Wednesday, September 30, 2009

KORANG BAGI LAH TAJUK SENDIRI

Salam.

La la la la la, motip la la la la di pagi hari ni? Nak menyedapkan hati ni kengkawan oi, pagi ni ada tragedi baju raya yang baru di pakai sekali je hari tu. Ni hah, baju yang kat dalam gambar ni, masa beli hari tu takde pulak sales assistant tu cakap kena dry cleaning, so akak pepandai sendirilah basuh macam biasa, sekali bila nak di pakai pagi ni, baju tu dah jadi macam saiz kak long lah pulak, wuarghh, rasa cam nak jerit, nak marah, tapi pada siapa!

Kalau beli 10 hinggit semeter takpe lah jugak, ni dah lah mahal, baru pakai sekali dah tak boleh pakai langsung lepas ni, wuarghh lagi. Ok, benda dah nak jadi kan, mulai dari sekarang, bila beli je kain kat mana2 kedai, harus tanya betul2 dengan sales assistant tu.

Ni gambar kenangan di hari raya pertama semasa melawat nenek di rumah mak usu di Bangi ni jugak. Nengok lah gelagat ceria anak2 buah akak, sampai poning kepala nenek di buatnya, memokak2 kat katil dia.

Masa melawat nenek hari tu pun ada tragedi jugak, tapi tragedi lawak lah sebab dalam ramai2 anak cucu cicit yang datang petang tu, dia boleh cam akak sorang je mula2 nya tu, ayat nenek yang paling tak boleh blah bila abang ngah tanya kat dia, nek ni sape, nek ni nenek cam tak, semua dia jawab lambat je, tapi bila sampai turn akak, dia boleh jawab macam ni, hahhhhhhhh yang ni nenek cam sobab dari jauh dah boleh nampak, bosarrrrrrrrr, ini dak Maz, ha ha ha, apa gomok bonar ko sekarang ni, dulu kocik jo, apo sekarang ni gomok bonarrrr (sambil nenek golak2 tau masa ni) belum sempat akak menjawab habih kena gelak guling2 dengan bebudak ni semua, kuang asam betul tau bebudak ni. So kengkawan, sekarang korang dah tahu kebolehan melaser akak ni diwarisi dari siapa ek.

Jap lagi nak Hotel Equatorial Bangi sebab opis kita orang ada bengkel kat sana hari ni. Sampai ketemu lagi. Daa

Tuesday, September 29, 2009

FAMILI MERTUA

Salam.

Semalam dah citer pasal famili kak shibam kan, hari ni nak share dengan korang pasal famili mertua pulak. Korang meh semua tiru macam kak shibam ye, harus berbaik2 dengan famili mertua, korang jangan cari pasal, cari gaduh dengan keluarga mertua tau, not good, kalau takde dia orang ni takde lah pasangan hidup korang tahu tak ! Ha ha ha, emosional di situ ye kengkawan, sebabnya akak tak fahamlah kalau ada yang tak berbaik dengan keluarga mertua, ada yang bermusuh, anak orang tu korang nak, mak bapak dia korang tak nak pulak ek, biasa tu, babab kang baru tahu. Ok sesudah tu bagi syarahan, moh kita memulakan sesi pengenalan ye.

Sebelah kanan Mr.R tu adik dia yang no 4. Mr.R ada 6 orang adik beradik, kesemuanya lelaki. Mr.R anak sulung, so panggilan manja kak shibam kat sebelah mertua adalah mak long, pepaham je lah bila dah jadi mak long ni, yang paling kecoh akak, yang paling laser pun akak jugak, menanah2 telinga biras2 ni bila kena sound dengan mak long, sape kecik hati bila kena sound dengan mak long adalah tidak berfaedah sama sekali sebab sifat semulajadi mak long adalah melaser, ha ha ha. Cuma yang paling baik je tak tahu nak komen, tu kena tanya mak mertua sendiri sebab dia dah ada 4 orang menantu perempuan ye kengkawan. Sebelah kiri akak tu adalah puteri bongsu, isteri adik Mr.R yang no. 4 ni lah, kenapa dia orang dapat duduk kat sofa cantik tu adalah dari sebab musabab dia orang pakai baju raya cantik nak mamposs hari tu, ha ha ha, yang sebenar2nya dia orang je yang muat duk kat situ.

Ini adalah pak mertua dan mak mertua akak shibam yang redho ada menantu kebabommmm macam akak ni. Akak tak payah susah payah nak memerah otak untuk membayangkan rupa Mr.R 20 tahun akan datang ye, nengok je rupa pak mertua akak ni, akak dah boleh redho untuk berhadapan dengan Mr.R 20 tahun akan datang. Mr.R, you redho tak nak tengok rupa I dalam 20 tahun lagi, ha ha ha.

Untuk makluman jugak, kak long adalah cucu sulung dalam famili Mr.R, so dia memang ada mengada2 sikit dengan opahnya ni.

Dua orang budak comel yang berbaju purple tu adalah anak kepada si puteri bongsu tu. Adik2 Mr.R yang seramai 2 orang lagi yang dah berkeluarga tu takde dalam ini filem. Tahun ni giliran dia orang balik kampung masing2. Makanya setiap pagi raya, balik2 muka akak dan puteri bongsu je lah kat umah mak mertua ni. Tahun depan giliran dia orang beraya kat umah mak mertua dulu, so tunggu tahun depan je lah kalau korang nak nengok rupa dia orang ek.

