Friday, October 30, 2009

HA HA HA

Salam.

Aiseyyyyyyy, terlepas peluang nak ikut Sue Sue dan Weeda ke satu tempat untuk melepaskan tension. Ni semua gara2 Mr.R yang lambat memberi maklum balas boleh amik anak2 atau tidak. Sekali Mr.R call cakap dia boleh settlekan anak2, tetapi malangnya, kengkawan akak dah gerak lah pulak, huwaa, kalau tak boleh ikut tadi tau. Bayangkan rehat hari jumaat punyalah lama tu, nak membosankan diri macam mana lah pulak ni nanti.

Tetiba teringat game yang selalu Mimi main kat umah tu, godek punya godek, terjumpa gak dengan game ni. Selalu dia main tu buat pandang tak pandang je, tapi memang best lah game ni sebab kalau korang tersalah letak baju atau aksesori yang sesuai dengan konsep dan modelnya makanya kena komen bertubi2 dek juri ala2 profesional dia lah, kalau tak kena kat juri, korang dapat 1 bintang untuk hasil touch up kan model2 tu, akak try banyak kali baru nak dapat 5 bintang ni, tu yang gigih nak tempek dalam blog ni, ha ha ha, help help help, mama Mimi dah mengong, game yang budak kecik 3 tahun main pun mama dia sebok nak main gak.

Silap haribulan balik nanti, akak pulak yang berebut nak main game ni dengan budak kecik tu, ha ha ha.

COMFORT ZONE @ ZON SELESA

Salam.

Apa korang akan buat kalau tetiba korang dapat surat untuk bertukar jabatan sedangkan korang dah selesa dan happy kat tempat sekarang? Kalau itu yang berlaku pada akak sekarang ni, haruslah sentap dan tak happy, mana ada orang yang suka di tukarkan sedangkan dah selesa dan serasi dengan tempat kerjanya kan kan kan. So apabila ini berlaku tentulah ia akan menghilangkan mood dan kecelaruan fikiran.

Akak memang berada di zon yang selesa sekarang ni, kalau boleh tak mahu ditukar2 kan ke mana2 pun sampai pencen, masalahnya boleh ke? Dulu2 masa bekerja kat tempat lama pun macam tu, malas nak cari kerja lain, malas nak pergi interview kat tempat baru, tak kuasa nak bercampur dengan kengkawan dan persekitaran baru, pendek citer memang tak koser, sebab tu akak bertahan kat tempat dulu dari zaman buat laser disc yang besar macam pinggan tu, bertukar ke zaman vcd dan dvd akak bertapa kat kilang tu. Biarlah macam2 cabaran yang boss tempat lama tu bagi tapi disebabkan dah selesa atau bak kata orang putih tu akak berada dalam "comfort zone", tu yang malas nak pikir cari kerja lain. Kalau kilang tu tak offer VSS, sampai ke laaaaaaaaaaa ni akak masih di situ lagi, percayalah.

Macam sekarang ni lah, akak dah selesa sangat dengan kengkawan opis, suka bekerja dengan pegawai2 yang ada dan sangat best sebab semuanya sekepala, bayangkan kalau di tukar ke opis yang rata2 nya dah nak sampai umur pencen, kerek, kekwat, dia je yang terror, orang2 baru ni semua tak pandai buat kerja, tak ke haru? Elok2 badan tembam terus jadi obesiti sebab tekanan dengan persekitaran yang tak best. So pada dasarnya akak sangat bersimpati dengan kengkawan yang akan bertukar jabatan atas kehendak pihak atasan dan tanpa kerelaan diri kita sendiri. Pada korang yang berkenaan, jangan give up, teruskan sifat rajin dan berdedikasi tu, insyallah akan seronok lah nanti di tempat baru.

Pandai je akak bagi sepatah dua kata kan, kalau lah terkena kat batang hidung sendiri, huwaaaaaaaaaaaa I tak rela you !

Thursday, October 29, 2009

CITER MIMI LAGI DAN LAGI DAN LAGI

Salam.

Selamat pagi yang sejuk, aman dan nyaman, nyum nyum nyum. Semalam kan dah bercuti, hari ni bukan main liat lagi nak bersiap ke tempat kerja, suasana pulak sejuk dan nyaman je, tarik comforter sampai ke kepala memang best kan. Ok, malam ini malam jumaat, kalau cuaca hari ni macam semalam best kan kan kan, ha ha ha, sabau ye kengkawan, layan je ok.

Nak citer dengan korang gelagat budak kecik ni, bagus jugak, bila takde idea nak buat entry kat blog boleh bebel pasal gelagat budak kecik ni, ada lah jugak entry nya kan. Kata tak nak blog pupus kan, so seboleh2 nya cari bahan nak tempek kat blog, ha ha ha, lantak ler menarik ke idak, janji update !

Ni gambar kelmarin, masa akak tengah tunggu kak long habih sekolah agama, duduk lah kat umah mak akak tu, buat lah apa yang patut. Tengah duduk melangut tu, tetiba kedengaran suara mamat macho ni panggil si kecik ni, Mimiiiiiiiiiiiiii oh Mimiiiiiiiiiiiiiiii, meh lah keluar, meh lah citer2, ha ha ha, pandai sungguh budak tu panggil geng dia untuk berborak. Memang selalu dia orang ni bermain2 berdua kat halaman rumah tu, tapi ni first time akak dengar si Ajib ni panggil Mimi untuk berborak. Rumah Ajib dengan mak akak selang satu rumah lah, so kena jerit sikit bila nak berborak tu. Mula2 citer merepek budak2 lah, akak pasang telinga je, nak dengar apa lah agaknya budak berdua umur 3 tahun lebih ni nak borak kan.

Kebetulan mama Ajib pun tengah pregnant, mula2 masing2 citer pasal ada baby dalam perut mama dia orang, pastu citer nak pergi sekolah dan yang paling kelakar bila Mimi masuk dalam umah dan ambil brochure gambar2 motor ni, ha ha ha, apsal akak gelak wei, anak akak yang bertuah ni suruh Ajib belikan dia motor, Ajibbbbbbbbbb nanti belikan Mimi motor dalam gambar ni boleh tak? Mimi nak motor yang warna hijau ni, sekali Ajib jawab, kita mana ada duit nak beli motor, ha ha ha, lawak lah, sweet betul lah budak 2 orang ni.

Satu lagi peel Mimi sekarang ni dia sebok nak bukak pagar dengan grill bila sampai umah, awak tu dah lah sontot, ada hati nak bukak kan kunci, bila tak bagi, boleh buat drama guling2 kat dalam kereta tu. Bila bagi, macam ni lah rupenya, 10 minit nak menunggu dia bukak pintu tu, kalau ada yang nak terkencing dah terkucil pun.

Ok itu je kengkawan. Daa

Wednesday, October 28, 2009

HARI INI SAYA JADI SURI DALAM RUMAH TANGGA

Salam.

Hari ni akak Emergency Leave, ye lah, dalam kehidupan seharian ni, apa yang kita rancang tak semestinya menjadi, dah ready nak ke tempat kerja, ada pulak aral yang melintang, nak tak nak kena jugak EL, kalau tak nanti habih semua anak2 kena heret pergi opis sekali. Takpe2, ni first time akak EL, sebelum2 ni tak pernah pun amik EL, kalau nak bercuti tu dah apply awal2, dah namanya pun emergency leave tu cuti kecemasan kan, so haruslah digunakan bila berlakunya kecemasan. Ada paham?

Buat sarapan untuk si kecik sudah, mesin baju pun sudah, ampai baju siap, nak kena masuk dapur lah lepas ni. Kita main masak2 jap kat dapur, karang nak kena hantar angah pergi school dan nak kena menebeng kat bus stop tunggu kak long balik school pulak. Sesekali bilajadi surirumah ni memang best lah, tapi kalau kita yang dah biasa bekerja kalau lelama duduk rumah dan buat rutin yang sama, memang hazab kan, duduk rumah ni sebenarnya lagi kerja tak pernahnya habih, lepas satu, satu lagi yang nak disettlekan. Sila beri tabik hormat pada surirumahtangga sekalian, clap clap clap.

Sekian update dari surirumahtangga yang bertugas pada hari ini. Daaaaaaaa

Tuesday, October 27, 2009

I DON'T WANT KAK TAM

Salam.

Perghhhhhhhhh, belum apa2 lagi dah perghhhhhhhh, sabau je lah kengkawan. Dah lama akak tak meroyan dalam blog kecoh ni kan, asik entry yang baik2 dan sopan je kan, ni hah nak share dengan korang yang bahawasanya ketenangan dan kegembiraan kita orang ni bakal diragut, wa wa wa, diragut katanya, kenal pun belum, pepandai je cakap akan diragut bagai. Baru je dapat info dari james bond tadi, terus akak story kat dalam blog ni.

Ok, macam ni citernya ye, sebelum ni kan, pada suatu waktu dahulu, kita orang kan ada rakan sekerja berpangkat kanan yang telah meletakkan jawatannya, kira macam kita orang lega sangat beliau mengambil langkah tersebut sebab patah tumbuh hilang berganti, mungkin nanti kita orang akan dapat rakan sekerja yang lebih kreatif dan inovatif, sonang cito yang rajin macam kita orang ni lah. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, makanya desas desus untuk pegawai baru masuk mula kedengaran.

