Friday, April 23, 2010

BAHASA ARAB LAGI LAH !

Salam.

Sekarang ni, kalau hari yang Mimi ada jadual belajar Bahasa Arab mesti saya berdebar debar weh. Apa tak nya, apa je yang dia belajar kat tadika tu nanti, mesti masa balik jemput dia saya yang kena soal bertubi tubi dengan dia.

Ni yang terlatest punya dia belajar tau. Masuk je dalam kereta, tak menyempat2 nak menyoal saya, hrmmmm, memang saya dah agak kena sesi soal jawab ni :

Mimi : mama, kaifa haluki

Saya : hah sudah, apa pulak bunyi macam kayu hoki ni, tadi mimi belajar bahasa arab ye

Mimi : a ah, tadi mimi belajar bahasa arab, teacher ajar cakap macam ni, kaifa haluki, kaifa haluka, cepat lah mama, kalau mimi cakap kaifa haluki, mama mesti cakap macam mana, adui, dia soal saya sebijik macam teacher dia soal dia gamak nya tau

Saya : apa kobondo eh kaifa haluki, kaifa haluka ni (tetiba dapat idea nak tanya angah nanti)

Lepas jemput mimi, memang rutin saya menjemput angah pulak dari sekolah dan hantar dia kat umah nenek, saya dok main bisik2 lah dengan angah, shhhhhh, tak boleh cakap kuat2, nanti mimi tahu, rosak lah reputasi saya sebagai mama yang hebat di mata dia, hahahhahah, memang tak boleh blah.

Saya : angah, kaifa haluki, kaifa haluka dalam bahasa arab tu apa maksud dia

Angah : alah senang je lah, kaifa haluki tu tanya khabar untuk perempuan, kaifa haluka tanya khabar untuk orang lelaki

Saya : oh ye ke, nak jawab macam mana dalam bahasa arab

Angah : mama jawab, alhamdulillah, ana bihoir

Saya : fuh lega, terus pergi berlari2 nak mendapatkan mimi semata mata nak menjawab ni, mimi, tadi mimi tanya mama kaifa haluki kan, ok, mama dah tahu nak cakap macam mana, alhamdulillah, ana bihoir

Mimi : muka senyum, suka betul dia bila saya tahu nak menjawab, eh pandai lah mama, tadi mama dengar masa teacher ajar ye

Saya : banyak lah ko mama dengar teacher ko ajar (dalam hati je lah, hahahhaha)

Lepas tu kan, dari petang bawak lah ke malam, saya dok melayan dia kaifa haluki, kaifa haluka kat semua orang. Apa lagi lah nak disoal dek budak bertuah ni kat saya lepas ni, I suspen you !

5 comments:

atoi said...

salam,

sebijik macam yang aku kena. Kalau anak tanya pada bondanya, terkial-kial bonda buka kamus arab nak menjawab. selalunye x dapat jawab pun..

bila anak tanya aku, aku jawab" dulu ayah dah belajar ni.. tapi cikgu ayah dulu orang jepun, jadi sebutannya bunyi jepun sikit.."

anak, anak.

ina mail said...

shibam jelita : balik ni ko tanya anak ko cam ni

anta antuma antum
anti antuma antuna
ana nahnu

saja je nak beritahu ko akak ni bekas sekolah agama.kwang kwang

Dee said...

eh..baguslah..hari2 ko belajar benda baru..go mimi go..soal mama byk2 sket..

iSpy said...

ehh best la camni.. mimi dpt pektis, akak dpt kelas BA free... hihihi!! nnt kalau ada apa2 perkataan baru lg update la sini, kitorang pun leh belajar jugak.. :p

Shibam Jelita said...

atoi : bagus kan budak2 sekarang, zaman kita dulu2 mana ada belajar ni semua masa di tadika

ina mail : kelas ko kakkk, serba serbi pandai ek

dee : tunggu anak ko tanya soalan pulak, hihi

iSpy : kaifa haluki wahai al beben, hahhaha