuk pertandingan debat tu kengkawan, kasi can lah akak nak berangan ni. Line clear giler hari ni, boss semua takde, tu yang akak banyak idea nak meroyan dalam blog ni. Berdiri nya saya di sini adalah untuk membincangkan tajuk kita pada hari ini iaitu PERKAHWINAN SATU PERJUDIAN.

Akak menyokong 100% peratus tajuk di atas kerana sebab2 berikut :

Bila kita sedang berada dalam zaman berkasih sayang yakni percintaan, semua nya nampak elok, bagus, cantik, tertarik, memang kebabommm. Kalau nampak parut sikit pun rasa macam tak pe, ada jerawat batu kat muka pun nampak macam pemanis kat muka kan. Tapi lepas dah kahwin, komplen pulak parut tu nampak buruk ler, muka comot sebab jerawat batu semakin membesar dan bla bla bla.

Nak pulak bila gi berdating tu, nak telan makanan pun susah, nak habih kan air pun malu2, cuba lepas kahwin, makan pun bertambah2, minum air pun sedut laju je sampai kosong gelas, siap ada bunyi2 lagi dari straw tu.

Tu belum bab nak bercakap kasar, kontrol nak mamposs, keluar kan ayat2 manis dan baik je. Tak payah tunggu lama, nengok dalam masa 6 bulan kahwin, keluar ayat kepala hotak, bangang, bodoh ke dan yang sewaktu dengan nya.

Bab yang paling sensitif ni, bau badan wei. Kalau masa berdating tu, habih satu botol minyak wangi di semburnya, bila dah kahwin, dah duduk serumah dan tidur sebantal, baru kita tahu bau badan dia yang semulajadi tu macam mana.

Lagi satu, pasal membuang angin yakni mengentutkan diri, kalau masa berdating dulu mana berani nak mengeluar kan angin ni, bila dah sebilik tu, siap berlawan2 lagi kan. Buduss betul lah.

Pasal kecantikan luaran pun, kengkawan jangan tertipu, takkan masa berkawan nak bukak2 baju pulak kan, dah kahwin baru tahu, bila bukak je baju, ah amik ko apa yang kengkawan tak sanggup nak nengok semua kena nengok gak. Kah kah kah, macam ada pengalaman je akak shibam bila bab2 ni.

Bab tidur berdengkur pun boleh jadi satu masalah negara tau, sah2 masa berdating tak pernah ada peluang nak tidur bersama2 kan, so macam mana kengkawan nak tahu bila tidur malam je orang kat sebelah tu berdengkur cam kerbau kena sembelih. Dah kahwin, kena terima lah, anggap dengkuran tu cam muzik untuk melenakan kengkawan.

Apa lagi ek, banyak lagi sebenarnya tapi ini je akak rajin nak bebel kan, panjang2 nanti, kengkawan pun nyampah nak membaca nya, sebab semua nya betul kan kan kan. Bukan nya apa, ramai kengkawan yang selalu cakap, tak sangka lah kak, suami saya macam ni, macam tu, buat saya jadi macam ni, macam tu. Nak buat macam mana kengkawan, perkahwinan ni ibarat satu perjudian, nasib baik kita menang, nasib tak baik kita kalah.

So kita kena redha, dan cuba perbaiki kelemahan masing2. Sebagai contoh lah, takkan bercinta bagai nak rak bertahun2, bila berkahwin baru kengkawan tahu yang pasangan korang tu malas nak gosok gigi, takkan nak pergi turun naik mahmakah pulak kan, so kena redho je lah. Yang pasti kita tak akan kenal pasangan kita 100% selagi kita tak kahwin, duduk serumah dan tidur sebilik dengan dia. SETUJU TAK ?????

Sekian untuk kali ni. Lain kali akak sambung topik yang lain pulak ye.

HADIAH UNTUK YANG BANYAK BERJASA

Salam semua.

Alhamdulillah, kenyang dah ni, baru lepas santap lunch. Kengkawan lunch kat mana tadi. Hari ni lepas amik Sara dari school seperti biasa, terus ke Bangi Utama, tujuan nya nak cari hadiah untuk farewell Cik Najwa. Majlis kecil2an untuk dia, akak dan kengkawan lain dah arrange kan esok, so hari ni kena pergi cari hadiah dulu.

Tak tahu lah kenapa, akak ni, kalau pergi kerja di mana2 pun, dari dulu kini dan selama nya, balik2 tukang cari dan beli hadiah ni mesti jadi kerja hakiki akak jugak. Sama jugak dengan beli barang2 dapur untuk pantry, kat kilang lama dulu pun cam tu, ingat kan kerja kat sini tak payah lah buat kerja2 sampingan tu lagi, tapi nak buat camne, balik2 akak jugak yang di pertanggungjawabkan untuk buat. Anyway, akak ikhlas ye kengkawan buat semua ni. Pencariah hadiah pun bermula, tapi sebab kengkawan opis lain serah kan 100% kat akak untuk buat keputusan, so jadi manyak senang lah akak punye korje.

Pilih punya pilih dan dari pengamatan akak yang mempunyai taste yang agak bagus, di samping komen2 dari Jia yang macam bagus jugak, so akak pun dah siap beli kan hadiah2 tersebut. Tunggu untuk di bungkus kan dan di beri kepada tuan punya badan keesokan hari nya. Kalau dia berkenan, ok, sebab akak akan beritahu itu akak yang pilih, kalau tak berkenan, senang je, oh Cik Najwa, itu Jia yang pilih, so salah kan dia. Kah kah kah.

DASAR LELAKI, LICIK

Salam semua.

Semalam dapat mesej dari cousin mengatakan ex boss akak dah selamat bernikah, cousin akak tu lah yang jadi mak andam nya. Masa akak kerja kat Land & General dulu, dia ni boss bahagian production. Akak memang ngam dengan dia sebab kami sekepala, gila2. Malah akak memang kenal famili dia semua, arwah isteri dia yang cantik, manis dan baik tu meninggal 4 bulan lepas kerana kanser rahim. Ex boss akak ni umurnya 52 tahun dan arwah isterinya 46 tahun. Dia ada 4 orang anak yang kesemua nya dah besar2 lah. So akak rasa happy for him sebab menemui kebahagiaan baru. Dia bernikah dengan wanita berusia awal 40 an yang belum pernah berkahwin. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Sambil berehat2 menonton TV semalam, akak pun bercerita lah dengan Mr. R pasal ex boss akak ni. Mr. R pun kenal sebab masa kami kahwin dulu, ex boss akak ni datang semua dengan famili dia dan kami selalu berjumpa lah jugak. Akak saje je tanya Mr. R sebab selalu nya jawapan yang pertama keluar dari mulut tu lah yang seikhlas2 dari lubuk hati seseorang tu, kalau dia menidak kan sesuatu selepas tu hanya lah semata2 untuk mengcover apa yang dia dah tersalah sebut sebelum tu :

Akak : Yang, ex boss saya ni kahwin lepas wife dia passed away 4 bulan lepas. Kalau saya meninggal, lepas berapa bulan you akan kahwin lain.

Mr. R : Ish, mesti lah lepas 100 hari, kena tunggu naik batu kat kubur dulu.

Akak : Kengkawan rasa, apa ekspressi muka akak masa ni (muka marah sambil asap keluar kat telinga). Tidak sama sekali, sebab akak nak tanya banyak soalan lagi lepas ni. Kalau akak tunjuk akak marah or merajuk, automatically orang lelaki ni akan keluar ayat yang tak ikhlas dari lubuk hati dia.

Akak : Cepat giler yang, tunggu lah lelama sikit, apa orang cakap nanti, tengok tu, kubur isteri merah lagi tanahnya dah sebok nak bernikah baru.

Mr. R : Mana orang lelaki boleh tahan lelama, tu lah saya kata lepas 100 hari, dah naik batu semua, mana nak nampak tanah lagi.

