Wednesday, April 29, 2009

SAYANG (CANTIK), HI HI

Salam.

Macam biasa, hari ni semua kengkawan nak gi makan lunch kat tempat yang sama macam selalu. Tapi ni citer semalam ye kengkawan. Kita orang kalau gi makan kan, suka pergi beramai2, sungguhpun akak kena pergi fetch anak dulu, takpe, join dia orang kemudian, yang penting makan together gether. So kalau dah berkumpul tu ramai dan gamatlah jadinya kan. Masing2 dah ambil nasi dan lauk apa yang hendak di makan tu, so duduk lah menikmati makanan. Dalam 5 minit nanti, adalah pekerja restoran dia yang memang dan ngam dengan kitaorang akan datang kira kan harga makanan masing2.

Akak pun pelik sebab dia tulis kat sekeping kertas je, so nanti macam mana nak tahu, yang akak punya berapa dan yang lain2 tu pulak berapa harganya kan. Jadi waktu nak membayar semalam, akak tanya lah kat pekerja kaunter tu, macam mana dia nak cam yang kitaorang punya harga makanan, dia pun tunjuklah kertas yang pekerja dia dah tulis tu, lawak siotttttttt, macam ni rupanya cara dia nak cam kan seseorang tu : Harga tu akak main bantai je sebab akak pun tak koser nak ingatkan masing2 punya.

Abang gemuk (pakai spek) - RM5.80
Abang spek baju hitam -RM6.00
Abang rambut cacak - RM5.00
Sayang (rambut kerinting) - RM4.50
Sayang (baju coklat) - RM4.50
Sayang (cantik) - RM5.50

Ha ha ha, lawak kan, Abang tu untuk lelaki dan sayang untuk perempuan, so siapa yang pergi tu tahulah siapa yang dimaksudkan semalam ye. Yang penting dan buat akak giler perasan tu ha, akak tanye dia mana saya punya kak, tu yang cantik tu kamu punyalah, wuhoooooo, perasan akak dibuatnya wei, akak tak kiralah dia ikhlas ke tak, janji dia bubuh cantik kat situ, ha ha ha.

TODAY IS ENGLISH LANGUAGE DAY

Salam.

Good morning everybody, how are you today ? I hope everything is fine. I declared today is english language day, why ? I just want to polish my ability in my writing. Previously, when I was a secretary to an expatriate boss, my speaking and writing in English was very good and fluent, I need to communicate with my boss, attend meeting and prepare minutes of meeting, agenda and his itinerary for travelling in english. When I first joined my current job here, the surrounding was totally different, all communication verbally and writing are in Bahasa Malaysia. As time goes by, my skill has been rusted.

Mama Irfan, please don't laugh ok, I know your grammar is very good, please correct me if there are sentences that is not correct. Ha ha ha, why is it so funny, yes it is so funny because I feel so difficult for me to write or create sentences in English or the easiest way to say is I feel so stupid. Actually, the easiest thing to practice is we have to speak and write it always. Right or not Mama Irfan ?

So to all my friends out there, read and leave all your comments in English, let's see whether you all still can cope or not. Doesn't matter if your English Language is broken as mine, but at least we try. I want to dedicate this pantun for myself (direct translation ok). Ha ha ha.

Two three cats running around
It is not the same as the stripe cat
Two three persons can be found
But it is not the same as Shibam

Yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

BYE BYE CIK PUAN IMA YANTI

Salam.

Selamat pagi kengkawan semua. Esok adalah hari kerja yang terakhir untuk dua orang rakan akak yang disayangi. Seperti yang korang dah maklum sebelum ni, Jia akan ke MQA dan Cik Puan Ima Yanti akan ke JPM.

Hari ni Cik Puan Ima Yanti akan di raikan dalam majlis makan2 perpisahan di opis nya. Beruntung Cik Puan Ima Yanti ni ada rakan2 yang bersusah payah mengatur kan majlis ini untuk nya.

Ok, akak nak citer ni, hari pertama akak masuk kerja kat sini, akak tak berjumpa dengan Ima sebab dia bercuti sakit masa tu. Dia bercuti agak lama sebab ada komplikasi ketika dia mengandungkan anak keduanya masa itu, so akak selalu jugaklah menumpang buat kerja kat meja dia. Kalau korang nak tahu, si Ima ni dia suka menghias tempat duduk dia, so banyaklah gambar2 cantik yang terpampang kat dinding dan meja dia. Tu belum lagi hiasan2 lain yang ada di sekeliling meja dia. So bila akak duduk menumpang buat kerja kat situ, dah siap semua kerja akak, harus akak kemaskan cantik2 semula, supaya tuan punya badan tak pening kepala nengok tempat duduk dia bersepah bila masuk kerja nanti.

Bila dia dah sihat dan masuk kerja semula, barulah sesi perkenalan tu bermula, dari hari ke hari akak bergaul dengan dia memang terbukti bahawasanya Ima suka pada keadaan persekitaran yang bersih, kemas dan teratur. So sesiapa yang buat sepah akan kena sound direct, suka tak suka kena tadah telinga je, silap2 hari bulan, bernanah telinga dia orang kena sound dengan Ima, ha ha ha, tapi akak faham sebab kalau dia tak bising nanti tak ada siapa yang take note dan tolong kemaskan untuk dia. Betul tak Ima ?

Satu pesanan akak untuk Ima ialah di tempat baru nanti dan di samping kawan2 opis yang baru nanti, berkawan baik2 ye, jangan ada rasa rendah diri dan teruskan efficiency ko yang kebabomm tu. Jangan lost contact ok, kalau ada apa2 yang nak di share tu silakan ye, kaunter info 24 jam akak sedia berkhidmat. Akhir kata buat Ima, all the best and good luck. Friendship forever ye.

Tuesday, April 28, 2009

FRIENDSHIP AWARD

Salam.

Teratak Aku, tq for this award. Semoga friendship kita akan harmoni selamanya ye, especially bila hujung2 tahun nanti, mintak2 lah bertambah2 harmoninya.

Rule :

1) Put this badge in your awesome blog (dah tempek pun)
2) Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly (nak bagi kat kengkawan yang takde blog pun boleh kan)
3) Make sure you put the recipients name here, along with their links (tak kose ler)
4) Let them know about this (tak kose gak, nak tahu kena baca sendiri, hi hi)

Akak nak bagi Friendship Award ni kat kengkawan yang seperti berikut ye, tak kira lah dia blogger ke bukan, pembaca setia pun akak nak bagi jugak supaya Friendship kita berkekalan hendaknya :

1) Akish - kena jaga baik2 budak ni, nanti nak berurusan dengan dia manyak senang wo
2) Anne - dah banyak kali akak ayat suruh buat blog pun tak jalan jugak
3) Lija - yang asik2 bagi komen kat telefon
4) Shibab - lagi kena jaga bagai menatang minyak yang penuh
5) Awink - yang selalu bagi komen lambat dalam blog
6) iSpy - ko jangan tak tempek dalam blog ko ye dikk
7) Manal - pembaca setia nun jauh di Kuwait, nanti jumpa bulan June ye
8) Rafflesia merah - awak pun tempek jugak dalam blog nanti tau
9) Amizah - pembaca yang setembam dengan akak, hi hi
10) Pakcik - pembaca setia yang tahu siapa akak maksudkan ni, bagi komen sekali sekala ikut mood dia, rasa nak menyebok kang dia komen dalam blog akak, rasa cam malas kang, dia baca je lah. Bila dia free kang, dia menyebok kat chat box tu pulak. Anyway, Pakcik, friendship forever ye. Hi hi.

Pada biras2 akak tu tak payah lah yer, nanti akak bagi biras nye award pulak. Pada yang tak disebut tu, bukannya apa, mesti Teratak Aku dan Weeda dah bagi kat korang kan. Korang pun tak heran sangat kan, tak dapat dari akak pun tak pe kan. Yang penting, tak kiralah yang disebut atau tak disebut, friendship selamanya ok.

MANJA BABAH

Salam.

Good morning everybody. Breakfast apa pagi ni ? Akak dan kengkawan opis ni, macam biasalah makan kuih muih yang di sedekah kan oleh Teratak Aku setiap hari. TQ, Teratak Aku, memang selalu lepas akak dah makan, akak akan cakap tq kat dia dan doakan dia di murahkan rezeki dan akan jadi jutawan HAI O tak lama lagi. AMIN.

Topik pagi ni mengenai anak kesayangan ye kengkawan, akak tak percayalah kalau korang menidakkan perkara ini. Sedikit sebanyak tu memang terserlah dalam ramai2 anak tu, siapa yang terlebih2 manja, tak manja dengan mama nya, dia akan terlebih manja dengan babahnya or mungkin manja dengan atuk dan nenek masing2. Dalam hal ni, akak selalu cakap pada Mr. R mungkin dia lebih berlembut dan terlebih2 sayang kat anak2 perempuan dia sebab adik beradik dia yang seramai 6 orang tu kesemuanya lelaki, so bila dia dapat anak perempuan, dia excited dan terlebih2 memanjakan dia orang.

Macam Sara ni kan, memang dia anak kemanjaaan babahnya. Mimi pun kalah, Fariz lagilah kalah teruk, ha ha ha, apa2 mesti Sara yang menang wei. Kengkadang akak tegur jugak tapi Mr. R, tapi dia selalu cakap macam ni, mana ada Yang, semuanya sama je, sedangkan dia tak perasan tau kadang kala tindak tanduk dia tu memang terserlah, contoh yang paling senang lah, kalau dia tengah2 menegur anak2 tentang sesuatu perkara kan, tapi bila giliran menegur Sara, suara dia terus jadi lembut dan tegur dengan berhemah.

Ni contoh lagi ni, hari Ahad tu masa nak menjemput Sara dari klinik UPSR tu, akak dan anak2 lain semuanya tunggu dalam kereta. Ye lah, kitaorang sampai awal dan dapat parking berdekatan dengan entrance nya, Mr. R nak jugak turun dan menunggu betul2 kat depan pintu dewan tu untuk menjemput anak kesayangannya. Hi hi, akak snap gambar ni dari dalam kereta, bila dia dah terperasan tu terus posing cecantik.

Memang tidak dinafikan semua anak2 kita adalah kesayangan dan kemanjaan kita tapi tidak dinafikan jugak mesti ada yang sorang tu dia terlebih2 sikit dari yang lain2 tu. Mesti ada punya lah, kalau dalam adik beradik Mr. R pun akak dah nampak sape yang terlebih2 manja dengan mak dia, dan dalam adik beradik akak pun ada jugak (akak mengaku, akak anak yang terlebih2 mengada2 dengan bapak akak, abang2 dan adik akak selalu cakap, ko kan kalau cakap apa, mintak apa dengan abah tu semua ko dapat kan). Mungkin korang cakap, alah tu perasaan akak jer, tapi sungguh2 ni, betul, dalam ramai2 tu mesti ada sorang yang terlebih2 manjanya.

So korang ni semua, anak manja siapa, tell me, tell me.

Friday, April 24, 2009

AKAK SUKE BUAT KERJA NI

Salam.

Korang lunch apa tadi ni, dah nak masuk time untuk tea break baru nak tanya pasal lunch kan, hi hi.

Pada kengkawan yang memang dah lama kenal akak tu memang tahu yang akak suka sangat matchmake or memadankan tak kira lah carikan pasangan untuk lelaki or yang perempuan. Pada yang tahu jugak tu dan masih ingat lagi pasal kawan lama kita yang dari dulu hingga kini selalu suruh akak carikan girlfriend untuk dia kan, bahawasa nya dia dalam proses kenal mengenali dengan seseorang, so mari kita doakan sesama supaya ianya berkekalan, dah jadi nanti takde lah dia mengacau akak lagi.

