Friday, August 28, 2009

MERAPU

Salam.

Kengkawan, apa yang korang buat waktu rehat dari pukul 12.15 - 2.45 petang ni tadi. Pukul 12.30 tadi akak nengok program ketuk2 ramadan, giler kelakar lah program ni, dengan telatah sheila rusly tu lagilah best. Dalam kul 1 macam tu, siap2 amik port kat sofa depan tv tu untuk melelapkan mata, baru je nak feeling2 berdengkur, ada bunyi telepon ringing tone raya lagi berdering2 kat opis ni, aiseyyyy kacau daun betul, terhenti terus dengkuran akak dek bunyi telepon durjana tu tau.

Dah lah susah nak dapat feeling ngantuk2 ni, bila dah terjaga tu adalah dalam 1/2 jam dok terkebil2 lagi, at last dapat gak melelapkan mata. Wuiiiiiii siap termimpi2 lagi, mua ha ha, siap berdengkur lagi, semua lengkap. Baru je nak layan lagi, Sue Sue dah kejut cakap boss besar dah sampai. Nengok jam, alahai baru kul 2.20 wei, ape lah rajin benor boss besar ni masuk awal2 ke opis ni.

Hingga ke saat ini, masih terkuap2 tak sudah, mata punyalah merah, nak bantal, nak bantal, help, help. Ok, tu je lah nak merapu di hari ni ye kengkawan. Korang buat apa pulak waktu rehat tadi?

KALAU TAK KUAT IMAN JANGAN BACA !

Salam.

Amacam puasa korang di hari ke 7 ni, harap semuanya berjalan lancar ek. Dah bagi tahu kat title tu kan, kalau tak kuat iman jangan nengok, kang kalau korang tak tahan, korang carut2 kan akak pulak buat entry makanan di bulan puasa ni kan. So kalau tak tahan sila jangan teruskan pembacaan ye kengkawan. Out you go, ha ha ha.

Semalam masa parking kereta kat depan umah mak, akak geram je nengok buah2 mangga yang masih muda bergayut gayutan kat pokok tu. Biasalah tu bila berpuasa nengok buah yang belum masak pun boleh tertelan2 air liur. Tak sempat masuk dalam umah lagi, akak dah kait sebiji dua dan terus dapat idea nak campurkan mangga muda ni dalam air asam yang menjadi menu wajib akak ni. Hasilnya kengkawan, memang malatoppppppp, kemasaman nya tu sampai sekarang masih terasa.

Menu semalam adalah asam rebus bende, masak lemak cili api perut dan rebung, ikan tenggiri berlada (Lija, ni aku amik idea menu ko ye, ha ha ha), sambal sardin dan mee goreng. Semalam ada extra lagi sebungkus mee so akak kasik goreng dan itulah hasilnya. Bukan hiasan dia je cantik tapi rasa eh pun sodap.

Kuih popia basah dan kemboja ni hasil belian dari pasar ramadan je. Semalam akak ada nengok Tok Ti memasak kat TV1 dan salah satu resepinya adalah cucur roti tu, so balik semalam, akak dan kak long menjalankan misi membuat cucur tu dan hasilnya memang sedaplah, rasa macam pelik je bila nengok Tok Ti ajar buat cucur dicampur dengan roti tapi bila dah buat memang rasa dia sodap.

Untuk memudahkan lagi, dari kena goreng sebiji demi sebiji akak cairkan lagi adunan tu dan goreng dia macam nak buat telur dadar tu, gunakanlah kuali untuk goreng telur dadar tu, dua kali goreng je settle semua. Dah siap dapat hasil gorengan yang lebar2 tu, akak gunting2 kan jadi kecil untuk memudahkan untuk di ngap ke dalam mulut. Nampak macam malas kan tapi sebenarnya sangat efektif sebab tak payah buang masa nak tunggu semua adunan tu habis digoreng.

Ok, hari ni nak nengok lagi rancangan masakan Tok Ti dan ketuk2 ramadan kat tv tu, kalau senang balik nanti boleh terus cuba. Korang, korang, korang, selamat memasak ye.


Thursday, August 27, 2009

SIMPLE JE JANJI SODAP

Salam.

Korang kalau berbuka puasa suka lauk dan kuih muih penuh satu meja ke atau bersederhana je. Kalau ikutkan akak ni, memang akak suka bab2 berjimat dan tidak membazir ni. Cukup ada 1,2 lauk untuk berbuka, yang penting seimbang. Ada yang akak tengok tu bila berbuka, kuih muih dan lauk pauk sampai berjenis2, bila dah berbuka dan makan nasi sikit, terus kenyang dan yang lenlain tu buat masuk tong sampah je. Ish ish ish, membazir not good ok.

So sepanjang akak berbuka puasa di rumah mak ni akak dah pesan banyak kali kat mak kalau masak jangan berlebih2 nanti membazir. Mak akak pun dah tak koser nak dengar hujah2 akak bila ada lauk pauk yang berlebih2 tu tak dimakan. Semalam menu kitaorang adalah sup ikan merah, sambal tumis udang, mee goreng, sayur sawi goreng dan ikan masin. Yang specialnya sayur dan ikan tu digoreng oleh kak long tanpa bantuan mak, so semalam adalah hari bahagia dia sebab boleh menunjukkan skill dia.

Selalunya kat umah, akak tak bagi dia pegang ni semua sebab akak rasa dia buat kerja lain lagi bagus, nanti tiba masanya baru bagi dia memasak ni semua. Tapi bila dah dengan nenek, mintak apa pun mesti dapat, tu yang dia suka sangat dapat memasak tu. Patutlah sibuk bawak buku resepi yang dia belajar kat kelas memasak tu ke umah nenek, rupa2 nya dia ada projek nak menggoreng sayur. Paling poyo bila nengok dia membelek buku resepi tu lebih dari 10 kali hanya untuk resepi sayur sawi goreng. Good job kak long. Mama dulu masa sebaya dengan kak long, nak masak nasi pun tak gheti, almaklumlah anak pompuan sorang, manja yang amat, asik main je korjenye.


Kuih ni beli kat pasar ramadan lah, kitaorang memang tak koser nak membuat sebab tak gheti dan remeh. Agar2 tu memang sedap, so hari ni boleh beli lagi. Tepung bungkus ni pun sedap sebab inti kelapa dia banyak.

Ok kengkawan, ingat ye, jangan membazir ketika menyediakan juadah untuk berbuka.

Wednesday, August 26, 2009

BUKA PUASA

Salam.

Memandangkan minggu ni akak akan berbuka puasa di umah mak, so ini semua adalah hasil air tangan mak ye kengkawan. Menu untuk berbuka semalam adalah kari daging, kerabu taugeh, serunding kacang dan ikan bilis, daging goreng kunyit, telur dadar, telur asin dan satu2 nya hasil air tangan akak shibam adalah air asam, clap clap clap.