Yang buat suspen dan seriau nya adalah pegawai baru yang nak masuk ni pulak adalah spesis boss lama yang berkuku besi dulu tu, huwaaaaaaaaaaaaa, sangat scary wei, menambahkan kerisauan akak shibam korang yang jelita ni adalah akak tak boleh nak bayangkan kalau lah ada penstrukturan semula kat opis ni dan tup tup akak pulak kena jadi kuli dia, so adalah tidak sanggup di situ. Tu yang propa lebih2 tu, tak kisah lah dia nak masuk minggu ni ke, bulan depan ke tapi takut giler kalau kena tukar pegawai ni, I nak kak teh jer, I tak nak orang lain, I tak nak kak tammmmmmmm, help help, help. Buat2 pengsan jap ek.

BUDAK LAKI & POMPUAN SAMA JE LASAKNYE

Salam.

Semalam akak kena fetch angah dan tunggu kak long habis school. Mr.R ada meeting, tak boleh keluar dan pak mertua pulak sakit gigi. Nasib baik boss besar cuti semalam, so boleh keluar awal sikit dan nasib baik gak rumah dan sekolah berdekatan je, phewwwww, kalau tak setiap kali kena hantar anak2 je kena amik cuti half day, hi hi.

Masa sampai hantar angah tu baru pukul 12.45, so akak melepak2 jap kat bus stop depan sekolah tu. Sambil menunggu tu nengoklah gelagat budak2 sekolah ni, mulut akak ni mana reti nak diam kan, habih akak bebel kan bebudak ni suruh dia orang masuk ke sekolah. Ni semua bebudak darjah 2 tau, dia boleh cakap lagi tu, alah acik, loceng belum bunyi lagi, dah bunyi kang saya masuk lah. Dari mula akak sampai tu, bebudak 3, 4 orang ni asik berbuai2 kat batang besi depan bus stop ni, dari mula lagi akak dah tegur, ish, jangan buat macam tu, nanti silap2 jatuh, benjol dahi, tak sampai 2 minit, budak pompuan ni dah terjatuh, apa lagi, bedebuk macam nangka busuk ah.

Bahan bukti untuk korang nengok, sekarang ni budak pompuan dengan lelaki sama je nottinya, memang tak boleh duduk diam, salah satu sebab nape akak hantar angah lewat ke sekolah sebab ni lah, dulu biasa jugak hantar dia awal, tapi bila dia sampai awal, habih satu padang dia berlari, asal balik rumah je baju dan seluar dah macam orang terjatuh dalam longkang, seluar berapa kali koyak tu jangan citerlah kengkawan. Tahun ni dia darjah 3 baru ada pikiran sikit dan baju pun tak berapa kotor macam dulu2. Masa rehat dan nak balik tu pun dia bantai main jugak, asal ada waktu terluang je berlari satu sekolah macam kena kejar hantu. Akak masa sekolah dulu baik je, disiplin je, takde nak berlari sana, berlari sini, baju sekolah elok je bersih dari pagi sampai ke tengahari tu. Bebudak sekarang ni memang kreatif kan, macam2 di buatnya, besok2 zaman Mimi pergi sekolah, apa pulak yang dibuatnya dek budak kecik tu.

Hah close up sikit, betapa sukanya budak comel ni bergayut2 kat besi tu, dia orang tak penat tau, dia ulang2 nya buat macam ni sampai bunyi loceng masuk kelas. Siapa kata budak lelaki je nakal dan kreatif kan, sekarang ni budak perempuan pun sama je lasaknya, sape yang ada anak lelaki dan perempuan yang tengah membesar macam akak ni mesti bersetuju, dah tak ada istilah budak lelaki je nakal, budak pompuan pun 2 x 5 sekarang ni.

Malam tadi, habih kak long dengan angah terbabit sekali kena bebel dengan akak lepas akak tunjuk gambar2 ni, kak long, angah, korang kalau ada sesiapa ternampak korang menakal macam ni kat sekolah memang nak kena sebat lah, bak kata kak long, badan dia pun tak lepas nak bergayut kat besi tu. Yelah, bagi lah macam2 excuses, nanti kalau ada orang report dengan mama korang menakal, siaplah. Memang besar cabaran ibu bapa di zaman moden ni kan.

Monday, October 26, 2009

MARI KE DAPUR BERSAMA SHIBAM

Salam.

Aiseyyy, dah banyak lemak kan, dah beberapa minggu ni, asal weekend je tak payah masak, lepak je sebab pergi open house sana, kenduri sini, so minggu ni rutin memasak kembali ke landasan nya. Masak hari biasa masa bekerja tu sangatlah simple sebab masing2 paham letih bila balik kerja kan, ada 1 lauk pun cukup dah, masa weekend ni kalau masak 1 lauk je memang melampau lah kan nampak malasnya tu kan, kesian kat Mr.R dan anak2 lah.

Hari Sabtu sarapan nya simple je, gorengkan karipap segera dan nugget je. Untuk lunch pulak masak kari telur, ikan goreng, kerang rebus dan sayur buncis goreng dengan fishball. Gambar elek sebab kalau akak termasak ayam golek atau kambing panggang baru meletop nak di tempek kan gambarnya, setakat masak simple2 macam tu korang pun dah tahu rupa lauk tu macam mana kan. Petang Mr.R pulak request nak makan bubur caca, so gi cari keledek dan yang sewaktu dengannya, no problem sebab bubur lah paling senang nak di masak.

Malam Sabtu tu kak long dah berbisik2 kat telinga akak ni, dia nak nasi lemak untuk breakfast, ikut kan hati ni nak suruh Mr.R beli je, bila cakap suruh beli terus kak long membebel2 kat telinga akak ni, alah tak nak yang beli nak yang mama masak, akak cakap takpe nanti mama fikir dulu baru bagitahu, ha ha ha, nak masak nasi lemak pun kena fikir dulu, nampak nau pemalasnya kan. Tak sampai 10 minit nak berfikir, dia dah datang masuk bilik balik, merayu domba nak nasi lemak juga, ala la la, kesiannya kan, so lepas Isyak suh Mr.R gi kedai cari apa yang patut, beli timun, santan kotak dan halia.

So inilah hasilnya, hasil bebelan kak long, terhasil lah nasi lemak yang sedap di anak tekak kita orang, memang banyak dia orang makan semalam. Puas hati sebab semua licin. Tengahari tu semua makan lewat sikit sebab masing2 dah kekenyangan.

Untuk pagi ni dia request nasi goreng pulak, akak layankan je selagi aura rajin masih berada di sekeliling akak ni. Petang ni nak masak apa pulak ek?


OWH TIDAK !

Salam.

Minggu lepas akak dan Mr.R ada misi kat umah tu, misi mengemas kotak2 dan yang sewaktu dengannya dalam stor tu. Kemas punya kemas, kita orang terjumpa dengan album lama yang tersimpan rapi dalam salah sebuah kotak, akak sendiri pun lupa yang ada macam2 album kat dalam kotak tu. Apalagi, keluarkan lah satu persatu dan tengok balik sambil gelak guling2 di iringi dengan linangan dan deraian air mata, ha ha ha.

Paling tak boleh blah bila si kecik tu amik gambar ni dan tanya kat akak, mama ni gambar siapa, ni babah tengah peluk siapa? Akak dengan konfidennya bagitahu kat Mimi, babah peluk mama lah tu, itu gambar mama lah. Korang ingat dia boleh redho tak dengan jawapan tu? Dia boleh jawab cenggini kengkawan, ha ha ha, lawak lawak, takkan lah gambar babah peluk ni gambar mama, pompuan ni cantik, dia kurus, kalau mama mesti lah gomok sambil gelak2 lagi ni. Ye lah mimi tu gambar mama sampuk Mr.R, tapi si Mimi ni tak puas hati gak lagi, di bawaknya gambar tu keluar dari stor dan gi tunjuk kat kak long pulak, tanya gak soalan yang sama. Adoiyaiiiiii, terhiris, terpilu terus perasaan ni, rasa down giler, anak sendiri tak percaya gambar cun tu adalah mama dia, ha ha ha.

Gambar ni masa kita orang baru bernikah sebulan gitu, gi berkelah dan mandi manda kat PD. Mana lah dia tak senang nak cam babah dia, dari dulu misai dan badan tu maintain je kan. Beginilah nasib diriku yang tombam oh tuhan !

Friday, October 23, 2009

AKAK NUR, DIA ADAM, KAMI NUR KASIH, HA HA HA

Salam.

Kengkawan semua jangan risau dan gundah gulana ek, akak dah mintak izin dengan Mr.R nak merapu pasal mamat ensem kat sebelah ni, Mr.R no hal sebab dia kata bukan dapat pun, ha ha ha, kuang asam betul kan.

Actually akak punya taste kan dari dulu lagi memang suka nengok lelaki yang gelap2 sikit ni bukan yang betul2 gelap tau, sesikit je. Bila kulit macam ni, kemachoan dia orang tu lebih terserlah, aummmmmmm, ha ha ha, gilos mak orang ni kan, rilek ah, kita ni kan selagi bernama manusia ada naluri dan perasaan tak kira lah dah berapa abad umur kita pun. Mula2 akak nengok mamat ni berlakon dalam cerekarama dengan Rita Rudaini, fuhhhhh terus jatuh cinta nengok muka dan karektor dia tu. Korang kalau nengok dia tak ensem tu I don't know lah ye, tapi to me, mamat ni memang ensem dari segenap sudut, ha ha ha.

