Sunday, May 31, 2009

JUNE, JULAI, OGOS

Salam.

Barulah boleh mengadap blog dah petang2 macam ni, huh, hari ni akak pergi shopping lagi dan lagi, kena dan harus ikut schedule, kalau tak nanti, segala yang dirancang sebelum ni tak menjadi lah. Nanti akak citerkan pada kengkawan schedule apa mende ni yer.

Pada kengkawan lain yang dah mula membuat perancangan untuk persiapan hari raya untuk tahun ini, akak tabik spring kat korang yer, bagus merancang dari awal ni, biar lah orang nak kata, aiiiiiiii puasa pun tak lagi, dah sebok nak buat persiapan untuk raya. Rilek kengkawan, dengar jer statement macam tu sebabnya orang2 yang membuat perancangan dan persiapan awal ni lah golongan orang2 yang bijak pandai untuk merencana kewangan keluarganya. Esok dah masuk bulan June kan, nanti pejam celik pejam celik dah masuk bulan puasa, pada yang tak tahu tu, akak nak bagitahulah bahawasanya akak ni memang tak suke nak pergi shopping di bulan puasa ni, nak heret sekali bebudak tu time bulan puasa, lagilah tak kuasa wei, bukan anak2 je yang angin nanti, silap2 mak bapak lagi teruk angin nya nanti.

Last month lagi, akak dah hantar baju untuk di jahit, so semalam dah ambil pun dari tailor tu, dah siap amik baju tu terserempak pulak dengan jiran akak kat kedai bersebelahan tu, borak2 sat, bila dia tanya tempah baju ker, akak iya kan lah, ohhh katanya, bulan depan hantar lagi untuk raya lah pulak ye, akak jawablah, takde lah, ni untuk raya lah ni, oiiiiiii, cepatnya you tempah baju raya, akak jawab lah, ye cik kak oiiiiiiii, saya memang suka tempah awal supaya budget tak lari dan yang penting baju itu di jamin siap sebelum raya. Akak ni jenis yang tak akan menempah baju kurung selain daripada tujuan untuk di pakai semasa hari raya, tapi kalau dah tempah untuk hari raya tu haruslah pulak berlebih2 wei, ye lah, korang beli baju tiap2 bulan akak tempah baju kurung setahun sekali jer, so mana cukup 2 atau 3 pasang kan. Dah amik baju akak semalam, hantar pulak baju kak long, so kak long punya siap cukup bulan June nanti, siapkan duit jer lah nanti.

Kengkawan, entry akak kali ni giler panjang wei, kalau korang nak gi memerut ker, nak minum air ker, nak makan ker, pergilah dulu yer, nanti boleh sambung baca. Semalam dan hari ni punya shopping adalah untuk membeli barang2 keperluan akak dan angah. So, memang lepas ni, barang2 akak dan angah tak payah beli apa2 pun lagi. Duduk dendiam, tunggu bulan puasa dan untuk beraya sahaja. Untuk bulan yang akan datang, yakni gaji bulan June nanti kasi settlekan barang2 keperluan untuk Mr.R pulak dan ambil tempahan baju kak long.

Bulan seterusnya, iaitu gaji bulan Julai barulah belikan untuk si kecik dan barang2 keperluan umah, nengok ler mana yang patut di beli untuk hiasan rumah, boleh lah beli, kalau tak payah, pakai jer apa yang ada. Semasa bulan puasa, perbelanjaan yang tidak di undang adalah tidak digalak kan kerana semasa bulan puasa kita semua akan berbelanja lebih dari bulan2 biasa, mana tak nya kan, dengan pasar ramadhan lagi, untuk sahur lagi dan kalau ada yang perasan jugak, bil elektrik dan bil air pun akan lebih sikit dari bulan2 biasa tu. Selalu nya bila bulan puasa, akak memang tak payah keluar untuk cari apa2 pun lagi sebab memang due date segala benda yang nak di beli untuk raya harus dan wajib di siapkan sebelum bermulanya puasa.

Sebab itu akak tak berapa setuju kalau ada sesetengah tu selalu bagi alasan tak cukup budget untuk beraya, tak kiralah nak belikan baju anak ker, kasut ker dan yang selalu dengar tak cukup budget adalah mengenai duit raya. Wei korang, bagi duit raya tu sedekah tau tak, jangan kedekut wei, budak2 tu korang bagi 1 atau 2 ringgit pun dia orang dah happy giler. Pada pakcik dan makcik saudara pun korang jangan lupa bersedekah, tak kiralah 5 or 10 ringgit, janji ikhlas tau, so untuk memastikan budget duit raya korang mencukupi, silalah ketepikan sikit duit2 tu dari sekarang yer, janganlah minggu depan nak raya, hari ni baru nak kira budget dan pergi tukar duit raya pulak, ni akak dah bagitahu ni, kalau nak ikut, bagus, kalau tak nak, tak pe lah.

Untuk orang yang tak kuasa nak buat kuih raya cam akak ko ni, duit untuk menempah kuih raya dan segala macam kacang, kerepek dan sebagainya pun harus di sediakan jugak, sekali mengorder, mana reti nak sikit2, ye lah, nak bagi mak, mak mertua, nenek, kakak ipar lagi, so kena budget betul2. Kalau semua nak tunggu bulan puasa, baru nak gi beli baju, nak beli kasut, nak beli handbag, mana nak larat kan, laki akak gaji nya tak selumayan korang2 kat luar tu, kalau nak anak2 happy sebab dapat berbaju baru macam orang lain kenalah pandai kan, kalau nak di sediakan semuanya sekali gus memang tak mampu sayang oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Anak2 kita di zaman sekarang ni, manalah cukup baju sorang sepasang kan, paling2 pun dah 3, 4 pasang.

Tu belum masuk bab nak membelikan barang2 untuk mak, abah, mak dan bapa mertua kan, paling2 pun nak bagi baju sorang sepasang, bila kita tengok dia orang pakai apa yang kita bagi tu, rasa cam best jer kan. Alasan budget tak cukup nak menyambut raya tidak boleh di terima sama sekali, yang penting berbelanja ikut kemampuan poket sendiri dan yang penting jugak lepas raya, poket kengkawan tak sakit ok. Pada kengkawan yang memang dah terror bab2 budget ni, kalau korang ada tips lain yang lebih kebabommmm boleh lah share sesama ye. Daaaaaaaaaaaaaaaa

Saturday, May 30, 2009

PENAT YANG BERBALOI

Salam.

Kengkawan, coti sekolah dah bermula, ramai yang ambil kesempatan untuk pergi bercuti dan ada juga yang pulang ke kampung, berhati2 di jalanraya ye.

Oh ye, dari semalam lagi kak long dah berangkat ke Nur Lembah Pangsun, dia orang ada aktiviti kem bina semangat sempena nak amik UPSR tahun ni, hari Ahad petang nanti baru dia balik. Sunyi jer bila kak long tak de kat umah, pagi ni pulak angah ada lawatan yang di anjurkan oleh pihak sekolah, beriya2 angah, pukul 6 pagi dah ready bangun sendiri, tak payah kejut kan pun, ye lah bebudak kan, kalau kata nak berjalan2 tu, mesti happy kan.

So tinggal si kecik jer, planning asal hari ni, Mr.R nak kena pergi opis jap sebab ada hal yang perlu di uruskan, tapi akak punya hujah2 yang bernas tu terus dia cancel jer, akak suruh dia telepon dan tanya jer apa yang patut, tak boleh percaya kalau Mr.R dah pergi opis hari Sabtu ni, katanya sekejap, alih2 sampai ke petang baru nak balik, baik tak payah pergi opis langsung, melayan akak yang meroyan nak pergi JJ dari minggu lepas ni lagi bagus. Hi hi

Kita orang keluar umah pukul 7.45 pagi sebab angah kena sampai kat sekolah sebelum pukul 8, dah nengok dia naik bas dan sebagainya baru we all balik dan terus gi bersarapan kat restoran yang biasa we all pergi. Wooooaiiiiiiii, indahnya bersarapan di luar ni kan, tak payah berserabut kepala hotak nak memikir nak prepare apa, main order jer, kalau every weekend macam ni kan bagus Yang, la la la la la la.

Dah lepas breakfast tu terus gi umah mak mertua akak untuk melunaskan tanggungjawab setelah dapat gaji, paham2 je lah ye, korang pun sama gak kan, dapat gaji jer, hulur2 sikit kat mak abah tu kan. Sampai2 je, mak mertua akak tengah mandikan budak berdua tu, alahai, sian mak mertua ku, hari Sabtu pon kena jaga cucu2 nya tu. Nak buat macam mane, mak bapak bebudak tu OT nak cari duit lebih. Akak tolong siapkan si budak lelaki tu, korang nengok lah, habih bercapuk bedak akak letak kat muka dia, pakai bedak ni bila bercapuk2 barulah nampak macam dah mandi, ha ha ha. Borak2 sat, terus minta diri untuk beredar dari tempat kejadian.

Sampai JJ, ngam2 pukul 10 pagi, woooooaiiiiiiiii bestnya shopping time orang belum ramai ni, korang nampak tak si kecik tu, berlari lari kat situ macam kat playground gamaknya, lantak lah Mimi, janji ko happy dan tak menyusahkan mama nak membuntangkan mata memilih apa yang patut. Gila best bila bershopping tak payah keluar duit ni, 250 hengget tu macam2 boleh di beli oiiii, nak pulak time sale ni, memang berbaloiiiiiiiiiiii. Kesimpulannya, akak tambah 1.20 jer tadi, hasilnya dapat seluar dan baju baru 2 helai, tuttttttttt baru, handbag baru, kasut baru 2 pasang wei, mua ha ha, suke suke suke, ish kalau tetiap bulan ada orang bagi voucher macam ni kan bagus.

Ingatkan nak gi survey dan barang2 mekap pulak, ye lah kan, duit sendiri tak berusik lagi, ha ha ha, sabau ye para pembaca, akak ko ni kalau dapat benda free dia jadi macam ni lah, riak jer tutur katanya kan, baru jer nak masuk menjengah jengah, Mr.R dah sound, Yang you nak asar dan maghrib kat sini sekali ker, nengok2 jam dah pukul 4.30 ko, ha ha ha, giler tak perasan langsung, masa begitu cepat berlalu, jap jap jap, sempatlah amik lipstik jer, it's ok, nanti akak terjah lagi ok.

Gedebak gedebuk sampai umah pun dah dekat 5.30, solat jap dan keluar balik sebab nak beli barang2 dapur lah pulak, gi amik angah dari sekolah dulu dan berdesupppp balik. Malam ni ada jemputan kenduri di rumah jiran, Mr.R dah pergi dah pun, akak tak boleh nak mengekor, si kecik dan angah dah bobom, so tinggal lah sengsorang ni hah, sib baik ada blog kecoh ni, boleh layannnnnn. Daaaaaaaaaaa.

Friday, May 29, 2009

SYINTA DAM DAN WAAAAAA

Salam.

Kengkawan dah ada plan nak merewang ke mana lunch time nanti ? Selamat merendek ye, yang lelaki2 tu sumer jangan nak buat2 lupe ye, gi solat Jumaat, jangan malam Jumaat jer yang korang ingat dan kejar kan.

Ok, gambar2 ni masa menunggu kak long balik dari sekolah agama. Budak kecik ni memang suka dengan lagu Misha yang latest ni lah, Cinta Adam dan Hawa tu lah, so semalam kat radio ada keluar lagi ni tau, fuyooo dia punya lah happy, terus gi amik mikropon kat sebelah tv tu dan berjoget2 kat atas kerusi tu.


Gambar ni paling lawak ah, lagu tu kan panjang, dia dah penat bergelek2 kan, at last dia tersandar kat kerusi tu, tapi yang penting, mikropon still kat tangan, tak boleh lepas langsung, dia tak pegang mikropon tu masa dia bergelek2 je, ha ha ha, sila salahkan Mr.R sebab si kecik ni ikut pe'el dia suka menyanyi, alah, Mr.R tu selalu gak karaoke cuma dia tak de blog jer nak citerkan aktiviti dia tu. Percayalah wei, si kecik ikut peel bapak dia, betul tak tipu ni.

Si kecik ni kan bila dia nyanyi lagu ni, terus lirik yang indah2 tu jadi lirik dia sendiri lah, biasa lah tu, budak umur 3 tahun kan, balik2 lirik ni jer yang akak dengar, syinta dam dan waaaaa, syinta dam dan waaa, ha ha ha, layan jangan tak layan ye. Daaaaaaaaaaa.

MENYESAL MENYESAL MENYESAL

Salam.

Good morning everybody, woooooaiiiiii ramainya yang berambut basah di pagi Jumaat ni ye, ha ha ha. Sudah sudah sudah tu Shibam ko jangan melalut lagi sebab blog ko ni ada kalangan pembaca yang belum mencapai umur 18 tahun lagi, ha ha ha.

Nak citer kat korang pasal penyesalan yang tak sudah2 hingga terbawa2 ke pagi ni lah, gile menyesal bila mengenangkan perbuatan akak malam semalam. Actually kesalahan ni semua boleh di tuding kepada Mr.R dan anak2 akak tapi bila pikir2 balik kalau semangat akak sendiri kuat, perkara buruk tu tak akan berlaku. Serius lah wei, nyesal sampai sekarang ah.

