Monday, November 30, 2009

POYO POYO DEMI MU BABY

Salam.

Hari ni kan saya poyo2 buat latihan matematik dari pagi sampai bawak ke petang, hahahahaha, hanya Weeda je yang paham apa yang saya bebelkan nanti ni. Pelik Weeda nengok kepoyoan saya menjawab soalan2 tu sepanjang hari. Betullah, bila kita buat perkara yang berfaedah tu, cepat je masa berlalu, nengok2 dah sampai waktu lunch, buat latihan lagi, nengok2 dah sampai waktu balik kerja. Cuba kalau melangut je, lambat betul masa tu berlalu tau. Besok saya dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal nak jawab maths paper 2 pulak, hahahaha, golak tak habih2, buat soalan UPSR pun boleh terkial2, korang jangan golak, cuba korang try buat, mesti berkarat cam saya jugak, tak caya tanya Anne, hahahhaa, yang ni pulak hanya Anne je yang paham kan kan kan kan.

Balik tadi pun saya bertanya pada kak long yang memang terror Maths ni, ye lah wei, ada yang saya tak belajar masa darjah 6 dulu, betul tak tifuuuuuuu, baru jap tadi dia ajar saya nak dapatkan jawapan anggaran atau estimate, dah dapat formula nya barulah saya akan lebih terror lepas ni, chaiyokkkkkkkk shibam. Dijamin cukup 3 hari 3 malam, bila kepala hotak saya semakin hilang karatnya dan enjin saya semakin kurang asap hitamnya, saya yakin boleh rakan muda akan dapat menyelesaikan soalan dan menjawab dengan betul semua soalan UPSR paper 1 sebanyak 40 soalan tu dalam masa 1/2 jam saja, pastu saya buat soalan2 PMR dan lepas tu kan soalan SPM pulak, pastu kan soalan peringkat yang lebih tinggi dan tinggi lagi, ini bukan mimpi tapi pasti hokayyyyyyy.

Paling tak boleh blah, bila angah bertanya, dia pun pelik nengok saya beriya2 bertanya itu dan ini dengan kak long kan, mama, masa angah dalam perut mama dulu, mama ada buat macam ni tak, dengan jujurnya saya menjawab tidak lah kan, tetiba keluar statement cenggini, patutlah saya tak terror buat matematik, hahahaha, kesian angah, maafkan mama mu ini angah. Ok, ok, don't waste your time shibam, go and do your homework now now now. Baby oh baby, nanti dah keluar, tolong warisi kesungguhan mama ni ye, mesti pandai2 ye, jangan baby poyo2 cam mama dah lah ye, hahahhahahaha.

BACK TO SCHOOL

Salam.

Baru2 ni saya terserempak semula dengan sahabat lama ketika zaman sekolah rendah lagi, seronok bila berbual2 dan berkongsi cerita dengan sahabat yang dah lama kita tak jumpa kan. Well, kami sebaya tapi dia dah ada anak seramai 5 orang dan yang sulong dah amik PMR pun tahun ni, jodoh dia awal, makanya dapat anak2 pun awal dan sekarang ni dia goyang kaki nak tunggu anak2 membesar sedangkan saya baru terhegeh2 nak keluarkan anak yang no 4, hihihi.

Borak punya borak, saya kagum dengan pencapaian pendidikan anak2 dia, semuanya cemerlang buat masa ni dan yang paling best sahabat saya tu berkongsi satu petua dengan saya yang memang dah dipraktikkan dari dia mengandung anak sulung lagi dan kebetulan dia ni berkahwin campur, keluarga mertua yang bagi tips ni pada dia, kalau ada yang dah tahu tu bestlah korang sebab dah dapat praktik kan benda ni dari awal2 lagi, saya dapat tahu ni pun dah kiranya terlambat kan, kalau lah saya terfikir nak buat benda ni dari mengandung anak sulung lagi saya dah buat tau.

Kalau selalu bagi baby dengar bacaan ayat suci al quran tu memang saya ada praktik kan letak kan ear phone tu kat perut sambil berehat2 tu kan, sharing is caring kan kengkawan, thank you pada sahabat saya yang tak kedekut ilmu ni, so now saya sedang bertungkus lumus membuat latihan menjawab soalan2 matematik dan sains dengan harapan baby saya yang bakal lahir nanti akan menjadi seorang yang lebih bijak dan pandai. Bab mengarang ni tak de masalah sebab mama nya hari2 dok mengarang dalam blog cuma sekarang ni memang berhati2 sangat dengan penulisan dan percakapan supaya baby tak terpengaruh dengan anasir2 yang tak baik tu.

Paling lawak bila cuba menjawab soalan PMR dan SPM pun saya dah terkial2 nak menyelesaikannya, nampak sangat otak saya dah berkarat benar akibat dah lama tak di asah untuk benda2 ni semua. Susah2 sangat nanti saya buat soalan UPSR dulu, hahahahaa, yang penting saya akan mulakan dari sekarang, berhasil atau tak, kita redho je lah ye. Selamat kembali ke bangku persekolahan wahai shibam.

Sunday, November 29, 2009

BLA BLA BLA DI PAGI AHAD

Salam.

Mengonline kan diri selepas mengenyangkan perut masing2 dengan sarapan yang digemari ramai. Hari ni saya buat jemput2 ikan bilis, makan panas2 bersulamkan air teh O, memang sodappppppppp. Kat sini tengah hujan lebat ni, ada jugak yang sambung golek2 lepas ni nanti tau.

Lunch nanti menunya sup tulang pulak, mesti sodap sebab fresh kan, berbaloi2 lah Mr.R gi surau tolong dia orang melapah semalam, banyak jugak daging dan tulang yang dia dapat. Memang syiokkk cuti hujung minggu yang panjang sikit dari biasa ni kan. Bulan Disember nanti lagi besttttt, ada 3 kali hari kelepasan yang jatuh pada hari Jumaat. Ni tengah plan baik2 untuk memanfaatkan cuti2 tu nanti. Plan je dulu, apa2 pun kena tunggu berita bonus Mr.R tu, kalau tak silap, tengah bulan 12 baru dapat suratnya. Kalau ada budget baru boleh bersuka ria ye, kalau tak kena tukar plan B pulak.

Projek nak mengecat rumah tu pun terbantut dek cuaca ni, tukang cat nya suruh postpone ke bulan 1 next year gara2 cuaca sekarang ni, dia tak nak mula kan kerja dengan cuaca yang hujan setiap hari ni. Apa pun, kena tunggu jugak, bawak banyak2 bersabar, susah2 sangat biar ibu mengandung ni je yang cat satu rumah tu nanti, hahahahahaha.

Ok, ni je sesi merepek di hari Ahad bersulamkan cuaca sejuk dek hujan lebat di luar sana tu. Tak sabar nak masuk kerja esok, semangat membara ni wei.

Saturday, November 28, 2009

RAYA YANG TAK MACAM RAYA

Salam.

Di saat dan ketika ni, Mr.R ada kat surau dengan aktiviti melapah lembu2 yang telah dikorbankan, makanya kita orang yang tinggal kat umah ni buatlah aktiviti masing2. Macam mana dengan sambutan hari raya korang semalam? Saya biasa2 je, bilalah agaknya mentaliti kita ni nak berubah ye, mesti nak sambut hari raya korban sama meriahnya macam hari raya aidilfitri tu. Selalunya bila hari raya korban ni mesti semua beraya tangkap muat je kan.

Semalam pun saya sekeluarga tak ke mana2 pun, hanya beraya di rumah mertua sekejap dan selebihnya menghabiskan masa menolong mak saya untuk menyediakan juadah soto untuk santapan sekeluarga. Yang seronoknya, bila keluarga abang dan anak2 buah datang bertandang, bertukar2 cerita dan bertanya khabar.