Satu lagi hasil kreativiti akak adalah rojak tu. Bila tengah memunggah cari tomato dalam peti sejuk semalam, akak ternampak kuah rojak tu, so tetiba idea bernas datang, korang tahu apa yang akak buat, meh sini akak bagitahu ye, akak ajak kak long dengan angah pergi kat depan umah mak tu untuk kait buah jambu air dan buah mangga. Timun tu sebab dah terkontang kanting tinggal sebatang je dalam peti sejuk tu terus akak korbankan sekali untuk buat rojak. Untuk menyedapkan lagi kuah rojak tu, akak campurkan dengan sos cili dan sedikit gula dan hasilnya marvellous. Tak caya? nanti korang cuba ek, beli kuah rojak tu dan campurkan dengan sos cili dan sedikit gula.
Ok, hari ni mak masak apa akak pun tak tahu, kalau rajin besok akak bagi korang nengok ye. Daaaaaaaaaaa

WAJIB ADA NI

Salam.

Alhamdulillah kengkawan, akhirnya di hari yang ke 5 berpuasa baru akak tak meloyakan diri di pagi hari. Setakat jam ini, semuanya berjalan lancar, kalau tak tu, masa cenggini lah kat laluan tekak akak ni rasa sekembang kembangnya. Phewww, hari ni, ok, rasa macam biasa je. Harap2 petua yang akak dapat semalam akan bertahan sampai ke penghujung puasa. Ada orang share dengan akak untuk memastikan tekak tu tak meloya di pagi hari or time nak gosok gigi tu, sebelum makan apa2, minum air Ribena suam dulu. Tanpa berlengah lagi, pagi ni akak try, and terbukti memang berkesan, tekak tu ok jer dan muka akak pun tak sememeh macam semalam.

Ni pulak resepi dari mak mertua akak untuk menghilangkan rasa loya jugak. Hari tu masa berbuka puasa kat umah dia, akak tengah tak larat kan, di tambahkan pulak effect termuntah2 kat umah dia, terus dia bagi idea untuk makan ni dengan nasi. Malam tu akak dah cuba, nampaknya berkesan jugak tapi akak tak makan masa sahur. Now, setiap kali berbuka dan bersahur ini adalah menu wajib akak untuk makan bersama nasi.

So bila buat time berbuka tu buat lelebih sikit, bila time bersahur tu, tinggal nak panaskan jer. Kalau korang nak jamu akak untuk berbuka puasa kan, banyak senang wei, tak payah susah2 pikir nak bagi akak menu yang sedap2, korang sediakan air asam ni je dah cukup. Memang ni je lauk akak semasa berbuka dan bersahur, lauk2 lain yang ada tu akak nengok sambil lalu je, memang tak menyelerakan langsung. Semalam, mak akak buatkan daging goreng kunyit, so akak bedal tu dengan air asam ni masa berbuka. Sangat melegakan sebab bila makan tu, kecut je tekak ni dengan rasa masam2 tu. Sodapppppppp.

Tuesday, August 25, 2009

♥♥♥ MELEPEK ♥♥♥

Salam.

Hari ni akak nak huraikan maksud perkataan ni kepada sesiapa yang tidak tahu lah. Pada yang terror dan BM selalu dapat A1 jangan bising ok, baca dendiam udah ler. Ok, perkataan untuk hari ni adalah MELEPEK.

Melepek mengikut maksud di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Edisi Kedua Kamus Pelajar bermaksud dalam keadaan sangat letih, tidak bermaya, terdampar keletihan. Ok dah paham kan apa maksud melepek ni. Untuk menyenangkan lagi pemahaman korang, akak akan buat ayat menggunakan perkataan melepek ini ye: "Hari ini adalah hari ke 4 berpuasa. Shibam sedaya upaya sedang bertahan untuk menghabiskan puasanya dalam keadaan MELEPEK".

Hah, sudah jelas, sudah paham, ada sesiapa nak bagi contoh ayat lain menggunakan perkataan MELEPEK. Sekian, dipersilakan.............

PENYELAMAT

Salam.

Banyak dugaan di bulan Ramadan ni untuk akak lah kengkawan. Kalau sebelum ni semuanya ok, tapi semenjak berpuasa ni, tenaga tu tak seperti biasa, dari tak meloya, tak pening, terus dapat simptom ni semua dari hari pertama berpuasa lagi. Takpe, ini semua cabaran kan, so akak akan cuba jugak untuk berpuasa penuh tahun ni.

Semalam dalam pukul 3 lebih macam tu dapat call dari mak akak. Macam biasa jawab je lah kan, mula2 lagi mak dah tanya, amacam puasa, ok tak? Akak ok kan jer sebab malas nak mengadu domba ni semua. Mak tanya lagi, bulan puasa ni tak balik awal ke? Akak cakap balik macam biasa pukul 5, tu sempat masak tak nanti tu? Pelik pulak dengan soalan2 mak hari ni. Rupa2 nya kak long dah citer insiden akak tidak sihat hari tu. Bla bla bla lagi dan satu ayat yang terpacul dari mulut mak akak semalam adalah, ni cuti sekolah ni, budak2 semua kat sini kan, kau balik kerja nanti terus je datang sini, buka puasa kat sini sampai habis cuti sekolah nanti. Hahhhhhh, biar betul mak! Korang jangan terkejut kenapa akak tak percaya ek, sebab mak akak adalah seorang mak yang selalu suruh anak2 nya berdikari, sungguhpun akak duduk berdekatan dengan dia, akak tak digalakkan untuk bermalas malasan, semuanya memang mak dah ajar agar akak menguruskan sendiri keluarga.

Kadang2 tu jealous nengok cousin2 akak yang duduk berdekatan ni, hari2 balik umah mak dia orang, makan dan melepak kat situ. Akak tak berpeluang buat cenggitu sebab mak dah train kitaorang adik beradik supaya tak mengada2, semua kena buat sendiri. So bila mak offer untuk berbuka di rumah dia setiap hari, rasa teruja yang hamattt lah kan. Tepat je pukul 5 semalam, terus cabut balik rumah dan keluarkan segala ikan, udang, ketam, sayur2an yang dah dibeli untuk dimasak minggu ni untuk dibawa ke umah mak. Kira win win situation lah ni, akak dah ada semua bahan mentah ni, mak tolong masakkan. Hoiyeeehhhhh, akak boleh bermanja2 sepanjang minggu ni. Mr.R ok je, janji tidak berbuka puasa dengan lauk pauk yang dibeli.

Akhir kata, terima kasih bebanyak kat mak kerana memahami keadaan anakanda yang sedang mabuk, meloya dan pening di bulan puasa ni.