Monday, September 28, 2009

MEH NENGOK YANG NI PULAK

Salam.

Hari raya tahun ni memang meriah, korang pulak macam mana ye? Kalau yang ada adik beradik dan famili besar mesti lagi meriah kan. Tahun ni seperti tahun2 yang telah sudah, akak hanya beraya di Bandar Baru Bangi sahaja. Semalam je baru balik Melaka untuk berjumpa dengan sanak saudara di sana, kesimpulannya dari hari raya pertama sampai semalam adalah sangat happening dengan aktiviti2 yang dijalankan.

Nak bagi tahu kat korang jugak yang bahawasanya mood mengambil gambar hanyalah ada di hari raya pertama, yang seterusnya langsung tak teringat nak bawak keluar kamera sebab terlampau lampau sibuknya. Gambar kenangan ipar duai datang beraya di rumah pun takde sebab sebok melayan tetamu. Lega rasa hati ni sebab keluarga mertua semuanya sudah datang dan menjamu selera di rumah. Nanti akak ngomel pasal bab menjamu tetamu di next entry ye.

Ok jom layan gambar2 yang meriah ni

Mak dan abah akak. Alhamdulillah kedua duanya masih sihat untuk bersama2 beraya dengan anak cucu. Masa ni mak belum ready berbaju raya pun tapi still kena paksa dengan akak untuk bergambar. Tetamu tak putus2 datang berkunjung ke rumah sampaikan nak keluar beraya ke rumah saudara mara lain pun amat terbatas waktunya.
Hah ni pulak akak bergambar dengan adik beradik yang seramai 4 orang ni jer. So misi akak sekarang adalah nak menambah adik beradik kak long, angah dan mimi, ha ha ha, tetiba citer bab ni pulak ek. Serius lah wei, beraya dengan adik beradik yang sejemput ni tak semeriah beraya dengan adik beradik yang ramai tau. Nengok sepupu sepapat akak yang ada adik beradik ramai tu memang happening betul lah.

Ni abang long akak. Buat masa ni masih dikurniakan dengan seorang cahaya mata sahaja. Semoga tahun2 mendatang famili along akan bertambah ye. Amin


Ni pulak family abang ngah. Anak2 dia semuanya tiga abdul. Moga tahun depan akan dapat puteri pulak ye. Amin

Laaaaaa yang ni takkan korang tak kenal2 lagi wei, family akak shibam yang simple tetapi sweet boleh. First day raya selalunya orang pakai baju raya glamor2 kan, harga beratus2 wei, mengerlip2 bajunya, tapi kita orang simple je janji semua pakai baju baru kan kan kan.

Adik bongsu akak yang akan berdua insyaallah tahun hadapan. Tahun depan dia kena balik Besut, Terengganu untuk beraya kat kampung isteri dia pulak, ha ha ha, rasa kan lah ko Ayan, beraya di kampung orang, pepandai lah bawak diri tu nanti.

Semua cucu2 yang cantik jelita, hensem bagai nak rak di pagi raya tu. Balik2 tiap2 tahun muka ni je lah yang bergambar nya pun, bila nak bertambah lagi cucu2 atok dan nenek ni. Pesanan untuk adik akak, sila jangan planning selepas kahwin, kasi keluar kan baby terus ok, ha ha ha.

Aktiviti raya pertama macam biasa pergi ke rumah saudara mara yang berdekatan. Lepas tu ke rumah nenek dan sebagainya. Hari raya kedua cuma duduk di rumah menunggu tetamu dan ber bbq di malam hari, seronok makan berebut2 dengan anak2 buah ni dan hari raya ketiga terus ke rumah mak mertua dari pagi hingga ke malam. Raya keempat barulah pergi beraya dengan keluarga mertua ke Selayang dan Shah Alam. Kesimpulannya sekarang ni poket anak2 akak lagi tebal dari poket mama dan babahnya. Hi hi

NENGOK NI DULU YE

Salam.

Selamat bertemu kembali di hari Isnin ni kengkawan. Bersemangat betul nak datang kerja setelah cuti sekian lama kan, ha ha ha, sangatlah bersemangat sampaikan tak sabar2 nak pergi kerja pagi ni.

Ok, actually banyak giler gambar dan cerita yang akak nak kongsi bersama korang. Untuk pengubat rindu korang nengok lah dulu gambar sekeping ni dari family shibam di hari raya pertama ye.

Jap2 lagi akan menyusul gambar2 yang lebih cantik dari ni.

Mempersembahkan keluarga shibam di pagi raya. Yang penting posisi akak tu telah menampakkan akak lebih kecik dari biasa, ha ha ha, tu yang nak tunjuk gambar ni dulu kat korang.

Nantikan gambar dan citer seterusnya selepas ini ye. Daaaaaaaaaaaa

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ENTRY BARU KAT BAWAH YE DARLING DARLING SEKALIAN !

Salam.

Kengkawan yang dikasihi sekalian, di kesempatan ini dengan rasa syahdunya, akak shibam nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari kengkawan sekalian. Sepanjang akak berceloteh dalam blog ni, mesti ada sedikit sebanyak entri nya yang menusuk kalbu dan mengguris hati dan perasaan kengkawan. Akak minta ampun, minta maaf ye kengkawan. Di hari baik dan bulan yang mulia ini, marilah kita bersama2 maaf memaafi di antara satu sama lain.