Semalam akak masak asam pedas ikan pari dan sayur buncis goreng, cukup ah tu, nak rendang ke hapa ke, kena tunggu hari raya baru boleh masak, ha ha ha, sian kat laki akak, dapat makan rendang masakan akak setahun sekali je. Lepas dia orang dah menikmati makan malam tu kan, tak habih2 memuji asam pedas tu sedap, giler lawak Mr.R punya statement malam tadi, Yang masa you masak asam pedas ni ada terpotong jari tak ? Hah, terpotong jari, apa tu ? Tu macam citer Raja Bersiong tu lah, lauk tu bukan main sedap sebab tukang masak dia terpotong jari. Mana ada saya masak sampai terpotong jari, merepek je lah you ni.

Kalau kak long dgn angah punya statement lagi macam apa, kak long cakap lauk asam pedas itu adalah yang paling sedap yang pernah dimasak oleh akak, mak aiiiiiiiiiiiii, nape semua cakap sedap ni, tak caya lah, dari akak tak nak makan malam terus berdesupppp turun nak rasa sendiri, ye lah tadi masa masak main rasa hujung2 senduk jer nak rasa garamnye kan. Fuyooo, mula2 amik roti sekeping, nak cicah sikit lah konon nya tu, dah masuk sekeping roti tu, ye lah memang extra sedaplah asam pedas tu. Last2, amik nasi kau, memula amik sesenduk lah konon, memang sedap ah asam pedas ni, tambah lagi kauuuuuuuuuuu, tu yang buat akak menyesal sampai pagi ni, wuarghhhhh cakap tak nak makan banyak tapi malam tadi dah termakan banyak, menyesal wei menyesal, ha ha ha, akak ko meroyan pepagi ni, layan je lah ye.

Thursday, May 28, 2009

NGOK NGEK

Salam.

Nampak gaya nya kan hari ni memang lepak sesaja kat opis sampai ke petang, bila free sesangat pon bosan kan, tak kan nak update blog setiap 5 minit sekali, ha ha ha, nak buat filing, semua dah settle, nak tengok TV, citer cam hampeh jer, habih dah semua surakhabar harian dah di belek2 hari ni.

Tapi kita orang kat opis ni baik lah wei, semua duduk dendiam jer kat tempat masing2, cuba kalau yang lain tu, bila boss besar dan pegawai takde, mesti masing2 cari peluang nak mengular kan, gi shopping kat Alamanda ke, gi Nilai 3 ke, gi Petaling Street ke, gi makan sate Kajang ke, tapi kita orang adalah pekerja yang baik dan berdedikasi, so para pembaca sekalian sila bangun sekarang dan beri tunduk hormat sikit di samping menepuk2 tangan dengan kuat dan menghentak kan kaki sambil mulut berkata hoyy yeeh, hoyy yeeh untuk kami semua.

Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih di atas tepukan gemuruh dan sambutan yang amat hebat itu, kami semua amat terharu. Sila duduk dan ambil tempat masing2 ye. Daaaaaaa.

JELITA ? MUA HA HA

Salam.

Hai, hello, holla, hoyyyeeeey, hari ni kan, best wooooo, opis sunyi sepi, aman damai, tinggal akak dan Kak Teh jer sekarang ni. Hari ini di isytiharkan hari lepak sesaja buat kami berdua, mua ha ha.

So, ni baru pukul 10 pagi ek, fuyoooo, banyak lagi masa untuk buat aktiviti merapu dan menghabihkan boreh. Aktiviti pertama yang dah lama tak di buat oleh akak adalah amik gambar sendiri sambil tersengih2, mua ha ha. Sib baik Kak Teh dalam bilik nun tak perasan apa korje akak kat luar ni, woiiii Kak Teh, awak buat kerja dendiam ye kat dalam tu.

Nak nengok TV pun malas sebab tak ada citer yang best, nak propose kat boss besar suruh install Astro lah pulak, mua ha ha.

Dah amik gambar pelbagai pose, setelah di telek telek dan di belek belek, ini adalah gambar2 yang paling jelita untuk di paparkan, gambar2 lain tu tak sesuwai sebab tidak memenuhi piaiwaian akak, mua ha ha.

Berjumpa lagi di next entry, daaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

Wednesday, May 27, 2009

SEBELUM MENGADU, BERTANYA LAH DULU

Salam.

Bosan dah kan dengan pertanyaan macam ni, kengkawan nak tahu tak ? Ok, kita kasi tukar yer, woi korang, meh sini, akak ada citer lorat. Ha ha ha, bila akak update di waktu malam tu tandanya Mr.R tak de kat umah, asal Mr.R takde kat umah jer, akak update di waktu malam. Mr.R gigih berlatih hari2, hujung minggu ni pastikan bawak balik voucher lagi ye.

Fuyoo, rupa2 nya kan, kat kawasan umah akak ni kan ada makhluk Allah s.w.t. yang lagi lorat dari akak. Ni giler punya lorat wei, petang tadi kan, akak balik dari menjemput kak long, angah dan si kecik kan, akak nengok lori MPKJ dan beberapa orang jiran lagi yang ada kat depan umah jiran akak tu. Selang satu pintu dari umah akak ni, dia orang tengah buat renovation, membesarkan bahagian hadapan rumah untuk tingkat atas dan bawah, banyak giler kan duit dia orang ni, kata gawat, renovation giler2 lak tu, bak sini sikit duit dia orang yang lelebih tu, ada gak faedah nya kan. Ok ok, berbalik kepada citer lorat kita tadi ye, akak dah siap2 bawak masuk beg dia orang semua, pergilah menyebok2 jap kat tepi pagar tu, kebetulan tuan rumah tu pun ada kat depan pagar tu, akak pun melemparkan senyuman propa kat kakak tu dengan harapan dia akan menceritakan perkara yang berlaku. Yes, yes, yes, senyuman propa akak berjaya menambat hati jiran akak tu tau, jiran tu pun datang kat pagar umah akak dan menceritakan a sampai z.

Gini citernya, kalau nak citer pasal orang yang lorat2 ni, hujah2 dia mesti panjang lebar, so korang bawak bersabar, tarik napas, baca perlahan2 ye. Penguasa MPKJ tu datang kat umah tu sebab menerima aduan bahawa tuan rumah yang sedang renovate ni tidak menjaga kebersihan, iaitu sampah sarap di biarkan masuk ke kawasan rumah orang lain dan di syaki dia orang buat renovation ni tanpa mendapat kelulusan pihak MPKJ terlebih dahulu. Nak kata, budak bujang yang sebelah umah akak ni buat aduan, ahhhhh mungkin tidak, budak2 kan, apa lah yang dia berkira sangat, kalau di tanya pada penguasa tu, haram lah dia nak bagi tahu siapa yang buat aduan, private and confidential lah kengkonon nya tu.

Akak buat aduan ? ko giler, dah sah2 sampah sarap tu tak sampai pun kat pagar umah akak, nak mengadu buat apa ? nak buat aduan jealous adalah, ye lah jealous ohhh, nengok renovation ni, bila lah akak nak berpeluang mencantik kan rumah ni. Ok ok, akak dah melalut lagi, back to the story ye, so jiran akak tu mengesyaki jiran di sebelahnya yang membuat aduan itu, sebab semasa penguasa tu datang, dia tak keluar umah pun, dia duduk dendiam jer kat dalam umah, kalau tak tu, setiap petang, muka dia je lah yang bersidai kat luar tu. Yang jiran akak tu gerammmmm sangat, kalau betul lah tak berpuas hati, cakap jer lah kan, ye lah, kadang2 kita ni terlepas pandang, kalau dia cakap elok2, jiran akak tu boleh bersihkan apa yang dia tak puas hati tu. Satu lagi yang dia gerammmm sangat, pandai2 jer tuduh orang tu buat renovation tanpa kelulusan, walhal dia orang dah siap ada pelan dan kelulusan tau tak !!!

Mana akak tak cakap jiran yang buat aduan tu lorat, yelah, cuba ikut style akak ni kan, tak puas hati ker, tak suka ker, cakap terus terang, kalau takut nak cakap terus terang, buat lah surat dan letak kat dalam peti surat orang tu, kalau tak nak buat surat, buat lah blog dan meroyan lah dalam blog, pastu suruh orang yang korang tak puas hati tu baca luahan hati korang dalam blog tu, ha ha ha, jiran lorat ni nak kena paksa jugak ni supaya baca blog akak, yelah, bagaimana cara2 untuk menyelesaikan masalah, ini tak, tak tanya, tak usul periksa, sesuka hati jer nak buat aduan. Sekarang, tak pasal2, dari satu pihak jer rasa tak puas hati, lepas insiden ni dah ada dua pihak pulak yang bengang.

Bukan susah pun kalau sampah sarap tu termasuk kat kawasan umah kita kan, bagi salam kat jiran korang tu, sambil senyum sambil cakap, ni contoh tau : alahaiiiiii shibam, tahu lah nak mencantikkan rumah awak tu tapi janganlah sampah awak pulak yang memburuk kan rumah kita, pas tu gelak2 lagi, sambung lagi lah, susah2 sangat nanti, sampah2 ni saya letak je balik kat depan pagar umah awak yer, pastu gelak lagi dan lagi. See see see, senang jer kan, yang penting, ringan2 kan mulut tu, ini tidak, tak usul periksa dulu, sesuka hati jer nak buat aduan.

PANTANG BETUL LAH !

Salam.

Buat pembaca yang di hormati sekalian, berikut akak senaraikan apa yang menjadi kepantangan akak yer, bingkisan ni bukan untuk pembaca yang di hormati sekalian tau, tapi untuk yang siapa makan cili tu dia lah yang terasa pedasnya, orang ni kena hapal betul2, sematkan kan dalam kepala hotak dia, make sure ingat ni semua, kalau tak nanti, sia2 je kena bebel dengan akak, ye ada yang cakap, ada aku kisah, memang boleh kalau ko tak kisah, tapi ko siap sedia bernanah telinga dengar akak bebel ye. Ko nak marah akak, ada aku kisah.

1) bila akak tengah bercakap, tak kira lah tengah berbual di telepon atas urusan kerja atau tengah menggosip, tengah berbual dengan rakan sekerja, tak kiralah hal kerja atau menggosip, korang jangan sesekali mencelah atau menyampuk, tunggu sampai akak dah habih bercakap kat telepon tu atau dah habih berbicara atau berborak dengan orang tu. Akak hanya boleh di ganggu oleh boss besar jer, giler ko kalau boss besar panggil atau nak menyampuk akak tak bagi, nak mampos ?

2) bila akak dalam bilik orang lain tak kiralah, bilik pegawai ke, bilik kawan sekerja ke, korang jangan menyebok nak masuk, amik no dulu, dah nampak akak kat dalam bilik tu tengah berbincang or bergossip yang ko menyebok nak masuk jugak buat apa, tak reti2 tak ikut turn. Alih2 bila ko masuk dalam bilik tu pun bukan nak tanya apa pun, yang penting ko tak reti sabar.

3) bila dah habih guna segala mak nenek barang kat pantry tu, tak kiralah buat air ke, buat roti bakar ke, pastikan korang basuh balik semua sudu2 atau pinggan2 yang di gunakan, kalau ada gula yang bertabur tu kasi lap dengan kain basah, kasi clear itu meja lepas makan, kalau nak jadi pemalas boleh, tapi pastikan korang malas kat umah jer, sape suruh korang berkongsi pantry tu dengan akak, malang lah wei, asal kotor je kang, akak pot pet, pot pet.

4) bila dah baca suratkhabar tu reti2 lah letak balik kat tempat asal dia, jadi satu kerja pulak, orang lain dok bertanya, nampak paper ni tak, nampak paper tu tak ?

Akak tahu dia baca blog kecoh akak ni, so please take note, akak tak nak lah di cop kuang asam pulak sedangkan ko yang kuang asam.

KUANG ASAM

Salam.

Kengkawan, korang semua nak tahu tak ? Meh dekat sikit, akak nak citer kat korang, alah, meh ler, meh ler, camni hah, pagi tadi kan, akak adalah orang yang terawal sekali sampai kat opis nih, so macam biasa lah, on kan semua lampu dan air cond. Dah siap2 login kedatangan tu, nak lah mengupload gambar dari kamera ni, tup tup kan, baru perasan yang USB Hub akak dah tak ada kat tempat dia. Sebelum2 ni pun, lepas dah guna, akak malas nak cabutkan dari CPU tu, memang tinggalkan kat situ jer, bila pikir2, takpe lah, tak akan ada orang nak amik benda tu, kalau beli sendiri pun murah sangat kan. Sebelum balik semalam pun, benda tu masih ada lagi kat CPU tu, sape pulak punya kerja yang main rembat jer orang punya ni. Huh !

Nak sedap kan hati, takpe lah, tunggu semua orang masuk opis nanti akak tanya lah, maybe dia orang pinjam tapi tak sempat nak bagitahu kat akak, so bila seorang demi seorang datang opis, habih semua orang dah akak bertanya, tapi jawapan nya menghampa kan, semua cakap dia orang tak pinjam.