Malam semalam jugak ending cerita Nur Kasih yang sangat saya minati tu, pada pendapat saya ending nya memang best lah cuma babak yang penting atau dalam erti kata lain klimaks cerita tu, pertemuan Nur dan Adam di dalam keretapi tu tak logik betul lah, anti klimaks terus jadinya tau. Anyway saya akan merindui watak Nur dan Adam tu. Silap2 haribulan, kalau dapat baby boy, ada yang saya letak namanya Adam Rahimi yang nama manja nya Remy, kalau girl pulak saya nak bagi nama Nur Qaseh, amacam best tak nama tu?

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA U ALLSSSS

Salam.

Ramai yang dah bercuti hari ni ye, masing2 nak balik kampung untuk menyambut hari raya aidiladha pulak, so selamat bercuti semua. Mr.R pun bercuti hari ni, saya still kerja, hopefully ura2 nak dapat half day menjadi lah, boleh balik awal sikit. Malas nak apply cuti sebab bukannya nak kemana2 pun, pi mai pi mai tang tu jugak, takat balik kampung yang tak sampai 10 minit tu kan, malam2 sikit pun boleh ye tak.

Plan nya untuk raya haji ni kalau abang2 saya jadi bertandang ke rumah mak, kita orang nak buat bbq, hrmmmm, sedapnya dah terbayang2 daging fresh yang disalai tu nanti. Pastu buat pulak air asam yang menyengat tu, perghhhh mesti rasanya berbaloi baloi kan.

Ok kengkawan, selamat menyambut hari raya aidiladha, kepada yang membuat korban, selamat berkorban dan kepada yang balik kampung tu, berhati2 di jalan raya ok.

Wednesday, November 25, 2009

CITER KAK LONG LAGI

Salam.

Selamat pagi Rabu. Dari minggu lepas lagi saya dan Mr.R betul2 belajar dan mendapat pengalaman untuk menjadi ibu bapa yang berbincang dan bertolak ansur dengan pendapat anak, before this takat pengalaman sikit2 tu biasalah, kali ni saya rasa ianya betul2 memberi pengalaman yang menarik untuk saya dan Mr.R. Ok, saya start citer ek, bukannya menarik sangat pun tapi still saya rasa satu pengalaman lah buat saya, selalu dengar orang cakap je, bertolak ansur dan dengar pendapat anak, now saya faham betul2 maksud bertolak ansur tu. Takpe, nanti korang pun akan menghadapinya satu hari nanti ye.

Gini citernya, before kak long dapat result UPSR hari tu, saya ada isi borang permohonan untuk dia ke kolej berasrama penuh yang terkenal di Seremban, saja je saya isi dan hantarkan sungguhpun masa trial hari tu pun dia dapat 4A 1B jugak. Hari Jumaat lepas, saya dapat surat dari kolej tersebut untuk kak long datang ujian yang akan diadakan pada hari Isnin hari tu dengan syarat murid mestilah mendapat 5A. Nengok syarat je saya tahu yang kak long tak layak tapi sebagai ibu yang poyo dan yoyooh, saya call kolej tu untuk mengesahkan ketidakhadiran kak long sebab dia tak memenuhi syarat, sambil tu saya saja dok tanya kat pegawai yang bertugas tu, adakah semua permohonan yang dihantar akan dipanggil untuk ujian khas tersebut. Pegawai tu explain yang tak semua permohonan yang diterima dipanggil untuk temuduga, murid2 yang dipanggil temuduga ni kiranya melepasi saringan pertama berdasarkan sijil2 yang disertakan serta kegiatan kokurikulum murid di sekolah.

Ok fine, petang tu kak long balik, dia nampak surat tu dan macam biasa lah ada rasa terkilan yang amat sangat kat dia lepas saya explain hanya yang 5A je boleh pergi untuk ujian tu. Kebetulan sangat, kak long memang aktif giler kat sekolah, jadi pengerusi persatuan, aktif dalam permainan, wakil sekolah bagi peringkat daerah pun ada jugak, jadi pengawas dari darjah 3 lagi tapi sebab result dia 4A 1B, secara automatik dia tak layak. Gempak betul lah kolej tu, untuk ujian tu pun murid di minta berada hampir seharian di situ dengan harus menjalani 5 aktiviti antaranya, bermain alat muzik, public speaking, ujian menggunakan komputer, kemahiran bersukan dan amalan kerohanian. Dah habis ujian ni akan ada satu sesi pemilihan sekali lagi untuk yang betul2 layak, jadinya murid2 yang belajar kat situ memang betul2 berkualiti kan. Kak long takde rezeki, so redho jer ok.

Lepas tu pulak, saya ada dapat call dari ustazah sekolah agama kak long. Kebetulan jugak untuk ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama hari tu kak long dapat keputusan A2 iaitu Jayidjiddan, manakala A1 adalah Mumtaz iaitu dimana sorang je yang dapat keputusan ni. Jayidjiddan adalah dalam 4 orang. Yang lain2 tu ramai dapat B dan C, makanya ustazah kak long ni beriya2 sangat nak tolong masukkan kak long ke sekolah berasrama agama, memandangkan tak ramai yang dapat result yang bagus jadi ustazah tu akan all out untuk murid2 yang dapat result ni untuk mendapat tempat di sekolah berasrama tu. Borang pun ustazah dah tolong isikan, cuma nak persetujuan ibu bapa untuk di hantar ke sekolah agama tersebut. Saya dah bincang dengan Mr.R dan dia pun ok untuk kak long mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru.

Malam tu jugak satu perbincangan meja bulat antara saya, Mr.R dan kak long di adakan (poyo kan, hahahahha), citer panjang lebar pasal saranan ustazah dia tu, citer punyalah panjang lebar tapi anak saya sendiri dah ada keputusannya yang dia tak mahu bersekolah di sekolah agama tu, so apa yang ibu bapa macam kami ni boleh buat, tak kan nak perambat dia suruh pergi jugak, tak kan nak rotan sampai dia setuju or tarik rambut dia suruh dia masuk jugak ke sekolah tu sedangkan dia sendiri tak nak. Tak pasal2 nanti, demi nak memenuhi permintaan kami dia menderita jiwa dan raga pulak kat sekolah tu. Ustazah tu asyiklah telefon dan pujuk kak long tapi tak jalan jugak, tak dapat cakap dengan kak long, ustazah call saya jugak tapi nak buat macam mana, dah tuan punya badan tak nak.

Makanya saya dan Mr.R terima keputusan dia untuk hanya bersekolah di sekolah biasa sahaja. Saya tak amik pot tentang pandangan orang lain sebab dari pemerhatian dan pembacaan saya, anak2 yang dipaksa ni lagi akan mengeruhkan suasana, biar dia suka dengan apa yang dia akan jalani, kita sebagai ibu bapa harus pastikan dia tak tersasar sahaja dari landasannya. Hrmmm, ni baru pengalaman anak umur 12 tahun nak buat keputusan untuk ke sekolah mana, saya tak dapat nak bayangkan lagi 10 tahun bila kami harus berbincang untuk dia memilih pasangan hidup pulak, hahahahaha terlebih sudah!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 24, 2009

KOMPLEN SESAJA

Salam.

