Wednesday, March 31, 2010
SI KROHH KROHH TU DAH TAK DE TAU !
Yahooooooooooo ! Tetiba happy ! Eh, pernah kah saya ni tak happy? Biasa lah, I kan pandai menyorokkan emosi gundah gulana I, so selalu nya I nampak happy dari tidak happy lah.
Kengkawan, korang ingat tak selama saya berblog ni, saya selalu meroyan dan geram dengan situasi yang sering berlaku kat opis dek seseorang yang selalu terlolap tu. Hah terlolap, apa tu? Terlolap tu sama lah maksudnya terlelap, yakni selalu tertidur, dah lah selalu tertidur, ni siap dengan pakej mengeluarkan dengkuran yang maha kuat itu. Alkisahnya, lepas saya balik berpantang nanti yakni 27 April nanti, saya tidak akan berdepan dengan situasi cenggitu lagi sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb si dia dah tak berkhidmat kat situ lagi, apa yang berlaku, biarlah rahsia, kuang kuang kuang.
So, dengan ini, saya dengan penuh harapan dan tawaduk, berharap, pihak pengurusan dapat menggantikan beliau dengan kakitangan lain yang lebih berdedikasi, berwibawa dan lebih rajin, dan kalau boleh tu tolong lah letak yang semenggah, yang rupa nya ala2 artis pujaan hatiku supaya saya dan semua kengkawan opis akan lebih bersemangat untuk bekerja. Harap maklum!
Tuesday, March 30, 2010
HAKEEM : 1 BULAN !
Yihaaaaaa! Sudah berpantang di hari ke 34, lagi 10 hari mau merdeka ! merdeka ! merdeka ! Banyak benda nak kena buat lepas ni, bulan 5 ni, adik bongsu saya akan berkahwin, majlis aqiqah Hakeem pun akan di buat sehari sebelum tu, makanya selepas ni ada macam2 benda yang saya kena settle kan.
Ok, cukup buat masa ni ye, nanti sambung lagi. Daaaaaaaaaaa
Monday, March 29, 2010
YEY, MIMI DAPAT NO. 1
Hari Sabtu lepas, tadika si debab saya ni ada hari terbuka yakni perjumpaan bersama ibu bapa untuk laporan perkembangan anak setakat 3 bulan dah berada di tadika ni. Mr.R je yang pergi, well, saya ni kan masih berpantang lagi, so duduk lah dendiam sampai cukup 44 hari ye.
Actually masa kak long bersekolah tadika dan rendah dulu pun, dia memang selalu dapat tempat ketiga teratas, angah, anak lelaki saya ni, saya kena akui, dari tadika lagi dia memang tak pernah merasa tempat ketiga teratas, angah kategori sepuluh terbaik je, takpe, saya tak bagi tekanan langsung sebab selalunya budak lelaki memang pencapaian nya tak sama dengan budak perempuan kan.
Peperiksaan baru2 ni pun, kak long still dapat semua A untuk subjek Tingkatan 1 nya, angah pulak macam biasa, tetap nak ada B lebih banyak dari A dan Mimi dapat no. 1. Alhamdulillah, semoga anak2 saya akan meneruskan kecemerlangan nya sampai bila2. Saya cukup risau bila dia orang hanya tunjukkan kecemerlangan dia orang semasa bersekolah rendah, bila dah masuk sekolah menengah semuanya jadi tunggang langgang, ish risau betul lah dibuatnya.
Mana tak nya, baru2 ni anak sepupu saya yang memang dikenali pandai dan bijak dari sekolah rendah dengan keputusan UPSR nya 5A, PMR nya 8A, tapi bila peperiksaan penting yang menentukan masa depan yakni SPM, dia hanya score 4A sahaja, mana pergi nya kesungguhan untuk belajar sebelum ni, adakah dia rasa dia dah pandai, makanya tak payah belajar dengan tekun, hanya dia je yang tahu. Ini yang saya paling takut terjadi kat anak2 saya, bila dia rasa dia dah pandai, dia orang tak nak belajar bersungguh2 sebab dah rasa semuanya boleh dijawab.
Ok, tu je. Daaaaaaaaaaaaaaaa
Wednesday, March 24, 2010
BOLEHKAH MENJADI SEPERTI ROZITA CHE WAN?