SAPE PULAK YANG GATAL TANGAN AMIK AKAK PUNYE, WOIIIIIIIIIIIIIIIII, BENDA MURAH PUN NAK REMBAT KE, BIASA TAU, AKAK DOA KAN ORANG YANG AMIK NI NANTI TANGAN DIA AKAN DI JANGKITI KUDIS BUTA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AMIN.

TAK DE TAJUK

Salam.

Selamat pagi dan salam ceria ye kengkawan. Petang semalam kan, macam biasa, akak menunggu angah kat depan pagar sekolah tu, kesian jer nengok dia tu, dah lah saiz kecik, bawak beg bukan main besar, jalan pun slow jer, angah masuk jer dalam kereta semalam, terus tunjuk duit baki dia pada akak, tu dia, ada baki 1 ringgit ko, alhamdulillah, berhasil jugak bebelan akak semalam. Harap2 akan berterusan lah sikap baik ko tu angah oiiiiii.

Menu malam tadi, sayur kobis goreng kicap, lauk kicap adalah kegemaran si kecik tu, kalau tak ada dia tak nak makan wei, buat sambal tumis sikit dan masak sup ayam jer. Buah jambu tu sebagai pencuci mulut yer kengkawan. Dia orang ni kan kalau nak di ikutkan hari2 nak suruh beli jambu, last2 suh Mr.R beli jambu kat supermarket tu banyak2 dan makanlah banyak mana korang nak. Kalau yang biasa orang jual tu dua potong 1 ringgit kan, beli sendiri lagi senang wei, manyak jimat.

Masa dia orang makan ni pun dah pukul 8 malam, anak2 makan dulu lah, macam biasa, Mr.R mana pernah balik umah awal, kalau pukul 8 malam dah ada kat umah tu, perghhh macam luar biasa sesangat. Bila dah balik lewat nanti, kena ngadap dia makan sesama, bila dah ngadap, akak pun terjebak sama nak makan, mula2 tu cuit2 lauk je, last2 amik pinggan sekali, macam mana nak diet ???????????

Tuesday, May 26, 2009

JOM MAM MAM

Salam.

Kengkawan, mari sama2 menyaksikan betapa akrab dan harmoninya kami di opis ni. See see see, kalau kat opis lain tu ada jer masalah dan sebagainya kan, kat opis kami ni pun ada jugak masalahnya tapi balik2 sekor tu lah yang menjadi punca dan sebab musababnya. Yang lain2 ni semua marvellous, especially Kak Teh yang baru join, sib baik ko boleh masuk dengan kita orang kat opis ni wei. Kalau ko kerek, dah lama ko makan hati dengan kita orang ni kan kan kan.

Tengah2 menikmati makanan tadi, boss besar pun masuk, so ajak boss besar mam mam sekali dengan kita orang. Boss besar dah mam mam, so dia tak nak wei, dia nengok jer kita orang mam mam. Segan wei, dari nak belasah berkeping2 terus makan sekeping jer, tapi bila boss besar melangkah keluar jer dari pantry tu, apa jadi, apa jadi, tell me, tell me, ha ha ha, terus gi amik sekeping lagi ah.

Semua happy bersama2 mam mam pizza yang sangat sedap. Dua orang yang pemalu itu tidak mahu wajahnya dirakam kan oleh lensa kamera. Wahai kengkawan, siapakah dua orang yang pemalu itu ? Ha ha ha, tak boleh tahan menengok wajah mereka yang ditutupi oleh tangan2 yang sungguh gebu itu.

Potong stim betul lah, pizza udang yang di idam2 kan tidak ada, sebabnya, udang habih. Budak delivery tu sampai, dia yang kena bebel dengan akak, apalah management korang ni, buat promosi giler2 sampai kat muka surat depan paper hari2, tapi bila customer order, udang pulak takde stok, tersengih2 jer budak tu, wei budak, jangan tersengih2 tau, serius ni, dia siap explain ko, udang 2 lori pun tak cukup kak, ko tolong cakap kat management ko dikk, dah tahu ramai yang nak mengorder, besok make sure order udang 5 lori, ko paham tak ni dikk, bagi tahu dgn management, ha ha ha, tak pasal2 budak delivery pon kena pot pet pot pet dengan akak.
Anyway, hari ni best sebab best lah, apa lagi !!!!!!

HASIL SIASATAN

Rujukan : ShibamBond/10/2009
Tarikh : 26 Mei 2009

Teratak Aku
Kak Teh
Sue Sue
Weeda
Suk Suk
Bongface

Tuan / Puan,

Perkara : Penyiasatan terhadap 'Suspek'

Merujuk kepada perkara di atas, seperti yang telah di arahkan sebelum ini, dengan ini saya ingin mengesahkan bahawa suspek tidak berada di tempat kejadian. Keadaan tenang dan saya merasakan memang suspek sedang menjalankan tugas seperti yang di maklumkan sebelum ini.

Harap maklum.


Yang menjalankan siasatan,
ShibamBond, mua ha ha (trademark gelak jahat mesti ada wei)

s.k. Boss Besar
Fail penyiasatan

JEMPUT MAM MAM

Salam.

Kengkawan sekalian, sebenarnya dari semalam lagi akak dah plan nak mam mam denga kengkawan opis ni, kebetulan boss besar ada meeting kat KL hari ni, so line very the clear, yang tak de dalam gambar ni seperti biasa lah ye, bukan sekufu, hi hi. Tapi Bongface tu sangatlah sekufu cumanya masa ni dia pergi amik surat tak balik2 lagi, so kitaorang mulakan majlis dulu. Si Bongface ni lah yang bersusah payah pergi membeli roti canai ni pagi tadi.

Jeng jeng jeng, memperkenalkan buat pertama kalinya wajah Kak Teh di paparkan dalam blog kecoh ini, mua ha ha. Inilah Kak Teh ye kengkawan, cantik kan dia, sama je macam pembantu dia tu, cantik jer, mua ha ha. Si Teratak Aku tu tak payahlah di perkenalkan lagi, dia memang dah famous pun, oh ye, hari ni dia balik Sarawak untuk bercoti selama 2 minggu. Bye2 Teratak Aku, nampaknya 2 minggu ni nanti, stok biskut harus mencukupi untuk bekalan breakfast kami di opis selama ketiadaan Teratak Aku.

Jeng jeng jeng jugak, nak bagitahu bahawasanya Suk Suk dah ada penurunan berat badan sebanyak 5 kilo yer kengkawan, sila bangun dan beri tepukan gemuruh untuk Suk Suk, sangat bagus sebab yang lain2 tu menambah kepada lagi 5 kilo. Go Suk Suk, go Suk Suk, you can do it.

Ok, ini adalah makanan yang dah selamat masuk dalam perut kita orang semua tadi. Baca betul2 ye kengkawan, jangan konpius yer, mengikut pusingan jam yer, roti canai dan roti bakar hari ni di sedekah kan oleh Sue Sue, tq so much Sue Sue, murah rezeki ko belanja kita orang ni, sandwich pulak di sebat oleh kita orang sebab meeting di cancel pada saat2 akhir, doughnut yang gebu dan cekodok yang montok itu di sponsor oleh Teratak Aku.
Petang sikit hari ni, akak selaku Bendahari opis yang melantik dirinya sendiri akan mengorder Pizza pulak untuk di mam mam lagik. Kira macam hari mentedarah lah hari ni untuk kita orang kat opis ni, mua ha ha.

Monday, May 25, 2009

PATUT LAH

Salam.

Kengkawan dah makan malam ? Soalan lazim akak, menu apa malam ni ? Kat rumah akak ni semua orang dah siap makan, masing2 dah masuk bilik untuk aktiviti membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran, si kecik dah bobom, bagus gak bila petang dia tak bobom, balik umah jer, lepas makan mesti dah ngantuk. Bapak dia orang, macam biasa ah, gi main badminton, minggu depan ada perlawanan badminton lah pulak. Suka hati lah kan, janji dia bahagia. Mama dia orang pulak macam biasa lah semua dah settle, boleh lah mengadap blog sendiri di samping mendengar lagu2 yang best.

Petang tadi ada sedikit adegan soal siasat di antara akak dan abang ngah, semenjak dua menjak ni, asal balik je dari sekolah, masuk jer dalam kereta tu dah komplen, lapar lapar lapar, mula2 tu akak ingat biasalah kan, budak2 kalau balik sekolah je mesti lapar tapi semenjak dari minggu lepas lagi, dia punya lapar tu ada lain macam sikit lah. Bukak pintu rumah jer, menggelabah terus pergi ke dapur, bukak peti ais, masuk stor, amik tu, amik ni, kadang2 tu, baju pun tak bukak lagi siap boleh mengunyah2 dulu. Nak kata perut tu banyak cacing, baru jer bulan lepas di bagi makan ubat, apasal lak sekarang ni asyik lapar lapar lapar.

Sekali dua tu tak lah pelik di buatnya tapi terbawak2 sampai ke hari ni. Yelah, selalunya kalau sementara akak nak siap kan makan malam tu, steady jer dia, tak komplen pun lapar lapar lapar, seminggu dua ni, asyik bagi tekanan jer kat akak, kejap2 tanya, mama, makan malam dah siap, mama dah siap masak, bla bla bla. Untuk merungkaikan persoalan di benak fikiran mama dia yang lorat ni, maka sesi soal siasat pun bermula, sambil borak2, sambil tanya, jangan meluru tanya atau marah2 terus, nanti soal siasat sia2 jer jadinya. Buat cam biasa jer, sambil gelak2, sambil borak2 tu tanya lah apa yang patut. Adegan soal siasat ini adalah amat panjang. Sila bawak bersabar untuk memahami jalan ceritanya, kalau tak sabar memang tak paham ler nanti, korang paham tak ni ?

Mama : Kat sekolah tadi, masa rehat pukul 4 petang tu, angah makan apa ?

Angah : Tak makan pun, makan banyak kat umah opah tadi, kenyang lagi

Mama : Oh, ye ke, kalau kenyang lagi kenapa tak beli sosej ke, roti ke buat alas perut, jadi bila balik rumah tak lah rasa lapar sangat sementara nak tunggu mama sediakan makan malam tu

Angah : Huh, tak boleh beli sebab duit tak cukup lah mama

Mama : Ish, tak kan duit tak cukup, 3 ringgit tu angah buat beli apa sebelum waktu rehat

Angah : Buat beli barang kat bookshop, pas tu angah beli barang mainan B-Daman kat bus stop

Mama : (Suara tenang giler lagi masa ni, nak menyiasat lagi, so kena tarik napas dalam2 dulu, banyak lagi nak bertanya ni) Oh, angah beli B-Daman, apa B-Daman tu ? Satu berapa ?

Angah : Apa lah mama ni, B-Daman pun tak tahu, dia tu kartun kat tv tu, yang angah beli tu barang2 mainan dia lah. Best mama, satu mainan tu harga dia 2 ringgit jer

Mama : Oh, 2 ringgit yer harganya, so lagi 1 ringgit tu angah buat apa ? Dah lama mama tak nampak angah masukkan baki duit dalam tabung

Angah : Beli aiskrim 1 ringgit, habislah duit belanja yang mama bagi tu

Mama : (Ni tengah tunggu dia habiskan menelan roti dan habiskan air milo dia dulu, sebelum nak berleter panjang dengan dia) Dah habis makan roti tu, meh sini kejap, mama nak cakap sikit kat dapur ni

Angah : Jap mama, tinggal sikit je lagi ni (pas dah habih tu dia datang kat akak) Ye mama, tadi mama panggil angah

Mama : Angah, mulai dari hari esok, mama tak nak dengar lagi, angah pergi bookshop, beli itu beli ini, pergi bus stop, beli B-Daman tak habis2, mama tak nak dengar lagi. Mulai esok mama nak angah beli makanan masa waktu rehat. Makan kenyang2 kat sekolah, duit yang mama bagi tu untuk beli makanan sayang oii, bukan suruh beli barang kat bookshop atau bus stop. Mama nak angah tunjuk baki duit pada mama setiap hari bila angah balik dari sekolah. Dah tunjuk kat mama, baru boleh masukkan dalam tabung. Patutlah angah asyik lapar jer balik dari sekolah ye, rupa2nya tak makan masa waktu rehat, mama tak nak lagi mulai esok, asal bukak jer pintu rumah, angah jadi macam orang yang kebuluran. Angah paham tak apa mama cakap ni ? Kalau angah tak dengar cakap mama, besok jugak mama call cikgu disiplin dan suruh dia lucutkan jawatan pengawas angah tu. Paham tak?

Angah : (Tanpa cakap banyak, sebab tadi dia dah dengar pelbagai nada suara dari mama dia, siap dengan tangan ala2 Karam Singh Walia pun ada gak). Baik mama.

Mama : Angah jangan baik2 jer, angguk2 jer, jangan buat lagi tau, hari ni mama dah bagi tahu, kalau besok angah buat jugak lagi, siap sedia ok, siap sedia untuk di rotan pulak. Paham tak ni ?

Angah : Ye paham.

Adoiyai, tekanan betul lah, patutlah asyik bising jer lapar lapar lapar, rupa2nya tak makan masa rehat, mana perut tu nak tahan sampai ke petang. Bila dia kelaparan, akak pulak yang tertekan sebab nak kena sediakan semua cepat2. Ye lah, asal lambat je sikit nanti, mulut tu bising, bila boleh makan ni, lapar lapar lapar.


