Thursday, December 31, 2009

♥ 2010 ♥

Salam.

Buat kengkawan shibam yang membaca blog kecoh ni, saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baruuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! Sempena tahun baru maal hijrah 1431 dan tahun baru 2010 ni saya doakan kengkawan :

1) yang belum bertemu pasangan hidup tu akan mendapat pasangan nya
2) yang dah berpasangan tu, moga2 ke jinjang pelamin lah
3) yang nak ada baby tu, moga2 melekat dan yang nak tambah baby tu di persilakan lah ye
4) untuk yang nak kuruskan badan tu, moga2 dapat mengurangkan lelemak dengan banyak nya
5) yang nak amik periksa ke apa ke, moga2 lulus dengan cemerlang
6) yang ni untuk pakcik : tolong siap kan jugak komik dan buku tu ye, hahahhahha

Pendek kata, semoga impian korang semua akan tercapai dalam tahun 2010 nanti, kalau tak dapat semua pun, at least sebahagian dari impian korang akan tercapai. Seperti yang saya dah bagitahu sebelum ni kan, 2009 kan tahun rezeki berganda untuk saya, semoga tahun 2010 akan dihadapi dengan lebih baik lagi. Amin.

Wednesday, December 30, 2009

BOYS OVER FLOWER MEMANG BEST !

Salam.

Hello ! Korang suka nengok citer korea atau cina tak? Untuk pengetahuan korang, saya adalah pencinta drama2 cina ni sedari zaman mudo2 dulu lagi. Saya paling minat dengan drama kantonis bersiri yang dulu selalu di siar kan kat TV3, now kat TV 8 pulak. Kalau dulu2 kan, balik sekolah je menggelabah on tv nak tengok citer2 ni. Mak saya pun naik bosan bebel kan saya, asik2 ngadap citer cina, tapi serius kan, citer cina selalu sinopsis nya menarik, tak macam drama melayu, asik2 topik yang sama je, bosannnnnnnnnnn.

Saya mula berminat dengan drama korea semenjak nengok citer Winter Sonata tu, mata stim si hero tu yang membuat saya melekat nengok citer tu, hahahhaha. Lepas tu adalah beberapa lagi drama bersiri korea kat TV yang saya layan, antara nya citer Princess Hours dan banyak lagi, tak ingat tajuk lah wei. Tapi citer drama bersiri korea yang baru ni betul2 buat saya melekat kat depan komputer melayan you tube. Saya tak suka sangat nengok kat TV sebab dia dah di alih suara ke bahasa mandarin, so bila dia bukak mulut tapi keluar suara orang lain dan pergerakan bibir tak sekata tu membantutkan selera saya nak menonton nya.

Banyak dah citer drama korea yang saya layan tapi tak sama dengan citer Boys over flower ni lah, citer ni betul betul betul bestttttttttttttttttttttttttttttttttt mengikut selera saya lah, korang punya selera saya tak tahu lah ye.

Goo Jung Pyo, i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee u, muahhhhhhhhhhhhhhhh, hahhahahha.

Tuesday, December 29, 2009

2009 : TAHUN REZEKI BERGANDA

Salam.

Hari ni dah pun 29 Disember 2009. Memang tak di nafi kan, masa berlalu memang cukup pantas, satu tahun tu berlalu dengan cepat sangat kan. Lagi beberapa hari je nak sambut 2010, pejam celik pejam celik nanti dah nak masuk tahun 2020 pula. Moga saya di panjang kan umur untuk menjalani hari2 seterusnya. Amin. Hari tu saya semak tempoh perkhidmatan saya di tempat kerja ni, tahun bersara wajib adalah pada 6 November 2032, nampak je macam lama lagi kan, tapi percayalah, tup tup nanti kan dah sampai masa untuk bersara, masa tu pergi kerja sambil melambai2 kan tangan kat cucu yang di jaga dek atuk dia, si Mr.R, hahahhaha.

Kalau nak di ikut kan, mengikut kalendar cina,tahun depan adalah tahun harimau, maka nya baby bertuah saya ni akan lahir dalam tahun yang banyak ong mengikut kepercayaan orang2 cina. Untuk makluman korang jugak, saya ni pun lahir dalam tahun harimau, maka nya dalam famili saya tahun hadapan, akan ada dua ekor harimau (aummmmmmmm), iaitu saya dan baby dan seekor naga iaitu angah. Saya bukan nya percaya 100% tentang ong atau tidak lahir dalam tahun2 tertentu ni, cuma kebetulan sebelum ni saya bekerja di kalangan kengkawan cina, maka nya sedikit sebanyak saya tahu dari dia orang lah, jangan lah kita taksub sangat pulak ye.