Akak susah nak minat dengan pelakon atau penyanyi yang ada ni, tengok2 cenggitu je, tapi dengan mamat ni aura dia lebih sikit lah, dulu masa muda2 suka gak nengok Jalaluddin Hassan tu sebab dia kan spesis lelaki gelap2 ni kan, pas tu tak minat dengan pelakon mana2 lagi lah sampai lah ternampak mamat ensem ni, terus jadi peminat setia dia. Bila nengok Nur Kasih kat TV tu kan, terasa cam Nur tu adalah akak, ha ha ha, over giler ko shibam.

Sekian entry meleleh air liur dan telan air liur sendiri dari akak ye. Daaaaaaa

KEPUPUSAN

Salam.

Pagi ni akak nak citer pasal blog boleh? Boleh atau tak boleh, nak citer gak ye kengkawan. First time akak kenal dengan blog ni tahun lepas lah, akak korang ni memang buta IT, tahu guna komputer untuk buat kerja je, nak pulak dulu kat tempat kerja lama tak de kemudahan internet, sekali masuk kat tempat kerja baru ni kemudahan internet ni di berikan untuk semua kakitangan, makanya kegayatan melanda diri akak masa tu. First sekali yang akak nengok ada blog ni adalah Cik Puan Ima Yanti, ex staff PHA, sekarang ni dah berpindah kerja kat tempat lain. Mula2 tu rasa macam susah sangat nak buat sebab rasa rumit nak upload dan sebagainya, mula2 tu kegiatan nya hanyalah membaca blog si Cik Puan Ima Yanti ni lah, rasa macam best je sebab akak memang suka bercerita, lelebih lagi sangat suka merepek.

Bulan November tahun lepas, akak memberanikan diri untuk berblog memandangkan boss kuku besi yang kejam sebelum ni pun dah habis kontraknya di opis, so boleh melapangkan masa dan dada untuk berblog. Bulan depan genaplah setahun akak menceburkan diri dalam dunia blog yang tak ada faedahnya ni, ha ha ha, sebab apa tak berfaedah, lain lah kalau macam blogger2 tegar yang famous tu kan, dari blog tu memasing boleh buat duit, blog akak ni buat tambah dosa lagi adalah. Ye lah, dosa korang kutuk2 I ok, ha ha ha.

Masa mula buat blog ni kecohnya yang amat, mana taknya nak ajar orang buta IT kan, harus banyak pancarobanya. Pastu kan sorang demi sorang kat opis ni ada blog sendiri, seronok sebab benda baru masa tu, masing2 bersemangat sampai berpeluh2 ketiak nak mencantikkan blog masing2. Tapi kan dah nak masuk setahun ni, orang makin lama makin meriah, makin kebabommm, makin meluas empayarnya, ni tak, dari ramai yang ada blog, yang aktif, sorang2 letak jawatan dari dunia blog ni. Mana taknya kan, nak mencarut eh tersasul pulak, nak bercerita dalam blog ni bukannya senang wei, mesti selalu ada idea yang tertarik menarik ko memang the bommm. Belum pun setahun berblog, akak dah kepupusan idea dah ni kengkawan, ntah berapa lama lah lagi boleh bertahan ni, kengkawan lain ramai dah letak jawatan dah ni.

Dulu best wooo, berlumba2 nak update blog dan bercerita tentang aktiviti masing2, sekarang ni kalau di amik rotan dan sebat dia orang ni pun dah tak jalan dah wei. Masing2 update blog pun ikut bulan mengambang, itu kalau yang nampak bulan lah, kalau buat2 tak nampak, kena tunggu setahun sekali baru nak update. Contoh paling bagus adalah laki akak si Mr.R tu, sebelum ni beria2 nak ada blog sendiri, sekarang ni, password dia pun dia dah lupa, ha ha ha. Mr.R sila tumpukan perhatian pada kerja je dah lah ye, blog memblog ni tak sesuai langsung dengan you ok.

Mana lah blogger2 tegar yang famous ni dapat idea nak buat 7 - 8 entry sehari? Bertuah sungguh mereka2 ni dikurniakan dengan akal dan minda yang kreatif kan. Buat masa ni dalam ramai2 yang ada blog tu akak je lah yang masih bertahan dengan sedaya upaya update setiap hari walaupun entry nya ntah apa2. Rasa2 nya tempoh letak jawatan akak berblog pun semakin hampir ni sebab makin hari idea nak merapu makin takde, makin hari makin kritikal, agak2 nya berapa lama lah agaknya blog shibamjelita ni boleh bertahan ek kengkawan? Kawan2 yang ada blog kat opis ni pun makin lama makin pupus dah blognya, hrmmmm entahlah !

Thursday, October 22, 2009

BIJAK BIJAK

Salam.

Ni citer semalam dengan kelmarin ye kengkawan. Masalah budak kecik ni nak main game masih lagi menjadi masalah negara buat akak. Kesian betul nengok kak long dan angah, sanggup beli dam kecik tu untuk menghilangkan kebosanan dia orang. Beli pulak dari kedai kat sebelah umah nenek dia orang, mana nak ada pilihan, itu je yang ada, maka nya dam yang sebesar telapak tangan akak ni pun di belasah nya jugak. Nanti ek kak long dgn angah, hujung minggu nanti bila kita keluar kita pergi beli dam sebesar meja makan tu ye.

Berlagak betul budak kecik ni, akak bukak je pintu dia terus on laptop dan main game, nak suruh dia berhenti harus amik rotan dan zass zass kan kat peha dia yang tembam tu baru nak stop, sambil nangis mulut tu pot pet pot pet ngomel tak puas hati baru nak off kan laptop, ha ha ha, terpaksa bertindak kejam untuk mengawal keadaan. Kak long dgn angah yang terpaksa mencari alternatif lain untuk mengisi masa lapang yang ada.


Semalam lepas lunch yang di sponsor oleh Orang Kaya Baru kat opis ni, akak terpikir nak cari benda ni untuk mengalih perhatian budak kecik ni. Before this dah pernah beli sekali tapi dia dah bosan sebab selalu buat so tak mencabar bagi dia lah. Akak belikan puzzle ni sekali dua, biar dia perah otak tu sampai penat, makanya dia tak akan terpikir nak main game tu.

Masuk je dalam kereta semalam, akak dah promosi habis habisan dengan dia pasal puzzle ni, tunjuk kat dia sambil tu nyelit2 cakap, balik nanti terus buat tau jangan main game tau, dia angguk je wei, memang ye kau, balik je tak lengah nak buat puzzle tu, akak gaul kan kepingan puzzle tu sampai sebati biar dia pening lalat nak membuatnya, biar amik masa lama untuk dia menyiapkannya, ha ha ha, misi akak berjaya, dia tak berjaya menyelesaikannya malam tadi, sampai mintak susu dan nak tidur pun puzzle tu baru suku je siap.

Fuh lega semalam tak payah jadi mak tiri bawak rotan untuk selamatkan keadaan, malam ni pun mesti tak payah jadi mak tiri sebab sebelum pergi kerja tadi akak dah gaul2 kan kepingan tu hingga sebati sekali lagi dan akan suruh budak kecik tu selesaikan petang nanti, ha ha ha, sila setuju bahawasa nya akak adalah mama yang sangat bijak, terima kasih.


SENTAP YOU !

Salam.

Petang semalam akak adalah sedikit sentap, selalu orang tersentap dengan akak, this time orang punya statement pulak buat akak sentap, ha ha ha, tu lah ko shibam, selalu das kan orang, ni orang lak dush dush dush kan ko. Memula tu elok je topik boraknya, sekali tu bila masuk bab blog ni, itu orang adalah angin semacam, statement dia bisa membangkitkan kemarahan especially orang yang ada blog macam akak ni. Yo lah, sungguhpun blog kecoh akak ni tak sefamous blog2 yang lain, bila dia cakap macam tu, I very the terasa you, ibarat cubit peha kanan akak yang gebu ni, peha kiri I yang gebu ni pun terasa sakitnya ok.

Well, ini orang ada blog jugak tapi blog dia menjurus kepada perniagaan on line, macam2 yang dijualnya kat blog dia tu, it is good for her lah, tapi yang tak bestnya bila dia mentioned yang blog2 yang kebanyakannya ada sekarang ni adalah blog nak menunjuk nunjuk. Memang lah tidak boleh nak dinafi kan ada blog yang selalu tayang apa yang dia beli, mana dia pergi, apa yang dia pakai, apa yang dia makan, apa aktiviti yang dia buat, akak pun ada buat jugak entry2 macam tu kan, so terasa giler wei bila dia kata nak menunjuk nunjuk tu. Ish ikutkan hati, nak je akak bertegang urat bertikam lidah dengan orang ni tapi memandangkan kalau dah persepsi dia macam tu, buat apa nak cakap bebanyak kan, diam yo lah. Akak anggap dia jealous bila membaca blog2 yang menayang aset atau aktiviti tuan punya blog tu.