Buat dua orang biras akak si Puteri Bongsu dan Minna Minna pulak, minta maaf banyak2 ye, akak selalu menegur atau bergurau secara kasar dengan korang berdua. Sesungguhnya korang memang biras2 yang baik hati dan bersopan santun. Adoiyaiiiiii, sedihnya rasa macam nak peluk peluk si Puteri Bongsu dan Minna Minna sekarang.

Pada kengkawan opis pulak, minta maaf banyak2 jugak ye, jangan serik ada opis mate yang oh la la macam akak ni ye.

Untuk Lija dan Anne, ribuan ampun dan maaf jugak tau, selalu tipu kat korang akak takde kat tempat nak jawab telepon walhal akak tengah sebok berborak atau sebok makan, ha ha ha.

Akhir kata untuk pembaca yang sudi terjah blog kecoh ni, ribuan terima kasih akak ucapkan. Sekali lagi ye kengkawan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin akak lafazkan tulus ikhlas dari lubuk hati akak ni.

Wednesday, September 16, 2009

SYAHDU NYA DI PAGI RAYA

Salam.

Bila hari raya semakin hampir ni kan, satu perkara yang every year akak rasa sangat2 berdebar2 untuk menghadapinya adalah tidak lain tidak bukan ketika bersalam salaman dengan ahli keluarga di pagi raya. Perasaan korang macam mana ye? Akak tak tahulah, dari zaman kanak2 sampai lah ke tua bangka ni kan, asal tiba waktu bersalam salaman untuk bermaaf maafan tu mesti adalah waktu yang sangat kritikal buat akak, dada tu rasa membuak buak, air mata tu meleleh leleh tanpa diundang dan pelbagai perasaan lainlah yang datang, nak citer kat korang pun susah. Mana tak berdebar debarnya, masa akak nak melahirkan anak2 akak seramai 3 orang ni pun, perasaan nya tak macam tu, rilek je tapi bila sampai saat di pagi raya ni adalah saat yang paling2 syahdu syahdan wei.

Nak kata banyak dosa ke apa ke tak tahulah pulak kan tapi serius tau memang sedih yang amat, baru je bersalam dengan abah, baru nak cakap selamat hari raya, maaf zahir batin bla bla bla bla, bahu dah terhenjut henjut dah, air mata toksah cakaplah kan, bila dah sampai ke giliran mak lagilah pulak, siap teresak esak ko. Setiap kali cuba cakap dengan diri sendiri jangan sedih2, be cool, salam elok2 tapi tak sampai seminit dah start air mata nak berjujuran. Family yang lain nanti mulalah start sama bila nengok akak dah start nangis2 kat situ, habih semua dari yang keras kepala, degil, suka melawan pun nangis sekali sesama. Bila teringat balik rasa kelakar pun ada gak bila nengok adik bongsu akak tu sampai merah2 matanya. Itulah penangan hari raya kan.

Pagi raya tu selalunya muka masing2 memang tak bermekap lah, dah menangis kat situ, kalau dah berbedak semua nanti mesti bercapuk capuk lah pulak. Kalau balik ke rumah mak mertua lagilah, adik ipar akak suami kepada Puteri Bongsu tu selalu buat akak sedih berlebih lebihan, dia ni kalau minta maaf dengan mak abah tu boleh buat skrip berjela jela, skrip dia pulak semuanya menikam kalbu, mana tak sedih lagi dibuatnya.

Sememangnya masa bermaaf maafan tu adalah moment yang paling indah untuk diingati di setiap pagi raya. Korang macam mana ye, ada sedih2 tahap melampau macam akak tak?

Tuesday, September 15, 2009

MIMI AKUSTIKA

Salam.

Mempersembahkan bakat baru, Mimi dengan gitar nya, clap clap clap. Ni kejadian dalam bilik cousin dia hari Ahad lepas, tengah melepak2 dalam bilik tu sekali dia ternampak gitar tu kat tepi katil, gigih lah dia nak mengangkatnya pastu terus duduk dendiam kat situ dan goreng gitar tu dengan macam2 lagu lah, paling tak boleh blah masa dia nyanyi lagu Air Pasang Dalam sambil petik gitar, ha ha ha, lawak betul minah kecik ni.

Habih di eksperimen nya gitar tu, kejap di terbalik kan, kejap dia berdiri, kejap dia tonggengkan, lantak kat situ janji tak ngacau orang. Lama pulak tu dia melayan main gitar tu, satu statement lawak minah kecik ni kat akak hari tu, mama, mama, nanti Mimi nak beli satu gitar macam ni tau, ha ha ha, ko ingat tu gitar mainan yang murah2 tu ke nak oiiiiiiiiiiii. Sabar je lah.

Ok Mimi, lagu raya satu, la la la la.

Monday, September 14, 2009

JEALOUS LAH TU

Salam.

Kengkawan, sila jealous secara melampau ok. Di hari mulia ini, kita orang kat opis dapat bergambar dengan budak2 AF7 ni. Siap datang kat opis lagi tau, mana taknya, kita orang dah komplen sesiap, kalau tak naik nanti kita orang tak akan layan lagi sampai bila2, ha ha ha, itu semuanya dusta semata mata ye.

