Friday, July 31, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

Salam.

Selamat pagi yang ceria kengkawan. Makan apa breakfast tadi? Masih ramai yang sedang mengganti puasa ke? Kalau ada, selamat berpuasa ye. Sekejap je dah nak masuk bulan Ogos esok kan, nanti kejap je dah hujung tahun, jangkamasa setahun sekarang ni dah macam cepat sangat habihnya.

Pagi ni akak nak merapu pasal pelanduk dua serupa, korang biasa tak dengar orang bagitahu yang muka korang ada sama macam orang ni lah, orang tu lah, mesti ada kan kan kan kan. Semalam kan masa pergi lunch dengan si Anne kat restoran favourite akak tu, akak cashier yang memang baik dan ngam dengan akak tu sebok nau bertanya akak ada tak adik beradik dengan orang ni ke, sepupu sepapat dengan orang ni ke, sebabnya dia ada kenal sorang ni yang mukanya saling tak tumpah macam akak.

Punyalah poyo akak bertanya kat akak tu, kak, budak tu lawa ke saya lagi lawa, ha ha ha, jawapan akak tu, sama je lawanya dan yang tak boleh blah bila akak tanya, kak, budak tu gemuk dari saya ek, jawapannya, tak lah, sama je gemok korang dua orang ni, ha ha ha, ingatkan adalah chance nak dengar akak kecik sikit ke, comel sikit ke, tapi hampa lah wei, samo gomok eh.

Paling paling tak boleh blah, akak tu siap amik gambar nak tunjuk kat budak tu, dan lepas ni bila akak pergi makan lagi kat situ dia nak tunjuk pulak gambar budak yang dia kata sebijik sepesen macam akak ni. Macam ni pun ada ke? Takpe, kita tunggu ye, nanti nengok hasilnya, betul ke tidak sama sebijik macam akak ni. Tapi dalam hati akak ni berat mengatakan yang akak lebih gebu dan jelita dari budak tu kot, ha ha ha.

Betul ke setiap individu tu ada 7 orang yang lebih kurang sama rupa dengan nya kat dunia ni?

Thursday, July 30, 2009

UPDATE SIKIT

Salam.

Hallo kengkawan, baru ada masa nak merapu ni. Almaklumlah dah banyak hari tak masuk opis kan, ada lah sampah sarap yang nak dibersihkan. Korang nak tahu tak pasal exam akak semalam? Nak tak nak akak nak bagitahu jugak, hi hi. Paper tu ada 30 soalan, semuanya objektif tapi memang best giler lah semalam, akak menembak pakai machine gun, kalau soalan pengetahuan am tu bolehlah nak menggoreng bagai, ni soalan fakta, makanya jawapan adalah fakta bukan auta. Tu lah, orang rajin cam akak ni, dah di bagi nota, sombong berlagak tak nak membaca, bila dah tengok soalan baru biji mata terkebil2 nak memikir jawapan.

Bila dah sudah tu baru terhegeh hegeh nak bukak nota, baru nak check betul ke tak, untuk kengkawan yang akan menduduki exam ni lepas ni sila jangan ikut akak ok, pastikan nota2 yang dibagi tu korang hapal satu persatu, baru boleh jawab dengan cemerlang.

Ok, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang boleh buat jiwa kacau, not good. Bulan 11 ni ada satu lagi exam perkhidmatan, so dari sekarang akak dah mula study, sila percaya ok. Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, July 29, 2009

EXAM? JAWAB JER............

Salam.

Hoiyeeehhh, finally hari ni adalah hari terakhir untuk kursus induksi umum. Yey, yey, habis gak kebosanan yang melanda dari minggu lepas. Besok boleh lah start merapu dalam blog kecoh ni seperti biasa. Bila berkursus ni, nak merapu dalam blog pun tak menyempat, rancangan tergendala sebentar.

Oh ye, lagi 2 hari je boss besar dan pegawai kanan akan berkhidmat di opis ni. Mulai minggu depan, insyaallah dah boleh tahu sape boss besar yang baru. Harap2 lebih kebabommmmm dari yang lepas2 ni. Kalau dapat yang tak best harus akak bommmmm kan terus, ha ha ha, sesuka hati akak je nak bommmm kan orang.

Pukul 2.30 petang jap lagi akak dan kengkawan lain ada exam. Semuanya 30 soalan objektif, akak tak ada buat persediaan langsung, nota2 ni langsung tak nengok sebab akak confident akak boleh jawab dengan mudah sebentar lagi. Kalau rasa tak boleh jawab adalah tak logik sebab akak ni memang bijak orangnya, mesti boleh jawab jugak. Ha ha ha, perasan bijak adalah satu perasaan yang bagus ok. Rasanya jugak, akak akan mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya, ada peserta kursus yang akan dapat jawab kesemua soalan dengan betul, tak lain tak bukan, orang itu adalah akak shibam ok. La la la la la la.

Tuesday, July 28, 2009

LETIH DAN LESU

Salam.

Korang dah lunch? Korang mam mam apa? Hari ni akak lunch lauk ayam masak lomak cili api. Macam biasa keadaan adalah bosan ketika kursus. Penceramah pagi ni lagilah, dia tanya dia sendiri jawab, ha ha ha, tidak mendapat sambutan langsung, yang penting esok adalah last day dan ada exam. Paling tak suka tang exam ni lah, tak suke tak suke tak suke. Shibam suke time merapu je.

Kengkawan, minggu ni kitaorang kat opis ni ada perkataan baru untuk digunakan, perkataan nya adalah letih dan lesu. Ha ha ha, mana datang perkataan ni wei, adalahhhh, ni nak bagitahu kat korang, lepas ni kalau ada sesiapa yang nak ambil cuti sakit tu, sila bagitahu kat doktor korang ada simptom letih dan lesu tau, dijamin, sijil cuti sakit akan dikeluarkan untuk korang.

Ok lah, nak merapu pasal ni je, akak dah rasa letih dan lesu ni so nak blah. Daaaaa

Monday, July 27, 2009

REMOTE OH REMOTE

Salam.

Kengkawan, hari ni hari Isnin, hari ni ada lagi kursus induksi yang perlu dihadiri. Alahaiiiiiiiii lambat rasanya masa ni berlalu, hari Rabu baru nak habih. Ok, kita tinggalkan citer kursus yang membosankan ni ye, moh kita citer lain pulak.

So, cuti 2 hari tu korang buat apa? Ada pergi mana2 ke? Gi shopping ek, bestnyeee, akak pun ada aktiviti jugak untuk 2 hari tu, aktiviti lepak sesaja, punyalah malas nak keluar rumah, Mr.R dengan anak2 je yang keluar berjalan2, akak lepak lepak lepak dan lepak. Mood adalah untuk lepak sesaja.

Nak citer kat korang pasal peel budak kecik kat umah tu, 2, 3 minggu lepas punya kejadian lah ni, angah punya perangai kalau masa tengok tv dia suka tukar channel ikut sukahati dia, yang si kecik pulak akan marah bila angah tukar channel yang dia tengah tengok, dipendekkan citer, si kecik telah mengambil remote astro tu untuk memastikan channel yang dia tengah tengok tidak akan ditukar oleh angah. Masa dia amik remote tu akak nampak lah, dan akak biarkan je sebab nanti mesti dia tahu nak letak balik kat tepi tv tu. Keesokan harinya tu, bila kitaorang nak tengok tv, remote tu tak de di tempat asal dia. Puas bertanya pada si kecik, jawapan dia, tak tahu sambil angkat bahu.

Sah, ni mesti kes dia lupa mana dia letak kan remote tu, ye lah, budak 3 tahun apa yang dia ingat kan. So satu isi rumah di selongkar untuk mencari remote astro bertuah tu. Hampaaaaaaaaaaa, memang tak jumpa, so nak tak nak kena beli baru sebab adalah rasa macam bangang tengok tv tanpa remote kan. Yang nak menjadikan entry akak ni panjang, set astro akak tu pulak set zaman tok kaduk, so remote nya memang susah nak cari, pergi sini, pergi sana, tak ada stok lah, itu lah, ini lah, paling senang pergi je kat authorised dealer astro tu tapi harga dia adalah mahal nak mampos.

Macam citer hindustan tahu tak? Nak beli remote baru tu punyalah banyak pancarobanya, adalah dalam lapan poloh lapan kali Mr.R pergi balik pergi balik ke kedai sebab banyak nau masalahnya, sampailah lepas dah dekat 2 minggu baru ada stok dan sesuai untuk digunakan kat set astro zaman tok kaduk akak tu. Lega nak mampos rasanya sebab dah ada remote, tapi selalunya memang macam ni lah kan, kalau dah dapat tu mesti yang lama tu timbul balik kan kan kan kan.

Korang nak tahu mana akak jumpa remote lama tu? Tengah duk bosan sengsorang kat umah tu, akak pun berkemas kemas lah kat bilik bawah tu, kat situ memang tempat segala mak nenek mainan si kecik tu di parking kan, dalam akak dok mengemas basikal dan kereta mainan dia, akak pun belek lah, rupa rupanya si kecik tu letak remote tu kat carrier yang kat belakang basikal dia, ha ha ha, punyalah satu rumah diselongkar, tak teringat pun nak selongkar mainan dia tu.

Lepas dia orang dah balik petang tu, akak tunjuk lah basikal dan remote tu kat semua, apa lagi semua bantai gelak je lah. Sabau je lah dengan budak kecik ni.

Saturday, July 25, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.........

Salam.

Hari ini dalam sejarah, pada tarikh 25 Julai 1996, 13 tahun yang lampau, iaitu selepas Isyak akak telah selamat diijabkabul kan dengan Mr.R. So, hari ini 25 Julai 2009 adalah hari ulang tahun pernikahan kami yang ke 13. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah merahmati pernikahan kami dengan memberi rezeki untuk kehidupan yang selesa dan mengurniakan 3 orang cahaya mata buat masa ini dan insyaallah kalau tak ada aral melintang, tahun hadapan akan bertambah seorang lagi.