Tadi masa nak ke tempat lunch di Metro Point Kajang tu akak terserempak dengan seorang perempuan yang berbaju pink dan bertudung hitam. Kami sama2 masuk lif dan keluar di aras yang sama, serius wei, cantik sungguh lah perempuan ni, kulit putih gebu, kening hitam terbentuk je, hidung comel yang mancung, tak payah mekap tebal2, pakai lipstik je, cantik nya muka dia, badan kurus, tinggi lampai, bau pun wangi jer. Akak tengok dia tak berkelip2, sib baik dia tak cakap, apa nengok2 saya ? Ha macam ni lah kriteria yang akak selalu cakap kan pada korang yang muda2 lagi tu tapi malas nak melawa tu, akak nengok dia pun cam nak meleleh je air liur ni, korang bayangkan orang lelaki yang nengok !!!!!

REAKSI KITA SAMA TAK ?

Salam.

Selamat pagi kengkawan. Salam hari Jumaat yang mulia ye. Semua pasti suka dengan hari Jumaat kan, ye lah esok dan lusa hari tidak bekerja, macam2 aktiviti dah ada dalam kepala masing2 tu.

Korang kalau tengah drive kereta tu kan, selalu tak berhati baik dan berperangai mulia cam akak ni, especially kalau waktu2 puncak macam orang nak pergi or balik kerja, kalau time akak fetch anak2 kat sekolah tu lagilah, nak kena banyak2 bersabar, dengan orang yang tak reti nak queue, bila potong queue pulak takde signal, masuk secara mengejut dan macam2 lagilah. Macam pagi ni kan, kat simpang nak keluar ke jalan besar ke UKM ni akak bagilah satu kereta ni masuk queue depan keta akak, bagus dan terdidik pakcik ni, dah masuk tu siap angkat tangan luar tingkap lagi. Bila kita jumpa dengan orang2 macam ni kan rasa macam berbaloi sangat kita buat macam tu, rasa happy semacam sambil tersengih2 lagi akak sorang2 dalam kereta tu tau.

Cuba kalau kita terjumpa pemandu yang dah lah bagi signal kiri tapi masuk kanan, duduk lane laju tapi bawak macam siput dan yang paling tak best bila kita dah bagi dia potong queue dia buat bodoh or macam tak ada apa2 berlaku pun kan, masa ni rasa macam, ish kalau aku tahu, tak hingin aku nak bagi ko jalan dulu, blah lah. Ha ha ha, emosional betul kan, tapi memang lah, akak kan kalau tengah drive tu bila terjumpa dengan pemandu yang beretika ni rasa cam best jer, kalau yang mengong tu rasa cam nak pandang muka dia pastu cakap ko memang kuang asam lah wei.

Tapi macam mana emosional nya akak kan, ada sorang kawan akak lagi giler emosional bila bawak kereta, macam nonton drama kalau naik kereta dengan dia wei, ye tidak lain dan tidak bukan si Teratak Aku. Akak tak pernah lagi jumpa orang yang lebih emosional dari mamat sorang ni.

Thursday, April 23, 2009

NI JE YANG BOLEH BUAT SUAMI TAK BANYAK CAKAP

Salam.

Kengkawan, memang bagus lah ada blog ni, nak citer kat korang, semalam kan akak buat entry pasal abang TNB datang umah malam2 dan fixed kan problem tu kan. Mr. R balik umah semalam, sampai dalam kul 9 malam cam tu lah, terus cari akak kat dapur tu dan hulur kan tangan nak bersalam dengan akak. Akak tengah blur2 so sambut je lah salam tu, dalam hati akak, ish apo kono lak laki akak ni, tak ponah balik2 je nak bersalam, hari ni lak nak bersalam bagai. Rupa2nya dia dah baca lah pasal meter yang pop pop pop tu, ha ha, tak sempat nak bercakap kan, bila citer dalam blog, dia dah baca pun petang semalam. Mr. R cakap cam ni ha, wah tahniah Yang, hebat you, settlekan sendiri ye, saya kagum Yang. Oh, akak blushing ok, tersipu2 malu kena puji dengan laki sendiri kan.

Tapi ayat selepas tu rasa cam nak lambung2 kan dia ada gak malam tadi, Yang you dah terror macam2 kan, apa kata, servis kereta pergi sendiri, filter aircond cuci sendiri, cuci kereta sendiri, wah wah wah, bini baru nak tunjuk pandai, nak amik kesempatan pulak ye, macam biasa sebagai seorang isteri yang solehah, haruslah menjawab balik pertanyaan suami dengan cara yang amat sopan, boleh Yang, saya boleh buat semua tu, you serahkan semua tu pada saya Yang. Betul ni, Mr. R cam tak percaya dengan keikhlasan akak waktu tu lah, ye betul Yang, saya serius ni, pas tu nanti you mesin baju sendiri, ampai baju sendiri, lipat baju sendiri, gosok baju sendiri, masak sendiri dan yang paling penting you tidur sendiri2, amacam, ok tak ? Dan dan dia menyambung lagi, tu lah orang pompuan asal nak mengugut je guna ayat you tidur2 sendiri, ha ha ha, yo lah itu je yang boleh bagi orang lelaki ni lomah gemalai nak mendengar kata kan, so mana ada alasan lain yang lebih konkrit lagi.

So, Mr. R you nak suruh saya buat tu semua sendiri ke, pikir masak2 ye, ha ha ha, giler kejam.

KENA DIET GAK

Salam.

Kengkawan, berita terkini ye, bukan mama budak ni je tengah berdiet, anak dia pun terjebak sama. Ramai yang dah menegur dia dah menembam. Untuk memastikan keadaan akan menjadi lebih terkawal maka budak ni pun kena berdiet, no sweets, choki2 dan yang sewaktu dengannya sekarang ni.

Pak Ngah budak ni dah sound minggu lepas, kalau tak kurus nanti, tiada tajaan baju kurung untuk hari raya kelak, tiada tajaan kasut raya dan gown untuk hari raya. Sangat kejam kan bapak sedara budak ni. Mama budak ni lagilah kesian kena diet gak sebab tajaan yang sewaktu dengannya pun akan dibatalkan jika pertambahan berat badan terus berlaku. Baru seminggu tak makan malam, Mr. R dah gelak kan akak, fuyoo sanggup tak nak makan sebab takut hilang tajaan, yolah yolah golak lah, akak redho jer.

Best giler kan, kalau akak nampak makanan je cam rasa nak loya gitu, ini tak, asal nampak makanan je rasa cam nak makan, bila nak kurus cam ni ?


MELALUT JER

Salam.

Selamat tengahari darling2 sekalian, akak baru habis meeting, perut pun dah kenyang, mamam soto yang sangat syedap. Meeting best giler sebab boss besar sangat baik dan sporting, santai je time meeting tadi.

Just nak share dengan korang ye, hari tu ada salah seorang pembaca blog ni, namanya dirahsiakan supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada akak kelak ye. Akak dah bagi hadiah dah kat anugerah pemberi komen terbanyak tempohari, Anne terima dengan happynya sebab dia suka, akak pun of course lah suka jugak kan. So Anne dah menayangkan hadiah yang dia dapat tu, masa pembaca blog ni call akak dia tanya cenggini lah, akak, tak ada ke hadiah untuk pembaca setia yang tak pernah bagi komen tapi tiap2 hari baca blog akak tapi tak bagi komen kat dalam blog cuma bagi komen kat telefon ke atau lain2 lah. Gelak guling2 bila akak dengar tau, dengar sini baik2 ye darling2 semua, memang lepas ni akak nak bagi lagi apa yang patut kat korang tapi korang kena tinggal jejak lah dalam blog ni. Korang senyap2 je, tak tinggal jejak, camner akak nak bagi anugerah tu kat korang. Mana tahu lepas ni akak nak bagi anugerah pengomen yang kelakar ke, yang paling bernas ke, yang paling tak senonoh ke, ha biarlah rahsia ok.

Akak bukannya mampu nak bagi hadiah yang mahal2 tu, hadiah kecil2 an jer yang penting akak nak hargai korang yang banyak membuang masa membaca blog meraban akak ni, ha cam tu lah kira2nya. Satu lagi pasal si budak comel yang cantik ni, wei dengar sini ye, akak tahu ko hari2 baca blog ni, akak nak sebut pun nama ko sekali kat dalam blog ni, biar ko marah kat akak, AKISH, ko memang sombong ah, semalam ko ada kursus kat opis akak kan, ko tak nak pun singgah2 berpeluk2 dan bercium mulut dengan akak ye. Sib baik lah ko tu akak kena jaga hati dan perasaan ko baik2, kalau tak kang ish,nanti opis akak mintak penggunaan kenderaan je kang, ko tak luluskan pulak. Berlagak budak cantik ni, dah sampai kat opis ni tapi tak nak terjah akak dan kengkawan lain ye. Wei AKISH, meh bagi komen kat entry ni nape ko tak singgah opis akak semalam. Tell me, tell me !!!!!!

Ha ha ha, takpe AKISH, ko tak nak komen pun takpe sebab akak tahu dalam hati ko cakap cam ni kan, ada aku kessahhh.

Wednesday, April 22, 2009

NAPE LAMPU TU BERKELIP2, NAK TAHU ?

Salam.

Ok ok, akak akan mengomel kembali seperti biasa ye, ramai dah tergeliat lidah nak ikut slang nogori tu kan. Berbalik kepada citer akak pagi ni pasal lampu bilik yang berkelip2 tu lah. Citernya cam ni ha, bila dah jadi cam tu kan, takkan lah mengada2 nak tepon laki semata2 lampu bilik berkelip2, sangat lah tidak logik kan. Kata macam bagus kan, so settle kan lah sendiri. Akak suruh lah Sara padam kan lampu bilik dia tu dan bilik akak sekali, sekali bila turun tangga, lampu kat ruang tamu pun berkelip2 gak, ish cam ada sesuatu tak kena ni.

Akak gi kat pintu depan tu, ingatkan nak jengok budak2 bujang sebelah tu mintak dia orang nengok2 kan, sebab most of them tu belajar electrical ni, sekali tu bukak pintu akak dengar bunyi cam pop corn baru nak masak tu wei, pop pop pop, ha gitu lah bunyinya, ah sudah dari mana lak datangnya bunyik ni. Bukak lampu porch, perhati kat dari mana datangnya bunyi tu, kompem wei kompem, dari meter kat luar umah akak tu. Sekali cam bagus lagi malam tadi, panjat kerusi dan matikan suis utama, bunyi tu hilang, bila pasang balik, bunyi tu ada. Nak tak nak akak tutup terus suis utama tu sebelum menjadi lebih teruk nanti, mana lah tahu, pop pop pop kang terus .................. (bayangkan sendiri ye)

Ni dah dekat nak pukul 10 malam ni, sape lak yang akak nak tepon mintak bantuan ni, akak gi jugaklah kat pagar budak2 bujang tu dan panggil dia orang, apa ke namanya budak tu pun akak tak tahu, main suruh nengok je, wei ko tahu tak nape kat meter akak tu berbunyi2 lah bila di pasang suis utama tu, wah pandai budak ni, telepon TNB je kak sebab meter2 ni kan bawah penyeliaan dia orang. Ye tak ye, pandai eh ko budak, tq so much lah, gi lah balik umah ko ye dan akak pun tepon lah TNB aduan kerosakan. Ni nombor pada yang tak tahu tu ye, yang dah tahu tu duk ontok2 kat situ. Lain kali kalau ada apa2 aduan kerosakan tak kira lah lampu jalan bulb terbakar ke, umah korang takde bekalan elektrik ke boleh call 15454.