Akak : Ye lah yang, you nak kena cari calon dulu, tak kan dalam 100 hari boleh dapat. Kena cari yang boleh jaga anak2, yang boleh sayang you seadanya, yang rajin bla bla bla. Kalau boleh yang, jangan cari yang muda, cari lah anak dara yang lambat bertemu jodoh tu.

Mr. R : Tak pe, itu semua boleh di ajar atau di latih. Kalau best dapat anak dara yang muda2 tu lah, tak main lah yang dah banyak umur ni, banyak tau anak2 dara, lawa2, kat kilang tempat kerja saya. Tunjuk je nak yang mana satu.

Akak : Dalam hati ( see see see, semua lelaki memang sama), biar lah dia baik, muka macam pijak semut pun tak mamposs, bertanggungjawab, tak pernah gagal dalam bg nafkah baik yang zahir atau pun batin, tapi bila sampai bab2 macam ni, dia orang semua sama je.

Akak : You dah ada calon ke yang ? Beriya2 bila bercerita bab ni.

Mr. R : Tak de lah, you tanya kan, saya jawab lah.

Akak : Start berangin dah masa ni. Woi bila citer bab ni, suke giler ye, perancangan jauh nak mampos, bukan main lagi ye. Rasa kan you yang, nengok anak2 dara lawa kat kilang tu, tapi setakat nengok je lah, balik umah kang, you cari saya jugak.

Mr. R : Tersengih2 (akak rasa nak jentik je dia semalam). Ala rilek lah yang, saya gurau2 je lah.

Akak : Banyak you punya gurau, saya ambil statement you yang mula2 tu je, statement lepas ni, ayat memujuk, tak main lah.

Kesimpulannya, malam tadi Mr. R tidur gigit jari. Wahai kaum lelaki yang licik, sila jaga hati dan perasaan isteri anda ye. Jap lagi nak call Mr. R suruh dia baca blog ni pepagi ni jugak.

Wednesday, February 25, 2009

HARI GAJI, HARI BERSEDEKAH

Salam semua.

Hari ni akak dan kengkawan lain kat opis sangat2 murah rezeki. Hari ni kan hari dapat gaji so pagi2 tadi si Suk Suk belanja kita orang makan roti canai. Boss keluar je gi meeting, kita orang masuk pantry dan makan dengan senang hati seperti biasa, ingat tak adegan filem OPIS tu, yang akak cakap, adegan makan dengan senang hati, gelak2 tanpa memikirkan masalah berat badan, kengkawan akak ler tu, si Weeda, Sue Sue, cuma Kak Wok memang tak gemor dengan roti canai, dia suke giler dgn keropok lekor wei. Dua hari lepas, breakfast, lunch dgn dinner kot, dia belasah makan keropok lekor yang baru di beli dari Kuala Terengganu tempohari. Tu yang akak gelak kan dia, bukan nya apa, siapa yang mengeluarkan angin kentut berbau ikan tu kengkawan tahu lah sape ye. Ampun, Kak Wok, rileklah lagi beberapa hari je dapat bergurau senda, lepas ni dah nak ke opis lain pulak.

Untuk lunch pulak, si Bongface ni belanja kita orang makan nasi ayam, bukan nya apa kengkawan, hari tu kan dia dah dapat surat untuk jawatan tetap, tu yang kena belanja kita orang semua bila dapat gaji ni. Akak akan jadi kan tradisi kat opis ni, siapa dapat berita baik wajib kena belanja semua, tak kira lah murah ke mahal, janji belanja tau. Lepas ni, insyallah turn akak, tunggu surat hitam putih dulu, and then giliran Sue Sue dan Weeda pulak. Dapat je surat sambong kontrak, jangan lupa belanja ok. Yang lemak tepu, telinga pekak badak, tak boleh nak di bawak berunding untuk belanja sama2 tu, kita biar kan aje, biar kan dia terjun dengan labu nya.

Jom makan.

TIPS UNTUK TIP TOP

Salam semua.

Wah wah wah, akak dah jadi macam penceramah jemputan lah pulak, siap nak bagi tips bagai. Ini semua untuk kengkawan yang nak tahu lah, yang dah pandai tu tak payah baca pun takpe, kalau ada tips yang lagi terror dan hebat, jom kita berkongsi bersama2 ok. Ni semua pasal petang semalam punya citer lah ni, akak dah bagi semua tips ni pada si biras akak yang tercinta itu, kalau dia nak ikut, bagus, kalau tak nak ikut lagi bagus sebab boleh jadi bahan bebelan mak mertua akak.

Apa yang akak praktik kan semenjak mempunyai 3 orang anak yang sedang membesar dan kuat makan ye kengkawan.

1) Menu untuk masak mesti dah di fikir kan lebih awal, yang simple2 untuk Isnin hingga Jumaat, yang lazat2 dan remeh2 pulak untuk weekend sebab ada banyak masa untuk buat semua tu. Sebagai contoh ye :

Isnin - Sup sayur dan ikan goreng
Selasa - Masak lemak pedas ikan dan rebus telur masin
Rabu - Soohoon + pucuk dan ayam goreng
Khamis - Asam pedas ikan dan sayur campur
Jumaat - Sambal telur dan sayur rebus
(Ni contoh je, nak menu lain, kengkawan pikir sendirilah, mengada2 pulak nak suruh akak pikir yang remeh2, dah lah kena turun kan tips kan kan kan)

Pergilah super market setiap hujung minggu untuk pastikan bahan2 mentah ni semua mencukupi untuk seminggu tu.

So bila dah ada menu ni, pastikan malam sebelum kengkawan membongkang tu, siapkan lah bahan2 ni semua dan letak elok2 dalam bekas yang tertutup untuk di jamin kesegarannya. Kalau boleh, solat Asar tu siap2 di opis, supaya lepas berhempas pulas amik anak2 dari school, boleh terus masuk ke dapur untuk main masak2 ni. Cam akak ni lagi lah, kata je keluar dari opis pukul 5 petang tapi sampai umah dekat2 pukul 7 gak sebab kena singgah 3 tempat yang berlainan setiap hari. Ambil Sara dulu di umah mak mertua, kendian si Mimi kat umah mak akak dan last sekali si Fariz kat sekolah nya. Kalau bahan2 tu dah siap, tak akan ada masalah nya, memang sempat untuk di masak dan makan bersama2.

2) Tapi kan kengkawan, harap2 husband kengkawan tak cerewet lah pasal menu ni, sebab ye lah selalu nya yang simple2 ni mudah dan sekejap je boleh di siap kan, kalau tekak husband kengkawan nak menu yang sedap2, memang kena bagi kaunseling sikit lah kat husband tu, sebab dah lah bini susah payah nak masak, nak memilih lak, meh sini akak tolong lempang kan husband kengkawan yang cerewet tu. Mr. R bagus nak mamposs, apa yang akak masak, dia ngap je, tak cakap banyak sebab dia paham masing2 kerja, penat, so apa yang terhidang tu, sumbat je dalam anak tekak tu. Kalau dia merungut dalam hati, takpe, janji akak tak dengar, so hati pun tak panas kan kan kan.

3) Bab mengemas pulak, boleh jer, sambil2 menunggu mesin basuh baju tu berhenti, amik lah penyapu tu, ringan2 kan tangan tu menyapu, jangan lah melopong je depan TV tak buat apa, sambil nengok TV tu, lipat2 lah kain2 yang macam bukit atau gunung tu. Pandai2 lah ye.

Tu je lah kot, buat masa ni, kalau ada yang akak nak bebel kan lagi, mungkin lepas2 ni lah ye. By the way kengkawan, tips untuk kurus dan maintain kan berat badan je akak tak boleh nak bagi sebab tak sesuwai, sah2 akak dah tak mencapai piaiwaian tu. Jangan kengkawan mengada2 nak mintak tips kat bilik tidur pulak ye. Melampau.

Bye2.

Tuesday, February 24, 2009

SENYUM ITU KAN SEDEKAH.......

Salam semua and good morning to all my dearest friends.

