Thursday, December 23, 2010

MENGANDUNG DI USIA 40 TAHUN

Baru-baru ni saya dapat tahu yang boss kepada kawan saya dah pregnant. Boss tu dah ada 6 orang anak dah pun, now dia mengandung anak yang ke 7 di usia 40 tahun. Kalau korang tanya pendapat saya mengenai mengandung di usia 40 tahun, saya akan berkata, mengapa tidak ? mengandung lah selagi boleh, mendapat anak itu kan rezeki dari Allah S.W.T, ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak bernasib baik untuk mendapat zuriat sendiri, mana yang dapat rezeki ni, terima lah, lagi ramai anak lagi meriah kan kan kan.

Kalau korang tanya saya, nak mengandung lagi tak ? Jawapan nya : ehhhhh, mengapa tidak, mari lah mengandung lagi dan lagi dan lagi, muahhahahhaa. Sebenarnya kawan-kawan, selagi kita menjaga kesihatan kita dengan baik, mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, ada suami yang bertanggungjawab, ada suami yang rajin bangun malam, ada suami yang suka melayan baby, ada suami yang boleh berpuasa lama semasa isteri di dalam pantang, maka nya lahir kan lah anak selagi boleh.

Jangan takut dengan pandangan orang, jangan risau dengan pendapat orang lain, mereka boleh bercakap macam-macam, ehhhh anak dah ramai dah tu, tak payah lah nak menambah lagi, ehhh dah tua-tua pun nak mengandung lagi ke, sila abaikan semua cakap-cakap liar tu ye, kesimpulannya mengandung lah ikut kemampuan masing-masing. Orang lain tak ada hak nak menentukan hidup korang.

Sama jugak kalau korang rasa dengan mempunyai seorang dua anak itu sudah mencukupi, itu hak korang, orang lain pandai buat telahan masing-masing je, kesimpulan nya, hanya kita je yang tahu dan hadapi, betul tak ? Betulllllllllllllllllllllllll !

9 comments:

ikiqzana said...

setuju ngan pandangan ko maz..

Cik Pah said...

entahlah.. bagi cik pah kalau orang tu larat n mampu apa salahnye kan..

tapi bagi cik pah cukuplah dua.. mmg perit rasenyer skang nih.. hubby pun kata cukuplah dua..

Rinna said...

Kalau dah dikurniakan allah rezeki tak kan nak tolak kan.. :)

Shibam Jelita said...

zana: makanya, umur 40 nanti kita pregnant lagi sesama ehhhh, hahahhaha

cik pah : betul tu, ikut pandangan cik pah dan husband sendiri, itu yang lebih afdal

rinna : kan kan kan, rezeki tu, mana boleh tolak

LIJA said...

like yr statement...

bersyukur seadaye...

weeda said...

betul kak..orang2 ni org x ada anak komplen..ada anak sket komplen..anak banyak pon nak komplen..huhuhu

Dee said...

betullllllllll!!

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Boleh disambungkan kejelitaan di kala usia begitu dengan mempelajari info yg ada di web page ini:

Kejelitaan Mempesona utk 40an ke atas

Semoga lebih ramai yg cantik2 belaka. Bangsa cantik melambangkan bangsa berjaya. Tq.

NurQaseh said...

Saya setuju dgn pendapat tu...mengandung la selagi boleh..kerana ramai lagi diluar sana yg nak anak tapi takde rezeki...kalau kita boleh mengandung tu...mengandunglah selagi boleh...