Friday, April 30, 2010

ADA ENTRI TAPI TAKDE CERITA, MAKA NYA TAK PAYAH LAH BACA

Salam.

Dah baca tajuk kan, paham kan, jadi kalau korang nak baca jugak, saya tak boleh buat apa lah kan, jangan marah weh, nanti cepat tua.

Saya tak sempat nak mengarang entry sebab dok sebok menguruskan pernikahan adik bongsu ni hah, tahap kesibukan saya dah mengalahkan mak saya, semua nya saya saya saya.

Tu je, byeeeeeeeeeeeeee !

BARU 4 TAHUN, BANYAK CEKADAK NYE YE !

Salam.

Dulu kan, masa saya kanak2 dulu, bedak paling meletops, paling popular yang saya pakai adalah cuticura, yang botol dia warna oren putih tu, tak tau sekarang ni ada lagi ke tidak. Apa yang mak saya belikan saya belasah je pakai, tak pandai pun nak pilih2 sendiri.

Budak2 zaman sekarang, memang terbaik lah kan, kecik2 dah pandai nak itu, nak ini. Hari tu masa pergi beli barang2 dapur, si debab saya dah pilih 2 benda ni, satu syampu badan dan satu lagi bedak untuk dia. Sebelum ni dia dah ada syampu rambut dari jenama yang sama, this time nak syampu badan lah pulak.

Banyak cekadak weh, siap bukak satu botol ke satu botol nak cium yang mana paling wangi, ntah mana dia belajar buat cenggini pun saya tak tahu. At last dia berkenan kat botol purple ni, wangi sungguh kata nya. Bedak muka nak yang ni pulak sebab ada gambar pooh kat botol dia tu, macam2 kan.

Ok mimi, no hal, mimi boleh beli sebab mimi rajin pergi school, rajin buat homework dan sebab mimi good girl. Happy nya bukan main bila dapat 2 benda yang dia pilih sendiri ni. Tu korang tak nengok kak long punya barang2 penjagaan diri lagi, mak aiiiiiiiii, semua nya nak yang berjenama je, ni semua iklan punya pasal pun ye jugak eh, semua yang dia nampak kat TV semua nak di cuba nya.

Ni baru 4 tahun weh, lepas ni ntah apa pulak demand nya nanti.

Thursday, April 29, 2010

NASI LEMAK BILA RAJIN

Salam.

Kenapa nasi lemak bila rajin, bukan nasi lemak sahaja, why why why ? Because bila rajin je saya hidangkan cenggini untuk saya makan, kalau malas semua cincai boncai je, janji masuk perut, cuma terlupa nak letak daun pisang je, kalau tak, memang kalah lah nasi lemak international tu kan kan kan.

Hari tu buat sambal kerang yang dah lama di idam idamkan, lepas makan terus nyanyi lagu Amy Search, Saat Ku Idam kan, perghhhhhhh layan wa cakap lu. Punyalah rajin tahap dewa, siap goreng kacang lagi ko, selalunya nak goreng ikan bilis pun pikir 88 kali sebab anak2 ni kalau makan nasi lemak dia bantai nasi lemak, sambal dengan telur je, yang lenlain tu langsung tak diusiknya.

Makan je kerja nya kan, pastu sebok komplen, gemuk ahh, tembam ahhh, berat tak turun2 ahhhh, apa lah masalah ko ni shibam woi.

SUAMI NYA MENGGELETIS, APA KO NAK BUAT ?

Salam.

Hidup berumah tangga memang banyak pancaroba nya, ko sangka panas hingga ke petang, kengkadang hujan di tengah hari, ko sangka boleh berbahagia hingga ke akhir hayat tapi bertahan sekejap saja. Hrmm, setiap manusia nasib nya berbeza2, syukur pada yang mendapat bahagia, bersabar untuk yang mendapat derita, sesungguh nya setiap kejadian tu ada hikmah nya.

Apa macam ? Ada macam kaunselor tak kata2 aluan saya kat atas tu. Don't worry, ini bukan kisah saya, minta doa siang dan malam supaya kebahagiaan dan kesempurnaan yang saya kecapi sekarang berkekalan. Ini cerita seseorang yang saya terpaksa rahsiakan identiti nya, serius weh, poyo rasa nya bila shibam terpaksa merahsiakan identitinya, hahahhaha. Satu yang paling penting, ianya sudah mendapat green light tuan punya cerita ini sendiri, dia pun nak berkongsi cerita untuk tatapan bersama.