Senyum umpama suria yang membawa cahaya
Senyum lah dari hati, dunia mu berseri

Kengkawan pernah dengar lagu ni kat TV kan, tapi sebenarnya masih ramai lagi manusia kat muka bumi ni yang susah nak tersenyum. Bukan nya apa, jangan lah sengih or senyum tak kena pada tempat dan masa, sah2 orang lain ingat kita gila pulak nanti. Senyum pada orang yang tidak dikenali tu bukan satu kesalahan lah kengkawan, malah dapat pahala tau. Senyum membawa seribu satu maksud pada akak ni.

Contoh terdekat ye, opis akak kat sini di aras 5, so selalu dari masuk lif tu, akak orang yang terawal masuk dari aras bawah dan orang yang terakhir akan keluar, bila orang lain yang masuk lif tu dari aras lain terpandang kat akak, dengan spontan nya akak akan melemparkan senyuman akak yang manis ni, kalau dia ada kepala hotak, dia akan senyum balik, kalau yang kepala hotak tak berfungsi dengan baik tu, dia akan buat muka toye je. Tak kisah lah, janji akak dah dapat pahala senyum kat dia kan kan kan. Ada yang lagi best tu, dia senyum kat kengkawan yang dia kenal je, bila terpandang muka kita yang dia tak kenal tu, cepat2 kontrol serius balik, apa lah susah sangat nak melemparkan senyuman tu kat semua orang. Simpati betul lah dengan orang macam ni.

Lagi satu lak, ada yang hanya nak tersenyum bila dia terserempak dengan kalangan yang sekufu atau sama taraf pegawai macam dia, yang tag nama nya warna kuning, bila nengok tag nama kita yang tergantung ni warna hijau yakni kerani2 cabuk atau yang sewaktu dengan nya lagi lah buat tak pandang. Berlagak nak mampossss, macam pangkat dia tu tiada tandingan. Kalau dari awal kita sudah diserapkan dengan budi bahasa budaya kita, mesti perkara ni tak akan berlaku kan kan kan.

Tu belum lagi kalau kita bertembung dah banyak kali pun tapi masih lagi susah nak senyum, tak kira lah kat opis atau jiran2 di persekitaran rumah, kengkadang akak rasa pelik lah dengan cara orang berfikir ni. Harap2 akak tak akan jadi macam dia orang ni.

Tolong lah kengkawan, jangan jadi orang sombong, tak baik tau. Biar lah kita senyum pada semua tak kiralah, budak angkat sampah ke, cleaner ke, tea lady ke atau sesiapa je lah, jangan ada tembok pemisah untuk berbaik2 dengan semua.

Ingat tau, kita tak perlu kenal orang lain terlebih dahulu untuk melemparkan senyuman kita yang amat manis itu. Yang tak kenal pun tak apa, senyum je, kengkawan pasti akan rasa hebat.

Itu saja buat masa ni. Renung renung kan. Selamat tersenyum.

Monday, February 23, 2009

RUMAH KU SYURGA KU

Salam semua.

Citer pasal rumah hari ni, sebab nya, adalah seorang sahabat akak tu, dari dulu akak ajak datang ke umah tapi ada je alasan2 nya, lepas tu, beriya2 suruh akak amik gambar umah sebab dia nak nengok. Akak ajak nengok secara live tak nak, nak jugak suh amik gambar. So Cik Camplukku, di harap berpuas hati ye. Lepas ni tak yah tanya lagi camne rupa umah akak ye. Biasa2 je wei, lawa lagi umah baru ko tu.

So ini lah dia rumah ku, syurga ku. Biar lah tak gah kat mata kengkawan, janji gah kat mata akak ni. Biar lah tak cantik macam rumah kengkawan, janji rumah akak ni menepati budget akak Shibam ko ni. Yang penting, tak menyusahkan orang lain.

Ruang tamu umah akak, ni yang tengah pening kalau nak tukar english style wei, banyak nak kena buat ni, so pelan2 lah, rilek2, ada rezeki lebih, akak buat, kalau takde, dok diam2. Jangan nak buat kerja giler, sebab nak semua baru gi buat pinjaman peribadi kat bank pulak. Tak bagus cam tu, takde duit, jangan buat, dah ada duit baru survey ok.

Susun atur perabot ni paling2 lama pun 3 bulan lah. Akak cepat bosan kalau sama je, biar tak tukar perabot janji tukar susun atur nya. Dapat alihkan kerusi pun kira satu perubahan jugak kan.



Tempat yang paling di gemari oleh semua, melepak sambil nengok TV.


Ruang laluan nak ke dapur, daripada di biar kan kosong, letak je apa yang patut. Kalau nak ikut hiasan dalaman dalam majalah tu memang tak berdaya lah wei, semua pakai duit tu.

Ruang makan kalau ada tetamu bertandang. Kalau nak nengok meja tu fashionable, datanglah masa musim raya, kalau tak memang akak himpit kan semua nya ke dinding supaya senang si Mimi dan Fariz nak berkejar2an.

Ni lah tempat akak main masak2, kalau hari cuti tu sebahagian besar masa kat sini lah.

Ha, ni lagi satu port yang digemari, tempat lepak2 menikmati juadah, tak kira lah, breakfast, lunch or dinner.

Laluan ke tangga pun jangan di abaikan ye wahai Encik Kaunter yang amat hebat.



Pandangan dari depan pulak ye, Encik Kaunter yang hebat.

Sila abaikan tembok yang berkulat tu, rumah orang bujang macam tu lah kengkawan.

Jangan kata akak nak menunjuk2 pulak, tempek kan gambar umah kat blog ni. Kengkawan pun boleh gak buat cam akak ni, kalau yang dah ada blog tu, gi amik gambar cam akak ni pas tu letak gak tajuk Rumah ku Syurga ku. Kalau yang tak ada blog tu, jangan risau, daftar untuk blog sendiri dan letak lah gambar umah kengkawan seperti mana yang akak buat ni. Ada paham ka ?

BERLAGAK, CUBIT KANG

Salam semua.

Semalam akak pergi beli bahan2 basah untuk stok masak minggu ni, so dah siap2 beli semua, bagi tahu kat Mr. R nak singgah rumah Opah yakni umah mak Mr. R iaitu ibu mertua akak lah tu. Sampai je, nampak kete orang yang baru dapat lesen P nya itu, Puan Sri Maya dan famili kecik nya itu.

Rupa2 nya semalam dia ada projek membuat pulut kuning dan rendang dengan ibu mertua nya, patut lah hujan selebat2 nya semalam kengkawan, Puan Sri Maya masak rendang, dua jenis lak tu, rendang ayam dan daging. Hebat, hebat, dan pulut kuning di masak oleh otai iaitu ibu mertua akak, Puan Sri Maya cuma tolong pegang kan pinggan untuk di letak kan pulut je, selebih nya otai yang buat. Korje akak pulak, snap gambar je, tak buat apa pun, cuma termengah2 sebab mengejar budak berlagak ni untuk amik gambar. Selalu nya Mimi tu kalau suruh bergambar ok je, tapi sebab budak berlagak ni malu2 nak amik gambar, Mimi pun sama berlari dengan budak berlagak yang comey ni, si DAMIA NUR DINI, nama sedap nak mamposss tapi kengakawan nak tahu tak, mummy nya panggil 'baby', tak sesuai kan. Tapi nak buat camne, anak dia kan, suka hati dia lah nak panggil apa pun, sebok je akak Shibam ni. So untuk anak dia yang seterusnya akak nasihat kan tak payah letak nama panjang2, letak je, BOY, GEGIRL atau yang sewaktu dengannya nanti.

Ni masa pulut dah siap lah ni, nampak tak pinggan tu, tu lah korje Puan Sri Maya, pegang pinggan, lawak lawak, yang Damia lak pakai t shirt kuning sebab mummy dia nak belanja pulut kuning. Tu dia, Mak Gayah iaitu ibu mertua ku yang memang pakar bab buat pulut kuning ni. Menantu2 dia je yang pakar tengok, terutama sekali yang tengah snap gambar ni.