Tahun 2009 adalah tahun rezeki untuk saya sekeluarga. Saya bersyukur sesangat, tahun ni memang baik dari tahun2 sebelum nya, rezeki kami sekeluarga melimpah ruah, alhamdulillah. Macam mana dengan korang ye, tahun 2009 untuk korang best tak ?

Monday, December 28, 2009

AKTIVITI 3 HARI 2 MALAM

Salam.


Hai korangggggggggggggg, apa khabar semua? Ada yang masih bercuti ke, kalau ye, syiok lah korang ek, berehat rehat di hujung tahun ni kan. Saya tak bercuti pun, simpan cuti yang ada untuk di bawa ke tahun depan je. Cuti baru2 ni korang gi mana? Saya sefamili tak pergi jauh2 pun, gi check in kat umah angah saya je di Hulu Klang nun. Kebetulan abah saya bercuti ke Bali dengan geng2 dia, mak saya tak ikut, maka nya dengan mak saya sekali lah join kita orang ke umah angah ni. Kita orang gi hari Jumaat pagi hari tu dan balik nya semalam, kira nya macam percutian 3 hari 2 malam jugak lah, hihihi. Maka nya entri saya kali ni adalah panjang di sulami dengan gambar2 yang banyak, jom layannnnnnnnnnnn.

Day one di umah angah, kita orang tak ke mana2, lepas solat Jumaat, aktiviti bebas, masa ni lah nak berborak dan bertanya khabar famili kan, anak angah saya 3 orang, semua nya dah besar panjang, maka nya banyak lah yang boleh di bual kan. Korang nak tahu tak, saya punyalah teruja nengok anak buah saya main gitar kat PS 3 tu, hati ni pun melonjak2 nak cuba tahu tak, anak buah saya keluar bilik kan, saya pulak amik gitar tu dan goreng habis habisan, hahahhaha, tak padan dengan perut boncit pun nak menggoreng gitar wei, kak long pulak sekarang ni di landa demam citer korea Boys Over Flower tu, maka nya dia menyepikan diri menengok youtube kat dalam bilik, angah dan mimi pulak main game kat bawah.

Day two, lepas sarapan yang lazat berkrim tu, kita orang gi jenjalan kat Pavilion. Aktiviti wajib harus lah bergambar kat pokok krismas yang dihias cantik tu kan.


Mimi memang menjadi kemanjaan semua, al maklum lah, dia sorang je budak kecik dalam famili ni kan, maka nya semua amat memanja kan dia, lepas sorang, sorang nak mendukung dia, saya dan Mr.R boleh lepak sesaja, hihihi. Jangan tak tahu ye, seperti biasa sekarang kalau nak kemana2, mesti nak pakai baju seksi merah dia tu, macam dah takde baju lain tau. Saya letak lah baju cantik macam mana pun, balik2 nak baju merah seksi ni, sabar je lah.

Lunch kita orang di sponsor oleh angah, tq so much angah. Mimi teruja dengan belon Hello Kitty dia, mentang2 semua orang manjakan dia, mintak apa semua nya dapat, untung lah ko Mimi oi.

Ni aktiviti Mr.R dan Mimi tatkala semua orang sibuk dengan aktiviti masing2. Patut lah senyap je dua orang beranak ni, tak mengacau kita orang, rupa2 nya tengah dok ralit main benda alah ni. Lawak betul lah, gamak nya kan, si Mr.R ni nak melepas gian main snuker ni kan, dia yang beriya2 tolong Mimi masuk kan semua bola2 tu, last2 Mimi jadi tukang tengok je, hahahahha.

Day three, seperti biasa jugak, lepas sarapan, kita orang berdesup gi main2 air pulak. Kali ni gi yang dekat umah angah je, tempat ni kat belakang Zoo Negara tu je. Saya dan Mr.R je bawak budak2 ni, yang lenlain tak koser nak ikut. Korang layan lah gambar2 yang ada ni ye.






Entri ni di akhiri dengan gambar si debab saya yang moncong selepas cubaan untuk dia bergambar di kacau dek sepupu dia ni. Bila masing2 dah puas berendam baru lah kita orang balik ke pangkal jalan, hahahahha.