Monday, August 24, 2009

IKUT TEKAK MASING2 LAH

Salam.

Korang biasa kan dengar orang bertanya macam ni : semalam ko masak apa, apa menu hari ni? Pastu korang jawab lah dengan sejujurnya macam biasa kan, owh aku masak ni, masak tu semalam. Pada yang tak komen apa2 tu baguslah kan, macam mana kalau bila korang dah bagi tahu menu apa yang korang masak, sekali tu ada yang bagi komen macam ni, ish tu lauk orang malas masak tu, tu lauk orang tak de idea nak masak, bla bla bla.

Masalahnya dah kalau tekak laki or famili hanya suka atau boleh masuk dengan lauk2 cenggitu, haruslah kena ikut jer kan. Yang nak makan adalah famili kita, so kita harus ikut selera dia orang, bukannya masak sebab nak masuk pertandingan ke, nak cuba pelbagai resepi pun boleh, tapi kalau dah anak tekak husband hanya nak makan lauk tu apa yang korang boleh buat kan. Haruslah ikut jer. Kalau takat nak suruh masak resepi lain tu ok, tapi kalau tak disentuh, tak dimakan, kan dah membazir namanya tu.

So kengkawan, jangan risau, jangan gundah, jangan gulana kalau orang cakap, asyik2 korang masak lauk yang sama je, yang penting, anak2 dan laki masing2 makan dengan senyuman. Ada paham!

PUASA HARI 1 DAN 2

Salam.

Bertemu kembali di hari ini. Amacam dah nak masuk hari ke 3 berpuasa ni? Semuanya ok. Hari pertama bersahur hari tu semuanya berjalan lancar, masing2 bangun dengan penuh semangat untuk berpuasa. Akak kejut kak long dengan angah sekali panggil je terus bangun, memang bersemangat, harap2 sampai ke sudah lah semangat membara macam tu ye anak2 sekalian.

Biasalah hari pertama berpuasa hari tu kan, semuanya baru nak menyesuaikan diri, puasa pertama jatuh pulak pada hari bercuti, so masing2 asyik amik kesempatan untuk baring, baring dan baring. Hari pertama akak sekeluarga berbuka puasa di rumah mak, so awal2 lagi dah kena lapor diri sebab nak kena tolong memasak. Bila dah ramai berkumpul tu, macam2 juadah yang dibawa dan dibeli, apa lagi, bebudak lah paling happy bila nengok ada makanan macam2 tu kan.

Semalam hari kedua berpuasa, yang lain ok, akak yang tak ok, lepas selesai solat Subuh, kepala dah rasa berpusing2, habis semua makanan yang dimakan masa sahur tu terkeluar balik dengan secara hormatnya. Tak tahu lah kenapa semalam asyik pening dan termuntah aje. Dugaan betul, sabar bebanyak lah, Mr.R suruh buka puasa tapi akak rasa sayang pulak, still bertahan dengan minyak cap kapak yang dilumurkan di seluruh anak tekak dan kepala. Dah janji nak berbuka di rumah mertua pulak, so nak tak nak kena pergi jugak walaupun keadaan akak semalam adalah sangat tak larat.

Nasib baik mak mertua paham, so Mr.R dan kak long je yang bertungkus lumus kat dapur menolong apa yang patut, akak terbaring je kat sofa tu tanpa rasa bersalah ye kengkawan. Yang penting siap jugak juadah untuk berbuka semalam tanpa bantuan akak seperti biasa.

Harap2 hari ni dan seterusnya akak ok lah untuk berpuasa ni, takut betul dengan experience semalam. Ok, hari ni apa menu korang untuk berbuka?

Friday, August 21, 2009

NGOMEL JE

Salam.

Apa aktiviti korang hari ni ek? Ada tak yang buat aktiviti sama dengan akak shibam hari ni? Aktiviti mengemas dan menyusun atur bilik solat untuk digunakan secara berjemaah semasa bulan puasa. Macam biasa lah, kalau dah akak yang bagi idea kat kengkawan lain, semuanya ok jer, baguslah ada kengkawan macam ni, baru betul slogan, rakan sepejabat sepakat membawa berkat. Hasilnya tadi, bilik solat lebih teratur dan kemas dari biasa.

Malam tadi ketika sedang berbual manja dengan Mr.R, akak selit2 kan jugak intro untuk meracuni fikiran Mr.R untuk membeli je juadah berbuka di pasar Ramadan semasa bulan puasa nanti. Yelah kan, this year akak kan berpuasa dalam keadaan berbadan dua gitu, tak tahu lagi tenaga tu masih kuat atau tak untuk bersilat di dapur tu nanti. Balik kerja pun macam biasa jer, pukul 5, tak de balik awal pun, dengan nak amik anak2 lagi, sampai umah pun dah pukul berapa kan. Bak kata Mr.R pulak, kita cuba dulu minggu pertama tu macam mana, nanti adjust balik, alahhhhhh kesimpulannya memang dia tak nak membeli lauk pauk tu, harus suruh akak memasak jugak ni. Minggu pertama puasa kan, budak2 cuti sekolah selama seminggu kan, so agenda memasak tu harus diteruskan jugak. Aiseyyyyyyy, buat penat je buat suara manje2 malam tadi tapi tak jalan jugak, ha ha ha.

Ok, lunch time nanti akak nak rasmikan keadaan bilik solat yang sudah berubah wajah. Nak join?

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Salam.

Kengkawan pembaca blog yang akak hormati sekalian, insyallah kita semua umat Islam akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan yang akan jatuh pada hari Sabtu ini. Di kesempatan ini, akak sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca. Di samping itu juga akak nak minta maaf banyak2 dengan korang kalau selama korang membaca blog kecoh ni ada entri atau perkataan yang mengguris perasaan korang. Jangan simpan dalam hati ye kengkawan, minta ampun, minta maaf ye.


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikan puasaUmat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukanHal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah KitaBayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalahRasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.


Sekali lagi kepada semua Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

MAMA PUN DIET AHHHHHH

Salam.

Semalam adalah hari posing untuk si kecik, tah apa angin mood yang melanda dia, asik suruh amik gambar2 dia, ada banyak sebenarnya tau, tapi akak tempek yang berkenaan jer, yang lenlain tu sangat mengarut sebabnya ntah mana2 dia dapat idea wei, siap terbaring, terlentang, terlangkup dan posing terover2. Akak dan Mr.R nengok je kerenah dia semalam, pastu kita orang bantai gelak cukup2. Pelik ah budak kecik ni, dari mana dia dapat idea ni semua tak tahulah wei. Bukan akak yang suruh dia posing2 ni, tapi lepas dia dah siap buat aksi2 tu semua terus sound, mama cepat ahhhhh amik gambar Mimi ni, cepat ahhhhhhhhh.