Akak selalu jugak call no ni untuk tanya kalau bekalan elektrik tak de kan tapi tak terpikir langsung masalah macam ni pun boleh call dia orang. Layanan khidmat pelanggan dia sangat bagus, akak bagi 5 bintang wei, tak sampai 15 minit, technician standby dia dah tercegat depan umah akak. Dia check bagai, rupa2nya wayar kat sebelah meter tu dah touching katanya. Apa2 jelah janji dia dah betulkan. Siap tak sampai 10 minit ko, wallawei sangat efisien. Berbakul2 terima kasih akak ucapkan kat budak tu semalam. Kalau lah semua orang efisien macam ni kan bagus, tak de lah akak nak meroyan selalu kan.

Malam tadi tak sempat nak citer kat Mr. R sebab dia balik pukul berapa pun akak tak tahu, tahu2 bangun pagi tadi dah ada kat sebelah je wei. So lepas baca ni, Mr.R akan lebih mengagumi isterinya yang serba boleh ini. Settlekan hal macam ni tanpa bantuan suami di sisi, wah sadis giler. Ha ha ha, korang kagum tak dengan akak ni.

RINDU LAH PULAK

Salam.

Kengkawan jangan nak buat spekulasi pulak pasal rindu2 ni ye. Korang ingat boleh rindu sesama manusia jer ke, akak punya rindu ni lain wei. Rindu nak bercakap cara orang kampung halaman akak bercakap iaitu cakap nogori. Yo lah, akak mano ado jiran tetanggo yang berasal dari kampung yang samo ni, di opis pun tak do gak, nak jumpo sedaro maro tu jarang2 bonar, ni yang nak meroyan cakap sengsorang.

Ni ha, malam tadi laki akak tu takdo kat umah, dio ado game badminton, so tinggal akak dongan anak2 jer lah. Bosan2 tu, akak ajak Sara melayan akak cakap kampung ni le. Korang kalau nak bagi komen di persilakan tapi pastikan cakap nogori gak yo, kalau tak kang akak tak layan, ha ha ha, gilo jap.

Fariz still tak sihat so dia tidur awal lah malam semalam. Mimi lak potang tu tak tidur kat umah nenek eh, pukul 9 malam dah hanyut di buai mimpi2 indah. Tinggal lah si Sara sorang nak melayan omak eh yang hu ha hu ha ni. Sambil dio buek kojo sekolah tu akak membaco buku citer2 yang baru di boli hari tu. Sara apo kojo sekolah yang ado hari ni, banyak tak ? Apalah mama ni, kojo kojo, cakaplah betul2. Ish, berlagak budak ni, omak eh nak meroyan kojap pun tak boleh tau.

Sara buek yo kojo sekolah tu, mama nak golek2 jap yo. Kalau ado apo2 nanti, Sara panggil mama kat bilik yo. Dio buek donno je bila akak cakap tau, Sara ko dongar tak apa mama cakap ni, yo dongar, den dongar ni ha. Sian anak akak, kena paksa layan mama dio yang kebosanan. Nak di jadikan cito, tongah sodap2 baco buku tu, tibo2 lampu dalam bilik akak pulak berkolip kolip cam lampu dalam disko tu ha. Kojap tu pulak, Sara masuk bilik dan bagitahu lampu bilik dio pun berkolip2, ish dah lah laki den takdo kat umah ni, maso ni lak dio nak berkolip kolip, memang sengajo nak menguji tahap kesabaran den yang tinggi ni lah. Apo jadi lopeh tu, nanti akak citor kan lagi yo. Pado yang susah nak paham tu, buek2 paham yo lah.

Tuesday, April 21, 2009

I LOVE MY BLOG

Salam.

Firstly, tq to Weeda sebab bagi award ni untuk akak. Weeda, Weeda, Weeda, sib baik ada ko tau, kalau harap orang lain nak bagi award2 ni selalu pada akak, nampaknya tak ada lah wei, ko memang baik hati lah, dan memang tidak dapat di nafikan lah Weeda, semenjak kita selalu membalas2 komen dalam blog ni, kemesraan tu semakin terserlah kan, kalau ko rasa sebaliknya tak tahulah pulak kan, sob sob sob.

Sedih sikit sebab hari ni Abang Tam, si pegawai skema yang efisien tu akan berhenti, dia dah dapat jadi PTD, so kita tunggulah rupa pegawai yang baru ni nanti macam mana pulak. Harap2 ianya rajin dan se efisien Abang Tam. Bye2 Abang Tam, wish you all the best. (Weeda, ko gi paksa Abang Tam ni bagi komen dalam blog akak ni tau, wa ka ka)

Tq Weeda sebab ko love blog akak ni. Dia suruh nominate 7 blogs yang lain so akak nak bagi pulak kat Bukan Loser, Reality Bites, Mama Irfan, Teratak Aku, Swift My Dream, Bila Jari Menari dan My Life.
Pada yang akak dah bagi ni, kalau korang sudi nak tempek dalam blog korang amik lah ye, tak sudi pun, takpe, akak don't mind sebab lepas ni senang jer, bila akak dapat je award lagi, nama2 korang akan akak blacklist kan terus, ha ha ha, bungukssss siap main ugut2 lagi, macam dia orang tu kisah shibam oi.

Monday, April 20, 2009

SEMPOI

Salam.

Hari Ahad punye citer pun best gak kengkawan, korang kalau rasa tak best tu, tak pe2, akak anggap korang ada masalah hormon je, senang gitu, ha ha ha.

Cam biasa bila weekend je nak kena prepare breakfast dan lunch yang spesel sikit lah kengkonon nya. Dah siap makan semua, adalah masa untuk membelek2 suratkhabar sambil menonton Melodi yang best itu. Tengah beriya2 mengiron baju sekolah anak2 ni, Mr. R dapat call dari bapak dia yakni bapak mertua akak. Cousin Mr. R nak datang umah kata nya, so apalagi dah dengar ada orang nak datang umah, takkan kita nak buat bodoh je kan, kengkawan sekalian tetamu harus di utamakan ok. Tak kiralah dia orang datang tak kena masa ke, korang tengah busy ke, tengah membuta ke, yang penting bila tetamu datang harus disambut dengan senyuman dan layanan yang mesra gitu.

Tetamu ni kan rezeki kengkawan, jadi layanlah betul2 bila ada orang datang kat rumah ye. Dah siap masak air dan potong apa yang patut untuk dihidangkan tu, dia orang pun sampai, oh rupa2 nya cousin Mr. R yang duduk kat2 sini je, cousin Mr. R ni lecturer kat UKM dan husbandnya buat bisnes sendiri. Anak dia ada 8 orang yang semuanya dah besar2 lah dan tujuan dia datang umah kitaorang sebab nak jemput anak dia nak bernikah. Setahu akak anak2 dia semuanya tengah belajar lagi takkan dah nak kahwin, borak punya borak rupanya anak no 2 dia yang nak bernikah ni wei. Umur baru 19 tahun dan baru nak masuk semester 2 belajar di UIA nun. Dengan sopannya akak menyampuk, wah baguslah akak dgn abang ni ye, very open minded tentang hubungan anak2 ni.

Dia orang memang sempoi wei, sesuai diciterkan kat Hidup Biar Sempoi ni, alkisahnya, dia orang dah kenal dari Form 3 lagi dan bersambung2 lah sampai ke universiti ni, tapi biasalah kan hubungan tu ada pasang surutnya, dalam 2 - 3 bulan sebelum ni lah, si pihak lelaki ni asyik bercerita pada emaknya yang hati dia tak keruan lah kalau tak jumpa si pihak perempuan ni, bil telefon pun dah melambung2 tinggi asyik nak bergayut kat telefon je kerjanya. Satu hari kalau tak jumpa tak boleh concentrate kat study katanya lagi. Rupa2 nya dari pengamatan mak dia tu, maka timbullah idea mak dia nak menikahkan jer anak dia dengan teman perempuan dia ni tadi. Akak tabik spring beribu kali kat mak dia ni semalam, ye lah kan kalau sekarang kita selalu dengar, mak atau bapak nasihat kan anak, belajar pandai2, kumpul duit banyak2 baru boleh kahwin kan tapi akak ni semalam cakap sampai mata akak terkedip2 je pandang kat dia, akak tu cakap dari anak dia menanggung dosa, merindu dendam dan terarah ke jalan maksiat lebih baik dia nikahkan jer.

Yang best lagi tu baik pihak lelaki atau perempuan ni resultnya memanjang nya cemerlang, ataupun mungkin dia orang ni ikut jejak langkah mak dan bapaknya yang kahwin semasa berusia 18 tahun iaitu sebelum mereka sama2 menyambung pelajaran di luar negara. Bila pikir2 balik kan, memang betullah apa yang akak tu cakap, dari buat dosa baik bernikah, Allah s.w.t akan menunjukkan dan membuka jalan untuk kejayaan dia orang sebab dia orang buat benda yang baik bukan benda yang bukan2. Dia orang nak bernikah hari Sabtu depan, insyaallah kalau tiada aral melintang akak akan pergi. Oh lupa nak bagitahu kat kengkawan, hantaran belanja kahwin dia ikut lah berapa yang pihak lelaki nak bagi dan paling senang citer, lunaskan mas kahwin yang wajib tu dahulu, besok2 dah kerja baru bagi duit hantaran lah.

So pada Mizzy, Awin, Anne, Lyn, Jia, Teratak Aku, Sue Sue dan sesiapa lagi yang belum bernikah tu, apa kata korang ikut jejak langkah anak buah Mr. R ni, nikah je wei, habih cerita. Hi hi hi.

CITER ROJAK

Salam.

Kengkawan, hari ni membosankan betul lah, server opis tengah ngok ngek, nak buat aktiviti seperti biasa tu dah jadi terbantut dah ni. Boss besar gi Melaka lak tu, ish rugi kan, tapi kan sib baik ada novel yang Teratak Aku bagi pinjam baca ni, sedih giler citer ni.

Hari Sabtu punya citer tak habih lagi ni, akak dah habih mereport bagai kat boss budak baik tu, nak menenangkan hati jap, hp akak lak bunyi, angah akak call dan dia bagi tahu nak berjumpa kat umah mak akak lepas zohor nanti. Dah sebulan lebih tak together gether dengan dia so akak pun habihkan lagi kerja apa2 yang patut tu dan tunggu Sara balik dari school.

Sara balik pun dah lepas pukul 1 ptg. Siap je bersolat semua berduyun2 gi umah nenek yang terletak kira2 5 km sahaja dari rumah, wa ka ka, belum habih dengar satu lagu habih dah sampai dah pun. Tolong mak akak apa yang patut dan melepak je lah sementara menunggu angah & family nya sampai. Alahai, rindu betul dengan anak2 buah akak tu, dia orang sampai je macam biasa lah bawak makanan segala bagai macam nak pergi piknik. Apalagi, marilah makan beramai2 dan yang paling mendapat perhatian adalah tidak lain tidak bukan si Mimi tu lah, semua cakap betapa tembam dan gomoknya dia sekarang. Yolah, yolah, Mimi dgn mama dia tengah diet lah ni.

Bestlah lepak bermesra2 dengan keluarga ni, sesekali berkumpul, macam2 citer nak dikongsi bersama. Angah & family balik dalam pukul 9 malam cam tu lah. Dia orang balik akak pun balik lah kan, tapi sebelum nak masuk simpang umah tu ternampak lak orang punyalah ramai kat showroom proton tu menengok MPV baru tu, Exora. Akak ajak Mr.R dengan bebudak gi nengok jap, wei not bad lah kengkawan, cantiklah, padan dengan harga yang ditawarkan tu. Mr.R cam biasalah berlagak, kereta nasional tak main konon, pi rahhhhh, akak nengok ok jer, cantik design lampu depan tu, akak suker. Pada kengkawan yang nak tukar kereta ke MPV tu gi lah beli Exora tu, cantiklah wei.