Hari ni pihak Mamee ada buat promosi kat area kolej ni, so duta2 dia orang pun ada sekali lah. Yang datang semuanya dari AF7, Hafiz, Isma dan Yazid. Dan paling tak boleh blah, akak tak sempat nak amik gambar dengan Isma dan Yazid sebab kena hantar angah pergi school. Ni semua gara2 bapak mertua akak tak boleh nak menghantar seperti biasa dengan alasan dia nak sapu sawang (ini alasan yang dia bagi tau, bukan akak sesaja letak ni), haiyoooo, takde lah hari lain nak disapu sawang2 tu semua, boleh nak sapu hari ni jugak tau, so akak melepas lah nak bergambar dengan Isma dan Yazid.

Kak Teh, Hafiz AF7, Sue Sue, Shibam dan Teratak Aku. Weeda, sila jealous hingga tahap cipan ok, ha ha ha. Rilek ah, ko hari tu dapat amik gambar Fahrin dengan Misha kan, kasik can lah kita orang amik gambar dengan budak2 ni pulak.

Yey yey, berjaya gak menyelit bila Teratak Aku nak snap gambar Suk Suk, tak pedulik, janji akak berjaya interframe, la la la.

Kak Teh, Isma dan Sue Sue. Elok gak akak takde dalam gambar ni, kalau ada mesti Isma ingat akak ibu yang dah beranak lapan wei, cube korang nengok kemanisan dan kesliman si Isma ni, anak dah 5 tu tapi kalah anak dara kat sebelah kiri dia tu, ha ha ha, habihlah lepas ni Kak Teh belasah akak.

Ok lah tu, dah dapat Mamee sorang sepaket kan, balik umah kang boleh masak untuk juadah berbuka puasa. Orang yang paling happy adalah Sue Sue, sengih tak sudah2 sampai ke laaaaaa ni.


YEY YEY DAH NAK RAYA

Salam.

Semalam kita orang pergi berbuka di rumah Angah akak. Cuma abah dan along sekeluarga yang tak dapat hadir. Tak cukup korum tapi still meriah sebab ada akak dan anak2 buah yang sewaktu dengannya, ha ha ha. Tambah lagi dengan mulut kepoh si kecik, lagilah rasa macam dah ramai benar.

Agenda selepas berbuka dan solat maghrib adalah bermain bunga api. Banyak giler stok bunga api yang dibeli dek Angah ni tapi dia orang belasah sekotak tu dulu, yang lenlain tu nanti main masa berkumpul hari raya nanti. Tak sabar rasanya tau, yelah kita orang ni adik beradik tak ramai, bila sesekali berkumpul tu, alangkah bestnya. Korang nengoklah muka excited tanpa perasaan bersalah di dalam diri masing2 bila dapat bermain bunga api, ha ha ha.

Mimi terror betul lah, tak takut langsung, gigih main sambil berlari2 dengan bunga api tu. Dah tak pandang kiri kanan dah, bila nengok dia orang happy2 ni teringat akak zaman kanak2 dulu, memang meriah, sekarang giliran anak2 pulak untuk merasainya.

Main bunga api punyalah memekak sampaikan jiran kiri kanan pun join sekali, siapa kata bila dah berumur ni nak sambut raya tu macam tak meriah jer, bidaah je tu, akak ok jer, macam semalam, akak yang over main bunga api daripada bebudak ni. Cuma yang tak bestnya sebab akak dan Mr.R takde kampung, memang beraya di Bandar Baru Bangi je, tiap2 tahun jadi guard yang bertauliah kat umah kita orang tu. Tak pernah merasa macam orang lain, packing2 baju dan tersekat dalam jem nak balik beraya. Akak hari2 pun balik kampung, jumpa mak, abah dan kedua2 mertua.

So pada yang nak balik kampung tu nanti, berhati2 di jalanraya ye.

Friday, September 11, 2009

MESTI BUDGET BETUL-BETUL

Salam.

Duit duit di mana kau duit, duit duit, ha ha ha, pepagi dah meroyan nyanyi lagu M.Nasir ni tau, mana tak nya kengkawan, makin nak hampir hari raya ni, makin gerun tengok budget yang dah keluar dan yang akan dikeluarkan. Malam tadi akak dan Mr.R dok bermesyuarat pasal budget kita orang, ye lah, penyewa2 kita orang pun dah masukkan duit sewa masing2, so kena budget betul2 untuk perbelanjaan di hari raya dan sesudah raya nanti. Paling tak boleh blah bila nak cukupkan budget tu sampailah dapat gaji bulanan yang seterusnya, macam ala2 bernafas dalam lumpur, ha ha ha.

Korang ingat dapat gaji awal ada banyak faedah ke sayang oiiiiiiiii, takde maknanya sebab gaji yang kitaorang dapat ni kan memang gaji seperti bulan2 yang sebelumnya, memang dah ada komitmen untuk bayar segala hutang piutang rumah2, kereta2 dan sebagainya. Lainlah kalau gaji bulan ni di bagi sekali dengan bonus 2, 3 bulan, barulah rasa teruja nak dapat gaji awal. Ni gaji keluar awal pun tak boleh nak di belanjakan sesuka hati sebab komitmen untuk bayaran hutang piutang lebih penting.

Untungnya kengkawan yang dapat bonus untuk beraya nanti ni, selamat berbelanja dengan berhemah ye. Duit saguhati yang kitaorang dapat sebanyak RM250. ni pun dah lebih dari mencukupi, lepas lah buat bayar kuih muih raya yang dah di order tempohari.