Sambil2 amik gambar ni saje jerlah akak berborak dengan dia :

Akak : Mimi, awak gomok lah sekarang ni, pipi dah tembam, perot dah boncit
Mimi : Hmmm, biarlah (sambil tersengih2)
Akak : Ish, mana boleh biar, nanti gomok tak cantik lah, besok diet ok, jangan minum susu banyak2, jangan makan nasi2 banyak
Mimi : Alahhhhhh, makan syedap ahhhhhhh (sambil mengerutkan dahi)
Akak : Tak boleh, kena diet jugak besok
Mimi : Alahhhh, mama pun diet ahhhh, mama pun gomok, perot mama pun boncit
Akak : ????????????????????????? (Tak tahu nak nangis ke nak gelak, emosi ku bercelaru)
Mr.R : Ha ha ha ha ha ha ha ha ha (tanpa henti untuk tempoh yang agak lama)


Ok, dah habis posing, akak mandikan dia semua dan dah siap bagi makan pun. Aktiviti seterusnya adalah tengok buku lah, apa lagi kan. Time ni kak long dengan angah dalam bilik masing2 buat homework dan selak2 buku sikit. Tengah elok2 mewarna buku tu semua boleh pulak menyempat suruh akak amik gambar dia lagi, ok, akak layankan jugak, janji dia happy.

Paling2 kuang asam adalah laki akak si Mr.R tu, dah nak tidur time pun masih tak boleh lupa si kecik tu sound akak suh diet, tak habih2 tergelak, ha ha ha, Yang, bijak betullah si Mimi tu, manalah dia dapat idea nak suruh you diet sekali. Sambung lagi gelak tu, ha ha ha, ish nak je akak suh tidur kat luar semalam.

Wednesday, August 19, 2009

TANAH PUNYA PASAL

Salam.

Ni nak citer dengan korang pasal insiden mengamuk secara kecil kecilan yang berlaku kat umah akak semalam. Tak lain tak bukan yang mengamuk tu akak ler, sape lagi kan, nak tunggu Mr.R ngamuk, tak de nampak pulak gayanya dalam masa terdekat ni, besok lusa tu tak tahulah kan. Benda kecik je pun tapi dah berlaku di hari dan waktu yang salah, makanya akak shibam ko ni mengamuk ahhhhhhhhh.

Kejadian amukan terjadi bila si angah bercerita tentang apa yang perlu dia bawak untuk subjek sains kat sekolah pada hari ni lah. Teacher suruh dia bawak 5 jenis tanah yang berlainan untuk diletakkan dalam botol yang kosong untuk ujikaji, masalahnya teacher baru bagitahu petang semalam dan teacher bagitahu kalau sesiapa yang tak bawak dengan lengkapnya akan didenda !!!! Boleh bayangkan tak, budak darjah 3 yang kelam kabut takut kena denda kalau tak lengkap semua bahan2 yang diminta oleh teacher tu. Dahlah malam tadi dengan hujan lebat, dengan angin ribut semua kat area umah akak tu, mana akak nak korek, nak cari 5 jenis tanah yang berlainan ni. Kat depan dan belakang rumah akak semuanya dah bersimen, area tanah memang takde langsung, kalau nak jugak kena pergi area rumah nenek or opah dia orang, kalau cuaca tengah ok takpe, ni tengah hujan lebat tahu tak!

Bila akak slow talk dengan angah, esok pagi je lah kita cari, ni tengah hujan lebat ni semua mana ada tanah yang dicari, dan dan tu angah jadi poyo, meleleh2 air mata sambil cakap, esok pagi nanti tak sempat, mama dengan babah dah siap2 nak pergi work, mana ada masa nak cari tanah untuk dia. Kalau tak lengkap, angah tak nak pergi school, sebab nanti kena denda ! What ! Yang teacher ko punyalah bagus, hari ni nak guna, semalam baru nak bagitahu. Teacher ni pun satulah, bukan ke dia ada buku rekod, syllabus apa yang dia akan ajar anak murid dia semua kan, at least bagi lah tahu 2 hari sebelum tu ke, barulah ada banyak masa nak disediakan.

Macam teacher kak long bagus, apa2 keperluan untuk anak murid dia, akan dibagitahu seminggu lebih awal so sangat menyenangkan semua. Teacher angah ni dah banyak kali buat kerja macam ni, bagi tahu last minute, tapi sebelum2 ni permintaan dia yang senang so akak ok jer, tapi yang semalam ni memang buat akak angin satu badan lah.

Last2, korang tahu apa akak buat? Akak telepon teacher dia time tengah hujan ribut tu jugak. Sebelum ni pun akak memang dah biasa berborak2 manja dengan teacher ni dan semua nombor teacher anak2 memang ada dalam simpanan akak, so telepon lah teacher tu dan mula2 tu borak2 manja dengan dia dulu, pastu baru masuk sikit2 dan terus ke soalan maut akak, puan tutttttttttttt (dengan suara yang penuh berhemah), kenapalah tak bagitahu awal2 nak suruh budak2 ni bawak bahan2 eksperimen ni, mana saya nak sediakan ni, dah malam, dengan hujan ni semua kan. Dahlah puan tuttttttttt cakap siapa yang tak bawak ni besok kena denda, macam mana ni? Saya mintak jasa baik puan tutttttttt untuk masa akan datang sila bagitahu lebih awal ye, paling kurang pun 2 hari lebih awal ye, bukan ke puan tutttttttttt dah tahu apa yang nak diajar pada student kan, next time kalau ada lagi nak kena bawak bahan2 ujikaji ni semua, bagitahu awal ye (akak cakap sambil gelak2 ni, dalam hati tengah menyirappppppppp ni sebenarnya).

Maaflah puan linda, saya terlepas pandang, insyaallah lain kali saya bagitahu lebih awal ye (nasib baik teacher ni berbudi bahasa u ols). Takpe, jangan risau, cakap dengan Fariz besok saya akan bagi dia sedikit contoh tanah2 yang lengkap, mintak dia bawa botol kosong je ke sekolah. Ok, settle wei, terus graf amukan akak menurun dengan pantasnya dan bagitahu angah apa yang teacher dia bagitahu. Barulah nampak muka dia tersenyum sikit.

Paling tak boleh blah, statement Mr.R lah, wuhooooooo mama adalah penyelamat babah, terima kasih Yang, kalau tak kerana you, saya lah yang kena pergi meronda malam2 tengah hujan ni. So kengkawan, next time kalau anak2 korang ada permintaan yang tak kena dengan waktunya sila jangan panik dan marah2 ye, kasi settle secara berhemah ye.

Tuesday, August 18, 2009

FAILED

Salam.