Bukan ke blog ini ikut selera tuan memasing, kalau dia gunakan blog untuk business yang mendatangkan pendapatan yang lumayan, don't expect semua orang pun nak buat macam dia kan, kalau pun blog kita ni blog nak menunjuk2 especially blog kecoh yang selalu nak tayang muka tuan nya yang selalu rasa jelita sungguhpun tembam ni, suka hati lah kan. Pepandai je nak kata orang nak menunjuk nunjuk. Tak suka lain kali jangan baca lah kan. Setuju tak kengkawan?

Lantak ler nak menunjuk nunjuk ke apa ke, yang penting kita happy kan kan kan.

Wednesday, October 21, 2009

SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Salam.

Semalam akak adalah sedikit emosional ye kengkawan. Emosional itu timbul bukan dari masalah sendiri tapi dari kalangan orang yang terdekat, I don't want to mentioned who lah, tapi seseorang yang telah meluahkan masalah dia pada akak. Serius, akak langsung tak boleh terima apa yang dia luahkan dan mengharapkan apa yang dia nak teruskan tu akan terbantut, but for now akak tak nak bagi komen atau masuk campur buat sementara waktu, biar masa, qada dan qadar dari Allah s.w.t yang menentukannya.

Actually nak kongsi serba sedikit dengan korang yang nyata nya masa akak mula2 berkawan dan bernikah dengan Mr.R dulu dia bukanlah seorang yang bergaji besar dan berjawatan seperti sekarang. Seriously, Mr.R hanyalah pekerja biasa di kilang tempat dia bekerja tu dan bergaji yang amat ciput, betul ni akak tak propa langsung bab2 ni ye kengkawan. Makin lama melayari hidup berumahtangga, rezeki pun makin bertambah dan alhamdulillah kita orang hidup selesa sekarang sungguhpun tak kaya raya macam orang lain.

Apa tujuan kita bernikah, apa janji masa kita bernikah, apa matlamat kita bernikah? Pada akak, tujuannya untuk menghindar dari membuat maksiat, janji untuk sehidup semati, janji untuk susah dan senang bersama dan matlamat nya untuk bahagia hingga ke akhir hayat, insyaallah. Kenapa akak tanya ni semua? Akak bertanya sebab ada orang yang dah lupa dengan matlamat pernikahan tersebut, cinta dan sayang hanya pada ketika senang, bila di uji sedikit dengan dugaan, merasa susah sikit dah mula pikir nak bercerai berai, dah mula nak buang pasangan dari hidup masing2. Please lahhhhhhhhh!

Apa maksud perkongsian hidup tu, bukan setakat kongsi masa dalam bilik tidur je kengkawan, pada akak berkongsi segala2 nya dari segi masalah, kewangan dan sebagainya. Suami isteri ni, bila isteri susah dan tersepit, suami lah yang akan membantunya dan bila suami pulak dalam keadaan terumbang ambing, ditimpa kesusahan, isteri lah kena mainkan peranan, bagi support, bukan lepas tangan tahu tak. Kalau tak nak berkongsi kesusahan tu bersama2, suami atau isteri apa namanya tu.

Bila dia cakap akak tak pernah rasa susah akak memang langsung tak boleh terima sebab hal rumahtangga mana boleh di jaja kat orang lain, dia tahu ke kalau famili kita orang makan maggi je bulan tu, dia tahu ke kalau akak merintih pasal kewangan yang tak cukup, pada akak senang je, mungkin dia tak pernah tengok atau rasa akak susah sebab akak tak suka meminta2 dari famili, tak suka bercerita pasal masalah kami pada orang lain, tak suka tunjuk kami susah pada orang lain, hal keluarga, hal suami isteri hanyalah di kongsi berdua saja bukan pergi mengadu domba pada orang lain. Orang tua akak sendiri pun tak pernah tahu pasal susah senang kita orang sebab memang tak pernah tunjuk atau citer apatah lagi nak meminjam duit dari dia orang, cukuplah dia dah membesarkan dan bagi pelajaran pada kita, pandai2 lah nak melayari kehidupan tu dengan keluarga sendiri.

Siapa yang nak dipersalahkan bila hal rumahtangga dah jadi bualan saudara mara, dah jadi bahan umpatan saudara mara? Salahkan diri sendiri kerana membuka pekung di dada, banyak lagi cara lain untuk selesaikan masalah tu bukan memburuk2 kan mana2 pihak. Akak memang tak nak bercakap besar, tak nak riak dan takbur, usia pernikahan kita orang pun masih mentah lagi, baru 13 tahun, macam2 boleh jadi kan, tapi akak selalu berdoa, minta dijauhkan semua anasir2 jahat yang boleh meruntuhkan keharmonian rumahtangga kami.

Memang tak boleh terima bila dia cakap dia tak boleh nak teruskan hidup sebagai pasangan suami isteri yang telah dilayari selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang anak hanya sebab masalah kewangan yang dihadapi oleh suami, berhutang keliling pinggang dan tidak dapat membayar nafkah untuk keluarga, besar sangat ke masalah ni? Pada akak, masalah ni boleh diselesaikan kalau si isteri ni sanggup nak bersusah bersama, rela untuk mengubah cara hidup dari yang berduit kepada berjimat cermat.

Cukuplah setakat ni sebab sampai sekarang akak tak boleh terima dengan keputusan dia tu hanya apabila di uji sikit dia dah nak mengalah. Tujuan akak berkongsi citer ni dengan korang bukan nak memburuk2 kan dia tapi akak nak korang jadikan iktibar dan panduan supaya tidak berlaku dalam rumahtangga korang sendiri.

Mr.R, saya janji untuk susah senang bersama tak kira dari rambut you hitam sampai dah beruban sekarang ni dan mintak you berjanji jugak untuk susah senang bersama saya tak kira dari saya slim sampai gomok sekarang ni. Promise ok! Apa rintangan susah senang yang kita dah lalui selama ni tak payah lah nak dicanangkan dalam blog ni sebab masa juga telah membuktikan kita berjaya melaluinya. I love you Mr.R, ha ha ha, tetiba I love you bagaikan, sabar je lah. Pada pembaca semua minta ampun minta maaf sebab entri akak pagi ni amat emosional !

Tuesday, October 20, 2009

TAK BOLEH BLAH

Salam.

Semenjak kat umah tu ada line streamyx dan laptop, maka penggunaannya adalah secara bergilir di antara Mr.R, akak, kak long dan angah. Takde masalah langsung dalam sistem bergilir ni sebab akak bila dah balik tu tak ngadap pun takpe sebab kat opis 24 jam asik ngadap je kan, so kasi kat anak2 lah untuk ngadap nya pun. Mr.R pun jarang2 nak ngadap sebab timing dia kat umah tu selalu lari, hi hi. Tetapi sekarang ada masalah baru yang timbul, masalah besar yang amat sebab ahli baru yang nak gunakan sistem bergilir ni tak paham bahasa, nak marah pun susah sebab dia tak amik pot pun bila kena marah.

Baru dalam 2 minggu ni dia betul2 pandai gunakan mouse dan sebagainya kat laptop tu, habih semua orang tak boleh kacau bila dia start ngadap. Ribut taufan datang pun dia tak heran, tak mandi sampai ke petang pun dia tak kisah, janji dia dapat ngadap. Kesian dengan kak long dan angah sebab masa untuk dia orang ngadap telah dirampas tanpa belas kasihan oleh budak ni. Pasal insiden ni jugaklah, akak terpaksa beli aksesori baru selain dari penggunaan hanger untuk memastikan keadaan tidak menjadi kelam kabut, baru2 ni akak dah beli rotan untuk memastikan kekacauan tidak timbul, sampai macam tu sekali penangan nya kengkawan.

Ni lah budak bertuah, bijak, cerdik, pandai yang menimbulkan masalah baru untuk kita orang, celik mata je, mama nak bukak laptop, nak main game tukar2 baju, belum akak kata ok ke tak dia dah turun ke bawah, on suis dan buat laptop tu macam milik hakiki dia je.

Itu lah game yang dia dok ralit setiap masa dan saat sekarang ni. Pandai betul dia pakai kan baju, match kan kasut, letak earing dan macam2 lagilah. Korang nengok lah kak long dan angah tu, kesian kan, duduk rapat2 cenggitu dengan harapan dapat belas ihsan dari budak kecik tu tapi sampai ke sudah tak dapat2 jugak. Pening jugak sekarang ni, bila balik je nak main game, kita orang beramai2 naik atas dan tinggalkan dia sorang2 pun dia tak heran, kita orang yang panas punggung nak tunggu dia naik ke atas pulak. Alahai macam2 kan.

Ada yang nak kena sorok gak laptop ni nanti.

HARI AHAD HARI TU

Salam.

Hari Ahad lepas adalah hari untuk jiran2 pulak datang bertandang ke rumah akak. Semua jiran2 yang datang adalah yang paling berdekatan dan yang sewaktu dengannya, senang citer adalah dalam jemputan untuk 50 orang gitu, tak lah ramai mana pun kan. Semua umah2 dia orang kita orang dah bertandang so ini lah masanya dia orang nak bertandang ke rumah akak pulak.

