Friday, April 23, 2010

9 TANDA SAAT KEMATIAN & BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Salam.

Entry pagi Jumaat ni takde nya nak buat korang gelak2 ye, apa korang ingat saya ni asyik gelak tak habih, ish, saya pun boleh serius tau (sambil nyanyi lagu tema Wonderpets tu, INI SERIUSSSS !). Sesekali tu bagi lah blog saya ni berfaedah untuk korang membaca nya, jangan asyik nak merapu meraban je kan, sungguhpun merapu meraban ni memang hobi saya.

Hari tu saya ada bagi sumbangan sikit kat orang yang datang ke rumah minta derma untuk pembinaan satu sekolah agama, dia orang ada bagi saya satu risalah ni, mula2 dapat tu terus letak ketepi dulu, bila ada masa free sikit baru lah boleh baca kan. Risalah tu mengenai saat kematian. Let's hayati together ok.

9 TANDA TANDA SAAT KEMATIAN

100 hari, seluruh badan rasa bergetar

60 hari, pusat rasa bergerak gerak

40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing

7 hari, mengidam makan

5 hari, anak lidah bergerak gerak

3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak

2 hari, seluruh dahi bergerak gerak

1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar

Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang lubang kecil di dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"

Sambung Rasulullah S.A.W lagi :

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekeliling nya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangan nya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Wassalam.

3 comments:

Siti Nornadiah said...

insaf..:S

ina mail said...

Tiba-tiba akak rasa seram sejuk je.ko rasa akak dah nak mati ke? terima kasihlah menginsafkan akak ke jalan benar.

Shibam Jelita said...

nad : akak pun, insaf dan redho

ina mail : sama2 ingat mengingati kan kak