Kengkawan, semalam kan cuasa sejuk sepoi2 bahasa je kan, perut pun asik lapar je, sepatutnya semalam akak masak asam rebus bende dan ayam masak merah sahaja, tapi semenjak dua menjak ni asik teringin nak makan telur bungkus. So, lepas ambil anak2 semalam, melilau gi carik bahan2 nak buat telur bungkus. Ni kira first time nak buat sendiri lah, selalunya main order je kat kedai makan tu kan.

Almaklumlah first time cuba memasaknya, so malam tadi resepi telur bungkus telah ditukar nama kepada telur ternganga sebab akak tak berjaya membungkusnya, bila nak bungkus tu failed, last2 bahan2 tu tak berbungkus cuma terletak diatas telur dadar itu sahaja, ha ha ha, lepas ni kasik cuba lagi lah ye, jangan give up shibam. Mungkin isi dia terlampau banyak akak letakkan, so bila nak dibungkus tak menjadi.

Apa lagi, kena bantai gelak dengan dia orang kat umah tu, tapi yang penting habis lah jugak, ye lah, isinya dah betul menjadi, cuma tak menjadi bila dibungkus je.

Korang jangan gelak lelebih ek, korang pun kalau disuruh masak telur bungkus tu harus mula2 tu jadi telur ternganga jugak kan kan kan kan.

Monday, August 17, 2009

NO KOMEN..............

Salam.

Opsss, no komen, no komen, no komen. Akak just nak share jer dengan korang gambar ni, selebihnya no komen, no komen, no komen. Ha ha ha, macamlah ada wartawan tengah interview akak kan, bagi jawapan ala2 artis gitu.

Kredit to : http://www.murai.com.my/

Apa pun selamat pengantin baru buat mereka berdua. Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

OK, SEMUA SUDAH SETTLE

Salam.

Selamat bertemu kembali di hari Isnin. Amacam? Mood o.k? Kalau tak o.k, lantaklah korang oi, akak o.k jer memanjang. Macam mana dengan weekend korang? Best tak? Wuiii banyak lak soalan akak shibam pepagi ni kan. Hari Sabtu hari tu akak sebok dengan persiapan untuk menyambut Ramadhan dan semalam akak sefamili sebok membuat persiapan untuk raya nanti. Seperti yang akak dah bebelkan sebelum ni, akak suka buat semua persiapan sebelum puasa bermula. So semalam adalah hari untuk menyelesaikan misi2 mencari barang yang tak lengkap lagi. Kita orang keluar dari umah pukul 10 pagi dan selamat sampai balik ke rumah ngam2 waktu Maghrib. Memang lama, tapi yang paling penting lepas ni bila puasa bermula je, akak dah boleh goyang2 kaki je kat umah sebab semua sudah settle.

Haiiiiiiii senangnya dalam hati, semuanya sudah dibeli. Suka betul nengok muka anak2 dah dapat apa yang dia orang hajatkan. Yang paling lawak adalah si kecik lah, dari balik tu sampai dah masa untuk masuk tidur, dia still sebok nak pakai kasut raya dia dan yang paling tak boleh blah, sambil pakai kasut tumit dia tu, sambil buat lambaian ala2 ratu lagi, ha ha ha, sangat nostalgia sebab teringat masa akak budak2 dulu, abah dan mak akan bawak kitaorang adik beradik membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kedai kasut yang kitaorang masuk waktu tu adalah Bata, kira itulah kedai yang paling gah kat situ, abang2 akak bosan je bila tunggu adik pompuan dia ni memilih kasut, punyalah lama nak dapat yang berkenan di hati, bila dah dapat, akak akan pakai kasut tu kat dalam rumah setiap hari sampai lah raya tiba nanti, tup tup, anak2 akak pun peel nya camtu jugak. So akak tak boleh nak marah, sebab mama dia orang pun kecik2 macam tu jugak. Yelah, waktu raya nanti, kanak2 yang lebih enjoy kan.

Ok, lepas ni concentrate dengan puasa dan ibadat2 yang sewaktu dengannya.

Saturday, August 15, 2009

CORETAN DI HARI SABTU

Salam.

Selamat berhujung minggu dan berehat untuk kengkawan. Seperti yang semua dah sedia maklum, insyallah hari Sabtu depan kita semua akan mula berpuasa kan, so hari ni seperti biasa akak dan Mr.R membeli belah barangan keperluan dapur untuk seminggu tapi kali ni beli lebih banyak dari biasa untuk persediaan bersahur dan berbuka di bulan puasa nanti. Bila dah siap listkan barang yang nak dibeli, mak aiiiiiiiii banyaknya yang harus dibeli nanti ni.

Ok, pagi tadi dah siap membeli barang2 yang disenaraikan, dah siap kemas dah pun. Korang macamana pulak, dah buat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan? Biasalah tu bila tiba je bulan puasa ni semua perbelanjaan akan menjadi double triple kan, selalu beli telur 1 pak boleh tahan berminggu2, kalau bulan puasa kat umah akak shibam ni telur 1 pak tu boleh tahan beberapa hari jer, macam satu kemestian pulak, mesti nak ada telur dadar bila bersahur tu, kira dia macam penambah selera di waktu bersahur tu lah. Stok telur masin dan sardin pun dah siap bersusun dalam almari tu, ini pun kira penyelamat bila kebuntuan idea untuk memasak di kala bersahur dan berbuka nanti.

Kengkawan, akak sedang mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk bangun seawal jam 4 pagi untuk menyiapkan sahur nanti. Takpe shibam, banyak pahalanya orang yang bangun dari tidur yang enak untuk menyediakan makanan untuk keluarga bersahur di bulan Ramadhan ni. Pada semua kengkawan yang sama2 kena menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk keluarga, selamat mendapat pahala. Amin.

Friday, August 14, 2009

FAKTOR KETURUNAN

Salam.

Kengkawan, memang tidak dapat dinafikan akak korang ni kan memang peramah. Actually, faktor keturunan jugak yang menjadikan akak ni peramah sebab akak mengikut genetik abah akak iaitu seorang yang mudah mesra dan peramah orangnya. Buat masa ni anak2 akak yang mengikut peel akak adalah si kecik Mimi ni. Kak long ok lah, dia ni kalau nak menegur orang macam malu2 sikit dan angah lagi best sebab dia ikut angin dia sendiri.