Ayoyo kadawale, baru nak masuk 2 hari cuti sekolah dah bermacam2 aduan saya terima. Baik kak long, angah, atuk dan nenek pun semuanya ada aduan yang nak dibuat. Orang ni komplen ni, orang tu nak komplen tu pulak, poninggggggggggg acik wei, bukannya masing2 tak biasa dengan keadaan semasa cuti sekolah tapi tahun ni lebih mencabar disebabkan campur tangan dek budak kecik yang maha bijak tu lah, dia lah punca segala2 aduan yang saya dapat ni. Bila kak long nak buat ini, dia pun nak ikut, pantang nampak angah nak main gameboy dia nak rampas jugak, bila kak long dengan angah nak main badminton kat depan tu pun dia melalak nak join jugak, kalau reti main takpe, ni dia nak suruh orang hadap dia sorang2 main badminton tu, alamat nya dari sesi bermain badminton jadi sesi kutip bulu tangkis je lah, mana kakak dengan abang dia tak hangin.

Atok dan nenek punya komplen pulak, budak kecik tu asik memokak, melalak je, asal tak dapat apa yang dia nak, melalak, asal kakak dengan abang tak ikut kehendak dia je mulalah menjerit2, ish tension saya dibuatnya, kalau hari sabtu dan ahad tu bukannya tak biasa duduk kat umah tu dengan kakak dan abangnya tapi disebabkan mama nya yang super singa ni ada, makanya dia tak berani nak mengada2, asal mengada2 je, zassss rotan sekali. Ni habis dibulinya atok dan nenek tu, ye lah kan, tahun2 lepas dia kecik lagi so tak terasa sangat naughty nya, makin lama makin bijak, tu yang makin menjadi2 tu.

Saya ada idea nak bagi kat budak kecik ni supaya dia tak menakal, tapi kena tunggu weekend baru ada masa nak gi beli, saya nak belikan dia set water colour dan kertas lukisan, lukiskan siap2 untuk dia, bancuhkan water colour tu, biar dia hadap tu sampai bosan, bila dia dah bosan, saya akan pikirkan idea lain pulak, harap2 idea bernas saya ni menjadi, hihihi.

Monday, November 23, 2009

SMS, SMS, SMS, SMS, SMS, SMS

Salam.

Actually dah banyak bulan opis kita orang ada seorang student buat LI. Dia kat sini sampai bulan 12 nanti, tapi tak nak komen bebanyak pasal dia sebab, well, tak baik mengumpat pasal dia dalam blog ni, kalau nak tahu jugak kena datang kat opis ni dan tengok cara dia buat kerja macamana, cakap bebanyak kang, ada pulak cakap2 liar yang kata saya je betul dan macam bagus kan kan kan kan. Tapi ada satu ni yang paling tak boleh blah, dari mula dia masuk sampai nak habis tempoh LI dia kat sini, perkara wajib dari pagi sampai ke petang adalah ber sms.

Pening kepala saya dibuatnya sebab dia duduk betul2 kat depan saya ni, kalau bab ym tu jangan cakap lah, tak nak komen lagi sebab kita orang kat opis ni pun ber ym2 jugak dengan kengkawan yang lain. Cuma tak dapat diterima dek akal saya ni, sms je kerjanya, sambil bercakap dengan saya pun, tangan boleh menggodek2 hp tu untuk ber sms. Tu belum waktu balik, tak cukup kat opis, dalam lif pun sempat ber sms lagi, kengkadang bila pagi saya sampai tu dia tengah ber sms, saya sound je, wei ko ni tak tidur dari malam tadi ke, sambung sms dari semalam bawak ke pagi ni ye! Memang resmi budak2 muda sekarang macam ni ke? Rimas betul saya dibuatnya lah.

Ni pun sambil saya menaip kan, mata saya dok nengok dia yang tengah ber sms. Macam2 kan.

KARANGAN DI HARI ISNIN

Salam.

Yeyyyyyy, cuti sekolah sudah pun bermula. Betul2 boleh rilek lah, memang lah masa sebulan tu cepat je akan berlalu kan, tapi takmo pikir banyak2, yang penting cuti sudah pun bermula. Aksi terkocoh2 di waktu pagi tak akan ada buat sebulan ni ye, semuanya pasti berjalan lancar. Kengkawan, kalaulah exam saya hari tu dia orang suruh buat karangan 1500 patah perkataan pun saya sanggup, mesti saya boleh lulus dengan cemerlang kan, hahahahaha, masih tak boleh terima kenyataan yang exam saya hari tu susah bebenor.

Tapi kan untuk anak2 saya, walaupun cuti sekolah, dia orang memang wajib nengok buku jugak, tak kiralah buku cerita ke, komik ke, majalah ke, yang penting dia orang membaca. Saya akan allocate masa paling lama pun sejam lah untuk dia orang settlekan kerja2 tu ataupun dia orang boleh rancang sendiri masa untuk menyelesaikan tugasan yang saya bagi tu. Ada ramai ibubapa kat luar sana yang ada pelbagai lagi aktiviti untuk anak masing2 kan, mana yang mampu untuk hantar anak pergi ke tuisyen musim cuti sekolah, aktiviti2 lain ke lagilah bagus kan. Saya cuma praktik dari dulu lagi, asal cuti sekolah je, saya dah siapkan beli buku2 latihan untuk tahun depan, misalnya kak long akan masuk form 1 dan angah akan masuk ke darjah 4, so saya belikan buku2 latihan tersebut untuk dia orang buat, boleh atau tak, cuba je dulu, yang penting bila buka sekolah nanti, dia orang dah familiar sikit tentang apa yang teacher akan sampaikan dalam bilik darjah.

Kengkadang tu saya selang selikan dengan aktiviti mencari makna perkataan dalam BM atau BI,tak kira lah dari sumber buku cerita atau surat khabar, tak banyak pun, dalam 10 perkataan sehari je, tak pun saya buatkan soalan maths dalam buku latihan dia orang untuk diselesaikan. Pandai2 dia orang lah nak habiskan buat latihan tu, nak dapat rehat awal, dia orang selesaikan lah dulu kerja2 dia orang pastu baru lah boleh nengok TV ke, nak terlentang ke, nak bergolek2 ke, nak bermain sepanjang hari ke, dipersilakan. Kelas mengaji pun still kena pergi jugak walaupun dalam musim cuti sekolah ni. Hari Sabtu dan Ahad je dia orang memang betul2 free dan buat lah apa aktiviti yang dia orang nak.

So far so good, masing2 nak mendengar kata, dari kak long dan angah darjah 1 lagi saya tak pernah hantar dia orang tuisyen, sebab tu saya memang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan kak long dan angah walaupun tak secemerlang macam orang lain sebab ianya adalah hasil air tangan dan air liur saya sendiri, makanya saya tak payah bersusah payah untuk hantar dia orang ke kelas tuisyen yang belum tentu boleh menjanjikan akan mendapat keputusan yang bagus. Tapi bila dah bersekolah menengah nanti lain citer lah sebab syllabus nya makin lama makin susah kan,saya akan guide dia orang sampai mana yang termampu, besok2 kalau saya sendiri tak boleh nak ada masa untuk sama2 belajar dengan dia orang barulah saya akan fikirkan alternatif lain, yang penting, dari sudut pandangan saya yang tak berapa pandai ni, kalau nak betul2 dia orang bagi tumpuan masa belajar, kita pun kena duduk sekali kat sebelah dia sampai semuanya settle, kalau biar dia belajar sendiri2, alamatnya pikiran tu mesti dah sampai ke bulan, hi hi.

Jangan tak tahu kengkawan, ada anak2 jiran saya ni, cuti sekolah pun tak macam cuti, macam2 jadual yang kena dipenuhi demi memenuhi hasrat ibu bapa masing2, dari kelas kumon ke kelas renang, dari kelas tuisyen ke kelas lukisan, dari kelas lukisan ke kelas piano dan sebagainya tau, kesian kat budak2 tu kan, nak rehat time cuti sekolah macam ni pun penuh dengan aktiviti2 lain. Terpulang lah kat ibu bapa masing2 nak rencanakan aktiviti musim cuti sekolah anak2 dia orang. Saya biasa2 je, yang penting jangan sampai dia orang tak nengok buku langsung, lagi nayaaaaaaa.