So sekian citer rojak akak untuk entry kali ni, nanti kita citer pasal hari Ahad pulak ye.

KALAU MACAM NI, KORANG MARAH TAK ?

Salam.

Hallu everybody, salam sejahtera dan selamat pagi akak ucapkan pada semua kengkawan ku sekalian. Macam mana korang punya weekend, happening tak ? Weekend akak sangat memeningkan, rasa cam nak cuti lagi hari ni, besok dan lusa. Wah, boleh ke camtu, sebab hari Sabtu & Ahad tak cukup rest, so sambung rest pada hari bekerja. Boleh jer, kalau opis ni bapak akak yang punya, ha ha ha.

Kalau kengkawan yang lain tu bila hari Sabtu je, boleh tarik selimut lagi kan, bergolek2 jap pastu baru lah menjalankan aktiviti seperti biasa. Hari Sabtu pun Sara ada kelas tambahan kat school, so nak tak nak kena bangun awal macam biasa dan buatkan sarapan untuk dia dulu. Nasib baik, minggu ni Mr. R tak ada game so bolehlah dia menolong apa yang patut kat rumah tu, kalau tak, akak mogok tau.

Dah habih basuh baju, menyapu, mengemop dan memasak tu, akak lepak2 jap sementara nak menunggu orang yang berjanji nak datang untuk pasang line internet kat umah tu. Janjinya semalam nak datang pukul 10 pagi, so akak pun kelam kabutlah siapkan kerja tu cepat2 tapi sampai pukul 11 pagi pun tak muncul2 jugak. Memang pantang datuk nenek akak lah kalau orang berjanji tapi tak tepati, tak ada courtesy langsung untuk call customer dan bagitahu kenapa dia tak dapat datang.

Lagi satu pantang giler dengan orang yang off handphone, memang sah lah dia ni tak bertanggungjawab, dah lah berjanji macam bagus dengan akak, last2 tak datang, pastu tutup handphone. Memang silap hari bulan lah budak ni buat perangai cam tu dengan akak. Mr. R cam biasalah, tunggu je Yang, nanti dia datang lah tu. Akak memang panas hati lah kalau berjanji dengan orang yang tak profesional macam ni, so akak call boss dia dan bagitahu pasal ni dan boss dia janji nak call akak balik sebab dia cakap, ish tak mungkin staff saya tak datang, dah janji kan so kena datang lah. Selang 10 minit cam tu, boss dia call balik cakap oh minta maaf lah Puan Linda, saya call dia pun tak dapat lah, saya pun tak tahu apa masalah dia.

Akak cakap ok lah, ini bukan masalah saya ye encik, macam ni lah, saya nak cancel kan terus, apa procedure dia, eh jangan lah puan, saya akan suruh staff saya yang lain untuk pergi rumah puan hari Isnin nanti ye. Sorry lah encik, saya tak berminat nak bekerjasama dengan orang yang tak serius ni, so tak apalah, saya nak cancel terus dan terima kasih banyak2 ye dan akak terus tamatkan perbualan tu. Tak lama lagi dia call balik dan cakap pulak akak kena isi borang untuk cancel dan buat laporan kenapa akak nak cancel kan, akak cakap, it's ok, i don't mind, apa borang lagi nak kena isi, meh sini, bawak sini, saya akan isikan dan tandatangan apa yang patut. Dia nak mengayat lagi pas tu, kalau boleh janganlah cancel, kalau report keluar nanti, saya susahlah sebab ada complain dari customer, akak cakap satu je, terima kasih banyak2 lah encik, saya memang dah tak berminat.

Jeng, jeng, jeng, tak sampai 1/2 jam, si mangkuk hayun yang sepatutnya datang ke rumah akak tu mesej kat akak wei, camni ha tulisannya, puan, kenapa nak cancel pasang line ni, kenapa puan tak boleh tunggu, kalau saya tak boleh buat hari ni, saya akan buat juga nanti, kenapa puan sebok2 call boss saya dan buat report pasal saya. Akak balas balik, tak ada apa yang saya nak cakap lagi dengan awak, terima kasih banyak2 dan teruskan sikap awak yang baik tu untuk mendapat pelanggan lain. Dia balas lagi, dalam hati akak cakap, budak ni memang nak cari nahas, di sebabkan report puan tu saya kena marah dengan boss saya dan puan telah menyusahkan saya bla bla bla bla. Akak akan simpan mesej si mangkuk hayun ni dan nak buat official report lagi pasal attitude dia, wei budak dengan orang lain ko boleh main2 ye, dengan akak boleh main2 gak, tapi tunggu je lah.

Friday, April 17, 2009

ASAL BOSS TAKDE JE, KO HILANG !!!!!

Salam.

Selamat petang Jumaat yang light2 jer busy nya. Wei korang, ada tak kengkawan opis korang yang macam spesis yang ada kat opis akak ni. Asal boss besar takde jer, dia ada macam2 agenda, memanjang hilang je, ada je halnya, bila boss besar ada, elok jer duduk ontok2 kat tempat dia.

Akak dan kengkawan lain dah banyak kali berharap sangat, mintak2 lah bila jadi macam ni kan, boss besar berpatah balik ke, tertinggal apa2 ke kat opis, hal boss besar di batalkan tiba2 ker, ha baru terkantoi kan masa tu. Tapi ntah apa ilmu dia pakai tau, memanjang nya selamat. Pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga tak relevan langsung kat dia lah.

Kalau kita orang kat opis ni busuk hati kan, boleh jer, gi jumpa boss besar dan gi mengadu domba kat dia, tapi kitaorang ni semua, especially akak shibam ler, mulut jer jahat, hati akak dan kengkawan opis ni serius wei, baik yang amat, biar lah si luncai tu terjun lombong dengan labunya kan.

Best giler kalau boleh buat camni kan, telepon hp boss besar, pas tu, salam boss, saya shibam nak melaporkan bahawasanya si polan bin si polan tiada di tempatnya sekarang boss, dia asyik merayau2 je tanpa hala tujuan bila boss takde, jap kang anak kucing dia nak beranak, pas tu pulak, hari hujan nak balik jap angkat kain dan macam2 lagi lah, sila pecat dia boss. Wa ka ka, kompem kalau boleh buat cenggini, bahagia hidup akak dan kengkawan opis ni semua.

JIA, JADI ORANG BARU DI TEMPAT BARU OK !

Salam.

Entry kali ni khas untuk Jia yang akan bekerja di tempat baru mulai 4 Mei 2009 nanti. So demi nak mengenangkan hari2 yang akak lalui bersama2 dgn dia kat sini, maka dengan itu, entry ini amatlah meleret2, pada yang tak nak baca, akak redho dengan ketentuannya (giler sedih statement akak) tapi untuk Jia, ko mesti baca ni sampai habis, ko paham tak ni Jia.

First day masa mula2 Jia join Pejabat Yayasan Canselor ni, akak yang kecoh2 tegur dia dulu. Memang, pergi lah kat mana2 pun, perangai akak memang macam ni, macam dah kenal lama jer akak tanya dia soalan bertubi2 masa first day dia kerja. Tapi satu fakta yang semua tak dapat nafikan rupa dan gaya Jia memang matured dari usia sebenar dia. Bila kitaorang dah bertanya pasal dia, semua terkejut beruk jap, sebab ya allah, muda giler budak ni baru nak masuk 21 tahun masa tu. Yang paling tak boleh lupa jugak, akak cakap dia memang sesuai jadi inspektor polis je sebab suara, rupa dan gaya tu memang dah ada kat dia. Ingat lagi tak Jia ?

Hari ke hari akak lalui dengan dia dan melihat cara dia bekerja, lebih banyak teguran yang akak bagi dari yang memuji. Hampir setiap hari ada je cara dia bekerja yang tak kena di mata akak, meja dia bersepah2 lah, filing tak buatlah, meeting tak follow up lah bla bla bla. Satu yang bagusnya dia ni, dia dengar kata, tak kira lah betapa menyampah giler dia dengan akak masa tu, tapi akak tak peduli, janji dia buat kerja dia. Memang dia tak minat nak jadi setiausaha ni, bukan bidang dia katanya, tapi sebab dah dapat kerja tu, so nak tak nak kena buat lah kan. Memandangkan akak ni mempunyai pengalaman sebagai seorang setiausaha yang sangat efisien selama berbelas2 tahun (nak jugak puji diri sendiri tu), akak banyak bagi tunjuk ajar kat dia apa yang betul apa yang tidak.

Ada sampai satu ketika, dia berkecil hati dengan akak, tapi akak tak ambil pot, akak tak layan, sebabnya to me, dia yang bersalah, so dia kena betulkan, akak tak kisah dia tak nak tegur atau tak nak berkawan dengan akak, akak tak rugi satu sen pun, kengkawan lain pun ramai. Tapi sampai satu peringkat dia sendiri yang sedar itu adalah salah faham, lebih2 lagi dia jauh lebih muda dari akak, so hubungan akak yang keruh dengan dia kembali jernih. Sampai sekarang, kalau ada yang tak faham dan tak tahu nak settlekan, akak lah orang yang akan dia rujuk. Sebab dia tahu, orang yang selalu tegur dia, marah dia tu nak tengok dia buat sesuatu tu dengan betul, bukan nak memarah tak tentu pasal (korang ingat akak gilo nak marah orang tak tentu hala)

Terharu giler semalam, ye lah dia dah dapat tahu pasal dia dapat tawaran kerja ni, belum bagitahu mak dengan bapak dia sendiri tapi dia dah datang kat kaunter info mak tiri dia minta pendapat bla bla bla bla. Tu lah Jia, orang yang memokak2 dengan kau ni sebenarnya nak tengok kau berubah, nak kau jadi bagus, bukan nak kondem tak tentu pasal ok.

Pesanan akak pada dia selalu nya, biar kau tak suka macam mana pun, benci macam mana pun, kau kena buat jugak, kalau tak suka baik tak usah kerja, dah dapat kerja so buat betul2. Memang susah nak puas kan hati semua orang tentang kualiti kerja kita tapi kalau kita sendiri tak nak buat elok2 macamana orang lain nak buat elok2 kan. Ingat tu Jia, jangan lupa pesanan mak tiri kau ni.

So Jia, bila dah ada di tempat baru tu, dah dapat kawan baru nanti, persekitaran yang baru, semoga prestasi kerja kau pun akan mantap dan hebat ok. Pada kengkawan seangkatan dengan Jia, silalah bagi komen korang untuk tatapan dia. Pada yang terasa hati dengan Jia tu, akak harap sangat, buang yang keruh, ambil yang jernih, kalau tak nak jugak, meh sini akak dengan manja nya lempang2 kan korang sampai berbaik2 semula, nak tak ?

SALAH KE NAK MANJA2 ?

Salam.

Selamat pagi Jumaat yang aman damai. Korang dah breakfast ke belum ni, akak dan kengkawan opis dah breakfast dah, kenyang, syedap nya mamam roti bakar dan milo. Ok ok, perut dah kenyang, nak update blog sementara line very the clear. Boss besar tak masuk opis pagi ni, so kengkawan kat opis pun ada aktiviti masing2. Aktiviti berfaedah akak buat masa ni, adalah mengomel dalam blog yang dipunyai oleh tuan nya yang comel, ahaks, giler perasan.

Oh ye, akak nak ucap tq so much pada kengkawan yang bagi hadiah dan ucapan untuk birthday Sara semalam. Sara sangat happy, lebih2 lagi hadiah dari acik Lija yang so sweet itu. Tq Lija, murah rezeki ko melayan anak2 akak ni. Cash pun dia dapat banyak jugak semalam, so Sara, mama nak pinjam boleh ke ? Pagi ni siap praktis kat depan cermin nak senyum macam mana masa amik gambar untuk IC nanti, suka hati lah Sara, janji awak happy.