Harapan akak pada tahun tahun yang mendatang, keluarga akak akan terus menikmati kesejahteraan dan kebahagiaan selamanya. Amin.

Untuk akak sendiri, tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada mendapat suami yang soleh dan bertanggungjawab. Untuk Mr.R pulak, terima kasih kerana menerima shibam seadanya. Daaaaaaaaaaaaaa

Thursday, July 23, 2009

NAK CUKUP KAN KUOTA BOLEH?

Salam.

Kengkawan, minggu ni dan minggu depan, makan free sesaja lah, tengah break ni so boleh update jap. Hari ni topik ceramah yang disampaikan adalah mengenai pelantikan, kenaikan pangkat, cuti dan jenis2nya dan sebagainya lah. So tak adalah bosan sangat sebab semua fakta yang berguna yang disampaikan so harus pasang telinga betul2 lah.

Salah satu topik yang menarik perhatian adalah mengenai cuti bersalin, kalau kita bekerja di sektor badan berkanun ni, cuti bersalin yang diberi gaji penuh adalah hingga ke lima kelahiran yakni 5 kali cuti bersalin lah. Yang bestnya tu kan, sebelum ni akak dari sektor swasta, akak baru je join badan berkanun ni kan, akak masih boleh menggunakan cuti bersalin bergaji penuh tu sebanyak 5 kali jugak, walaupun akak dah mempunyai 3 orang anak sebelum ini, ia tidak akan dikira. Paham tak ni? So bila akak bersalin tahun hadapan, ia adalah kelahiran akak yang pertama di sektor badan berkanun ni lah, makanya akak boleh menggunakan kuota tu lagi sebanyak 4 kali, ha ha ha, Anne bengang giler bila akak keluar statement nak keluarkan lagi 4 orang lepas ni.

Ha ha ha, semata mata nak penuhkan kuota tu akak nak kasik keluar lagi banyak2, rilek lah Anne, ni semua perancangan ok, tak semestinya betul. Pastu kan kengkawan, ada seorang kakak ni lagi lah wei, anak sulung dia dah berumur 21 tahun dan akak tu pun dah berumur 42 tahun dan sekarang sedang mengandung 5 bulan anak yang keempat. Akak nengok dia rilek je walaupun mungkin pada segelintir orang lain, umur 42 tahun tu dah terlewat sangat nak buat baby baru. Takpe lah, itukan semuanya rezeki, terima je lah ye.

Anne, so akak bolehlah penuhkan kuota lagi 4 tu sebelum umur 42 tahun kan kan kan kan. To, Mr.R sila bawa banyak2 bersabar dan redho dengan entry bini you ni. Hi hi

DAPAT GAJI BUAT APA?

Salam.

Hari ini hari Khamis, hari ini 23hb Julai 2009, hari ini kami yang bekerja di sektor yang sama waktu dengannya dapat gaji. Hari ni dapat gaji, jangan lupa bayar duit pantry ye kengkawan opis akak sekalian, ha ha ha, suh bayar duit pantry pun nak masuk dalam blog? Suke suke suke hati akak lerrrrrrrr.

Korang, korang, korang bila dapat gaji ni, apa perkara pertama yang korang buat? Nak share tak? Jangan memalu ye, jom kongsi citer dengan akak apa perkara pertama yang korang buat bila dapat gaji. Pergi simpan dalam ASB ke, bayar duit kutu ke, bayar utang kawan ke, bayar kredit kad ke, apa2 je lah ye, nak bagitahu boleh, tak nak bagitahu pun boleh, boleh blahhhh, ha ha ha.

Akak buat apa dengan duit gaji bulan ni? Nak tahu? Alah tak yah lah, hah, nak tahu jugak ke, ok lah akak bagi tahu ye, akak tak buat apa pun, akak buat bodoh je, caya tak ni? Tak caya sudah!!!!!!!!!!! Daaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI HARI 1

Salam.

Hoiyehhhh, baru habis 1/2 hari kursus di hari pertama. Sila berpikiran positif shibam, sila sematkan dalam minda yang kursus selepas ini lebih best dan mengancam. Tak pasal2 akak kena jadi Penghulu untuk peserta perempuan pulak. Punyalah duduk diam ontok ontok pun nama naik jugak. Akak kalau dapat sape yang bagi nama akak ni memang kena ganyang jap lagi. Semuanya ada 84 orang peserta, perempuan dalam 40 orang macam tu lah, nama akak jugak yang dibaginya, kuang asam betul sape yang bagi ni. Tak bagi chance langsung akak nak beristirehat sambil berkursus. Tak suke, tak suke, tak suke ok.

Pagi tadi punya aktiviti ok lah, aktiviti berkumpulan, kumpulan akak ada 11 orang, tapi ada 3 orang yang sangap yakni bila ko tanya dia macam tak ada mulut nak jawab, bila ko mintak pendapat, dia macam tak ada suara yang nak keluar, kalau dia bercakap nanti boleh jadi sawan ataupun penyakit yang sewaktu dengannya. Nasib baik lah akak penyabar jap tadi, kalau ikutkan kepala hotak akak ni memang kena dush dush budak mangkuk hayun 3 orang ni. Tak ada kerjasama langsung, dah lah tu, muka macam tak bersalah je. 8 orang yang lain ni macam dah berputus asa dan biarkan je lah. Lantak situ. Harap2 lepas ni tak dapat lagi satu group dengan dia orang ni. Giler sangapppp.

Pembaca blog kecoh ni, kalau korang kena buat aktiviti berkumpulan macam ni, sila bagi kerjasama tau tak, jangan buat muka tak campur orang, jangan nak jadi macam bagus, jangan buat bengap, nanti orang tak suka ok. Bukan susah pun, ikut je cakap penceramah tu, settle lah semuanya.

Dah sesudah tu shibam, gi solat dan bersedia untuk berkursus semula. Daaaaa

Tuesday, July 21, 2009

KURSUS INDUKSI UMUM 22 - 29 JULAI 2009

Salam.

Sayang2 akak semua dah mam mam? Korang makan apa tadi? Sejuk2 ni pekena tomyam atau sup mesti sedapkan. Hrmmm, kengkawan, esok kan, alahaiiiiii esok kan sampai 29 Julai 2009 akak kena gi kursus lagi lah. Macam ni rupanya korje kat sektor badan berkanun ni ye, punyelah banyak prosedur nak kena tempoh sebelum di sahkan jawatan. Dulu masa kerja dengan sektor swasta, probation period 6 months jer, kalau performance bagus tak sampai 3 bulan dah boleh confirmed. Siap ada kenaikan gaji lagi tau, kat sektor badan berkanun ni punyalah payah nak mendapatkan pencen bulanan tu kengkawan oi.

Tapi kalau nak di ikutkan secara logiknya, kakitangan sektor awam lebih berkualiti sepatutnya, ye lah, kena macam2 prosedur baru boleh sah jawatan, bukan boleh suka2 datang kerja, lagi 2 atau 3 bulan sah jawatan. Pelik lah bila ada rungutan dari orang ramai pasal penjawat awam ni, entahlah susah nak bagi komen. Habis kursus induksi ni nanti ada satu lagi kursus untuk dihadiri jugak. Tapi yang ni tak tahu bila lah pulak, tunggu dapat surat dari pihak yang berkenaan. Dah sudah kursus kenegaraan, ada kursus induksi umum dan khusus pulak, pastu ada exam perkhidmatan pulak, dah lulus semua ni barulah boleh sah jawatan. Gedebak gedebuk dah berapa pulak umur akak shibam ni masa tu kan.

Pada pembaca di luar sana, adalah amat baik jika korang memulakan karier dalam sektor awam atau badan berkanun ni lebih awal sebab banyak manfaatnya. Dah tua2 bangka macam akak ni baru nak join, jawapannya pencen tu memang tak dapat full lah nanti. Apa pun bersyukur dengan rezeki yang telah diberi oleh Allah s.w.t ye.

Akak sedang mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk berkursus sampai minggu depan. Go shibam, go shibam, you can do it bebbeh!!!!!!!!

ADIK OKEY, ANGAH YANG OVER

Salam.

Holla semua. Selamat pagi yang ceria ye. Pagi ni nak citer pasal apa ek, hah kita citer pasal pembawakan budak nak tak? Habih lah mulai sekarang korang semua muntah belalak sebab akak shibam asik citer pasal pembawakan budak je, rilek ah kengkawan, korang ingat senang nak update blog setiap hari, dahlah bukan semuanya boleh di kongsi kat dalam blog ni, kadang2 tu 10% pun tak sampai tahu tak, giler korang nak akak citer semua hal mak nenek yang berlaku dalam famili akak, mahu kena banned terus blog ni dek Mr.R nanti.

Pregnancy kali ke 4 ni macam akak dah bagitahu sebelum2 ni lah, buat masa ini akak tak ada mabuk, loya, pening dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah akak sihat walafiat cuma kali ni dia selalu menyebabkan akak mudah mengantuk. Malam macam biasa lepas Isyak je, tepat jam 9 malam, akak dah masuk beradu dah. Nasib baik jugak segala mak nenek tournament game untuk Mr.R dah habih, kalau tak tension jugak.

Normally, kalau seorang ibu tu pregnant anak yang paling bongsu sekali akan mengada2 dan selalu buat hal kan, yang bongsu lah paling suka merajuk, sentap dan sebagainya. Tapi kan, semenjak akak pregnant ni, yang bongsu terror yang amat, tak pernah nak mintak perhatian lebih2, buat hal sendiri dan enjoyyyyyyyyy, yang no 2 plak yang lebih2 sentap, aiiiiiiiiii macam2 lah. Angah ni kan, sekarang ni, kalau suruh sikit cepatnya nak sentap, kalau akak tegur sikit, cepat je nak merajuk, nak moncong, tak bagi sesuatu yang dia mintak tu, terus cembeng dan nangis poyo2. Macam ni pun boleh ke?

