Salam semua.
Kengkawan terchinta sekalian, cepat betul masa berlalu kan, hari ni dah hari Khamis. Tinggal sehari dua je lagi boleh bersenang lenang, pas tu kena amik mood untuk jadi kelam kabut dan menjadi driver untuk anak2 yang akan bersekolah. Ok kengkawan, sekali lagi di ingatkan bahawasa nya entry akak kali ni pun panjang nak mamposs, jgn malas, baca sampai habih, ada paham !!!!
Kalau tak silap akak, hujung bulan ni nanti ada pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Ketua Wanita Umno kan, akak nak bagi tahu kat kengkawan, bahawasa nya, akak shibam ni tak payah nak bertanding2 cam tu untuk merebut jawatan, selalu akak menang tanpa bertanding sebab nya kengkawan yang lain dah malas nak dengar akak berhujah yakni berleter2, so dia orang bagi akak menang ala2 cam bagi chance lah kat akak. Bagus betul kengkawan akak ni, agak2 nya kan, dia orang dah call Mr. R dan bertanya cara2 nak handle akak dan camne nak bagi akak shibam ni tak memokak2 kata orang nogori, orang KL cakap, bising ler.
Seperti yang di ketahui atau tidak di ketahui oleh umum yakni orang awam, akak selalu kena masuk campur dalam hal2 cenggini, dalam erti kata lain, lebih banyak menyebok kan diri dari disuruh untuk menyebok. Akak memang suke buat citer berbelit2 sekarang, biar kengkawan kena baca berulang2 kali baru paham. Hi hi. Bukannya apa pun, sajer nak propa pepagi ni, wokey lets propa together. Selalu bila dah menyebok bersama2 tu, kengkawan akak cakap, ok lah akak shibam, ko lah jadi pengerusi bla bla bla bla, akak shibam, bila nak tubuhkan kelab bla bla bla.
Berikut di senaraikan kelab2 yang telah dan bakal ditubuh kan dan kenapa akak menjadi pengerusi untuk setiap kelab tersebut. Seperti biasa, sila sediakan mangkuk kalau nak termuntah manja2, sediakan tong sampah besar untuk termuntah belalakkkkkkkkk.
Pengerusi Pantry - akak jadi pengerusi sebab akak selalu sanggup tolong basuh kan segala mak nenek cawan, pinggan mangkuk kat sinki tu. Barang2 dalam pantry pun akak yang pergi beli dan sediakan untuk kengkawan akak yang manja2 ni semua. Makanan yang dah terluput tarikh kat dalam peti ais tu pun akak yang tolong campakkan. Tell me, tell me, sape berani amik jawatan ni dari akak.
Pengerusi Jamuan - well, akak punya taste yakni anak tekak akakmempunyai deria rasa yang memang sangat bagus, so bila opis ada nak buat meeting atau acara, mesti tanya akak dulu, apa yang nak di order. Yang paling best, asal akak bagi idea jer, itulah yang akan di order dan terbukti memang sedap. Kesimpulannya nampak sangat akak ni suko melantak kan.
Pengerusi Acara - ni pulak bagi acara2 yang melibatkan kengkawan opis dan yang sewaktu dengannya. Kengkawan yang suka paksa akak pikirkan agenda untuk sesuatu acara tu, akak tak nak pun sebenarnya, tapi dia orang yang paksa, so nak buat camne ? Acara yang dianjurkan oleh akak pun semua acara sopan2 jer, serious kengkawan, tak de acara meruntuhkan akhlak dan moral cam pesta buih ke, minum arak ke, tarian bogel ke, takde2 tu semua, yang penting acara2 yang akak nak buat tu telah mendapatkan kelulusan dan restu daripada bopren, gilfren, suami atau isteri masing2.