Ok berbalik kepada tajuk akak ni, salah ke nak manja2 ni, ha pasal petang semalam lah, akak punya style dari dulu hingga kini, kalau minyak tu dah ala2 tinggal setakuk lagi akak akan parking kan kereta kancil kesayangan akak tu kat luar. So bila Mr. R balik dia nampak kereta tu kat luar, dia memang paham bahawasanya minyak kereta itu harus di top up kan. Tak payah cakap, tak payah bagi bahasa isyarat, dia memang dah tahu tanggungjawab dia. Tapi kan, petang semalam, jiran tersayang akak tu menegur lah sesambil tengah berborak dengan akak, eh husband ko baru je balik, nak keluar ke mana pulak dengan kereta kau tu. Akak jawablah, oh dia nak pergi isi minyak kereta aku.

Wah mengada2 nya kau, isi minyak kereta pun nak suruh husband, kau tak boleh isi sendiri ke ? Ek eleh, jealous lak ko ye (dalam hati lah ni), akak jawablah sambil golak2, senyum2, ish kau ni, janganlah jealous husband aku manja2 kan aku, tolong isi minyak untuk aku, kau pun boleh nak manja2, nak mengada2 dengan husband kau, suruh lah dia buatkan untuk kau, tu isi minyak tu salah satu pemberian nafkah dia untuk aku tu. Oh macam tu ke katanya, akak jawab balik lah, ye lah dah dia pergi isi minyak, dah sah2 dia yang bayarkan jugak, so kira nafkah jugaklah tu.

Ye ye kengkawan sekalian, kaunter info akak memang boleh bagi macam2 info tapi kalau korang suruh akak gi isi minyak sendiri, gi check angin tayar sendiri, check air lah, minyak hitam lah memang akak fail. Ha ha ha, see see see, akak berani mengaku kat korang akak tak pandai bab2 ni semua, akak pandai bawak kereta jer. Tanggungjawab Mr. R pastikan kereta tu dalam good condition untuk di bawak oleh bininya ni, di samping itu boleh lah akak bermanja2 dan mengada2 tak nak belajar buat semua ni. So, akak nak tunggu dan lihat kalau2 jiran kesayangan akak tu nak bermanja2 tak dengan husband dia nanti, kita tunggu ye.

Thursday, April 16, 2009

MR. R, THANK YOU SO MUCH !!!!!

Salam.

Surprise, surprise, memang bapak segala surprise lah hari ni. Last two days, akak dapat slip dari Poslaju suruh akak gi tempat dia orang amik dokumen. Masa dia orang hantar tu kitaorang kan bekerja so tak ada orang kat rumah, habih tu akak lah kena pergi collect kat tempat dia. Semalam akak call mintak dia orang hantar semula kat pejabat opis ni tapi tak boleh katanya sebab kena dapat approval orang yang menghantar nya dulu. Ok lah kalau cam tu, nanti bila senang akak gi lah amik.

So, hari ni lepas lunch akak gi lah, bukan jauh pun, kira2 20 minitlah dari opis ni. Dah sign siap semua, akak gi balik kat kereta dan bukak dan dan tu jugaklah. Ye lah, tak sabar nak tahu apa benda yang dihantar tu kan. Sekali bukak punya bukak, ada apa korang ingat, ada kredit kad wei, rupa2 nya, Mr. R buatkan satu supplementary card untuk akak, wallawei suke giler, gold card lagi. Biar betul Mr. R ni, akak call tadi dan say thank you kat dia lah. Akak cakaplah, Yang, nape susah2 bagi card ni semua, kan apa yang dah ada tu cukuplah kan. Mr. R cakap, alah yang, you bukannya jenis yang suka membazir, so saya tahu you akan gunakan bila perlu je kan, that's why saya buatkan satu untuk you. Before this, akak memang dah ada kad yang biasa je tapi kalau nak apply gold card yang baru dengan gaji sekarang memang tak lepas punyalah, hi hi hi. Tapi ni husband bagi so dah sah2 statement ni nanti gi kat dia jugak kan, so yang tukang bayar kan pun sape, tell me, tell me.

Akak citer kat blog ni tujuan utama dia bukan nak berlagak dengan kengkawan, walau sekelumit perasaan berlagak tu tengah mengembang kat dalam hati ni cuma nak suruh husband2 kat luar sana, itupun kalau ada yang baca lah, ikutlah jejak langkah Mr. R ni, appreciate wife dengan cara macam ni kan kan kan kan. Ingatkan Sara je yang dapat hadiah hari ni, mama dia pun dapat jugak, ish suker suker ni. Once again, thank you Mr. R, don't worry bukan takat ucapan tq jer ni, nanti ada upah, wa ka ka ka.

ANAK SAYA DAH 12 TAHUN, SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam.

Hari ni 16 April 2009, anak sulung akak dah berumur 12 tahun. Ya allah ya tuhanku, syukur alhamdulillah kerana memberi kesempatan pada akak sekeluarga untuk menikmati kehidupan sehingga ke hari ini. Doa akak setiap hari, moga panjang umur untuk melihat anak2 membesar dengan sempurna di depan mata. AMIN.

Memang tak dapat di nafikan lah kengkawan, sekejap betul masa berlalu, 12 tahun lepas, akak bertungkus lumus nak melahirkan budak bertuah ni. Tap tup, tap tup, pejam celik, pejam celik hari ni dia dah pun berusia 12 tahun. Emosi akak pelik sikit lah dari semalam dan terbawa2 sampai ke hari ni, ntah kenapa bila anak dah berusia 12 tahun ni rasa macam dia dah melepasi satu frasa kehidupan ke satu frasa yang baru pulak lepas ni. Esok dia dah nak buat IC, dia tak excited sangat, akak yang lelebih wei.

Malam tadi adalah malam yang sangat berlainan dari malam2 sebelum ni, akak tak pernah buat benda2 macam ni tau. Tapi malam tadi kan, akak sanggup tunggu anak2 dah tidur, masuk balik ke dapur pukul 10.30 malam untuk membuat kek. Senang je pun kek tu, tapi kena tunggu dia orang masuk tidur dulu sebab akak nak surprise kan Sara malam tadi. Kalau dia tak tidur lagi nanti dia terbau2 pulak kek tu kan. So dah siap semua kek tu, tepat pukul 12 malam, akak bawak kek naik ke bilik dia dan pasangkan lilin. Yang lawaknya si Fariz dan Mimi lah, muka orang kena kejut bangun tidur, terkulat2 je masing2.

Tapi yang tidak di jangka ialah apa tau kengkawan, Sara happy dengan surprise tu, yang tak dijangka tu, akak yang emo terlebih2, nangis wei, akak nangis yoyooh malam tadi. Mr. R pun pelik, mula2 dia gelak kan akak, pas tu dia nengok akak dah macam dalam drama lak, teresak2 dia pun cam cuak. Bukan nya apa kengkawan, macam mana nak explain, akak pun tak tahulah, perasaan sedih dan terharu tu dia datang dengan sendirinya. Nanti kalau korang panjang umur dan nak celebrate pulak birthday anak korang yang ke 12 tahun, mungkin korang akan rasa apa yang akak rasakan. Sob sob sob.

Tahun ni pun agak special sikit sebab akak turutkan je kehendak Sara untuk bagi kengkawan dia goodies bag ni. Jenuh nak menyiapkan 100 bag ni malam tadi. Ye lah dia nak bagi untuk kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama nya. Takpe kan kengkawan, bersedekah untuk budak2 kan, biar penat tapi puas hati.

Ok Sara, ini ucapan mama khas buat Sara ye (sedih lagi ni, wuarrghhhhhhhhh)

Selamat Hari Jadi, Selamat Ulang Tahun ke 12. Semoga panjang umur. Mama doakan Sara mendapat yang terbaik untuk Sara. Rajin2 belajar, jadi anak yang solehah pada keluarga dan teruskan dengan sifat2 baik yang ada dalam diri Sara tu ye. Mama sayang Sara.

Wednesday, April 15, 2009

SALAH SATU PERBEZAAN KETARA ANTARA SIFAT LELAKI DAN PEREMPUAN

Salam.

Ok kengkawan, ni akak nak membebel pasal perbezaan sifat lelaki dan perempuan ye. Memang semua dah sedia maklum kan ada banyak sangat perbezaan nya tapi akak nak bebel kan pasal satu ni je, satu je iaitu kalau dah nama nya lelaki, memang sifatnya sampai dia bongkok tiga pun dia memang bernafsu kan, itu memang tidak dapat dinafi kan tapi ada satu lagi ni, satu ni, kalau mata dia merenung orang perempuan tu macam nak di makan or di terkam je. Kengkadang tu kita rasa cam nak korek je biji mata dia orang tu kan.

Kalau cakap kat Mr. R kang, asyik2 jawapan standard yang dia bagi, alah yang orang lelaki biasalah, mana ada lelaki yang tak suka bla bla bla, ish ada yang nak kena jahit mulut jap lagi ni kang. Pernah tau dulu, ada sekali tu akak berdua ni dalam kereta dengan Mr. R, pas tu ada gadis2 yang nak melintas lah, wah sepantas kilat dia mengomen, wow ...........(buat ayat sendiri lah ye), akak terus tembak kat situ jugak, lenkali boleh tak bila saya tak de kat sebelah baru buat komen2 cenggini, tolong hormat sikit ye. But korang tahu lah perangai buruk akak kan, tak sampai 10 minit, akak nampak jejaka2 lak yang lalu, wow..........................(pun buat ayat sendiri jugak ye), dia golak je, maksudnya dia dah paham lah tu, dah lumrah lelaki cam gitu kan, layan kan jer, tapi melampau kalau bini kat sebelah ko nak buat komen2 cenggitu, tak sesuwai. Bini korang takde kat sebelah nak cakap apa pun, lantak lah kan.

Korang pernah atau biasa terjumpa dengan lelaki2 yang selalunya bila pandang kat orang pompuan kan, mata dia tu korang tahu pandang kat mana, belek tang mana. Akak selalu perhati kan ye, kengkadang dia orang tak sedar tau, apa yang dia pandang dan di belek tu kita tahu. Kita orang perempuan ni mana ada nak menggalak2 mata tu nengok tu semua, kerja giler namanya tu kan. Kat tempat kerja akak ni buat masa ni lah ye, ada seorang lelaki tua yang berperangai macam ni dan dia selalu bagi pandangan yang kurang asam dan komen2 yang kurang asam kat kitaorang, ala2 bergurau lah konon nya tu, dia tak tahu tu silap hari bulan nak kena flying kick dengan kitaorang, tak caya cuba tanya Sue Sue, dia tahu sapa yang akak maksudkan ni.

Buat suami ku, abang2 ku, ipar duai ku, bapak dan bapak mertua ku di luar sana, boleh nakal tu light2 jer, itu kan lumrah orang lelaki tapi jangan sampai bini2, anak2, menantu dan cucu2 kalian tahu kenalakan korang yer. Ampun bapak dan bapak mertua ku. Alah macam dia orang baca blog akak ni kan.

PENAMAAN KWSP

Salam.