Seronok betul dapat berkumpul dengan famili cenggini tau, pada saya lah kan, tak semesti nya kena pergi ke sesuatu tempat yang jauh, yang ekslusif, yang mahal untuk bersama2 menghabiskan masa dengan famili kita yang lain, kalau betul dengan cara dan tempatnya, mesti boleh enjoy jugak. Minggu ni pulak cuti hari jumaat untuk menyambut tahun baru kan, korang dah ada plan ke?

Thursday, December 24, 2009

JANGAN CARI PENYAKIT OK

Salam.

Hai kengkawan, lagi beberapa hari je dah nak masuk sesi persekolahan baru kan. Minggu lepas saya dah dapat pengesahan untuk kak long masuk ke sekolah tahun hadapan, makanya sesi perbincangan pun bermula antara saya dan kak long, borak2 lah pasal nak pergi sekolah macam mana, duduk mana dan sebagainya.

Sekali tu kan, anak dara saya, si kak long ni bagi cadangan nak duduk di rumah sendiri2 je, ye lah, next year dia sekolah sesi petang, so dia bagi cadangan nak duduk kat umah sendiri2, dia cakap lagi kan, dia boleh golek2, boleh bangun tidur lambat katanya, boleh gosok baju lambat2, boleh buat kerja sekolah ikut suka, boleh buat apa yang dia nak sementara nak bersiap ke sekolah tu, saya layankan aje fantasi dia tu sebab saya nak dengar apa lagi yang dia angan2 kan bila duduk sendiri2 ni.

Bila saya tanya, macam mana nak duduk sendiri2, nanti nak makan tengahari macam mana? Dia boleh bagi cadangan wei, mama bangunlah pukul 5 pagi, siap2 masak kan untuk saya nasi dan lauk, 1 jenis lauk pun ok mama, nanti sarapan pulak, saya makan lah koko krunch dengan susu ke, mama beli kan nasi lemak ke, kuih ke, see see see, baik punya perancangan si kak long ni kan.

Korang ingat saya bagi ke dia nak duduk rumah sensorang. Jangan nak cari pasal, jangan nak cari penyakit ok, ko gilo ke apo nak benar kan anak dara saya yang putih gebu cantik macam saya mudo2 dulu duduk sorang2, hahahahhaa, nak jugak mama dia perasan kan kan kan kan. Dah lah orang kiri kanan depan belakang saya semuanya bekerja, yang tinggal semuanya maid dia orang je, korang ingat maid ni semua boleh diharap tolong tengok2 kan anak dara saya ni, jangan sesekali mengharapkan orang lain untuk kesejahteraan keluarga sendiri ok.

Biarlah saya bersusah payah mengangkut baju sekolah dia, beg dia dan barang2 keperluan dia setiap pagi ke rumah opah atau nenek nya dari saya susah hati, tak senang duduk kat opis tu mengenangkan keselamatan anak dara saya. Dah lah sekarang ni orang jahat lagi ramai dari orang baik2 ni, so saya tak akan mengambil risiko, lain lah kalau umah nenek atau opah nya jauh, baru lah saya fikirkan alternatif lain, ini kalau drive 10 minit je dah sampai, lagi nak malas2 ke, apa daaaaaaaa.

Boleh tak bayangkan kalau kita tinggalkan anak dara sensorang kat umah, pastu ada orang dok perhati je rutin korang sekeluarga setiap hari, so dia tahu, korang keluar ke tempat kerja pukul berapa, siapa ada, siapa takde kat umah, anak dara korang pulak sensorang kat umah, makanya dia nak pecah masuk ke rumah, nauzubillah, no no no, nehi nehi nehi, sila jangan bayangkan lagi ok, cecukup tu. Mari kita bersama2 berdoa agar perkara2 yang tidak baik ini di jauhi daripada keluarga kita sendiri. Amin.

Tak cukup saya bebelkan dia hari tu, saya cerita pulak kat opah dia, makanya dia kena tadah telinga dengar syarahan dari opah nya pulak, semalam masuk kereta je mengadu kat saya, ni mama lah ni, semuanya nak cerita kat opah, tak pasal2 saya kena marah dengan opah, dia tak tahu lagi tu saya dah cerita kat nenek dia pulak, lepas ni bila dia ke rumah nenek pulak, harus wajib kena leter dengan nenek pulak.

Takpe kan kengkawan, biar kita bersusah2 sikit, hantar anak2 ke sini, ke situ, yang penting keselamatan anak2 adalah terjamin kan kan kan.