Actually kan kengkawan, budget duit untuk selepas hari raya lagi mencabar tau, mana nak budget untuk berbelanja barang2 dapur bila tetamu nak datang beraya ke rumah, budget untuk ke pasar, budget untuk buat open house panggil adik beradik ipar duai ke rumah lagi, nangis wei nangis, jadi bila ada sedara mara or sepupu sepapat korang yang tak pernah2 buat open house tu, korang jangan lah marah2 kat dia orang wei, memang akak paham sesangat, nak buat ni semua kena ada budget yang cukup.

Yang paling penting, kalau ada yang dah habis budget tu, bila dah terpakai duit raya anak2 tu janganlah buat2 lupa nak bayar balik wei, hari raya nanti ni kan bebudak yang lebih kaya dari mak bapak masing2. Bila dah pinjam duit dia orang tu pandai2 lah ganti balik ek, jangan lah korang buat2 lupa pulak, kesian budak2 tu wei.

Panjang lebar akak mengomel pagi ni, semuanya gara2 buat budget raya dan selepas raya malam tadi, memang mencabar betullah, so akak paham sesangat dengan pasangan yang baru berumahtangga, pasangan yang ada anak ramai tu, macamana lah dia orang buat buget memasing kan, akak yang bekerja suami isteri ni dengan anak baru 3 orang pun dah hampir2 lemas dah ni.

Ok kengkawan, selamat berbelanja dengan berhemah ye.


Thursday, September 10, 2009

TAK KAN NAK MALAS SELAMA LAMANYA

Salam.

Dulu2 kan kengkawan masa zaman akak anak dara dan belum berumahtangga kan, akak shibam adalah tergolong dalam kategori pemalas untuk masuk ke dapur. Pengakuan ekslusif hanya di shibamjelita.blogspot.com, ha ha ha. Yelah kan, anak pompuan sorang, manja nya satu hal, pemalasnya satu hal, semua kerja mak akak buat sendiri, almaklumlah mak akak suri rumah tangga sepenuh masa so bila balik sekolah atau balik kerja tu semuanya dah siap sedia.

Mak akak pulak jenis yang tak garang dan tak suka suruh2, lagilah banyak lemak kan. Sampai kena tegurlah kengkadang tu dengan makcik2 akak yang sakit mata nengok kemanjaan akak yang tak reti buat kerja2 dapur ni. Terngiang ngiang lagi kat telinga ni bila disound oleh makcik2 akak dan dijawab oleh mak akak pulak, dia dah kahwin besok tahulah dia ke dapur, masa tu baru dia tahu susah ke senang buat kerja dapur. Reaksi akak masa tu, buat muka seposen je lah, ha ha ha, dah pemalas kan so diam je lah masa kena bebel dengan makcik2 akak tu.

Tapi memang betul ko, bila dah berkahwin tu, automatik kena masuk ke dapur kan, dari tak tahu bancuh air, dah pandai, dari tak tahu masak dah tahu sikit2, lama2 dari pengalaman tu bolehlah, asalkan keluarga makan tak sakit perut kan. Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan, first time masak asam pedas masa mula2 kahwin dengan Mr.R, 5 kali akak terpaksa buang lauk tu tau, ulang suara 5 kali kengkawan, mula2 tu, bawang hangus, kali kedua pulak cili terlebih2 sampai pedas nak mampos, kali ketiga tumis pulak terlebih air asam jawa so rasanya masam sangat, kali keempat terlebih serbuk kunyit dan last sekali cili pulak hangus, kali ke 6 baru menjadi, itu pun yang ala2 la, tapi still boleh dimakan lah.

Akak bebel ni bukannya apa kengkawan, cuma tak paham dengan segelintir wanita yang sudah berkahwin tapi masih malas nak ke dapur, apa kes ni? Sekarang ni pun akak bukannya expert sangat pun, masak simple2 untuk famili tu lepas lah, itu yang tak boleh nak diterima dek akal bila dengar citer isteri2 dan ada jugak ibu2 yang malas nak masuk dapur ni.

So pada anak2 dara yang pemalas dan yang sewaktu dengannya, jangan risau ye, dah kahwin nanti tahulah korang nak singsing lengan utk buat kerja2 di dapur tu.

Wednesday, September 9, 2009

SEKSI TAK BIBIR I ?

Salam.

Semalam, masa akak nak hantar angah ke school dan fetch kak long, budak kecik ni dah standby kat depan pagar umah nenek. Akak sampai je kat depan pagar tu nengok dia dah tersengih2 dengan bibir dia yang merah menyala tu. Nampak mak akak dah menuju ke kereta, hah ni mesti nak report ni, kalau macam dah tergesa2 tu mesti ada laporan yang mak akak nak sampaikan.

Kan betul kengkawan, laporan nya semalam, budak kecik ni dah main lipstick nenek yang baru dibeli. Habih di pulas nya lipstick tu sampai habih dan di tenyeh nya kat bibir mungil dia tu, apa lagi, cacat terus lah lipstick tu. Nenek tak sempat nak selamatkan lipstick tu sebab kejadian tu berlaku terlalu pantas, hah begitulah lebih kurang laporan mak akak semalam.