Minah berlagak ni, dah dapat buku citer, langsung tak pandang kiri kanan, bagus Sara, baca lah banyak buku2 citer tu, besok dalam UPSR semua keluar soalan daripada buku citer tu.

Tu lah Puan Sri Maya, sape suruh lepas pantang Damia je, ko projek buat baby lagi, kan anak dah rapat2, bila anak rapat2, mula lah berebut kasih sayang, sampai kena pangku dua orang sekali. Badan mummy nya dah lah kecik, dah lah tu Puan Sri Maya, lain kali ingat, paling2 pun umur anak tu jarak kan 3 -4 tahun tau. Kah kah kah.


Anak beranak teruja nengok proses memasuk kan santan ke dalam pulut kuning tu. Berdebar2 sebab nak jamu 15 orang makan. Rilek lah Puan Sri, baru 15 orang, belum 150 orang. Tapi akak rasa lah kalau nak jamu pulut kuning untuk 150 orang, akak rasa, ibu mertua mu akan cakap cam ni, lu buat lah sendiri......


Berjaya jugak akak snap gambar budak berlagak yang comeyy ni. Tahniah Damia, kerana berjaya buat Mak Long berlari2 nak amik gambar muka awak yang comeyy ni, hilang sekilo lelemak Mak Long semalam.


Cubaan nak snap gambar dia tengah makan keropok lekor. Asal nampak akak pegang kamera je, dia lari wei, cubit kang baru tahu.


Mimi pun baru beli buku semalam, so sebok lah nak menunjuk kat Damia, untuk pengetahuan kengkawan, Mimi ni memang "dipaksa" oleh akak untuk meminati buku2 dari dia umur setahun lebih lagi, so sekarang kalau suruh dia mewarna atau setakat baca A B C tu dah boleh lah. Tapi sekarang pandai dah menjawab, bila akak ajar dia, tak sampai 10 minit dia akan cakap, dah dah mama, dah penat lah, malas lah. Sabau je lah.


Sebok nak tunjuk buku baru dia.

Kesimpulan nya memang langkah kanan lah akak gi umah opah Sara semalam. Kenyang makan pulut kuning dengan rendang. TQ ye, Puan Sri Maya, lepas ni, kita kenduri Nasi Hujan Panas pulak ye.

DOBI SHIBAM

Salam.

Selamat bertemu kembali di hari Isnin. Kengkawan apa khabar ? Harap2 sihat sokmo cam akak Shibam ni ye. Bukan nya apa, nak citer sikit kat kengkawan ni, apa yang akak selalu buat di hari Sabtu. Tidak boleh tidak, mesti buat, kalau tak, kengkawan pikirlah sendiri.

Hari Sabtu lepas, Mr. R gi servis kete, Sara pulak ada kelas tambahan di sekolah. Tinggal lah akak dan budak bertuah 2 orang tu kat umah. Lepas buat kan sarapan, rutin pun bermula, dan yang penting hampir saban minggu, akak akan kena gelak dengan jiran baik akak kat depan umah tu sebab dia selalu cakap akak boleh buka kedai dobi, sebab nya, kengkawan nengok lah sendiri :-

Ni pemandangan biasa kalau hari Sabtu kat umah akak, deretan ampaian baju sekolah anak2 akak. Mana tak nya, akak tak kan cuci baju ni pada hari biasa kerana masa sangat terhad dan banyak kerja lain lagi yang akak kena lunaskan, so mencuci baju sekolah ni hanya pada hari Sabtu dan bayang kan lah, dua orang anak yang bersekolah kebangsaan dan agama, mempunyai 5 pasang untuk setiap sesi. Memang banyak nak mamposssss. Pulak tu, akak memang basuh tangan dulu baju sekolah ni, kalau terus masuk dalam mesin, memang tak berseri langsung, kepam wei.

Bila tengok baju banyak kat ampaian macam ni, mesti orang yang lalu lalang ingat tuan umah ni anak dia ramai kan kan kan. Padahal baru tiga orang je, dan nak bagi tahu kat kengkawan, sebanyak mana pun akak membasuh, akak tak akan ampai atau sangkut kat pagar atau tembok kat sebelah tu, memang tak suka betul nengok orang mengampai baju kat pagar. Dulu bibik sebelah rumah akak selalu menumpang ampai selimut lah, tuala lah kat tembok akak tu, tapi akak cakap elok2 dengan dia terus tak buat lagi. Sekarang dia mengindahkan pagar tuan rumah dia sendiri, lantak lah kan janji jangan sangkut kat tembok akak, I don't like. Very the sakit mata bila menengok nya.


Dah habis bab membasuh, sambung masuk dapur untuk main masak2 pulak. Harus siap sebelum Sara balik dari school, sebab dia kalau balik je, bukak tudung saji dulu, baru buat kerja lain. Seperti biasa, sayur wajib kat umah akak, buncis goreng dengan fishcake, ayam goreng berlada dan ikan siakap goreng. Lepas lunch dengan anak2, Mr. R pun tak balik2 lagi masa ni, so apa lagi, mengadap TV sampai ke petang lah jawab nya.

Friday, February 20, 2009

COMEYNYE BABY

Salam semua.

Akak saje je letak gambar baby kat sini. Nak bagi tekanan kat Mr. R, supaya terbuka pintu hati nya. Mana cukup 3 orang Mr. R, kurang2 pun 5 orang, nanti dah tua, sorang akak arrange paling kurang pun bagi akak RM200, so sebulan dapat lah seghibu, kengkawan mesti cakap, apalah akak ni, nak harap kan duit anak, woi, kalau tak harap anak, nak harap kan sape lagi. Jawab, jawab cepat.

Dah lah dari kecik sampai ke besar ibu bapa membesar kan kita dengan penuh kasih sayang, bagi makan, pakai secukup nya. Tak reti2 nak balas jasa orang tua ke, memang dia orang cakap tak payah, tapi kita mesti bagi jugak tau. So akak berharap sangat agar anak2 akak akan mengikut jejak langkah akak dan babah nya yang setakat ini memang tidak pernah lupa untuk menunai kan tanggungjawab kepada ibu bapa.

Mr. R bila baca ni mesti senyum sampai ke telinga dan berasap2 kat kepala. Rilek lah Mr. R !


La la la la la la la. Motif suke, akak pun tak tahu !

3 SHIBAM'S PINGITAN

Salam semua.

Ni ada gambar yang boleh di kongsi bersama kengkawan hasil mengambil hak cipta dari blog Weeda. Kalau nak tahu, mana karakter 3 Dara Pingitan dalam majalah Gila2 tu dapat nama, jawapannya dari kita orang bertiga lah. Tapi kita orang 3 Shibam's Pingitan lah sebab semua mempunyai berat badan yang ala2 terlebih terkurang dan memang tembam.

Muka suke giler dapat melaram spek orang muda. Tapi akak bukan nampak apa pun, kabur je, akak kan rabun, teringin nak beli spek cam ni tapi macam tak yakin je nak pakai, takut orang gelak kan akak sebab nya akak kan juara menggelak kan orang.

Tadi kan Weeda jadi photographer, so gambar dia tak ada yang sesuai untuk di letak kan di sini, tapi akak gigih gak carik balik gambar yang sesuai untuk letak. Tak de kang, kecik hati lak kawan akak sorang ni. Orang pendiam cam Weeda ni susah nak tahu bila dia merajuk, baik akak letak gambar dia siap2 supaya tak merajuk ye.

Dua orang tembam yang sedang bergandingan menuju ke medan makan. Langkah dengan penuh semangat tanpa menoleh kiri dan kanan. Si tembam sorang lagi, korjenya amik gambar lah apa lagi, siap ko Weeda, nanti akak amik gambar ko dari view belakang lak. Hati2 di jalan raya Weeda.

