Friday, January 29, 2010

JUMAAT YEY YEY, ISNIN MONYOK

Salam.

Cepatnya dah nak habis satu bulan kan, lepas ni Februari pulak, tu yang rasa cepat sangat satu tahun tu berlalu. Takut kan, salah satu tanda dunia dah akhir zaman ni adalah masa berlalu dengan cukup pantas, insaf jap.

Baru je rasa monyok hari Isnin hari tu, tup tup dah rasa suker bila hari Jumaat ni. Cuti 2 hari lagilah tak terasa, kejap je dah malam. Pastu startlah balik monyok bila hari Isnin, hihihi.

Motip entry ni cuma nak bagitahu ni je tau, bila hari Isnin je lemau, monyok, semua lah, bila hari Jumaat, happy, teruja, gembira tak terkata, hahahhaha. Nampak nau, takde idea pun nak buat entry jugak.

Thursday, January 28, 2010

LAH, INGATKAN GEMUK SESAJA

Salam.

Korang yang biasa baca blog saya dan kenal saya memang dah sedia maklum yang bahawasanya sekarang saya sedang pregnant 33 minggu kan, jangan gelak guling2 bila saya nak bercerita yang masih ada tak perasan yang saya ni pregnant walaupun saya dah nak beranak tak lama lagi, kesian ko shibam, huhuhu.

Memandangkan apa yang berlaku pagi ni adalah insiden yang kelima ye kengkawan, ye yang kelima dari minggu lepas je, lepas2 ni gerenti mesti ada statement macam ni lagi, sabar je lah. Hari tu kengkawan opis dok bantai gelak2 kan saya sebab boss besar opis ni pun tak perasan yang saya pregnant, siap boss terkojut lagi saya nak beranak bulan Mac nanti, dalam pemikiran boss mesti ingat saya memang gomok macam ni dari dulu, kini dan selamanya, owhhhhhhhh tidak !

Lepas tu pulak kan ada sorang supplier ni dia memang biasa hantar barang2 keperluan opis, minggu lepas masa dia datang, saya tengah berdiri menyusun barang2 kat kabinet saya, sampai2 je dia tegur saya, wahhhhhh, ko nak pergi shopping ke hari ni pakai blaus dan seluar ni, pakai baju macam tak pergi kerja je, saya jawablah balik, dah baju kurung semua dah tak muat, baju ni je yang muat pun, bila saya pusing ngadap muka dia tu terus mata bulat pandang kat perut saya, eh, bila masa ko mengandung, apa punya soalan tu kan, pastu lepas saya explain kat dia saya pregnant dah 7 bulan, bla bla bla, dia boleh sambung lagi ni, masyallah saya tak tahu, saya ingat sebelum ni kamu gemuk sesaja, hahahhaha, boleh gemuk sesaja!

Ni pulak baru hari Isnin hari tu punya citer lah, saya tak hantar Mimi pergi sekolah sebab nak pergi check up di hospital, so bila Mimi ada kat umah mak waktu pagi tu, jiran belakang umah mak saya ni pelik lah kenapa Mimi tak pergi sekolah, bila mak saya bagitahu saya gi check perut, dia pelik pulak, laaaaaaaa kak, anak akak pregnant ke, dah 7 bulan dah pun ye, saya selalu nampak dia, tapi ingat dia gemuk gitu je, nak tegur dia dah gemuk takut dia kecik hati pulak, huhuhu.

Pagi ni bila saya gi beli nasi lemak kat gerai kat umah saya tu, akak jual nasi lemak tu pulak menegur, kebetulan tadi pelanggan tak ramai, sempat dia menegur saya, ehhhhh, mengandung ke, dah berapa bulan ni dik, baru akak perasan, selalu nampak tapi tak perasan sangat, hari ni baru sempat nak tanya, dah anak ke berapa ni, bla bla bla. Letih lah acik wei, ada gak saya buat satu tag yang tertulis : SAYA BUKAN GEMUK SESAJA YE, SAYA PREGNANT YE, NAK BERANAK DAH PUN BULAN 3 NI, hahhahahah, emo siotttttttt.

Tak pun kan, sambil saya jalan tu saya pegang je perut tu nak menunjuk kat semua macam ni hah :
* Gambar ehsan google ye*, takdenya tangan kak shibam ni putih melepak cenggitu, hihihi.

Pastu kan, kalau ada yang bertanya tu mesti tanya anak ke berapa dah ni, hello, rupa I takde rupa orang mengandung kan anak sulong ke, muahahahhaha.

Wednesday, January 27, 2010

♥ BERANGAN BEST WOOOO ♥

Salam.

Korang suka berangan tak? Yes, saya suka berangan, dari dulu kini dan selamanya, berangan tu adalah terapi untuk saya. Mungkin salah satu faktor kuat berangan ni sebab suka baca novel dan majalah kot, bila ianya menceritakan yang best2 tu makanya diri pun terbawa2 sekali dalam penceritaan tu, pendek kata memang best lah berangan ni. Korang yang tak suka berangan tu memang rugi wa cakap luuuuu.

Now saya tengah berangan nak buat apa bila saya berjaya mengeluarkan kesemua wang EPF saya dalam masa terdekat nanti, tak kisahlah lagi setahun dua pun takpe, hahahhahha, baru je dapat surat lulus semua exam untuk sah jawatan saya dah berpikiran jauhhhhhhh. Macam2 planning dah ada dalam kepala hotak ni untuk menggunakan wang EPF yang tersimpan selama berbelas belas tahun tu dengan sebijak bijaknya.

Saya berangan angan nak :

habiskan hutang sebiji dua umah yang tinggal sikit tu
mengerjakan umrah bersama keluarga terdekat
nak tukar semua konsep rumah ke English style
nak melancong, nak melencong pun boleh
nak renovate rumah cecantik sebab saya dan Mr.R dah takde planning nak beli rumah lain, cukup rumah yang ada sekarang untuk diduduki hingga akhir hayat
nak tukar itu, nak tukar ini, nak buat itu, nak buat ini, bla bla bla bla

Kan dah cakap berangan tu memang best, tak kena caj, tak kena marah, so mari berangan lagi, hihihihi.

Tuesday, January 26, 2010

BILA MAK BUYONG KENA SOUND

Salam.