Tu belum nak berkepit kat bawah ketiak akak lagi, sebelum dia masuk bilik tidur dia, harus dia mengendeng kat akak dan manja2 jap, dah sudah tu, baru dia okay dan masuk bilik tidur dia. Mula2 tu macam pelik lah jugak, pastu Mr.R cakap, biasalah tu, orang nak dapat adik, tapi yang peliknya, yang kecik tu ok je, yang tengah ni pulak over, ha ha ha, macam2 kan. Ada lagi satu ni, habihlah mama bila Angah baca blog ni nanti, sebelum tidur wajib urut kaki dia dulu, selagi Mr.R tak urut selagi tu dia boleh bertahan tak nak tidur. Lawak tak mamat ni?

So kali ni dan buat masa ini, si angah yang kena tempias pembawakan budak ni, yang lain2 tu ok jer. Layan je lah.

Monday, July 20, 2009

GILER LAWA POMPUAN NI, HA HA HA

Salam.

Sape, sape yang giler lawa tu wei, sape yang perasan tu, sape, sape, tell me, tell me, ha ha ha.

Aiseyyyyyy, macam dah lama je akak tak tempek muka jelita ni kat dalam blog kan. Ada yang rindu ke? Ha ha ha, giler tak logik punya soalan, mana lah ada orang yang rindu nak nengok muka akak shibam ni kan kan kan.

Nak share dengan korang gambar terkini akak yang akak rasa cantikkkk jer untuk di tempek dalam blog kecoh ni. Nak tunggu korang berbondong bondong memuji akak ni, takkan ada punye kan, lagi ko nampak akak ni cantik, lagi lah ko buat senyap jer, ha ha ha. So mari akak puji dan rasa bangga dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri tak sayang, sape lagi nak sayang kan kan kan.


Jenama dan harga spek jangan tanya sebab biarlah rahsia ok. Pada yang cakap cantik, terima kasih bebanyak atas pujian korang ye, boleh lah komen, pada yang rasa tak cantik tu, tak payah lah susah susah nak bagi komen pulak ye, pada yang meluat or menyampah tu, ADA AKU KESAH!

Hidup mesti ceria dan gumbira baru boleh awet muda tau. Ok, chow chin chau.

INGAT MENGINGATI LEBIH AFDAL

Salam.

Hari ni entry nak mengamuk sesaja. Ha ha ha, akak shibam, sila take note bahawasanya mengamuk adalah tidak baik untuk baby di dalam kandungan itu ye. Ye ye, akak mengamuk light2 jer lah ye.

Apa yang nak dibincangkan jap lagi ni pun ada unsur2 sensitiviti sikit, so sesiapa yang tak suka atau terasa, akak shibam mintak maaf banyak2 ye. Dulu akak ni nak jadi ustazah dik dik non semua tapi tak kesampaian makanya jadi lah apa yang dah jadi sekarang. Tapi nak kata jahil sangat tu, idok ler, tahu banyak sangat pun idok ler, masih dalam proses pembelajaran.

Satu yang akak pegang ialah, mak dan ayah dah bagi segala pembelajaran dan pengetahuan agama islam yang cukup, tahu apa itu dosa dan pahala, apa yang wajib, apa yang di larang dan sebagainya. Kalau korang paham dan tahu konsep dosa dan pahala ni pun korang akan setuju dengan pendapat akak ni, kalau dah tahu yang wajib itu ditinggalkan makanya korang akan mendapat dosa, buat apa yang disuruh, korang akan dapat pahala kan. Kalau ada yang korang ternampak ada yang tidak kena, korang wajib tegur sebab kalau tak tegur nanti jadi bersubahat pulak kan. Satu contoh yang mudah lah, kalau ada kawan yang dah akil baligh tapi masih tidak bersolat, korang tahu dan please lah tolong nasihatkan kawan tu, solat lah, bla bla bla, tapi selepas korang dah bagi nasihat tu kalau dia nak ikut, alhamdulillah, kalau dia tak nak buat, korang boleh buat apa? Takkan korang nak lempang dia kat situ, pijak2 kan perut dia kat situ semata2 nak suruh dia bersolat! Kalau anak2 kita sendiri bolehlah buat macam tu kan, ini orang yang korang tegur tu dah boleh jadi emak atau bapak orang, apa solution lagi yang korang ada?

Sama jugak kalau ada kawan yang tidak bertudung, dia orang memang tahu, kalau dah akil baligh kita wajib menutup aurat, tapi kalau mereka masih tidak menutup aurat, korang nak buat apa? Takkan nak tarik rambut dia dan suruh dia ikut korang bertudung, takkan tak nak berkawan dengan dia semata2 dia tidak bertudung? Kalau korang paham konsep dosa dan pahala tu tak lah jadi isu benda2 ni semua. Masing2 dah besar panjang, ada akal dan fikiran, tahu apa itu dosa dan pahala, jadi terserah lah pada individu itu, jangan lah korang memandai2 nak buat andaian, ni kalau rambut bercolour2 ni sure tak solat, pakai seksi2 ni sure tak baik, kang tak pasal2 kita pulak yang dapat dosa kan.

Peel akak senang jer, bukan nak kata akak memandai ye, akak pun tengah belajar perlahan2 ni, kalau nampak ada teman yang tak bersolat, ada kesempatan tu akak cuba untuk selitkan perbualan untuk menyampaikan mesej pada dia orang, sama jugak kalau yang tak bertudung, dalam perbualan tu akak sampaikan apa yang patut, ok, habis tanggungjawab sesama islam kan, sama ada dia nak ikut atau tak nak itu terpulang pada dia ok.

Jadi adalah tidak molek pada pikiran akak pada teman yang bertanya macam ni, contoh ye kengkawan : oiiii A, ko solat tak? Ko tak solat kan, mana nak tahu ni semua bla bla bla, aiseyyy kalau lah akak berada di tempat kejadian masa ni kan, harus hujah panjang lebar semua dah keluar dah, wahai cik abang yang dihormati, adalah lebih manis jika hal2 ibadat sebegini tidak di tanya sebegitu rupa, takkan setiap masa orang tu nak bersolat dia kena tunjuk dan bagi tahu kat cik abang? Macam2 lagi dia tanya, tapi akak malas nak citer.

Kesimpulannya, masing2 tahu apa itu dosa dan pahala kan, terpulang lah kengkawan, nak kumpul pahala atau menambah dosa untuk bekalan di akhirat kelak. Tepuk dada tanya selera.

Wassalam.

PANDAI KE MACAM NI?

Salam.

Selamat pagi semua. Hari ni tak nak intro panjang2 sebab dalam kepala hotak akak ni dah membuak2 nak busybody dengan korang semua. Hobi akak memang melihat karenah orang di sekeliling, actually apa yang akak nak citer ni kan dah lama pun happened, tapi this time akak rasa dia orang ni macam betul2 bangangggggggggg atau lebih manis lagi akak cakap orang ni kurang pandai. Kalau ada di kalangan pembaca yang lebih kurang macam ni jugak, hrmmmm, mintak maap banyak2 lah ye. Atau mungkin ada yang cakap, rilek lah kak shibam, suka hati dia orang lah, itu kan cara dia orang, akak shibam nak sebok buat hapeeee? Tapi akak tak pedulik jugak, sebab akak memang nak citer jugak.

Ada satu keluarga ni, kedua2nya berjawatan tinggi dan bergaji besar, husband engineer, wife pegawai kanan kerajaan, ada 3 orang anak, ada maid yang menjaga anak2 nya. Motif akak nak citer pasal dia orang ni adalah macam ni ye, wife dia selalu pergi kerja menggunakan kereta yang dah berusia lebih kurang 15 tahun, husband dia pulak pergi kerja naik motor kapcai yang kalau korang tengok, motor si Bongface kat opis ni lagi seploh kali semenggah. Dia orang ada satu kereta lagi iaitu kereta jenama import yang bayaran bulanan nya tak lari dari 1 ribu sebulan, tapi hanya di letakkan di bawah porch dan digunakan sekali sekala sahaja.

Apa kaitan intro dia orang dengan citer ni, ok, korang boleh bayangkan tak kalau kereta yang dah 15 tahun ni macamana rupanya, kalau jenis tuan yang menjaga kereta cantik2 memang tak ada masalah lah. Tapi ni jenis yang nak cuci kereta pun ada lah 2,3 bulan sekali, so boleh bayangkan kereta dia orang ni macam mana tak? Dengan spoiler belakang dan rebeh, tak ada air cond, comot sana dan comot sini. Setiap pagi bila dia nak start enjin kereta dia, satu kawasan perumahan tu akan bergegar dengan bunyi yang macam enjin motor botttttttttt, kalau boleh start, ok alhamdulillah. Kalau pagi tu tak boleh start, habih keluar semua mak nenek jumper, kasi caj bateri dia dan jalan.

Sangguppppppppppp, pakai jumper, tekan minyakkkkkkkkk sampai nak tercabut pedal tu semata2 nak bawak jugak kereta tu. Apalah salah ko dah kerja bermati2 an, dah bersusah payah mencari rezeki, guna je lah kereta cantik ko yang tersadai je kat bawah porch tu. Nak kata kerja jauh dan gunakan penggunaan minyak yang banyak, lagilah, sorang kerja kat Serdang dan sorang lagi kat area sini je pun. Giler tak paham akak dengan dia orang ni.
Kalau husband dia lagi best, kata engineer kan, tapi bila pergi kerja, dengan motor tak berbasuh tu, sampai no plat pun dari warna putih dah jadi warna kelabu, selamba badak je naik motor tu, dah berapa puluh kali, tayar pancitlah, motor rosaklah kat tengah jalan, tapi sanggup bawak jugak motor tu dari nak gunakan kereta dia untuk ke pejabat. Kalau hari hujan sanggup redah pakai baju hujan dan gunakan motor tu jugak. Macam mana akak tak pelik dengan peel dia orang ni. Dia orang ni berpikir cara apa ye?