Tangan akak yang memang tak reti nak duduk diam. Ada je benda akak nak godek dari kereta Jia ni. Cubaan amik spek untuk di laram lah ni. Anyway, kalau dah rabun tu buatlah cara rabun ye kak shibam, sebok nak melaram dengan spek orang ye, tak sesuwai.

FUH ! LEGA

Salam semua.

Memandangkan akak ni kan suka bab makan2 ni, so seperti biasa lah, pertanyaan akak, kengkawan dah lunch ? Makan kat mana hari ni, tadi akak, Jia dan Weeda gi makan kat food court je. Macam biasa lah, kalau keluar hari Jumaat, Jia akan drive sebab selalunya dari Isnin hingga Khamis selalunya dia akan ikut akak gi amik anak dari school dan lunch, so hari Jumaat lah hari nak bermanja2 dengan Jia.

Malas nak pikir arah tujuan minggu ni, so gi makan mee kari claypot yang akak idam2 kan tu. Dapat lak makan kuih lopes yang syedap tu bersama2 dia orang, lagi lah best. Senyum je masing2 bila perut dah kenyang.

Fuh ! lega tu sebab dapat makan lah, bukan apa pun. Lagi satu yang lega nya, biar lah menjadi rahsia dulu yer, dah ada hitam putih nya nanti baru boleh akak bising2 kan. Pasal kerja sekarang ni, lagi lah tak ada masalah sebab bila ada kerjasama, semua jadi mudah.

Bye2.

BOX OFFICE, BAKAL MENGAUT BERPOLOH2 JUTA.... (RUPIAH)

Salam semua.

Buat kengkawan yang dah berumahtangga tu, amacam malam semalam, ok tak. Akak cam biasa, ok memanjang, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Kah kah kah.

Cukup bab2 tu, akak nak promote pasal filem pulak. Kengkawan dah tengok ke citer UPIN & IPIN yang tengah kebabommm kat panggung wayang tu. Akak belum ada kesempatan lagi sebab tengah sibuk shooting satu filem ni. So, my schedule agak tight sikit lah sekarang. Maybe, after this, akak akan pergi terjah nengok citer UPIN & IPIN ni.

Filem yang akak nak promote ni nama nya OPIS. Sebab apa tajuk nya OPIS, semua karakter yang ada dalam opis ni ada hubung kait nya kengkawan. So bila tengok filem ni nanti, pastikan jangan tertidur atau pergi toilet sekali pun sebab nanti kengkawan tak akan faham jalan cerita nya pulak.

Pelakon utama dari kiri barisan belakang :

Shibam, Weeda, Bongface, Kak Wok and Sue Sue

Pelakon utama dari kiri barisan hadapan :

Wak Jalee, Suk Suk dan Teratak Aku.

Sinopsis nya :

Berlatar belakang kan sebuah opis, ada 8 orang pekerja yang hampir kesemuanya amat berdedikasi, cuma ada seorang dua je yang sedang di latih untuk menjadi lebih mantap macam yang lenlain tu. Cerita bermula dari bagaimana mereka mula menjadi teman sepejabat dan menjadi sebuah keluarga bahagia seperti hari ni, juga di selit kan adegan tikam menikam yang biasa terjadi di setiap opis, adegan tak puas hati tapi tak berani nak sound depan2, adegan orang yang tak mengaku selalu terlelap tapi marah apabila di kejutkan.

Ada jugak adegan makan bersama2 dengan gembira tanpa memikirkan masalah berat badan, adegan mak tiri marah2 dan macam2 lagi lah. So kengkawan kena pergi tengok ok. Cuma satu je, nak mention, jangan harap ada adegan orang nak bercinta2 or minat meminati kat dalam citer ni, sebab akak nak mencuba buat pembaharuan dalam filem ni, tak nak macam filem2 yang pernah ada kat Malaysia ni, asik2 pertembungan dua darjat, cinta dalam diam, kahwin paksa dan sebagainya, sangat membosan kan kan kan. Kat dalam filem OPIS ni semuanya yang kengkawan alami di alam realiti.

Jumpa di sana.

Thursday, February 19, 2009

BINGIT

Salam semua.

Kengkawan dah lunch ke. Akak cam biasa gi lunch makan ikan bakar dgn kuah asam yang sedap tu. Syiok nya, kengkawan opis lain pun dah suke ke situ, so meriah lah lagi makan beramai2. Jangan hairan ye kengkawan sebab semangat diet akak memang dah termasyuk dalam longkang, so hari2 kena sapedekkkk.

Seperti biasa akak nak ngomel, kali ni pasal isu2 seperti berikut ye kengkawan :

1) Bila kita datang awal sebelum pukul 8, yakni 7.30 ke, 7. 45 ke tak ada pun orang nak memuji, cenggini, wah awalnya datang hari ni, bagus nye. Tapi bila kita balik ngam2 pukul 5 petang, ya ampon, macam2 komen yang boleh kita dengar, seperti, awal giler ko balik, cepatnye dah nak balik. Hoi, dengar sini ye, kita orang balik pukul 5, sah2 lah, kerja semua nya dah siap, tak ada kerja yang tak siap, GILE LAH NAMA NYA BALIK ON TIME WALHAL KERJA TAK SIAP !!!
Kan waktu kerja dari 8 pagi - 5 petang, bukan nya kita orang balik pukul 4 or 4.30, boleh lah macam nak terkejut2 ni semua.

2) Cuba buat kerja tu elok2 dan perfect, memang susah lah nak dengar orang memuji, bagus nye, efisien nya, good, keep it up, kalau sesekali tersilap taip ke hapa ke, WOI EJA NI PUN TAK RETI KE !!!!

3) Lagi satu pasal ni, facebook, yahoo messenger, update blog atau benda2 yang sewaktu dengan nya lah. Kalau kita tahu bahagi kan masa sewaras2nya, tak harus menjadi masalah. Jangan lah dari pagi sampai petang kengkawan hadap je benda ni, memang lah satu kerja pun tak jadi. Sambil menyelam minum air, paham tak peribahasa ni kengkawan. Sambil2 buat kerja tu bolehlah nak buat benda2 ni semua. Akak memang pantang datuk nenek moyang lah kalau orang buat komen, asyik2 dengan blog, facebook or yahoo messenger je korjenye. BOLEH BISING DENGAN AKAK PASAL NI KALAU TUGAS YANG DI BERI PADA AKAK, AKAK TAK SIAP KAN ON TIME DALAM ERTI KATA LAIN, LEMBAB LAH. KERJA YANG DIBERI ADALAH TOP PRIORITY, KALAU TAK BOLEH SIAP KAN DALAM JANGKA MASA YANG TELAH DI TETAPKAN, WAJIB KENA MARAH OR KENA PANGGIL MASUK MEETING, ADA PAHAM TAK !!!!!

4) Yang paling sensitip sekali, bab solat, biarlah orang tu nak solat zohor dah nak masuk waktu asar ke, asar nak masuk maghrib ke, biar kan, biar kan, itu antara dia dengan Allah S.W.T. Yang penting dia buat. Jangan bising2, nanti orang tak suka kengkawan.

Akak memang laser, tapi akak selalu fikir dulu tentang apa yang akak nak laser kan. Jangan bising je, tapi menyakitkan hati orang. NOT GOOD.

Amik ko, memang ada yang terasa lepas ni, pedih sampai ke ulu hati, madu yang manis pun rasa pahit cam hempedu. Dah meluah perasaan, lega giler rasanya. Nak marah atau tak itu hak individu.

Bye2.

KENA BULI

Salam semua.

Selama 34 tahun akak hidup di muka bumi Allah S.W.T ni, akak memang tak pernah kena buli lagi lah setakat ni, sebab selalu nya akak yang membuli orang. Kah kah kah. Tapi kan kengkawan, semalam dari petang sampai malam akak telah di buli oleh seseorang ni. Macam nak marah tapi sabar sebab mengenang kan dari pagi sampai ke petang tak berjumpa kan, lepas pukul 5 baru nak nampak muka, tak pe lah bagi chance dia buli akak.