Kengkawan, semalam kat status FB saya berangan2 kalaulah bila bangun tidur je, badan yang tembam also known as gemok gedempol ni bertukar secara magik menjadi montok seperti pelakon cantik jelita bernama Rozita Che Wan ni, hasilnya ramai kengkawan yang gelak bersama2 kan kan kan kan. Memang sampai kucing bertanduk pun, mimpi tu tak akan menjadi kenyataan, wellllllllll, saya pun tahu dan sedar tapi berangan tu kan tak salah, so sesekali bagi lah chance kat saya.

* Gambar ehsan google dan dari rotikaya.com terima kasihhhhhhhhhhhhh !
Wahai Rozita Che Wan, sesungguhnya awak ni memang bertuah dikurniakan Allah s.w.t rupa paras, bentuk badan yang cantik dan mantap, menarik dan menggiurkan, dah lah cantik, ada bakat berlakon pulak tu, so sila bersyukur ye wahai Rozita Che Wan, hahahahhaha, macam lah dia baca blog ni, anyway kalau ada sedara mara bau2 bacang dia yang terbaca, korang tolong kirim salam kat dia ye, pada saya, dia adalah ciptaan Allah s.w.t yang hampir sempurna.
Cuba nengok gambar dia ni, pakai baju kurung moden berkain cotton pun dia nampak cantik, nampak langsing, nampak menawan, ishhhhhhhhhh memang cantik lah ko ni, dalam semua2 pelakon kat Malaysia ni, pada saya, dia ni adalah pelakon yang paling tercantik di antara semua2 yang ada. Biarpun umur dia dah 30 an, tapi kemantapan badan dia tu mengalahkan anak dara yang ada, especially 3 orang anak dara kat Canselori tu hah, sapa anak dara 3 orang kat Canselori tu biarlah rahsia, ahhahahhahaa!
Saya rasa macam nak cari kain yang ala2 sama dengan corak yang dia pakai, pas tu buat rambut cenggitu dan posing cenggitu jugak, agak2 korang macam mana lah rupanya tu kan, hahahhahaha, apa pun jangan ingat saya tak bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. terhadap saya ye, saya bersyukur sesangat ni, lelebih lagi sayalah LeenDoot Che Mat pojaan hati si Mr.R !!!!!!!!
Tuesday, March 23, 2010
CORETAN DI HARI KE 26
Skema giler tajuk hari ni, korang semua ada baik ka? Hari ni dah hari ke 26 saya berpantang, aci tak kalau saya ikut hari berpantang orang cina, full moon dia orang 30 hari, apsal kita kena 44 hari ek, ada sesapa yang tahu ke?
Last week kan, Mr.R citer kat saya, kawan dia pun baru dapat anak yang ke 4 baru2 ni tapi yang tak syoknya tu, nurse dah tersalah bagi info kat dia yang dia dapat baby girl. Kat hospital kerajaan ni, husband tak boleh masuk dalam bilik bersalin tu, so bila dah dapat tahu isteri dah selamat melahirkan, husband ni pun dengan penuh semangatnya nak find out lah, dia dapat baby apa sebab 3 anak yang terdahulu adalah boy, bila nurse bagitahu dia dapat baby girl, gembira punya pasal, dia terus call family dia dan family mertua dia untuk bagitahu.
Mr.R citer lagi, dia hanya find out yang baby dia boy masa nak qamatkan baby, terkejut di buatnya sebab nurse bagitahu yang dia dapat baby girl tapi yang ada kat depan mata tu baby boy, tak ke haru. Tanya punya tanya, bising punya bising, barulah nurse tu bagitahu yang dia tersilap bagitahu sebab ada 2 orang sekali yang bersalin masa tu, ishhhhhhhhhhh, kalau lah jadi kat saya mau meroyan kat situ jugak. So, kawan Mr.R akan berusaha untuk anak yang ke 5 di masa terdekat.
Malam tadi pun ada sedara mara saya yang datang melawat Hakeem, dah pukul 9.30 malam pun masa tu, takkan orang dah datang saya nak suruh balik pulak kan, haruslah layan tetamu dengan sebaiknya, nak harap orang datang time hujung minggu je pun tak boleh lah sebab masing2 pun ada agenda sendiri kan, so mana time yang dia orang free tu dia orang terjah lah. Ikutkan saya lagi senang, dah anak ke 4 dah pun, tak datang pun takpe, datang je sekaligus bila saya beranak anak yang ke 5 tahun depan, ahhahahahhaha.