Pernah tau dalam berborak2 tu akak selitkan jugak, alahaiiiiii tukar je lah kereta antik ko tu, amik je kereta baru, pandai lak menjawab, aiiiiiii, kan dah ada kereta baru tu, nak beli lagi buat apa? Orang dah terlebih pandai kan, tak kuasa akak nak cakap banyak2 lagi lah. Nengok je lah.

Pagi ni lagi lah nak menunjukkan bangangnyaaaaaaa dia kat depan akak ni, dari pagi si wife ni start kete tak boleh2 jugak, husband dia pulak dah pergi kerja, so terkial2 lah wife dia amik jumper dan sambungkan kat kereta cantik dia tu, giler gigih jugak nak startkan kereta antik tu. Pastu boleh komplen pulak kat situ, alahai dah 7.40 dah ni, I dah lambat dah ni, ala kereta ni pulak, masa ni lah nak buat perangai. Dalam hati akak, memang banganggggggggggg, bukan ke kete ko tu hari2 dah buat perangai,lagi nak komplen pulak.

Sepanjang panjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja hari ni akak tak habih2 berpikir kenapa ada orang macam ni ye? Sama ada dia sayang sangat dengan kereta baru dia, sama ada dia kurang pandai atau mereka suami isteri memang pandai dalam membuat perancangan yang kita pun tak tahu hujung pangkalnya. Hrmmmmmmm, cuba komen sikit.

Friday, July 17, 2009

KAK LONG HEBAT MACAM SAPE EK?

Salam.

Pagi tadi kak long kena suntikan untuk mencegah penyakit rubella kat school, so petang ni kak long tak pergi ke sekolah agama lah sebab dia kalau menulis menggunakan tangan kiri, so tangan kiri yang dah di inject tadi masih berdenyut denyut kesakitan, makanya kak long akan berehat di rumah nenek je. Akak ok jer sebab kak long memang bukan kaki ponteng sekolah, bila ada hal betul2 atau tak sihat baru dia minta izin untuk tidak pergi ke sekolah. Kak long adalah mengikut mamanya yang rajin ke tempat kerja, insyaallah tahun ni pun akak nak kekal kan rekod kerja tanpa mc macam tahun lepas. Kengkawan, sila bangga dengan kak long dan mamanya ye. Terima kasih atas perasaan kebanggaan korang tu pada kami berdua, so sweet lah korang ni semua.

Hrmmm, korang nak tahu, tadi masa sesi suntik menyuntik kat school ni, ada seorang pelajar perempuan yang fobia dengan jarum suntikan ni semua kot, habih satu bilik tu orang dok ngejar dia, ha ha ha, macam tak percaya kan, dah besar panjang pun takut nak kena injection. Kak long tak habih2 gelak dalam kereta masa bercerita dengan akak tadi, apalah budak tu mama, badan je besar, tapi penakut, habis cikgu2 semua tolong kejarkan dia sekali, yelah kan, di buatnye dia takut, ada lak yang terjun ke, lari balik umah terus ke, sape tahu kan kan kan.

Kak long adalah berani dalam bab ni semua sebab seperti biasalah ye kengkawan, kak long adalah mengikut genetik mamanya. Perghhhh, mama kak long memang hebat, kalau takat sakit sikit2 tu, dah tua bangka macam akak ni, apa suntikan yang tak pernah kena lagi, kalau mengandung tu, kena suntik kancing gigi lah semua tu kan, muka akak rilek je, giler berlagak, tahan je, especially ni masa pengalaman bersalinkan anak sulung dulu, dah lah sebelah menyebelah dengan tanggaci, siap dia jerit2 aisyooooo, amma, appa, anneyyyyy, bla bla bla bla, akak yang rilek ni pun boleh jadi panik bila dengar suara tanggaci tu. Pastu dia diam jap, kang dia sambung balik, yang tak boleh blah tu bila dia jerit sambil panggil amma dia lah, ammmaaaaaaaaaaaaa, aiyooooooooooo, ammaaaaaaaaaaaaaa, nak golak pun ada gak masa ni, tapi akak kontrol ayu je lah. Nurse pun bising2 marah kat dia, ish, apalah you ni, dah beranak 3 kali pun mau bising2 jugak. Akak masa tu baru first baby tau tapi rilek je, masa nak beranak tu akak cuma senyummmmmm, batuk2 sikit, berdehem jap macam ni, ehem ehem, zassss terus keluar baby. Betul ni tak tifuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Tapi angah pulak spesis lain sikit, katalah jatuh kan, pastu melecet sikit kat lutut ke, kat siku ke, dia punya riuhhhhhhhh, hui macam luka tu besar, macam darah tengah tersembur sembur dari badan dia padahal luka sikit je pun. Mamat ni selalu bagi akak sakit jantung tau, kengkadang dia tengah main sendiri kan, pastu jerit mamaaaaaaaaaaa, wuarghhhhhhhhh saya jatuh ni sambil menangis nangis, yang akak ni terkedek kedek lah keluar nak tengok apa yang jadi, sekali nengok, lah melecet sikit jer pun, dia punya buat ayat tu macam cedera parah. Gorammmm betul dengan mamat ni tau. Mulai dari saat tu, kalau dia mengadu pasal sakit ke, apa ke, ayat lazim yang akak selalu bagi kat dia, jap ye angah mama nak telepon ambulan nak suruh jemput angah, serius ni angah, kena bawak gi hospital ni, bengkek je dia bila akak buat statement macam tu.

Ada ke sesapa di kalangan pembaca blog kecoh ni yang dah besar panjang ni, takut dengan jarum suntikan, ada ke? takde kot? ada ke? Hi hi.

DOKTOR2 PERIBADI SHIBAM

Salam.

Selamat pagi Jumaat semua. Amacam? Ada baik ka? Akak hokay jer. Hrmmm, dalam seminggu dua ni kan akak dah ada 2 orang doktor peribadi yang di import dari pejabat berlainan untuk memantau kesihatan akak. Soalan berupa, dah sarapan? baby ok? akak ok? vitamin dah makan? ialah soalan lazim ye kengkawan. Jangan malas nak jawab bila doktor2 peribadi tu menanya, kalau tak jawab, nanti doktor2 murka, susah jadinya tau.

Petang nanti pun ada jugak sesi soal jawab, dah lunch? makan apa? makan yang berkhasiat saja tau dan bla bla bla. Giler terharu dengan 2 doktor peribadi ni lah, gigih setiap hari akan menanya status kesihatan akak. Tu belum kengkawan kat opis ni lagi, woiiiiiiiiii kak, cuba jalan tu pelan pelan sikit, jalan laju nye, ha ha ha, memang akak tak pandai nak jalan slow2 ler, ok, jap lagi praktis jalan sopan santun ye.

To Lija, Anne, Teratak Aku, Weeda dan Sue Sue, akak sayangggggggggg kat korang. Jangan jemu jadi doktor peribadi akak ye. Bye bye.

Wednesday, July 15, 2009

♥ THINK POSITIVE ♥

Salam.

Bertemu kembali di hari Rabu, jangan pikir kan sangat tentang bosan atau tak de mood tu ye, meh kita happy sesama ok.

Korang, korang, korang selalu bersangka baik atau bersangka buruk dengan orang lain? Adat manusia kan, mesti terpikir yang tak baik dari yang baik2. Tapi semenjak dua menjak ni kan, akak nak bersangka baik jer dengan orang2 di persekitaran akak, nak think positive je, tak mahu yang negative ok.

Sebagai contoh ye kengkawan :

bagi kerja tapi tak siap2 - bukannya dia lembab tapi mungkin dia tengah siapkan kerja yang lebih penting dari tu

makan dalam jangkamasa yang agak lama - dia bukan makan banyak tapi dia makan lambat

tak bayar hutang - dia bukan lupa tapi dia tak cukup duit bulan ni nak bayar

datang lambat - dia bukan terlambat bangun tapi dia ada masalah di jalanraya

tak update blog - dia bukan malas tapi tak ada idea, hi hi, ni selalu terjadi kat para blogger sekalian kan kan kan

bila terjumpa tapi tak menegur - dia bukan sombong tapi dia rabun

tak memasak - dia bukan malas tapi tak ada bahan dalam peti ais

semakin gemuk - bukannya bertambah berat badan tapi sedang berbadan dua, ha ha ha (ni spesel untuk akak ok)

Ada lagi tak contoh2 yang kengkawan nak bagi, dipersilakan ye, jangan malu2, jangan segan2, kita share sesama ye, yang penting, mulai hari ni marilah kita bersangka baik pada orang lain ok.

Tuesday, July 14, 2009

YE KE?

Salam.

Korang, korang, korang, ye ke kalau kita sedang berbadan dua dan kalau kita nyampah kat seseorang tu, makanya anak kita di dalam perut tu akan ada iras2 atau sebijik macam orang yang kita benci tu. Selalunya kita selalu dengar macam ni kan, ish, ko jangan buat itu, jangan buat ini, jangan benci itu, jangan benci ini, nanti anak ko kenan nanti. Nak tak nak tu kena percaya lah jugak, ye lah kan kekadang cakap orang tua ni banyak betul dari tak betulnya tu.

So, adalah di umumkan bahawasanya akak sedang berusaha untuk menyampah orang2 ensem dan macho yang ada di sekeliling akak ni dengan satu hasrat dan tujuan murni supaya baby akak nanti akan terikut2 iras muka dia yang ensem tu. Ha ha ha, kalau buat2 menyampah tak boleh jadi ek, dia kena betul2 menyampah ek. Ok, akak tengah cuba menyampah giler tengok Shah Rukh Khan, boleh? Tak pun, wuiiiiiiiiiiiiiiiiiii I menyampah giler dengan Johnny Depp dan Brad Pitt tu lah, ish memang tak boleh blah nengok muka dia orang, nyampah I !!!!!!!!!!

Monday, July 13, 2009

♥ TAK KOMPLEN PUN, REDHO JER ♥

Salam.

Ok, ok, ok, mata dah tak ngantuk ni, dah segar bugar. Korang lunch apa tadi ek? Tadi kan akak lunch nasi berlaukkan daging goreng kunyit, kuah asam pedas, ulam dan yang paling sodappppppppp sekali adalah cencaluk. Korang tahu apa itu cencaluk, tak tahu? Kalau tak tahu nasib korang lah ye, akak adalah malas nak explain kat korang apa itu cencaluk.