Citernya macam ni, baru2 ni dia ada balik ke tempat yang dia pernah tinggal dulu. Habis lah semua jiran tetangga dan sahabat handai yang dilawati nya sekali, di pendekkan citer, sekembalinya dia ke sini, hampir saban hari dia dapat sms dari nombor yang dia tak kenali, sms tu semuanya mengenai perasaan rindu, perasaan jatuh cinta, tentang macam mana susah nya nak melupakan wajah member saya ni dan yang sewaktu dengannya. Member saya ni pun pelik semacam lah kan, tak pernah2 dia dapat sms macam ni, so bila dah hampir setiap hari dan masa dia dapat sms macam tu, dia pun memberanikan diri telefon no tu, dan di pendek kan citer lagi, orang yang selalu hantar sms menggeletis tu adalah husband kepada kawan dia sendiri iaitu kawan sekampung yang baru di lawati nya tu lah.

Ya rabbi, apa yang dah jadi ni, takkan baru jumpa sekali dah jadi giler sampai macam tu kan, member saya ni pun pening kepala dan susah hati, nak bagitahu atau tidak kepada wife lelaki tu yakni kawan dia sendiri. Yang paling bengap tu, bukannya member saya ni bujang trang tang tang, hari tu masa pergi rumah kawan nya tu siap bawak husband dan anak2 sekali tau. Punya lah pandai, lelaki menggeletis ni boleh cari sendiri no hp member saya ni kat hp wife dia, ye lah, dah tahu nama kan, search je lah. Dalam hati saya, lelaki ni giler ke apa, takkan tak takut kalau member saya ni bagitahu wife dia.

Hari tu member saya ni tunjuk lah kat saya rupa mamat jiwang ni, ku kira macho lah, ensem lah sebab berani giler tunjuk jatuh cinta semua kan, sekali bila saya tengok, pengsaaaaannnnnnnnnnn jap beberapa saat, kenapa, ko pikir lah sendiri !

So, nak bagitahu ke tak kat wife dia yang suaminya sudah menggeletis ni ? Sekian segmen dari hati ke mulut bersama shibam.

Wednesday, April 28, 2010

e-FILING MEMANG MEMUDAHKAN

Salam.

Pada pembaca yang layak untuk membayar cukai, korang dah siap buat e-Filing ke, cepat weh, tarikh tutup 30 April tak lama lagi ni. Masih ada lagi yang mengisi borang taksiran ke, walau apa pun cara nya, cepat2, jangan tunggu saat terakhir cam akak korang ni, hahahahha, poyo poyo menasihatkan orang, diri sendiri buat last minute weh.

Kalau dulu, masa nak hantar borang taksiran mesti rasa malas sebab nak kena isikan pelbagai maklumat dalam borang tu, tapi semenjak gunakan e-Filing ni memang superb lah, cuma perlu semak maklumat yang dah ada dan isikan mana yang perlu sahaja, memang memudahkan untuk orang malas isi borang macam saya ni.

Baru je saya siapkan isi maklumat untuk Mr.R dan yang paling syiok tengok kat ruangan cukai terlebih bayar lah, itu yang rajin nak buat kan tu.

Sekian dari duta yang melantik diri sendiri untuk e-Filing, mua ha ha.

FACEBOOK ? I DON'T HAVE TIME FOR IT

Salam.

Selalu nya petang2 tu bila dah sampai kat umah, saya akan bagi angah dan mimi berbasikal barang seround dua kat depan rumah tu, bagi lah chance kat dia orang dalam 15 - 20 minit, pastu saya suruh dia orang berbasikal kat dalam porch je sebab saya nak teruskan aktiviti kat dalam umah.

Tengah dok melanguk melepak melayan karenah dia orang, neighbour depan saya pun baru balik dari kerja and sapa menyapa lah kita orang barang seminit dua kan. Borak punya borak, keluar lah citer Facebook ni dan neighbour saya ni nak add saya dalam friend list dia, alahai, dah lah jiran saya ni bukan kepala gila2 macam saya weh, lecturer kanan tu, selalu saya borak2 dengan dia pun citer yang sopan2 je, takde nya nak buat lawak2 ni semua. Biasa lah, saya kan pro, bila bergaul dengan budak2 muda, jadi lah muda, bergaul dengan orang tua pun boleh, bergaul dengan orang2 profesional pun boleh, pandai2 lah cari topik kan.