Saya pelik lah, gundah gulana pun ada, apsal time dia orang ni semua melawat saya, mesti kata2 hikmah yang bermain2 kat hujung bibir tu adalah, lepas ni boleh lah beranak ramai2 lagi, anak2 kau semuanya comel2, beranak banyak2, kau beranak kan senang, kejap je sakit dah bersalin, beranak lah lagi. Sungguh tak sensitif betul lah orang2 yang mengeluarkan statement cenggini, sakit beranak hari tu pun tak habih lagi, duit bayar bil hospital hari tu pun tak cover lagi, korang dah sebok suruh saya beranak lagi, sampai Mr.R kata, ada yang nak kena selotep mulut lepas ni, laki saya tu kan memang dari dulu lagi memang tak nak menambah2 lagi, saya je yang beriya2 paksa dia, makanya dia tak rela nak mendengar bila ada yang suruh saya menambah anak lagi, hahhahahahah.
Makanya, ada ke tak version yang lain selepas Hakeem ni, hanya Allah s.w.t je yang tahu, harap maklum.
Friday, March 19, 2010
KAWAN-KAWAN YANG BEST
Nak tanya sikit ni, korang ada ke:
Kengkawan yang hampir setiap pagi dok tepon tanya khabar korang, kena marah hampir setiap hari dengan korang sebab selalu call time korang tengah breakfast, tapi dia buat dek je tepon korang tetiap pagi hanya untuk bertanya khabar
Kawan yang sering ingat hari jadi korang, anak2 korang
Kawan yang tak berkira dari segi wang ringgit, tenaga dan sebagainya
Kawan yang selalu bertanya kat korang kalau nak buat ini, nak buat itu
Kawan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk korang, dia ikhlas ke idak itu belakang kira, janji yang keluar kat mulut dia tu manis2 belaka, hahahahhaha.
Anne dan Lija ! Gambar ni saya amik masa kali ke empat dia orang menjenguk saya. Dia orang ni bukan se opis dengan saya tau, ni antara kengkawan saya yang sangat prihatin dan baik dengan saya buat masa ni, kena mentioned buat masa ni, kita tak tahu esok lusa macam kan, ntah dia orang ke yang buat taik dengan saya, saya yang buat taik dengan dia orang ke, nobody knows kan kan kan. Tapi saya selalu berdoa supaya persahabatan yang baik ni akan berkekalan sampai bila2, so far kalau berkawan dengan orang, saya memang tak suka nak cari pasal, kalau ada rahsia yang harus di simpan, saya zip mulut, kalau ada benda yang boleh di share, makanya saya share bersama2. Saya paling tak suka berkawan dengan orang yang ada sikap iri hati. Dengan orang yang jahat mulut pun saya boleh tahan lagi, orang yang kedekut dan berkira pun kira boleh lagi lah, orang yang cakap banyak pun saya boleh layan lagi, tapi bila start ada ciri2 kedengkian tu makanya saya akan jauhkan diri.
Paling paling paling saya tak suka berkawan dengan orang yang suka bersaing saing, jenis yang sakit hati nengok apa yang orang lain ada dan buat, dalam erti kata lain, kalau kita ada, besok lusa pun korang nampak dia ada jugak, kita buat macam ni, lagi sehari dua korang nampak dia buat macam tu pulak. Pada saya, orang yang menjadi dirinya sendiri adalah kawan yang terbaik buat saya, pendapat orang lain saya tak amik pot ye, ini cuma pendapat sendiri2 je, harap maklum.
Dengan budak2 ni, takat ni, semenjak setahun dua berkawan dengan dia orang ni, semuanya ok, masing2 tahu kepala masing2 macam mana, kalau nak tersentap pun no point sebab masing2 dah paham sesangat.