Untuk makluman, juadah malam tu adalah sepenuhnya dari katering je, akak adalah tak kuasa nak memasak atas sebab2 kemalasan yang melanda. Order je senang, dapur bersih, rumah teratur, lepak2 tunggu tetamu je. Jangan tak tahu wei, punyalah rajin akak korang ni sampaikan air teh tarik dan kordial pun di order je dari katerer tu, sabar je lah kan. Menu hari tu nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang daging, dalca, lemang, buah buahan dan sedikit juadah untuk pencuci mulut. Cuma kek dan puding ni je akak buat, itu pun macam tak percaya je sebab dalam bermalas malasan tu pun siap jugak membuat kedua2 ni walaupun tahap kemalasan adalah maksima.

Clap, clap, clap, hasil air tangan shibam, menjadi gak puding dan kek ni. Pastu sebok citer kat jiran2 dia yang lain bahawasanya 2 menu tersebut di masak sendiri, ha ha ha, siap tolong potongkan lagi kat dia orang untuk dirasa. Nak tak nak dia orang kena puji jugak kan.

Lemang dan lauk pauk pada hari tu. Semuanya sedap2 belaka, lain kali boleh order lagi dari katerer ni.

Antara tetamu2 yang datang malam tu, memang seronok dapat berborak dengan jiran2 yang jarang ada kesempatan untuk berbual dan bertegur sapa. Memang akak sengaja pilih hari Ahad malam untuk menjemput dia orang sebab dia orang tak boleh nak melepak lama2, besoknya tu kan masing2 nak bekerja, so masing2 akan nampak jalan untuk pulang ke rumah dengan lebih awal, ha ha ha, strategi yang sungguh tak senonoh tapi berjaya sebab paling lewat yang balik hari tu pun pukul 10.30 malam. Sila jangan ikut contoh akak ye.

Ok, ada lagi kengkawan yang nak kena dijemput ke rumah akak lepas ni, masa dan tarikh je tak set lagi ni. Don't worry lepas raya pun boleh, yang penting niat nak menjamu korang tu masih tersemat di lubuk hati akak ni.

Monday, October 19, 2009

HARI SABTU PERGI SINI

Salam.

Ni aktiviti hari Sabtu ye kengkawan, dah keluar entry kembang setaman baru akak berpijak di bumi nyata berpatah balik ke pangkal jalan ye. Macam biasa aktiviti pagi di hari Sabtu adalah kemas mengemas, basuh membasuh atau lebih senang dipahami adalah kerja2 bibik di hujung minggu lah. Pergi merendek ni pun lepas dah siap2 semua, dalam pukul 2.30 petang macam tu lah.

Destinasi pertama adalah menuju ke rumah birthday boy, Irfan Rayyan, si ensem boy anak kepada teman seopis tapi lain2 pejabat dengan akak. Gambar dia takde pulak sebab susah betul nak snap picture ensem dia tu. Terima kasih buat Fadz dan famili di atas jemputan tu ye.

Mimi dengan Adam, anak member opis jugak. Mimi sangat mengenjoyskan diri dia kat sini, membebel tak berenti2 sampai Teratak Aku yang ikut kita orang pun penat nengok keletah dia. Tu baru jumpa sekejap dah pening kepala nengok keletah dia, sabar je lah kan.

Teratak Aku dalam usaha untuk menjadi photographer yang kreatif, habih macam2 posing anak2 akak di amiknya. Paling suka picture nyorok Mimi kat atas tu, terserlah ketembaman tangan dia kan.

Ini budak seperti biasa dan semenjak azali memang tak akan melayan orang nak amik gambar dia, ribut taufan kalau dia berposing elok2 depan kamera tanpa kena marah dulu dengan akak. Takpe lah angah, kalau angah rasa cukup ensem buat rupe cenggini, teruskan lah ye.

Ada lagi gambar pasangan 'adik beradik' untuk tatapan korang. Gambar ni masa kat umah kawan yang terpaksa dirahsiakan identiti dia atas sebab2 keselamatan. Tiada kata pembayang atau klu yang boleh diberikan. Harap maklum ye.

KAK LONG BENGKEK, HI HI

Salam.

Kengkawan nak tahu siapa yang bengkek? Yang bengkek tu adalah kak long, ha ha ha, nape tetiba akak golak, akak golak sebab ni citer malam tadi tau kengkawan. Akak skip citer hari Sabtu dulu sebab tak sabar nak citer kat korang, apabila tak sabar tu itu tandanya entry ni adalah entry riak, kembang semangkuk dan perasan, harap maklum.

Gini citernya, malam tadi kan, akak dan famili buat makan2 untuk jiran2 yang berdekatan. Semua rumah jiran2 kita orang dah pergi, tak kan tak reti2 nak panggil jiran datang ke umah pulak kan. Gambar tu semua nanti akak tempek, ni nak citer satu insiden yang telah mengembangkan hidung akak dari malam tadi sampai sekarang ni.

Salah seorang tetamu kita orang malam tadi adalah penyewa rumah kita orang, so dia datang bawak famili dia sekali yang kebetulan bertandang dari kampung. Borak punya borak, adik kepada tetamu yang berusia awal 20 an ni bertanya pada kak long, awak ni adik tuan rumah ye, muka sama lah dengan tuan rumah. Reaksi kak long masa ni macam dengar tak dengar sebab dia tengah ralit nengok TV, budak tu tanya lagi tapi kali ni dengan suara yang kuat lagi, awak ni adik tuan rumah ye, kerja kat mana, duduk sekali dengan tuan rumah ni ke ? Akak dah dengar masa ni tapi buat dek je sebab nak tengok apa kak long jawab nanti.

Korang nak tahu, nak tahu tak? Muka kak long adalah moncong dan bengkek masa ni, ha ha ha, ada ke anak akak yang baru darjah 6 tu dia tanya kerja kat mana, alahai kesian kak long, serba salah dah dia nak menjawab, pastu kan kak long jawab macam ni, tak lah, saya anak tuan rumah ni dan saya baru darjah 6. Ternganga jap budak yang bertanya tu, hah baru darjah 6, ingatkan dah kerja, ish rupa awak tak macam budak sekolah lah, lagi sekali statement dia telah membuat kak long bengkek. Akak yang tengah melayan dia orang makan kat meja tu senyum je lah, dah biasa sangat dengan orang yang selalu ingat kak long matured dari umurnya, selalunya dia orang tersasar ingat kan dia form 3 or form 5 tapi kali ni paling teruk, kena tanya kerja kat mana, hi hi.

Budak yang bertanya tu tak puas hati lagi tau masa ni, oh ni anak sulung akak ye, nampak macam adik beradik je dengan akak, (kembang giler hidung akak masa ni, dia punya kembang bawak sampai ke montot, ha ha ha). Akak menjawab lah dengan statement merendah diri seperti selalu, ha ha ha, mana ada macam adik beradik, akak yang gomok ni takkan lah tak de rupa macam mak kepada dia, korang nak tahu budak tu cakap apa lepas tu, baca ni betul2 ek kengkawan, tak pe lah akak gemuk, bukannya gemuk sangat pun yang penting akak nampak muda dan cantik, hah suke suke suke, dah lama tak dengar orang puji secara berdepan ni, selalu orang puji akak dalam hati je (ha ha ha, macam ada pun).

Ok sesudah memuji tu ye, kang tak jadi buat kerja pulak kang. Pelik lah malam tadi, selain budak tu yang memuji2 akak, ada sorang jiran ni jugak buat akak kembang setaman, dia ni baru pindah kat area umah kita orang ni, adalah dalam 3, 4 bulan, so Mr.R jemput husband dia yang selalu terserempak kat surau, dia pun terkejut nengok akak dah ada anak dara sebesar kak long sebab dia kata akak nampak mude, wu wu wu wu.

Kesimpulannya kengkawan, gambar kat atas tu nak tunjuk bukti sikit lah ye, bila pandang sekali imbas tu memang ada nampak akak macam adik beradik dengan kak long. Aiyoo, dah lama tak buat entry untuk korang muntah hijau kan.


Thursday, October 15, 2009

AL KISAH NYA

Salam.

Bila ada sesiapa je yang bagi komen atau rasa macam best jer bila nengok akak kerja kat area ni, yang boleh balik hantar atau jemput anak dari sekolah, tempat kerja pulak dekat yang amat dari rumah, akak hanya senyum je. Hi hi, sebab di suatu ketika dahulu, pada zaman purbakala dulu, akak dah pernah rasa pergi dan balik kerja naik pengangkutan awam ni seawal pukul 6 pagi. Orang semua masih berselubung dengan selimut lagi akak dah ada atas bas tau tak.

Kengkawan, meh baca citer akak yang panjang lebar ni ye, al kisah nya masa sebelum bernikah dulu akak kerja di KL. Dapat rezeki kerja dekat2 ni pun lepas habis pantang bersalin kan kak long. Nekad nak cari kerja dekat dengan rumah sebab tak tahan dengan rutin ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Masa begitu banyak dihabiskan di atas jalan je tau. Dah lah masa tu akak kerja kat Kampung Baru, jalan jem tak kira masa. Waktu tu memang nak kena naik bas pukul 6 pagi untuk ke KL sebab akak mula kerja pukul 8 pagi, bas pulak dari Bandar Baru Bangi ni tak ada yang direct ke Kampung Baru, so kena berhenti di Kota Raya dulu dan naik bas mini pulak untuk sampai ke tempat kerja. Dah ada lesen pun masa tu tak guna jugak sebab still tak mampu nak beli kereta sendiri untuk ke tempat kerja.