Aiseyyyy, saya memang kalau boleh lah kan, memang tak nak lah add jiran tetangga saya yang kesemuanya very2 the sopan, tak merepek merapu cam saya, almaklumlah berjiran dengan orang yang dah berusia sikit ni macam tu lah gaya nya kan. Kebanyakan friend list saya semua nya kawan2 lama, kawan2 blogger dan rakan sekerja je, friend list saya pun tak beratus2 cam orang lain, very2 the limited, saya accept dan add yang saya rasa ok je, lagi bagus dan senang sebab saya suka giler meluahkan perasaan kat status FB tu, di buatnya hari tu hari mengong sedunia saya dan bertukar2 status kat FB tu 5 minit sekali, kan dah pecah rahsia di buat nya kan, habis lah imej sopan saya di mata jiran saya tu, dengan kawan2 yang sedia ada kat FB sekarang no hal, sebab semua nya ngam ngam soi. Alah, kalau takat jiran saya ni nak bagitahu apa2, just datang rumah or call je, no hp saya pun dia ada, add dalam FB tak payah lah kot.

Terpaksa lah saya bagi alasan baik punya kat Dr. ni, alahai Dr, saya ni manalah ada masa nak Facebook ni semua, kat opis dah busy, kat rumah lagi lah tak boleh nak ngadap, dengan anak kecil lagi, nak masak lagi, memang takde time Dr. (hahhahahahaha, gelak dalam hati je lah weh). Padahal, bila time mengong tu sampai, status kat FB tu pun bertukar sejam sekali. Sorry lah ye Dr, nak buat macam mana kan, kat FB tu lah tempat saya meluah perasaan, saya harap Dr. paham lah ye. TQ, hhahahahaha, macam lah Dr. tu baca blog merapu saya ni.

Tapi ada satu yang saya boleh bertahan setakat ni kat FB tu, satu apa game pun saya tak pernah layan lagi, tak koser mak nokssssssss, hrrmmmm, tapi kalau besok lusa tukar pikiran tak tahulah kan, hihi.

Tuesday, April 27, 2010

ISH TAK BAIK KUTUK KUTUK TAU, PUJI LAH, PUJI LAH.......

Salam.

Ni ada beberapa lagi pose yang bukan perasan cantik, tapi memang cantik dari tuan punya blog, hahhahahah. Alangkah best nya kalau dapat mekap cecantik macam ni setiap hari sebelum ke opis tu, mesti bersemangat dan yakin je nak jumpa orang kan. Nak masuk kelas mekap lah lepas ni, tak nak belajar yang untuk andaman pengantin semua tu, nak belajar mekap untuk diri sendiri ke opis atau pun dinner je.

Memang dah pesan awal2 dengan tuan punya kedai tu untuk mengtrimkan bulu kening je, tak nak nipis2, biar sesuai dengan imej ibu beranak empat gitu. Ini pun mekap yang ala2 je tau, yang betul2 punya lagi lah cantik, menarik tertarik nokssssssssss. Ye lah, dah lah saya nak mekap free, tak kan ko nak suruh dia perabihkan alat mekap dia untuk saya pulak kan. Di jamin, mekap untuk acara lain dan perkahwinan memang terangkat angkat cantik nya tau.

Now kena betul2 kuat iman, kuat semangat untuk menurunkan berat badan pulak. Hopefully by hujung tahun ni dah dapat kurangkan beberapa kilo yang sedia ada.

Aduh duh duh, cantik betul baju ni, tengok sekali je terus berkenan, sib baik bukan saiz saya, hrmm, memang takde saiz baju saya pun kat butik tu, kesiannnnnnnnnnnnnn kat diri sendiri, baju cecantik hanya untuk yang kurus saja ke ? Anyway, tak dapat pakai pun takpe, main tipu letak kat badan pun jadilah, sob sob sob.

Kalau ada kengkawan yang nak jengah ke kedai yang saya maksudkan ni, sila2 kan lah ye, jangan memalu ok. Petang sikit nanti, saya tempek gambar model yang di make over kat butik kecantikan tempohari ye, tungggggggggggggggggggggu, banyak ko punya tunggu shibam, macam lah ada yang tertunggu2, hahahhahahahah.