Wednesday, December 23, 2009

GAMBAR SESAJA

Salam.

Kengkawan dah sarapan? Kita orang kat opis ni kekenyangan kenduri roti canai yang di sponsor oleh Kak Teh. TQ Kak Teh, jasa mu di kenang, hihi. Besok pun ada gak, besok kenduri nasi lemak pulak, di sponsor oleh Teratak Aku, bertambah2 lah rezeki pegawai2 kita orang ni, Amin.

Dari tak de idea nak buat entry blog kecoh ni, saje je nak tempek saki baki gambar dari kamera mahal opis kami, hahhahahha, kena mentioned mahal ok, nanti pegawai marah kalau tak bagitahu itu adalah hasil gambar dari kamera mahal.

Ala la la korang ni, tak kan lah perlu di perkenal kan lagi pasangan "adik beradik" ni kan, semakin hari semakin seiras kita orang ni, cuma beza nya "adik" saya akan berusaha mengekalkan berat badan nya supaya tidak seberat "kakak" nya ni, lalalallala.


Gambar2 kat atas ni just nak share dengan korang betapa allergicnya saya bila ternampak kamera mahal tu di hala kan ke arah kita orang, orang lain maintain relax je, cuba ko nengok mak buyung also known as ibu mengandung tu, tak habis2 dengan peace peace peace, hahahha. Lawak wei, bila nampak je kamera tu kan, on the spot saya nak berposing, tak kira lah dia orang tengah berbincang ke apa ke, janji peace. Sila salahkan orang yang menghalakan kamera tu, jangan salah kan saya ok,hahahhahha.

Ok, habih dah gambar2 dari kamera mahal yang saya nak tempek, sila jangan muntah ok. Daaaaaaaa

Tuesday, December 22, 2009

MIMI FEELING JADI MODEL

Salam.

Hai kengkawan, meh nak share dengan korang sebahagian kecil gambar si debab saya ni. Serius, ada banyak gilerrrrrrrrr gambar dia masa kita orang ke Melaka tempohari. Bila masa dan ketika dia berposing ni pun saya tak perasan, ni lah hasilnya bila ada yang rajin melayan keletah si debab saya ni. Mimi ni pulak jenis yang tak takut dengan orang dan very very the peramah, maka nya memang ramai yang suka melayan keletah dia. Tapi bila dia dah terover over tu saya marah kan jugak, biar dia tahu mana yang boleh, mana yang tak boleh kan.


Paling tak boleh blah, gambar sebelah kiri ni lah, dia memang suka sangat pakai baju merah ni sebab dia cakap baju ni sexy, hahahhaha. So bila orang suh posing sexy, dia akan tunjukkan bahu dia yang debab tu lah, tu dah rasa sexy sangat lah tu, layan kan je.

Sekarang ni, hari2 dia bangun tidur je, tak habis2 nak ajak pergi ke sekolah, memang terserlah keberanian dia dari kakak dan abang dia yang terdahulu. Ok tu je, sampai ketemu lagi. Daaaaaaaaa

REZEKI MASING2

Salam.

Banyak company yang dah mula announce bonus,increment dan kenaikan pangkat untuk tahun hadapan kan. Korang punya bonus nak buat apa tu, buat lah ikut suka ye yang penting korang happy dan jangan lupa untuk bayar zakat sebelum hujung tahun ni ok. Saya tak de bonus banyakkkkkkkk cam korang, wang saguhati saya RM250 di bayar sekali dengan gaji bulan ni, alhamdulillah, bandingkan dengan orang yang tak dapat apa2 kan, so mari bersyukur bersama2 ye.

Jangan lupa ye kengkawan, rezeki masing2 tak sama ok. Ada yang rezeki nya melimpah ruah, ada yang rezekinya cukup2 aje dan ada rezekinya pulak kurang dari orang lain, walau apa pun, kita mesti belajar bersyukur. Yang penting, pandai2 lah korang membelanjakan apa yang korang dapat tu, jangan lah dapat RM250, budget nak belanja nya pulak RM500, itu cari pasal nama nya tau.

Memang betul kata pepatah : Setiap anak itu pembawa rezeki. Tapi kan, tapi kan kan kan Mr.R tak bagi saya cerita kan kat sini, di pendek kan citer : Mr.R mendapat rezeki yang berbaloi dengan penat lelah nya selama bekerja berbelas2 tahun di situ. Syukur alhamdulillah, ada rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga.