POT PET POT PET

Salam.

Holla !!! Hai kengkawan, pikir punya pikir, yang sebenau benaunya kan orang tak sayang mulut macam akak dan Teratak Aku ni kan, cakap jer pun, marah jer pun, tapi bila kena selesaikan sesuatu tu harus di buat jugak. Macam biasalah, tak ada contoh lain dah, bila kena settlekan kerja tu, mulut masing2, huh tak ingat dah, macam peluru, berbuih2 marah kan orang tapi tetap habihkan kerja tu jugak.

Kengkadang tu bila pikir balik, buang masa jer marah2 ni kan sebab marah2 pun kerja orang kena buatkan jugak, baik dendiam jer pastu selesaikan apa yang patut. Tapi memang tak normal lah akak ni kalau kena selesaikan kerja orang pastu duduk dendiam membuatnya. Harus akak berkokok2 jap, dah keluar semua isi perut mengata orang baru akak settlekan kerja tu, ha ha ha, lawak betul lah.

Bukannya Sue Sue, Kak Teh or Weeda tak marah2 bila kena settlekan tugas orang lain, tapi dia orang kalau marah pun lembut jer ayat2 yang keluar dari mulut masing2. Bila lah akak korang ni nak jadik macam tu kan, asal ada perkara berbangkit jer, ayat2 yang manis jer keluar dari mulut akak ni.

Orang mulut bising ni kan, memang lah, pot pet, pot pet, bising je lebih tapi hati baik jugak tau, ye lah bising je lebih tapi siapkan jugak kerja2 tu.


Sunday, May 24, 2009

TAKDE TAJUK

Salam.

Bersua kita sekali lagi para pembaca yang di sayangi sekalian. Pembaca semua apa khabar ? Dah seronok menghabiskan masa bersama famili hari ni, apa aktiviti ? Jalan2, tengok wayang, berkelah, pergi kenduri kahwin or duduk di rumah sesaja. Ada yang penat mengemas rumah ye, kemas bilik yang macam tongkang pecah pun ada gak, rilek ah tu kan rutin biasa, sesekali kena servis rumah tu, bukan nya selalu kan kan kan. Dah lah tak selalu, bila kena buat, komplen lah pulak, mua ha ha.




Ok ok, back to the story, aktiviti akak hari ni biasa2 aje, dah siap buat breakfast, kemas2 apa2 yang patut tu terus bersiap2 untuk ke majlis pertunangan anak saudara di Putrajaya. So hari ini off masak untuk lunch, untuk makan malam nanti akak buat nasi goreng je, manyak senang.

Insyaallah kalau tak ada aral melintang, majlis perkahwinan mungkin akan di adakan hujung tahun ni, seperti yang semua sudah sedia maklum, kaum kerabat akak memang jelita2 semuanya, mua ha ha lagik.


Gambar tuan punya blog yang jelita wajib ada, tak kiralah majlis siapa pun, interframe itu adalah wajib.


Gambar anak kepada tuan punya blog yang jelita juga wajib ada.
Lama gak lah kita orang melepak kat Putrajaya ni, yelah habih semua saudara mara turun dari Melaka, banyak lah citernya, bla bla bla bla, dekat nak pukul 4 petang baru ingat nak balik, itu pun sebab nak pergi beli barang2 untuk Kak Long. Kalau tak, mahu dah nak Maghrib baru ingat nak balik umah.
Sekian untuk kali ini, panjang umur besok kita berjumpa lagi ye. Bye2.



Friday, May 22, 2009

CAN I ?

Salam.

Kengkawan, wei hari ni JJ start sale ek ? Tu lah, tadi mintak permission dengan Mr.R nak gi JJ lepas settle hantar Fariz pergi sekolah kang, dia tak bagi lah wei. Camner ni, voucher JJ yang Mr. R menang bowling hari tu melambai2 nak suruh digunakan hari ni jugak. Dia suh gi dengan dia jugak besok, alahai kalau besok nak kena tunggu kak long habih kelas tambahan kat sekolah dah pukul berapa lak, pas tu nak gi buat itu buat ini, dah pukul berapa lak ? Hari minggu lagi lah tak sempat nanti, macam2 jemputan saudara mara yang harus dihadiri.

Cobaan merayu sekali lagik lepas Mr.R habih solat Jumaat ni kang, nak tanya lagi sekali, nak gi boleh tak ? Alah boleh lah ek, kang kalau gi lambat2 apa yang nak di beli tu mesti tak ada punya, yang tinggal saki baki jer. Bukan nak pergi sampai ke JJ Midvalley nun, dapat permission gi yang kat Balakong pun ok, tak pun kat Equine boleh gak. Tengah cari idea nak susun ayat baik punye ni, voucher 250 hengget tu dah cukop lumayan buat akak, kalau korang rasa sikit takpe ah. Ada akak kisah, yang akak kisah kan sekarang ni, dapat ke tak dapat pergi ni ?

HA HA HA, PADAN MUKA AKAK

Salam.

Kengkawan jom nyanyi sesama ikut melodi lagu Jom Heboh tu, Jom Jom Jom, Jom golak golak, Jom Jom Jom, Jom golak golak. Ha ha ha, akak tak tahulah wei nak tuduh sape sekarang ni, suspek tu dah ada dah tapi nak confirm kan jer lagi, ni lah wei, pagi tadi dah bagi pesanan kat Mr.R supaya jangan di ganggu tidur bininya ni kan, tup tup, pukul 9 pagi camtu lah tadi pintu akak di ketok dengan kuatnya, mula2 dengar cam jauhhhhhhhhhhhhhhhh jer, sekali telefon umah berdering2 macam apa kan, bangun dengan bersemangatnya untuk menjawab :

A : Assalamualaikum
Akak : Waalaikumsalam wbt.
A : Hang buat apa tu, abah dok ketuk dari tadi, takdak orang bukak pintu pon
Akak : Oh, abah, saya kat bilik air tadi, tu yang tak dengar kot (ntah2 dia perasan sore orang baru bangun tidor, ha ha ha). Abah kat mana ni, ada apa bah ?
A : Ni lah, abah kat depan pintu rumah hang lah ni, abab mai nak amik baju Fariz, dia tak dak sekolah agama hari ni, sekolah tu ada aktiviti kat sekolah kebangsaan
Akak : Ohh, awat Fariz tak bagitahu, tidak boleh bagi baju spare tadi
A : Takpa eih, tu lah yang abah mai ni, nak mintak baju dia
Akak : Sat sat abah no, saya pi bukak pintu sat
A : Takpa eih, hang bak mai baju dia, abah tak payah masok lah
Akak : Terkedek2 pergi amik baju Fariz dan menengok muka di cermin supaya tidak kantoi, ha ha ha
A : Ok lah no, abah pon tak boleh lama ni, mak hang nak suh gi pasaq beli sayoq.
Akak : Terima kasih bah.

Ish dalam hati ni berkata2 gak, takkan lah bapak mertua akak dok baca blog akak ni, ha ha ha, tak pon Mr.R yang suh buat spot check ataupun si Minna Minna yang bagitahu kat pak mertua dia suh spot check menantu dia ni. Padannnnnnnnnnnnnnnn dengan muka akak kan, kemas2 bilik sat terus turun gi dapoq memasak lah.

Dah siap dah pon masak, hari ni menunya soohon + pucuk + kentang, goreng sayur bayam dan ayam paprik ikut resepi cik adik manis anne. Wei anne memang syedap ah resepi ko ni, nampak jer ko macam tak pandai masak kan tapi resepi ko kebabommmm syedapnya, ada resepi lain tak ?

Kesimpulannya tuan tuan dan puan puan, janganlah ada niat malas di dalam hati tu, setiap kemalasan itu ada pembalasannya. Ha ha ha.

BANYAK PAHALA

Salam.

Selamat pagi Jumaat kengkawan. Hoyee, kerja hari Jumaat ni best kan, masa bekerja tu pendek, kejap jer dah pukul 5 petang untuk waktu balik. Cuti hari Jumaat pun best sebab bersambong2 lak dengan hari Sabtu dan Ahad. Mr.R banyak permintaan lah semalam, mentang2 baca aktiviti akak membongkang dan membaca novel, malam tadi dia request nak bawak breakfast untuk staff dia. Tetiba nak suh bini masak pepagi, boleh apa pergi restoran yang dia selalu lepak pagi2 tu, orderkan nasi lemak 10 bungkus, pastu bawaklah gi tempat kerja kan kan kan. Gigih wo dia malam tadi pergi belikan santan dan amik daun pandan malam2 sebab nak suruh bini dia masakkan nasi lemak untuk bawak gi opis.

Kengkawan, isteri yang tak dengar cakap laki, apa hukumnya, hukumnya berdosa kan kan kan, so dengan seikhlas2 hatinya malam tadi jugak akak siapkan sambal tumis tu dulu, nanti pagi senang, masak nasi dan potongkan timun jer. Telur pun rebus sesiap malam tadi gak. Pagi ni bangun awal dari biasa, masak nasi lemak untuk 10 orang makan dan gorengkan ikan bilis, tetapi Mr.R mengada2 lebih dari biasa, alahai nasi lemak ni tak de lauk sampingan kan Yang, apa kata you tolong gorengkan nugget sekali, woiiiiiiiiiiiiiii, you nak pergi berkelah ke hapa ni, mula2 nasi lemak, pastu suruh goreng nugget lah pulak. Yang, banyak pahala you tau, dengar cakap suami, masakkan untuk staff saya dan yang paling penting kita bersedekah hari Jumaat ni lagi banyak pahala nya. Yolah, yolah, terus cair hati akak ko ni, gi lah goreng nugget tu sampai habih sebungkus besar tu.

Hari ni anak2 pun bawak bekal nasi lemak dan nugget ke sekolah. Kak long lagilah, pepagi dah perli akak, kalaulah hari2 mama siapkan sarapan best2 macam ni, ni tak lah asik2 bawak roti dgn kuih beli jer. Tekanan wei tekanan akak di buatnya. Alah kak long, hujung minggu kan mama dah buatkan sarapan yang best2, hari biasa, hari bekerja ni kak long bawak je lah apa yang ada ye. Kang tak pasal2 setiap hari kena bangun pukul 5 pagi wei, alahai tak cukuplah 8 jam waktu tidur akak nanti, bila tak cukup waktu tidur tu muka cepat berkedut tau. Ha ha ha.

Ok, perenggan ni untuk Mr.R ye, Yang, selamat bersarapan dengan staff you, banyak pahala you bawak kan sarapan untuk dia orang dan lebih banyak pahala lagi kalau you jangan call saya di henpon atau call ke rumah ye sebab saya nak sambong tidur sampai pukul 11 pagi. Bye2 Yang, enjoy your breakfast.


Thursday, May 21, 2009

JANJI UPDATE, HIHI

Salam.

Alhamdulillah, baru lepas makan ni, macam biasa ah Mimi cakap syedap mama masak, hi hi. Menu hari ni simple2 seperti biasa lah, ikan tenggiri goreng mengada eh silap goreng berlada, sayur siew pak choy masak lemak putih, sesapa yang selalu pergi supermarket dan rajin memasak cam akak ni mesti dia tahu camne rupa sayur siew pak choy ni, yang kurang rajin dan selalu beli or makan kat kedai tu, kompem tersengih2 dengar nama sayur ni kan kan kan, dan akak buat telur bungkus. Cukup ah tu, nak masak banyak2 menu bukan ada tetamu pun yang nak datang bertandang.

Tengah menunggu kak long bersiap untuk ke sekolah agama pulak. Dah hantar dia kang, nak tidurkan mama pulak, eh silap lagi, nak tidurkan Mimi. Hi hi. Akak dah terjah library sebelum menjemput kak long dari sekolah tadi dan dah pinjam 2 novel yang berkonsep cintan cintun, hu hu tak sabar nak membaca ni, apa2 pun nak gi hantar kak long dulu, tidurkan si kecik dan baru boleh mulakan aktiviti membaca novel sambil berangan2.

Buat Weeda, Anne, Akish, Teratak Aku, Kak Teh, Sue Sue dan Lija, jangan rindukan saya ye, bawak2 bertenang ye, ha ha ha. Rajin2 kang saya update lagi ye. Bye2.


EKSLUSIF, LIVE DARI TINGKAP DAPOR

Salam.

Kengkawan, seperti yang dijanjikan sebentar tadi, lepas bergolek2 harus bangun pukul 10 pagi utk aktiviti memasak pulak, tapi ada satu aktiviti tambahan lagi yang akak buat wei. Aktiviti skodeng kat tingkap dapur ni hah. Sebelum masak, haruslah nak di bukak semua tingkap yang ada ni supaya pengudaraan nya berjalan dengan lancar, tup tup dah ada persidangan lah pulak kat belakang dapor akak ni hah. Persidangan bibik2 taman yang menjadikan belakang dapor akak sebagai port dia orang bawa anak kecik jagaan masing2 berkeliaran kat situ sambil dia orang borak2 dalam pelbagai bahasa dan pelbagai topik yang di bincangkan.