Friday, November 20, 2009

LEBIH HAPPY DARI BIASA

Salam.

Bergembira tepuk tangan sama2, kita menari sambil langkah kanan kiri, goyang badan goyang kaki, hooray hooray, hip hip hooray, bergembira, hahahaha, motipppp, nyanyi lagu arwah Sudirman ni? Mestilah gembira wei, habih dah semua examnya hari ni, result belakang kira ok, yang penting, hari yang ditunggu untuk menghadapi exam dah berakhir, boleh bersuka ria lepas ni. Orang spesis poyo2 cam saya memang macam ni, selagi sesuatu benda tu tak berakhir, makanya fikiran tak akan tenteram, bila dah habis ni, barulah lega selega leganya. Minggu depan lagi best, dua hari boss besar dan pegawai2 tak masuk opis, makanya walaupun hari ni baru hari Jumaat, saya dah tak sabar2 nak pergi kerja hari Isnin nanti, hahahahhaaa.

By the way, kak long still ada sedih2 sikit lagi lah, saya bagi masa lagi sehari dua untuk dia kembali seperti sediakala. Petang semalam, atuk dan nenek dia nak slow talk dengan dia pun dia tak mo, cepat2 nak ajak saya balik umah, dan malam tadi pun dia masuk tidur awal. Takpe, saya bagi ruang untuk dia bersendirian, esok lusa nanti mesti dia dah okay balik, apa2 pun, hadiah untuk dia tetap ada ok. Untuk angah pun kena bagi hadiah jugak sebab result dia kali ni semua A walaupun dia buat ulangkaji macam hidup segan mati tak mahu.

Oh ye, kengkawan dapat bonus berapa bulan ye untuk tahun ni. Saya ni takde bonus berbulan2 macam korang kat luar tu, dapat 500 pun syukur alhamdulillah, ni tengah duk tunggu menebeng bonus Mr.R lah ni, berapa pulak agaknya rezeki Mr.R untuk tahun ni, Mr.R rilek je, saya yang lelebih excited nak tahu dia dapat berapa, hahahahaa, biasalah saya kan spesis poyo2. Harap2 ada lah lebih sikit dari tahun2 sebelumnya, sememangnya tahun 2009 ni tahun rezeki lah untuk kami sekeluarga, saya dapat tawaran tetap untuk kerja, diberi rezeki nak dapat baby lagi, kak long dapat 4A 1B, angah pun okay, mimi pun semakin debabbbbb dan semuanya smooth je buat masa ni, mintak2 lah ianya berpanjangan. Amin.

Thursday, November 19, 2009

THIS IS FOR YOU KAK LONG..........

Salam.

Penatnya lahaiiiiiii, hari ni kan saya pergi amik result UPSR kak long kat school kan, katanya pukul 10 dah boleh ambil dari sekolah, makanya 10.30 pagi saya dah tercongok kat sekolah tu dengan Mr.R. Tunggu punya tunggu, at last pukul 1 tengahari baru guru besar dia sampai ke foyer untuk announce result UPSR tahun ni.

Tahun ni sekolah dia menduduki tempat ketiga dalam daerah hulu langat, 91 orang mendapat 5A dan yang mendapat 4A 1B pun ramai jugak. Dah announce result tu pulak, kak long pulak di landa perasaan tidak dapat menerima kenyataan yang dia dapat B untuk Bahasa Inggeris, peperiksaan sebelum2 ni, Bahasa Inggeris dia selalu dapat A, yang selalu dapat B tu matapelajaran Sains, so bila guru besar announce nama dia di antara pelajar yang dapat 4A 1B, dia jadi down, air mata meleleh2 kat situ jugak, menangis beriya2 kat situ jugak. Saya pujuk tak jalan, apa kata2 semangat yang keluar dari mulut saya ni langsung tak di endahnya, balik2 dia menangis sebab dapat B untuk Bahasa Inggeris. Sampaikan saya dah habis kata2 untuk dia pun, dia still menangis lagi. Ye, saya faham sangat perasaan sedih dia tu sebab kawan baik dia dapat 5A, tapi nak buat macam mana kan, kita dah berusaha dan berdoa, takat tu je rezeki dia untuk dapat 4A 1B, jadi kena bersyukurlah.

Untuk kak long, percayalah, mama sangat proud dengan kak long, sungguhpun kak long tak dapat 5A, mama tetap bangga dengan kak long sebab kak long dah berusaha bersungguh2 belajar sendiri dan berdoa untuk kejayaan kak long. Bersyukurlah kak long, ingat lah, ada rakan2 lain yang result nya lebih menghampakan dari kak long. Perjalanan hidup kak long masih jauh lagi, jangan berputus asa, masih ada sinar untuk mu kak long. Mama dan babah sayang kak long.

GEDAG GEDIG GEDUG @ DAG DIG DUG

Salam.

Selamat pagi sayanggggggggggg, apa khabar mu disana? Harapkan semuanya baik2 belaka macam keadaan saya kat sini ye. Hari ni dada dan pikiran begitu lapangggggggggg sekali, kepala dah tak berserabut lagi, settle exam, result tu belakang kirooooo (mesti pass punyalah, hahahah, perasan jap ek). Debaran untuk exam dah habih, hari ni debaran kencangggggggg nak gi teman kak long amik result UPSR dia.

Jap lagi saya dan Mr.R akan ke sekolah kak long untuk bersama2 dengan dia amik result, biar apa pun keputusannya, saya terima dengan redhoooooooooooooooo. Letak harapan setinggi gunung pun kalau dah rezeki dia takat tu, nanti kita yang frust kan, so ambil jalan mudah, accept jer apa resultnya nanti, kalau berjaya alhamdulillah, kalau tidak, sila berusaha lagi untuk PMR nanti.

Paling tak boleh blah kan, anak2 sepupu yang rapat dengan saya pun ada yang sebaya dengan kak long, kalau sorang dua tu boleh lagilah, ini semuanya 7 orang tau tak, mesti telefon kat umah mak saya akan berdering2 sepanjang hari ni. Mana taknya, dalam minggu ni pun mak saya dan kakak2 kesayangan dia tu tak habis2 bercerita tentang debaran nak menunggu result cucu masing2. Semoga kesemuanya akan berjaya. Amin.

Wednesday, November 18, 2009

HRMMM, HABIH DAH PON

Salam.

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, habis jugak exam yang ditunggu2 oleh saya. Impian saya sekarang biarlah keputusannya positif supaya saya tak payah nak mengulangi proses debaran yang sama sekali lagi, I don't like bebbeh, serius saya tak suka dengan suasana dan perasaan nak amik exam, sangat2 tak best. So kita tunggu sesama hasilnya nanti ye, kalau tak lepas jugak harus lempang diri sendiri sebab amik mudah sesuatu perkara tu, huhuhu.

Sebenarnya masa 2 hari exam ni saya yakin saya boleh jawab soalan2 tu dengan mudah tau tapi kebetulan sangat, 2 hari ni saya duduk di belakang orang yang suka menggoyang2 kan kakinya setiap masa, saya ni pulak jenis yang cepat pening bila nengok benda bergoyang2 ni, so sila salahkan orang2 yang menggoyangkan kakinya semasa saya jawab exam ni ye. Betul, tak tipu ni, saya tak boleh concentrate nak jawab soalan2 tu sebab asyik rasa nak suruh dia orang tu berhenti kan goyangan kaki tu, hihihi.