Ini insiden petang semalam ye kengkawan, korang nilaikan lah sendiri betapa peramahnya si kecik yang berumur 3 tahun lebih ni dok menegur jiran tetangga akak. Macam biasa, sampai je kat umah petang semalam, kena bawak turun segala mak nenek barang2 dari bonet kereta tu, kebetulan jiran depan umah tu sampai waktu yang sama so masing2 bersalam dan bertanya khabar. Masa akak dah nak kunci kereta tu semua, budak bujang sebelah umah ni pun nak keluar dengan kawan2 dia, secara tiba2, si kecik telah memulakan perbualan :

Mimi : Assyalamualaikum abangggggggg sambil angkat tangan(dengan suara yang amat ceria tau, masa ni akak macam blur2 lagi ni tapi biarkan jer sebab nak tengok apa lagi dia nak cakap dengan budak2 bujang ni
Jiran : Waalaikumsalam adik, wah bagus lah dia, pandai bagi salam
Mimi : Abang apa khabar, abang nak pergi mana tu
Jiran : Oh, abang nak pergi kedai
Mimi : Ok ok nak pergi kedai, pergi kedai baik2, naik motoooooo tu elok2 tau
Jiran : Ha ha ha, dah macam mak abang bagi nasihat je ni - sambil senyum kat akak, kak bagus betullah anak akak ni, pandai bagi orang nasihat, masa ni akak dan kak long gelak sampai terinjut injut bahu dah ni

Dah lepas masuk dalam umah tu, akak tanyalah kat si kecik ni, wah pandainya Mimi suruh abang naik motor elok2, Mimi dengar siapa yang cakap macam tu? Pas tu kan dia jawab macam ni, alahhhhhh atuk kan selalu suruh ayan (adik akak ler tu) bawak motor elok2, bawak motor baik2, tu lah Mimi cakap kat abang tu. Ha ha ha, peramah nya laa hai anak akak ni, baru umur 3 tahun dah pandai nasihat orang bawak motor elok2. Tapi si kecik ni memang lah, dalam 3 orang anak2 akak, dia yang paling awal pandai bercakap, bila bercakap langsung tak pelat dan petah, kengkadang ayat yang keluar dari mulut dia tu betul2 boleh buat akak blurrrrrrrrr !

Thursday, August 13, 2009

SHIBAM 10 DAN 35

Salam.

Haiiiiiiiiiiiiiiiiii kengkawan! Jom layan gambar ni ye. Lihatlah transformasi seorang budak comot kepada seorang wanita yang tembam lagi jelita, auw auw auw. Anne dan Akish, atas bebelan korang, dengan ini dimaklumkan akak tak mengantuk tika dan waktu ini, ini semua hasil kunyahan keropok, kismis, kurma dan air soya di atas meja akak ni. Hasilnya memang tidak mengantuk langsung tapi akan menambah kan lagi berat badan akak ko ni hah.

Gambar budak kecik yang comot lagi bergaya dengan rambut ala2 potongan tak sama rata, kempis di kanan dan kembang di kiri adalah ketika akak berusia 10 tahun. Amik gambar passport nak pergi Singapore masa nih. Memang terserlah yang mata kiri akak lebih kecik dari mata kanan tu kan kan kan. Takpe takpe, wahai adik abang, kakak, makcik pakcik, kiranya korang kalau ada anak yang tak comel dan cantik ketika usia kanak2 nya, usah risau, usah gundah dan gulana kerana akak kecik2 dulu pun macam tu, comot dan tak comel yang amat kan kan kan, tapi nengok hasilnya sekarang, jelitaaaaaaaaaaaa gitu. Ha ha ha, sila setuju ek, jangan dengki dan cakap bukan2 kat dalam hati korang tu. Cubit kang baru tahu.

Korang kecik2 time umur 10 tahun cam akak ni comel ke comot????????????

KENAPA SEKARANG UPDATE SIKIT EK?

Salam.

Ni citer semalam ye kengkawan. Ada 2 orang anak dara manis cun melecun yang terpaksa menjadi pembaca setia blog kecoh ni iaitu si Anne dan Akish telah menanya soalan2 manja pada akak. Soalan dia lebih kurang macam ni lah : kenapa sekarang akak jarang update blog dan sekarang ni kalau update pun 1 hari 1 citer je. Pada si Anne tu akak dah explainlah, tapi yang tak boleh blahnya dia punya statement lah kengkawan. Meh akak citer kat korang ye.

Eversince akak pregnant ye kengkawan, simptom yang paling popular dan melekat sehingga kini kat akak ni adalah mengantuk, mengantuk dan mengantuk. Alhamdulillah penyakit lain tak ada langsung cuma penyakit satu ni je. Sampai sekarang ni, dah 10 minggu akak pregnant, asal pukul 10 lebih kang akak ngantuk, dah nak dekat lunch pun jadik jugak, dan yang paling kritikal adalah dari pukul 3 petang ke atas, ya allah, dengan menguapnya adalah dalam seratus kali sehari kot, tak pun lebih dari tu, dengan efek yang lebih bagus lagi adalah bila dah menguap tu, apa lagi, biji mata pun berair2 lah kan, pastu kelopak mata tu harus 80% nak tertutup. Hah, tu yang si Weeda boleh dengar akak menguap banyak kali tu, cuma dia belum terdengar akak berdengkur je lagi, mintak2 lah tak sampai ke tahap tu wei.

Hopefully bila dah melepasi tahap trimester pertama ni, semuanya akan kembali seperti sediakala, no more mengantuk2 ni semua, cergas dan aktif seperti biasa. Bila akak citer ni kat si Anne, wallawei dia suka2 bagi nasihat kat akak, jangan ikutkan sangat mengantuk tu, jangan layankan sangat perasaan tu, nanti baby keluar malas, nanti bla bla bla, banyak lagi lah dia membebel dengan akak. Ni lah kesannya bila berkawan dengan anak2 dara yang belum ada pengalaman, mana dia nak paham bila seseorang tu pregnant, macam2 penyakit yang tak ada sebelum ni pun boleh ada. Korang ingat ada ke orang pregnant yang sesaja tak boleh bau badan husband ke, tak boleh bau orang tumis nak memasak ke, loya tengok nasi ke, tak boleh bau minyak wangi ke dan pelbagai simptom yang pelik2 lah. Kesimpulannya nanti dia pregnant baru dia tahu sama ada dia ikut kan perasaan ke atau pun ianya lumrah untuk orang yang pregnant. Kita tunggu ye, nanti bila si Anne pregnant apa simptom yang melekat kat dia pulak, mua ha ha.

Kengkadang tu gagahkan diri jugak duduk depan laptop lepas makan malam tu, tapi bila dan mengadap je, start lah terkuap kuap, meleleh leleh air mata, apa lagi baik cari bantal dari nak mengadap blog kan. Bila dah mengantuk jer, mana ada idea nak membebel dalam blog, mana ada inspirasi nak berceloteh sebab kepala hotak asik nak bantal, bantal, bantal.

So kepada Anne dan Akish yang sangat prihatin dengan blog kecoh ni, ni lah sebabnya ye kenapa sekarang akak shibam update blog macam nak tak nak jer, asal akak baru nak mengarang kang datanglah aksi terkuap kuap dan meleleh leleh air mata hingga menyebabkan kebuntuan idea. Harap maklum ye Anne dan Akish. Apa kata korang berdua pulak update blog secara laju!!!!!!