Dia punya penat tu tok sah nak citer lah, tu belum bab bas pukul 6 pagi tu rosak atau ada hal lain, berpeluh2 ketiak nak menunggu bas yang seterusnya. Nak duduk bujang di KL, parents akak memang tak bagi, macamana jauh pun tempat kerja tu dia orang nak tengok anak dara dia ada depan mata jugak. Ada satu masa yang paling sadis sekali ialah masa tu sedang pregnant kan kak long, turun naik bas dengan perut yang memboyot tu rasa macam suatu penyeksaan betul lah. Waktu balik adalah pukul 6 petang, so korang bayangkan pukul berapa pulak akak sampai balik kat umah, keluar umah gelap, balik sampai umah pun langit dah gelap. Bila ada bas yang problem, sanggup naik bas yang pergi ke Kajang dan berhenti kat tol Kajang tu dan tunggu Mr.R rescue kan akak kat situ. Mr.R pulak memang kerja di area Bangi je, so nak suruh dia hantar dan jemput balik dari KL tu adalah satu perkara yang tidak munasabah langsung.

Pikir punya pikir, masa masih berpantang bersalin kan kak long akak dah start membelek surat khabar untuk cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, rezeki baby masa tu, interview sekali je terus dapat. Berakhirlah episod duka turun naik bas ke KL selepas menderita untuk jangka masa yang agak lama juga lah. Punyalah gayat masa tu sebab kerja kat tempat baru tu start pukul 9 pagi, so bila pukul 8 still kat umah lagi rasa macam syok semacam, ha ha ha, kesian kan. Masa kerja kat sini ada transport company pulak yang menjemput dan menghantar balik, lagi lah rasa gayat semacam.

So akak memang dah paham sangat dengan kengkawan lain yang umah jauh dari tempat kerja tu, sungguhpun ada kenderaan sendiri, dia punya azab tu, korang je lah yang paham kan, mana yang masih naik pengangkutan awam tu pun akak paham sesangat apa yang dia orang rasa. Sabar bebanyak ye kengkawan, semoga suatu hari nanti korang akan dapat jalan penyelesaian nya.

Sekarang ni bersyukur sesangat, akak dan Mr.R masing2 bekerja dekat dengan umah, tak de problem dengan budget untuk petrol, anak2 pulak duduk dekat dengan mak dan mak mertua yang hanya beberapa kilometer dari umah, sekolah masing2 pun sekangkang kera je dari rumah, hantar dan jemput anak2 dari sekolah, mungkin ini hikmahnya di sebalik kepayahan yang akak dah lalui masa muda2 dulu kot.

Dah lama tak buat entry panjang berjela macam ni. Sekian.


BONUS 9 BULAN

Salam.

Bonus 9 bulan ni bukan akak or Mr.R yang dapat tapi jiran terdekat kita orang yang bercerita mengenai bonusnya tu, hu hu hu. Agaknya apa korang akan buat kalau dapat bonus sebanyak 9 bulan gaji? Mak aiiiiiii bila lah akak nak merasa rezeki macam ni kan. Mesti berpinar pinar mata dan migrain nak memikirkan untuk mengatur strategi untuk pelaburan duit bonus tu.

Semalam kita orang pergi beraya ke rumah jiran yang paling senior dalam kategori umur di area umah akak tu. Rumah corner lot nya tu berselang 2 pintu je dari umah akak tapi memang susah nak nengok muka masing2 sebab faktor busy lah, apa lagi kan. Borak punya borak, kita orang pun bertanya lah pasal BMW 3 series nya yang berplat no baru tu, citer punya citer terkeluarlah citer bonus 9 bulan tu. Best betul kerja dengan syarikat minyak ni ye, bonus dia melampau lampau banyaknya. Itupun dia kata kurang, ada tahun2 yang ekonomi bagus, dia orang pernah dapat lebih daripada itu.

Dah balik tu, masing2 sebok busybody dok kira bonus orang, ha ha ha, Mr.R cakap, paling2 bangang lah, gaji jiran kita orang tu 5K, tapi dijamin lebih daripada tu memandangkan faktor usia dan position dia (ha ha ha, siap buat teori sendiri ko)korang darabkan dengan 9 bulan, dah berapa dia dapat! Sebok kira bonus orang, bonus sendiri bila nak dapat ni Mr.R oiiiiii, tapi paling banyak pun pernah dapat 3 bulan je, ok lah tu daripada takde kan. Syukur alhamdulillah.

Wednesday, October 14, 2009

DEBAT DUIT RAYA

Salam.

Murah rezeki betul anak2 akak di musim perayaan ni, semalam pun dia orang still dapat duit raya lagi dari kengkawan opis akak ni, tq kengkawan. So malam tadi kita orang kasi kira semua duit raya dia orang untuk di bank in kan pada hari ini. Memandangkan yang kak long dan angah dah pandai nak menggunakan duit masing2 so ada sedikit perdebatan di situ ye kengkawan. Kalau dia orang ni sebaya dengan si kecik tu senang, amik semua duit tu boleh masuk dalam bank terus, tak payah banyak citer. Ni tak, yang kak long request nak beli buku cerita, yang angah lagi best, nak beli game lagi dan lagi dan lagi.

Rasanya tahun ni adalah tahun paling murah rezeki untuk dia orang lah, kak long punya paling banyak, dah siap kira2 semua ada 600 lebih, angah dan mimi dapat dalam 400 lebih. Alhamdulillah.

Memandangkan ada perdebatan malam tadi, kak long punya hujah2, panjang lebar dan bernas nak mamposssssssss, so akak dan Mr.R bersetuju untuk dia membelanjakan sendiri duit dia sebanyak 150 untuk membeli buku2 cerita yang dia idamkan tu, so dia simpan 500 je tahun ni. Angah punya hujah langsung tak boleh pakai, ha ha ha, sebab nak 200 untuk beli game, debat punya debat, akak dan Mr.R bagi dia guna 100 je untuk tujuan tersebut so dia kena simpan 350 tahun ni. Mimi lah paling kecoh, nengok orang bising2, dia pun sebok gak nak guna duit dia tapi bagi reason nak beli gula2, ha ha ha, sabau je lah.

Korang dah pergi bank simpan duit raya anak ke?

Monday, October 12, 2009

HAPPY

Salam.

Selamat pagi yang ceria kengkawan. 2 hari cuti, jadual kita orang sefamili sangat padat dan happening dengan aktiviti yang best. Hari Sabtu ada jemputan ke rumah teman di Seksyen 7, dah sudah tu ke Seksyen 1 pulak untuk ke rumah kawan opis. Kat sini lagi best, borak2 punya borak dengan tuan rumah, rupa2 nya opah dia siap kenal famili akak dan mertua sekali, apa lagi sakan lah akak bergelak ketawa dengan opah dia, macam dah lama kenal, hi hi.

Bergegas pulak ke rumah jiran sebelah akak lepas tu, tapi tak dapat nak borak lama2 sebab ada agenda pulak di rumah along akak di Bangsar, nak kena pergi beli kek untuk celebrate birthday abah akak yang ke 67 tahun. Syukur alhamdulillah, kita orang semua dapat bersama2 meraikan birthday abah yang ke 67 tahun dalam keadaan abah yang masih sihat walafiat. Actually ni semua dari perancangan akak lah, ye lah, nak harapkan abang akak dua orang tu, masing2 sibuk dengan kerjaya, nak harap kan adik tu, lagilah banyak benda lain dia nak buat kan.

So, hari Isnin lepas akak buat panggilan hangit kat semua adik beradik dan ingatkan dia orang pasal birthday abah. Along pulak offer nak buat kat umah dia, ingatkan nak panggil dia orang datang je celebrate kat umah akak ni lagi senang. Semua setuju dan kita orang berbincang sesama sendiri tentang hadiah untuk abah dan memang abah happy betul dengan hadiah2 yang dia dapat malam tu. Seronok bila tengok orang tua kita happy kan. Dulu masa kita kecik2 dia orang bersusah payah happykan hidup kita, masa ni lah kita nak happy kan dia orang pulak, jangan dah tua2 bangka macam ni pun korang nak menyusahkan mak bapak lagi, not good ok.

Dah siap nyanyi dan potong kek semua, baru perbincangan tentang majlis pernikahan adik pulak di adakan, pang pung pang pung, semua siap dibincangkan dan tindakan susulan akan diambil. Harap semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Semalam adalah hari mengemas rumah dan membeli barangan keperluan rumah. Keluar berjalan2 dari tengahari sampai lah ke petang. Memang penat tapi happy.

Friday, October 9, 2009

SELEKEH ?

Salam.

Pagi ni kita orang ada jamuan raya untuk semua kakitangan UKM. Memandangkan dah ada boss besar yang baik hati, so semuanya diizinkan untuk menghadirinya. Kalau 2 tahun sudah, memang tak dapat nak join ni semua sebab boss besar tak bagi keizinan langsung, so dah ada peluang ni, kita pergi je lah kan. Akak pergi dengan Kak Teh dan Sue Sue. Rezeki jugak tahun ni sebab urusetia dah membuat penambah baikan dari segi kuantiti makanan so tak payah nak berebut2 macam orang kebuluran, makanan berlebih2 lagi adalah. Ok jugak sebab dapat jumpa kengkawan dari opis lain dan bersalam salaman untuk raya ni.