Ohhh, ni korje korang ye, asal ada peluang je berkumpul, akak tak kisah pun sebab bukan bibik akak pun yang tengah dok melepak tu, tapi kesian kat budak2 kecik yang dia orang angkut sekali tu, ada yang tengah main pasir, main2 kat air becak tu, ada yang main dalam longkang yang tak berair ni pun ada gak, alahai kesiannya nengok budak2 tu. Rasa cam nak bukak tingkap dan jerit je kat diaorang tu semua. Tapi benda2 macam ni tak boleh buat macam tu kengkawan, nanti dia orang tahu akak yang report, habih lah umah akak tu diaorang kerjakan nanti, bukan boleh percaya dengan dia orang ni kan.

Akak nak nengok sampai pukul berapa aktiviti melepak dia orang ni. Kuang asam punya orang, sesambil tu kang akak nak hempas2 periuk kuat2 bagi dia orang tahu ada orang kat dalam umah ni, basuh pinggan, bukak air kuat2, masuk bilik air, tergolek2 kan baldi tu, ha ha ha, orang lain punya bibik, akak lak yang emo !

LIVE DARI KAMAR TIDUR

Salam.

Selamat pagi kengkawan. Fuyooo, tajuk macam .................... ! Ada yang tengah bersiap2 nak ke tempat kerja ye ? Kerja rajin2 ye, jangan malas2, kalau malas nanti orang menyampah tau, ha ha ha.

Akak coti 2 hari untuk menjaga si kecik tu. Mak akak dah berlepas ke Bandung untuk bersuka ria. Coti akak pun berlambak2 lagi so kasi habislah. Mak mertua pun happy sebab akak tak menyusahkan dia, hi hi. Ok kasi update sikit kat kengkawan ye :

1) Mr.R dah pergi kerja
2) Anak2 dah siap bersarapan dan ke sekolah
3) Baju dah siap mesin malam tadi dan siap berampai
4) Bahan2 untuk di masak dah di keluarkan dari peti ais
5) Rumah dah siap bersapu dan bermop
6) Si kecik masih tidur dengan nyenyaknya

Pandang kiri, pandang kanan, semua settle, so akak nak sambung aktiviti ni sampai pukul 10 pagi macam tu lah. Dah pukul 10 kang akak teruslah ke dapur untuk memasak ye kengkawan sekalian. Kengkawan opis akak sekalian, sila menjealous beramai2 ye sebab akak nak sambung aktiviti bergolek2 atau dalam erti kata lain membongkang dan ayat yang lebih manis sambong tidur, yuhoooooooooooooooooooooo. (Mr.R, sila tarik nafas dalam2 bila baca statement ni ye).

Dah dah dah, buat2 sudah membaca blog ni, bagi komen pun dah kan, so pergi sambung buat kerja masing2. NOW NOW NOW !!!!

Wednesday, May 20, 2009

BOFODOFOH

Safalafam.

Fokorafang sufudafah mafakafan ? Safayafa nafak tefest kefebofolefan safayafa gufunafan afayafat mafacafam ini. Dufulufu mafasafa sefokofolafah sefalufu gufunafa afayafat ini.

Safayafa safangafat tefurufujafa sefebafab tafahufu oforafang ifitufu bafacafa afapafa yafang difitufulifis dafalafam blog fini. Ha ha ha, betul ker apa yang akak bebelkan ni, akak pun dah ingat2 lupa lah penggunaan f f f ni. Ok kita cuba lagi yer.

Oforafang bofodofoh ifitufu mefemafang defegifil, oforafang kufutufuk mafacafam mafacafam pufun difiafa bofolefeh bufuafat bofodofoh jerrrrrrr. Huh. Nafasifib bafaifik befesofok safayafa cufutifi, kafalafau tifidafak safayafa pufun kefenafa pefergifi ifikufut difiafa pefergifi bufuafat keferjafe difiafa.

Sekiafan dafarifipafadafa safayafa yafang ohfoflafalafalafa. Hah hah hah.


Tuesday, May 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO AIMAN SYAQIRIN

Salam.

Entry ni khas untuk anak buah akak yang tersayang. Hari ni birthday dia, dah berumur 15 tahun pun. Aiman ni anak kepada abang akak dan Aiman panggil akak Cik Mai, bukan buah cermai ye tapi Cik Mai ye kengkawan sekalian.

Petang2 ni baru ada masa sikit nak buat entry untuk dia. Hi hi, ensem tak ? Yang sebelah kiri ni lah Aiman Syaqirin b. Shahrudin, yang sebelah kanan tu adik dia, si Azriel Imran. Hai Azriel, awak dah sihat ke ?

Aiman, masa awak ni kecik2 dulu kan, awak adalah seorang baby dan kanak2 yang comel tau, bila dah remaja ni dah jadi ensem lah pulak kan. Tahun ni Aiman akan menduduki peperiksaan PMR, so Cik Mai doakan yang terbaik untuk Aiman ye. Aiman jugak merupakan cucu sulung kepada mak dan abah akak, so masa dia di lahirkan dulu semua sayang sangat kat dia, asyik2 berulang alik ke rumah dia semata2 nak bermain2 dengan dia, sekarang ni lagilah bertambah2 sayang. Sekejap je masa berlalu, tapi Cik Mai masih tak tua2 kan Aiman. Ha ha ha.

Cik Mai nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 15 untuk Aiman, rajin2 solat, rajin2 belajar, dengar cakap mummy dan daddy dan jadi anak yang soleh ye.

SUKA SUKA SUKA

Salam.

Hari ni saya sangat suke. Ye, saya tahu mengenai pepatah jangan terlalu suke sangat nanti berduka pulak. Tapi saya tak pedulik sebab perasaan saya sangat suke hari ni. Bila saya marah, saya jadi aku, bila saya happy, saya jadi saya. Bila jadi macam bagus, saya jadi akak. Korang paham ke tak paham ni ?

Saya suke bila semua yang dirancang menjadi, saya suke bila saya pergi makan saya ternampak lauk kesukaan saya, saya suke bila perut saya kenyang dengan lauk kesukaan saya, saya suke bila nampak orang yang saya tak suka berhempas pulas membuat kerjanya. Indahnya perasaan suke saya pada hari ini. Saya lagi suke bila membayangkan keadaan orang yang saya tak suke tu sedang bekerjasama dengan orang yang dia tidak suke.

Sekian entri suke suke suke saya pada hari ni.


KISAH BUDAK LELAKI

Salam.

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak lelaki tinggal di sebuah kampung. Kampung itu mempunyai penduduk yang pelbagai ragam dan saiz. Mereka hidup aman dan harmoni bersama2. Ketua kampung pula adalah seorang yang amat baik dan berhati mulia. Budak lelaki itu tidak di sukai oleh semua penduduk kampung kerana berperangai malas dan suka menyusahkan orang lain. Penduduk kampung berasa amat marah dengan kejadian tersebut.

Dari hari ke hari, budak lelaki ini semakin menjadi2 perangai nya, penduduk kampung yang tidak suka itu tidak boleh berbuat apa2 kerana budak lelaki itu mendapat kepercayaan penuh dari ketua kampung tersebut. Penduduk kampung hanya dapat berkongsi perasaan amarah dan benci mereka sesama sendiri sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, budak lelaki tersebut semakin malas dan malas, hingga penduduk kampung terpaksa menyelesaikan kerja2 nya demi memastikan semua urusan selesai. Penduduk kampung yang lain hanya mampu berdoa supaya pada suatu hari nanti budak lelaki ini akan insaf.

Suatu pagi yang hening, ketua kampung meminta budak lelaki itu untuk membantu nya menyelesaikan tugas yang ada, maka berlari2 anak lah si budak lelaki ini bertungkus lumus menyiapkan tugas nya, ketua kampung hanya memerhati tindak tanduk budak lelaki ini kerana tugasan yang diberikan hingga ke hari ini tidak siap2 lagi. Penduduk kampung yang lain sekadar memerhati sahaja budak lelaki yang sedang berpeluh2 ketiaknya untuk menyiapkan tugasan itu.

Langit tidak selalu cerah, budak lelaki itu terpaksa meminta pertolongan dari salah seorang penduduk kampung untuk membantu nya dan setelah semuanya selesai, tanpa di sangka2 tugasan yang telah disiapkan oleh budak lelaki itu mempunyai kesilapan yang amat budus sekali. Ha ha ha, semua penduduk kampung masih lagi tersenyum mengenangkan betapa tidak pandainya budak lelaki itu untuk membuat kerja.

Selepas kejadian itu semua penduduk kampung berasa sangat gembira kerana sudah terbukti budak lelaki itu memang bangang orang nya. Ha ha ha, kepada yang tidak paham itu buat2 paham sahaja seperti biasa ye.


Monday, May 18, 2009

KENAPA MESTI MENIPU ?

Salam.

Bertemu lagi di pagi Isnin. Kengkawan, apa khabar, ada baik tak ? Kalau tak baik tu nape ye, gi lah cepat2 settlekan supaya semuanya baik2 saje.

Hari ni nak ngomel pasal orang yang suka kelentong tapi tak pandai cover, contoh lah ni, dia cakap dia tak sihat, nak gi amik mc, tup2 ada orang ternampak dia tengah shopping2 ke, nengok wayang ke. Ada tu pulak bagi alasan ada family matters untuk di settlekan tapi bila tepon tu suara macam orang baru bangun tidur ye bunyi nya.

Satu lagi ni, ada yang sanggup bagi alasan kesihatan keluarga terdekat, so kena ambil cuti untuk menziarahi atau membawa keluarga terdekat mereka untuk mendapatkan rawatan tetapi rupa2nya itu hanya lah alasan semata2 untuk mengukuhkan sebab untuk seseorang tu mengambil cuti sesaja sedangkan orang yang dia cakap sakit tu elok je, sihat walafiat pun.

Apsal nak kelentong ni semua, apa susah sangat, nak bercuti tu apply lah cuti, bila boss besar dah approve kan cuti kita, hati kita pun senang nak bercuti kan, kenapa mesti menipu dan memberi seribu satu alasan semata2 untuk bercuti. Jangan lupa ye kengkawan, setiap percakapan kita, alasan yang di beri tu adalah semacam satu doa tau, buatlah selalu, tak sakit tapi selalu harap diri tu sakit semata2 nak dapat mc, family semua sihat walafiat tapi bagi alasan dia orang tenatlah, itu lah, ini lah semata2 nak ambil cuti.

Alhamdulillah setakat ni, antibodi akak bagus betul, dari last year sampai sekarang ni satu hari pun tak pernah mc.


Saturday, May 16, 2009

FINAL AF7, KOMEN JE PANDAI !

Salam.

Kengkawan, sana sini sinun orang semua dok bercerita pasal final AF7 malam ni kan. Orang ni nak Aril yang menang, orang tu nak Hafiz menang, orang sinun nak Isma menang, orang sana nak Yazid menang, tapi kan akak lah kalau boleh tu nak Akim menang. Lija, ko pun suka kat Akim kan, nengok nanti dia boleh menang atau tak ye.

Masalahnya sekarang ni, korang ni semua bising dan bagi komen jer pandainya pun, dia ni bagus, dia tu bagus, apsal dia ni dapat macam ni, apsal dia tu dapat macam tu, tapi korang ada afundi dia orang tak ? Cakap jer sampai tersembur2 air liur, bertegang urat dan leher nak siapa yang korang sokong tu menang tanpa membuat apa2 sumbangan afundi kat dia orang pun. So macam mana dia orang nak menang, tak de die hard fan yang sanggup berkorban untuk dia orang ni semua.

Tu belum bab bagi komen lepas dia orang habih buat persembahan nanti, kalau yang best tu, fuyooo, terjerit2 kat depan TV tanda bagi sokongan kan, tapi bab afundi kedekut, berkira bukan main lagi, so macam mana dia orang nak menang ! Alah kalau takat afundi sekali jer pastu bising memanjang macam korang undi berpukal2 untuk dia orang, buat apa wei, buat apa?

Akak tak nak cakap banyak2 lah, akak suka tul nengok si Akim tu, harap2 dia boleh menang jugak walaupun tak dapat gelaran juara malam ni, yelah lepas akak dah berleter, mengata2 orang yang suka nengok jer tapi tak afundi pun akak dah rasa penat sangat dah ni sebab akak adalah salah seorang yang tergolong dalam golongan seperti yang tersebut di atas yer, ha ha ha, ha ha ha, panjang tul golak akak petang ni, yelah wei, akak memang cakap jer pandai, bagi komen mengalahkan juri jemputan tapi afundi nya nan ado. Hah korang pun tengah golak2 jugak kan sebab sama jer spesisnya macam akak ni. Kepada yang afundi pelajar pujaan dia orang tu akak tabik spring dan tunduk hormat lah kat dia orang, oh ada lagi, clap clap clap untuk korang yang afundi tu.


Friday, May 15, 2009

AKU BENGANG

Aku benci buat kerja orang. Aku tak suka nak siapkan kerja orang lain. Aku tak ikhlas buat kan ni untuk dia, aku bengang, aku rasa macam nak sepak sepak orang tu. Aku tak kesah orang cakap aku tak bekerjasama ke apa ke, tapi serius, selalu sangat dah, kerja sendiri asyik suruh orang lain buat.