Kengkawan, semalam betul2 cerekarama lah buat saya dan Mr.R. Semalam kan saya pergi check up di hospital untuk booking bersalin bulan Mac nanti, pada awalnya memang saya nak pergi sendiri je tapi bila dibagitahu pada Mr.R, dia volunteer nak bawak saya ke sana. Appointment saya katanya pukul 11 pagi, makanya dalam 10.40 macam tu dah sampai lah kat hospital tu. Untuk scan perut dan jumpa doktor semalam, urusan saya habis pukul 4 petang. Tak berani nak komplen sebab memang dah expect kalau pergi hospital, perkara2 macam ni memang berlaku, patient dia orang kan ramai yang amat.

Tapi yang paling2 banyak membebel dan komplen semalam adalah Mr.R lah, dia tak komplen langsung pasal perkhidmatan kat hospital tu sebab umum pun tahu kalau perkhidmatan kat hospital adalah sangat slow, tapi dia komplen pasal pe'el saya ni, nak tahu apa yang dia komplen, ni sebahagian dari apa yang dia zikir kan kat telinga saya petang semalam ye : saya tak paham lah yang, you dah tahu hospital tu memang ramai orang, kenapa you masih nak pergi booking kat sana, sangggup habiskan masa berjam2 kat sana semata2 you nak perkhidmatan free, apasal 3 orang anak sebelum ni you sanggup spend beribu2 masa beranak kan dia orang, yang no 4 ni pulak you sebok2 nak pergi beranak freeeeeee ! Masa dia bebel ni saya dengar je, ko giler nak menjawab balik, tak pasal2 saya kena balik jalan kaki nanti, dengar, dengar dan dengar je sampai dia habis komplen tu.

Masa dia dah senyap sikit tu saya nyampuk lah sikit, alaaaaaaaa, saje je nak merasa beranak free, dah ada benefit ni, grab je lah, dulu takde peluang, sekarang dah ada, why not cuba je. Sekali Mr.R sambung bebel ko : dah dah dahhhhhhh, tak payah nak berangan nak beranak kat situ, nak check up pun tunggu berjam2, nanti masa you dah sakit nak beranak, berapa lama you nak kena tunggu, tanggungjawab suami kan menyediakan keperluan untuk isteri, saya yang keluarkan duit untuk you beranak, you nak risau apa? Di pendek kan citer, semalam jugak saya dibawak dek Mr.R ke hospital berdekatan dengan umah dimana saya beranak kan si Mimi dulu untuk booking bersalin di situ. Maka nya punah harapan saya nak merasa beranak freeeeeeee.

Orang lelaki ni kalau sesekali bebel, kesan nya sampai ke pagi ni tak habis lagi woi.

Monday, January 25, 2010

♥ 25 JANUARI 2010 ♥

Salam.

Halluuuuuu, apa khabar semua? Korang sihat tak? Mari bersemangat untuk memulakan kerja pada hari Isnin ye. Saya memang lah bersemangat nak buat kerja hari ni tapi memandangkan aktiviti yang kita orang sefamili buat hari Sabtu dan Ahad lepas, maka nya hari ni semua nya penat. Hari Sabtu dan Ahad baru2 ni, masing2 sebok bergotong royong untuk satu projek kat umah tu, apa projek nya, tak payah bagitahu ye, Mr.R suruh saya zip molot, hihi.

Hari Sabtu petang tu kita orang meronda2 lah kat kedai lampu yang berdekatan dengan umah ni, tak banyak pun, dalam 4, 5 kedai je, tujuannya nak mencari lampu hiasan untuk kegunaan dalam umah. Bila masuk kat dalam satu kedai ni, adalah sales assistant dia yang sedia berkhidmat untuk membantu customer kan, tapi yang lawak nya adalah sales assistant di kedai lampu yang tidak tahu apa itu lampu kalimantang. Korang tahu tak lampu kalimantang tu apa? Tahu kan, alah lampu putih panjang yang selalu guna kat umah tu.

Bila dah masuk kat kedai tu, saya tanyalah pasal lampu kalimantang tu sebab nak buat stok kat umah, dia boleh kerut2 muka tanya saya balik, apa tu lampu kalimantang ? Jenuh pulak mata saya ni nak melilau kat dalam kedai tu nak tunjuk contoh kat dia, sabar je lah. Kot ye pun orang baru bekerja, tak kan lah tuan punya kedai tu tak kenal kan jenis2 lampu ni, tu belum ada customer yang mintak nak beli starter ke, deemer ke, apa ke, lagi haru nanti.

Ok, jap lagi saya nak ke PPUKM, ada appointment dengan doktor pulak, balik nanti kita sambung citer ye. Daaaaaaaaaaaa

Friday, January 22, 2010

SERIUS, TAK FAHAM !

Salam.

Selamat bertemu kembali di hari Jumaat yang dinanti2 kan dek kengkawan. Hari Sabtu dan Ahad korang boleh berehat dengan keluarga tersayang. Minggu ni, hari sibuk saya untuk mencari balik kelengkapan baby di dalam store untuk dicuci sikit2, buat dari sekarang, mana lah tahu kalau terberanak awal kan, at least dah ada persiapan sikit.

Kalau korang pernah terbaca dan still ingat yang saya ada buat entry tahun lepas dan saya ada mentioned yang saya tak nak amik tahu dengan hal2 yang berlaku di sekeliling saya, saya tak nak fikir kan masalah orang lagi dan sebagainya kan, well, saya rasa saya dah cuba sebaik mungkin dalam minggu2 pertama bulan Januari ni tanpa menulis atau memperkatakan mengenai sikap orang lain yang menjengkelkan di mata saya, biar lantak dia orang nak buat apa yang dia orang suka, saya tak nak komen atau bersuara lagi. Saya pun akan teruskan apa yang saya nak buat tanpa memikirkan cakap2 belakang dari orang lain, senang cakap, nak buat hal sendiri, sesuka hati saya tanpa pikir orang lain suka atau tidak.

Tapi sungguh2 pelik lah, sometimes ada orang ni, bila kita buat tak tahu, dia lagi naik kepala sampaikan satu ketika macam kepala kita ni pun nak di pijak2 nya, kalau ikutkan pe'el lama saya dulu, dah lama saya carutssssss kan dia depan2 or at least meroyan dalam blog ni. Saya kata saya nak berubah kan, makanya I don't want to talk about it! Cuma saya tak paham kenapa ada manusia yang DENGKI SAMPAI MATI ni ye !

Thursday, January 21, 2010

KORANG BAGI NAMA ANAK IKUT KRITERIA APA YE

Salam.

