Friday, February 26, 2010

SHIBAM DAH SELAMAT BERSALIN

Salam.

Kengkawan, seperti yang diwar warkan sebelum ni, selalunya saya akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan. Kata doktor 11 Mac 2010, tapi hari ni sempena Maulidur Rasul iaitu 26 Februari 2010 atau 12 Rabiulawal 1431 Hijrah saya sudah selamat melahirkan baby boy di Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi, jam 5.30 petang tadi.

Baby dan mama nya dalam keadaan sihat, saya melahirkan secara normal dan berat baby 2.8kg, berat mama dia korang tak payah amik tahu ok, hihi.

Sampai jumpa lagi kengkawan. Terima kasih di atas doa2 kalian, hanya Allah s.w.t. yang dapat membalasnya.

Wednesday, February 24, 2010

MINTA AMPUN, MINTA MAAF YE

Salam.

Kengkawan yang dihormati sekalian, pagi tadi saya dah jumpa doktor untuk check up yang ke 38 minggu. Mengikut kata doktor, kepala baby dah betul2 parking kat tempat yang sepatut nya dan semua nya nampak ok, alhamdulillah. Due date untuk saya melahirkan adalah pada 11 Mac 2010 tapi kita hanya merancangkan, yang penting, anytime dari sekarang saya dah bisa melahirkan baby ni.

So, di kesempatan ini, saya nak minta ampun dan minta maaf dengan kengkawan pembaca blog ni semua dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata sepanjang coretan saya ni ada yang terasa hati atau sebagainya. Pada kengkawan opis dan yang sewaktu dengannya pun saya nak minta ampun dan minta maaf banyak2, andai kata ada terkasar bahasa dan perlakuan saya yang mengguris hati korang.

Pada kengkawan yang saban hari bertanya kan keadaan saya tu, terima kasih banyak2 atas perhatian korang semua, insyaallah nanti kalau semua nya dah selamat, saya akan bagitahu ye. Korang doa kan agar saya dapat bersalin dengan mudah dan selamat. Amin.

Tuesday, February 23, 2010

WA LEGA GILER BEBB !

Salam.

Tetiba wa nak try jadi rockers lah hari ni, hahahhahha. Ntah, takde angin takde ribut, tetiba je wa nak jadi rockers bebbeh. Sila jangan bayangkan wa dengan perut yang memboyot tu tengah buat aksi ala2 rockers tengah head banging tu ataupun tengah goreng gitar kat perut gua, hahahhahhaa.

Hari ni wa lega, wa cakap lu. Wa lega giler sebab baru keluar toilet, hahahahha, sengal betul kan. Bukan lega sebab baru keluar toilet lah geng, wa lega sebab semua kerja2 yang wa nak mintak tolong kawan2 opis buat masa wa berpantang nanti dah settle, semua wa dah pass kat dia orang, tu yang buat wa lega tu. Kalau ada yang tak paham nanti senang je, lu orang kasi call je wa, jangan malu2 ye geng.

Kalau lah malam ni wa nak terberanak ke, tak de hal lah geng, boleh pergi beranak dengan senang hati sebab semua kerja sudah settle wa cakap luuuuuuuuuuu ! Agak2 geng lah kan, kalau dalam bilik bersalin tu nanti, selain dari berzikir sepanjang masa sakit tu, wa nyanyi lagu BENCINTA si Pejal Tahir tu, lagu dia tu kan banyak part yang meneran neran, boleh lah buat wa senang nak beranak nanti, hahahhahha.

Ok, sekian entry wa buat lu orang semua. Adios barbados. (Kompom laki wa pengsan jap lagi, hahahhahah lagik)

Monday, February 22, 2010

ALA LA LA LA, CHOMELNYA BUDAK NI

Salam.

Baru2 ni mak saya minta tolong mengemas almari nya, kemas punya kemas saya terjumpa dengan dua keping gambar ni. Ntah macam mana gambar2 ni boleh tersesat masuk kat dalam laci almari tu, sebab selalu nya gambar2 ni semua tersimpan baik dalam album keluarga kat umah mak saya.

Ni gambar saya masa berumur 5 bulan. Chomelllllllllllllllllllllll kan kan kan. Mak dan abah saya siap bawak gi studio untuk bergambar, glamour gitu, hahahahhah. Mana tak di bawak nya saya ke studio, mengikut citer mak saya, saya ni anak perempuan yang ditunggu2 kelahirannya, almaklumlah mak dan abah saya dah ada 2 orang anak lelaki sebelum tu dan jarak umur saya dengan abang kedua pun agak jauh, dalam 5 tahun gitu. Hmmm, patutlah anak2 saya semuanya comel2 belaka, rupa2 nya ikut genetik mama dia, ye inilah kenyataannya, hahahahha.

Gambar ni paling tak boleh blah, hahahhahahhha, ye, saya nak gelak dulu, sebabnya kalau tak silap saya gambar ni masa saya darjah 2 gitu lah, tengah tidur pun maintain je senyuman manis saya tu kan. Dulu kan takde kamera digital macam sekarang ni, so bila dah di snap tu kenalah cuci negatifnya, amik gambar orang tengah tidur pun boleh !

Seronok bila nengok gambar masa kita kecik2 ni kan, sekejap je masa berlalu, now saya pulak dah ada anak2 yang sedang membesar di hadapan mata.