Dari mula amik dia dari rumah nenek dah start kan enjin buat perangai dia, nak pergi kedai, beli aiskrim. Akak malas nak beli kan sebab dia tengah selsema, so kalau makan lagi lah teruk, silap2 nanti boleh dapat batuk pulak. Sepanjang perjalanan 10 minit tu dia buat lah muka sedih sambil membebel2 cam mama dia, nak aiskrim, nak aiskrim, pas tu yang best nya dia tempek kan muka dia kat cermin tingkap tu, bayangkan betapa huduh nya sambil nangis menempek2 muka kat cermin tu. Bila berhenti kat traffic light, jenuh kena gelak dengan budak2 dari kereta sebelah sambil tunjuk2 kat dia, marah pulak tu bebudak tu gelak kan dia.

Akak kan malas nak layan dia, jangan nak biasa kan bila nangis je semua nya dia dapat, no no no, so akak pun gi bersih kan diri dan solat dengan mulut dia yang masih membebel2 lagi nak aiskrim. Dah sudah solat, ada lah kurang sikit sebab mulut tengah melopong nengok Mickey Mouse Clubhouse. Dia nampak akak turun, bising lagi, kali ni mintak susu pulak, so takpe2, akak buat kan je lah.

Masa nak gi fetch Sara dgn Fariz dari school petang tu, dia buli akak suruh sarungkan selipar plak utk dia, bukak kan pintu kereta untuk dia lah, selalu nya semua pandai buat sendiri kengkawan. Pandai betul budak ni tau, akak tak ikut kehendak dia, dia buli akak cukup2. Time dinner lagi best, selalunya nak duduk kat meja sendiri dan makan, tapi last night dia suruh nya akak suap kan dia pulak. So sambil buat kerja kat dapur tu sambil suap kan dia.

Tak cukup lagi tu, lepas habis dia gi toilet buang segala air kecil dan besar, selalunya kalau Mr. R tolong tengok kan dia ok jer, tapi semalam dia suruh akak jugak tolong tengok kan dia. Stop jap buat kerja kat dapur, nengok dia kat toilet tu. Akak pun dah banyak belajar bersabar sekarang ni, ye lah umur pun dah lanjut, tak kan panas baran tu nak berpanjangan, sangat lah tak elok kengkawan.

Part ni memang paling lawak, setiap malam dia akan tidur dalam bilik Sara sebab akak dah memang train dia tidur asing dari kami dari kecik lagi. Tapi last night, dia boleh bangun lak dari katil Sara tu, masuk bilik dan tidur kat tengah2 katil akak. Kesimpulannya memang malam tadi akak dan Mr. R kena buli cukup2 dengan budak bertuah ni, MIMI.

Ni ekspresi muka lebih kurang macam malam semalam lah. Puas hati sebab buli mama dia. Akak ok jer, sebab budak kalau nak dapat adik memang macam ni kan kan kan, mengada2 je lebih. Mr. R, sabar bebanyak ye.

Wednesday, February 18, 2009

PROFESIONALISME

Salam semua.

Tajuk akak petang ni, berlagak nak mamposs kan kan kan. Ejaan ntah betul ke idak, akak main bedal jer kengkawan. Bukan nya apa, nak ngomel sikit pasal sikap profesional seseorang individu itu. Akak memang rasa akak bagus bab2 profesional ni sebab nya ialah, kalau akak tak mengaku, tak kan kengkawan nak kasik tahu betapa profesional nya akak shibam ko ni.

Contoh pertama : Kalau mood akak tengah marah giler kat Mr. R ke atau kat anak2, tetiba datang lak keluarga akak atau keluarga mertua, so hati tu terus cair dan berlakon baik depan dia orang, masa ni biar lah jadi hipokrit janji tidak nampak di mata orang lain betapa tengah kacau bilau nya perasaan akak masa tu. Yang lawak tu, bila dah berlakon baik depan dia orang, bila dia orang balik terus akak jadi baik balik, macam dah terlupa sebelum tu ada konflik dengan Mr. R or anak2 ni.

Contoh kedua : Betapa gile dan berangin nya boss akak dulu, akak ikut kan jer, sebab akak memang profesional, siap kan kerja, tunjuk kat dia, ha pas tu diam2 kau duduk kat situ, jangan sebok nak kacau2 akak lagi.

Contoh ketiga : Biar lah dapat arahan bodoh nak mampus dari orang lain pun, akak buat jer, sebab akak kan profesional, bab tak suke, tolak tepi, janji tanggungjawab orang suruh buat tu akak buat.

Contoh keempat : Macam mana tak suke pun, tak payah lah nak tunjuk muka tak suka kita tu kat orang, ada orang nak kisah ke, tak ada nya orang nak tanya kat kita, kenapa muka ko toye ye hari ni, nape cam tak happy je hari ni. Tak akan ada, so jangan mengada2 nak tunjuk muka tak puas hati kat orang.

Di pendek kan citer, tolong lah be PROFESIONAL ok.

Sekian. Terima Kasih.

BILA RASA GEMBIRA, CAKAP HORAY

Salam semua.

Kengkawan dah breakfast ke ? Akak belum breakfast lagi pagi ni tapi sebab dapat surat ni terus kenyang sampai ke malam lah gamak nya.

Bila rasa gembira, tepuk tangan, bila rasa gembira, hentak kaki, bila rasa gembira cakap hooray, bila rasa gembira begini lah rasa nya, bila rasa gembira buat semua.

Sue Sue, baru bagi kat akak satu salinan surat ni, bertajuk PERUBAHAN PORTFOLIO TUGAS. Happy giler sebab mulai sekarang, akak akan bekerjasama dengan pegawai baru. Semoga kerjasama baru ini akan menjadi lebih menarik, tertarik, kami memang the KEBABOMMMMM.

Kaedah nya macam ni lah, memang pejabat ni akan menjadi pejabat cemerlang sepanjang tahun dan setiap masa sebab urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan pejabat akan di selia kan oleh pegawai dan akak akan membantu dari setiap sudut. Buat Weeda, sila ajar Abang Tam ye, mana yang dia tak tahu tu, harus di bagi tahu dan semoga kerjasama korang berdua akan mantap sepertimana gandingan Cik Najwa dan Weeda dolu2 ok.

Bye2. Jumpa lagi. Akak nak gi minum dengan boss baru jap.


Tuesday, February 17, 2009

CEREWET, BERDISIPLIN OR POYO ?

Salam semua.

Semoga kengkawan di rahmati Allah s.w.t. selalu. Pagi ni macam biasa, akak akan mengiringi Mr. R dan anak2 sampai ke kereta untuk ke destinasi masing2, cuma ada yang akak nak ngomel kan sikit tentang komen yang Mr. R bagi kat akak pepagi tadi.

Sebelum tu, akak akan story dulu what happen ok. Setiap hari selepas dinner, anak2 akan mengemas buku ikut jadual untuk hari esok. Akak akan pasti kan selepas kemas beg2 tu, dia orang akan letak siap2 kat tepi pintu, so senang untuk keesokan hari nya masa pagi tu tidak lah terhegeh2 untuk bawak turun beg masing2. Baju sekolah pun macam tu, akak akan pasti kan dia orang hanger siap2 kat bilik masing2, siap letak kan singlet, seluar dalam, tuala, tie, tali pinggang dan stokin kat baju tu.

Barang2 yang nak di bawa ke rumah mak or opah pun mesti di siap kan dan letak kat tepi pintu supaya tidak terlupa nanti. So nak di jadi kan cerita, malam tadi, masing2 tak buat apa yang sepatut nya dia orang buat, akak perhati je, nengok kan kalau akak tak membebel, dia orang reti tak untuk buat sendiri. Akak bukan nya apa kengkawan, akak suka semua nya di sedia kan lebih awal supaya, mana lah tahu, masing2 terlelap ke, tak terdengar alarm menjerit2 ke, tidak lah kelam kabut masing2 nanti. Bila akak tanya kat Mr. R dan anak2 bila nak susun buku dan baju ni, dia orang jawab, sekejap lah, nanti lah, esok pun boleh. Ok, just wait and see.