Kengkawan di luar sana yang ada contribute kepada KWSP dah buat penamaan terkini untuk pewaris KWSP atau belum. Kalau ada yang belum tu, gi lah buat cepat2 ye, tak nak lah nanti bila dah terjadi sesuatu tu nak berpatah balik dah tak boleh, so nak tak nak kena terima je. Ni cousin akak yang citer masa kita orang jumpa hari tu, dia kerja kat KWSP pun dah lama dan bermacam2 kes rupanya bila kita tak buat penamaan yang betul untuk pewaris akaun KWSP kita. Macam tak percaya je bila dia citer tu semua, macam2 hal, rupa2nya dalam penamaan tu dia tak ada pernyataan yang tertulis hanya isteri yang sah sahaja boleh menuntut, kalau husband or wife korang letak nama gilfren or bopren masing2 pun boleh lah kira nya ni. Kerja gila kan, bila berlaku satu kematian tu, sang isteri atau suami nak buat tuntutan KWSP tak dapat sebab di borang penamaan tu dah di letakkan nama si polan si polan dan peratusan yang dia sepatutnya terima.

Masa akak kerja kat tempat lama dulu, adalah satu kes ni, dia pun dah jadi arwah, tak sempat nak tukar nama pewaris nya kepada isteri yang telah dikahwini nya, ye lah dulu bujang, of course lah letak nama ibu atau bapa kita kan, bila dah berkahwin tu sepatutnya penamaan tu pun di tukar kepada nama isteri atau suami kerana mereka lebih berhak, lebih2 lagi yang telah mempunyai anak, tak ke haru, nak tuntut beberapa ribu pun nanti nak kena turun naik mahkamah. Manusia, biasalah tu bila sentuh bab wang ringgit ni, adik beradik pun boleh bercakaran, so daripada itu berlaku lebih baik korang elak kan ye. Pada sang2 isteri di luar sana, kalau tak percaya kat husband tu, letak nama anak pun boleh jugak.

Ye ye, tak salah kalau korang yang dah berkahwin tu still nak letak nama ibu atau bapa sebagai pewaris nya tapi jangan lah lupa bahagian untuk pasangan masing2 ye. Sediakan payung sebelum hujan gitu. Pada kengkawan yang belum buat penamaan tu, sila lah ke pejabat KWSP yang berdekatan ye, jangan berlengah lagi. Wah dah macam dapat elaun dari KWSP pulak akak shibam pagi ni, hi hi hi.

Tuesday, April 14, 2009

MERAJUK ? BUANG MASA DAN TENAGA JER !

Salam.

Selamat hari Selasa, semoga ianya tak membosankan dan melemaskan seperti semalam. Kengkawan yang disayangi sekalian, korang suka merajuk tak ? Dalam erti kata lain, tak kira lah dengan husband ke, dengan wife ke, dengan kawan2 ke, dengan bopren, dengan gilfren dan sesiapa je lah.

Tak kira lah dalam situasi macam mana pun, kalau korang tersentap sikit kang, ha mulalah muka tu nampak berubah, nada suara pun dah jadi lain macam, tu tanda2 nak merajuk lah tu. Dulu2 kan masa akak muda2, zaman mula2 bercinta or baru berumahtangga, memang favourite akak bab2 merajuk ni, salah sikit jer, akak merajuk, silap sikit jer, mula dah tunjuk muka wei. Mungkin sebab akak anak perempuan tunggal dan manja jugaklah dengan mak dan abah, asal ada yang tak kena sikit jer pun akak dah merajuk.

Akak mula belajar dan rasa bahawasa nya merajuk itu hanya membuang masa dan tenaga jer bila akak berkahwin dengan Mr. R sebab dia memang tak akan melayan or memujuk bila akak merajuk. Serius kengkawan, istilah pujuk memujuk tiada dalam agenda dia. Mula2 tu bengang giler, nape dia tak pujuk ni wei, rupa2nya, lama2 tu baru akak paham teori yang dia praktik kan pada akak. Mr. R cakap, orang perempuan ni, masa merajuk, lagi kita tanya, lagi kita cakap baik2 lagi dia mengada2, paling senang, kita biarkan jer, nengok selama mana dia boleh buat muka toyer cam tu. Tapi memang berkesan wei, bila pikir2 balik, betul lah, bila kita tengah merajuk, dia cakap baik2, lembut2 dengan kita lagi kita paling2 muka cam dalam cerekarama tu lah.

Bila dia praktik kan macam tu, serius wei, akak rasa cam bodoh bila merajuk dan tunjuk muka toyer, tak payah lah akak nak citer kan insiden2 kelakar tu semua, biar akak dengan Mr. R je yang tahu, citer lebih2 kang dia marah lak. Semenjak dari hari tu sampai sekarang ni, akak pulak praktik kan benda yang sama, so bila kengkawan or anak2 akak merajuk tanpa sebab musabab yang konkrit, memang akak biarkan je, lambat laun nanti dia yang akan sejuk dan baik sendiri. Terbukti berkesan!!!!

Monday, April 13, 2009

SARA YANG EXCITED

Salam.

Ni citer hari sukan last Saturday ye kengkawan. Sara sangat2 excited tahun ni sebab dia ada baju khas untuk perarakan tahun ni. Tahun lepas dia pakai baju sukan biasa je untuk perarakan, tahun ni sekolah ada budget lebih, so cikgu2 tu gi sewa baju untuk budak2. Dia dapat baju puteri perak kot namanya ni, akak pun tak tahu, main sebut je.

Yang lain2 tu lagi kebabommm wei, pakai macam pengantin gamaknye, tapi memang lawa lah tahun ni, meriah dan happening, selalu nya cam bosan jer. Dari dua minggu lepas, hari2 berlatih lepas sekolah, kulit yang cerah pun dah jadi cam kulit mamak dah sekarang ni. Dia risau wei, takut kulit dia tak cerah seperti sediakala, ha ha ha.



Lepas habih event tu dia siap boleh mintak akak belikan contact lens pulak lepas ni, akak tanye kenapa, dia cakap, ye mama, teacher saya cakap kalau saya pakai contact lens lagi cantik sebab mata saya besar, bulu mata saya lentik, bila pakai spek tak nampak lah. Akak cakap kat dia, wei budak, awak tu baru 12 tahun, jangan sebok nak cantik2, belajar rajin2 dulu, nanti dah habih SPM, nak masuk U baru boleh cerita pasal nak bercontact2 lens ni ye.

Pas tu dia sound balik pulak, mama apa kata mama pun pakai contact lens bla bla bla, akak jawab balik, tak payah lah Sara wei, semata2 nak tunjuk mata mama ni cantik, bulu mata mama ni lentik, mama nak kena perabih duit pakai contact lens tu. Akak ada masalah silau yang terlampau, so kalau nak pakai contact lens, sepasang harganya 500 lebih, boleh tahan tah berapa lama tu, pakai je lah spek ni, tak cantik pun tak pe lah, janji nampak clear.

TAK PERNAH DI BUAT

Salam.

Wei korang nak tahu tak, hari Sabtu lepas kan, ni nak citer ni, akak tak pernah sibuk giler sampai macam ni tau. Kalau kengkawan lain tu mungkin biasa kot keluar dari pagi sampai ke malam. Akak tak kuasa wei, berlambak2 kerja nak kena buat kat rumah tu, tapi kalau tak buat ni semua, nanti banyak kerja yang tertangguh pulak.

Pagi2 pukul 7.15 pagi dah keluar rumah untuk ke stadium. Sara dan Fariz ada sukan tahunan. So melepak2 kat padang tu sampai lah ke tengahari. Sukan tak habih lagi, akak dah bawak budak2 tu balik sebab nak ke kedai nak menggunting rambut si Mimi pulak. Settle gunting rambut Mimi, gi klinik gigi pulak, nak kena settle kan jugak minggu ni sebab minggu depan lagi banyak hal, takut tak sempat nanti. Gigi susu Fariz tak patah lagi tapi gigi kekal dah keluar so nak kena gi cabut gak gigi susu tu, kalau tak nanti gigi dia tumbuh tak cantik, berlapis2 jadinya nanti.

Selesai bab mencabut gigi, bawak dia orang balik umah mak akak untuk di transitkan kat sana. Sebelum keadaan menjadi kucar kacir, akak kena tidurkan si Mimi tu dulu sebelum keluar, kalau tak nanti dia mesti nak mengekor je. Dah tidurkan dia baru akak gi lunch dengan Mr. R. Perut dah kenyang, kita orang ke Nilai 3 pulak, nak cari beg kertas untuk birthday Sara yang akan datang ni. Sara berhajat nak bagi kawan2 sekolah agama dan kebangsaan masa birthday nanti. Akak ok jer sebab tahun ni adalah tahun akhir dia kat dua2 sekolah tu.

Malas nak survey banyak2 kedai, alah nak beli pun beg kertas je kan, so dah dapat tu kita orang gerak ke Metro Point Kajang pulak. Nak cari hadiah untuk anak kawan yang nak sambut birthday nya nanti. Dah dapat yang berkenan di mata, nak balik untuk cari bahan2 makanan yang nak di letak dalam goody bag tu nanti. Hujan punya lah lebat masa ni tapi kita orang redah gak. Belek punya belek, telek punya telek, dapat pun dalam 10 jenis macam tu lah. Ye lah nak bagi budak2 makan, kena bagi yang berkhasiat, tak kan nak letak makanan yang bukan2 kat dalam tu, tak sesuwai.

Gedebak gedebuk dah pukul 5 petang tau masa ni. Balik umah dulu, mandi2, solat dan keluar balik. This time nak ke PC Fair pulak di KLCC, kalau ikutkan hati dan perasaan akak ni, malas wei, tak suker gi tempat orang ramai2 dan bersesak2 ni. Tapi sebab kesilapan teknik yang akak sendiri timbulkan sebelum ni, dengan rela hati akak pergi jugak ikut Mr. R. Kalau tak nanti rasa bersalah tak habih2 lagi. Ya ampun, umat manusia, time gawat2 ni pun, ramai giler, bersesak2, benci betul lah, dia orang ni memang banyak duit betullah, beli benda2 cenggini macam beli apam balik kat pasar malam jer, tunjuk2, ambil stok dan bayar.

Akak malas nak cakap banyak dah masa ni, biar Mr. R settlekan dengan kawan dia. Akak dah kepenatan wei dengan bau manusia yang pelbagai, rasa cam nak pengsan dah kat situ. Dah siap2 beli semua, nak kena tunggu turn check pulak, wuarghhh benci betul lah, nengok2 dah pukul 9 malam wei. Perut akak dah berlagu rock kapak dah masa ni, benda nya tak settle lagi. Siap semua, nak gi makan pulak tapi macam s..........................t, food court penuh, fast food penuh. Mr. R nengok muka akak dah macam muka tuttttt, dia paham bebenor kan, terus ajak balik. Nak bayar parking pun beratur punyalah panjanggggggggggggggggg. Sabau je lah.

Tak habih lagi tau, on the way nak balik tu ada lak treler panjang rosak tengah2 jalan, so kereta bergerak cam apa kengkawan, cam s...............................t lagi lah. Wuarghhhh, nak nangih ni, dah lah jem, perut lapar, dah pukul 10.30 malam dah ni, Sara lak dah call berpuluh kali, dari akak bersabar menjawab terus budak tu kena marah sebab asik menelepon jer, mama kat mana ni, pukul berapa nak amik dia balik umah bla bla bla.

Mr. R singgah kat mc d untuk makan, tapi cam s....................t gak, bubur kesukaan lak habih, order je lah apa yang ada, janji perut kenyang. Masa akak jemput dia orang kat umah nenek, masing2 dah tidur, so kena angkat sorang2 masuk dalam kereta. Sampai kat umah pun dah nak kul 1 pagi dah masa ni, buat itu, buat ini, settlekan tu, settlekan ni, barulah dapat merehatkan badan.

Kengkawan, tq yer, sudi baca luahan hati akak ni sampai habih. Bye2

SECOND TIME

Salam.