Sunday, February 21, 2010

SHIBAM'S CHICKEN RICE

Salam.
Perghhhhhhhh, tajuk ala2 international gitu, hahahahha. Actually kan, dah banyak minggu anak2 saya request suruh masak kan dia orang nasi ayam. Last two weeks tak berkesempatan sebab saya masak yang simple jer. Banyak benda yang nak dibuat dan terkejar2 nak buat macam2 kerja lain kan. At last, hari ni saya dapat puas kan hati dia orang dengan memasak kan menu kegemaran dia orang.


Itu pun masa suruh Mr.R pergi pasar untuk belikan bahan2 ni semalam, dia suruh saya beli je untuk anak2 kalau dia orang nak sangat makan nasi ayam. Mr.R kesian nengok bini nya yang dah macam bom jangka nak meletop ni duduk lama2 kat dapur tu, tapi saya pepandai lah kan, sambil memotong dan menyiapkan bahan2 ni semua saya duduk lah kat kerusi, saya masak pun sambil duduk je atas kerusi tu. Semua pinggan2 kotor saya lambak kan je dalam sinki dan kak long tolong lah clearkan, so tak lah penat berdiri lama2 kan.
Memang lah boleh bungkus je kalau nak makan nasi ayam ni tapi rasa dia tak sama dengan yang di masak sendiri. Masak sendiri lebih sedap dan puas hati gitu dan part yang paling best bila nengok anak2 makan dengan berseleranya. Korang pulak masak menu apa untuk famili hari ni?

Saturday, February 20, 2010

INI HARI MASAK INI

Salam.

Hai koranggggggggg ! Korang tengah buat apa tu? Hari ni saya masak simple giler, janji masak dan yang paling penting akan tetap memasak hingga ke titisan darah terakhir, hahahhahahha, poyooooooooooooo lah ko shibam. Apa tak nya sampai ke titisan darah terakhir wei, selagi tak meletup, selagi tu lah saya akan berkhidmat untuk keluarga saya, chewah.

Menu hari ni sangat sedap di mata dan anak tekak saya, tak sedap di mata korang, ada aku kisah, hahahhahha ! Hari ni saya masak asam pedas, sup sayur + fishball & fishcake, telur asin dan ikan goreng.

Jap lagi boleh panggil dia orang makan. Jemput makan semua.

Friday, February 19, 2010

MIMI & HOMEWORK

Salam.

Semenjak Mimi dah pergi school ni, kerja saya bertambah lah, mana tak nya, dalam seminggu tu mesti 2 kali teacher dia bagi homework, yang hujung minggu tu biasalah, ni hari biasa pun ada jugak. Kesian kan, baru umur 4 tahun, dah sebok2 nak kena buat homework. Yang lagi kesian, mama dia lah sebab kena banyak bersabar bila mengajar budak kecik ni, hihi.

Tapi Mimi memang good girl, senang nak ajar dia cuma kena banyak2 bersabar sebab kengkadang dia yang mengajar kita balik. Paling tak boleh blah bila dia asyik nak menangkan teacher dia je, bukan macam ni lah mama, teacher saya ajar macam ni, macam tu. Pastu pulak, dia paling berhangen bila kerja yang dia dah buat tu saya padam dan suruh dia buat balik sebab comot sangat, homework yang satu page pun boleh amik masa berjam2 tahu tak.

Lagi satu hal pulak, asal nak buat homework je nak tulis atas bangku pink kesayangan dia tu, ada meja tulis dia, tapi still nak duduk dan buat atas bangku tu, nak tak nak saya turutkan je, yang penting homework dia siap. Bila homework dia dah siap, bukan dia yang rasa lega sebaliknya saya yang rasa lega, hahahhahha.

Thursday, February 18, 2010

PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN

Salam.

Apa yang dah ready tu shibam oi, hihi, saya dah ready nak bersalin lah kengkawan. Remember tak I told u all yang cuti baru2 ni saya menghabiskan sesi mengemas dan menyiapkan barang2 untuk bersalin nanti. Jom nengok sebahagian kecil dari barang2 yang dah ready, tak de korje nya saya nak mengambil gambar setiap sudut baju2 dan yang sewaktu dengannya, tengok sesikit udah lah ye.

Masa bersalinkan kak long dulu, waktu berpantang saya gunakan set bersalin dari Nona Roguy, masa angah pulak set bersalin dari Amway dan mimi pulak saya gunakan ubat ubatan dari kedai cina sepenuhnya semasa berpantang. Kali ni saya nak cuba set bersalin dari Orang Kampung pulak, korang bacalah sendiri apa yang ada dalam set tu ye, paling best ada rempah untuk mandian sekali, tak payah susah2 beli yang lain. Packaging dia pun cantik, siap ada beg lagi.

Sebahagian besar baju2 baby dah masuk dalam laci, yang dalam bakul tu untuk kegunaan harian lah kiranya, letak kan sesiap kat tepi katil tu, bantal, tilam dan yang sewaktu dengannya semua dah siap, lega wei. Kalau2 ter bersalin awal pun takpe sebab semuanya dah ready kan kan kan, saya berdoa dan berharap semuanya berjalan lancar, semoga saya dan baby selamat. Amin.


Tuesday, February 16, 2010

CUTI ! APA KORJO DEN................

Salam.