Semenjak kafe baru dah beroperasi kat opis ni, alamatnya budget makan sehari hari pun harus di up kan jugak. Kalau sebelum ni nak habih 10 hengget sehari pun susah, silap2, 10 hengget boleh tahan 5 hari tau. Now, no more ye, sekarang stall jual burger pun dah ada, so bila laparrrrrrr je dah ada arah tujuan untuk dituju, cuma siapkan duit je lah ye kengkawan.

Lepas amik kak long kat school tadi, dia ajak singgah 7-Eleven nak membeli sesuatu, so layankan jer, panjang pulak queue nya, ramai bebudak sekolah dok membeli time ni, tengah2 beratur nak bayar ni, ada sok sek sok sek kat belakang akak ni, antara intipati perbualan adalah, iskkk, aku kena dietlah wei, aku dah gemuk dah ni, ko tengoklah, aku pakai apa semua dah sendat ni, masa ni akak rasa nak tergelak pun ada, sape plak yang mengeluh sakan kat belakang akak ni, nak tak nak, harus akak toleh jugak ke belakang, nak nengok orang yang asik komplen gemukkkk dari tadi ni.

Dah toleh tu, alahaiiiiiiiiii, ada jugak yang nak kena jentik dengan akak jap lagi ni, rupa2nya 2 orang gadis muda belia yang masing2 pakai baju dan seluar sendat yang pewitttttt, komplen mengenai gemuk. Dalam hati akak, weiiiiiiiii bebudak ni perli aku ke hape ni? Dari mata kasar akak ni, badan masing2 dah cekedinggg lagi dia komplen dia gemuk, akak yang dah sedia gemuk ni, rilek jer, tak komplen apa2 pun kan kan kan.

Tu lah manusia ni kan, tak pernah nya berpuas hati, elok je akak nengok badan memasing tapi sebok dok komplen dia gemuk. Kengkawan, akak tak komplen ye, akak memang gomokkkkkkkk. Hi hi.

IDEA? SELALU TAKDE DARI ADA....

Salam.

Selamat pagi Isnin yang syahdu kengkawan. Kenapa syahdu? Mestilah sebab hari Isnin lah hari yang paling tidak digemari oleh hampir semua orang yang bekerja, dah rehat 2 hari kan, bila hari Isnin tu rasa cam berat je nak bangun dari tidur dan ke tempat kerja kan kan kan. Makanya akak merasakan hari Isnin adalah hari yang syahdu. Takpe ye kengkawan, meh kita buatkan hari ini macam hari Jumaat ye, happy je semuanya bila tiba hari Jumaat kan kan kan.

Ok, weekend hari tu korang pergi mana? Akak macam biasalah, hari Sabtu, anak2 semuanya ada aktiviti di sekolah, hari Ahad je lah ada masa nak meluruskan pinggang ni. Hrmmm, pada pembaca yang ada blog tu, korang mesti ada masalah nak mengomel di blog ni setiap hari kan, bayangkan akak yang baru berjinak2 dengan blog ni baru nak masuk 8 bulan tapi rasanya macam semua topik pun akak dah ngomel, semua benda pun akak dah citer kat korang. Tabik spring lah kat pembaca yang bertahun2 di dunia blog ni, idea dia orang ni mencurah2 jer setiap hari untuk mengupdate blog memasing.

Akak tak boleh nak bayangkan dalam masa 2 atau 3 tahun lagi, bila akak masih gigih untuk update blog, apa benda lagi yang akak nak ngomelkan untuk share dengan korang mahupun untuk bacaan akak sendiri. Ini kadang2, kalau tak update blog 2,3 hari pun ada yang dah bertanya, akak kenapa tak update? wuiiiiiiiiiiiiii korang, alangkan penulis novel atau sasterawan negara sekalipun tak ada idea yang terlintas kat pikiran ni setiap hari tau tak. Makanya bila ada idea yang best, maka tercetuslah entry yang best, bila tak de idea untuk di ngomelkan tapi gigih jugak nak update blog, itu yang terhasilnya entry tanpa arah dan tujuan. Harap maklum ye semua.

Dengan ini, maka terhasil lah satu entry di pagi hari Isnin yang syahdu, tanpa arah dan tujuan, tiada isi penceritaan, tiada isu untuk dibincangkan, hanyalah bertujuan untuk update blog semata mata. Akhir kata dari akak, ha ha ha.

Sunday, July 12, 2009

AHAD, 12 JULAI 2009

Salam.

Selamat pagi Ahad semua. Buat apa untuk breakfast hari ni? Korang breakfast kat kedai ek, wuiiii bestnye, jealous akak tau. Hi hi, hari ni akak buat cekodok je untuk dia orang, bancuh tepung, campur ikan bilis yang dah diblend dan campurkan kentang yang telah dipotong dadu. Siappppppp, dan boleh lah bersarapan bersama2. Lepas ni nak masak untuk lunch pulak. Nak buat kari ayam, goreng ikan dan sayur, cukup lah tu.

Pagi ni jugak kan kengkawan, angah kena denda dengan Mr.R, sebab musababnya ialah tidak beralah dengan si kecik. Selalunya angah ok, but hari ni mood dia adalah ribut taufannnnn, adik buat sikit jer dia dah terjerit2 sampaikan si kecik pun join terjerit2 sama, dah macam ada 10 orang kat dalam umah ni tau. Hrmmm, akak tak masuk campur seperti biasa, biar babah dia orang settlekan. Tup tup nampak angah dah kena denda je, akak tak tegur pun, nanti kalau ditegur lagi buat sakit hati angah kan,so akak buat cam tak nampak je lah. Dalam hati ni, alahaiii kesiannya, tapi itu memang style Mr.R, rotan2 semua tak main, membebel lagi lah bukan bidang dia, lainlah kalau akak ni, nak merotan tu kang bukan main laju je, membebel adalah hobi, hi hi.

Anak2 ni selalu kena marah dan tegur tu bukannya apa, kita nak dia orang tahu bezakan mana yang boleh dan mana yang tidak. Alhamdulillah, setakat ni, semua nya mendengar kata, especially dengan Mr.R lah, sekali dia bersuara je, semua tunduk je, kalau akak yang bersuara, dia orang dah tak heran.

Saturday, July 11, 2009

HARI INI HARI SABTU

Salam.

Hari ini hari Sabtu, selalunya hari Sabtu adalah hari yang paling sibuk dan memenatkan. Dari kerja2 menyapu, mengemop, mendobi hinggalah memasak, semuanya harus berjalan seiring bak lagu Seiring dan Sejalan tu, ye lah sesambil menyapu, usik ini, sesambil memesin baju, usik itu, so kerja pun tak tertangguh dan cepat siap.

Tapi mulai minggu ini, hari Sabtu akak amat best sekali, tidak payah menyapu, tidak perlu mengemop, tidak perlu menggonyoh lengan baju sekolah anak2 yang kotor cuma hanya perlu memasak sahaja. Wuhoooooo, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga untuk Mr.R kerana merelakan diri untuk membuat semua kerja2 tersebut sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Harap maklum.

Itu sahaja yang nak bagitahu kengkawan buat masa ini. Daaaaaaaaaaaaaa

Friday, July 10, 2009

NGANTUK LER.....

Salam.

Kengkawan, korang kenal dengan Suk Suk kan, alahai, tak kan tak kenal, dia ni rakan seopis dengan akak. Dia jugak yang paling comel dan paling fofular kat opis ni. Asik2 nama dia up bila nak kena sound, sekarang ni dia berada di hospital kerana masalah kaki dia so kita doakan bersama2 supaya dia cepat semboh ok. Bukannya apa kengkawan, kalau dia cepat baik, boleh lah datang ke opis dan menjalankan tugas2 dia seperti biasa. Semenjak ketiadaan dia di opis ni dalam minggu ni, penyakit asik nak terlelap yang selalu dihidapi oleh Suk Suk tu dah berpindah kat akak.

Aisehhhhhh, tak pernah terpikir akak akan mengalami penyakit ni tau, alih2, sekarang ni kan, bila lepas breakfast je, mata akak berat je, nak dekat waktu lunch pun gitu dan time lepas Asar bila dah nak dekat balik tu, mak aiiiiiiiiiiii, rasa kalau ada peluang jer nak pergi melelapkan mata. Kalau lepas isyak lagilah, asal pukul 9 jer mata akak dah merah dan tunggu masa untuk cari bantal jer. Nasib baik Mr.R dan kak long dah di train sebelum akak ke kursus hari tu, so sekarang ni pandai2 dia orang lah. Yang penting pukul 9 malam je, good night everybody, semoga mimpi2 yang indah.

Serius lah, kebanyakannya kalau peringkat awal2 macam ni kan, mesti meloya je, pening2 atau tak sihat kan. Alhamdulillah, sungguhpun di peringkat umur macam akak ni, rasa nak meloya ke, pening atau tak sihat tu belum ada lagi, tapi tang nak terlelap ni susah nak komen lah. Kehamilan 3 yang terdahulu tak pernah ada simptom ngantuk memanjang macam ni. Betul kata orang, setiap kehamilan tu memang tak sama, hrmmmm, sampai bilakah simptom mengantuk tak kira masa ni akan hilang, bulan depan, bulan seterusnya or sampai masa melahirkan, no no no, please please please, nanti bukan Suk Suk yang kena bebel, silap haribulan berlawan berdengkur dengan dia pulak.

KAWAN BARU DI BTN

Salam.

Selamat pagi semua. Semalam akak dapat gambar2 ni lagi dari kengkawan lain. Saje nak share dengan korang, nak tengok, meh lah, tak nak, tak pe ah. Yang penting kengkawan, dia orang ni ada sorang dua je yang memang kecoh cam akak jugak lah, yang lenlain tu memang tak banyak cakap tapi bila di asuh oleh akak terus keluar aksi giler2 dari dia orang. Memang sporting lah dia orang ni. So akak nak dedikasikan entry ni untuk kawan2 yang baru akak kenali.