Kali ni saya nak citer pasal pemilihan nama untuk anak2 lah. Pada pembaca yang dah jadi ibu bapa tu mesti ada kriteria tersendiri nak bagi nama untuk anak2 kan. Kalau korang tanya saya, bab2 nama ni saya tak particular sangat, janji ada maksud yang baik dah mencukupi. Nama anak2 saya memang simple kecuali kak long, nama dia panjang sikit sebab excited nau dapat first baby kan, pastu bila nak masuk tadika, nak mengisi borang, leceh yang amat rasa nya kalau nama panjang2 ni, nak tulis pun letih, so anak kedua, ketiga dan seterusnya nanti adalah nama2 yang ringkas dan bermaksud baik2 belaka.

Ada jugak yang bagi nama anak2 hasil cantuman dari nama mak bapak, contoh macam : ibu nya nuraini, bapak nya ridzuan, bila dicantumkan tu dapat lah nuriz, makanya setiap anak pun ada penggunaan nama nuriz tu, ada jugak yang nak nama setiap anak dari huruf pangkal yang sama, kalau yang sulung H, yang no. 2, 3 dan seterusnya pun mesti H jugak, kalau yang mak nya bermula dari siti atau nur ke, maka anak nya pun harus ada siti dan nur jugak kan, pada saya, itu semua terpulang kat kehendak ibu bapa sendiri lah.

Yang letak nama anak dengan nama Putra or Putri pun ramai kan, ada jugak yang selitkan nama datuk moyang dia orang sekali dalam nama anak masing2, kira macam ni lah senang, apa yang korang suka tu korang bubuh lah janji bahagia, tak gitu! Bayangkan kalau saya letak nama anak2 ikut gabungan nama Mr.R dan saya (Rozaini dan Mazlinda kan), maunya tak jadi ROMAZ, dia jadi ROZMA ke, tak pun MAROZ, ntah2 RODA, hahahahhahha.

Ok, now saya nak mula mencari2 nama baby boy atau girl yang simple2 tapi yang baik dari segi maksudnya dan sedap di dengar untuk baby saya lah dan yang pasti tidak bermula dengan cantuman nama2 di atas ye. Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 20, 2010

NAK CITER SIKIT NI

Salam.

Jap tadi saya baru balik dari klinik, dah 32 minggu dah pun, kejap je, memang tak terasa langsung, tak sabar nak tunggu bulan Mac, nak tengok rupa baby ni, ada ensem cam Mr.R tak, hahahhaha. Hari Isnin depan ke hospital pulak untuk buat pemeriksaan dan booking untuk bersalin sekali, hopefully semua nya berjalan dengan baik.

Satu2 nya yang saya tak pernah jangka akan berlaku kat saya yang memang mengalami masalah berat badan sebelum ni adalah kenaikan berat badan yang tidak cukup semasa mengandung. Macam pagi ni, bila timbang, saya turun 1 kg pulak, dari mula2 pregnancy hari tu berat saya tak bertambah banyak. Pelik lah, kalau dari first pregnancy sampai yang ke third, berat bertambah2 banyak dari sepatutnya. Doktor cakap at least 10 - 15 kg bertambah dari sebelum mengandung hingga waktu melahirkan, now ni dah 7 bulan, berat saya naik takat 5 kg je, betul2 luar dari jangkaan lah wei.

Satu lagi ni pasal berat baby dalam kandungan, baru 1.9kg, ada masa 2 bulan lagi ni untuk memontelkan sikit baby dalam kandungan ni, dapat dalam 3kg, kira cantik lah tu kan, nanti kalau kecik sangat nak pegang pun takut.

Ok, now kena paksa diri makan secara betul setiap hari, kena makan setiap malam, tak boleh miss minum susu dan pastikan dapat berat ideal untuk baby nanti.

Tuesday, January 19, 2010

DAH BESAR LAH KONON

Salam.

Kali ni nak citer pasal anak bujang saya pulak, si angah. Dia baru darjah 4 kan tapi perasaan macam orang dah dewasa gamak nya. Hampir saban hari di tahun baru persekolahan bermula ni saya dok menjemput dia kat sekolah agama setiap petang. Saya sanggup keluar awal sikit dari umah nenek nya tu dan duk berborak dengan si debab saya kat depan sekolah agama nya tu. Tapi usaha saya tu semua sia2 belaka, hahahahhaha, ayat tak boleh blahhhhhhhhh lah wei.

Kalau tak tu sebelum ni dia cakap light2 jer dengan saya supaya tak payah tunggu dia kat sekolah agama tu, mama tak payah tunggu angah lah, mama duduk je lah kat umah nenek tunggu saya sampai. Tapi kan, malam tadi kan, saya tengah duduk ngadap tengok tv dalam bilik kan, angah datang ketuk pintu bilik. Bila saya nengok muka dia tu dalam hati ni, wahhhhhh, apahal pulak anak bujang saya ni, mesti ada something ni.

Saya pun suruh dia duduk sebelah saya dan suruh dia citerkan apa masalah dia, masa ni muka dia memang berkerut habih lah. Ingat kan masalah negara apa yang melanda dia kengkawan, rupa2 nya hanyalah sebab lawak ni hah : mama boleh tak jangan jemput angah setiap hari kat sekolah agama tu, kawan2 cakap angah anak manja lah, hari2 mama tunggu kat depan sekolah jemput angah, angah nak balik dengan kawan2, sambil jalan2 sambil borak2 dengan kawan2. Mama tunggu je lah angah kat umah nenek ye.

Hampehhhhhhhhhhh betul kawan2 si angah ni tau, saya seligi sorang2 kang baru tahu. Maka nya hari ni saya akan menghabihkan boreh di umah mak saya sambil menunggu angah balik dari sekolah agama nya tu. Ni baru darjah 4, lagi 10 tahun nanti, apa pulak citer nya kan.

MAMA KANTOI !

Salam.

Hari ini dalam sejarah, baru nak masuk 3 minggu persekolahan bermula dah kantoi dah, bukan anak yang kantoi tapi mama dia orang yang kantoi. Sila salahkan cuaca pagi ni ye, hujan turun renyai2 dengan suasana sejuk yang amat.

Macam biasa pukul 6.30 pagi, saya dah siap mandi dan solat, nak kejut kan si debab saya rasanya masih terlalu awal lagi, biasanya dia bangun dalam pukul 7.15 macam tu lah, siap mandi kan dia dan keluar rumah dalam pukul 7.40, sekolah dia kat belakang umah je, so memang tak terkejar2 lah kalau keluar umah time tu.