Budak comey dua orang ni, si Awin dan Len. Dua2 pun sengal, sebab tu boleh jadi ngam. Awin dan Len ni, pada saya, dia orang berdua ni tak banyak mulut sangat kalau nak dibandingkan dengan si Anne tu, pot pet pot pet memanjang. Lija takde pilihan kat opis tu, makanya dia kena berkawan dengan budak2 bawah umur ni, kengkawan yang sebaya dengan Lija semuanya buat hal sendiri2 je, nak tak nak, Lija kenalah bercampur dengan bebudak ni, hahahhahaha.Korang bayangkan, semenjak saya dah selamat bersalin ni, balik2 muka dia orang ni lah yang datang melawat saya dari nak bersalin hari tu sampailah dah berpantang 3 minggu ni. Kengkawan opis saya pun rajin melawat saya tapi tak serajin budak2 berempat ni, dah umah saya pun dekat benor dengan opis kan, asal dia orang teringat je kang, dia orang datanglah, sampaikan saya rasa bila saya berpantang lagi lepas ni saya nak berpantang kat luar negeri or luar negara je sebab tak nak menyusahkan dia orang datang menjenguk saya berkali kali, hahahahhaha.
Gerenti korang takde kawan yang sebaik kengkawan saya ni kan kan kan kan.
Wednesday, March 17, 2010
EKSLUSIF : GAMBAR LEE MIN HO SEMASA BABY !
Pada pencinta drama korea mesti kenal dengan mamat yang saya tempekkan gambar dia ni. Pada yang tak kenal tu, nampak sangat korang ni tak mengikuti perkembangan anak2 muda zaman sekarang, hahahahhaha, ye lah, budak2 muda semua tengah dok menggila dengan pelakon korea ni hah, kalau korang tak kenal, maknanya korang tak up to date lah ! Ni salah seorang pelakon utama drama korea yang meletup2 tu, Boys Over Flowers, nama dia Lee Min Ho dan nama watak yang dia pegang dalam drama tu adalah Gu Jung Pyo.
Pada yang susah nak percaya tu, buat2 lah percaya ok, hahahahahhaha !
Tuesday, March 16, 2010
ANAK PERMATA HATI
Perghhhhhhhhh tajuk ala2 keluarga contoh ibu mithali gitu. Di saat dan ketika ini, ketika sedang berpantang di hari ke 19, apa yang saya fikirkan hanyalah Tropicana twister, vanilla coke, sprite, 7 up dan yang sewaktu dengannya, huhuhu. Sila percaya yang saya belum kantoi lagi dengan minuman sejuk ni semua tau, sungguhpun saya berdua je dengan baby kat umah ni tapi memikirkan kesan2 buruk yang akan terjadi, perasaan dia macam ala2 curi makan or minum time bulan puasa tu lah, maka nya saya menguatkan iman sekuat kuatnya macam Mr.R menguatkan iman dia berpantang jugak, hahahahaha, lari tajuk sudah.
Wokey, sila kembali ke jalan yang benar ye kengkawan. Hari ni saya nak bercerita pe'el anak debab saya, bukan nak cerita pasal kenakalan dia sebab dia tak nakal langsung, dia dah big girl, dia budak baik dan dah tahu macam mana nak sayang adik dia cuma saya nak cerita tentang kegayatan dia je. Gini, semenjak saya dah bersalin ni kan, bila ada sedara mara, rakan taulan dan jiran tetangga yang datang melawat tu, mesti ada bawa buah tangan untuk Hakeem. Seriusssssssss wei, hadiah Hakeem memang banyak, saya pun tak sangka untuk anak ke empat saya pun, dia orang ni semua masih bermurah hati nak melawat dan membawa buah tangan untuk Hakeem.
Gambar2 hadiah Hakeem tu tak payahlah saya tempek kat sini, kompom korang kata saya nak menunjuk2 walaupun memang saya amat suka menunjuk2 ni, hahahahhaha. Sape yang dah datang umah saya tempohari, dia orang tahu lah banyak mana hadiah yang Hakeem dah dapat, tu belum citer pasal bab duit yang dia dapat, memang murah rezeki Hakeem, alhamdulillah.