Pengerusi Blog - ha ni lagi satu fakta yang kengkawan kena terima, dari mula akak memblog2 ni pada 4 November tahun lepas, sampai ke hari ini, akak masih lagi semangat yakni poyo2 nak update hari2, camne akak tak jadi presiden untuk ni, kengkawan lain selalu kena sound dengan akak bila blog dia orang tak berupdate, so jawatan ni dah macam terlantik sendiri, bukan di lantik pun. Wa ka ka, shibam ko memang best. Untuk yang selalu komen, woi tak de kerja ke asyik update blog jer, ini kenyataan yang kengkawan kena terima ye, hanya orang2 yang berfikiran kreatif, banyak idea tak kira lah yang bernas atau merapu sahaja boleh menjadi blogger ni, kalau kengkawan memang di lahirkan tak banyak idea cam akak dan kengkawan lain, jangan jealous, takpe2 tak de idea nak berblog2 ni kan, baca je lah blog akak dan kengkawan lain ni. Ye ye, kebenaran itu memang pahit untuk diterima kan. Ulang lagik, dah ko tu tak pandai nak mengarang, tak banyak idea cam akak ni, ko bising2 lak ye. Baca dendiam cukup lah.
Pengerusi Kelab Awet Muda - ok, ok, meh2 sini, dekatkan mangkuk atau tong sampah tu, kompem kengkawan akan termuntah bila akak bagi fakta2 berikut, kelab ni untuk yang dah berusia 30 tahun ke atas sahaja, sudah berkahwin dan melahirkan anak, dan kriteria penting untuk jadi ahli kelab ni dia mesti nampak mudeeeeeeeeeee dari usia dia lah. Akak jadi pengerusi sebab nya, kalau gi seminar atau mana2, mesti dia orang yang tak kenal akak akan ingat akak cam umur belum 30 tahun gitu. Tak caya, gi tanya Awin, nak no sambungan opis dia tak, nanti akak bagi ek, bernanah telinga dia bila orang puji2 akak masa tu. Ada sesiapa lagi yang lebih nampak muda dari akak, meh sini, daftar dan akak akan bagi jawatan tu ala2 cam peralihan kuasa Pak Lah kepada Abang Jib nantilah.
Pengerusi Kelab Maness - kengkawan, jangan jauhkan mangkuk dengan tong sampah tu lagi, ada lagi fakta selanjut nya. Ha untuk kelab ni, semua boleh mendaftar jadi ahli, tiada syarat yang di kenakan, tiada had umur untuk menyertainya, tiada ukuran berat badan yang akan di ambil, semua boleh join, dengan syarat muka kengkawan tu kena manessssssssssssssss. Tapi kalau berdasarkan gambar masa Maulidur Rasul tempohari, Lija yang kena jadi pengerusi nya ni, akak duk sat je kat kerusi ni, pas ni akak bagi lah Lija duduk.
Pengerusi Kelab Pemtadbirisien - ada dengar sikit2 cam Eurasian tak, wa ka ka. Kelab ni pulak untuk pembantu pembantu tadbir yang efisien sahaja, ulang suara, efisien sahaja, yang markah prestasi nya 85 ke atas je boleh masuk kelab ni. Pembantu pembantu tadbir yang malas, kepam, selekeh dan yang sewaktu dengan nya tak akan diterima ye. Jangan kecewa dan jangn bersedih, sila efisien kan diri anda dulu, baru boleh join. Weeda darling, ko nak tak jadi pengerusi kelab ni, akak sedia berundur ni.
Pengerusi Kelab Setembam - ni paling2 best tau kengkawan, kelab ni khas untuk kengkawan yang mempunyai berat badan 65 kg ke atas sahaja, ulang lagik, 65 kg ke atas sahaja, aktiviti kelab ni best siotttt, kita akan main kutu bersama2 dan hasil duit kutu tu untuk buat rawatan sedut lemak di merata2 tempat, buat suntikan kolagen, vitamin c dan yang sewaktu dengan nya jugak. Jom, baik lelaki mahu pun perempuan, sila daftarkan diri anda, keahlian terhad tau. Kerusi pengerusi ni akan bertukar ke tangan orang lain, kerana bila mesyuarat agong pertama nanti di ada kan, semua ahli berdaftar akan di ambil berat badan nya, maka orang yang mempunyai berat badan berlebihan berdasarkan ketinggian dan umur akan menjadi pengerusi nya secara automatik.
One more thing kengkawan, jadi pengerusi untuk kelab2 ni semua tak ada elaun, ulang suara, tak ada elaun, hanya dapat enjoyssssssss jer. Bak sitkom Puteri tu, hidup cuma sekali, so kita ENJOYYSSSSSSSSSSSSSSSSS.
Adik yuyee comeyy, ko rasa ko sesuai masuk kelab mana ni, tell me, tell me, ko kan protege akak.