Nanti dah dapat resultnya saya bagi tahu ye, sabar noooooooooo.

Tuesday, November 17, 2009

SETTLE 1 PAPER

Salam.

Phewwwwwwwww, habih dah satu paper hari ni, esok ada satu lagi, yang Jumaat tu kacang je sebab ujian menaip kan, saya kan bab menaip2 ni kan lajuuuuuuuuu, hahaha, kata2 riak di situ ye kengkawan. Kesimpulannya, biarlah exam apa pun, jangan lah di ambil mudah, bila disuruh baca nota2 tu, maka bacalah ia, jangan jadi macam saya ye, nota dah berminggu2 ada kat tangan tapi malam tadi baru terhegeh2 nak bukak mata dan nengok betul2, hasilnya terus menggigil2 bila nak pilih dan lorek kan jawapan kat kertas tu.

Tak boleh blah wei, dia punya seram tu mengalahkan masa nak amik SPM dulu, ye lah kan, orang tua nak amik exam, camtu lah perasaannya, bila masuk dewan tu, nengok meja bersusun je, kena dengar taklimat dulu, mana tak rasa macam nak amik SPM, siap kena letak IC kat atas meja lagi tu, ingatkan exam main2 je, rupa2nya seriussssss, siap ada pengawas peperiksaan berlegar2 kat sebelah kita lagi, huhuhu. Ingatkan exam nak sah jawatan ni kacang lah sangat kan, tapi dia punya berdebar2 tu mengalahkan bebudak nak duduk final exam untuk degree masing2, poyo betul lah tadi.

Dah jawab soalan ni, kena lah tunggu hasilnya nanti, kalau kena amik lagi sekali harus redhoooooooooooooooo.

Monday, November 16, 2009

ORANG MALAS YANG TAK PERNAH NAK BERUBAH!

Salam.

Saya dah lama tak meroyannnnnnnnn pasal orang pemalas kan kan kan. Sebab rasanya dah habih segala mak nenek kata2 nasihat dibagi tapi still tak jalan gak. Di bagi surat amaran sudah, pergi kaunseling sudah, nape susah sangat nak berubah, bikin hati saya panasssssssss. Cuaca sejuk sebab hujan pun tak tentu boleh menyamankan perasaan saya ni. Saya ni selalu beringat dan bersabar sebab pikirkan saya tengah pregnant je, nauzubillah kalau baby saya nanti terkenan dengan perangai sorang ni, tu lah semenjak dua menjak ni saya agak malas nak menegur dia dan think positive je, tak elok marah2, tak elok benci2, not good for my baby right?

Tapi tu lah makin saya diam dan dok perhati je makin menjadi2 nampak, macam hari ni lah, ada kerja yang dibagi oleh pegawai untuk disettlekan, dia boleh berdengkur, berbunyi kat tempat dia tu, dah lah esok lusa, saya takde kat opis nak tolong settlekan tu, bila dah di beri tanggungjawab kat dia, main buat sambil lewa je. Bila lah perangai bapak budak ni nak berubah ye?

Kalaulah kuasa ada di tangan saya, apa akan jadi pada dia? Ok cecukup tu meroyan, nak sambung baca nota lagi ni. Daaaaaaaaaaa

Friday, November 13, 2009

BANG BANG BOOM

Salam.

Semalam saya kena "bang bang boom" dengan Mr.R dan angah, habih segala penat lelah saya stress semalam, sampaikan nak makan malam pun tak selera tau, hahaha, sila jangan percaya bila saya cakap tak berselera bab makan2 ni.

Gini story nya, dah beberapa hari lepas, hari2 angah akan bawak balik result exam final dia tu, so semalam adalah hari yang paling ditunggu2 sebab teacher nak bagi result paper maths 1 dan 2. Subjek yang lain semua dah dapat, alhamdulillah angah dapat A untuk semua subjek2 tersebut. So dia memang perasan yang bahawasanya dia tak concentrate baca buku betul2 pun dia boleh dapat A untuk semua subjek, tapi dah banyak kali saya ingatkan dan sematkan kat dalam kepala hotak dia yang syllabus darjah 1 - 3 memang kacang, sebab tu bila dia tembak semuanya mengena. Next year dah masuk darjah 4, dia memang tak boleh nak main2 lagi sebab syllabus dah mula susah.

Dia sampai rumah dengan Mr.R semalam, dua beranak tu buat muka sedih depan saya dan saya dah agak dalam hati yang result maths dia mesti teruk. Saya dah standby je walhal dalam hati hampa lah sangat, tapi tak nak cakap lah kat angah. Mr.R cakap yang angah dapat C untuk Maths, terkejut beruk saya dalam hati, C tu markahnya 60 ke bawah kan, alahai kesiannya angah. Bila angah cakap dia nak tunjuk kertas maths tu kat saya, saya kata takpe angah, next year buat betul2 dan suruh dia pergi mandi. Saya masuk je dalam bilik, terus berbaring atas katil, kecewanya saya, frustnya saya sebab angah dapat C untuk subjek yang penting tu, tapi saya berjanji kat diri sendiri untuk tak marah2 atau membandingkan result dia dengan kak long. Next year saya berazam mesti berusaha dengan lebih lagi untuk memastikan angah tak dapat D pulak untuk maths nya.

Mr.R dan angah dah siap mandi dan solat terus turun bawah untuk makan, saya cakap kat Mr.R pergi lah makan dulu sebab saya sedih dan masih tak dapat terima kenyataan angah dapat C untuk maths, Mr.R siap suruh saya bersabar dan nasihat kan saya supaya bagi peluang kat angah untuk menunjukkan kebolehannya tahun depan. Saya memang poyo bab2 result ni, tapi tak lama, nanti2 saya ok lah. Dah pukul 9 macam tu, perut saya dah terasa lapar, so nak gi turun makan lah niatnya tu, bukak je pintu bilik saya terkejut beruk sebab Mr.R tampalkan result angah tu kat pintu bilik, nengok2 anak bertuah saya tu dapat A untuk mathsnya. Tension giler saya dibuatnya, rupa2nya dua beranak ni "bang bang boom" kan saya.

Aiseyyyyyyy, rasa nak melompat2 pun ada gak semalam, bila dah sampai kat dapur tu nampak dua beranak tu tersengih2 kat saya, banyak korang punya sengih, pandai betul "bang bang boom" kan mama ye, bezanya takde gorilla yang keluar untuk tunjukkan result yang betul tu kat saya macam dalam tv tu. Sabar je lah, anyway saya happy dan terus bagi pelepasan kat angah untuk ponteng school hari ni, hi hi.

Untuk Mr.R dan angah, sila bersedia untuk di "bang bang boom" kan oleh mama pulak ye, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Wednesday, November 11, 2009

PORT SHIBAM KAT OPIS

Salam.

Selamat hari rabu kengkawan. Tanya sikit boleh tak? Tempat korang kat opis atau di tempat kerja tu selesa tak? Korang nak tahu dan tengok macam mana tempat saya bersemayam kat opis tak? Kengkawan, kita kan duduk kat opis dari pukul 8 pagi sampailah ke pukul 5 petang, kalau tempat kita berselerak cam tempat kucing beranak, camner nak buat kerja dengan selesa betul tak?

So dari tempat kerja dulu lagi, saya selalu praktikkan tempat duduk saya tu macam salah satu ruangan kat umah lah, mesti hias dan kemas elok2, biar kat mata orang lain semak, janji kat mata saya best jer, kemas dan teratur, bila dah kemas, nak buat kerja pun bersemangat waja kan kan kan kan. Ini baru dapat duduk kat partition yang kecik wei, kalaulah suatu hari nanti saya dapat dan berpeluang duduk dalam bilik besar macam pegawai2 yang lain tu, tak dapat nak dibayangkan macam mana saya mengerjakan bilik tu, ha ha ha, dapat duduk kat tempat yang sekangkang kera pun saya pulun hias macam2, kalau dapat bilik memang tak dapat nak digambarkan lah.