Dari kiri : Mahani - seorang yang peramah dan banyak idea, Aisyah - si comel lote dari Kelantan ni, kalau bercakap, mak ai, volume dia kuat wooo, Azlina - pendiam dan sopan, hi hi, Shibam, Izan - si manis yang nak kawen hujung tahun ni, Padzillah - lawak jugak minah ni, Nor Asmah - alahai, dah last2 day baru nak kencang dan buat lawak tau, dan yang tukang snap dia adalah si protege akak iaitu bakal menjadi menantu kepada ketua jurulatih kami, Pak Sahlan. Ifa, nanti ko bernikah, akak tolong pegangkan sirih junjung ye. Yang lenlain boleh pegang bunga manggar atau basuh pinggan je lah ye.

Si Mahani ni tengah mengandung 7 bulan, tu yang dia pegang perut tu sambil dalam hati berkata2, ya allah, ya tuhanku jangan lah anakku terikut ikut dengan gelagat budak2 ni semua. Ha ha ha, yang penting, baby dalam perut tu pun mesti felikkkkk, apsal lah dalam 3, 4 hari ni mama dia asik tergelak je.

Aksi kengkonon sopan yang amat. Padahal masing2 mengigil gigil perut menahan ketawa.

Ini malam masa buat persembahan. Kami dapat lagu Jalur Gemilang. Ok lah, tak banyak masa untuk buat persediaan tapi kami berjaya menyanyi dengan muka poyo poyo nya sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Mahani oh Mahani, ko memang dah macam maya karin dalam citer duyung tu wei, cuma ko ibarat duyung yang menutup aurat lah. Ha ha ha, jangan marah ye, lagi 7 bulan pun aku comel macam ko jugak.

Inilah kumpulan LDK 8 yang memanjang makanan kat atas meja tu akan licin, tak kira lah di letak kuih ke, mee hoon ke, apa ke, semua habih licin, siap dengan air sekali, licinnnnnnnn. Yang hensem yang amat memegang rambutan tu namanya Ipin, dia seorang yang sangat berdedikasi dan mantap, siapa nak berkenalan, sila bagitahu kat akak ye, hujung sekali sebelah kanan tu si Fadhil yang memang pendiam dan Saiful - tak habih2 risau pasal jawapan dia untuk soalan exam, rilek dikk, kita satu kumpulan ni mesti lulus cemerlang punye.

Ini sebelum taklimat nak balik. Tak sabar masa nak balik, last2 ketua fasilitator tu macam tak pandai nak berenti berhujah, ada je yang nak di bebelnya. Nengok lah muka tak sabar akak dengan Anne sebab nak balik. Peace peace.

Thursday, July 9, 2009

SOPAN ?

Salam.

Kengkawan, dalam sehari dua ni, ayat yang selalu kedengaran kat cuping telinga akak ni adalah, jalan baik2, makan yang berkhasiat jer, jangan cakap yang bukan2 dan jangan pikir yang bukan2.

Korang, korang, korang, serius ni tau, bab jalan baik2 tu, no hal lah kan, akak kalau berjalan kan memang laju je, mana gheti nak jalan sopan2 ni semua tapi yang penting berhati2 ler, makan yang berkhasiat tu pun no problem cuma akak memang stop terus minum air berais, no ice at all, full stop. Sekarang asyik minum susu, mengunyah kismis dan kurma yang memang baik untuk di nikmati dan tak ketinggalan jugak kekacang kecuali kacang parang lah.

Bab ni yang paling susah nak kontrol, cakap baik2, hah, almaklumlah, mulut akak ni zass, cepat je kalau nak cakap sesuatu tu kan, sekarang kena pikir lapan poloh lapan kali sebelum bercakap, silap silap haribulan isi kandungan entry blog akak pun jadi ayat skema jer lepas ni. Ha ha ha, tak dapat di bayangkan langsung, bila akak shibam berubah identiti untuk masa akan datang.

Sila berikan sokongan padu pada akak untuk bercakap dan berfikiran sopan ye. Daaaaa


BILA MAK BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH

Salam.

Selamat pagi kengkawan. Hari ni baru ada masa nak tempekkan gambar ni. So korang layan je lah ye.

Inilah rupa mak budak yang nak jadi budak sekolah balik. Amacam, boleh jadi budak form 5 balik tak? Tak boleh pun tak apalah, jadi budak sekolah dewasa pun boleh gak.

Gambar kiri atas tu masa mula sampai dan dapat sebilik dengan Anne. Punyalah happy tak payah nak pening kepala nak sebilik dengan orang lain. Gambar kiri bawah tu adalah protege akak kat sana, budak ni berkenan betul dengan akak, terlompat lompat dia bila dapat satu group dengan akak. Namanya Ifa dan dia memang mereng, sebijik cam akak. Gambar yang lain2 tu masa sebelum masuk exam. Poyo giler baca buku kat tepi jalan tu, alih alih bila exam senang nak mampos sebab hampir semua soalannya berbentuk pengetahuan am.


Gambar sebelah kiri atas tu adalah bilik kami berdua. Bantal busuk merah tu adalah kepunyaan Cik Anne, comel je dia tidur dengan bantal busuk dia tu. Ha ha ha, yang penting, Cik Anne mengalami kesukaran untuk mendapat tidur yang nyenyak sebab akak bercakap2 dalam tidur hingga mengganggu gugat ketenteraman Cik Anne. Sian Cik Anne. Gambar kasut tu pulak, nak tunjuk kat korang, kasut yang telah dicampak oleh akak masuk ke dalam tong sampah sebab sampai sana dia jadi kasut macam mulut buaya yang menganga kat depan, ishhhh, nasib baik akak ada bawak kasut spare. Kalau tak, harus akak berselipar jepun sepanjang kursus.

Itu adalah rupa Cik Anne yang menjadi tenaga pengajar pada anak murid yang sedang duduk di bahu jalan. Thank you so much Cik Anne, berkat ko jadi cikgu pagi tu, semua soalan dapat dijawab dengan mudah. Dalam sejarah BTN, hampir semua peserta dapat jawab soalan dengan tepat hasil ajaran Cik Anne. Wuhooooooooooo, Cik Anne memang berbakat.

Ok, dah habih citer pasal kursus BTN, nanti kita ngomel citer lain pulak. Daaaaaaaaa

Wednesday, July 8, 2009

35 TAPI MACAM 25

Salam.

Kengkawan dah lunch. Tadi akak cuba lunch kat kafe baru pulak, rasa2nya kat Daya murni gak lauk nya sedap lagi kot. Takpe, nanti dah bosan kat sini, gi sana lah pulak dan begitu lah seterusnya.

Kengkawan, gambar2 kat bawah ni adalah sebahagian gambar yang akak sempat snap masa berkursus hari tu. Tak banyak gambar yang boleh di amik sebab penggunaan handphone dan kamera adalah di larang sama sekali. Mana gambar2 yang ada ni adalah hasil dari mencilok membawa handphone ketika aktiviti di jalankan.


Masa ni akak punyalah lasak, turun curam, redah semak, panjat itu, panjat ini, laluan kembara ni tak susah pun, dalam 4 kilometer cam tu, tapi yang penting semangat akak tu adalah membara sama macam budak2 lain dalam group ni yang kebanyakan nya awal 20 an. Ada ke warga emas di panggil nya akak, kuang asam betul kan. Padahal akak rasa cam 25 tahun jer bila bergaul dengan dia orang, rasa muda belia gitu, boleh ???

Itu belum masa kena buat larian 2 km untuk kecergasan, ujian psikologi lagi, terlentang sana terlentang sini, ishhhh, kalau pikir2 balik, seriau akak di buatnya tau. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yang tidak diingini, lebam sesikit terlanggar tu biasa lah kan.

Ok, kasi korang nengok ni je dulu, nanti2 ada lagi sekeping dua ye. Daa


8 JULAI 2009

Salam.

Hari ni dah masuk opis macam biasa, boss besar lak cuti lagi, so ada masa terluang nak bersarapan bersama2 teman kat kafe baru kami yang cantik tu, so budget makan pun akan terlebih2 lagi lepas ni sebab menunya semua memang mengancam. Tadi breakfast soto, ada macam2 lagi menunya yang kebabommmm.

Ok, seperti yang semua dah maklum, boss besar pun dah bagi notis untuk bersama2 kami hingga hujung bulan ni sahaja. Sorang lagi pegawai kanan kat opis ni pun dah bagi notis jugak, so nanti kami akan ada boss dan pegawai yang baru. Semoga yang bakal mendatang akan lebih baik dan sempurna. Amin.

Hi hi, sonok makan dengan kawan kawan sambil bertukar2 citer, ye lah kan dah berapa hari tak update citer2 terkini kat kawan2. Habih semua citer masa kat kursus tu akak dah sampaikan pada Sue Sue dan Weeda, ye lah, lepas ni kalau giliran dia orang pergi tu tak lah kena kejutan gitu, masing2 dah tahu apa yang akan berlaku di sana.

Kengkawan, terima kasih yang tidak terhingga untuk semua ucapan tahniah tu ye. Akak sangat terharu, Lija, Sue Sue, Weeda, Kak Teh, Akish, Rawlins, Ijal dan kalau ada nama pembaca yang akak terlupa tu, minta maap banyak2 ye. So korang, korang, korang, bolehlah mengumpul duit dari sekarang ye, next year, akak tak mahu hadiah share share gitu, akak nak hadiah sendiri sendiri, ha ha ha, giler demand kan. Anyway, terima kasih di atas doa kalian.

Ok, nanti akak bagi nengok gambar masa gi berkursus tu ye. Daa.



Tuesday, July 7, 2009

CHECK INI, ITU PULAK HASILNYA.......

Salam.