So korang, selamat selamat selamat membelanjakan bonus masing2 ye. Daaaaaaaa

Monday, December 21, 2009

NAK TENGOK LAGI?

Salam.

Ok, kali ni nak share aktiviti hari Ahad pulak lah. Pagi tu lepas breakfast, terus berdesuppppppp gi Water World pulak. Semua nya dah tak sabar nak main2 air pulak. Macam mana nak describe ye, macam ni lah, senang citer, bila nengok anak2 happy, automatik mak bapak dia orang pun happy sekali tau.

Cantik tak spek poyo2 saya ni, singgah kat kedai cenderamata tu, dalam bebanyak tu, spek ni yang berkenan kat hati dia. Layannnnn.

Kelakar budak ni, bila berombak sikit je, kecohhhhhhhh tak nak duduk dalam kolam tu, bila dah okay baru dia nak berendam balik. Elok jugak tu, senang saya nak perhatikan dia, asyik duk tepi2 gigi air je, kalau nak ke tengah lagi susah nak menjaga nya.


Ni salah satu aktiviti malam Sabtu tu, nengok bunga api kat Cowboy Town.

Kami se famili, sehati, sejiwa, se kentut, se bau gitu, hahahhaha.

Ok, cukup lah buat hari ni. Kalau ada lagi gambar2 nya, esok lusa lah tempek lagi ye. Akhir kata untuk kengkawan opis : sila berdoa agar ada lagi sesi sebegini untuk tahun2 yang akan mendatang, hihi.

GAMBAR LAGI

Salam.

Ni ada sebahagian kecil lagi gegambar di sana. Korang nak tengok, tengok lah ye, kalau tak nak, tak payah lah ye. Serius, ada banyakkkkkkkkkk lagi ni, tapi saya tengok mood jugak lah ni, kalau rajin saya tempek, kalau idak, tak payah lah, biar lah buat tatapan sendiri2 je.

Posing selepas breakfast, tu yang segar bugar je muka memasing. Asyik amik gambar biasa2 je, meh amik gambar kat celah2 buluh pulak.



Yeyyyyyyyy, kami memang best, saya je tak boleh nak melompat, kalau tak harus ada ambulan yang standby kat situ, hahahha. Sebelum masuk meeting, amik mood happy2 dulu.

Sesi diskusi sedang berlangsung.


Ni special ye kengkawan, kita orang bergambar dengan santa claus lah, dia bertugas malam tu, masing2 dah dapat hadiah baru lah boleh balik bilik.

Petang Sabtu tu ada lawatan ke Aniwal World Safari, tapi nan ado gambar kat dalam tu sebab elok2 dah sampai kat tempat tu, hujan pun turun dengan lebat nya, nak amik gambar pun takde mood lah, itu pun nasib baik dapat tengok segala macam binatang kat dalam tu. Gambar rimau ni pun saya sempat amik masa kat pintu masuk tu.

Malam Sabtu tu aktiviti bebas, dah biasa sangat ke pekan Melaka tu, saya ni kan orang Melaka, dah banyak kali ke pekan nun, maka nya saya dan kengkwan lain just melepak2 kat dalam tu je, gi tengok bunga api kat Cowboy Town. Nak tengok gambar jugak ke? Nanti lah ye. Daaaaaaaaaa

UPDATE SIKIT JE

Salam.

Selamat bertemu kembali kengkawan. Best tak pergi jenjalan? Of course lah best kan kan kan, nak pulak macam saya yang bawa keluarga sekali, lagi lah berbaloi2 kan. Cuma, kekangan masa dan cuaca yang membuatkan aktiviti agak terhad. Banyak aktiviti yang tak dapat dilaksanakan gara2 cuaca yang tidak menentu, it is ok, overall memang best, mana2 yang tak best tu mari lah buang2 jauh2 dari ingatan ok.

Ada banyak gilerrrrrrrrrrr gambar2 yang dah di ambil dek Teratak Aku, rasa macam nak tempek semua sekali, tapi kena susun cantik2 lah dulu, baru lah tak pening kepala nak menengok nya kan. Apa pun, kalau saya ada masa nanti saya tempek lah, kalau tak, mana yang cecantik je lah saya tempek kan ye.

Ini gambar di lokasi bilik mesyuarat pada hari pertama. Habis je sepatah dua kata dari boss, kita orang pun apa lagi, sesi bergambar pun bermula lah, kita orang kan allergic dengan kamera, lebih2 lagi saya ni, pantang nampak kamera tu, dia orang tak nak amik gambar saya pun, saya dah siap posing awal2, hahahhaha.