Meh layan sebahagian dari tempat saya bersemayam kat opis tu ye :

Ok, ini lah meja utama saya, ada satu kabinet tempat menyimpan barang kat atas tu, habis semua gambar orang2 tersayang saya tempekkan kat partition tu, bila stress atau perasaan yang tak best tu datang, bolehlah pandang gambar2 ni, automatik tenang je lepas tu, tak caya, korang cubalah ye. Semua keychain dan cenderahati dari kengkawan semuanya saya gantungkan di situ untuk kenang kenangan.

Ni pulak pandangan sudut tempat sekangkang kera saya tu lah, di hiasi dengan gambar jelitawan2 opis ni dan kalendar serta tak lupa juga kad birthday dari kak long yang saya baru dapat tu.

Gambar2 baby comey ni pulak harus di letakkan di depan ler, biar terpandang je 24 jam kan, ala la la, mana satu lah nanti ni rupa yang terpilih untuk baby shibam ye.

Meja untuk kita buat kerja mesti sentiasa kemas ye kengkawan, barulah buat kerja dengan efisien, kalau meja bertimbun2 dengan kertas, macam mana nak buat kerja, tell me tell me, so korang sila pandang kat meja masing2 sekarang, kemas atau bersepah. Meja kemas sentiasa bukan bermaksud takde kerja nak buat tau tak, janganlah korang pergi timbunkan semua kerja kat atas meja tu serentak, selesaikan lah satu persatu ye kengkawan, work smart ok.

Actually lemari kabinet ni adalah kepunyaan opis, tapi memandangkan hanya ruangan di sebelah saya je yang sesuai untuk diletakkan, makanya secara automatik saya menjadikan lemari tu macam lemari hiasan saya kat umah sendiri, ha ha ha, habih segala perhiasan mak nenek saya susunkan dalam lemari tu, kengkawan lain pun tak koser nak tegur saya, paling2 pun dia orang menyampah dalam hati je lah sebab masing2 dah paham sesangat dengan peel saya, siapa berani keluarkan perhiasan saya tu, tell me tell me, ha ha ha. Kengkawan opis dah lama redho ada teman sekerja cam saya ni.

Saya bersyukur sesangat ada tempat duduk yang selesa dan cantik di mata saya walaupun sekangkang kera tau, kalau tak mesti saya jadi macam budak yang terpaksa dirahsiakan identitinya ni, kesian kan dari mencangkung baca paper tu terus terduduk bersila kat lantai tu, dah lenguh lah gamaknya tu, wei budak kecik, tak elok duduk mencangkung tau, macam2 penyakit boleh dapat nanti, ha ha ha, habislah saya bila budak kecik ni baca blog nanti. Ala gurau2 kan boleh menambahkan kemesraan.

Ok, gi kemas tempat kerja masing2 ye, biar selesa dan cantik untuk korang membuat kerja. Daaaaaaaa

Tuesday, November 10, 2009

MANA LAH TAK JADI MAK TIRI

Salam.

Hari ni hari last day angah menghadapi peperiksaan akhir tahun, fuhhhhhhhh lega, biar pun keputusannya tak dapat lagi tapi saya lega bila exam dia dah berakhir, dengan ini saya mengisytiharkan saya tidak stress lagi, ha ha ha, ye kengkawan, asal dia ada exam je saya yang stress, saya yang tertekan, dia relax yang amat, ekspresi macam orang takde perasaan nak amik exam. Bila dia nak exam je saya bertukar karakter jadi mak tiri, cakap elok2 semuanya tak berkesan, bila jadi mak tiri, baru dia nak bergerak tahu tak.

Ok, gambar2 ni adalah kejadian minggu lepas tau, 2 hari sebelum exam final dia bermula. Saya tempek kan kat sini sebab bila saya tegur supaya dia belajar elok2, duduk elok2, dia buat derkkkk je, saya siap ambil gambar dan cakap kat dia nak letak kat dalam blog, korang ingat dia heran? Sikit pun tak di herannya tau, lagi dia boleh cakap yang anak2 kawan saya pun mesti sama peel dengan dia bila disuruh belajar. Tak percaya? Korang nengok lah gambar2 kat bawah ni ye.

Saya suruh dia belajar kat ruang tamu sebab kebetulan kak long nak practise buat pendidikan seni dia di bawah, mimi pulak tengah sibuk mewarna, so saya ajak dia turun sekali buat ulangkaji, kalau saya tinggalkan dia sorang2 dalam bilik tu, confirmed lepas 10 minit dia akan berbaring kat katil dia. Kengkawan, inilah angah ye, dia dalam tahun 3, tapi memang memang memang betul mencabar kesabaran dan keimanan saya bila nak suruh dia buat ulangkaji, saya tak pernah ada masalah dengan kak long sebelum ni, tup tup bila turn angah masuk school, saya kena banyak2 bersabar sebab setiap karakter anak2 tu tak sama langsung, lelebih lagi angah ni jenis yang susah nak duduk diam, resmi budak lelaki kan.

Asal saya bangun je kejap, dia mulalah buat aksi baca buku sambil baring, baca buku sambil menyarap, baca buku sambil mencangkung je saya tak sempat nak snap, tu yang duduk baca buku pegang pistol mainan dia pun ada kengkawan, sabar je lah bebanyak, ada ke dia cakap, kalau pegang pistol tu sambil baca buku lagi cepat paham, korang setuju tak dengan teori si angah ni? Boleh cakap lagi tu, ala mama, periksa senang je lah, kacang je, tak baca buku pun boleh jawab, semua dalam kepala ni. Hrmm, ntahlah angah oi, saya anggap anak lelaki memang lambat matured dan saya kena banyak bersabar dengan budak bertuah ni, tapi memang setakat ni lah ye kengkawan, bila time exam tu dia selalu jugak dapat markah yang elok walaupun membuat ulangkaji adalah malasssss, ini kebetulan atau cara budak lelaki belajar memang macam ni?


Monday, November 9, 2009

BUBUR JAGUNG

Salam.

Last week saya melayan tekak untuk menikmati lempeng pisang yang gebu tu kan kan kan, hari ni saya layan tekak nak bubur jagung laks. Asal balik dan nak beli bubur jagung kat gerai umah saya tu mesti dah habis. Petang ni cuaca sejuk dan nyaman, perut pun menyanyikan lagu2 cinta, tiba2 angin rajin dan semangat nak buat bubur jagung meresap ke tubuh badan saya, hrmmm, apalagi, terus pergi ke kedai dan beli apa yang patut untuk menyediakan bubur jagung ni.

Saya beli jagung yang dalam peket tu jer, mana nak cari jagung tongkol petang2 ni, nak pergi pasaraya malas lah pulak, gi kedai dekat2 umah ni jer, santan kotak memang dah ada standby je kat umah tu, gula melaka pun ada stok lagi, so saya beli jagung ni dan amik daun pandan kat umah mak je. Sampai je kat umah, terus singsing lengan dan berjuang di dapur maka terhasillah bubur jagung yang superb ni, saya tak letak sagu mata ikan sebab tak suka, kalau beli atau makan bubur yang ada sagu mata ikan tu confirmeddd masa saya habih dok mengasingkan sagu mata ikan tu, hi hi.

Ok, ok, wahai tekak saya manja dan mengada2 ni, lepas ni awak nak makan apa pulak ye cik tekak?

BIRTHDAY SAYA HARI TU......