Selalunya sambil menunggu dia bangun tu, saya lipat baju ke, sapu apa2 yang patut ke, tapi memandangkan cuaca yang sejukkkkkkkkk pagi ni, saya mengambil keputusan, hahahahha, mengambil keputusan kata nya ye, bergolek2 sat sementara nak menunggu mengejut kan Mimi. Akan tetapi, ulang suara ye, akan tetapi, hari ni, Mimi yang kejutkan saya, ohhhhhhhhhhh tidak !

Mula2 rasa cam orang tepuk2 badan ni, abai kan je, syok punya pasal kan, lepas tu kena tepuk2 lagi sambil bising kat saya dengan suara kuat dia, mama bangunnnnnnnnnn lah, Mimi nak pergi sekolah ni! Mimpi ke apa ni, banyak ko punya mimpi shibam, ini betul2 lah, bukan cobaannnnnn. Kesat mata jap, nengok2 jam dah pukul 7.25 ko, amikkkkkkkk, kelam kalibut cam lipas kudung bawak anak mandi dan siap kan dia. Nasib baik lah baju dan tudung semua dah siap bergosok, kalau tak ?

Shibam sila ambil perhatian : no more golek2 session after this !

Monday, January 18, 2010

3 BINTANG, 1 BINTANG

Salam.

Hari Jumaat lepas, Mimi bawak balik semua kerja2 mewarna yang dia buat kat tadika tu, adalah beberapa helaian kertas yang di tunjuk nya kat saya. Aiseyyyyy, lupa pulak saya nak snap gambar2 hasil kerja si budak debab ni. Takpe lah ye, saya citer je kat korang betapa kreatifnya budak kecik ni bagi jawapan ye.

Dalam 4 keping kertas yang dia bawak balik tu, 3 daripada hasil kerja dia dapat 3 bintang dan satu kertas tu dapat 1 bintang je sebab memang terserlah kemalasan dia nak mewarna kat kertas tu, habis semua lukisan kat kertas tu dia warnakan dengan satu colour sahaja, serba serbi biru tau. Lepas dia poyo2 tunjuk kat saya, saya bagi puji pujian sikit dan suruh dia tunjuk kat Mr.R pulak. Mr. R pun poyo2 lah puji hasil kerja anak dia yang cantik sangat kat mata anak dia tu, hahahhaha.

Pastu kan, Mr.R tanya kat dia, kenapa yang lain2 tu dapat banyak bintang, tapi satu ni dapat 1 bintang je, macam biasa, anak bertuah saya ni memang pandai menjawab, Mimi jawab cenggini : kertas yang lain2 tu teacher tengah rajin nak lukis bintang banyak banyakkkkk, kertas last ni kan, tangan teacher dah penat, dia lukis satu je, takpe lahhhhhh. Saya yang kat dalam bilik tu dah tak menahan ketawa dah, banyak lah ko punya teacher penat nak lukis bintang, padahal dia yang malas nak kaler cantik2, mana nak dapat bintang banyak2, bijak punya budak.

Seronok nak share kat blog ni pasal karenah Mimi, next time, bila dia dah besar, saya akan suruh dia baca balik coretan saya ni untuk menunjukkan betapa betapa betapa banyak karenah nya dia masa kecik2 ni.

Sunday, January 17, 2010

MINGGU YANG TIDAK SIHAT

Salam.

Dari minggu lepas, kalau tak silap hari Rabu macam tu, Mimi dah start ada selsema dan batuk, dah bagi ubat kat dia and now dia dah ok, tapi yang k.o nya mama dia lah, baru pagi semalam terasa tekak perit di ikuti dengan hidung tersumbat, mula lah rasa lemah2 badan ni semua kan. Timing nak kena demam, selsema, sakit tekak ni semua memang kena lah, selalu pekerja rajin macam saya ni rasa tak sihat nya di hujung minggu je, di jamin besok pagi saya akan cergas secergas cergasnya.

Semalam, seharian terbaring dengan hidung merah dan mata yang makin mengecil dek penangan bersin tak sudah2. Pagi ni masih tak kebah lagi, seram sejuk rasa badan ni, so hari ni off duty dari menyediakan sarapan, makan tengahari membawa ke malam, ngadap laptop je tak pernah off, mua ha ha.

Takpe takpe takpe, setiap penyakit yang kita dapat ni ada hikmah nya kan, kalau nak dibandingkan dengan orang yang sedang berperang dengan penyakit yang kronik, apa lah nak dibandingkan dengan demam, selsema, batuk dan sakit tekak saya ni, oleh itu mari kita bersyukur.

Friday, January 15, 2010

MAK BUYONG JIWANG

Salam.

Hrmmmm, baru pukul 9.30 malam kan, tapi suasana kat dalam umah saya ni sunyi sepi macam dah tengah malam wei. Lepas maghrib tadi Mimi dah tertidur dek penangan makan ubat batuk dan selsema di sebelah petangnya, angah pukul 8 lebih dah terlentang tidur kat bilik dia, apa yang dia letih sangat tu, tak tahulah, ni mesti banyak main kat sekolah petang tadi, kak long pulak melayan citer korea nya dari tadi tak keluar2 dari bilik. Mr.R pulak takde kat umah kerana menghadiri kenduri tahlil, tinggal lah saya keseorangan, kesepian kat ruang tamu ni.

Tetiba terfikir tentang orang lain yang belum berkeluarga tu, tinggal sendirian di rumah, mesti macam ni lah dia orang rasa setiap hari bila bersendirian tu kan, ke saya yang poyo2 terasa sunyi semacam sebab dah terbiasa dengan keadaan riuh rendah cam pasar malam tu, ntah ler.

Serius bebb, bosan sungguh dibuat nya, takde orang di sekeliling untuk saya bebel kan, sib baik ada laptop ni, bebel dalam blog je lah nampaknya. Layan lagu sorang2 best gak ni, ok lagu ni sesuai sekali di kala suasana sunyi ni: sunyi nya di malam ini suasana pilu, terkenang daku kembali sejarah silam, setelah engkau pergi............

Sila jangan bayangkan keburukan ghupe mak buyong tengah melayan perasaan, hahahhaha.

BERANAK : SAKIT TAK?

Salam.

Nengok tajuk entry hari ni, ada berani, tetiba tanya orang ada berani, saya sendiri pun serammmmmmmmm lah. Bukan nya apa, ada kawan yang sedang mengandung anak sulung bertanya kat saya, kakak oh kakak, beranak nanti sakit tak? Saya jawab, tak sakit lah, sedapppppppppppppppp, hahahhahahha. Kalau sedap yang oi, dah lama akak shibam ko ni beranak 10 tau.