Masa terjumpa dengan kengkawan dari opis lama tu, ada satu statement yang agak selalu akak dengar semenjak dua menjak ni, wei nape ko nampak selekeh sangat ni, tak bermekap macam dulu, ish selekah lah, ha ha ha, semalam pun baru mak mertua akak tegur, awat hang nampak pucat dan muka tu macam orang tak sihat je, tak terjawab persoalan mak mertua akak tu. Hari tu masa pergi beraya kat umah jiran pun kena tegur jugak, Linda nape you macam tak bersemangat je sekarang, mana pergi lipstick you yang merah2 menyala tu, actually ramai jiran2 yang masih tak tahu akak dah pregnant 4 bulan, cuma bila ramai yang menegur badan ni bertambah gemuk dan akak hanya jawab, ntah lah selera makan bertambah kebelakangan ni.

Seriously, kalau sebelum ni pergi kerja tu pakai eyeshadow ikut kaler baju, maskara sikit punya tebal akak tempekkan kat bulu mata yang memang dah sedia melentik ni, sekarang ni jangan kata maskara dan eyeshadow, lipstick pun tak koser nak ditempek kat bibir mungil ni, apatah lagi nak pakai aksesori, nasib baik jam tangan tu akak masih berselera lagi nak pakai. Rasa cam tanpa lipstick tu pun kejelitaan semulajadi akak akan terserlah, ha ha ha, padahal semua menegur akak selekeh sekarang ni, ye ke selekeh, akak nengok cantik je kat depan cermin tu. Whatever.

So pada kengkawan lain sila jaga hati dan perasaan akak ok, next time bila berjumpa jangan cakap akak selekeh, dendiam je dah. La la la la la la

Thursday, October 8, 2009

KORANG MEMANG BEST !

Salam.

Pagi ni ada appointment untuk check up, kejap je dah 18 minggu, alhamdullillah semuanya berjalan lancar dan yang paling happening dapat control kenaikan berat badan dari bulan lepas, hanya naik 0.5 kg je, sila kagum sebab akak dapat menahan napsu makan di musim perayaan ni, seriau nak mampos bila mengenangkan kalau pregnant kali ni jarum penimbang berat tu akan mencecah 100kg, mintak2 di jauhkan, so kena beringat dari sekarang.

Ni hah nak bagi korang nengok sesikit gambar2 semalam, salah satu sebab nape bila dah bercampur dengan bebudak ni akak pun nampak cam dalam kelompok umur dia orang je padahal lebih tua bertahun2 dari dia orang yang muda belia ni.

Pagi2 kena bergossip dulu dalam bilik Sue Sue baru boleh buat kerja, dah photographer ni kan makan gaji dengan akak so dia kena follow je apa aktiviti akak.

Sesi perbincangan hangat untuk menyelesaikan masalah negara yang timbul. Bengot2 mulut memasing nak mengeluarkan pendapat. Seperti biasa, yang bercekak pinggang tu memang over selalu. Ha ha ha, itu pun salah satu petua awet muda tau, harus over selalu.

Aksi giler lah konon dari kita orang, tak semenggah langsung Fafar nengok moncong akak sampai tersepet2 matanya menahan ketawa. Korang ni semua memang bestlah, tak sesia ada kawan seopis macam korang.

Masa ni boss besar masing2 dah bawak haluan sendiri, kita orang je tak sedar2 diri lagi nak sambung buat kerja, pepandai cepatkan lunch hour memasing, pegawai2 ni pun tak kuasa nak melayan sebab kita orang lagi power dari dia orang kan kan kan.


Mamat kecoh yang bikin propa kat bangunan ni dari minggu lepas lagi, asal ada orang lalu atau yang dia terserempak mesti soalan macam ni keluar, erm saudara or saudari, elok saya masih terus bekerja di sini atau tuttttttttttt, ha ha ha, mengalahkan nak buat keputusan pergi ke luar negara gamaknya, propa je lebih. Blah lah wei, mesti sampai pencen akak nampak muka kau kat opis ni nanti.

Kesian bila dengar citer kengkawan yang tak ngam dengan member seopis, macam mana nak buat kerja dengan tenang ek, sib baik kita orang ni semua boleh dikategorikan sebagai ngam sebab buat masa ni semua boleh bekerjasama dengan baik. Sayang betul kat kengkawan opis ni lah, muah.


CITER PAGI DULU

Salam.

Semalam seperti yang dah dikhabarkan pada korang, opis kita orang ada jamuan hari raya. Sebelum mula acara makan memakan makanan yang lazat dan berkrim dan digemari ramai tu, kita orang ada acara pembahagian cupcakes yang telah ditempah lebih awal untuk menyerikan majlis kita orang pada hari tu.

Disamping kita orang yang perabihkan cupcakes yang cantik dan lagi sedap ini, ada jugak kita orang agihkan pada teman2 opis lain yang selalu membantu kami dalam kegiatan seharian pejabat. Jom nengok cupcakes ni dengan lebih dekat dan sila telan air liur korang secara perlahan2 sambil menikmati gambar ni ye.

Cupcakes yang telah dihias cantik, so sweet colour nya kengkawan, rasanya pun sodappppp, ising dia tu dah lah cantik, tak manis sangat pun untuk dingap, elok sedap je rasanya.

Kalau korang nak tahu, jari model yang menggayakan cupcake ni telah dibayar mahal wei. Cara nak pegang pun bukan boleh hentam keromo je, kena ada gaya bila nak pegang tu, pilihan tangan modelnya pulak harus yang berjari gebu dan montok barulah bila orang nengok nanti berselera je nak makan cupcake tu. Korang paham tak explanation akak ni? Makanya dengan secara rasminya jari jemari tuan punya blog ni telah terpilih, ish korang ingat kalau tangan orang lain punya gambar ada akak nak tempek dalam blog kecoh ni, ha ha ha. Sila makan hati ok.

Hah dah dapat close up jari jemari gebu dan tombam, kita snap gambar tuan punya pulak ok. Jelingan manja sampai nak terjuling dan terjojol bijik mata sebab dah tak sabar nak ngap cupcake tu, asik nak bergambar je sampai nak makan pun jadi terbantut tahu tak? Photographer ni je yang rajin layan orang sengal macam akak ni, kalau yang lain tu dah lama mintak berenti kerja jadi photographer akak ok, yang ni je sanggup bertahan sampai ke hari ni.

Selagi boss besar tak masuk bilik mesyuarat, selagi tu lah nak bergambar, ha ha ha, ko nengok si Kak Teh tu, posing maut ala2 dalam majalah mangga kan, tak dapat akak nak bayangkan bila dia berposing masa kahwin nanti. Woi Weeda, ko apsal main tutup2 muka plak, ko tak nak gila glamor cam kita orang ek, ha ha ha. Suk Suk poyo dengan baju raya biru dia, kiranya dia lah paling ensem kat bangunan tu semalam. Ko nengok lah akak ni wei, sempat kenyit2 mata lagi, elok akak habih kenyit2 mata kan, boss besar pun masuk dan secara otomatiknya perangai palsu sopan santun masing2 terhasil. Sekian.

Lepas ni banyak giler lagi gambar yang akan menyusul. Sila muntah bila nengok nanti ye.

Wednesday, October 7, 2009

7/10/2009

Salam.

Hari ni demam dah kebah, tinggal batuk je masih bermaharajalela lagi ni. Pantang macam mana pun, kalau dah nak kena tu, kena lah jugak kan. Punyalah jaga masa beraya tu tak minum ais, tak makan yang bukan2 pun, kalau dah nak kena tu, redho je lah. Pecah lah rekod akak tak pernah MC dari tahun lepas tau, ingatkan nak pegang rekod tanpa MC selama 2 tahun berturut2 tapi tak kesampaian. Antibodi tak cukup kuat lagi.

Hari ni opis kita orang ada jamuan raya, makanan ada macam2 tau, lagi lah kena kuat semangat, tak boleh nak belasah semuanya tu, makan yang tidak mengundang batuk je yang lenlain tu boleh tengok je.

Kengkawan opis hari ni semua melaram sakan dengan baju raya masing2, macam lah boss besar nak bagi duit raya kan kan kan. Nanti petang2 sikit kita sambung celoteh lagi ye.

Monday, October 5, 2009

KUNJUNG MENGUNJUNG

Salam.

Mesti ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka hari raya untuk 2 hari lepas kan. Nak citer sikit kat korang, akak tak berapa bersetuju dengan konsep kengkawan yang tunggu undangan rumah terbuka baru nak beraya ke rumah kengkawan yang lain. Pada sudut dan pandangan akak ni, bila dah tiba hari raya, masa tu lah hari untuk kunjung mengunjung antara satu sama lain, tak payah tunggu orang jemput masa rumah terbuka baru nak bertandang, yang penting pergi menziarah yang tentunya hanya setahun sekali je dipraktikkan.