Salam.

Hari ini hari Isnin, hari Isnin adalah hari yang sangat best, hari Isnin semua tak sabar nak pergi ke tempat kerja masing2, hari Isnin adalah hari yang bersemangat untuk semua memulakan kerja masing2, ha ha ha, paham2 sendiri dah lah ye kengkawan.

Gambar2 ni semua last Friday punya ye kengkawan, jom layan.


Malam tu mak dan abah saya celebrate kan birthday saya secara kecil2 an je, adalah sorang dua yang memeriahkannya, yang penting saya happy malam tu dan amat2 terharu di atas ingatan mak dan abah kat puteri tunggalnya ni. Kek cantik tu disponsor oleh abah saya, mak pulak gorengkan bihun dan buatkan puding cocktail dan ayan pulak belanja ayam goreng, semua sodapppp, makan hingga menjilat jari, yummy yummy.

Lunch hour pulak saya dan kengkawan baik di PHA pergi lunch together gether, pergi yang dekat2 je janji perut masing2 kenyang. Seronok makan sambil menganyam ketupat ni, ha ha ha, sedar tak sedar semua habih licin di ngapnya. Pergi lunch dengan Lija, Anne dan Lynn tetapi malangnya hanya gambar Lija je tertempek kat dalam ni, gambar si Anne dan Lynn telah digodam oleh si Mimi sebelum akak sempat menguploadkannya. Sorry bebanyak Anne dan Lynn, gambar comey korang dah terdelete wei. Sila salahkan Mimi tau, hi hi. Anyway terima kasih bebanyak pada Lija, Anne dan Lynn, nanti birthday korang kita keluar sesama lagi ek.

Ok, lepas makan, Lija ajak saya dan Anne ke kedai kain pulak, so semuanya terkedek kedek lah ke kedai tu, pilih punya pilih, saya amik kain yang berbunga2 merah tu dan Anne dengan terpaksa relanya memilih yang berwarna hitam tu, punyalah susah nak suruh dia setuju amik warna tu, ha ha ha, hanya Anne je yang tahu sebab musababnya. Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa, so terima kasih bebanyak ye Lija, saya doa kan Lija murah rezeki selalu. Hand bag tu pulak di sponsor oleh Wawa dan Ayan, terima kasih kerana tidak lupa untuk menggembirakan saya. Hadiah dari Mr.R tak boleh nak tempek lah, Mr.R tak bagi keizinan lah kengkawan, sebagai seorang isteri yang mendengar kata dan menurut perintah makanya saya tak boleh nak share dengan kengkawan ye.

Kualiti gambar dari henpon saya ni makin teruk dan hampeh, adakah masa untuk ditukar sudah tiba? hrmmmmm, renung2 kan.

Friday, November 6, 2009

PAGI2 DAH SEDIH

Salam.

Ni lah dia yang membuatkan saya menitiskan air mata kesyahduan di pagi hari tadi. Dah lah cuaca gerimis, baca pulak ayat2 cinta dari kak long, laju je air mata keibuan ni mengalir kengkawan. Kak long, tq so much sebab buat mama happy baca kad dari kak long ni, biar kad nya tak mahal tapi ia amat bernilai hasil kreativiti dan kata2 kak long buat mama, once again, tq kak long.

Masuk2 kereta je ternampak kat ni di letak atas dashboard kereta kancil kesayangan saya tu. Tah bila masa dia letak pun saya tak perasan, tahniah kak long kerana membuat mama terkesima pagi tadi, hi hi.

Kengkawan, cuba double click kat gambar tu untuk membaca dengan lebih jelas.

Betul2 tersentuh dengan apa yang ditulisnya pada kad ni. Amik masa jugak pagi tadi sebelum emosi saya kembali seperti sediakala, ha ha ha, ni semua faktor usia lah ni, makin bertambah makin emo jadinya.
Semoga anak2 korang pun akan menyenangkan hati korang sebagaimana anak2 saya. Daaaaaa


I AM 35 YEARS OLD, I LOVE MY AGE.....

Salam.

Hari ni 6 November 2009, hari ni hari ulang tahun saya yang ke 35. Syukur alhamdulillah saya dipanjangkan umur untuk bersama2 keluarga di ketika ini. Bersyukur sangat kerana bukan semua diberi kesempatan untuk merasai umur 35 tahun ni kan, saya salah seorang yang terpilih, makanya saya rasa di ketika umur 35 tahun ini saya cukup berpuas hati dengan apa yang saya ada.

Saya ada keluarga yang sempurna di mata saya, segala keperluan saya mencukupi walaupun tidak mewah seperti orang lain dan saya tidak ingin meminta yang bukan2, saya hanya berdoa supaya kesejahteraan dan kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat saya.

Ya Allah Ya Tuhan ku, terima kasih di atas segala kurniaan mu, tiada kata2 yang mampu menggambarkan betapa bahagianya saya di usia 35 tahun ini. Usia saya adalah kematangan saya.

Terima kasih pada sahabat handai yang tidak lupa untuk memberi ucapan selamat ulang tahun pada saya, semoga kalian juga berbahagia seperti saya.

Thursday, November 5, 2009

BOY OR GIRL?

Salam.

Pagi esok saya ada check up bulanan untuk pregnancy, kejap je dah 22 minggu, saya dah tak sabar nak jumpa doktor untuk check up esok. Sungguhpun pregnancy ni kali ke 4 tapi setiap kali tu keterujaan dia memang tak sama, lebih2 lagi esok dah boleh mintak doktor tengok kan jantina nya, hi hi, last month pun ada suruh doktor tolong teropong kan tapi mesin scan tu ada problem lah pulak, so macamana pun besok nak skodeng jugak, kalau klinik kat sana mesin scan nya rosak lagi harus saya ke klinik lain pulak semata2 nak tahu it is a boy or a girl.

Tipu lah kalau nak katakan saya tak kisah tentang apa jantina baby ke empat saya ni, saya dah ada kak long dan mimi, sekarang saya berharap sangat saya dapat bagi kawan untuk angah pulak, harap sangat untuk baby boy kali ni. Semoga doa2 saya sebelum ni dimakbulkan untuk mendapatkan baby boy lagi, tapi kita hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan.

So kengkawan, doakan sesama ye, doakan saya mendapat baby boy kali ni.

Wednesday, November 4, 2009

4 NOVEMBER 2009 !

Salam.

Hip hip hooray, hip hip hooray. Hari ni saya happy, saya happy sebab hari ni genap setahun usia blog saya yang sangat saya sayangi ni, ha ha ha, skema giler ayat hari ni. Nak tukar ganti nama diri akak kepada saya lah sempena ulang tahun pertama blog ni. Nanti kalau dah bosan, ulang tahun kedua nanti tukar ganti nama diri lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Pada kengkawan yang ikhlas dalam dunia blogging ni, marilah bersama2 membaca bebelan saya ni hingga ke akhirnya.

Kenapa saya suka blog? Saya suka blog sebab saya suka bercerita, ha ha ha, tak boleh blah lah guna ayat saya ni, ayat skema gilerrrrrrrrrrrrr. Saya buat blog bukan sebab terikut2 orang yang ada blog, saya pun nak ada blog. Memang tidak dinafikan minat berblog bermula dari melihat orang lain berblog, tapi ramai yang telah membuktikan, kalau setakat nak ikut apa yang orang lain buat makanya ia tidak akan bertahan lama. Jadilah ianya projek hangat2 tahi ayam sahaja dan telah terbukti dalam ramai2 kengkawan kat opis ni yang berblog mulai bulan November 2008 yang lepas hanya seorang dua termasuk saya yang masih bertahan, yang lain terus tenggelam dibawa arus. Saya harap saya akan terus berblog demi minat saya yang sangat suka membebel ni, ha ha ha, skema siotttttttttttttt.