Susah nak explain kat dia sebab hanya yang dah merasa pengalaman bersalin ni je yang dapat memahami rasa nya tu macam mana, macam mana nak cakap ye : ada yang bersalin nya mudah, ye mudahhhhhhh tu bukan lah macam ko berdehem dehem atau terbatuk batuk terus keluar baby tu, maksud saya, sakit di antara waktu tanda2 untuk melahirkan dan baby keluar adalah tidak lama. Itu boleh di definasikan sebagai mudah lah, contoh ye : sakit2 rasa nak bersalin, tup2 dalam 4 - 5 jam macam tu selamat sudah, ada yang dah keluar tanda2 nak bersalin, tapi sehari suntuk still kat labour room sebab baby masih belum keluar, ada paham tak ni?

So far, 3 orang anak2 saya terdahulu semuanya bersalin secara normal dan boleh di katakan senang jugak lah sebab saya tak pernah ambil suntikan epidural tu sama sekali untuk mengurangkan kesakitan bersalin, kesemuanya saya bersalin secara semulajadi gitu tanpa bantuan ubat ubatan mahupun bantuan pernafasan tu, hopefully kali ke empat nanti ni pun akan senang macam kakak2 dan abang dia terdahulu.

Maka nya, bila saya di tanya soalan adakah beranak itu sakit, saya susah nak explain kat kawan saya ni sebab pengalaman seseorang tu berbeza, nak pulak kalau yang kena menjalani pembedahan, lagilah sakit sementara luka jahitan tu nak sembuh sepenuhnya kan.

Kesimpulan nya saya bagitahu kat dia, rasa lah sendiri nanti macam mana pengalaman bersalin tu, mana tahu, bila tiba masanya nanti, dia bersalin lagi mudah dari apa yang saya dah describe pada dia, takde siapa yang tahu kan. Yang penting, sebelum nak bersalin nanti tu, kita kena minta maaf dengan seluruh ahli keluarga terdekat kita, kawan2 dan yang paling penting adalah suami kita sendiri ye.

Thursday, January 14, 2010

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI SHIBAM

Salam.

Pada kengkawan yang masih ada ibu bapa tu kan, boleh saya bertanya sikit. Dalam seminggu berapa kali korang bertanya khabar pada orang tua masing2, dalam sebulan tu berapa kali korang menjenguk orang tua di kampung halaman dia. Dalam hal ni, saya rasa sangat beruntung sebab saya tinggal berdekatan dengan kedua2 ibu bapa dan mertua saya sendiri, apatah lagi, anak2 saya di tinggalkan di rumah mereka, maka nya setiap hari lah saya dapat bertemu muka dengan dia orang, sampai dia orang pun naik muak nak tengok kelibat saya, hahahhahha.

Masa saya tengah menunggu angah balik dari sekolah agama nya, macam biasa lah, aktiviti berborak kat depan umah mak saya tu dengan sorang dua jiran nya. Borak punya borak, makcik ni cakaplah, untung nya mak saya ada anak yang duduk berdekatan dengan dia, hari2 boleh bertanya khabar, hari2 boleh nengok muka cucu dan sampai terkeluar lah citer anak salah seorang dari makcik ni yang jarang2 bertanya khabar orang tua nya, kiriman duit tu jauh sekali lah kan, sian kat makcik tu, rindu kat anak2 dia.

Buat masa ni, mak dan abah saya memang sangat beruntung, kedua2 abang saya rajin sangat bertanya khabar, tanggungjawab dari segi wang ringgit pun sama sekali tak pernah di lupakan, saya pulak tinggal berdekatan dan adik bongsu masih tinggal bersama2 dengan orang tua saya, harapan dan doa saya moga kami semua adik beradik akan mempunyai rasa tanggungjawab ni hinggalah ke akhir hayat kedua orang tua kami. Amin.

So pada kengkawan yang dah agak lama tak bertanya khabar orang tua tu, angkat2 lah telepon dan buat2 lah balik menjenguk ye. Daaaaaaaaaaa

Wednesday, January 13, 2010

MIMI BUAT MAMA BLURRRRRRR

Salam.

Dah 3 orang anak saya yang bersekolah kan, kak long di sekolah menengah, angah di sekolah rendah dan Mimi di tadika. Kalau anak2 yang dua terdahulu tu dulu masa sekolah tadika, tak pernah ada citer2 lawak yang dibuat dek dia orang berdua ni. Si Mimi ni, baru bersekolah nak masuk 2 minggu, macam2 citer yang di persembahkan kat saya.

Hari tu dia dok komplen kat teacher yang toilet tak cukup bersih dan air milo tak cukup pekat kan, tu belum dia sebok nak bawak baju spare dan tuala mandi sebab nak ikut macam kawan2 dia yang lepas tadika terus stay kat sekolah tu sampai petang, kali ni lagi best kengkawan, dia anggap tadika tu macam di punyai oleh mak bapak dia sendiri, citer dia macam ni : kat tadika tu kan ada buaian dan gelongsor untuk budak2 bersantai masa aktiviti bebas dia orang.

So ada lah masa2 tertentu saja yang boleh main2 kat situ, yang si Mimi ni pulak, dia tu kalau boleh, nak main je sepanjang masa kat tadika tu, bila dia nak main tu semua di luar waktu untuk ber aktiviti makanya teacher tak bagi lah. Dia tak puas hati gamaknya, jadi dia telah membuat cadangan yang maha bernas kat saya, ini cadangan Mimi ye kengkawan :

Mimi : mama, mimi nak main buaian kat sekolah tapi teacher tak bagi lah

Saya : Memang lah teacher tak bagi, mimi nak main masa belajar, mana boleh. Masa main2 je boleh naik buaian

Mimi : Tak best lah macam ni, mama boleh tak suruh teacher dengar cakap mama

Saya : Kenapa nak suruh teacher dengar cakap mama

Mimi : mama kan selalu marah, selalu cakap dengan kak sara, dengan abang fariz, dengan mimi, mesti dengar cakap mama, kalau tak dengar cakap mama nanti semua kena marah, hahhhhhhhhh, mama tolong lah suruh teacher dengar cakap mama bagi mimi main buaian tu, kalau teacher tak bagi jugak, mama marah lah teacher sebab tak dengar cakap mama

Saya : blurrrrrrrrrrrrrrrr

Mimi oh Mimi, ko ingat tadika tu mama yang punya ke !