Dalam banyak2 hadiah yang Hakeem dapat tu, si debab saya cukup berkenan dengan yang ini, memang dari mula lagi bila dia nampak benda alah ni, dia dah bagitahu awal2 yang dia nak kan benda ni, so dari hari tu sampailah ke hari ni, memang dia je lah yang baring kat dalam ni walaupun kaki dah terjulur2 keluar tapi dia redhoooooooo gak nak lepak kat sini, sampai ke hari ni pun, Hakeem tak berpeluang lagi nak menggunakannya, sabau je lah, yang paling tak boleh blah sambil menyusu tu dia dok lepak2 dalam ni sambil tangan tu main2 dengan benda2 yang tergantung tu, almaklumlah masa dia baby dulu dia tak dapat hadiah cenggini.Kat sini jugak saya nak say thank you sesangat kat kak long because kak long adalah kakak yang paling rajin dan baik di abad ini, kak long banyak sangat membantu saya dan babahnya menyelesaikan kerja2 kat umah ni.
Monday, March 15, 2010
BELIEVE IT OR NOT ?
Hoiyeh hoiyeh, cuti sekolah sudah pun bermula. Walaupun cuma seminggu je, ok lah tu dari tak bercuti langsung. Saya punya cuti lama lagi daaaaaaaaa, hari ni baru 18 hari, ada 42 hari lagi untuk dihabiskan, hihihi.
Ok, pagi ni, lepas dah siap mandikan Hakeem dan menyiapkan diri sendiri, hati dan minda memanggil2 nak suruh naik atas penimbang berat badan. Ikut kan saya nak menimbang ni semua masa hari terakhir bercuti bersalin tu, so boleh lah nengok berapa kurangnya berat badan dalam masa 2 bulan bercuti ni. Hari ni baru 18 hari berpantang, mesti tak turun banyak mana pun, buat frust je nanti kan.
Memandangkan perasaan yang meluap2 nak tahu berat badan terkini, saya pun timbanglah, memang tak disangka2, berat saya dah kurang 12kg, believe it or not? Yes, kena believe lah. Phewwwwwwwwwwww, kalaulah bukan sebab berat mengandung, mesti saya dah nampak kurus sikit bila dah turun 12kg ni, tapi memandangkan yang turun ni semua campur berat baby yang 2.8kg hari tu, campur uri, tolak berat air dalam badan yang dah dikeluarkan, itu yang turun sampai 12kg, tapi kalau korang tengok dan saya amati depan cermin tu memang tak nampak perubahan atau susut langsung, tuan punya badan sendiri je tahu dia mengecut tang mana, hahahahhahah.
Untuk makluman, berat terakhir saya semasa mengandung tak mencecah 90 kg pun, berat sebelum mengandung pulak tak mencecah 80kg ye. Berapa beratnya, biarlah rahsia ok, hahahhahaha! Memang di luar jangkaan, sebab masa pregnantkan Mimi dulu berat terakhir saya 95 kg ko, punyalah berat kan kan kan. Lagi lah bersemangat saya nak bertungku setiap hari, nak menyusu badan, at least bila nak pergi kerja nanti, blaus dan skirt saya masih boleh dipakai lagi. Jangan mimpi nak kurus dalam masa 2 bulan ni sebab saya tahu sistem badan saya ni macam mana, dapat pakai balik baju lama2 tu pun dah seribu rahmat tau, pelan2 kayuh baru boleh turunkan sikit berat ni.
Cukup sampai di sini sayang, Hakeem dah panggil nak menyusu tu. Daaaaaaaaa
Friday, March 12, 2010
UPDATE SIKIT JER
Yeyyyyy, dah 15 hari pun hari ni. Baby Hakeem still tidak menunjukkan ciri2 untuk meragam, baik dan senang di jaga. Tidur malam saya pun still ok lagi, Hakeem bangun sekali je untuk menyusu, nak pulak bagi susu badan kan, lagi senang.
Keputusan untuk berpantang sendiri kali ni memang keputusan saya yang amat tepat lah, dah anak keempat ni barulah pandai nak mandikan anak sendiri, kalau dulu2, baby dah umur 2,3 bulan baru saya mandikan sebab sebelum tu semua mak saya yang buatkan, tahu2 baby dah siap mandi, di pakaikan baju tu semua. But this time, semua saya kena buat sendiri, terkial2 ko masa first few days tu, nak pulak masa ni, pusat baby masih belum tanggal, suspen je time mandikan tu. Tu lah, sebelum ni manja sangat kan, semua nak mak buatkan, now belajar buat sendiri. Hakeem lah paling beruntung, saya dok mengulit dia dari mula lagi, kakak2 dan abang dia, dah keras sikit badan tu baru saya berani nak mandikan, hihi.