Ini kisah benar ye kengkawan, suatu ketika dahulu saya pernah disekat atau senang citer dilarang dari bercerita atau menulis tentang sesuatu perkara di dalam blog oleh Mr.R, ni semua gara2 citer dari mulut ke mulut lah ni, sampaikan ada campur tangan semuanya lah. Dipendekkan citer, saya cakap baik2 dengan Mr.R, saya akan terus bercerita apa yang saya nak citer selagi tidak melanggar batas dan bukannya saya citer 100% apa yang berlaku dalam kehidupan seharian tetapi bila ada yang rajin menyampaikan citer kat telinga orang lain especially ke telinga orang tua, maka inilah jadinya. Dah memang orang Scorpio macam saya ni kan degil dan berkepala batu, makanya saya teruskan berblog sehingga ke hari ini, tetapi seperti biasa blog saya ni dipantau setiap hari oleh Mr.R. Bezanya sekarang, Mr.R tidak memokak mokak lagi ditelinga saya seperti sebelum ini kerana telah saya sebut berulang2 kali bukannya 100% apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya coretkan di dalam blog ini.

Saya memang laser kengkawan, saya memang out spoken person, saya akan cakap terus terang dan memang tidak dinafikan lebih ramai yang tidak dapat menerima apa yang saya cakap dari boleh masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan, saya memang suka cakap berdepan dari bermulut manis di depan orang tapi dibelakang di belasahnya cukup2! Yang peliknya, dalam pemerhatian saya, ramai orang yang lebih rela dihentam dibelakang dari ditegur secara berdepan, ok, it is fine, rambut sama hitam, hati lain2. Makanya hanya yang betul2 kenal dengan saya yang akan senang berkawan dengan saya, kena hentam banyak kali dengan saya pun tak dipedulinya, jangan tak tahu, ada yang kena tegur dengan saya tu terus berdiam, berkecil hati berbulan2 lamanya. Minta ampun dan minta maap pada yang tersinggung, tapi macam tu lah, minta maaf je memanjang, kejap2 lagi akak melaser balik, sabar bebanyak ek.

Dalam mula berblogging jugak saya mendapat seorang dua kenalan, macam mana nak dapat kenalan yang ramai kalau saya sendiri malas nak follow atau baca blog2 yang berlambak2 wujud sekarang ni, ada satu dua blog yang saya suka baca tetapi saya tak pernah tinggalkan komen, so macamana nak expect orang tinggalkan komen dalam blog saya yang dibaca oleh sorang dua ni je kan. Saya cukup berpuas hati apabila apa yang saya rasa saya nak coretkan dan bebelkan dapat dizahirkan dalam blog ni, semoga ianya menjadi kenangan buat saya dan saya sangat seronok membaca balik entry2 lama saya.

Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca2 setia saya, tak payahlah disebutkan namanya, nanti ada yang berkecil hati pula, yang penting dua orang ni tahu siapa mereka. Terima kasih kerana menjadi sahabat2 yang sangat baik kepada saya dan sentiasa mengambil berat tentang saya, saya sayang kamu berdua.

Tuesday, November 3, 2009

RESEPI LEMPENG PISANG

Salam.

Petang tadi teringin nak makan lempeng pisang lah kengkawan, adakah di sebabkan pembawakan baby atau mama dia menggunakan fakta tu untuk memenuhi selera tekak mamanya.

Punyelah rajin pergi kedai nak beli pisang dan kelapa parut. Tepung tu no hal sebab memang sentiasa ada stok kat umah tu. Gigih tak gigih, pusing 1,2 kedai nak mencari pisang yang dah masak betul2, tak boleh tunggu untuk diperam bagai, tekak ni tak menahan nahan nak mamam lempeng pisang. Kalaulah ada gerai yang jual lempeng pisang ni kan senang, asal teringin je boleh pergi beli.


Hah jemput makan semua, ke ada yang tak pandai nak makan lempeng pisang ni, rupa dia memang buruk wei tapi raso eh sodap. Pada yang tak tahu tu meh saya bagi resepi, jangan ada yang tergolak guling2 pulak bila saya nak bagi resepi lempeng pisang ni, korang yang dah pandai tu sonyap2 yo, ni saya nak bagi resepi pada yang tak pandai je. Resepi saya adalah senang sebab saya sendiri tak suka menyusahkan diri memasak resepi2 yang remeh temeh dan banyak bahan.

Ok, ini resepinya pada yang tak tahu ye :

Bahan-bahannya :

6 -8 biji pisang emas atau pisang lain yang bersesuaian
1 - 2 cawan tepung gandum
Sedikit kelapa parut
Gula (ikut kemanisan yang diperlukan)
Garam (pun sesedap rasa jugak)
Air (ikut berapa lembik yang korang nak ye)

Cara-caranya :

Lenyekkan pisang dan masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut, tambahkan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak menjadi terlalu cair. Bila semua rasa dah ok, boleh lah digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.

Selamat Mencuba.


3 NOVEMBER 2009

Salam.

Halloooooooooooo kengkawan. Semalam akak MC, demam lah, hari ni alhamdulillah dah kebah dan pergi lah kerja macam biasa. Sampai2 je kat opis, satu building ni black out lah pulak, so beborak lah dan beramah mesra dengan kengkawan setelah seharian tidak berjumpa semalam, tengah borak2 tu dapat pulak telepon dari si Anne, ish dalam hati akak ni berkata2 jugak, awatnya si Anne ni pagi2 dah telepon ni, sekali tu rupa2nya akak ada kursus persediaan peperiksaan perkhidmatan dan khas untuk sah jawatan, surat tu akak terima dah lama dah tapi sebab tak kuasa nak membaca lampiran surat tu makanya akak terlepas pandang pasal tarikh kursus hari ni dan esok. Akak nampak tarikh untuk hadir peperiksaan 2 minggu lagi je, yang lain dah tak pandang dah, apa lagi kena gelak guling2 lah dengan kengkawan ni, tak pernah2 akak lupa pasal kursus, ntah macam mana hari ni boleh terlupa. Yang penting, dah selamat pun menghadirinya tadi, tinggal esok je sehari lagi dan yang paling dag dig dug, examnya 2 minggu lagi. Tq so much to Anne sebab mengingatkan akak, kalau tak memang akak goyang2 kaki je lah kat opis tu tadi.

Ok, akak sangat excited dan teruja dengan bulan November tahun ni lah kengkawan, esok 4hb genap setahun akak berblog, pastu 6hb pulak nak sambut birthday yang ke 35 tahun dan yang paling teruja sekali pagi tu ada check up bulanan, so dah boleh scan nak tengok sama ada baby boy atau girl, dalam bulan ni jugak, result UPSR kak long akan keluar dan yang paling best sekali tak lama lagi cuti sekolah, so boleh bersara jadi driver untuk sebulan lebih ni, itu yang paling nikmat sebab boleh pergi lunch ke sana dan ke mari dengan kengkawan.

Dah lepas setahun berblog ni harap2 lepas ni akak masih terus berblog biarpun tidak mendapat sambutan ke, tak de orang nak baca ke, janji kepuasan diri tu penting, orang layan ke tak layan blog ni nanti, akak memang tak kisah, duit nuffnang banyak ke tidak pun tak kisah, tak de follower beratus2 pun tak kisah, apatah lagi takde komen2 yang membina, yang penting bila dapat mengomel dalam blog sendiri, hati adalah sangat suka, itu yang penting, prinsip akak, biar orang nak kata apa janji akak happy. Daaaaaaaaaaa