Seronok sangat dapat menghabiskan masa dengan kengkawan di samping dapat berkenalan lebih rapat lagi dengan famili dia orang. Dia orang memang sporting dan best lah. Ok, saya nak pilih gambar2 yang cecantik lagi ni, korang sabar ye. Daaaaaaaaa

Thursday, December 17, 2009

♥ HOIYEHHHH HOIYEEHHHH ♥

Salam.

Hoiyehhh, hoiyehhh, kesian kat shibam, orang lain pergi Disneyland Hong Kong lah, gi Gold Coast lah, gi Istanbul lah, saya nak ke A'Famosa Water World pun dah suka semacam, hahahha. Takpe takpe takpe, saya fikir positif je, orang lain rezekinya lain2, dia orang dapat pergi sana tu rezeki dia orang lah, saya dapat pergi sini pun bersyukur sesangat dah, bandingkan dengan orang yang tak berpeluang nak ke mana2.

Check in nya besok, tapi anak2 saya dah siap kan bagasi masing2 dari malam tadi, amik ko, guna ayat bagasi lagi, mengalahkan orang nak naik kapal terbang weiiiiiiiiiii, hahahhahha. Mula2 ingat kan nak bertolak awal dan Mr.R bersolat Jumaat kat sana sebelum masa untuk check in tu, tapi dia ada kerja yang harus di settle kan pulak, maka nya saya menjangka kan saya adalah orang yang paling lewat dalam rombongan kami ni untuk check in besok.

It's ok, saya pun boleh kemas2 umah dulu sebelum pergi berseronok2 dengan anak2 dan kengkawan yang lain. Pada korang yang akan pergi bercuti2 Malaysia besok, berhati2 di jalan raya ok, biar lambat asal selamat.

Akhir kata, hoiyehh hoiyeeh jugak tapi besok kita dah menyambut Maal Hijrah, saya ucapkan salam maal hijrah untuk korang sekeluarga, mari kita bersama2 memperbaiki mutu diri masing2 ok. Daaaaaaaaa

BUANG KECIK SIKIT, BUANG BESAR BANYAK, HAHAHHHA

Salam.

Tahun depan, si debab, si becok, si keletah saya yang akan berusia 4 tahun ni akan masuk tadika. Dalam seminggu dua ni saya dok asyik practise dengan dia cara dia nak bercakap dengan teacher macam mana, cara nak mintak izin pergi toilet, cara nak bertanya dengan teacher dan macam2 lagi lah. Almaklumlah, budak kecik ni mulutnya bijak yang amat, saya takut teacher kat tadika tu pulak yang terkejut melayan karenah dia nanti.

Gambar ni saya ambil semalam. Malam kelmarin kita orang keluar untuk mencari barang2 keperluan yang nak di bawa ke A' Famosa jumaat nanti. Macam biasa, bila ada benda yang berkenan kat mata dia, memang dia akan mintak izin dari saya untuk beli. Murah je pun, hanya 10 ringgit untuk 3 barang. So dia pilih belon mickey, cekak hello kitty dan cincin tu hah. Yang lawaknya nak citer kat korang, hanya 3 barang je yang boleh pilih kan, tapi Mimi layan borak dengan tauke kedai tu, terus dia dapat 4 barang untuk 10 ringgit, hahahhaha, betul2 ikut perangai mama dia lah, pandai bab tawar menawar ni.

Satu lagi yang lawak kan, semenjak dia asyik practise cara nak ke toilet ni, saya ajar dia sebut buang air kecil dan buang air besar instead of penggunaan ayat biasa tu lah. Nenek dia pun dia tersasul sebut teacher, kadang2 tu kat umah dengan saya pun dia terpanggil saya teacher, macam hari tu, mak saya cerita, mimi cakap kat dia : teacherrrrr, eh nenek, saya nak buang air kecil, hahahhahha. Malam tadi lagi gegak gempita kat umah tu di buat nya, dia boleh cakap macam ni kat saya : mama, saya nak buang air kecil sikit je pastu saya nak buang air besar banyak2, hahahhhhaaa, lantak lah mimi oi, janji ko belajar cakap sopan2 dengan teacher nanti.

Tak sabar saya nak tengok dia beruniform tadika di hari pertama persekolahan nanti.

Wednesday, December 16, 2009

SATU UNTUK KAU, SATU UNTUK AKU

Salam.