See see see, I told u already, bila Jumaat lepas nak bercuti tu best je, ni bila hari Selasa, dahi dah berkerut2 ni memikirkan cepatnya masa berlalu kalau time bercuti tu. Esok saya ada check up mingguan dan kena stay lama sikit kat klinik sebab nak amik darah dan minum air gula untuk ujian diabetis, hari tu dah buat, takde apa2 pun tapi biasalah bila mak buyong yang obesiti ni selalunya doktor akan nasihatkan buat ujian air gula tu lebih dari sekali.

Wah wah wah, korang mesti berjalan sakan time cuti ni kan, seronok menghabiskan masa dengan keluarga kan. Aktiviti saya 4 hari ni lagi syiok sebab mengeluarkan peluh2 jantan dan yang sewaktu dengannya, meh saya citer kat korang ye :

Hari Sabtu : Turunkan langsir semua bilik2 dan ruang tamu dan gantikan dengan langsir baru. Last tukar langsir masa hari raya hari tu, so boleh bayangkan habuknya macam mana kan. Alang2 dah nak bertukar langsir tu kenalah sapu sawang2 di siling tu dulu. Macam biasa sungguhpun saya jadi supervisor je tapi penat jugak sebab banyak keluarkan tenaga untuk bersuara dan mengarah, hahahahha.

Hari Ahad : Lepas Zohor, berkumpul di rumah mak dan abah saya untuk meeting dengan family. Actually ni kali kedua kita orang bermesyuarat untuk persiapan majlis perkahwinan adik bongsu saya bulan Mei nanti. Dah habis meeting, ada pulak majlis makan2 yang di sponsor sepenuhnya oleh Along saya, kenyang betul makan nasi minyak dan lauk pauk yang lazat2 tu. Gambar2 takde sebab saya memang tak koser nak amik, hihi. Pukul 10 malam baru semua bersurai dan alhamdulillah semua pembahagian tugas dan sebagainya selesai. Tunggu majlis berlangsung je nanti.

Hari Isnin : Membereskan membasuh semua keperluan baby yang nak digunakan. Ni kira batch yang last sekali lah, sebab yang lain2 semua dah beres sebelum2 ni, kali ni menghabiskan tugas membasuh bantal2, tilam2 dan selimut2 baby, nanti besok lusa saya tempek gambar barang2 baby yang dah siap ni ye.

Hari Selasa : Part ni paling best ye, saya dan Mr.R men touch up bilik untuk saya gunakan masa berpantang nanti. Habis semuanya dah di susun atur balik untuk memastikan keselesaan saya dalam masa berpantang nanti. Susun baju2 baby dalam almari dan yang sewaktu dengannya.

Untuk pengetahuan korang jugak, lepas selamat bersalin nanti untuk pertama kali nya saya akan berpantang di rumah sendiri. Sungguhpun mak saya bising2 suruh saya berpantang di rumah dia, saya bersungguh2 jugak yakinkan Mr.R untuk berpantang di rumah sendiri, dah anak ke empat dah pun, tak kan tak reti2 nak menguruskan keluarga sendiri kan. Biarlah macam mana kelam kalibut nya nanti, yang penting saya nak belajar buat semuanya sendiri, tak nak manja2 lah konon, hihi.

Kesimpulannya, cuti panjang kali ni memang dipenuhi dengan kerja2 yang berfaedah, takde langsung adegan menghabiskan duit di luar, adegan bergolek2 depan tv pun takde tau apatah lagi adegan membuat tahi mata di siang hari, serius wa cakap lu, semua aktiviti kita orang anak beranak kali ni sangat2 berfaedah lah.

Friday, February 12, 2010

YEY YEY CUTI

Salam.

Ketemu lagi kita di hari Jumaat yang ditunggu2 dek semua. Cuti 4 hari yang bakal menyusul ni membuatkan semuanya tersenyum2 hari ni, tapi percayalah kengkawan, nama je cuti 4 hari tau, tapi kalau dah penuh dengan aktiviti dan kerja2 kat umah tu, tak perasan pun nikmat bercuti tu, alih2 hari Rabu nanti muka monyok je sebab dah nak start kerja.

Angah best lah sebab sekolah dia cuti seminggu, dia orang dah sekolah ganti sebelum ni, kak long tak cuti lama, sama je macam saya dan babahnya. Kita orang takde plan langsung nak kemana2, dengan keadaan saya yang tengah sarat ni eloklah jangan cari pasal nak berjalan jauh2, kalau nak berjalan pun mungkin gi yang dekat2 je, itupun babah nya je lah yang melayan anak2 nya, saya memang plan tak nak ke mana2, saya nak berehat je kat umah.

Korang, selamat bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga ye. Daaaaaa

Thursday, February 11, 2010

MAMA = MUMMY, BABAH = DADDY

Salam.

Ni gambar si budak mulut bijak yang baru di amik 2 hari lepas. Last week gi timbang berat badan dia kan, dia dah turun 3 kg, perut pun dah tak boncit macam sebelum ni. Memang bagus lah dia pergi sekolah ni, botol susu pun asik terlupa je, kadang2 tu sehari je sekali sebelum nak tidur tu, pernah sekali tu tak menyusu langsung, kalau tak tu sebelum ni boleh jadi 7 ke 8 kali sehari menyusu tau tak.