Selamat pagi di hari Isnin yang .......... ! Best lah tengok ABPBH malam tadi, ramai muka2 baru yang menang dan yang paling best menengok si Faizal Tahir tu buat persembahan, sanggup tau akak berjaga semata2 nak menunggu dia menyanyi. Tak suka ah nengok dia berambut pendek, rambut panjang baru ensem. Masalah nya kan, ada dia kisah akak suka nengok dia rupa macam mana kan, sian kat akak kan kan kan.

Citer pasal rambut panjang ni, si Mimi ni pun rambutnya dah panjang, nak di ikat dia tak bagi, bila dah berpeluh tu ish korang paham2 je lah kan. So ini second time akak bawak dia pergi gunting rambut kat kedai. First time dulu masa dia masih dalam pantang lagi, bawak gi salon untuk botak kan rambut dia. Selalunya akak yang trim kan sendiri rambut dia, kali ni malas nak melayan, akak bawak je gi kedai amoi ni.

Bagus betul, baik je dia duduk kat kerusi tu, siap melentok2 lagi tanpa disuruh2, pandai je nak melawa kan. Murah giler gunting rambut kat amoi ni 5 ringget jer, potong pun cekap, zas zas 5 minit siap.

Ha ha ha, bila dah siap potong rambut tu lagi terserlah ketembamam si Mimi ni. Nak kena berdiet gak budak ni. Baru 2 bulan lepas, akak tukarkan susu dia kepada 3 Plus, serasi kot, menyusu je kerjanya sekarang ni. Hasilnya ramai dah menegur ketembabam badan dan pipi dia. So lepas ni, bukan mama dia je kena diet, Mimi pun kena diet sekali.

Friday, April 10, 2009

GIRLS JUST WANNA HAVE FUN........

Salam.

Adoiyai poning kepala akak tak habih lagi ni, pening sebab gelak terlampau2 banyak dan sebab naik roller coaster percuma tanpa bayar tiket, pas ni tak payah naik genting setahun pun takpe sebab bila naik kereta Belley si Jaja ni pun dah rasa cam naik roller coaster. Bising giler mulut akak kat dalam kereta tu, dah lah kereta antik, tuan punya nya bawak kereta macam pemandu F1, mencelah2 je kerjanya, baik bumper, baik lubang, habih semua di redahnya. Sabau je lah.

Habih cair mekap memasing menahan panas kat dalam kereta antik ko Jaja. Best lah wei gi dengan budak berdua ni. Daripada ada orang tu tau, dia tak pernah goyang2 kan badan dia tau, dengar je akak dengan Sue Sue nyanyi Kuch Kuch Hota Hai terus bergoyang2 bebb. Sue Sue nyanyi lagu hindustan ada slang omputih, international betul lah.

Memang best dan happening sessi bernasyid minggu ni sebab most of the songs yang kita orang nyanyi semuanya yang lain daripada biasa. Lawak, lawak, lawak.

Cuba kengkawan nengok si Weeda tu, dia dok memegang dashboard kereta antik tu untuk mempertahankan diri dia dari segala hentakan, wa ka ka ka, sampai ke la ni akak golak tak habih lagi.
Paling happening nyanyi lagu Jumpa Pak Hussein tu, Lagu Untukmu, best siotttttttttt, hilang segala tension. 

PAGI2 DAH TING TONG

Salam.

Ceria jer kengkawan di pagi Jumaat ni kan. Bagus camtu jangan moody2 ok, not good. Hidup mesti selalu ceria, ada masalah pun mesti ceria, tak de masalah tu lagilah ceria, betul tak ? Permulaan hari ni adalah sangat ting tong untuk akak, nak kata lawak pun tidak nak kata tak lawak pun tak boleh jugak. Kesimpulannnya pagi ni adalah pagi bengong akak shibam.

Normally akak akan keluar untuk menghantar Mr. R dan anak2 ke school dan tempat kerja tapi pagi ni korang paham2 lah kan, akak terlewat lah pulak so tak dapat nak bye2 dia orang macam selalu. Dia orang pergi pun akak still kat atas lagi. Dah siap cecantik bagai, akak pun turunlah dengan lenggang mak limah untuk keluar. Selalunya kunci rumah akak elok je tergantung kat situ tapi pagi ni tak de pulak, melilau2 cari jap pastu baru teringat, lah semalam petang masa akak sampai kat rumah, Mr. R dah balik dulu so kunci rumah akak still kat dalam kereta akak.

Takpe2, akak ingat nak ikut pintu belakang je lah, cari pulak kunci pintu belakang, tapi cam ....... takde gak. Nak mintak tolong jiran depan dengan jiran sebelah untuk ambil kan kunci dari kereta akak semuanya dah pergi kerja, masa ni dah pukul 7.35, nak tak nak kena call Mr. R, masa akak call dia tengah breakfast roti canai kat restoran berdekatan, akak citer bla bla bla dengan dia dan dia suruh akak tunggu sat. Tak sampai 10 minit pun Mr. R sampai kat umah, dia bagi salam dan akak jengok lah kat tingkap tu, dia nak buka kan kunci grill pintu depan tu, rupa2nya dari tadi pintu grill depan tu tidak BERKUNCI, wuarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!

Mr. R pandang kat akak, akak dengan perasaan yang ngok ngek, sambil senyum2, sengih2 macam kerang busuk, sorry yang, saya tak buka pun pintu depan ni tadi, saya tak check pun dia berkunci ke tak. Mr. R cakap apalah you ni, saya makan roti canai tadi sampai nak tercekik2 tahu tak, nak kata tak charge battery, baru jer charge, wa ka ka, rasa cam bangang giler pagi2 ni. Mana tak rasa cam bangang, akak siap baca majalah lagi kat ruang tamu tu menunggu Mr. R rescue kan akak, pintu utama depan tu pun akak tak bukak sebab confident memang berkunci punya. Tapi as usual, akak kan tak pernah nya mengaku kalah walaupun tahu akak yang bersalah, siap cakap lagi ni kat Mr. R, tu lah you tak letak kunci pintu belakang kat tempat yang sepatutnya, kalau tak tadi saya ikut pintu belakang jer, you bawak semua kunci tu sekali buat apa, Mr. R menjawab gak, tengok tu, dia yang tak check, saya jugak yang bersalah lah ni.

Yolah2 akak yang ting tong, ok yang, bye yang, dah lambat dah ni, gi lah kerja ye sambil bye2 macam lambaian ratu kat Mr. R. Ting tong punya pasal, lagi 5 minit nak pukul 8 baru akak sampai ke opis. Tu lah shibam, selalu ko cam bagus je kan tapi pagi ni ko cam apa, cam bengong ler kengkawan. Hi hi.

Thursday, April 9, 2009

DULU TAK GENG, SEKARANG DAH NGAM

Salam.

Kengkawan lunch apa tadi ni ? Masing2 dah kenyang kan, bila dah kenyang jangan nak tertidur pulak ye, simpan2 ngantuk tu, malam kang baru tidur ok. Ha ni nak citer dengan kengkawan ni pasal jiran sebelah umah akak. Dia orang ni budak2 bujang lelaki, salah seorang tu adalah anak kepada tuan rumah tu lah, dia bawak nya member2 dia duduk sekali menemankan dia kat situ. Sekarang ni ada dalam 10 orang cam tu lah.

Dulu selalu berharap janganlah akak berjiran dengan budak2 bujang ni, sekali punya nak mengelak kena gak, korang bukan tak tahu dengan perangai akak kan, ada jer yang tak kena kat mata akak, memang harus akak sound. Yang lawak gilernya masa mula2 dulu, asal dia nak mengampai baju, bila dah penuh kat belah pagar dia, dia main sidai2 kat belah pagar akak pulak, kena sound gak dengan akak, dalam minggu depan tu nampaklah dia orang beli ampaian baju.
Tu belum bab dia memanaskan enjin motor dia tak kira pagi, petang or malam, segala macam bunyi vroom2 keluar, kena tegur gak, wei korang tak boleh ke dah jejauh kang baru main minyak tu, memekak lah wei, ok kak, sorry kak, tak buat dah lepas tu.

Ada satu malam tu, dah pukul 11 lebih ni tau, dia main bertukang pulak kat umah dia, akak suruh Mr. R gi sound bebudak tu, korang ingat dia nak, memang dia tak nak punya lah, akak dengan geramnya gi keluar kat pintu depan tu jengok jap, dia orang tutup lak pintu depan tu, nak masuk ikut pintu pagar depan dia orang dah lock pulak, pikir punya pikir, akak gi ikut pintu dapur pulak, jengok kat tingkap tu nampak diaorang tengah membega almari, akak bagi salam dan cakap baik2 dengan dia orang, wei korang tak tahu nengok jam ke, dah pukul berapa ni, bising lah bla bla bla.

Bersuara pulak seorang mamat bijak ni, alah rilek ah kak, tu tak boleh, ni tak boleh, senang2 cuba akak list kan jer apa yang boleh dgn tak, senang kitaorang ikut je nanti. Kengkawan dia yang lain tu tumpang gelak ramai2. Ngok ngek korang, ingat akak tak boleh buat ye, ok ok, nanti akak bagi list jangan tak ikut pulak. Pas tu senyap je cam tu lah.
Selang dua hari cam tu, list tu pun akak siap kan tau, jangan nak memain dengan tiger ok, sekali akak telan korang, kenyang tau tak. Meh sini akak share dengan kengkawan list yang akak buat masa tu :

1) Jangan sidai baju kat pagar, guna ampaian
2) Nak memanaskan enjin motor korang, gi jauh2 sikit
3) Pasang radio kuat2 boleh, tapi sampai kul 10 malam je
4) Ikat sampah elok2, jangan main campak je
5) Rumput kat belakang tu kasi cantas, tak de cangkul, meh sini pinjam
6) Nak bertukang ke apa ke make sure sebelum pukul 10 malam
7) Alas lah batu tumbuk korang tu dengan kain masa menumbuk tu, memekak tau tak
8) Make sure masa parking kereta2 dgn motor korang tu tak ganggu laluan pagar akak ni
9) Nak main gitar atas tembok pagar tu boleh, tapi make sure pakai t shirt, korang ingat korang tunjuk badan yang berlipat2 ada, yang tulang boleh buat gitar pun ada tu lawa sangat ye

Akak lipat elok2 dan masukkan kat peti surat dia orang, dan ragam orang bujang kan tak kan dia heran nak nengok peti surat tu, akak amik kertas A4 tu dan tulis gi check peti surat korang dan tampalkan kat dinding rumah dia orang tu. Berkesan ok lepas tu, masing2 disiplin sampai lah sekarang ni. Asal nampak akak balik jer, bagi salam. Ha, tu lah pasal dia ingat akak tak kuasa nak melayan karenah dia orang kan.

Ada sekali tu dia buat lawak pulak, akak sampai rumah dalam pukul 9 malam cam tu lah, dia orang ada berkumpul2 kat depan tu, sambil bising2 tu, dia orang cakap, tak pe kak, karang pukul 10 jer kita orang masuk duk dendiam ye. Ha ha, Mr. R kata akak dah jadi warden untuk rumah dia orang.

Nasib baik budak2 ni mendengar kata, kalau tak jalan jugak akak dah plan nak buat surat rasmi kat tuan rumah pulak masa tu.

BELASAH JER

Salam.

Kengkawan pernah tak bila nak beli atau pakai sesuatu tak kiralah baju ke, tudung ke, apa2 je lah kan, terpikir yang apa yang kita nak beli ni sesuai atau tak dengan kita. Kata lah macam korang berkenan kat satu corak kain ni, pastu ada lak kawan yang cakap, ish tak sesuai lah corak ni dengan you, bunga ni besar, bunga ni kecik, corak dia abstrak, tak sesuai lah bla bla bla. Kalau dah berkenan kat warna ni plak, ada yang bagi komen, ish tak sesuai lah, kulit you gelap, mana sesuai pakai warna ni, kulit you putih nanti bila pakai lagi nampak pucat. Pernah tak kengkawan berada dalam situasi macam ni.