Tuesday, January 12, 2010

SHIBAM : 7 BULAN !

Salam.

Haiiiiii korang ! Kalau tak silap saya lah kan, dah lama saya tak buat entry pasal perasan jelita ni, so hari ni saya buat entry pasal perasan ni lah, meh muntah sesama ye. Ni nak share gambar saya yang sedang mengandung 7 bulan ni, kalau nengok tang muka tu cam maintannnnnnnnn je kan, padahal kalau amik gambar full memang kantoi sekantoi kantoinya. Kalau suruh orang main teka2 kan, saya boleh nyorok kan badan tapi tunjuk kan muka je, confirmed orang akan ingat saya bukan dari golongan yang obesiti, sekali dah tunjuk satu badan baru dia orang tahu dia orang tertifuuuuuuuuuuuu, hahahhaha.

Saya ni spesis kalau gemuk macam mana pun, pipi tu akan maintain macam tu je, tak pernah naik menembam langsung tang pipi tu, lelemak saya suka berkumpul kat lengan dan yang sewaktu dengan nya, harap maklum. Gambar jelita ni baru je di snap hari Jumaat lepas masa saya menghadiri majlis jamuan makan malam dengan kengkawan opis yang tercinta.

Nengok lah imej kengkawan saya ni, semuanya mengikut tema malam tu, malam KESULTANAN MELAYU, cecantik dan segak semuanya. Saya memang lari tema terus, bila boss tanya tema saya : jawapannya, saya adalah ketua tukang masak istana, hahahha dan sangat2 kebetulan malam tu, semua pelayan2 dia orang memakai baju serba hitam, sabar je lah.


Best lah malam tu, enjoy dengan kengkawan, makanan pun not bad, persembahan pun ok. Nak pesan dengan boss besar, next time kalau ada lagi, jangan lupa ajak kita orang ye boss !

Monday, January 11, 2010

PILIH, JANGAN MALU2

Salam.

Korang nengok Anugerah Juara Lagu malam tadi tak? Bestttttttttt kan kan kan, ingatkan Yuna boleh jadi juara, alih2 dapat no. 2 je, ok lah tu, dia nyanyi memang best malam tadi. Keseluruhannya memang best cuma ada sorang dua je yang buat persembahan yang tak menepati piawaian AJL, hah dah macam juri profesional dah kak shibam ko ni.

Macam biasa saban tahun saya dapat tiket AJL, tapi tahun ni tak dapat nak pergi atas sebab2 sedar diri yang sedang berbadan dua ni. Tiket2 yang ada saya bagi pada kengkawan yang berminat nak ke stadium je. Tengok TV kat umah dan bukak volume kuat2 je bagi puas hati, paling2 best masa Dato CT duet dengan Lan nyanyi lagu tu, mak aiiii dengan saya2 sekali goreng gitar kat umah wei, memang best ! Faizal Tahir yang bertongkat tu pun menyanyi best nak mamposssssssss.

Ok, habih citer bab AJL yang memang best tu. Hari tu saya kemas2 bilik pegawai dan terjumpa dengan kertas yang di tinggal kan kat board dia ni dan saya rasa cam best je nak share dengan korang. Nanti korang baca dan tentukan korang kat kategori mana ye :

Rajin Bekerja, Rajin Bercakap : BAGUS

Rajin Bekerja, Malas Bercakap : KENA BULI

Malas Bekerja, Rajin Bercakap : WAYANG CINA

Malas Bekerja, Malas Bercakap : TAK GUNA

Malas Bekerja, Suka Mengadu : LALAT HIJAU

Malas Bekerja, Selalu Ponteng : LEBIH BAIK BERHENTI

Malas Bekerja, Suka Termenung : LEBIH BAIK MATI

Rajin Bekerja, Rajin Mengadu : KAKI BODEK

(Kata2 Prof Diraja Ungku AziZ)

Di manakah Anda : LU PIKIR LAH SENDIRI

So kengkawan, amati betul2 ye dan pilih sendiri korang dalam kategori yang mana.

Friday, January 8, 2010

BUDGET I CIPUT JER

Salam.

Nak tanye sikit kat korang lah, kalau masa hari bekerja tu kan, berapa korang belanja untuk breakfast, lunch, minum petang dan pada yang ada anak tu mesti ada beli kan jajan untuk anak2, so berapa korang spend dalam sehari tu. Jangan ingat untuk anak2 yang nak ke sekolah je ada budget nya kan, kita yang bekerja ni pun kena ada budget jugak, tak kan nak main hentam je, nanti belum cukup bulan, purse dah kering daaaaa.

Saya selalunya spend tak banyak lah, dalam 10 - 15 ringgit jer sehari, selalunya sarapan paling mahal kat kafe ni pun 2.50 jer, lunch pun paling2 mahal 4.00, yang selalu saya spend di waktu petang sebelum balik tu adalah jajan untuk anak2 especially roti, hari2 kena ada stok untuk dia orang makan sarapan di waktu pagi atau bawak bekal ke sekolah. Memang jimat lah bekerja di area pedalaman macam ni, kengkawan yang kerja kat tengah2 town tu kan mesti perbelanjaan nya berganda kan, tak kan dapat harga makanan semurah macam kat sini.

Untuk belanja anak2 ke sekolah pulak, tahun ni masing2 dapat 4 ringgit seorang, pandai2 lah dia orang budget sendiri. Ok, itu budget seharian saya, macam mana pulak dengan korang ye?

Thursday, January 7, 2010

JANGAN BAGI FAKTA YANG SALAH KAT BUDAK YANG BERMULUT BIJAK

Salam.