Boss besar selalu cakap, kita mesti work as a team, tapi balik balik, muka aku dan lain2 je yang kena keje as a team. Dari dulu sampai sekarang, asal ada kerja yang dia kena settlekan balik2 dia bagi kat orang lain jugak untuk siapkan. Macam sekarang ni aku dan kawan2 lain yang tengah bersusah payah nak menyiapkannya. Bagi hari Rabu petang, nak di siapkan hari ni jugak. Kalau sikit takpe tapi banyak. Aku takkan meroyan kalau ini memang kerja aku, tapi lagi sekali aku cakap aku benci menyudahkan kerja orang lain.

Aku rasa macam nak pijak2 orang tu dan tekup muka dia dengan bantal, biar mampos terus.

Sekian, dari aku yang emo.


AWARD DARI DEEKUNTUM

Salam.

TQ ye cik puan Dee, kerana sudi bagi award ni kat akak. Awak tu kan blogger yang popular, so kalau ada award lagi, jangan lupa pass kat akak ye. Hi hi

1. Copy award untuk di letakkan di blog anda (udah buat)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini : Deekuntum.blogspot.com
a. kawan masa sekolah di MGS dolu2
b. blogger tegar
c. maintain sweet
d. cakap banyak ni
e. anak dah dua tapi maintain kurus wei, kurus

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

- mengalami masalah berat badan (bila ntah nak kurusnya)
- suka duduk kat rumah layan tv (semua citer boleh layan tau)
- rajin layan mak mertua borak (menantu contoh akak ni)
- 10 kali baik ngan orang yang baik ngan aku (tak caya tanya kengkawan opis ni hah)
- 100 kali jahat ngan orang yang jahat ngan aku (tak caya jugak, gi tanya pompuan yang kena hon dengan akak tu)
- tak suke membazir (sifat akak yang paling terpuji ni)
- kepala hotak giler2 tak padan ngan umur (petua awet muda dowh)
- suke betul bile geng ajak bergosip (terang bijik mata akak bab2 ni tau)
- suke melalut dalam blog, ada orang nak baca atau tidak, tak kesah, janji hati puas (hi hi)
- bisa menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan (korang campak akak kat mana pun, akak boleh nyeeeeeee)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
a. weeda (seorang pemalu yang telah di asuh untuk tidak menjadi terlalu pemalu oleh akak)
b. jia (sahabat yang dah berpindah ke MQA)
c. si comel or ietams.blogspot (suka nengok muka budak ni, cantik dan sweet jer)
d. kudip (budak ni sangat lawak, hi hi)
e. mummy damia (geng kepada si c dan d kat atas tu)
f. puteri bongsu (menantu jelita mak mertua akak)
g. iSpy (rupa dia camne pun akak tak tahu wei, misteri adik ni)
h. yuyee (protege akak, tengah praktikal skrg ni)
i. amizah (baru operate tonsil, harap2 dah sembuh sepenuhnya)
j. teratak aku (baru menang anugerah best dancer, fuyoooooo)

Tak nak cakap banyak2, rasa2 nak buat, buat ye darling, rasa2 tak nak takpe. Hi hi


Thursday, May 14, 2009

TAKMO TAKMO TAKMO

Salam.

Kengkawan, moh kita citer bab2 serius sikit, akak baru jer dapat call ni, melimpah ruah idea akak nak curahkan malam ni jugak. Macam mana nak hurai kan topik ni pun akak tak tahu lah kengkawan, akak tak nak membebel banyak2, kang orang cakap, akak macam bagus sungguhpun dalam bab2 financial ni akak rasa akak memang bagus, ye lah, buat masa ni, sekali lagi cakap tau buat masa ni, tak pernah sangkut bayar semua hutang2, besok lusa akak tak tahu nak cakap lah kan. Mintak2 di jauhkan lah dari masalah ni semua.

Akak harap korang tolong ambil iktibar sikit ye, jangan tergolong dalam golongan yang akak nak senarai kan ni ye, akak tak pedulik lah, lepas ni kalau ada yang baca, pas tu nak marah2, nak hentam2 akak ke, tak pedulik, akak nak citer jugak.

1) Dah tahu sengkek, still nak beli baju or kasut baru setiap bulan - sebab nak tunjuk kat orang, dia pakai baju cantik, kasut cantik tapi poket dia tak cantik, baru beberapa hari bulan dah menggelabah nak tunggu gaji untuk bulan depan pulak

2) Tak mampu nak pakai keter, still gatal nak ada keter, nak bergaya macam orang lain yang banyak duit tapi bila bab nak isi minyak, mula lah menggigil2 nak keluar kan duit, tu belum nak cover insurance dgn roadtax lagi tu

3) Hutang ni tak habih lagi, gi buat hutang baru, beli tu hutang, beli ni hutang, alah benda kecik2 pun, kalau tak beli sekarang, bukan mati pon, kumpul duit dulu barulah beli, ni tak, asal terpikir nak je, berhutang sana sini

4) Orang gi melancong, ko yang tak berduit ni pun sebok gak nak melancong, sebab nak tunjuk kat orang, ko pergi sana, pergi sini, pas tu, hutang keliling pinggang, orang bank sana call, bank sini call suh bayar apa2 yang tertunggak tu

5) Cari jalan buat kad kredit sampai 2,3, guna sampai maksimum, pastu tak reti nak bayar, sanggup ni buat slip tipu, janji dapat kad kredit baru, lepas tu joli sakan macam tak payah nak bayar balik

6) Asik2 tukar henpon, asal ada je model baru keluar, ko pun sebok gak nak tukar, padahal duit bukan nya ada pun, nak bergaya punya pasal, sanggup. Tu yang henpon jer canggih manggih, tapi kredit phone zero

So, takmo takmo takmo jadi macam ni ye


TERKEDU JAP

Salam.

Kengkawan, petang tadi kan, masa akak nak amik anak balik dari school kan, akak lepak2 lah dalam kereta tu dengan anak2. Akak sampai pun awal, makanya kena menunggu lah kat tepi pagar sekolah tu. Macam biasa, aktiviti untuk menghabihkan masa dengan anak2 adalah dengan membuat perbandingan. Alah korang mesti pernah terpikir macam yang akak cakap ni, iaitu korang suka membuat perbandingan dengan orang lain, especially yang memang korang dah nampak dan tahu yang korang akan menang.

Asal nampak orang yang lebih besar sikit badannya dari akak kan, akak mesti tanya kat Sara, kakak, kakak, mama dengan orang tu sape lebih gemok, dah sah2 lah akak menang, bila ternampak orang yang berkulit gelap sikit kang, akak tanye lagi, kakak, kakak, mama dengan orang tu sape cerah, ha ha ha, korang pernah tak tanya soalan2 perbandingan cenggini kat orang lain, mesti ada kan, ada kan, jangan memalu nak mengaku ok. Pas tu kan, bila nampak kan, orang yang kurang cantik sikit dari akak kan, akak tanya lagi, kakak, kakak, mama dengan orang tu sape cantik lagi, sebenarnya Sara pun dah naik letih nak layan akak sebab hampir setiap hari itu je lah soalan2 yang ada pun. Tapi kan, bila akak nampak orang yang lebih kurus, lebih bergaya, lebih cerah dan sebagainya kan, kompem akak tak akan bertanya punya lah, nengok dendiam jer. Dah tahu kalah kan, buat apa nak tanya kan kan kan.

Hah sambung lagi kengkawan, sekali tu kan, dalam perjalanan nak balik ke umah kan, si Sara ni dapat idea baru lak nak mengenakan akak, ntah mana dia dapat idea ni akak pun tak tahu dan yang penting memang lepas ni akak insaf dah, tak nak lagi tanya benda2 cenggini kat dia, ha ha ha, akak kena cari idea baru untuk menghabihkan masa bersama2 kat tepi pagar sekolah tu. Dalam perjalanan balik tu kan, asal dia nampak je, asal nampak ni, dia terus bagi komen, kang lalu kete cantik ni, mama, kete orang tu lagi besar dan mahal dari kete mama, adoiyai, akak pakai kancil jer, dah sah2 asik orang lain je menang kan, mama pemandu kete tu cantik dari mama, oh ada lagi, mama orang yang tengah tunggu beli nasi lemak tu lagi kurus dan tinggi dari mama, mama itu mama ini.

Akak diam jer, nak dengar dia nak cakap apa lagi kan, pas tu kan bila dah sampai kat umah kan, dia cakap kan, ha ha ha, mama asal senyap jer, tak nak tanya lagi ker ?  Erkk, terkedu terus, hihi


CHEK BERTUKAQ PEGAWAI LAGHI

Salam.

Apa habaq, dah makan ka, kalau dah baguih lah, kalau belum, awatnya tak makan lagi, gi lah makan dulu no, ok ok, akak nak cuba skill akak bercakap dalam loghat Kedah pulak ye kengkawan, korang kalau tak nak melayan takpa, biaq pi lah, akak ceghita sensorang pun tak pa aih.

Tadi ni hah, seblom waktu makan tengahari, kami di opis ni ada meeting sat, boss besaq nak habaq mai mengenai pembahagian tugas di opis ni. Ya lah, hari tu kan akak ada chegita kami dapat pegawai baru, hak Kak Teh tu lah wei. La ni, nak habaq kat hangpa semua, akak dah bertukaq pegawai laghi, seblom ni, Teratak Aku jadi pegawai akak, la ni, Kak Teh lah pulak. Hangpa jangan ingat kat negeri Perak sana nun saja ada perubahan selalu dalam pentadbiran no, kat opis kami ni pun sama, sat sat tukaq, sat sat tukaq, saiz badan kami saja yang tak bertukaq dalam opis ni. Ha ha ha.

Awat lagu ni pun akak tak tahu nak habaq lah, nama pun pekerja am, ikut sajalah kata boss besaq tu, janji tiap2 bulan, gaji masuk noooooo. Yang pentin, kerja sonok dan hati senang. Lupa nak habaq kat hangpa, semalam dgn hari ni akak dok memangku tugas setiausaha boss besaq, dia pi bercoti2 Malaysia, punyalah baguih akak ni, sampai kan boss besaq nak ayaq pun kena pi mintaq sendiri kat meja akak no. Pagi tadi boss besar mai kat tempat duduk akak dan senyum2 dulu sebelum tanya : Linda, hang tau buat ayaq tak ? Dan dan tu jugak akak tanya kat dia, ya boss besaq, boss besaq nak minum apa, habaq ya, sat lagi chek pergi buat no. Boss besaq nak ayaq nescafe kurang maneh, akak pun pergi lah buat kan utk kan boss besaq, tu dia, habih satu gelas besaq boss minum aih. Itu tandanya ayaq yang di bancoh oleh ibu yang beranak tiga ni ada umphh.

Hangpa semua pakat mai sama2 buat kerja rajin2 macam akak no, jangan malaih2 no, hangpa malaih kang kena seligi dengan boss besaq baru padan muka.


Wednesday, May 13, 2009

SUKA SUKI

Salam.

Ha ha ha ha ha, hi hi hi hi, ho ho ho ho, adoiyai, golak dari tadi sampai ke la ni tak habih2 lagi, sonok betul buat orang goli hati tau. So pada semua kengkawan, akak adalah seorang biras yang tidak suka untuk nampak cantik sorang2 jer tau. Maka dengan itu, akak mempersembahkan wajah2 biras akak yang menjadi kesayangan kepada mak mertua akak.
Yang kiri ni si Puteri Bongsu, isteri kepada adik Mr.R yang ke empat dan yang kanan tu pulak, Mummy Damia, isteri kepada adik Mr.R yang ke lima. See see see, kita orang sangat ngam dan kamcing, rambut pun sama je sepesen nya.

Ok lah, adoiyai menggigil2 perut buncit akak ni menahan golak wei, udah leh tu, nak balik pulak ni. Bye2.




WEI WEI, MANA LAWA, TELL ME, TELL ME

Salam.

Kengkawan yang di sayangi sekalian, kalian udah mam mam, menu apa ya ? Hari ni akak mam mam nasi, ambik suku je tau(nak jugak bagi tahu kengkonon makan nasi sikit lah tu), daging masak lemak cili api dan menu favourite akak iaitu kerang rebus. Syedap nya, perut dah kenyang kan, moh layan akak sambil mengvote gambar mana yang cantik ye kengkawan.

Ni hah, tengah free lah gamak nya sekarang ni, so idea giler banyak nau. Meh tolong pilih gambar kanan atau kiri yang cantik wei. Akak nak jadi kan maskot untuk blog terbaru akak, blog ni khas untuk menggosip2 baik gosip liar atau pun yang jinak, nak mengata, nak mengutuk, pendek citer tang nak belasah2 orang akak nak meluahkan dalam blog ni lah nanti. Nama tak rasminya shibampropa.blogspot.com, kalau belum ada orang guna lagi nama ni nanti akak rasmikan lah ye. So pada kengkawan yang ada gosip tu jangan lupa share dengan akak ye.