Dulu kan akak selalu concern jugak dengan pendapat2 kawan ni, tapi bila tolak campur darab bahagi semua kan, taste setiap orang tu kan tak sama. Kita suka macam ni, dia suka macam tu, so paling senang akak praktikkan apa yang akak suka akak amik dan beli jer, kalau berjalan2 dengan Mr. R tu bertanya lah jugak ni ok tak, tu ok tak, dia bagi jugak komen tapi akak buat syarat je bertanya tu, alih2 akak gi amik jugak apa yang akak dah berkenan dari mula2 lagi.

Senang cakap lah, ada yang cakap kain yang bercorak bunga besar tak sesuai di pakai oleh orang yang berbadan besar cam akak ni kan, tapi nak menunggu keciknya tak tahu zaman bila pulak kan, so belasah jer, beli terus bila berkenan, tak payah susah2 kepala hotak nak memikir kan. Habih tu takkan lah dari mula sampai bila2 nak kena maintain beli yang bercorak bunga2 kecil jer, bosan wei. Macam kengkawan yang selalu concern kalau kulit dia orang gelap, so pemilihan warna tu kena sesuai dengan kulit, masalahnya bila dah berkulit gelap tak akan bertukar jadi berkulit cerah kan, so belasah jer colour apa pun yang korang rasa cantik kat mata korang tau.

Kalau yang corak blaus tu lagilah skema, asal untuk orang gemuk je harus beli yang berjalur2 tegak or serong, habih tu penuh koleksi dalam almari tu baju rupe tu je lah kan, to me akak belasah gak, corak melintang pun akak beli kalau cantik, asal sedap mata memandang, selesa dan menutup aurat, akak sapu jer. Korang rasa kalau orang gemuk pakai baju berjalur tegak or serong, pakai baju warna hitam memanjang tu boleh nampak korang kurus sesangat ker.

Sama jugak bila ada kawan yang bagi komen apa yang sesuai di pakai untuk orang yang rendah atau tinggi. Macam biasa akak yang mewarisi gen rendah dari mak sungguhpun adik badik lain tinggi cam apa, belasah jer pakai je apa yang akak rasa cantik di mata ni, nak tunggu akak jadi lebih tinggi dan tinggi tu memang amat mustahil kan so belasah je lah.

Kesimpulannya kengkawan, bentuk muka, paras rupa, warna kulit kita takkan berubah so kita belasah jer pakai, beli dan gunakan apa yang kita rasa cantik kat mata kita. Gila banyak perkataan belasah jer hari ni, yang sebenar2nya kan memang akak rasa nak belasah orang jer hari ni tapi sabar sabar sabar sabar.

Tuesday, April 7, 2009

ANUGERAH PEMBERI KOMEN TERBANYAK

Salam.

Kengkawan yang disayangi sekalian, memandang kan akak tersangat2 free dan untuk memenuhi masa lapang yang banyak giler ni, secara tiba2 akak terfikir nak buat benda ni. Benda itu adalah jeng jeng jeng, mencari pemberi komen paling banyak dalam blog HIDUP BIAR SEMPOI ni. Jangan ingat, Berita Harian je ada anugerah bintang popular tau, suka hati akak lah kan, akak nak buat gak anugerah sendiri sungguhpun pembaca2 blog akak boleh dikira dengan jari jer. Tu semua tak penting, apa yang penting, akak keluarkan idea, korang bagi pandangan ye tak.

Setelah ditelek2, dibelek2, maka dengan ini, akak selaku wakil penyimpan mohor orang2 yang berbadan besar dengan ini mengisytiharkan bahawasa nya CIK ADIK MANIS ANNE adalah pemenangnya. Semenjak akak mula memblog dari 4 November 2008 sampai ke hari ini, dia adalah pemberi komen yang terbanyak dalam setiap entri yang akak buat.

So, CIK ADIS MANIS ANNE, ada hadiah misteri untuk ko, just wait and see, akan menyusul dalam minggu ni jugak. Seperti biasa ye kengkawan, bukan mimpi tapi pasti. Tunggu ye CIK ADIK MANIS ANNE.

Yang lenlain tu bawak2 banyak bersabar, korang pun bagi banyak komen2 jugak, akak sayang kat korang tapi kalau orang kira undi tu kan, satu perbezaan pun di ambil kira kan, so akak praktik kan yang sama jugak lah. Ha ha, jangan tak tahu ye, lepas ni akan ada banyak kejutan2 lagi. Mana tahu lepas ni akak nak bagi, anugerah pemberi komen yang paling cantik ke, ensem ke, paling berat ke bla bla bla bla....

BILA JIA JATUH CINTA

Salam.

Kengkawan, korang tolong nyanyi ikut melodi lagu Bila Aku Sudah Tiada, dendangan kumpulan HUJAN tu yer. Ni ha, akak nak dedicate kan lagu ni kat budak Jia ni, dia dah jatoh cinta wei, so meh layan sesama.

Bila Jia Jatuh Cinta
Dia Asyik Senyum Saja
Semuanya Indah Belaka

Tak Mungkin Itu Sementara
Aku Rasa Dia Dah Jumpa
Mr Right nyaaaaaaaaa

Pagi Semalam Indah Seperti Biasa
Jia Ceritakan Semua
Detik Waktu Yang menemukan dia
Bersama Mr. Right nyaaaa
Aku Dengar Sajaaaaaaaaaaa

Siapa Yang Sangka
Bila Sudah Tiba Masa nya
Untuk Jia Jatuh Cinta

Takkan Terduga
Jika Saat Ini
Tuhan Tentukan
Dia lah Orang nya

Gelak Memanjanggggggg
Dari Pagi Sampai Petang
Alangkah Indahnya Jika
Jia Bernikah Dengan Mr Right nyaaaa

Hi hi, best wo nengok muka Jia memalu citer kat akak. Serius wei, dari pagi semalam sampai ke petang sengih je kerjanya. Akak tak ada chance langsung nak bercerita pasal akak dengan dia, asyik dia, dia, dia, dia, dia bercerita pasal mamat tu dari mula sampai habih. Bila citer, sengih je memanjang. Tak pe lah Jia, akak paham perasaan ko tu, akak pun dah mengalami nya dulu. Best kan perasaan jatuh cinta ni.

DIA....... TERTEKAN

Salam.

Hari ni suasana kat opis sunyi sepi, Boss tak masuk, Sue Sue dan Weeda coti. Abg Tam ada hal, Bongface pun takde. Tapi akak tak merayau gi mana2 pun, duduk je baik2 kat opis ni. Ok lah tu selalu nya bising cam kat pasar jer, sesekali sunyi sepi aman damai best jugak.

Akak nak citer pasal si Sara ni, ye lah bulan 9 ni nanti dia akan ada exam UPSR. Memang dari last year lagi akak dah nampak inisiatif dia untuk mengulangkaji pelajaran, masalahnya ujian bulanan nya baru2 ni dia tak dapat 5A, dia dapat 3A 2B jer, so dia macam frust giler2 lah. Akak cakap takpe, itu baru ujian bulanan, nanti bila dah sampai masa nya buatlah betul2.

Tapi dia lak macam tak boleh terima, tension jer muka dia, asik2 ulang kata yang habislah kalau dia tak dapat 5A masa UPSR nanti, malu lah dia nanti, semua orang cakap saya sepatutnya dapat 5A, macam mana saya nak jumpa orang tu semua nanti kalau saya tak dapat 5A. Akak risau betul lah nengok keadaan dia, akak dah cakap dari dulu lagi, takpe kalau Sara dah berusaha, dah mengulangkaji, dah bersolat dan berdoa supaya dipermudahkan tapi kalau tak dapat jugak kita tak boleh buat apa Sara. Mama tak kisah, itu baru UPSR, Sara ada banyak peluang lagi untuk memperbaiki diri. Kita kena redho jer.

Akak tengok Sara macam tak terima je pendapat yang akak bagi tu, kesian tengok dia sebab memanglah selalu kalau berkumpul2 dengan sedara mara akak, memang ramai yang suka buat remarks kat dia, takpe Sara pandai, nanti bila UPSR mesti dapat 5A, nak di jadikan citer nya pulak, tahun ni jer, 7 orang sepupu sepapat dia amik exam ni, lagi lah menambah tekanan dia. Kalau nak di ikut kan prestasi Sara dari tadika sampai ke la ni memang alhamdulillah, belum pernah lagi tergelincir dari kedudukan no 1 - 3 untuk peperiksaan, tapi ye lah, harapan yang datuk, nenek, opah dan mak pak sedara dia tinggi menggunung untuk nengok dia dapat 5A nanti.

Akak cool jer, tak nak bagi tekanan langsung kat dia, akak cuba pantau je dia dan sekarang ni akak memang risau jugak nengok dia tak happy, especially lagi beberapa bulan je ni, takut bila dia terlampau pikir kan sangat nak dapat 5A tu, alih2 nanti tak dapat, adoiyai macamana nak handle nanti ni.

Friday, April 3, 2009

APE NAK JADI .........

Salam.

Hari ni hari Jumaat, bila hari Jumaat waktu lunchnya panjang, hari ni seperti biasa Mr. R akan amik dan hantar anak pergi school, akak relax setiap hari Jumaat. Niat di hati nak melepak2 di opis dan bersama2 Jia nak mencantik2kan blog kami. Tapi bengang sungguhlah, suasana sunyi sepi yang kami harapkan diganggu oleh bunyi dengkuran yang amat2 menyeksakan telinga kami.

Apa nak jadi dengan mamat ni, solat jumaat tak pergi, membuta kat opis ni. Yo lah, akak ni bukan nya ustazah, amal ibadat akak pun tak sempurna lagi wei, tapi sekurang2 nya, solat 5 waktu tu alhamdulillah, buat masa ni cukup, solat2 sunat tu nak kena belajar dan tambah ilmu di dada ni. Sampai bila nak hu ha hu ha kan, bila sampai seru nya nanti, nak jugak macam orang lain2 tu, buat umrah, menunaikan haji bla bla bla. Amin.

Akak tak layak nak judge orang, sebab urusan ibadat ni antara dia dengan Allah s.w.t, tapi macam biasa akak kesian dengan isteri dan anak dia. Macam mana dia nak membentuk keluarga untuk ke jalan yang di redhai kalau dia pun berperangai macam ni kan. Dia selalu ada masalah kewangan dan bercerita dengan akak tau, so akak nasihatkan dia baik2 lah, ko kalau nak rezeki tu berkat, sentiasa cukup, gi lah solat wei, insyaallah orang yang tak tinggal solat ni, rezeki dia berkat. Adalah dia ikut 2, 3 kali, pas tu jadik balik.

Ye kengkawan, selalu bila akak dengar ceramah kan, ustaz2 tu selalu mentioned, solat, solat, solat, solat tu tiang ugama, bila bersolat, insyaallah hidup dan rezeki kita diberkati. See see see, mamat ni dah buat akak hangen je di waktu yang aman damai ni.

Akhir kata kengkawan, kalau husband or bopren korang tak solat kan, korang gi perambat dia orang ni semua, dalam erti kata lain, smackdown kan jer. Tak salah pun sebab kengkawan menyuruh dia membuat perkara yang benar, jangan kengkawan pun join the club sekali udah ler labu.

Last sekali, akak dapat inspirasi nak bersyarah ni dari boss Jia yang bagi tazkirah kat kita orang pagi tadi. Sakit telinga lagi ni, berdengkur cam kerbau kena sembelih dan rasa cam nak tutup hidung or muka dia dengan bantal biar lemas terus senyap je kang.