Salam.
Seperti kengkawan sedia maklom, sekarang ni kan akak tengah sorang2 kat opis ni, moh layan akak ye, jangan bohsan ok, ceria selalu, serius ni, akak dok sorang2 kat opis pon, ceria jer rasanya, bukak radio kuat2, layan lagu, nyanyi2 sekali, waduhhhhhhh, nape tak ada function selalu yer, gi lah korang semua ke function tu, biar akak duk sorang2 kat opis, syiokkkkkkk banget.
Ok, ni nak citer lah ni, akak ni kan ada pelbagai2 perangai atau personaliti kan, ha ha ha, dengan pot pet pot pet nya, dengan garang dan ganas nya, dengan kuat makan nya, dengan disiplin ketat nya, ada banyak woooooo, dan satu lagi ni yang paling di takoti oleh Mr.R, dalam banyak2 pe'el akak ni, yang satu ni dia paling takuttttttttttttttttttttt. Nak tahu tak, ok ok, akak citer ye, Mr.R takut bila akak dah berkenan kat sesuatu benda wei, tak kira lah, beg ke, kasut ke, tudung ke, baju ke, kalau dah berkenan nanti, akak tak boleh tidur malam wei, bila tak cukup tidur nanti bawah mata tu lebammmmmmmmm, bila lebammmmmmm kan dah tak cantik nama nya, tak cukup dengan tak boleh tidur, mulut akak pon asik ngomel, aduhhhh cantik lah itu, cantik lah ini, nyesal hari tu tak beli, ha ha ha, bernanah telinga Mr.R di buat nya tau.
Lagi satu pe'el buruk akak, jangan lah di bawak2 akak ke kedai Pak Bib ke, Uncle Chan ke, Budak Tomei ke, aduhhhhh, mampossssss kalau ada yang akak berkenan, mula lah buat budget, nak dapat kan jugak. Serius wei, kalau lalu je depan2 kedai tu, baik jangan masok, kalau akak masok, abih, mesti resah gelisah jadi nya nanti. Penyakit ni memang parah wei, banyak kali dah ajar diri sendiri jangan jadi macam tu, tapi still susah nak di ubati lah.
Hah ni satu lagi, penyakit ni baru2 ni menyerang akak, ni semua gara gosip panas bulan sudah lah ni, asik2 nengok muka minah ni masuk tv, masuk suratkhabar kan, tup tup akak dah berkenan pulak dengan spek mata minah ni. Ha ha ha, giler suker dengan spek yang dia pakai tu, pastu mula lah berangan2 nak carik jugak spek besar macam ni. Akak memang dah ada spek hitam tapi tak sebesar yang minah ni pakai lah. Nak di jadi kan citer, masa meronda2 dengan kak long kat Mid Valley minggu sudah kan, ter lalu lah pulak kat kedai spek, dah ter lalu tu, ter masuk kan diri jugak ke dalam kedai tu, bila dah ter masuk ke kedai tu, ter tarik kerusi dan ter duduk kat situ, ha ha ha, nape ter duduk, sebab ter nampak spek yang di idam2 kan di depan mata, aduhhhhhhhh, lawa lah spek ni.
Belek punya belek, telek punya telek, try punya try, akak rembatttttt jer, ha ha ha. Kali ni gesek kad yang Mr.R bagi hari tu lah, spek cenggini mana ada murah, dah shopping kasut hari tu mana ada balance2 duit lagi dalam purse tu. Haiyoooooooh, spek cenggini kan tak de power, akak kan rabun yang hamattttt, so nak suruh kedai tu buat kan nanti satu hal pulak nak datang mengambik nya, so hantar kat kedai di area umah akak jer lah. Hoiyeeeeeeeeeh, semalam dah siap dan Mr.R yang gi tolong amik kan untuk akak. Gantikan dengan yang power punya, kena caj RM80 hengget jer, ok lah tu, yang 80 hengget ni akak bayar sendiri ye, ha ha ha, nak jugak bagi tahu kan.

Hahhhhhhhhhhhh, amik ko, puas nya hati, dah dapat spek besau macam minah kat sebelah ni, akak tempek kan jugak gambar minah ni supaya korang tak payah susah2 nak bayang kan rupe spek yang akak berkenan ni. Lawa kan spek besau minah sebelah kanan ni, nengok sekali je, hati akak terus terpaut, ha ha ha, para pembaca yang di kasihi sekalian, kalau ada yang nak uwek uwek nengok gambar sebelah kiri tu, sila kan ye, sila kan, yang penting orang yang sebelah kiri tu dah dapat spek pojaannnnnnnn hati nya, korang yang uwek uwek tu tak de kan kan kan kan. Ha ha ha, giler riak wei.
Dah dah dah sudah sudah tu termuntah2, gi toilet, basuh muka dan kumur2 ye, pastu minum air suam segelas, ha ha ha. Akak nak baca paper jap. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.