Untuk kengkawan yang ada anak atau adik yang bermulut bijak macam anak saya si Mimi ni sila jangan bagi fakta yang salah kat dia orang ok, lain kali bila dia orang bertanya tu, sila bagi fakta yang sahih dan boleh dipercayai sahaja tau. Ini lah jadinya bila budak yang bermulut bijak di beritahu fakta yang salah. Sila ikuti cerita di bawah untuk memahami maksud saya ni :

Tarikh : 5 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Ruang tamu keluarga
Suasana : Semua sedang menonton TV bersama2

Sambil tengok TV tu si Mimi ni menyuruh babah nya letak kan ubat kat betis dia yang kena gigit nyamuk petang tadi, dari tergaru2 tak berenti kan, so Mr.R layankan si kecik tu meletak ubat kat betis dia. Sambil meletak ubat tu kan, si anak ni pun bertanya kat babah dia :

Mimi : babah, kenapa nyamuk suka gigit kaki Mimi

Mr.R : nyamuk suka gigit kaki orang yang debab, yang gemuk macam kaki Mimi ni

Mimi : kenapa nyamuk suka gigit kaki orang gemuk pulak

Mr.R : dengan muka yang poyo dan dalam nada yang bersungguh2 bagi penerangan kat anak dia : orang gemuk ni kan, darah dia manis tau, nyamuk suka lah, kalau Mimi tak nak kena gigit nyamuk kan, Mimi tak boleh makan nasi banyak2 tau, jangan minum susu banyak2, nanti Mimi gemuk, nanti nyamuk suka gigit, kalau Mimi kurus nanti, nyamuk tak gigit lah

Mimi : ohhhhhhhhhhhhh, tetiba terpacul soalan dari mulut bijak dia : Mama, kaki mama mesti kena gigit nyamuk jugak kan

Saya : jawab dengan nada yang jujur ok : tak lah, kenapa Mimi cakap kaki mama kena gigit nyamuk pulak

Mimi : kaki mama kan lagi gomok, lagi besar dari kaki Mimi, mesti nyamuk suka gigit kaki mama jugak

Yang lenlain : gelak tak hingat dunia sampaikan saya rasa nak smackdown je dia orang ni tau

Moral of the story : jangan putar belitkan fakta ok.

Wednesday, January 6, 2010

MACAM MACAM CITER LAH

Salam.

Pagi tadi saya ada check up bulanan di klinik, alhamdulillah semua ok, berat cam biasa, naik 0.5 kg jer, harap semuanya berjalan lancar sampai ke bulan2 terakhir dan dapat melahirkan baby saya secara normal macam kakak2 dan abangnya sebelum ni. Lepas ni saya dah start gi check up 2 minggu sekali pulak. Pengalaman mengandung kali ni memang berlainan sungguh dengan yang sebelum2 ni, paling sikit kenaikan berat badan, paling tak banyak ragam dan yang paling penting ramai yang menegur dalam usia 35 tahun saya ni, bila mengandung tu tak nampak letih pun, perut comel, steady je, jalan pun laju sampaikan budak opis sebelah ni panggil saya ibu mengandung yang brutal, sabar je lah wei.

Ye lah, tak kan sebab mengandung, jalan pun nak kena slow2 walaupun sihat, selagi larat tu, buat je macam biasa, lain lah bila mengandung tu ada simptom mabuk ke, tekanan darah rendah ke, baby problem ke, masa ni kenalah beringat. So bila mengandung dan badan sihat ni, jangan mengada2 nak buat2 tak sihat pulak, teruskan je rutin macam biasa. Paling tak boleh blah, bila ada yang menegur, eh ko boleh drive kereta lagi ke, ok ke, ikut kan pengalaman saya sebelum ni, dah 9 bulan pun masih drive lagi, hari terakhir bekerja pun bila dah keluar tanda2 untuk bersalin, selagi semuanya ok selagi tu lah pergi kerja jugak.

Ok cukup intro pasal pregnancy saya, now kita tukar topik ye kengkawan. Bulan Januari 2010 ni, kereta kancil kebanggaan dan kesayangan shibam dah pun berusia 6 tahun (psttt, hutang kereta ni dari tahun lepas sudah habis ok, hahahhaha). Cuba korang nengok mileage saya, baru 50000, gambar ni saya ambil 2 hari lepas, macam mana saya tak sayang dengan kancil saya ni, kalau kereta orang lain yang usia sama 6 tahun dengan dia mesti dah banyak giler mileage nya kan.

Macam yang saya citerkan sebelum ni lah, kereta ni guna nya untuk ulang alik ke tempat kerja je, tu pun nasib baik saya jadi driver untuk anak2, kalau tak, lagilah mileage nya rendah kan. Sepanjang saya guna kan dia, alhamdulillah, langsung tak pernah meragam atau merengek ni, semuanya ok jer. Lagi pun, Mr.R cukup jaga jadual servis nya, jadual tukar tayar nya, servis a/cond nya, lagilah keadaan dia tip top wei.

So tahun ni kan bilangan anak akan bertambah dan menjadi rutin saya jugak untuk menghantar kesemua anak2 ke hulu ke hilir ni, Mr.R ada cadangkan sekali lagi supaya saya menukar kereta yang lebih besar untuk keselesaan semua tapi cadangan dia mendapat bantahan sekeras kerasnya dari saya. Kancil ni still ok lagi untuk saya dan anak2, kalau nak tukar pun tunggu saya keluarkan anak yang ke lima nanti, masa tu baru boleh tukar kereta yang lebih besar, hahahhaha, anak ke empat pun tak keluar lagi, saya dah plan untuk anak ke lima pulak.

Jangan tak tahu, tahun ni baby saya lahir dalam tahun harimau, kalau nak lagi kan, boleh je, sila beranak lagi dalam masa 2 tahun akan datang untuk dapatkan baby dragon pulak, so dalam famili saya lepas ni ada dua harimau (saya dan bakal baby) dan dua naga (angah dan bakal baby lagi) dan lepas tu kan confirmeddddddddd Mr.R akan pengsan immediately lepas baca entry saya ni, hahahhahha.

RILEK AH !

Salam.

Kalau ada kengkawan yang dah biasa ada anak yang ke sekolah ni kan, setuju tak kalau saya katakan, dalam seminggu dua ni rutin harian mesti berterabor, buat sesuatu tu mesti ada cacat cela nya sikit, dengan jalan sesak di sana sini, kita plan macam ni, udah nya jadi macam tu, memang sangat biasa lah tu. Selalu nya dah nak masuk minggu ketiga persekolahan tu barulah semuanya akan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.

So, nak dijadikan citer, semalam bas sekolah yang menghantar kak long dan beberapa orang lagi kawan2 dia agak terlewat sampai ke sekolah. Dalam pukul 1.10 petang macam tu lah, sekolah bermula pada 1.05 petang, pada saya, ok jer, pihak sekolah pun paham dalam seminggu ni masih ramai ibu bapa yang menghantar anak sendiri ke sekolah, makanya jalan lebih sesak dari biasa lah kan. Masalahnya, ada ibu bapa lain yang anak2 nya satu bas dengan kak long dah bising2 wei, macam satu kesalahan besar bila bas terlewat di hari kedua persekolahan, sebok telepon dan suruh saya buat komplen sekali kat driver bas tu.