So semalam dah 14 syawal kan, akak shibam sefamili memulakan langkah berkunjung ke rumah jiran2 yang bersebelahan dan yang hampir dengan rumah, setiap tahun pun rutin yang sama, akak tak pernah tunggu orang jemput ada rumah terbuka baru nak jejak, pergi beraya untuk bermaaf maafan bukan mengharapkan tuan rumah menyediakan juadah yang menyelerakan anak tekak kita. Lepas dah pergi kesemua rumah tu lega betul rasanya dan terpulang kepada jiran2 tu pulak untuk bertandang ke rumah akak. Konsep tunggu jemputan rumah terbuka tidak pernah dipraktikkan langsung oleh akak.

Biasalah, ada jugak kengkawan akak yang bertanya, ada open house tak, ada makan2 tak, to me, dia orang ni dah salah paham tentang konsep kunjung mengunjung untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain tu. Bila dah pergi beraya tu, kebetulan tuan rumah menyediakan sedikit juadah, hah tu barulah rezeki namanya, jangan mengharapkan orang masak sedap2 baru kengkawan nak pergi bertandang.

Akak lebih suka kalau menjemput kengkawan atau sedara mara tu secara berperingkat, tak suka buat serentak sebab bila tetamu dah terlalu ramai, masa untuk melayan dia orang berbual dan bertanya khabar pun amat terhad sebab sebok ke hulu ke hilir untuk memastikan semuanya cukup. Selalunya akak lebih suka dalam kelompok yang kecil tetapi kena masak banyak kali pun takpe sebab puas hati dapat layan dia orang dengan seadanya.

Ok, mungkin ramai yang tak sependapat dengan akak, biasalah pandangan masing2 kan, yang penting niat untuk berziarah tu ye kengkawan. Gambar ni masa kita orang pergi berkunjung ke rumah Weeda hari Jumaat lepas, ada jemputan sempena hari raya dan yang paling penting sempena pembaharuan kontrak Weeda untuk masa akan datang, tahniah Weeda, khidmat orang rajin macam Weeda memang amat diperlukan oleh opis kami.

Bergambar beramai2 di teratak Weeda nan indah sebelum balik tu. Masing2 senyum sebab dah kenyang menikmati soto yang dihidangkan oleh Weeda.

Dua aksi berbeza semasa di rumah Weeda tempohari, korang nengok betapa rajin ibu mengandung kat atas tu sebelum balik, siap2 angkat semua cawan2 dan susunkan balang2 kuih tuan rumah yang berselerak selepas dibaham dek kengkawan ni. Aksi budak lelaki yang buat kerusi tuan rumah macam kerusi kat umah dia sendiri, ha ha ha, sungguh kurang sopan betul kan kengkawan. So kengkawan, lain kali kalau pergi bertandang ke rumah orang sila ikut contoh ibu mengandung seperti di atas ye, jauhkan sikap seperti budak lelaki yang comel ini.


Friday, October 2, 2009

EKSLUSIF : SHIBAM'S LATEST PHOTO

Salam.

Lama sungguh rasanya akak tak menempek gambar2 kengkawan opis kat blog kecoh ni. Last Wednesday ketiga2 opis yang bersekutu dengannya ada mesyuarat di hotel berdekatan. Sebelum tetamu kehormat sampai, kita orang belasah bergambar dulu, macam biasa pilih gambar cecantik je letak kat dalam blog ni. Gambar tak senonoh akak dan kengkawan lain adalah untuk umpatan dan kejian diri sendiri, ha ha ha.

Shibam di kala usia kandungan baru mencecah 4 bulan. Gemok gedempol macam apa ntah sekarang ni, seram giler nak membayangkan bila mengandung 9 bulan nanti. Dap dup dap dup nak menunggu rupa 9 bulan nanti. Korang nengok yang sebelah kiri sekali tu, Fafar tu dah pregnant 7 bulan dah tu tapi comelnya alahaiii, yang tengah2 tu si mama Irfan nak dijangkiti lagi so dia dok menyelit tengah2 tu.

Para jelitawans setembam opis akak. Sekarang ni akak sedang mengasuh Kak Teh untuk dijadikan salah seorang dari ahli setembam kita orang, berkesan nampaknya kengkawan, ada peningkatan berat badan di situ, ha ha ha. Kak Teh, siap lah ko, lepas bernikah bulan 3 tahun depan, terus plak bunting pelamin, lepas beranak nanti, welcome to tembam's club, ha ha ha lagik.

Kami yang sehati sejiwa berpakaian tema ala2 merah2 muda manja gitu. Glamor nak mamposs kan, nak pergi meeting pun siap akak bagi warna tema lagi. Nampak sangat dah lama tak melawa bila duduk kat opis hujung dunia ni.

Aksi kepoh akak tak kira walau di mana berada. Si mama Irfan terlalu bersetuju dan asyik dengan hujah2 yang akak tuturkan maka mukanya amat serius ketika kamera difokuskan ke arahnya.

Apa lagi kan, dah meeting kat hotel so lunch pun di hotel lah, kasi bedal lah, orang lain semua dah abih makan, akak masih tak habih2 lagi sebab bukan akak ambil makanan tu bebanyak tapi akak makan dengan berhemah dan bersopan dan mengunyah dengan secara perlahan supaya makanan tu hadam sehadam hadamnya baru ditelan. Jangan tak percaya ok.

Inilah big boss untuk ketiga2 opis bersekutu kami, sedang memberikan kata2 azimat untuk anak2 buah nya bekerja dengan lebih cemerlang. Paling lega hari tu sebab Suk Suk tak terlelap dan tak berdengkur sepanjang2 sesi mesyuarat di adakan, ha ha ha, kalau tak habislah reputasi opis kami yang prestasinya sentiasa cemerlang ni.

Opis kita orang ada satu misi khas lepas ni, di ketuai oleh Teratak Aku untuk menganjurkan satu retreat untuk ketiga2 opis. Lokasi dan acara yang akan dijalankan telah diserah bulat2 kepada opis kami. Macam biasa lah, opis lain mana ada idea kebabom macam kita orang ni, ha ha ha, makan hati lah bila si mama Irfan baca ni nanti.


Thursday, October 1, 2009

I DON'T LIKE THIS SPESIS

Salam.

Hari ni dah 12 syawal ye kengkawan, dah 12 hari kita berhari raya. Amacam kengkawan, seronok tak berhari raya, dah habis ke rumah saudara mara, ipar duai dan sahabat handai yang nak dikunjungi. Bercerita pasal bab bertandang ke rumah saudara mara dan sebagainya, akak amat amat amat emosional bila berhadapan dengan situasi keluarga terdekat yang tidak mengalu alukan kedatangan saudara mara di hari yang mulia ini. Pelik bin ajaib lah, dah lah raya tu cuma setahun sekali bukannya kena melayan tetamu yang bertandang tu seminggu or sebulan sekali tapi still masih ada perasaan malas nak melayan tetamu. Kalau sahabat handai atau jiran tetangga tu boleh lah dimaafkan lagi. Ni tak, dengan ipar duai, keluarga mertua pun nak berkira, nak mengelak bila setiap kali tibanya perayaan hari raya ini.

Nasib lah, bernanah lah telinga, remuklah hati korang bila baca entry akak hari ni, kalau ada di kalangan pembaca yang tergolong dalam spesis ni, renung renung kan lah, sila lah berubah, tahu tak bahawa menerima dan melayan tetamu tu banyak pahalanya, apatah lagi bila menjamu tetamu dengan hidangan yang ada seikhlas ikhlasnya. Boleh tak sematkan dalam kepala hotak tu bahawasanya setiap kali tibanya hari raya, mesti luangkan satu masa untuk keluarga mertua atau ipar duai datang ke rumah, jamulah mereka dengan apa yang termampu, jangan dah di sogok dengan soalan bila boleh datang ke rumah pun masih nak mengelak lagi, siap cakap rumah dia tertutup tahun ni, kalau rumah orang lain sebok dia sekeluarga nak bertandang, nama nak tunggu dia bukak mulut menjemput orang datang ke rumah, mintak maap, jauh sekali.

Kalau orang lain malas nak sedarkan orang macam ni, meh serahkan pada akak untuk bagi kata2 nasihat sedas dua, straight to the point kat orang macam ni. Dah lah keluarga mertua dan ipar duai datang setahun sekali je, itu pun malas nak melayan, balik2 alasan tak reti nak masak yang dibaginya, kalau tak reti, belajarlah, sampai bila nak pandai kalau malas je memanjang.

Kengkawan, tolonglah jangan ada sikap macam ni pada keluarga kita, apa lah salahnya ringankan mulut tu menjemput mereka semua ke rumah kita, insyaallah rezeki kita makin bertambah2 lagi tahu tak. Actually, bila tetamu nak bertandang tu tak payah susah payah sampai garu2 kepala pikir nak masak apa, nak hidangkan apa, bancuh air dan jemput lah dia orang makan kuih raya yang ada tu. Yang penting, hati tu ikhlas nak orang datang ke rumah, ini bukak mulut pun berat nak ajak orang datang ke rumah, apa punya spesis pun tak tahu lah.

Tahun ni dah kena tembak cecukup dengan akak, kalau tahun depan dia buat jugak lagi harus akak bagi syarahan sehari suntuk pulak nanti. Korang jangan lah jadi spesis macam ni, rumah orang lain ko sebok nak pergi, nak ajak orang datang umah ko, nan ado!