Tak lupa jugak pada biras2 akak, bila rasa nak menghentam satu sama lain tu nanti kita citer kat blog yang propa ni ye. Ha ha ha.  Wei korang tolong bagi komen gambar kiri atau kanan je tau, tak yah komen lelebih pasal bulu hidung lebat yang terkeluar ke, rambut cam sarang tebuan ke, akak pang kang. Ha ha ha lagi. Afundi kiri or Afundi kanan ye kengkawan.



ISH, POMPUAN NI

Salam.

Selamat pagi dan selamat sejahtera kawan2. Kengkawan semua sihat tak ? Kalau tak sihat gi jumpa doktor ye, nak tanye sikit, ada tak doktor yang pandai merawat hati yang sakit, bukan sakit yang biasa2 tau, ni sakit sebab kena menghadapi karenah orang lain. Sebenarnya dah banyak kali berlaku tapi akak tak ambil pot sangat tapi sekarang ni macam dah selalu sangat pulak, alah mungkin pada kengkawan kan, rilek ah, benda2 macam ni pun akak nak sakit hati. Woi, akak kan cerewet, berdisiplin dan yang sewaktu dengan nya, bila jadi benda2 macam ni kan, rasa cam nak marah je. Hi hi, Mr.R pun poning, apa lah you ni, benda kecik2 pun nak bising2.

Cam ni ha citernya, berdepan dengan rumah akak di sebelah hujung tu ada nurseri, sape2 yang pernah pergi umah akak, dia orang tahulah. So, bila mak dan bapak budak2 ni ambil dan hantar anak2 dia orang, dia suka benau parking kan kereta kat depan umah akak, kalau parking kejap tak kesah lah wei, jalan tu pun bukan mak bapak akak yang buat kan, ni dah lah parking kat depan umah, kalau nak parking pun agak2 lah kereta akak boleh keluar pun akak tak kisah, ni idok, parking depan2 pagar umah akak, kalau nak keluar kan kereta tak boleh, akak kena tunggu sampai kereta tu blah baru akak boleh keluar. Macam pagi ni ye, kereta yang di pandu oleh perempuan cantik tapi tak ada budi bahasa, dah lah parking depan pagar akak, siap berborak pulak lagi dengan kawan dia kat nursery tu,  akak nak pergi kerjalah jibam, mana boleh tunggu ko habih berborak kat situ.

Memandangkan jiran sebelah menyebelah pun ada pagi ni, jadi tak boleh nak jadi orang gila di pagi hari, dengan berhemahnya akak jengok2 kat luar nursery tu, kengkonon nak bagi hint kat perempuan cantik yang tak ada budi bahasa tu supaya cepat2 mengalihkan keretanya, dia memang tak nampak atau buat2 tak nampak akak tak tahulah wei. Ish, pungkoq betullah perempuan cantik yang tak ada budi bahasa ni, tengah geram punya pasal, tetiba dapat idea bodoh lah pulak, akak reverse kan je kereta akak tu dan bunyikan hon, mula2 hon pendek, pas tu hon panjang. Ambik ko, baru lah terkedek2 nak pergi kat kereta dia balik semula, bukan tahu nak angkat tangan ke, senyum ke, say sorry ke, menonong je masuk dalam kereta dia dan blah. Berlagak ko eh, tahulah pakai kereta mewah, akak pakai kancil jer, kang akak sondol kang, kereta akak jugak yang kemek, ha ha ha.

Petang semalam pun sama jugak, akak sampai umah je, nengok2 ada kereta dah parking betul2 depan pagar umah akak tapi semalam tahap kesabaran tu masih tinggi dan menebal, so akak parking kat luar dulu dan bukak pagar siap2, orang tu alih kan jer kereta dia baru akak bawak masuk kereta ke porch dan tak boleh nak marah sebab orang lelaki yang berbudi bahasa tu semalam say sorry pada akak.

Susah susah sangat nanti akak gi beli je kon penghadang yang berwarna oren tu kan dah letak kat depan pagar umah dan siap tulis 'STRICLY NO PARKING', ha ha ha, mau kena campak kon tu dengan Mr.R nanti.


Tuesday, May 12, 2009

PANAS PANAS PANAS

Salam.

Kengkawan, macam mana lirik lagu Nakal nyanyian kumpulan Gigi tu, alahai yang si Aril AF7 nyanyi masa hari penyingkiran nya tu. Ada bunyi cenggini kan panas, panas, panas, panas badan ini, pusing pusing pusing, pusing kepala ini. Hah camtu lah sikit lebih kurang ye. Agak2 nya sampai bila musim panas ni akan melanda ye. Memanglah manusia mana pernah berpuas hati kan, hari2 hujan kang, komplen, hari2 panas pun komplen, nak buat macam mana, kalau tak komplen tu bukan manusia lah nama nya kan kan kan. Ya Allah, Ya Tuhan ku, kalau lah boleh cuaca ni dari pagi ke tengahari panas2 manja jer, after lunch tu redup jer dan tengah malam nanti kalau nak hujan, ok jer, turun selebat2nya pun tak pe kan.

Kat umah tu bila hujung minggu lagi parah, asal masuk bilik je, si kecik nak on aircond, sib baik hari lain kat umah nenek, skrg ni kalau bukak paling minimum pun tak rasa sejuk kan, campur tolak, kali, darab, bahagi semua, nak propa dengan Mr.R suh dia pasang aircond baru, letak yang 2 horse power (betul ke ayat yang akak guna ni) bagi lagi sejuk (Mr.R sila baca entri ni dan kita bawak berbincang malam nanti ye).

Akak yang hari2 kena keluar tengahari amik anak balik school ni lagi tak tahan woooo, cermin tinted pun macam tak ada effect jer, panasssssssss wei. Ni pun nak kena propa gi beli moisturizer uv protection yang bagussssss punya, yang murah2 punya tak boleh, harus tembus ke kulit gak, kena cari yang branded biar tak boleh tembus ke kulit akak yang gebu ni. Pembaca di luar sana jangan pening kepala untuk memahami entri akak kali ni ye. Entri ni hanya untuk tatapan Mr.R semata2, nak bagi tahu apa keperluan akak buat masa ni. Hi hi.


VERY THE MAK NENEK

Salam.

Ni citer petang semalam tau kengkawan. Semalam boss besar tak de kat opis, ada meeting kat luar. Apa lagi, pukul 5 petang sharp jer akak pun meloloskan diri untuk pulang ler, sampai awal kat rumah Opah, nak berborak2 Opah pulak tengah tidur, so dah siap2 amik barang tu terus ke rumah mak akak untuk menjemput si kecik ni pulak.

Masa akak sampai kat pintu pagar tu, akak dah dengar suara mak dari dalam umah tu suruh si kecik ni jangan main air, tapi dia buat donno je tau dan still teruskan aktiviti dia tu. So akak pun gi duduk je kat luar pagar dan skodeng je apa yang dia buat, hi hi hi, dia tak perasan langsung sampai akak bersuara dan snap gambar dia masa tengah menadah air tu.

Kengkawan nampak tak dengan selipar besar nenek yang di sauk nya, selamba jer buat kerja dia, habih semua pokok bunga kat umah nenek dia siram kan tau. Lepas akak suruh dia tukar selipar besar tu, baru lah nak pakai kasut sendiri tapi still nak habihkan menyiram sebab ada 2, 3 pokok lagi yang belum bersiram. Mak nenek betullah dia ni, siap lentok2 kan badan lagi nak menyiram pokok tu, kelakar betul lah si kecik ni. Dalam 3 beradik ni, si kecik ni lah mulutnya yang paling cepat dan pandai bercakap, ada ker masa akak cakap, jangan letak air banyak2 dalam bekas tu, nanti berat nak angkat, dia jawab, ish mama ni, Mimi tahu ah, letak shikit2 ah, dah habish syiram nanti Mimi amik lagi, syiram habish, amik lagi. Yolah, yolah, malas akak nak komen bebanyak, balik2 kang kena batang hidung akak balik, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan kan kan.

HAPPY

Salam.

Selamat pagi kengkawan. Ni ada sebahagian lagi gambar2 untuk hari Ahad lepas, yang paling sweet untuk akak sebab anak2 buat kad dan tulis sendiri untuk akak, siap beli barang2 comey dari kedai buku lagi tau. Tak payah hadiah yang mahal2 tu, ingatan pun dah cukup kan. Yang paling penting berkumpul dan happy2 bersama family tersayang.

Weeda, akak tempek lagi sekali gambar ni ye, hah tengok betul2 tau, memang Sara dengan kakak dia lah, betul, tak tipu ni. TQ so much Mr.R, Sara, Fariz dan Mimi sebab buat mama happy.

Family akak kecil jer kengkawan, adik beradik pun empat orang jer, tapi kemeriahan tu tetap dirasai dengan keriuhan dari suara akak, bila akak dah start golak dan berborak, hmmm dah macam sepoloh orang ada kat situ tau, hi hi. Hari tu pun akak nengok mak akak happy jer dapat makan sama2, potong kek sama2 dan yang penting sekali, mak dapat hadiah ler.

Monday, May 11, 2009

CORAT CORET DI UMAH MAK MERTUA

Salam.

Dah habih round mencari hadiah untuk di bagi pada ibu masing, kita orang pun terus zoom ke umah mak mertua akak dulu. Mr.R tak sabar2 lagi nak jumpa mak dia wei, hi hi, akak dah paham sangat dah so ikut je lah kan. Masa akak sampai kat sana, si menantu mak mertua akak yang rajin melawat mak mertua dia ni hampir saban minggu, tidak lain dan tidak bukan, jeng jeng jeng, si Mummy Damia ni lah dah ada kat sana. Laki dia pulak kena chicken pox semalam, so dia kena kuarantin jauh2 sikit, sian kat dia, wei Mummy Damia, banyak2 bersabar jaga laki tengah sakit ni tau.

Ni sesi Mr.R tengah menunjuk ajar ibu nya cara2 nak menggunakan telepon ni. Dulu kat umah ni ada line telepon, tapi biasalah kat umah mak mertua akak ni semua penghuni nya lelaki2 hensem, so bila dah hensem tu, awek pun ramai, bila awek dah ramai, asik bergayut je lah kerjanya kat tepon tu, bila dah bergayut tu, bil telepon pun dah melambung2 tingginya. So dia orang dah tak gunakan telepon di rumah, masing2 guna henpon je sekarang, manyakk senang. Gambar kat atas tu adalah adik ipar akak yang bongsu sedang melayan karenah si Mimi tu. Mak mertua akak dalam gambar ni nampak cool je kan, cuba dia tengah tak berkenan nengok sesuatu tu, habih, siap korang kena berdas22222222 tembakan dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Akak bagi mak mertua akak accessories box untuk dia meletakkan segala khazanah dia kat atas meja mekap tu kat dalam kotak yang cantik tu, woi Mummy Damia, kotak yang akak bagi semalam tu memang cantik kan kan kan kan .

Yang tengah terkekeh2 ketawa ni lah si mummy Damia, yakni biras akak. Dia ni isteri kepada adik Mr.R yang no 4. Setakat ni dalam list menantu mak mertua akak dia lah paling comeyyy dalam saiz badan nya, tu yang terkekeh2 tak sudah tu, akak kat sebelah dia, pandang dan marah kat dia, hep, biasa dia tu, ketawa je kerjanya tau, gi tolong mak mertua ko kat dapur tu. Dah kena marah dengan akak kan, terus amik paper dan baca sambil memegang kepala nya yang sedang di serang migrain. Kena bebel dengan akak terus senyap baca paper baik2 jer. Ha ha ha.

Yang sebelah atas bergambar dengan Sara tu pulak, si cantik manis Farah, girlfren pada adik bongsu Mr.R. Sporting lah mak ayah zaman sekarang ni, zaman akak dulu2, dah bertunang pun tak boleh bertandang ke rumah bakal mak mertua tau.

Ko dengar sini baik2 ye Mummy Damia, siap sedia lah ko, bila Farah ni ada jodoh dan berkahwin dengan adik ipar ko maka dengan segala hormatnya title menantu yang paling comeyyyy akan jatuh kepada Farah. Masa tu ko jangan sebok2 nak masuk group shibamjelita tau, nanti akan akak pesan kepada Puteri Bongsu supaya keahlian kepada ko di tutup, ha ha ha.

IMEJ BARU KAK LONG

Salam.

Semalam masa sambutan Hari Ibu, bukan hadiah atau kad je yang akak dapat tau kengkawan, akak dapat satu lagi momen indah dalam hidup sebagai seorang ibu iaitu cara2 menerangkan dengan lebih terperinci dengan Sara bagaimana perilaku seorang budak perempuan yang telah menempuhi alam gadis nya. Menitik gak lah airmata ni sebab pejam celik pejam celik, dah ada anak dara dah akak ni. Esok sok pulak kalau panjang umur, pejam celik pejam celik dah nak kahwin lah pulak, ha ha ha, marah Sara kalau dia baca ni nanti tau.

Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu2, mak2 dulu segan2 nak bercerita dengan anak2 dia orang, alah lagi pun dia orang dah belajar macam2 kat sekolah, akak cuma menokok tambah apa yang dia tak tahu je lah.