Rutin harian dia sekarang, lepas saya amik dia balik dari school terus hantar ke rumah mak saya, pastu dia akan mandi, tukar baju dan lunch, pastu zzzzzzzzzzzzzz sampai ke petang. Kengkadang time saya nak amik dia pukul 5 petang tu pun still zzzzzzzzz lagi, mak saya kemain suka lagi coz memacam kerja dia boleh buat memandangkan si mulut bijak ni tak mengacau dia.

Don't worry ye mak, now mak relax bebanyak, nanti bulan 5 saya hantar baby kat umah mak pulak ye. Macam biasa lah,bila kata nak hantar baby ke nursery je, macam2 mak saya cakap, last2 dia juga yang nak menjaganya, don't worry jugak ye mak sebab anak mak yang bertanggungjawab ni akan membagi elaun kat mak mengikut harga pasaran semasa menjaga baby atau senang citer ikut rate nursery jugak, no diskaun2 ok, hahahhaha.

Lately ni si budak mulut bijak ni nyebok nak tukar panggil saya mummy dan babah nya daddy, biasanya dia panggil saya mama, so kalau dia suka2 nak tukar mummy tu takde lah rasa lain macam sangat kan, ni babah nya tu dia panggil daddy daddy, terus geli geleman Mr.R nak menjawabnya, hahahhahaha. Bila ditanya kenapa nak panggil mummy, kenapa nak panggil daddy, elok je dia menjawab, kawan2 Mimi panggil babah dia daddy, panggil mama dia mummy, Mimi pun nak lah.

Suka hati lah nak, tapi tersasul2 jugak kengkadang tu, kejap babah, kejap daddy, kejap mama, kejap mummy, lepas ni apa pulak ?

Wednesday, February 10, 2010

ORANG LELAKI PANJANG AKAL

Salam.

Tajuk saya emo giler wei, hahahaha. Rasanya dah lama saya tak bebel pasal hal2 rumahtangga ni. Macam yang dah dibagitahu sebelum ni, apa entry2 yang saya nak publish,saya kena pikir implikasinya, pikir 100 kali dulu sebelum publish seperti yang dinasihatkan dek Mr.R sebab banyak mata2 yang baca blog ni dan jadikan isu untuk disampai sampaikan pada pihak tertentu. Bosan sebenarnya, tapi dengan apa yang dah terjadi sebelum ni, makanya saya turutkan saja. Makanya banyak cerita yang ada tapi saya tak boleh share kat blog sebab ramai yang dengki dari yang memahami.

Tapi entry kali ni memang panjang, memang hangat dan yang paling penting saya dah minta izin dengan tuan punya badan untuk berkongsi kisah dia ni. Dengan Mr.R pun saya dah bagitahu, dia ok je sebab boleh dijadikan tauladan untuk semua dan yang penting boleh dikongsi sebab tidak melibatkan keluarga terdekat, kalau tak, memang tak approve lah dek Mr.R.

Saya banyak belajar hal2 rumahtangga dan masalahnya semasa saya bekerja di tempat lama dulu. Bergaul dengan pekerja2 di kilang tu hampir berbelas2 tahun, macam2 cerita suka duka yang boleh dijadikan iktibar. Dari situ, saya belajar cara2 nak mengatasi masalah yang mendatang. Alhamdulillah, sepanjang hampir 14 tahun mendirikan rumahtangga, setakat ini bila ada masalah yang timbul, kita orang dapat duduk dan berbincang bersama2. Macam2 yang saya dan Mr.R dah lalui sepanjang tempoh perkahwinan kami, kami redho. Tapi tak semuanya bernasib baik seperti saya, bila ada masalah je boleh dibawa berbincang, rakan lama saya ni mempunyai masalah rumahtangga yang tak berkesudahan.

Usia perkahwinan dia belum sampai 10 tahun pun, tapi bermacam2 dugaan dia kena hadapi, dari badan berisi ke kurus kering sekarang ni dek memikirkan masalah suami tersayang. Susah jugak bila kita terlalu sayang dan percaya dengan suami ni ye, bila sesuatu berlaku di luar jangkaan tu, dia macam tak boleh terima dan mula memikir tentang suami di setiap saat dan masa. Kalau korang, sanggup tak ambil cuti dan ikuti aktiviti suami korang yang dicurigai secara senyap2, dah macam penyiasat persendirian, ikut je mana suami tu pergi dan terpaksa rela tengok dengan mata kepala sendiri kecurangan suami.

Banyak kali dah saya cakap dengan kawan saya ni, lelaki ni licik, kalau kita rasa kita pandai, lelaki lagi 100 kali pandai ok. Sebab itu kita kena berusaha, berdoa dan akhir sekali berserah kepada takdir, sebab kalau Allah s.w.t mahukan ianya terjadi makanya ia akan terjadi, macam mana kita mengelak pun, ianya akan terjadi jugak. Macam2 cara dia dah cuba sebelum ni dan korang nengok lah sendiri betapa liciknya kaum lelaki ni. Kawan saya pernah :

* pasang spy kat tempat kerja husband dia - alih2 spy tu pun dua kali lima jugak bersubahat dengan husband dia *

* tak bagi husband dia bawak transport ke tempat kerja sebab takut husband dia melencong ke tempat lain, sanggup hantar dan jemput husband setiap hari - korang ingat dia bodoh, ada orang lain yang sanggup amik dan jemput dia pada bila2 masa dia nak buat jahat tu *