Wednesday, August 12, 2009

MOOD

Salam.

Haiiiiiiiii kengkawan! Hari ni kan akak nak citer pasal mood. Ok, setiap seorang dari kita ni ada mood masing masing kan. Kengkadang tu mood kita o.k jer, kengkadang tu k.o, tapi kan akak adalah pelik dengan orang yang mood k.o dia lebihhhhhh dari yang o.k. Katalah dalam seminggu tu kan, adalah dalam 2 hari tu je yang o.k, yang selebihnya tu, korang bayangkan lah sendiri orang yang mood tak baik ni muka dia macam mana? Amat tidak menyelerakan untuk di bawa berbincang atau berbual2.

Memanglah kita tak tahu atau tak paham dengan masalah yang dia hadapi tapi rasa2nya kalau lah betul ada masalah, kan boleh di bawa berbincang untuk diselesaikan, ni memanjang buat muka tak de mood macam tu, amatlah tak bagus ye kengkawan. Atau yang paling bagus adalah jangan campur adukkan masalah tu, kalau ada problem di umah jangan dibawa ke opis, dan kalau ada problem di opis jangan dibawa ke rumah, hah gitulah kaedahnya.

Bagi akak senang ajer, bila berhadapan dengan orang yang mood nya tak bagus memanjang ni, harus akak buat dek jugak, lantak lah wei, layan lah mood ko yang tak bagus2 tu sampai bila2, akak no hal, paling2 pun akak anggap dia ada masalah hormon yang tak stabil. Buat masa ni hormon akak shibam adalah stabil memanjang. Hormon korang macam mana pulak?

Tuesday, August 11, 2009

TERIMA KASIH DIK YUYEE BUCUK BUCUK

Salam.

Ribuan terima kasih akak ucapkan pada adik yuyee bucuk bucuk yang telah bersusah payah menaip nama akak untuk dibagi award2 ni semua. Giler terharu bila nengok ada nama akak untuk diberikan award2 ni. Jasamu ku kenang ye dik yuyee. Woiiiiiiiiii budak kecik, nanti bila nak bernikah jangan lupa jemput ye, nanti akak boleh jadi ketua rombongan pengantin merangkap tukang bawak sirih junjung dan bayar tol untuk pengantin. Wuiiiiiiiiiiii dah terbau2 aroma nasi minyak bila baca blog ko dik yuyee oiiiiiiiiiiiiiiii.




Semalam jugak akak rasa sangat terharu sebab rupa rupanya ada kawan pejabat lain yang merindui akak. Wuiii tak sangka sampai macam tu sekali dia merindui kelibat akak. Jangan risau ye mama vogue (ha ha ha, macam dia baca blog akak ni), akak shibam ok, tak de bad mood atau apa2 mood yang sewaktu dengannya masa pregnant ni. Semuanya ok belaka.

Akak nak bagi award ni pada kawan2 yang selalu skodeng blog akak :

Beben
Siti Nornadiah
Anne
Naza Nur Saad
Minna Minna
Puteri Bongsu
Akish
Sue Vogue
Putri Essie
Aliahnizam

So korang2 ni semua, kalau sudi nak tempek dalam blog korang, silakan lah ye, kalau tak nak, apa lagi yang boleh akak katakan selain dari suka hati korang lah kan kan kan.

Monday, August 10, 2009

AKTIVITI PADATKAN PERUT PULAK

Salam.

Ok kengkawan, ni aktiviti sihat akak sefamili dengan adik beradik akak yang lain. Angah je tak dapat join sebab dia ada hal lain yang lebih penting. Penat nya tok sah cakaplah, dari hari Sabtu malam lagi akak dah prepare barang2 ni semua. Dengan nak perap ayam lagi, nak sediakan kerang, jagung, ikan dan macam2 lagilah. Macam biasa lah, bila buat aktiviti macam ni, kita orang share duit sesama dan tukang beli barangnya dan prepare adalah akak. Mak akak pulak masak nasi lemak untuk melengkapkan acara makan2 ni.

Kesimpulannya bila dah berkumpul dan buat aktiviti ni bersama2, bestnya lah haiiiiii, rasa penat pun hilang bila nengok semua happy.

Masing2 ada tugas semalam. Kak long dan sepupu dia pun ringan tulang semalam. Macam2 kerja dia orang buat. Akak lagi gigih tahu tak, siap google nak amik resipi perap ayam tu dan punyalah berdebar nak tahu hasilnya. Nasib baik semua cakap sedap, kalau tak buat malu je, perap ayam pun failed.

Punyalah banyak masa ye, ayan dan wawa siap sempat main badminton sambil kita orang menyelesaikan tugas masing2. Takpe2, mainlah badminton tu dulu, lepas ni semua pinggan mangkuk kotor ni korang basuh ye. Memang puas hati lah, bila buat sendiri semua ni rasa berbaloi sebab semuanya habis licin disantap oleh kita orang.

Ok, bulan puasa nanti akan ada satu lagi sesi bbq macam ni. Tak sabar wei !!!!!


HARI SABTU YANG PADAT

Salam.

Halooooooooooooo kengkawan. Korang macamana hari ni? Ok tak? Dah cuti 2 hari kan, mesti ok lah tu. Huiii akak punya cuti 2 hari tu macam tak bercuti jer, penat weh, hari Sabtu ada 2 kenduri yang perlu dihadiri. Satu di Bandar Baru Bangi dan satu lagi di Shah Alam. Tapi gambar tak banyak sebab akak tak kuasa nak snap gambar, nak pulak sampai kat tempat kenduri di Shah Alam tu dah hampir pukul 4 petang, mekap pun dah cair, muka masing2 pun dah tak semenggah, tu yang malas nak bergambar tu.

Korang layan gambar ni je lah ye.

Ni wedding anak cousin Mr.R. Dia orang buat kat dewan jer. Sangat simple, makan2 je, pelamin semua yilek pochik, sanding2 tak main ok. Famili dia memang nak buat yang simple2 jer. Yang penting dah selamat bernikah ok.

Menu kat sini semuanya sedap dan famili akak melepak sampai pukul 2 petang cam tu lah. Yelah wei tak kan dah makan nak terus balik jer, dah lah jumpa sedara mara pun jarang2 kan so ada peluang berjumpa ni marilah kita berborak2 untuk mengeratkan silaturahim gitu.

Lepas solat zohor di umah mak mertua baru bertolak bersama2 ke Shah Alam. Gedebak gedebuk dekat pukul 4 petang baru sampai. Pengantin pun dah bersantai2 je masa kita orang sampai. Dalam kul 5 lebih cam tu akak dah ajak Mr.R balik sebab macam2 kerja lagi nak buat kat umah tu. Mintak izin dengan mak mertua dulu untuk balik sebab mak mertua akak harus stay lama bila dah berjumpa sedara mara kan.