Minggu depan pulak dah start cuti sekolah kan, lagilah saya feeling jadi ibu mithali, mana tak nya, semua anak2 kat umah, sure rasa macam ibu beranak lapan dia punya sebok nya nanti. Takpe, kak long memang dah boleh diharap sangat, soal makan minum dia orang semua nya beli je nanti, saya jadi supervisor je lah nanti, mulut pot pet pot pet untuk make sure semua nya ok.
Ok, sampai jumpa lagi. Daaaaaaaaaaaa !
Tuesday, March 9, 2010
NIKMAT NYA LAHAI !
Kengkawan, kalau tak silap saya lah kan, satu2 nya yang saya mengidam nak dapatkan sebaik saja saya selamat bersalin adalah mee goreng basah ! Hah, gelak lah, gelak lah guling2 bila saya cakap mee goreng basah yang saya idam2 kan. Korang ingat saya ni bernafsu tamak haloba nak kan cincin berlian ke, kereta baru ke bila selamat bersalin, no no no, saya tak nak tu semua, saya nak mee goreng basah saje, harap maklum.
Kebetulan pulak, masa saya mengandungkan angah, saya mempunyai ramai kenalan dari bangsa cina yang bagitahu kat saya, bahawasanya ketika mengandung haruslah elak kan diri dari makan benda2 yang mempunyai bahan pewarna dan yang sewaktu dengannya, salah satu darinya adalah mee kuning ni lah. Dek serik duduk hospital lama2, makanya saya berpantang betul2 tak sentuh makanan yang ada bahan pewarna ni, dan kebetulan pulak memang angah tak kena penyakit kuning tu. Begitu lah seterusnya untuk Mimi dan baby Hakeem ni, semuanya tak kena penyakit kuning, kalaulah ada doktor ke yang terbaca fakta saya ni, kalaulah tak betul, silalah betulkan ye, tak pun, golak lah sorang2 sambil baca ni. Saya cuma ikut petua kengkawan je, betul ke idak, saya pun tak berani nak jamin ye.
Makanya semalam, keinginan saya untuk menikmati mee goreng basah sudah tidak dapat dibendung lagi, keinginan yang lain masih boleh bertahan lagi, tang mee goreng basah ni yang tak boleh nak menahan lagi dah, hahahahhahaha. Nikmat sungguh rasanya dapat bedal mee goreng basah ni semalam, rasa kenyang untuk seminggu kot (dalam mimpi lah shibam oi).
Monday, March 8, 2010
NI LAH KERJA SHIBAM MASA BERPANTANG!
Hollaaaaaaaa kengkawan. Hari ni hari ke 11 saya berpantang, semuanya ok, saya ok, baby ok, husband ok, anak2 ok, pendek kata okkkkkkkkkkkkk memanjang, alhamdulillah.
Ok, now nak citer kat korang apa yang saya applikasi kan kat diri saya sepanjang dah berpantang 11 hari ni. Sebelum2 ni pun saya tak poyo2 macam ni, kali ke empat ni semangat nak berpantang betul2 tu amat membara lah, mungkin faktor umur kot, yelah, nak make sure lepas ni badan menjadi bertenaga seperti selalu. Tang nak kurus je tak boleh nak citer sebab memang akan mengambil masa yang lama untuk mengurangkan berat badan atas faktor2 lemak yang dah tepu kat dalam badan ni.Selalunya first thing before mandi saya akan gunakan seri lulur tu, campurkan dengan sedikit air dan gosokkan, tenyehkan kat badan yang ada kesan2 hitam semasa mengandung tu, lepas dah siap gosok satu badan, barulah mandi seperti biasa dan rasanya selepas mandi tu, badan kita akan rasa panas2 sikit dan berbau rempah yang wangi dan yang paling penting kulit akan menjadi lebih gebu, wuwuwuwu. Kengkawan opis, sila jangan terkejut ye, lepas cuti berpantang 60 hari nanti, saya akan kembali ke opis dengan kulit yang lebih gebu dari selalu, wuwuwuwuwu.