Pada saya lah kan, kalau bas tu berterusan sampai lambat dalam masa 2 minggu ni, barulah sesuai nak buat komplen dan memekak2 dengan driver bas tu, bagilah driver tu masa dalam minggu ni untuk adjust timing dia sendiri, betul tak? Makanya bila ada yang menelepon tu kan, saya dengar je lah, nama nya saya nak bising2 komplen kat driver bas tu belum lagi lah, rilek lah dulu, saya nak tengok, kalau betul lah lepas ni masih lewat lagi sampai ke sekolah, tukar je lah bas lain, betul tak kengkawan?

Harap2 driver bas tu akan dapat organise jadual dia dan tak berlaku kelewatan lagi, kalau terjadi jugak, jangan pening2 kepala, cari je alternatif lain. Daaaaaaaaaaa

Tuesday, January 5, 2010

MIMI YANG HEBAT KE TADIKA TAPI BANYAK KOMPLEN DAAAAAA

Salam.

Hai kengkawan, selamat bertemu kembali di bulan Januari 2010. See see see, hari ni dah 5hb kan, cepat betul masa berlalu, tup tup nanti dah bulan Mac, dah nak beranak lah pulak, hihihi, lari topik jap ek, yang sebenornya perasaan nervous dah start ada ni kengkawan, saat yang paling menakutkan iaitu masuk ke wad bersalin, dup dap dup dap jantung saya ni wei. Biarpun ini kali yang ke empat, tapi perasaan takut tu memang adooooooooooooo.

Ok kita tukar topik plak ek, semalam kan saya dan Mr.R bercuti untuk settlekan anak2 pergi ke school kan, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, yang paling bagus adalah si budak debab ni, tak menangis langsung. Masa hantar dia ke tadika pagi tu, dah start ada 4,5 orang budak kelas dia yang dah start menangis, saya dah cuak sikit masa ni, tapi nasib baik, dia steady je, siap bye2 lagi kat saya.

Pagi tu kan, elok je saya ikat kan rambut dia untuk ke sekolah, rupa2 nya bila dah masuk ke kelas tu, dia bukak dan bagi getah ikat rambut tu kat teacher dia, bertuah punya budak ! Nak tak nak kena lah saya bawak dia pergi potong rambut, kalau tak nanti, nak buat kerja kat sekolah pun tak selesa dek rambut dia yang lebat tu kan. Tu lah rupa nya bila dah potong rambut, bolattttttt je muka tu kan.

Memang tak sangka betul lah yang Mimi tak nangis langsung di hari pertama nya, kalau ikut kan experience menghantar kak long dan angah dulu, adalah dalam sehari dua tu dia orang menangis bila di hantar ke tadika. Pengalaman menghantar angah paling tak boleh blah wei, saya kena bawak hanger kat dalam kereta tau, bila dia tak nak turun dari kereta tu, saya acah acah kan hanger tu kat dia, terus dia turun dan masuk ke sekolah, memang tak boleh lupa dengan perangai si angah ni masa mula2 hantar ke tadika dulu.

Yang kak long pulak dulu2 kan, asal nak masuk simpang ke tadika je, air mata dah mula meleleh2, sib baik tak meraung kat dalam kereta tu, kena bagi syarahan sikit kat dia baru lah ok. Kesimpulan nya Mimi adalah hebat di hari pertama ke tadika nya bila dibandingkan dengan kak long dan angah dulu2. Syabas Mimi !

Korang nak tahu tak apa yang teacher Mimi cakap bila saya ambil dia semalam ? Teacher dia bagitahu saya : Puan, anak puan ni banyak bertanya dan pandai bercakap ye, anak Puan komplen tandas kami kotor dan air minum pagi tu tak sedap (sambil ketawa2 lah), masuk je dalam kereta, saya tanya lah kat Mimi, kenapa cakap macam tu, ini dia punya reply ye : Mimi suruh teacher basuh bilik air tu bersih2 dan buat air milo tu sedap2 macam mama buat, hahahahhaa, sabor je lah ye.

Malam tadi kan, saya buat sesi kaunseling dengan Mimi, macam2 saya ingatkan dia, jangan komplen banyak2 kat sekolah, jangan sama kan sekolah dengan rumah, jangan itu, jangan ini, harap2 sedikit sebanyak tu dia ingat lah, nama pun budak2 kan, tapi tak boleh di biarkan jugak, nanti melampau2 jadi nya kan. Harap2 lepas ni dia tak komplen yang bukan2 kat teacher tu lagi, hihihi.

Sunday, January 3, 2010

3 JANUARI 2010

Salam.

Hari ni dah 3 Januari 2010 kan. Dari hari Jumaat lepas sampai lah ke hari ni, apa aktiviti korang ek, apa kebendanya yang korang sibuk2 kan lagi ni, tak habis2 lagi dengan aktiviti yang menyeronok kan ye, bestnya! Minggu ni saya menghabihkan masa dengan menyettlekan semua baju2 sekolah dia orang yang nak digosok, suruh dia orang lengkapkan pencil box masing2 dan macam2 lagi lah.

Now semua baju dah siap tergantung kat bilik masing2, beg, kasut dan stokin pun dah siap2 kat tepi pintu, poyo tak, hahahahha. Saya memang suka ready awal2 ni, besok hari pertama persekolahan, mesti kelam kabut sikit kan, takpe2, dah masuk 2 - 3 minggu nanti baru lah masing2 dapat menyesuaikan diri dengan jadual baru di musim persekolahan ni. Saya pun tengah mencari semangat untuk menjalankan tugas hakiki sebagai driver di kala perut dah membesar ni, hihihi. Malas ke tak koser ke semua kena di tolak ke tepi, selagi ada anak2 yang bersekolah, selagi tu lah tanggungjawab sebagai driver tak boleh nak di elak kan.

Besok saya dan Mr.R sama2 bercuti untuk hari pertama persekolahan anak2, paling teruja nak hantar Mimi ke tadika nya tu, macam mana lah rupanya nanti tu kan. Sungguhpun kak long dah masuk tingkatan 1, angah pulak dah darjah 4, saya dan Mr.R still akan hantar dia orang ke sekolah pada hari pertama nya ni dan kalau tak silap saya lah, dari dulu2 lagi without failed ye, everytime bila hari pertama persekolahan anak2 je, kita orang mesti ambil cuti untuk menghantar dia orang pada hari pertama tu, biar dah besar panjang macam sekarang ni pun, tanggungjawab nak menghantar pada hari pertama tu tak akan dilepaskan.

Ok, nanti saya update citer Mimi di hari pertama di tadika nya ye. Daaaaaaaaaa