Monday, April 26, 2010

ESOK MASUK KERJA SETELAH 60 HARI BERCUTI, OH TAK SABAR NYA NAK KE TEMPAT KERJA

Salam.

Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Hari ni dah 26 hb April ek, apa sekejap sangat dah sampai tarikh ni weh. Rasa nya baru semalam beranak kan baby, besok dah nak masuk opis ? Bila nak dapat cuti bersalin 90 hari ni, confirmed saya nak cuti lagi, hahahahahah, gilooooooooooo, semata2 nak cuti bersalin 90 hari, sanggup tu.

Apa perasaan nak masuk opis ? Hrmmmm, dia macam hari pertama nak mula kerja lah, tak tahu nak pakai baju apa, nak pakai tudung macam mana, nak mekap ke tak, hahahhahaha, over ko !

Kengkawan opis, read this very carefully ok : sila jaga hati dan perasaan orang yang baru balik dari cuti bersalin ni ye, segala komen2 mahupun baik atau buruk tidak akan dilayan sama sekali, kalau nak kutuk2 pun tunggu masa saya not around ok !

Tapi kan hari Jumaat ni kena apply cuti lagi, adik bongsu saya nak pi bernikah, anak saya kan ramai, so kena jaga anak2 lorrrrr, nenek nak gi nengok anak nya bernikah lah weh, saya kena masak dan siap kan anak2 untuk ke sekolah lah.

See you tomorrow. Byeeeeee

SANGGUL DE' PETERANA & SPA

Salam.

Hari ni bagi saya peluang untuk bercerita mengenai butik ini. Butik Perkahwinan / Kecantikan Sanggul De'Peterana & Spa ini adalah kepunyaan sepupu saya iaitu Puan Zawiah Aziz. Nama butik nya pun dah vah vah vah kan, servis dia pun vah vah vah lah jugak, eh, korang tahu ke apa vah vah vah ni, hahahhaha, vah vah vah tu ala2 marvellous, tremendous dan yang sewaktu dengan nya lah. Butik ni dah beroperasi selama 3 tahun dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan nya.

Pada zaman purbakala dulu, badan saya ni persis patung cendana ni lah, dia orang dapat idea pun dari saya jugak tau, sekarang ni je patung yang nak ikut saiz saya tak siap2 sampai ke la ni, tak tahu lah apa masalah problem pengeluar patung2 ni, lembap betul nak siapkan patung cendana bersaiz besorrrrrrrrrrr. Ini baru sebahagian je baju yang ada kat butik tu, ada banyakkkkkk lagi baju yang cecantik, please trust shibam ok, shibam jelita punya taste mesti betul betul holiauuuuuuuuu, ko nengok lah, cakap pasal baju pun saya boleh pikir pasal
makan, huh !

See see see, I told you already maaaaaa, baju dia semua nya cecantik. Kepada pembaca yang senasib dengan saya, yakni yang jelita tetapi tembam, don't worry ok, butik ni boleh buat kan baju mengikut saiz korang, apa saja yang korang nak, dia orang boleh buat kan, sebab tuan punya butik ni kan vah vah vah orang nya.
Pelamin pun ada jugak, ko cakap je ko nak berapa panel, 2, 3, 4 mahupun berpanel panel, semua nya dia boleh buat kan, jangan ko mintak nak pelamin untuk bersanding melekat kat siling macam cicakman tu udahlah, itu memang tak pernah di buat dek orang lagi, hahahhahaha.
Ini pun sebahagian dari aksesori yang ada. Semua nya yang up to date ye kengkawan.

Ok, di samping butik perkahwinan, kat sini pun di sediakan tempat untuk pelanggan bersauna @ bertangas. Ko nampak periuk elektrik kat bawah tu, hah, situ lah nanti segala mak nenek moyang rempah herba yang akan digunakan untuk menaikkan aroma nya. Berpeluh2 lah ko kat dalam tu, no hal lah kan, berpeluh peluh tapi bau rempah, wangi apa ! Gambar saya takde kat sini ye, ko gileeeeeeeeeeeeeeee nak tunjuk shibam berkemban bertangas kat dalam ni, mau pengsan korang tergelak2 sambil menghentak hentak kan kepala kat lantai tu, tak kuasa mak !