Nengok ler tu, habih cantik lah tu dah pakai lipstick, tenyeh habih kat bibir dia, sabar je budak kecik ni. Tak pasal2 akak kena ganti balik lipstick tu, dah lah mahal, jenama tutttttttt, harga nya pulak 80 hengget lebih, itu pun selepas diskaun. Wuiiiiiiiiiiiiiiiii, mak akak siap bagi nengok resit sebab dia baru je beli lipstick tu. Apsal mak akak beli lipstick mahal2 ni pun tak tahulah, anak dia yang bekerja ni pun paling2 mahal lipstick yang ada dalam beg mekap tu 30 hengget jer. Alahai nape mak letak lipstick kat tempat yang dia boleh capai, letak lah tinggi2 sikit, eh, anak ko panjat kerusi tau nak capai lipstick ni sebab dia dah nampak mana nenek letak, sebab tu dia usaha gak panjat kerusi untuk amik. Yelah, yelah, before raya ni saya ganti ye mak ye.

Takpe budak kecik, duit raya awak nanti mama kasik potong ek, ha ha ha, kejam giler mama dia wei.

BABY SHIBAM

Salam.

Pagi ni akak ke klinik panel untuk check up bulanan. Hari ni usia kandungan dah 13 minggu 1 hari. Alhamdulillah, semua ok, tekanan darah ok, alahan takde langsung dan just nak share info ni dengan korang yang bahawasanya berat badan je yang tak pernah nya ok, memanjang naik, puasa atau tidak, sama saja. Berat badan tu memang dah jadi masalah hakiki, redho je dan yang paling penting semua berada dalam keadaan baik. Syukur sesangat.

So ini adalah hasil gambar scan tadi, pada yang tak paham tu, korang buat2 paham je lah bila nengok gambar ni. Yang paling tak boleh blah, bila nengok baby ni, timbul satu perasaan yang lawak iaitu akak nak buat baby lagi selepas selamat melahirkan baby ni dengan pantasnya. Percaya tak? Ha ha ha, Mr.R mesti fengsannnnnnnnn lagi bila baca statement akak ni.

Pada pembaca yang belum bernikah tu cecepatlah bernikah supaya boleh dapat baby, yang anak dah besar2 tu cecepatlah tambah lagi dan yang belum ada rezeki tu, berusaha lagi, insyallah antara cepat atau lambat je.

Tuesday, September 8, 2009

RAJINNYA SHIBAM

Salam.

Kengkawan semua, korang ada rajin macam akak shibam tak? Nape tanye? Tanye sebab semenjak dua menjak ni, aura rajin selalu terbit dari diri akak ni. Tak pun kan, akak rasa lah, rasa je ni tau, berkat doa Mr.R di bulan Ramadan iaitu ketika sujud di rakaat terakhir tu, mesti Mr.R minta doa bebanyak supaya akak menjadi lebih rajin dari biasa. Ye lah, akak rasa ni memang berkat doa Mr.R wei, kalau tak tu sebelum ni bab2 membuat kuih ni semua adalah tidak menjadi minat bagi akak.

Di samping memasak lauk pauk untuk keluarga ketika berbuka puasa. Sila beri perhatian pada penggunaan ayat lauk pauk tu ek : itu perkataan berganda tau dan ianya menunjukkan lauk itu lebih dari 1 atau 2 jenis, makanya akak menggunakan ayat lauk pauk, mua ha ha, ni semua pasal kak long jawab kertas BM hari ni, tak pasal2 akak dah kembali ke zaman persekolahan. So, di samping memasak lauk pauk pada hari2 cuti yang telah berlalu, akak juga telah menyediakan juadah2 di bawah ye kengkawan. Sila contohi sikap rajin akak ni, ke korang memang dah lama rajin, akak je yang baru nak menjadi rajin, mua ha ha lagik.

Ini namanya puding cocktail orang yang tidak kedekut. Banyak giler akak taburkan buah2 an tu, biar dia padat2, baru sedap ketika dikunyah bersama puding yang lemak manis berkrim itu. Mr.R dan anak2 hampir fengsan melihat akak menyediakan puding ni sebab tanpa angin ribut taufan semuanya telah siap sedia di dalam fridge. Bila petang dah nak berbuka tu, masing2 bukak fridge dan mengeluarkan ayat2 terkejut dan salah satunya berbunyi begini : Ni you buat ke Yang, mama sape buat ni, mama sape bagi ni (nampak sangat mama dia orang jarang jarang jarang sekali membuatnya, ha ha ha)

Roti sardin gulung ala2 ketuk2 ramadan. Bila nengok Sheila Rusly ajar cara buat sardin tu terus rasa teruja nak membuatnya. Selalunya sardin tu akak tak tumis pun, main potong2 bawang dan gaul je dan gulungkan dengan roti. Ternyata sardin yang ditumis lebih sodap dari biasa dan mendapat pujian setinggi langit dan semasa mengunyah ni hidung akak sentiasa kembang di atas puji pujian yang diberikan oleh Mr.R dan anak2. Harap maklum.

Hah yang ni pulak, kalau korang nengok rupa dia memang buruk ahhh, tapi rasa dia, wallawei, syedap, ni namanya puding roti berkismis. First time buat ni dan yang penting sodap jugak, cuti minggu ni kena buat lagi sebab Mr.R dah request.

See see see, sangat pelik kan, akak membuat ni semua setiap hari semasa bercuti tau. Memang berkat lah doa banyak2 di bulan Ramadan ni. Lepas ni ntah apa lagi resepi yang akan akak cuba. Tunggu.