* check sms - ni lagi tak boleh pakai, awal2 lagi dia dah delete semua record mesej keluar masuk, tak pun dia pakai 2 sim kad yang bini sendiri pun tak tahu kewujudannya *

* ot hampir setiap hari - padahal sharp pukul 5, ada kawan yang kaki pompuan jugak yang dah standby nak bawak dia gi dating kat tempat yang dijanji sebelum ni *

* kata outstation - bila call kat tempat kerja, dia orang cakap dia ambil cuti tahunan, silap2 haribulan pergi bercuti bersuka ria dengan girlfriend dia *

Dalam hal ni, tak boleh salahkan perempuan yang ganggu suami kita tu, suami kita lagi bersalah sebab melayan. Kalau salah sorang tak melayan korang ingat boleh jadi ke? Jangan pandai2 nak gi serang perempuan tu sebab kalau suami sendiri tak gatal makanya tak kan menjadi lah perkara2 tu. Nak tahu betapa liciknya lelaki yang memang terror ni, meh saya cerita tentang apa yang berlaku pada kawan saya semasa husband dia cakap yang hari tu dia ada meeting di Klang, kawan saya nekad amik cuti dan ikut aktiviti suami dia dengan menggunakan kereta kawan dia:

* Lepas kawan saya hantar dia ke tempat kerja seperti biasa, dalam 1/2 jam macam tu ada satu kereta yang dipandu dek perempuan muda ni datang jemput dia *

* Memang dia orang menuju ke Klang untuk meeting tapi aktiviti dia orang lepas meeting tu yang paling tak boleh blah wei *

* Perempuan tu tunggu kat luar sampai dia habis meeting dan bermulalah aktiviti menghabiskan masa berdua duaan dan bersuka sukaan, kawan saya cakap, dengan bini sendiri pun laki dia tak seromantik dan sebaik tu *

* Pendekkan citer, sebelum pukul 5 petang, si perempuan ni dah hantar dia balik opis sesiap ok *

Pukul 6 petang time kawan saya jemput husband dia tu, macam biasalah dia keluar dari perkarangan opis dia macam takde apa2 yang berlaku.

Saya yang dengar citer ni pun dah naik pitam memikirkan liciknya kepala hotak lelaki dan pompuan ni. Mr.R, you jangan licik macam ni yang oiiiiiiiii, kurus kering saya nanti tahu tak. !!!!!!

Apa saya yang saya boleh bagi pendapat tentang hal ni adalah, kita orang perempuan kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Segi mental tu, sentiasa kena redho kalau itu yang dah tersurat untuk kita, ye cakap memang senang kan tapi kalau betul2 dah terjadi takkan kita nak pergi tikam suami kita dan perempuan tu ! Dari segi fizikal pulak, kita orang perempuan kena ada saving kita sendiri, paksa suami belikan insuran untuk kita dan anak2 dan pastikan kita ada harta di atas nama kita sendiri. Sampai bila kawan saya ni nak bertahan setiap masa dan saat memikirkan apa lah agaknya laki dia tengah buat kat tempat kerja tu, dengan siapa lah dia lunch hari ni, hanya dia je yang tahu.

Tak payahlah korang ingat kalau suami kita ni tak hensem, pompuan lain tak pandang, sekarang ni, lelaki muka pecah rumah pun pompuan berderet2 nak tackle tahu tak, bukan takat tu je, sekarang jangan kata lelaki banyak duit je pompuan lain suke, lelaki yang poket kering pun kena sapu jugak ok.

Saya tak nak mendabik dada kata suami saya baikkkkkkkkkkk, suami saya bertanggungjawab, pijak semut pun tak mati, suatu hari nanti manalah tahu, saya pulak di uji dengan benda2 macam ni, takde siapa yang tahu, makanya terus berdoa dan berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar tapi kalau dah tersurat begitu takdirnya untuk saya makanya .............. (korang rasa saya buat apa ye?)

Tuesday, February 9, 2010

BERPELUH KETIAK DEN

Salam.

Seminggu dua ni kat tajuk depan hampir semua akhbar tengah bagi liputan kat isu hangat ni. Tak nak bagi anak2 baca, dia orang tengok TV dan dengar dari berita lah pulak, tu belum korang nengok dia membaca setiap inci dari suratkhabar tu, nak pulak sesi2 soal jawab dalam mahkamah tu, habis semua dia orang khatam kan, pastu bila tak paham dia tanya, bila paham, dia senyap lah. Sehari dua ni pasal baby 5 bulan yang di dera dek famili sendiri pun cerita benda yang sama gak, aiseyyyyy macam2 lah sekarang ni. Semoga famili kita di jauhkan dari malapetaka ni semua. Amin.

Malam tadi berpeluh2 ketiak saya wei, habih semua peluh jantan betina semua meleleh bila si angah tanya apa itu diliwat !!!! Saya pandang Mr.R, Mr.R pandang saya, elok lak lepas kena tanya tu, dan dan tu jugak babah dia nak gi solat Isyak tanpa berlengah2 lagi, tinggallah mama nya yang terkebil2 tertunduk memandang perut nya yang semakin membesar sambil memikirkan apa yang nak dijawab ni, haihhhhhhhhhhh ! Mencabar betul jadi mak bapak zaman sekarang ni, zaman saya kecik2 dulu baca paper tengok kartun dengan rancangan tv je tau.