Kengkawan, di sebabkan oleh sakit sakit badan ni dan kaki akak ni pun ada kecederaan sikit, akak pun pergilah klinik, nak amik ubat apa yang patut. Gi klinik panel tadi, borak2 jap dengan doktor tu, bla bla bla, pot pet pot pet, citer lah macam tu macam ni dengan doktor pasal sakit kaki ni, macam mana dia terjadi dan sebagainya. Tapi kan kengkawan, lain yang akak nak check, lain pulak yang doktor check. Keputusan nya amat mengejutkan, apa ? macam tak percaya lah !!!!! Ishhhh, doktor ni biar bebenor, tak kan lah, ish, sungguh tak percaya ni !

Masih blurrrrrrrrrrrrrr sampai sekarang !!!!!!!!!!!!!

Monday, July 6, 2009

HARI INI HARI ISNIN, 6 JULAI 2009

Salam.

Hello everybody, how are you? Haiyoh, pejam celik, petang ni, akak dah habih kursus dah pun. Suspendek jugak ni, ye lah petang nanti ada ujian oi, akak dah lah menyampah dengan menatang ujian ni semua, tapi nak buat macam mana, I redho jer. Shibam ko nak dapat pencen kan, so ko jangan memokak, apa orang suruh tu buat jer lah. Yang penting, besok pun akak cuti jugak, nak menghilangkan penat, so hari Rabu nanti baru masuk opis, haiyoh, rindunya kat Mr.R dan anak2, rindu jugak kat kengkawan opis, rindu nak baca komen2 kat blog, kengkawan opis, korang rindukan akak bedah tak? Ha ha ha, sure korang suke kan sebab opis sunyi sepi jer bila akak shibam also known as akak bedah tak de kat opis. Takpe, hari Rabu nanti akak akan kembali mengkecohkan opis ye, suke tak suke, terima je lah ye.

Kengkawan, bulan ni, adalah bulan terakhir boss besar yang baik hati tu akan bersama sama dengan kita orang kat opis ni. Makanya, bulan depan kami akan dapat boss baru lagi, baru je nak menarik napassss lega selama beberapa bulan, boss besar dah nak meninggalkan kami semua. Apa rupa dan karenah boss baru pun tak tahu nak cakap lagi, sebab semuanya masih samar samar lagi. Yang penting, boss lama yang digeruni pelbagai pihak tidak ada dalam senarai buat masa ni. Tapi apa yang akan berlaku nanti, semua pun tak tahu. Giler berdebar nak tunggu sape boss baru kita orang ni.

Anyway, kita orang dah ready dengan segala kemungkinan. Terima je nanti, ok atau tak boss baru tu belakang kira. Nak takut apa kan, kita orang kat opis ni kan, bersatu teguh bak benteng yang kuat untuk menahan segala pancaroba yang melanda. Wui, opis korang mana ada opis mate yang berbadan sasa macam Suk Suk tu, apa susah, kalau ada halangan yang mendatang je, kita orang letak je Suk Suk kat depan tu, for sure semuanya akan selamat kan Suk Suk kan.

Sekian bebelan akak bedah untuk hari ni dan nantikan kemunculan cerita sepanjang masa akak berkursus sampaikan korang akan muntah hijau bila membacanya, ishhh bosan kan dengan akak shibam tak habih habih citer pasal kursus, kursus, kursus, ntah bila tahun nak citer pasal kurus, kurus, kurus. Ha ha ha.


Friday, July 3, 2009

OPIS KORANG ADA SPESIS NI KE ?

Salam.

Selamat pagi Jumaat semua. Amacam korang, ada baik ka? Akak kat tempat kursus ni baik baik belaka, cuma penat jangan cerita lah, ha ha ha, giler terror imaginasi ko shibam oi, ko duk mengarang entry ni pun di pagi Khamis sebelum pergi berkursus tu, pepandai jer ko cakap penat tak terkira ye. Ha ha ha, kira halal je lah kengkawan, dah akak gigih jugak nak publish kan entry hari Jumaat dan Isnin nanti, so kena pandai pandai lah imagine kan suasana kat sana tu.

Tapi kan citer yang satu ni adalah citer benar ye, saja akak peram kan sampai hari Jumaat untuk buat modal kat blog nanti. Hari Selasa lepas, ada lah orang komplen dengan akak, don't worry konco konco dia tak baca blog kecoh akak ni. Akak nak citer sebab nak share dengan korang je pun. Citer nya bukan nya ada masalah besar apa pun, tapi kalau dah lama lama dia jadik macam masalah lah jugak. Ntah apa apa lah akak shibam ni kan.

Korang, korang, korang, hari ni kan hari Jumaat. So lunch time nanti pergi mana, pergi jenjalan ke, pergi facial ke, pergi urut badan ke or buat taik mata je kat opis tu ? Akak bertanya ni bukan nya apa, pasal benda benda kecik macam ni lah, bila tak disettlekan akan menjadi kudis lantas meninggalkan parut yang bughuk. Aishhh, mendalam maksudnya tu kan. Ok, intro pun dah panjang kan, alkisahnya cenggini, kalau dalam kelompok 4,5 orang kawan seopis tu ada kereta sendiri, tapi bila bab nak keluar makan, nak gi bershopping, balik balik yang sorang ni jer yang kena bawak kereta. Yang lenlain tu ada jer alasan tidak masuk akal semata mata tak nak bawak kereta memasing, tapi kalau orang lain offer, wuiiiiiiiii dia yang masuk dulu dalam kereta tu kan.

Kat opis korang pun ada ke spesies cenggini, isk, kat opis akak, tak pernah berlaku, lagi berebut rebut nak offer naik kereta dia orang adalah. Betul ni, tak tifu, teratak aku paling bagus, selalu tak banyak citer, memang selalu dia pun yang melayan kita orang, kak teh pun hokay, sengih je bila semua naik kereta dia (yang sebenaunya dalam hati tak tahulah budak berdua ni hokay ke tak, ha ha ha). Weeda, akak dan Sue Sue pun sama, kita orang macam dah tahu sendiri, kalau ada sesekali nak keluar tu, Weeda drive, tak pun Sue Sue dan akak sendiri. Apa susah sangat? Bukan nak bawak dia orang gi Kedah ke, gi Penang ke sampai habih minyak kereta korang kan, paling paling pun gi lunch yang tak berapa jauh tu, apa problemnya?

So, akak telah mencadangkan kepada si pengadu tu untuk memberitahu secara terbuka bahawasanya dia dah tak nak lagi melayan karenah kengkawan dia, balik balik dia je yang kena drive kan, apa kata buat sistem giliran gitu. Hari ni A drive, esok B, lusa C, tulat D dan seterusnya lah, alah macam citer orang bermadu lah, hari ni balik umah orang ni, besok balik umah orang tu dan begitulah seterusnya. Kan senang cam tu, ini kawan akak sorang ni, angguk je bila orang suruh dia bawak kereta padahal dalam hati dok menyumpah seranah tak habih habih. Not good kan.

Bila dah bagi cadangan tu kat dia, balik balik statement macam ni jugak yang keluar, alah takut lah kak, nanti dia orang cakap apa pulak, nanti dia orang kecik hati ke ? Dah tu, kalau tak cakap, ko yang makan hati kan, apa salahnya berterus terang? Cuba jadi berani, ye, tak semua orang boleh out spoken macam akak shibam ni kan, tapi boleh jugak di bawak berbincang dengan cara korang sendiri lah. Korang ni kan suka sangat jaga hati orang lain kan, orang lain ada kesah ke nak jaga hati korang ??? Kalau dah takut nak bersuara, nape ko sibuk sibuk mintak pendapat akak shibam ni budak kecik oi !


Thursday, July 2, 2009

DAH GAJI ? JANGAN LUPA BAGI KAT MAK ABAH YE

Salam.

Kengkawan, akak adalah gigih. Korang pun kena gigih macam akak jugak tau, sebab nya sebok nak berkursus pun gigih jugak nak update blog. Hari Jumaat dan Isnin punya entry pun akak dah siapkan, tapi satu entry je satu hari, alah korang pun bukan kisah kan, ada, baca, takde, blah, ntah ntah langsong tak heran kan kan kan.

Sebenauanya bukan ada citer pun nak membebel kat korang tapi memang dah dasar gigih kan, di usahakan jugak buat entry ni. Kalaulah kegigihan nak menguruskan badan macam ni kan bagus shibam oiiiiii, ko memang tau, pasal benda benda merepek, melalut, rela ko gigih siapkan awal awal, cuba kalau bab menguruskan badan, ko gigih buat buat lupa kan shibam. Aishhhhhhhhh, terima je lah kengkawan.

Korang, korang, korang, dah dapat gaji kan. Ada yang belum dapat lagi ke ? Pesanan penaja dari akak shibam yang dah berulang ulang kali di ingatkan sebelum ni, kalau dah dapat gaji tu jangan lupa gi bayar hutang kereta, utang rumah, utang peti ais, utang televisyen, utang sofa, utang apa lagi ? jangan cari pasal nak tangguh tangguh pulak. Kang kalau kereta dah kena tarik baru parah nak settlekan. Dah bayar utang utang tu semua, gi bagi kat mak abah pulak ye. Jangan lupa woiiiiiiiiiiiiii, akak dapat pahala sesikit mengingatkan korang tu pun cukuplah, korang yang dapat dosa bila marah2 kat akak pasal asyik mengingatkan korang.

Kengkawan, kalau boleh, kalau boleh lah kan, buat utang tu pada keperluan asas dan perlu sahaja ye, yang tak perlu macam utang tupperware, pinggan mangkuk, cadar, periuk belanga, tudung, baju tu semua tu tak payahlah ye. Ada duit lebih nanti, kita beli ye anak anak semua, tak ada duit lebih, tak payah ye anak anak. Tapi kalau korang nak buat utang jugak untuk benda benda cenggini, akak takde kuasa nak menahannya kan, ikut suka korang lah ye. Akak ni pun bukan pandaiiiiiiiiii tapi sekadar nak bagi cadangan jer lah, korang nak ikut, bagus, tak nak ikut, tak pe lah kan. Kalau korang tak terdaya nak membayar tu semua pun bukannya korang mintak duit dengan akak kan kan kan.