MOOD RAYA DAH MARI

Salam.

Pagi ni agak emosional buat akak shibam, masa bersalam salaman dengan anak2 untuk ke school secara tiba2 emosi akak terganggu bila tengah bersalam dengan kak long, alahai, puas berjanji dengan diri sendiri tak nak bersedih depan dia, tapi air mata keibuan tu tertumpah jugak, ntah lah kenapa rasa sebak sangat mengenangkan dia nak berjuang untuk UPSR mulai hari ini. Pendek kata kengkawan, bila anak2 korang akan menduduki peperiksaan penting nanti barulah korang akan tahu dan dapat gambarkan perasaan sedih yang akak maksudkan tadi.

Kak long yang gelakkan akak, apa ni mama nak nangis2, saya ok lah, mama nak sedih2 ni kenapa? Tak terjawab akak bila ditanya dek kak long, tak boleh nak cakap banyak2 sebab nanti lagi berderai2 air mata tu gugur nanti.

Ok, kita tinggalkan citer sedih akak shibam yang agak poyo pada pagi ni, moh kita citer pasal nak sambut raya pulak ek. Last week dah pesan dengan Sue Sue suruh tanya boss besar dan mintak izin untuk kita orang mengtouch up opis untuk sambutan hari raya nanti. Boss besar bagi green light dan seperti biasa akak menjadi sukarelawan yang tidak dipilih oleh sesiapa untuk pergi beli barang2 ni semua. Ajak Que dan Ijal untuk ke Mydin je, kat situ banyak pilihan dan yang penting regenya murah.

Dah siap tergantung semuanya dan yang paling penting semua kengkawan kat opis ni happy bila nengok ni dah siap tergantung, barulah ada suasana raya gitu kan.

Amacam ok tak? Boleh lah daripada takde langsung kan. Hiasan ni agak meriah sebab kita orang buat hiasan untuk Hari Raya dan sekali harungkan dengan sambutan untuk Deepavali, itu yang mengerlip gerlip tu, ha ha ha.

Lampu comel ni kita orang gantungkan kat entrance, so pelawat2 yang datang ke opis akan nampak lampu comel ni dulu. Wei korang, gi lah serbu beramai2 kat Mydin tu, murah je lampu ketupat comel ni, baru RM22.90, memang berbaloi baloi. Akak pun nanti nak beli dan pasang kat depan entrance bilik air dan yang sewaktu dengannya, baru lah orang nak gi bilik air tu nanti rasa teruja. Lampu kat depan umah akak pulak akan digantungkan dengan lampu2 ketupat yang lebih besar dari biasa, mua ha ha.

Akhir kata, selamat menghias opis memasing ye.

Monday, September 7, 2009

KAK LONG DAN UPSR

Salam.

Akhirnya hari yang ditunggu2 telah tiba, kengkawan, esok kak long akan menduduki UPSR. Segala penat lelah, kerja keras kak long akan dicurahkan selama 3 hari bermula esok. Akak nengok kak long rilek aje, akak yang risau tak habih2. Normal lah kan, bila anak nak periksa, semua parents akan ada perasaan yang sama. Akak dan Mr.R langsung tak beri apa2 tekanan kat kak long, biar kita sama2 nengok kemampuan kak long menduduki peperiksaan ni. Untuk pengetahuan kengkawan, kak long memang tak pergi tuisyen kat luar, kak long cuma pergi kelas tambahan yang di adakan seminggu sekali di sekolah. Bukan akak tak nak hantar dia ke kelas tuisyen tu tapi kak long sendiri yang tak nak sebab dari banyak tempat yang kami survey bersama2 semuanya tak mencapai piaiwaian kak long, ada tempat yang teacher tak bestlah katanya, ada tempat tu pulak bila dah terlalu ramai, jadi bising dan tak boleh beri tumpuan. So, kak long ambil inisiatif belajar dan buat latihan sendiri di rumah. Bila mana ada soalan yang tak paham tu baru dibincang bersama2 dalam kelas tambahan nanti.

Bila dia sendiri tak nak ke kelas tuisyen di luar, akak tak nak paksa2 dia sebab nanti dia pergi belajar hanya sebab dipaksa dan langsung tak boleh beri perhatian kan. Ok lah kak long, mama dan babah nak ucapkan selamat berjaya, baca dan jawab soalan dengan tenang dan ingat ye kak long, buat betul2 dan apa saja keputusan yang kita akan dapat nanti, kita redho je ye. Jangan risau, banyak lagi peluang di masa hadapan untuk memperbaiki diri, yang penting berjuang berhabis habisan selama 3 hari ni ye. All the best kak long, we love you !

Kengkawan, doakan kejayaan kak long untuk UPSR ye. Terima kasih semua.

Thursday, September 3, 2009

BILAKAH EPISOD DUKA INI AKAN BERAKHIR

Salam.

Amacam, tajuk ni ada macam tajuk cerekarama tak, ha ha ha, bukannya apa kengkawan, ni dah masuk bulan September 2009, maksudnya dah 9 bulan kita orang kat opis ni dengan boss besar yang baru. Bertukar boss baru dari yang lama memang best sebab terlepas dari cengkaman kuku besi. Yang paling paling paling tak best adalah sampai ke hari ni boleh dikira berapa hari je yang sibuk, yang best, yang kebabom dilalui di tempat kerja. Yang selebihnya, datang kerja hanya untuk tidak dipotong cuti tahunan, datang kerja sekadar menjadi penghias pejabat dan datang kerja untuk tunggu waktu balik kerja je.