Hujah punya hujah, jawab punya jawab, settle gak, harap2 dia puas hati dan tak bertanya dengan lebih lanjut lagi.

Monday, February 8, 2010

DUA KALI LIMA, MAK DENGAN ANAK SAMA JE...

Salam.

Baru2 ni kak long ada beli dvd drama2 korea. Dia beli pun sebab terpengaruh dengan saya yang memang suka kan citer2 cenggini dan ditambah lagi dengan si Adik Maness yang nak melayan membelikan dvd ni di kampung halamannya. Makanya dalam seminggu dua ni dia asik melayan dvd ni je lah. Saya ok je bagi dia tengok tu semua sebab tak ada adegan2 yang diluar batasan mahupun mengganggu rutin harian dia sebab dia tengok tu pun masa hujung minggu je dan lepas dah habis homework, dah buat ulangkaji dan yang sewaktu dengannya. Bila dia bukak tu saya tumpang sekaki lah menengoknya.

Tapi kan, semalam kan, Mr.R dah naik angin ko, hahahahahha. Apasal saya gelak bila Mr.R naik angin? Ye lah, ko ingat senang nak nengok Mr.R naik angin, dia tu cool 24 jam tapi bila dia naik angin, hah, siap lah ko. Ni semua gara2 anak dara dia duk sanggup bersengkang mata sampai ke larut malam gara2 nak habihkan nengok citer tu. Kak long ni pun satulah, sesudah lah tu, minggu depan sambung lah lagi nengok, ni dia beriya2 berjaga sampai ke larut malam demi nak menyudahkan nengok citer tu. Mana boleh tidur wei kalau ko tak tahu sambungan seterusnya, tu yang beriya2 nak habihkan tu.

Tak pasal2 dengan saya sekali kena bebel dengan Mr.R : ni semua gara2 you lah ni, suka sangat layan citer2 korea lah, citer2 cina lah sampai anak pun terikut ikut sekali. Ish apasal lak saya pulak terbabit ni, dia sambung lagi ko, mau nya you tak terbabit, you tak ingat sebelum ni you duk melayan dvd citer korea ni dari petang bawak ke pagi besok, sanggup tak tidur sebab nak habihkan nengok citer tu, mak dengan anak sama je, bla bla bla, pot pet pot pet sampai bernanah telinga saya ni wei.

Ok lah, ok lah, saya mengaku ok, kak long terpengaruh ni semua dek saya, takpe, alang2 dah minat sangat kan, bulan ni nak beli dvd lagi dan lagi dan lagi. Adek maness, prince hours 1, meteor garden 1, winter sonata 1, devils beside you 1, hahahahha.

Sunday, February 7, 2010

HASIL AIR TANGAN MAK BUYONG YANG MAINTAIN RAJIN

Salam.

Amikkkkkk ! Tajuk dah lah panjang giler, dah tu boleh bikin orang nyampah, tu yang saya suka tu, hahahahhaha. Mana saya dapat tajuk cenggitu : cenggini lah, selalu kalau mak buyong kan dia ada penyakit loya2 nak masuk ke dapur kan, loya2 bau masakan yang ditumis tu, tak boleh potong bawang nanti termuntah bagai kan, syukur lah korang yang dapat penyakit cenggini time pregnant, at least korang ada alasan kukuh untuk bersenang lenang, untuk ponteng memasak jap. Saya tak ada chance langsung ok, baik dari awal pregnant sampai dah lapan bulan cenggini, elok je saya, takde nya nak loya2, nak pening2 ke, perut dah sampai dulu kat singki sekarang ni, nak basuh pinggan pun susah tapi tetap kena masuk dapur untuk menyediakan makanan untuk sefamili. Ini bukan komplen daaaaaaaa, ini luahan hati je, hahahha, kalau saya tak masuk ke dapur alamatnya Mr.R bertambah2 slim dan anak2 saya semakin melidi lah jawabnya.

Cuma dalam masa berpantang nanti saya akan bercuti memasak, ko giler Mr.R nak suruh saya memasak time berpantang, ada yang saya hantar Mr.R balik umah mak bapak dia nanti tau tak. Mengada ngada sangat kan, nak makan makanan umah jer, nak bini masak je kan, saya berpantang nanti kena lah pandai adjust tekak tu telan makanan yang dibeli tak pun nanti saya import masakan mak saya je setiap hari sampai saya boleh masuk dapur balik, tak susah pun, bayar lah duit dapur kat mak saya tu, tak pun saya suruh Mr.R belikan bahan2 nak masak dan hantar kat umah mak saya je.

Semalam untuk breakfast dah masak nasi lemak buah bidara kan, hari ni saya buat nasi goreng sardin pulak, gorengkan pulak telur dadar untuk anak2, laju je dia orang makan.

Pagi semalam pun saya buat puding kan, tapi menjelang ke malam sudah habis daaaaaaaa. Ini lah penangan orang anak ramai ye kengkawan. So malam tadi lepas dinner saya buat lagi sekali sebab buah buahan dalam tin tu ada separuh lagi. Pagi tadi lepas breakfast, anak2 saya dah makan ok, ni pun nasib baik sempat amik gambar sebelum di rasmikan. Mana tak nya, masing2 amik sarapan dah pukul 10 pagi, boleh lah terus makan dessert, hihi.