Hasil nya, pagi ni masing2 kelam kabut untuk menyiap kan barang2 sendiri. Akak buat bodoh je, (dalam hati ni, geram nya, Tuhan je yang tahu tau). Mama, stokin saya tak ada lah, spek saya mana ye. Akak senyap je, biar dia orang cari sendiri sampai dapat. Kalau dari malam tadi prepare, banyak lah masa untuk cari barang2 tu.

Bila akak tak membebel, means, I am very ANGRY, so Mr. R dah faham sesangat. Komen dia kat anak2 pagi tadi, adalah macam ni :

Mr. R : Tu lah, anak2 semua, lain kali dengar cakap mama tu. Mama memang cerewet, tapi sebab cerewet lah semua nya selalu in order.

Akak : Hello, hello, saya bukan cerewet ye, saya sangat berdisiplin orang nya. Bila kita berdisiplin dan tahu rutin maka semua nya akan sempurna. Tak lah kelam kabut macam pagi ni.

Sara : Ye lah, ye lah, mulai malam ni, kita orang berdisiplin tanpa di bebel oleh mama. Dan yang paling buat akak rasa nak gelak ke, nak jentik mulut budak bertuah ni.....

Fariz :Alah, babah, mama tu kan poyo. Ikut je.

Akak memang tak suka nak bising2, suruh dia orang buat ini, buat itu, tapi kalau tak suruh tak bergerak. Nak kena bising, baru semua berjalan lancar. Kesimpulan nya, adakah akak shibam ko ni CEREWET, BERDISIPLIN OR POYO ?

Monday, February 16, 2009

HARI AHAD YANG BEST

Salam semua.

Kengkawan makan apa lunch time tadi ? Akak dan Jia gi lunch ikan bakar lagi hari ni, dah kemaruk dengan air asam kat restoran tu. Nak makan sampai muak, nanti baru cari port lain untuk lunch pulak.

Kat bawah ni sebahagian lagi gambar2 aktiviti akak semalam. Jom, nengok bersama2.

Atas permintaan ramai, siap ada yang menjerit2 nama akak, shibam, shibam, shibam berulang2 kali untuk nyanyi, dan dengan harapan rusuhan tidak akan berlaku, maka akak pun menyanyi lah. Well, lagu wajib akak lah, yang dia orang sebok suruh nyanyi ni, PARA PENONTON, BAPAK2, IBU2, SEMUA YANG ADA DI SINI, GOYANG SHIBAM YUK......

Urusetia yang masih bertahan sampai pukul 5 petang semalam. Bergambar beramai2 untuk kenangan.


Keluarga bahagia Pejabat Hubungan Industri. Dari kiri, Abang Long, Abah, Kak Ngah. Dari kiri belakang, Adik Bongsu, Kak Lang, Kak Uda, Kak Andak dan Bang Chik. Kami yang tembam2 ni ikut genetik arwah Emak. Yang kurus2 semua ikut genetik Abah ler.
Kesimpulannya memang bahagia dan ceria keluarga PHI sekarang. Oh, by the way, kami menerima ahli keluarga baru hari ni, nama nya Abang Tam. Nanti berkenalan dengan dia ok.

DI HARI SABTU NAN INDAH

Salam semua.

Kengkawan percaya tak dengan statement akak kat atas tu, di hari Sabtu nan indah, harussss kena percaya sebab kalau akak tak motivate diri sendiri untuk mengata kan bahawa bekerja pada hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang itu indah maka mood akak pun akan menjadi indah. Tapi kan, mood akak memang senantiasa indah je sepanjang masa, tu yang akak ada ramai peminat tu (statement nak bagi kengkawan muntah hijau lagi.....)

Muka shibam yang suke giler sebab makan, makan, makan je korje nye dari pagi sampai ke petang. Mana tak syiok, habis je program ni semalam, tambah lagi 3 kg berat shibam, kengkawan hitung lah sendiri ye.

Sempat lagi terlolap kat port dia, tapi di maaf kan, sebab nya, hari ni Suk Suk memang rajin cuma hobi dia yang suka terlolap tu masih sukar untuk di tinggal kan. Kalau tak caya, kengkawan nengok gambar dia kat bawah ni pulak........

Ni muka bersemangat Suk Suk masa pagi untuk pendaftaran pelajar. Ceria gitu rupa nya kan, tapi this time Suk Suk memang sangat rajin. Keep it up Suk Suk.

Masa ni pulak time pelajar dah duduk dendiam dalam dewan dan dengar celoteh penceramah2 tu. Akak pulak berceramah atau senang cakap bergossip kat luar ni lagi besh.

Gambar makanan harus ada di dalam blog Shibam sebab tuan empunya blog ni memang sangat suka dengan makanan. Perut dah kenyang pun boleh layan lauk pauk je tau.

Ambil mood ceria dulu sebelum menjalan kan tugas. Seperti biasa, tugas akak untuk pasti kan makanan2 untuk pelajar dan penceramah telah di siap kan terlebih dahulu, bila dah ok, boleh lah membuang masa dengan kengkawan lain.

Kengkawan2 opis lain yang memang sekepala. Semua nya gila, kalau tak gila memang tak best. Pot pet2 dari pagi sampai petang, tak sedar masa tu dah berlalu. Buat kerja pun happy je.

Ok kengkawan, bulan Mac ni ada satu lagi program ni tau, so sila bagi kerjasama yang best macam ni ye. Lepas tu kita gi mandi2 laut pulak ok.


Posing dengan si cantik manis yang bersopan santun ni, Farah dari opis PHUM. Thanks Farah sebab banyak membantu akak masa dua hari program ni berlangsung. Lepas ni Farah boleh jadi mak2 macam akak sebab akak dah train dia 2 hari ni.

MADU EMPAT

Salam semua.

Apa khabar kengkawan ? Akak still bersemangat nak masuk kerja walaupun penat belum hilang sepenuh nya ni. Bersemangat sebab nak upload kan gambar2 yang menarik ni.

Jom akak ajak kengkawan menghayati cerita orang yang bermadu ni, kengkonon macam gambar kita orang kat bawah ni lah. Meh layan..........

Mummy Irfan, Farah, Sue Sue, Teratak Aku, Irfan dan Shibam

Tersebut alkisah, seorang lelaki bernama Teratak Aku telah di paksa bernikah dengan gadis pilihan orang tua nya di kampung. Maka bernikah lah dia dengan si tembam yang jelita itu, selang beberapa tahun berkahwin, mereka masih tidak di kurnia kan anak kerana Teratak Aku tidak menyintai si Shibam itu, so macamana nak berkasih sayang pada orang yang tak sudi kan kan kan.

Shibam di tinggal di kampung dan Teratak Aku menerus kan kehidupan nya di kota. Di kota, Teratak Aku terjatuh cinta pulak dengan Sue Sue, maka bernikah lah Teratak Aku untuk kali kedua tetapi takdir tuhan penentu segala, mereka masih tidak di kurniakan cahaya mata. Dengan penuh rasa ego seorang lelaki, Teratak Aku menyalah kan Sue Sue kerana tidak dapat melahir kan zuriat untuk nya. Jeng, jeng, jeng, maka cinta dan kasih sayang Teratak Aku beralih kepada Farah si cantik manis yang di harapkan dapat memberi kan zuriat untuk nya.

Malang tidak berbau, setelah bernikah dengan Farah pun Teratak Aku masih tidak di kurnia kan anak, why, why, tell me why ? Di kala ini masing2 menyalahkan sesama sendiri dan kata putus sudah di ambil oleh isteri pertama iaitu si tembam yang jelita itu, maka di pilih kan calon untuk suami nya, bernikah lah Teratak Aku untuk kali yang keempat dengan wanita yang telah melahirkan zuriat yang comel itu. Itu lah mummy Irfan, si gila2 yang telah menghadiah kan harta yang tidak bernilai kepada Teratak Aku.