Memang tak boleh tahan dah ni, kalau dulu tu rasa macam cepat je masa berlalu, sampaikan waktu nak balik pun ada berlambak lagi kerja yang perlu disiapkan. But now, datang pagi je mulalah episod membosankan diri sampai balik kerja. Sampai bila lah keadaan macam ni akan berterusan.

Prestasi kerja pun rasa sangat2 merudum. Ini apa yang akak rasa lah, pada kengkawan opis yang lain tu akak tak tahulah, masing2 punya pendapat lah kan. To me, datang kerja hanya tunggu untuk balik kerja adalah sangat tak best. Bila lah keadaan nak kembali seperti sedia kala?


Wednesday, September 2, 2009

SUPERWOMAN

Salam.

Rasa2 nya di bulan puasa ni kan, rutin orang pompuan yang bekerja macam akak shibam ni mesti lagi jadi kelam kabut kan, nak pulak tanpa bantuan bibik, lagilah rasa macam dah tunggang langgang semuanya. Selalunya ada Mr.R untuk tolong sesama kat umah tu, ni kan bulan puasa, so dia dah pergi terawih dengan angah, balik dari surau pun dah pukul 10 lebih, bila balik tu, masing2 dah letih dan mengantuk, tinggallah kak long, akak dan mimi je kat umah tu. Nak mintak tolong kak long pun tak sampai hati, dengan kerja sekolah lagi, nak ulangkaji lagi, so semua kena buat sendiri.

Bila perut dah kenyang, mata pun mudah jadi mengantuk kan, jadinya rutin harian yang selalunya teratur je jadi tunggang langgang tau. Hari bekerja jangan mimpilah nak duduk2, bersenang lenang, goyang2 kaki, tersasar je sikit masa tu habih semua kerja tak siap nanti. Takpe kan, banyak pahala orang pompuan dapat di bulan puasa ni. Jom nengok rutin seharian akak :

4.30 pagi - bangun untuk sediakan sahur, panaskan nasi dan lauk
5.00 pagi - kejut Mr.R dan anak2 untuk bersahur
5.30 pagi - basuh pinggan mangkuk dan mesin baju
6.00 pagi - ampai baju dan lipat mana yang sempat
6.30 pagi - waktu kritikal nak mengejut kak long dan angah bangun untuk ke sekolah
7.00 pagi - dah siap bersolat, uruskan anak2 ke sekolah
7.30 pagi - bersiap ke tempat kerja
1.00 tgh - fetch kak long dari school dan hantar ke rumah opah
5.00 ptg - waktu untuk pulang, jemput mimi dan tunggu kak long balik dari sekolah agama
6.00 ptg - bersilat di dapur
7.00 ptg - menghidang juadah untuk berbuka pulak
8.00 mlm - settlekan apa yang patut
9.00 mlm - duduk ngadap anak2 buat kerja sekolah
10.30 mlm - anak2 masuk tidur
11.00 mlm - baru lah dapat zzzzzzzzzzzzz

See see see, berapa jam je sehari dapat merehatkan diri dan melelapkan mata di bulan puasa ni kan, tetapi bila mengenangkan pahala yang kita akan dapat, terus redho je. Kawasan bawah mata ni pun dah start lebam2 dah, bukan pasal kena penumbuk ek tapi pasal tak cukup tidur ah.

Masa zaman anak2 dara dulu sanggup bangun sahur minum air suam segelas pastu cepat2 sambong tidur balik, laaaaaaa ni zaman dah berubah ke zaman mak dan bini orang, malas macam mana pun kena bangun dan jalankan tanggungjawab jugak. So pada anak2 dara di luar sana, enjoylah waktu tidur tu selagi boleh ek.


Tuesday, September 1, 2009

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

Salam.

Banyak fakta atau sumber yang memberitahu kalau kita sedang mengandung, elok lah nengok wajah baby yang comel2 macam ni, actually dari zaman akak mengandungkan kak long lagi akak dah buat macam ni, bila tahu pregnant je, terus cari gambar dan tenung2 selalu. Tapi before this, semuanya gambar2 muka baby melayu dan yang sewaktu dengannya. But, kali ni akak nak feeling2 antarabangsa sikit. Saje je google cari gambar baby2 cute ni, tak kiralah ada yang rupa omputih ke, rupa arab ke, janji yang comel, akak tempekkan kat depan meja ni.

Manalah tahukan, berkat dok pandang2, senyum2 setiap pagi bila nengok wajah2 comel ni, nanti wajah anak akak akan ada international look sikit, mua ha ha, kesian tul kan, mak bapak melayu tulen, muka melayu, ada hati nak anak rupa international ye. Layan je lah, paling2 pun kalau tersangkut bermata biru ke, dah syukur alhamdulillah. Ok, lah tak mo cakap banyak, yang penting baby yang akan lahir nanti sihat dan sempurna, itu dah lebih dari cukup.

Banyak kengkawan cakap, bila akak suka makan masam2 ni, baby tu kemungkinan girl, iye ke? Tak ada kemungkinan ke suka makan yang masam2 tapi dapat baby boy, tak de ke?