Macam mana saya nak bermalas malasan, kalau malas, kesian kat anak2, duduk rumah hujung minggu melopong je sebab tak de benda yang nak dikunyah2. Ni jap lagi nak masak untuk lunch pulak, simple2 je janji masak gak. Lunch ni saya nak masak kari telur dan gorengkan sayur je, jangan tak tahu, untuk minum petang pun dah ada menu nya, kak long request nak jemput2 udang pulak. Kena buat gak kengkawan, bila anak2 teringin nak makan, kita kena layan tau, jangan malas2, not good ok.

Sekian kata2 nasihat dari mak buyong yang maintain rajin. Daa


Saturday, February 6, 2010

LAPORAN TERKINI DARI MAK BUYONG

Salam.

Laporan terkini takat pukul 11.30 pagi :

* Pepagi lagi Mr.R dah gi servis kereta tapi belum balik lagi *

* Semua amik kesempatan bangun lambat sebab tuan besar takde, lalalala *

* Mama eh rajin pagi ni buek nasi lomak sungguhpun bangun lambat *

* Anak2 dah siap bersarapan di kala jam menunjukkan pukul 10.30 pagi tadi *

* Kak long tengah melipat baju dan mengemas bilik dia *

* Angah melepak depan TV nengok kartun *

* Baju dah siap terampai dan rumah dah siap bersapu *

* Mimi tengah main basikal kat porch *

* Puding buah dah siap, tengah sejukkan, jap lagi boleh makan, nyum nyum nyum *

Sekian laporan dari mak buyong yang nak bergolek2 ngadap TV sambil nengok DVD drama Korea. Daa.


Friday, February 5, 2010

STATUS KAT FACEBOOK, SUKA HATI LAH WEI

Salam.

Pada kengkawan yang ada akaun facebook mesti familiar dengan status2 yang ditulis dek kengkawan yang ada dalam list kita tu kan. Kengkadang tu seronok baca status dia orang, ada yang dah jadi tempat luahan perasaan pulak kat status facebook tu kan. Apa yang terlintas kat pikiran memasing masa tu, luahkan je, janji happy, hihi.

Saya pun suka tulis status kat facebook tu, bila terlintas je sesuatu kat kepala hotak saya ni maka saya coretkan kat status tu. Tapi kan semalam kan, ada satu orang ni buat saya hangen lah, dia komplen pasal status yang dibuat dek salah seorang kengkawan lain dalam status facebook dia, to me, dia punya suka lah nak tulis apa contoh macam ni hah :

* ok, husband dah balik, saya nak pergi masak

* hari ni aku nampak bopren aku dengan pompuan lain, hancur luluh hatiku, huhuhuhu

* sakit perut, dah pergi toilet, tapi still tak nak keluar, hahahhahaha

* tengah mengunyah keropok, hmmmm sedapnya

* layan lagu halimah jongang kat radio, best best best

* balik ni nak singgah pasar malam, stok ikan dgn sayur dah habih

* ngantuk dan bosan, bilalah nak waktu rehat ni

dan macam2 lagilah, pendek kata, sesuka hatilah dia orang tu nak tulis apa.

Sonang je kan, kalau ko suka baca status tu, ko rasa nak komen ko komenlah, kalau ko rasa status tu macam bodoh, ko tak payahlah komen, itu pun nak kena bagitahu ke? Aiseyyy, susah betul nak paham hati dan perasaan orang ni kan. Susah2 sangat kan, ko remove kan je kengkawan yang korang rasa selalu bagi status bodoh2 di mata ko tu, ada paham !!!!!

Thursday, February 4, 2010

ANAK SIKIT VS ANAK RAMAI

Salam.

Semalam sempat ber 'ym' dengan kawan, bertanya khabar dan bergosip2 ni, sekali terkeluar perbualan mengenai anak, cerita punya cerita, dia prefer beranak sikit dari beranak ramai ni, terpulang pada individu lah kan, apa masalah dia, apa planning dia kita tak tahu, so kalau dia prefer nak beranak 1 atau 2 sahaja, kita tak boleh nak komen banyak2, nengok je lah ye.

Macam saya ni kan, jarak angah dengan Mimi memang jauh, 6 tahun, sebelum tu sampai tak larat nak melayan pertanyaan orang2 sekeliling, tak nak tambah anak ke, cukup 2 je ke, nak kata takde anak, masa tu dah ada sepasang dah pun tapi mulut2 tak berzip ni sebok gak nak bertanya. Dia orang bukan tahu masa tu saya tengah planning nak beli umah yang lebih selesa ke, nak stabilkan ekonomi suami isteri dulu ke, nak hilangkan penat membesarkan anak2 dulu ke, semua tu orang tak boleh nak pikir, yang dia tahu, yang dia sebok bertanya, bila nak tambah anak, bila nak bagi angah adik, huh bosan kan.

Dah lah kos membesarkan anak2 sekarang amat tinggi, so planning kena betul2 lah, nanti baby dah keluar, ekonomi suami isteri tak stabil lagi, siapa yang susah. Lainlah macam ada sorang yang saya kenal ni, anak dia dah lima orang, suami isteri kerja biasa je tapi tak menjadi masalah sebab makan minum pakai anak2 ditanggung dek famili sendiri, dari pagi hantar anak sampai anak dah siap makan malam kat umah mak baru balik ke umah sendiri untuk tidur je, banyak senang hidup macam tu kan. Kalau mak bapak saya nak buat macam tu, saya beranak lapan pun sanggup ok !