Ok, inilah acara kemuncak untuk majlis makan2 dan potong kek kita orang semalam. Nak tahu kenapa kita orang buat acara ni di setiap hujung tahun? Jawapan nya adalah, jeng jeng jeng, perasaan suspen jap ek, hahahahha, dalam 8 orang staff kat opis ni, 2 orang je yang birthday nya bulan berlainan, yang berbaki 6 tu memang dalam bulan November yang sama dan big boss pulak bulan Disember. Tapi big boss tak join sebab : ADALAH, BIARLAH RAHSIA!!!!!!!!

Ini lah hadiah2 sumbangan dari kengkawan opis. Setiap orang bawa satu hadiah yang dah di bagi kadar harga minimum yang dah ditetapkan, tidak boleh kurang dari RM25 sahaja, tapi ramai yang beli lebih dari harga mininum tu, tq kengkawan. Saya lah orang nya yang meng organize hadiah2 ni semua, saya jugak yang menyimpan resit2 kengkawan supaya tiada penipuan yang berlaku, tengok resit tu penting kengkawan, nanti hadiah 10 hinggit di claimnya 25 hinggit camner, tak baik lah kan, saya belajar dari pengalaman menganjurkannya kat tempat kerja lama dulu, setiap hadiah yang disumbangkan harus ada resitnya sekali. Baru adil dan saksama gitu, kengkawan opis ok aje, korang kalau rasa tak ok, ada aku kisah, cak cak cak kecak cak cak, ada aku kisah, hahahahha.

Ok, first step tuan2 dan puan2, harus cabut undian lah kan, cuba nengok gambar atas tu, masing2 tenang dan merenung dengan tajamnya untuk aim mana satu kertas undi yang nak dirembat, cuba nengok pulak gambar bawah, tangan sape paling gebu dan montok dalam ramai2 tu, hahahahhahahah.

Dah pilih dan cabut undian, masing2 dah dapat hadiah ye. Bermula dari gambar atas sebelah kiri ye, yang paling gebu, Suk Suk dapat hadiah dari Sue Sue. Teratak Aku dapat hadiah Kak Teh, Weeda dapat hadiah Teratak Aku, Sue Sue dapat hadiah Weeda. Shibam dapat hadiah dari diri sendiri dan cuba korang nengok dan tenung betul2 muka dan reaksi senyuman dari Kak Teh tu, senyuman apakah itu, hahahhahhahaha, hanya kengkawan opis je yang paham, harap maklum.

Ijal pun dapat dari hadiah diri sendiri, mula2 tiada pertukaran untuk hadiah diri sendiri sebab kita harus redho apa yang kita dapat ye, saya suka dengan hadiah saya, makanya saya tidak rela untuk bertukar hadiah dengan Ijal, hahahaha, suka hati lah wei. Weeda sedang memegang bungkusan misteri pembalut kuning yang sungguh mengerikan itu, hahahhaha.

Muka happy masing2, tapi cuba kengkawan kaji semula reaksi muka Kak Teh dalam gambar ni, hahahhahahha. Korang nengok si Ijal yang taksub dan bangga dengan hadiah dia yang dibeli sendiri dan dapat jugak kat dia tu, berlagak sungguh kan kan kan kan.

Teratak aku dah macam buat tarian mangkuk wei, berposing sakan dengan hadiah dia tu, tak percaya cakap saya kan, nengok lagi sekali aksi Ijal dengan posing bagusssssss dia tu, tak habih2 taksub dengan hadiah sendiri.

Tak cukup dia bangga dengan hadiah sendiri, dia siap pamerkan lagi tu, hahahahha. Tapi kan kengkawan, di akhir penghujung cerita ni, Ijal berhati mulia menukarkan hadiah dia tu dengan hadiah yang Kak Teh dapat. Punyalah excited si Kak Teh ni kan, terus display kan kat atas kabinet dia, so kalau korang nak nengok waktu dan suhu terkini, korang bolehlah datang kat bilik Kak Teh, hahhahha, matiklah aku kena stepler molot dengan Kak Teh jap lagi ni.

Serius wei, semua happy sesangat semalam. Harap2 boleh buat lagi tahun hadapan. Kengkawan di opis ni, attention please : weiiiiiiiiiiiiiiiiiii korang memang best, muahhhhhhhhh.

JUADAH LAZAT BERKRIM DISUKAI RAMAI

Salam.