Sekian sedikit pesanan ala ala akak bedddddahhhhhhhh untuk semua.

Wednesday, July 1, 2009

DI JAMIN TIADA OPIS LAIN BOLEH CHALLENGED KAMI

Salam.

Korang, korang, korang, meh sini akak perkenalkan opis mate akak ye. Pada yang dah kenal tu, mulut jangan bising ahhhh, ni akak nak kenal kan pada yang masih baru di blog kecoh akak ni.

Yang sebelah kiri atas tu adalah pegawai yang bernama Teratak Aku, yang sebelah kanan atas tu adalah Suk Suk, opis mate yang paling comeyyyy. Kat sebelah kiri bawah ni adalah Bongface dan sebelah kanan bawah ni adalah Weeda. Weeda adalah pembantu kepada Teratak Aku. Gambar akak harus setia berada di sebelah dia orang dengan tujuan untuk mengsweetkan keadaan ye kengkawan. Kalau gambar akak tak interframe, nescaya gambar2 dia orang ni tak akan di publishkan di blog kecoh, ha ha ha, akak suke betul bab bab berlagak ni lah.

Korang, korang, korang, ada berani nak menggedik gedik dengan pegawai korang macam akak ni. Untuk makluman ye kengkawan, Kak Teh adalah pegawai akak ye. Akak sedia berkhidmat untuk Kak Teh yang sporting ni. Peace Kak Teh !!

Hah, amik, nengok puas puas. Sila setuju bahawasa nya tiada opis lain yang boleh menandingi keakraban kami semua. Kalau kat opis lain tu tak habis habis dengan adegan tikam menikam, cucuk mencucuk, bodek membodek, semuanya adalah. Tapi itu semua tidak berlaku langsung dalam opis kami, ko rajin, orang sayang, ko malas, orang nyampah tahu tak.

Satu lagi ni, mana korang nak cari dalam opis tu semua staff nya cantik, jelita, sweet dan hensem kan, tak de kan, tu lah, hanya di opis kami jer ada himpunan staff yang cantik, jelita, sweet dan hensem. So opis yang lain tidak boleh menandingi kami dari segi keakraban, kejelitaan, kesweetan dan kehenseman staffnya ye. Harap maklum ye semua.

Ok, harap harap lepas ni boss besar yang baru adalah yang best dan sewaktu dengan kami semua. Kalau dapat yang tak best kami akan pasti kan dia akan di best kan oleh kami. Daaaaaa

SEE SEE SEE

Salam.

Kengkawan, ni baru sikit ye gambar2 yang akak tempek dalam blog ni. Lepas ni akak tempek lagi gambar2 yang menunjukkan betapa mesranya kami di opis ni. Akak rasa lah kan, rasa jer tau, tak ada opis lain yang dapat menandingi keakraban kami di opis ni. Alhamdulillah dah lama bekerjasama dengan dia orang ni memang tak ada masalah. Petua dan resepinya senang saja ye kengkawan, tak puas hati tu sila bagitahu, tak suka tu sila inform dan tak boleh terima tu sila blahhhh, ha ha ha.

Phewittttttt, ensem nak mamposs tunang si Ekin ni, kengkawan, semenjak dua menjak ni kan, si Bongface ada imej baru, seluar baru, baju kemeja baru dan kasut pun baru, kengkadang tu imej baru dia mengalahkan teratak aku, ha ha ha. Bongface, ko memang ensem ahh, calit skit.

Taraaaaaa, seperti biasa akak lah yang paling hooooverrrrr, cak cak cak, yang lenlain memang berdisiplin ye kengkawan. Ni lah hasil didikan mak tiri, dia sorang jer hooooverrrrrrrr dah cukup dah ye, yang lenlain tu tak payah ok.

Teratak Aku, Sue Sue, Kak Teh, Shibam dan Weeda. Kami semua sangat menyenangi di antara satu sama lain. Ha ha ha, pepandai akak jer cakap sangat menyenangi di antara satu sama lain, ntah ntah dalam hati masing2 ni, ada jer yang tak puas hati dengan akak ni, sabar ye kengkawan semua, akak membebel bila keadaan tidak teratur je, kalau smooth macam sekarang ni, akak baik apa.

Anyway, korang memang the best, dan thank you kerana menjadi opis mate yang sporting. Muah muah muah.

MY MOTHER IN LAW @ IBU MERTUA KU

Salam.

Selamat pagi Rabu semua. Hari ni akak nak kupas topik mengenai menantu dan ibu mertua. Sebagai seorang wanita yang dah berumahtangga selama 13 tahun, tak banyak, sikit sikit tu boleh lah akak share apa yang patut. Kengkawan, yesterday kan akak balik cam biasa ah, sharp pukul 5. Sampai kat umah mak mertua pun baru pukul 5.15 gitu, tapi kan yesterday agak wrong timing sikit ah. Mak mertua akak tengah bengang dengan anak menantu dia. Ish, biasalah kengkawan, orang tua kan memang macam tu, mana yang sakit kat mata dia orang, harus ditegur, harus disuarakan dan seperti biasa akak adalah tempat untuk mak mertua akak meluahkan segala2 nya semalam sebab kebetulannya akak orang paling awal sampai semalam. Sib baik jugak biras ku si puteri bongsu sampai lepas tu, terus reda sikit kemarahan dia, mungkin dia segan untuk marah2 di depan menantu dia yang sorang ni.

Akak tak pernah rasa akak perfect, serius wei, sebab sebagai menantu sulung akak dah lalui tu semua dulu, kena tegur oleh mak mertua akak ni, ada jer yang akak buat tak kena di mata dia, apa yang tak pernah dilalui oleh akak sebagai isteri kepada anak sulung kesayangan harapan keluarga ni, semua akak dah rasa dan redah kengkawan. Bila mak mertua rasa marah pada akak, dia akan sampaikan pada anak kesayangannya atau biras akak yang lain. Akak terima jer sebab taraf mak mertua adalah sama macam mak sendiri. Akak tak pernah melawan balik cakap mak mertua atau membantah secara berdepan. Segila gila kepala hotak akak ni akak tak pernah melawan balik cakap orang tua dan yang paling penting sekali tidak pernah mengadu pada dia orang tentang keburukan anak dia sebab pada mata ibu bapa anak2 mereka adalah yang paling terbaik. Akak pernah tengok menantu lawan cakap mak mertua hokay ! Sangat tidak baik perbuatan ini ye kengkawan.

Satu masalah lagi ni, akak di jadikan orang tengah untuk memberitahu kepada biras akak yang sorang ni tentang ketidakpuasan hati mak mertua akak ni. Adoiyai camner akak nak bercerita dengan dia ni, nanti di katanya akak ni tunjuk bagus, tunjuk pandai, nak bodek mak mertua ker nak tunjuk lagak ke. Ish, poning lah. Akak dah citer pada Mr.R tapi cam biasalah orang lelaki ni malas nak bercerita bab macam ni sesama sendiri, memang dari pengamatan akak pun, Mr.R memang tak pandai nak bercampur gaul dengan adik beradik dia sendiri. Nama jer sesama lelaki tapi kalau berkumpul tu dia pandang dia jer, pastu dok ralit nengok tv, terbalik kot kengkawan, sesama biras yang kencang, berkicau, memokak dan bergossip, ha ha ha. Kengkadang tu nampak macam akak pulak kak long kandung dalam famili tu, kira macam Mr.R tu orang luar ler, habis tu, asyik2 mulut akak je yang bising, yang bagi idea tu, idea ni, Mr.R dok sonyap je.

Istilah bodek membodek mak mertua tidak wujud dalam diari hidup akak ye kengkawan, mak mertua akak tidak berharta orangnya untuk akak bodek membodek dia supaya harta nya diwariskan pada akak. Walau dia berharta sekalipun, itu adalah harta dia untuk anak2nya bukan untuk menantunya, apa daaaaaaaaaaa akak merepek melalut ni, ha ha ha. Senang cakap dan nak bagi korang paham lah, sebagai seorang menantu, jangan lupa bertanya khabar mak mertua, telepon lah kalau jauh dari dia orang tu, bila ada rezeki berlebih tu jangan lupa share sesama dengan dia orang, tak dapat banyak sikit pun tak apa, bila nak raya tu janganlah lupa belikan baju atau tudung untuk dia orang, nak bagi kuih raya pun boleh, pandai2 lah ambil hati dia orang. Tak pun korang bawak lah balik katalog tupperware ke, cadar ke, pinggan mangkuk ke, suruh dia orang pilih dan korang bayarkan lah untuk dia orang. Pujilah masakan dia orang sedap walaupun masakan mak korang lagi sodap kat anak tekak korang tu. Ada lagi idea ni hah, gi Nilai 3 tu belikan carpet ke, tikar ke, pasu bunga ke, jambangan bunga ke, apa2 je lah wei.

Banyak kebaikan bila kita berbaik baik dengan mak mertua ni tau, bila kita disenangi oleh dia orang, secara automatiknya semuanya akan berjalan dengan lancar, kira macam kalau kita ada buat salah sesikit tu mak mertua boleh tutup sebelah mata lah. Yang paling penting bila mak mertua cakap dia tak suka macam ni, tak suka macam tu, korang jangan sesekali buat depan mata dia lah, belakang dia korang nak tergolek ke, nak terlentang ke, nak terlangkup ke, korang buat lah ikut sesedap rasa ye. Macam akak ni lagilah tekanan kengkawan, anak akak dua orang duduk kat umah mak mertua tu, cuba kalau akak malas nak masak ke, malas nak buat itu buat ini, di jamin berita itu akan sampai ke telinga mak mertua akak sebab mak mertua akak adalah rajin mengupdate cerita cerita terkini dari cucu cucu dia. Tak boleh nak salahkan dia seratus peratus, ye lah mak mana yang tak risau kalau makan, pakai, anak dan cucu dia tak di jaga dengan baik ? Haiyoh, nak cari idea nak sampaikan mesej pada biras akak ni, how how how !