Macam saya dan Mr.R yang berdiri di atas kaki sendiri ni tanpa bantuan dari mak bapak dia mahupun mak bapak saya kenalah planning betul2, pada korang yang ada sokongan dari mak bapak tu memang beruntunglah, syukur bebanyak ok. Makanya saya memilih mempunyai anak yang tidak terlalu sikit dan tidak terlalu ramai, berapa tu, Mr.R lu pikirlah sendiri, hahahhahaha !

Wednesday, February 3, 2010

STOR KAT RUMAH SHIBAM ?

Salam.

Memandangkan tak boleh nak memokak, boss dan pegawai2 lain pulak dah keluar, tinggal orang baru je kat opis ni. Makanya saya nak merepek dalam blog lah. Last week kan saya mencari dan mengeluarkan semula mana2 keperluan baby yang masih boleh digunakan untuk dicuci. So sesi pencarian di bilik stor pun bermula, tapi senang je nak keluarkan balik barang2 lama tu sebab barang2 yang disimpan dalam kotak semuanya dah dibuat label dan ada tarikh nya, makanya proses tu menjadi amat mudah.

*gambar ehsan google* gambar stor rumah sendiri tak boleh letak dalam ni, nanti ramai yang jealous, muahahahha.

Apa yang saya nak share dengan korang adalah cara penyimpanan barang2 dalam stor di rumah. Kalau ikut cara saya, semuanya masuk dalam kotak dan dilabelkan apa barang2 yang ada dalam kotak tu, katakan ada sepuluh item dalam kotak tu, sepuluh2 barang akan disenaraikan untuk memudahkan saya untuk mencarinya kalau nak digunakan nanti. Tak cukup tu, saya bagi detail lagi, katalah dalam kotak tu ada saya simpan toto kan, saya siap tulis warna dia sekali sebab tak payah nak memunggah kotak lain kalau nak cari warna yang saya nak tu. Kalau baju2 lama kak long dan angah pulak saya labelkan sekali baju masa dia orang umur berapa, baby ke, 3,4 tahun ke, semua lengkap, terus bukak kotak untuk yang saya nak guna je, poyo kan, hahahhahha. Kalau tak label memang susah nak ingatlah, ye lah wei, benda sehari dua boleh lah nak ingat, ni kalau setahun dua korang rasa boleh ingat ke?

Lagi satu pe'el saya, saya tak suka langsung nak menyimpan barang2 yang tak akan digunakan, contoh macam botol2 kosong ke, kotak kasut kosong ke, balang2 kosong ke, apa yang dah rosak ke semuanya saya campak dalam tong sampah, istilah sayang, istilah nanti2 nak pakai takde dalam list saya. Baju2 lama saya pun macam tu, paling lama baju yang ada dalam lemari saya tu baju 2 tahun sudah, baju2 sebelum tu sudah disedekahkan kat orang lain especially baju2 yang tak muat tu, takde istilah nanti kurus boleh pakai balik sebab tahu memang tak akan kurus, hahahhaha.

Sebab tu kalau saya terpergi rumah orang yang suka simpan barang banyak2 dalam stor atau ada banyak barang2 kat kawasan umah dia, saya akan rasa macam nak selongkar kan barang2 tu dan tolong buangkan je. Jangan tak tahu ok, ada orang still simpan baldi yang dah bocor dan takde tangkai atas alasan boleh guna untuk buat benda lain, serius tak paham !

Tuesday, February 2, 2010

SELAMAT BERTEMU DI BULAN FEBRUARI

Salam.

Hollaaaaaaaaa ! Tajuk skema giler kan kan kan. Semalam saya MC dek ketumbit di mata kanan ni, sepatutnya hari ni pun boleh MC lagi tapi saya poyo2 nak pergi kerja sebab saya rajin, hahahhaha. Rasa cam nak picit je ketumbit kat dalam kelopak mata ni biar dia cepat baik, geram je nengok.

Pagi ni saya kena komplen dengan budak kecik mulut bijak tu : Mama, mama ni asik2 pakai baju ni je, pakai lah baju lain pulak, mama takde baju lain ke, hahahhha. Kaedahnya kengkawan, si kecik ni pun dah naik bosan nengok saya mengulang baju maternity ni every week. Saya tak koser nak beli baju maternity banyak2, cukup 5 pasang untuk 5 hari nak ke tempat kerja pun dah bagus dah tu. Janji setiap hari berganti blaus dan seluar baru, kalau tak naya je pergi kerja baju tak berbasuh, busyuk ahhhhhh.

Pesen nya pulak sama je, seluar dan blaus, baju maternity yang labuh2 tu memang tak pernah dipakai dek saya atas faktor tak cukup tinggi dan tak cukup kurus, bila pakai baju maternity yang labuh2 ni rasa cam pokok krismas tengah merayap2 je. Semalam masa jumpa doktor untuk check mata ni saya tanya kat doktor pasal kandungan saya ni coz dalam seminggu dua ni saya rasa tak selesa dibahagian bawah perut ni, bila dah di check tu, doktor nasihatkan saya jangan aktif2 sangat, jangan berdiri terlalu lama, bawak2 berehat, berbaring, silap2 saya bersalin lebih awal dari tarikh jangkaanya, tak sabar dah ni.