Di atas kelahiran Irfan yang comel, tembam dan ceria itu, keluarga madu empat ini telah berbaik2 sesama sendiri dan menjalani kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan. Untuk pengetahuan kengkawan, keempat2 isteri Teratak Aku sedang mabuk2 or loya2 mengandungkan zuriat masing2. Rupa2 nya setelah 'di charge' dengan si mummy Irfan tu barulah sistem badan Teratak Aku berjalan dengan lancar. Sedang semua nya berjalan dengan lancar, tiba2 Shibam di kejut kan dari tidur oleh Mr. R, lah mimpi rupa2 nya. Kah kah kah.

Sekian terima kasih.

Saturday, February 14, 2009

KANTOI

Salam semua.

Hari ni akak sedang bersiaran langsung dari Dewan Gemilang untuk menjayakan program kebolehpasaran pelajar 2009. Best betul sebab impian akak menjadi kenyataan sebab bila kuku besi tak ada, memang semua nya berjalan dengan lancar sesangat. Relak je kita orang buat semua tu tanpa kelam kabut dan jeritan dari orang yang berkenaan. Dan untuk pengetahuan semua, kengkawan opis lain sangat2 membantu dan kami bekerjasama dengan baik. Penat2 buat kerja, rehat, pas tu makan, pas tu sambung aktiviti balik, rehat dan makan lagi, mana tak seronok kan.

Bila berkumpul sesekali, banyak yang dapat di kongsi kan kerana sebelum ni masa terhad untuk lepak bersama2. Kehadiran student untuk pagi ni sangat menggalak kan, tapi beransur2 kurang menjelang sesi tengahari dan petang. Lunch time tadi akak sempat balik umah untuk jengok anak2 dan jeng jeng jeng, orang itu yang kata nya tak ada kat sini sudah kantoi ye kengkawan, sebab nya kata nya tiada di sini tetapi akak nampak dia dengan mata kepala akak sendiri ok. TQ so much sebab tidak membantu kami di sini. Anda sangat hebat, syabas.

SEKIAN.

Friday, February 13, 2009

TIDAK KESAMPAIAN

Salam.

Lunch time tadi, akak, Jia dan Sue tak tahu nak ke mana. Perut masing2 dah kekenyangan makan nasi lemak. Mula2 akak ingat nak gi Nilai 3 je lah, survey tudung ke apa yang patut, last2 tukar arah tujuan lak, gi Metro Point kat Kajang nu, kengkonon nak berkaraoke bersama2, terasa nak melalak2 lagi lak minggu ni.

Lawak betul coz si Jia tak familiar dengan jalan nak ke sana, akak dan Sue sebagai penunjuk arah jalan pun buat dia pening kepala. Sorry ye Jia, next time kita orang tunjuk arah jalan yang betul ye. Last2 bantai gelak je lah memasing kat dalam kete tu.

Confident jer, akak tunggu Sue dan Jia gi bayar untuk mula melalak. Sungguh kurang asam ye, sebab yang dah memenuh kan bilik2 tu adalah terdiri daripada budak2 sekolah kat area Kajang ni. Bukan main lagi korang ye, balik sekolah tu balik lah terus ke rumah, sebok je nak singgah menyanyi kat sini sampai penyanyi2 tersohor ni tak dapat nak melepaskan gian memasing. Sengih je lah kat kaunter tu sebab bilik semua penuh.

Takpe2 Music Box Karaoke, next time akak akan call dulu buat booking. Biar budak2 sekolah tu tak dapat lak. Ciss, kecewa sungguh lah. Apa lagi, round je lah kedai2 kat situ. Akak singgah gi Mydin jap beli barang keperluan sikit dan terus balik semula ke opis.
Ok my friend, Jia and Sue, we go again next week. Tolong, tolong, buat booking dulu sebelum pergi tau.

MACAM NI BARU BEST !

Salam untuk semua kengkawan yang dikasihi.

Akak baru habis meeting dengan kengkawan2 opis untuk program yang akan di jaya kan esok. Alhamdulillah nampak nya semenjak pemerintahan kuku besi berakhir, semua kengkawan dari opis lain dapat memberi kerjasama yang baik di antara satu sama lain. Harapan akak agar semua yang telah memberikan komitmen untuk hadir dapat berbuat demikian tanpa halangan.

Seronok sangat bila meeting dengan pengerusi yang tidak kelam kabut, tidak marah2 cam pengarah opis yang dulu2 tu. Kalau dulu nak bekerjasama dengan opis lain banyak nau halangan nya oleh si kuku besi tu tapi sekarang tenang je perasaan nya, sambil meeting sambil menikmati juadah nasi lemak yang di order oleh akak selaku ketua bab2 makan ni. Akak rela jadi tea lady untuk kengkawan, janji semua akan bekerjasama dengan happy. Yang paling di tunggu2, hari keluarga dan sanggar kerja yang akan di ada kan tidak lama lagi, tak kisah lah, lokasi nya di mana, janji dapat pergi bersama2 bersuka2 dengan kengkawan opis semua. Cik Najwa, don't worry kami akan ajak jugak walaupun Cik Najwa dah berpindah opis demi mengenang kan budi baik Cik Najwa pada kami ok.

Farewell untuk Cik Najwa akan di ada kan very very soon, akak bercadang nak gi makan2, tengok wayang dan berkaraoke dengan kengkawan opis nanti. Nanti kita enjoyssssss ok. Buat kengkawan dari YC dan PHUM akak akan sedia membantu jika opis korang pulak ada event lepas ni ye. Jangan malu2 nak mintak tolong pulak nanti.

Thursday, February 12, 2009

"SELEBRITI" DI PHI

Salam semua.

Hallu kengkawan, di sini akak nak share dengan kengkawan semua mengenai pelanduk dua serupa dengan selebriti. Ramai yang cakap muka dia orang ni ada iras2 selebriti kat Malaysia ni. Kalau kengkawan tak caya, meh nengok dan belek bersama2. Tapi setiap orang ada pendapat dan pandangan dari mata dia orang sendiri. Kesimpulan nya siapa yang cakap tak ada iras tu alamat kengkawan tu pendek umur, aiyo, tak tahu, baik kengkawan setuju yang dia orang ni semua ada iras tau.

Ni Cik Puan Sue, ada rupa sikit2 tak cam bini bakal PM bulan Mac nanti ?


Sape yang tak kenal dengan datin seri ni kan. Bagi pendapat akak, sama dol, tu belum tang tinggi dan saiz lagi, tapi Cik Puan Sue lagi kurusssssssssssss ah.


Encik Teratak Aku yang dari mula akak kenal dia, akak cakap dia memang cam Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tapi dia macam tak ngaku lah, pedulik, janji akak tengok cam seiras je.



Kan kan kan, sebijik tu. Sekali pandang gambar Sudirman ni macam encik Teratak Aku kan, dua kali pandang, baru perasan, oh ni memang penyanyi tersohor tu.

Ini pulak cover album terbaru peserta akhir UKM Idol 2008. Lagi 2 lagu je nak dirakam kan, lepas ni akan di pasarkan di kalangan rakan2 terdekat sahaja. Sebijikkkkkkkkkkkk cam Sudirman, hallu, autograph please.


Budak berlagak ni nama nya Ijal. Baru dapat surat jawatan tetap hari ni, lagi bertambah eksen dengan akak wei. Rupa dia ada iras lak dengan penyanyi Bunkface yang tengah meletoppssss sekarang ni. Cuma beza nya si Ijal ni banyak nau tahi lalat kat muka nya. Si Sam tu akak tak pernah tengok dari dekat so tak boleh nak komen, tapi memang ada iras ko ni Ijal. Popular kau lepas ni. Sila bayar royalti kat akak ye.


Tu si penyanyi Sam, paling kanan ber t shirt hitam tu. Malas akak nak carik gambar yang lain, yang penting memang ada rupa.
Best wo, kat opis ni ada kengkawan yang ala2 selebriti. Opis kengkawan ada ke ?