Semalam masa nak keluar pergi beli hadiah untuk kedua2 orang nenek nya untuk Hari Ibu, akak nengok dia bersiap bagai menggosok tudung. Ehem, ehem, nape Sara gosok tudung tu, ye lah Mama, saya kan dah akil baligh, kena lah tutup aurat sekarang, akak cakap, tak pe lah Sara, awak tu kecik lagi, nanti2 pun boleh, dia jawab balik kau, mana boleh Mama, sekarang dah akil baligh, dosa dan pahala kena tanggung sendiri, dah ada buku sendiri, jadi kenalah tutup aurat ni semua. Alhamdulillah, tak sia2 akak hantar dia pergi sekolah agama ni semua tau, banyak manfaatnya. Bagus budak2 zaman sekarang ni, kesedarannya tu awal2 dah dapat, Mama dia dulu, dah beranak satu baru nak bertudung litup ni, hi hi.


So inilah imej baru Sara. Atuk, nenek dan opah adalah orang yang paling gembira dengan imej baru Sara ni. Tak habih2 kena puji semalam. Suka lah tu kan.

PUJI MEMUJI AMALAN MULIA

Salam.

Selamat sejahtera di pagi Isnin ni kengkawan. Mood korang ada baik ka ? Jangan lah ada yang tak baik ye, mari kita bermood baik bersama2. Macam mana kengkawan punya sambutan hari Ibu semalam, best ke tak ? Akak macam biasa ler, happening memanjang nya, hi hi, nanti lepas lunch akak tempek gambar ye, pagi ni kita citer lain dulu ye.

Korang suka puji orang tak ? Janganlah asyik nak mengutuk dan mengeji je wei, sesekali memuji atau selalu tu lagi bagus. Hasil kajian dan pemerhatian akak lah kan, puji pujian ni macam satu terapi untuk diri sendiri dan orang lain tau. Ye betul, kata lah hari ni ada orang puji korang kan, mesti korang rasa best je kan, dan bila korang puji orang tu, mesti yang terima pujian tu suka giler kan. Kengkawan janganlah baru je puji orang tu, bila orang tu berlalu je dan dan kengkawan kutuk pulak, jangan lah macam tu ye, not good.

Tak ada salahnya bila kengkawan nampak ada kawan lain yang pakai baju baru ke, kasut baru ke, hand bag baru, lipstik baru, apa lagi ye, hah kereta baru, beli rumah baru dan sebagainya yang baru, pergilah ringan2 kan mulut tu menegur dan cakap macam ni hah, wah pakai tudung baru ye, cantik lah warna ni, sesuai dengan kulit you lah. Tak pun kalau ada yang pakai kasut baru tu, kengkawan buat lah cam ni pulak, phewitttt, ada orang pakai kasut baru, cantik lah. Wei, ni bukan membodek tau, ini memuji supaya bila ada kengkawan lain yang pakai serba baru tu, tegur2 lah sikit, tidak nanti penat je dia orang beli dan pakai yang baru tapi korang buat donno jer tau. Serius ni, akak kan kalau ada kengkawan yang memuji tu kan, rasa cam best jer, hah ada gak orang perasan akak pakai baju baru, at least ada yang menegur, sekali pun cukup wei bukan nak suruh kengkawan puji dari pagi sampai ke petang, itu lakonan je nama nya tu, hi hi.

Alah, kalau kengkawan jenis yang berat mulut nak memuji tu, puji dalam hati jer, akak tak boleh cakap banyak lah, akak bagi idea jer kat korang, rasa nak puji orang tu puji lah, rasa cam tak nak tu tak payah lah ye. Suka hati korang lah, tak kena belasah pun kalau tak puji orang kan.

Saturday, May 9, 2009

ALAHAI, SUSAH2 JER MR.R NI, HI HI HI

Salam.

Korang nampak tak apa yang akak tengah tayangkan kat korang ni, wei kengkawan nampak takkkkkkkkkk ? Ha ha ha, mari menjealous, barang sesiapa yang tidak menjealous maka dengan ini akak mengisytiharkan bahawasa nya kengkawan ada kecelaruan fikiran iaitu salah satu penyakit hormon kerana tiada perasaan cemburu yang timbul. Wa ka ka, ha ha ha, hu ha hu ha, sebenarnya akak alergik bila nampak benda2 free macam ni.

Psttt, meh ler sini akak nak citer, ni hah, Mr.R baru balik dari tournament bowling kilang tempat dia bekerja tu. Saban tahun mesti Mr.R nak masuk bermacam2 tournament dan yang terbaru ni, hari ni lah, berlangsung di Mines. Selalu jugak lah menang dari kalahnya tu. Yey, yey, Mr.R dapat tempat pertama wei, tempat pertama, johan untuk kategori berkumpulan dan yang paling best sebab dia yang paling banyak menyumbangkan untuk jatuhan pin dalam kumpulan seramai 3 orang tu, makanya hadiah untuk Mr. R spesel sikit dari kengkawan dia tu.

Korang nampak tak tu berapa helai voucher Jusco tu, akak tak boleh nak bagitahu sebab akak risau dan takuttttttttttttt sangat ada yang nak menumpang akak shopping ke Jusco nanti. Ha ha ha, riak nak mampossssss ko Shibam. Gambar dapat hamper makanan besar tak yah tunjuk lah ye sebab tu korang dah biasa nengok kan kan kan kan. Selalunya bila Mr.R menang kita orang akan kongsi hadiah bersama2, tapi kebetulan tahun ni dia berlangsung kebetulan pada sambutan Hari Ibu, so secara automatiknya voucher2 lumayan tu menjadi hak mutlak akak. Tq Mr.R, muah muah muah. Minggu depan, Mr.R ada tournament antara kilang2 seluruh Bandar Baru Bangi pulak, hrmmmm, ada chance menang lagi tak agak2 nya?

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU, MAMA, MAK, MUMMY, UMMI, AMMA, MUM, MOTHER.......

Salam.


Kepada kengkawan di luar sana tak kira lah yang di panggil ibu, mama, mummy, ummi dan sebagainya, yang penting nya semua panggilan dan gelaran tu adalah untuk seorang ibu.
Tq so much kepada adik blogger bernama Ina's yang akak kenali melalui blognya kudip.blogspot.com kerana bagi ni kat akak ye.

Pada kengkawan di luar sana marilah kita bersama2 meraikan nya. Untuk Sue Sue, Fadz, Farah, Lija, Ima, Mummy Damia, Puteri Bongsu, Amizah, Khas Lysha, Dee, Manal dan semua pembaca yang bergelar ibu ye.

Pesanan penaja dari akak : biar segila2 mana pun perangai kita, biar sporting macam mana pun kita ni, hu ha sana hu ha sini, tergelak sana, tergelak sini, karaoke sana, karaoke sini, tengok wayang sana, tengok wayang sini, merendek sana, merendek sini, tanggungjawab kepada suami dan anak2 jangan sesekali di lupakan atau di abaikan. (Ni sebenarnya pesanan untuk diri akak sendiri lah wei, hi hi). Atau yang paling senang untuk di ingati ialah, GILO GILO GAK, CAKAP LAKI KONO DONGAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ERH, KEMBANG TEKAK

Salam.

Lunch tadi kengkawan pergi mana ? Yang lelaki gi solat Jumaat kan, bagus bagus bagus, yang pompuan gi jenjalan kan, bagus bagus bagus. Mak budak cam akak ni gi jemput anak balik dari sekolah, bagus bagus bagus. Ha ha ha, semuanya bagus bagus bagus kan. Alahai, nak citer kat korang ni, akak suka makan kuih lompat tikam tau, korang tahu tak apa tu lompat tikam, alah kuih yang dalam bekas bulat tu, yang lapisan bawah dia warna hijau, lapisan atas tu warna putih dan atas sekali dia orang letak pulut yang berwarna merah, di makan bersama2 dengan air gula yang berwarna coklat kehitam hitaman tu. Dah explain detail macam ni pun kalau tak tahu jugak, kengkawan abaikan jer lah, baca je citer yang akak ngomel kan ni.

Akak punya perangai kan, bila lalu jer depan umah orang, akak akan nengok persekitaran luar rumah dia, kalau kemas dan teratur, kompem orang nya memang kemas dan teratur, kalau kat luar rumah dia tu macam tongkang pecah, harus di percayai jugak yang dalamnya pun macam tongkang pecah, tu belum bab dapur dan bilik air dia lagi, ish mesti berlumut bagai. Korang tak percaya ? Hah gi buat survey nanti ye, belajar2 jadi busybody cam akak ni. So ada satu rumah corner lot ni kalau akak lalu masa on the way nak ambil atau hantar anak pergi sekolah, perghhh dari depan sampai ke dapur mesti macam peperangan tengah berlaku, tunggang terbalik wei. Akak selalu cakap dalam hati, orang kat rumah ni mesti orang berniaga ni, ish kalau lah akak tahu dia meniaga apa, tak akan akak beli, sebabnya mesti cara dia buat tu tak bersih, ye lah dah rumah cam tongkang pecah mesti kat dapur tu, woiii lagi tak dapat di bayangkan.

So rutin seperti biasa, singgah kat tepi gerai tu dan nak beli kuih lompat tikam tu untuk makan lepas ambil Sara dari sekolah nanti, rupa2nya, kuih tu belum sampai lagi dan budak yang jual tu cakap selalunya masa ni dah ada, mungkin orang yang buat tu terlambat sikit, akak pun nak berpatah balik kat kereta lah, sekali berselisih dengan van putih ni dan berhenti kat tepi gerai tu, ish cam kenal je van dan orang yang hantar tu, hahhhhhhhhhhh, kompem, orang umah hujung yang selalu akak cakap kalau lah dia meniaga, kompem akak tak kan makan kuih jualan dia. Selama ni yang akak selalu puji sedap nya, lembut nya, di perbuat oleh orang dari rumah itu, tolong tolong, kenapa ini berlaku, adakah ini semuanya hanya mimpi. Ha ha ha, dialog cam apa tah kan. Apasal bila dah tahu orang tu yang buat rasa cam nak termuntah, padahal sebelum ni elok je akak telan kuih tu.

Memang lah kan, kalau yang kita tak nampak tu rasa cam ok jer, bila dah tahu, rasa cam nak muntahkan balik semula je. Ha ha ha, tu lah Shibam, selalu ko jer propa, ni orang yang jual kuih tu pun pandai propa gak tau.

YANG, YOU NAK HADIAH APA ?

Salam.

Selamat Hari Jumaat semua. Hujung minggu ni adalah hari yang akan meraikan ibu2 seluruh dunia, Selamat Hari Ibu buat kengkawan yang telah pun bergelar ibu, buat yang belum tu, usaha lagi dan ucapan dari akak Selamat Hari Bakal Ibu buat korang ye.

Last night, Mr.R tanya kat akak, Yang, you nak hadiah apa untuk mother's day this year, korang jangan pelik sebab Mr.R bertanya tau, sebabnya dia dah masak dengan perangai akak ni, kalau nak belikan sesuatu adalah lebih baik bertanya dari bagi surprise or pilihan dia sendiri sebab dulu2 lah, dulu2 masa awal perkahwinan kami, Mr.R belikan hadiah jam tangan untuk akak, serius wei, akak tak berkenan dengan jam tu, yo lah, akak kan cerewet, pas tu tak pandai pulak tu nak bermuka2 buat suka dan happy sedangkan bila bukak dan tengok hadiah tu, alamak, tak berapa best sebab bukan taste akak. Bila dah jadi macam tu, Mr.R nengok ekspresi muka akak pun macam tak happening je dapat hadiah tu, so dia dah boleh agak yang akak tak berkenan, so kami pun pergilah bersama2 tukar dengan pilihan akak sendiri. Harga jam tu mahal, so kalau akak tak berkenan akak tak akan pakai, daripada tak pakai lebih baik pergi tukar dengan pilihan akak sendiri dan jam tu pun sampai sekarang masih elok lagi tau. Daripada buat2 muka suka dapat hadiah tapi akak tak gunakan lagi tak bagus kan, so lebih baik dapat hadiah yang kita suka.

So, akak cakap dengan dia, ermmmmm, saya nak cincin berlian mata besar satu boleh ? (yang sebenaunya akak nak test jer pun), oh cincin yang you tengok kat kedai Pak Bib hari tu ye, kalau yang tu kena tunggu bonus hujung tahun lah, pikir hadiah lain dulu, ha ha ha, boleh siap berbincang dan negotiate lagi ko. Akak jawab macam ni ye kengkawan : Yang, dah 13 tahun kita kahwin, dah macam2 hadiah saya dapat dari you setiap tahun, baik untuk hari Ibu, hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi akak, so tahun ni saya tak nak apa2 hadiah. Dia tak percaya, siap gelak lagi masa ni. Mana pernah you kalau saya offer hadiah you tak nak ? Serious Yang, this year saya tak nak apa2 hadiah, saya cuma nak you terus jadi suami yang bertanggungjawab kepada keluarga, cari duit banyak2 dan menjadi lebih soleh. AMIN.

This year memang akak tak harap kan hadiah2 apa2 pun untuk Hari Ibu, dapat suami yang baik dan bertanggungjawab, dapat anak2 yang comel, sihat dan mendengar kata adalah hadiah yang tidak ternilai harganya untuk seorang ibu seperti akak.

Sekali lagi kengkawan, SELAMAT HARI IBU dan semoga kita akan jadi ibu yang menjadi idola kepada keluarga.