Untuk majlis makan2 sehari suntuk kita orang ni, satu perbincangan di antara orang2 bulat telah di ada kan, bincang punya bincang, so satu kata sepakat telah diambil, makanya seperti biasa saya lah orang nya yang bertanggungjawab membuat tempahan makanan dari katerer. Pung pang pung pang maka terhidanglah juadah2 seperti di bawah : mari jamu mata dan meleleh air liur bersama2.

Yang kat atas tu kek mix fruit dan yang bawah ni pulak tiramisu. Nasib baik dua2 sedap sebab ni pilihan anak tekak saya sendiri, kalau tak sedap, confirm kena kutuk secara diam2 dengan dia orang sebab dia orang tak akan mengutuk saya secara terang terangan, hahahhaha. Kenapa sampai dua biji kek, sedangkan kita orang 7 orang je kan kan kan kan, memandangkan kami ada jiran2 yang memang suka bab makan2 ni, makanya saya membuat keputusan untuk membeli dua biji kek sekaligus. Kawan2 dari opis lain yang sewaktu dengannya pun dijemput semalam, dia orang datang dengan perasaan malu yang sungguh menebal, percaya tak???????

Pagi tu menu nya soto. Jemput semua, meh makan soto yang sedap. Start makan ni dalam pukul 9 cam tu lah, lepas sesi ucapan sikit dari pegawai kita orang yang sporting, acara makan beradap pun bermula. Sok sek sok sek, sambil makan sambil gelak memang sodapppp kan.

Ini pulak juadah untuk makan tengahari, kita orang order spaghetti bolognese, nasi ayam dan buah2an. Egg tart tu beli kat kedai kek, melampau sedapnya egg tart tu, petang ni saya nak pergi beli lagi, nak buat juadah minum petang sat lagi. Memang mantap betul ayam tu, tomato sebesar kelopak bunga tu pun mantap wei, habis di santap oleh saya sebagai ulam gitu.

Petang nya pun ada gak, kita orang order roti jala dan kuah kari je, tapi tak dan nak amik gambar sebab masing2 dah kekenyangan, nak bergerak amik kamera pun malas, rasa nak berlingkar je masa ni, hahahhaha.

Dia punya kenyang tu, sampai ke malam tak payah makan dah, tidur pun senyum je sebab perut dah terisi dengan macam2 juadah yang lazat berkrim. Tak sabar nak tunggu acara tahun depan plak, boleh gitu??????????

KAMI : PHI YANG ADA UMPHHH !

Salam.

Semalam adalah hari yang paling ditunggu2 oleh kami di opis ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, tahun ni genap 2 tahun berturut2 kita orang mengadakan majlis ni, harapnya lepas ni akan ada lagi dan lagi dan lagi. Sessi makan2 sambil bertukar2 hadiah di antara kengkawan opis adalah hari yang ditunggu2 tu. Macam tahun lepas jugak, satu had harga telah ditetapkan dan harus dipatuhi oleh semua, alhamdulillah ramai yang menyumbang lebih daripada itu dan yang paling best, semua happy dan yang terlebih2 happy adalah kak teh, kenapa dan mengapa, hanya kengkawan opis je yang paham, hihihi.

Ada banyak gambar yang saya nak share, tapi saya buat sikit2 dulu ye, lepas ni akan ada banyak entry lagi pasal ni. See see see, biarpun kami tak ramai, hanya 7 orang, tapi kalau nak tu seribu daya, tak nak seribu dalih, biar tak ramai, janji happening. Kalau ramai sangat pun tak best sebab lagi banyak kepala angin yang nak di layan. Inilah semua hadiah yang menjadi tumpuan hari tu, masing2 asyik berkira2 dalam kepala, dapat hadiah sapa lah agaknya tahun ni. Perasaan tertanya2 tu yang best.

Kami, gadis2 jelita di samping jejaka ensem.

Seorang gadis yang berdebar nak tamatkan zaman bujang bulan Mac tahun depan bersama mak buyung yang berdebar nak beranak bulan Mac nanti, hahahhaha. Tak ketinggalan, bini orang yang berdebar nak pergi tutttttttt petang nanti, all the best Weeda.

Kami ber enam, ini lah kawan, ini lah tak kawan, ini lah rajin, ini lah malas, semuanya kami yang ada ummphhh.

Pegawai sebok berucap, saya sebok berposing.

Ok, korang tengok yang ni dulu, lepas ni saya tempek gambar2 makanan, hadiah dan suasana majlis yang happening tu. Daa