Itulah rutin saya, tang menu makan tu biasalah, hanya makan makanan yang boleh dimakan oleh orang berpantang saje. Lepas habis tempoh berpantang 44 hari dan tempoh bercuti 60 hari, saya nak join kelab Sue Vogue yang dah kurus ramping hasil diet dan Jus Mate 5 nya, dah lah balik opis nanti saya yang paling gomok dalam opis tu, tension di buatnya wei.
Sampai jumpa lagi. Daaaaaaaaaaaaa
Sunday, March 7, 2010
HARI INI HARI JADI SAYA !
Hari ini 7 Mac 2010. Hari ini anak ketiga saya, Nur Kamilia bte Rozaini genap berumur 4 tahun. Hari ini budak debab ni sangat suka sebab nak celebrate birthday dia. Well, macam biasa lah, tak perlu nak buat sampai kasi gegarrrrrrrrrrrr, celebrate sesama sendiri je, biarpun cuma 2, 3 kerat tak mengapa, yang penting celebrate dan buat dia happy. Kita orang semua belikan dia hadiah sorang satu, so nampaklah macam banyak padahal famili sendiri je yang buat hebohnya pun.
So korang, tiada alasan untuk tidak meraikan hari jadi ahli keluarga sendiri ye, takde besar besaran pun takpe, kecil kecilan pun mencukupi dan yang paling penting ingatan dan semuanya happyyyyyyyyyyyyy !
Wednesday, March 3, 2010
BERPANTANG : HARI KE 6
Sekejap je dah masuk hari ke 6 saya berpantang, alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Yang paling lawak, mak dan abah saya lah, satu hari tu telepon saya ntah berapa kali dengan pertanyaan, saya dan baby ok ke, baby meragam tak bla bla bla, memang susah menjadi anak manja keluarga ni kan, dah beranak empat pun, mak dan abah saya masih anggap saya anak kecil mereka, hihi.
Selalu nya dalam jangkamasa nak ke pukul 11 pagi tu memang waktu kelam kabut dan kritikal saya, perghhhhhhh, very very the mencabar gitu, nak siapkan diri saya, pastu nak siapkan baby dan paling menguji kesabaran tu nak menunggu baby puas menyusu badan, maklumlah, mula2 ni kan, air susu pun tak banyak lagi, tu yang baby tak sabar, yang penting mama dia kena banyak sabar. Elok jugak anak2 saya semuanya bersekolah, makanya saya boleh bagi tumpuan 100% kat baby je.Satu lagi ni, semenjak dari hari saya bersalin tu sampai ke pagi tadi ni, ramai yang datang menziarahi saya, terasa macam bersalin anak pertama pulak dengan sambutan kawan2, saudara mara dan jiran tetangga ni, terharu sesangat, terima kasih lah banyak2, murah betul rezeki Hakeem.
Menjaga baby yang baru 6 hari ni memang senang sesangatlah kan, habis menyusu je dia akan tidur tidur dan tidur. Masa tidur malam pun Hakeem baik sangat, bangun sekali je, harap2 lah sampai habis pantang pun style tidur dia macam tu. Itu yang membuatkan mama dia boleh ber FB dan ber blog tu, hihi.
Ok, nanti saya citerkan rutin saya masa berpantang pulak. Jumpa lagi ye. Daaaaaaaaa
Monday, March 1, 2010
KRONOLOGI KELAHIRANNYA
Hai korang ! Shibam kembali dengan status terbaru iaitu : ibu beranak empat yang jelita dan tembam, hahahhahhaha !
Korang tahu tak maksud kronologi ni, hah sesapa yang belajar sastera macam saya dulu2 mesti tahu lah kan, kronologi ni ala2 turutan peristiwa atau perkara yang berlaku lah. Moh saya citerkan kat korang saat2 mendebarkan saya nak melahirkan baby ni.
Pagi hari Jumaat bersamaan dengan 26 Februari dan 12 Rabiulawal hari tu saya mula rasa sakit di bahagian pinggang ni bermula dari pukul 4 pagi lagi tapi saya buat tak tahu je sebab due date saya masih jauh lagi, agak2 dua minggu jugak lah. Tapi kan selang sejam tu, dia masih ada rasa sakit sikit2 lah, saya mula rasa tak sedap hati dan cuba meyakinkan diri sendiri bahawasanya masa untuk saya melahirkan sudah tiba, dia punya suspen tu, hanya Allah s.w.t. je lah yang tahu.