Ok habis agenda hari Sabtu so akak nak prepare untuk aktiviti hari Ahad pulak.

Thursday, August 6, 2009

PILIH BETUL2

Salam.

Kengkawan, pagi tadi ni je kan akak menjadi penasihat kepada 3 orang rakan se 'ym' yang muda2 belia semuanya, masing2 tak habis2 ada masalah dengan bopren. Pelik betul lah pasangan muda yang bercinta sekarang ni. Ikutkan kepala hotak akak ni kan, apalah susah sangatnye, kalau yang sorang tu bopren dia asik nak marah2, nak merajuk je, tak ada korje lain, harus akak suruh tinggalkan jer, gi carik bopren baru, tak payah susah payah, tidur tak lena, makan tak lalu sebab nak melayan karenah bopren ni.

Kalau ada bopren yang naik kaki tangan tu lagi lah tak boleh blah, kerja giler lah namanya kalau korang still nak berkasih sayang dengan orang macam ni. Tu baru bercinta dah macam tu kalau dah bernikah nanti harus lebam2 biji mata korang kena penumbuk tahu tak?

Wahai pembaca2 blog kecoh yang sedang bercinta di luar sana, ye betul, cinta itu buta tapi tolonglah berfikiran luas sikit bila tengah berkasih sayang ni. Jangan bagi muka dengan kaum lelaki yang tak semenggah. Kita pun ada kuasa untuk memilih untuk terus bercinta dengan dia atau orang lain. Sila berpikiran waras adik2 oiiii.

Korang jangan takut untuk memutuskan sesuatu hubungan percintaan tu kalau dah dari mulanya pasangan korang memang tak semenggah, ramai lagi kat luar sana yang baik budi pekertinya.

Akhir kata selamat bercinta cinta ye.

Wednesday, August 5, 2009

TEKAK MENGADA NGADA

Salam.

Wuhoooo, tengah hujan weh kat sini, jom join kita orang gi bobom jom. Huiii, bestnye dapat lelap sejam dua ni. Sila jangan jealous ek.

Kengkawan, malam tadi korang masak apa? Tekak akak semenjak dua menjak ni terlebih mengada ngada nye, dari hari tu lagi, dah siap masak nasi dan lauk bagai tapi bila nak makan tu rasa cam muak je nengok. Sanggup tu, buat jemput2 udang ler, jemput2 kentang ler, goreng mihun ler, goreng nugget ler untuk menu makan malam akak sendiri.

Macam malam tadi mengada ngada nak makan sandwich pulak. Bila citer kat Mr.R kan, wuiiii laju jer dia gi kedai tolong belikan untuk akak. Best ler cam ni, mengada ngada sikit terus dilayan, lepas ni buat lagi ek, ha ha ha. Kirim kat Mr.R beli satu tin sardin cap ayam, mayonis, pepper, timun, tomato, limau kasturi dan salad. Bukan satu jenis sandwich jer akak buat wei, tapi 2 tau, sila bangga dengan kerajinan akak ok. Dah masak nasi dan lauk tau semalam, tapi gigih buat sandwich lagi.

Mula2 rebus telur dan buat ler sandwich telur, pastu buat sandwich sardin lak. Wuiii sedapnye, berselera tul makan malam tadi. Angah suka betul malam tadi, lepas makan nasi makan sandwich pulak. Siap cakap tu, mama bestlah sekarang ni, macam2 mama masak, angah suka lah sambil mulut mengunyah2 makan sandwich.

Mr.R lagi best, siap cakap nanti baby ni bila dah besar boleh jadi chef sebab mama dia extra rajin semenjak pregnant ni, macam2 menu ada. Ok lah tu, ingat nak beli bahan2 nak buat tomyam pulak petang ni. Sedapnya masam2 kan.

Korang nak masak apa pulak?

Monday, August 3, 2009

HELLO, SAYA BLA BLA BLA DARI BLA BLA BLA

Salam.

Korang biasa telepon opis orang lain atau biasa terima panggilan kan. Mesti korang pernah berhadapan dengan pemanggil yang kerek dan sewaktu dengannya. Satu contoh pemanggil kerek adalah dia harap yang menjawab telepon tu cam dengan suara dia dengan hanya menyebut hello!!!!!!!!

Boleh tak bila korang buat panggilan kepada seseorang, sila kenalkan diri dahulu dan baru bercerita dengan panjang lebar. Don't expect orang untuk cam dan kenal suara korang dengan sekali lafaz je. Dah lah bila dalam telepon tu suara orang semua macam sama jer, mana boleh cam!

Macam pagi ni, akak tolong jawab panggilan pegawai yang takde dalam bilik nya, si pemanggil terus menyampaikan pesanan panjang lebar kat akak, bila akak bertanya siapa yang bercakap ni, terus memokak, haiiiiiiiii takkan tak cam suara saya ni, saya ni bla bla bla bla, abih dah memang akak tak cam, kenalah bertanya kan. Bukannya akak bergayut setiap hari dengan dia, kalau macam tu bolehlah confirm kenal dengan suaranya tu.

So kengkawan, next time bila korang buat panggilan telepon tu sila lah bagitahu dulu pengenalan diri korang baru boleh bercerita panjang lebar ye, jangan perasan yang orang lain akan cam dan kenal dengan suara korang.

Saturday, August 1, 2009

MENU 1HB OGOS

Salam.

Selamat bulan Ogos kengkawan, lagi berapa minggu nak sambut Ramadhan? Ada yang pergi shopping ke hari ni? Akak planned dalam minggu depan lah nak settlekan semua benda yang belum di settlekan. For sure, start je puasa semua udah settle.

Giler berlagak tajuk entry ni kan, Menu 1hb Ogos konon, macam masak gempak ek, hari ni korang masak apa wei? Menu korang ada ayam golek bagai ek, menu akak shibam ni cam biasa ler, yang simple ajer, yang penting masak.

Hari ni akak masak ayam masak lemak pedas, goreng sayur kobis berkicap, goreng ikan dan yang paling best adalah kerang rebus. Pregnant lady kan elok makan kerang bebanyak, biar tambah darah gitu, so pagi2 lagi tadi, Mr.R dah pergi pasar cari kerang. Sekali beli 2 kilo, biar bebanyak, baru puas makan. Kalau korang nak tahu, kat rumah ni hanya akak dan kak long je yang makan kerang ni, yang lain tak suka. So kira akak dengan kak long akan makan kerang rebus ni 1 kilo seorang, nanti terkentut pun berbau kerang, ha ha ha.

Ok, jemput makan semua. Daa