Bila sakit dah semakin kerap, dalam 15 minit sekali tu, saya dah suruh Mr.R prepare apa2 yang patut dulu lah, siap kita orang sempat kemas umah dan membasuh baju2 dan kasut2 sekolah anak2 lagi pagi tu. Saya hanya ke hospital bila sakit tu datang setiap 10 minit sekali, almaklumlah, hospital sangat2 berdekatan dengan umah, so tak payah nak kelam kabut semuanya kan.
Saya hantar anak2 ke rumah nenek dia orang dulu dan sampai ke hospital dalam jam 10.30 pagi. Masa berjumpa doktor tu saya explain lah yang due date saya masih jauh lagi, apa2 tanda pun takde lagi cuma saya berasa sakit di bahagian pinggang, sekali bila doktor check, rupa2 nya bukaan untuk melahirkan sudah menjangkau 5 cm. So kena dimasukkan ke wad untuk pemantauan degupan jantung baby tu, bertambah suspen lah bila nak kena masuk wad ni.
Saya dimasukkan ke wad lily ni dan perkara pertama yang kena monitor adalah degupan jantung baby. Budak comel 2 orang ni adalah pelawat pertama saya yang beriya2 datang ke hospital dengan buah tangan nya walaupun saya dah bagitahu saya belum bersalin lagi tapi keprihatinan dia orang tu yang buat saya betul2 terharu, jangan tak tahu ye, malam pun budak comey 2 orang ni menjenguk saya lagi, siap bawakkan laptop dan broadband untuk saya mengupdate status di fb dan blog, wei Anne & Lynn, korang memang pandai buat saya terharu lah, terima kasih bebanyak ye.Bila sakit di pinggang semakin kerap dalam 5 minit sekali tu, saya pun mintak dihantarkan ke wad bersalin untuk memudahkan doktor memantau saya pulak. Kebetulan hari tu hanya seorang je doktor yang bertugas, makanya dalam pukul 2.30 petang baru saya diperiksa oleh doktor sekali lagi, masa ni bukaan baru 7 cm. Pukul 3.30 petang, doktor datang dan bagi suggestion untuk pecahkan air ketuban, saya ok je, yang penting, cepat dapat melahirkan baby ni sebab saya dah tak sabar nak nengok rupanya tu.
Kalau 3 anak terdahulu, air ketuban saya pecah dengan sendirinya tapi kali ni air ketuban dipecahkan oleh doktor, pukul 4.30 petang tu, sakit semakin kerap dan saya rasa pengalaman melahirkan anak ke empat ni adalah yang paling sakit.
Akhirnya setelah berhempas pulas, jam 5.30 petang lahirlah baby, Muhammad Hakeem bin Rozaini ke dunia ni dengan selamatnya. Memang betul lah, bila nampak je muka baby, segala sakit yang terasa bagai pinggang nak patah tu, urat nak terputus tu semuanya hilang, lega selega leganya bila dah semuanya dah selamat. Untuk makluman korang jugak, saya melahirkan baby ni tanpa bantuan ubat ubatan langsung, semua sakit nya saya alami sendiri dan kelegaan selepas melahirkan tu memang tidak dapat diucapkan dengan kata2, hanya yang dah mengalaminya sahaja akan faham dengan kata2 saya ni. Pengalaman berada di wad bersalin lebih dari sejam ni sangat2 bernilai buat saya. Pengalaman melahirkan Hakeem tidak sama langsung dengan kakak2 dan abangnya yang terdahulu.Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan di atas doa2, ucapan2 tahniah dan kata2 semangat untuk saya, dan buat kengkawan dan saudara mara yang bersusah payah melawat saya di hospital mahupun di rumah, terima kasih banyak2 ye, hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa dan budi baik korang.
Akhir kata, memang tidak akan ada perkataan serik untuk seorang ibu melahirkan zuriatnya walaupun terpaksa menanggung kesakitan, menjalani tempoh berpantang dan sebagainya, oleh itu marilah kita beranak lagi dan lagi dan lagi dan lagi, hahahhahahhaha.