Oh ye, kat sini pun ada servis untuk berlulur, kalau sesiapa yang rasa malas nak gosok daki bila mandi tu, ko kumpul kan daki korang banyak2, jangan di gosok daki tu untuk sebulan dua, pastu, korang pergilah spa ni dan mintak dia orang lulur kan untuk korang, memang berbaloi baloi sebab berkilo2 daki yang akan di keluarkan, hahahhahaha.

Perkhidmatan untuk mengurut pun ada di sediakan, tetapi hanyalah untuk kaum perempuan sahaja ye dan ianya bermula dari RM70 sahaja.

Dah sudah bertangas @ bersauna tu, korang pergi lah mandi susu ke, mandi rempah ke kat sini. Tab mandi dia memang cukup besorrrrrrrrrrrrr, so korang don't worry, gerenti yang tembam2, yang bulat2 tu pun muat masuk dalam tu. Kalau ada sesiapa yang nak mandi bunga pun ada jugak, mandi wajib je takde sebab tu korang kena berniat dan mandi sendiri, hahahahhaha.

Ini pulak tempat facial nya, nyaman je ruangan ni, nasib baik masa saya berfacial hari tu tak dengar krohh krohh krohhh, syiok punya pasal kan, air liur basi je meleleh sikit, hahahhahah. Kalau korang nak trim kening pun boleh, kan sepupu saya tu vah vah vah, semua dia boleh buat kan dan kalau korang nak tahu betapa tamak nya sepupu saya ni, mak andam yakni tukang mekap pengantin pun dia jugak, habis semua dia sapu bersih, senang, tak payah bayar kat orang lain, sebab tu dia boleh pakai handbag LV, hahahhahaha. Ntah berapa banyak hahahahhaha kat entry ni, alahai pepaham je dah lah wei, akak shibam korang kan sengalsssssssss.

Ni hah, nak tunjuk kan lagi betapa tamak nya sepupu saya ni, dah lah ada butik perkahwinan kat situ, butik kecantikan pun kat situ, jadi stokis pun dia jugak. Untuk area Bandar Baru Bangi ni, dia lah stokis untuk barangan CNI. So kalau ada pembaca yang nak ambil barang CNI, tak payah pergi yang jauh2, korang terjah je kedai dia ni ye.

Banyak giler barang2 kat sini, so don't worry, apa yang korang nak beli, dijamin ada, kalau takde, korang jangan salah kan dia sebab stok dah habis, bukan dia malas nak gi ambil yang baru cuma barangan tu je yang laris sangat, paham ek !

Ni pulak, Puan Wati, dia ni lah yang dah bertahun2 bekerja dengan sepupu saya tu, hanya dia je lah yang tahan dan paham dengan boss nya ni, tu pasal dia boleh bertahan lama kat situ, cuba ko bayangkan kalau dia kena dera atau kena tindas dek boss dia, ko ingat dia nak duduk lama2 kat situ, memang tak lah kan, sebab boss dia baik lah, dia masih setia di situ. Nanti kalau korang nak telepon butik ni, korang bercakap lah dengan Puan Wati ni ye, dia memang peramah, kalau dia kerek dengan korang, sila buat aduan dengan akak shibam ye, nanti akak cobit2 kan pipi dia.

Pada yang berminat, korang boleh hubungi untuk bertanya mengenai harga dan sebagainya dan dijamin harganya amat berpatutan, untuk bersauna bermula dari RM35 sahaja dan ada bermacam2 pakej lagi. Butik ni terletak sederet dengan Manjaku kat Seksyen 9 tu, paling senang dia di atas Ambank tu hah, ni no telefon yang boleh dihubungi : 012 651 5946 / 019 321 2827 untuk bercakap dengan tuan punya butik sendiri, Puan Zawiah Aziz dan untuk no butik pulak 03 8926 3540.

Ok, saya dah siap berfacial dan bermekap bagai kat butik ni minggu lepas. Hasil nya memang lah vah vah vah, nanti saya update citer mekap tu kemudian ok, so sila beramai2 call untuk membuat temujanji anda. Byeeeeeeeee

Sunday, April 25, 2010

MASAK ... MAKAN

Salam.

Hai u allsssssss, hari ni apa menu u alsss. Ini lah menu I allsssssssss hari ni, ish udah2 lah tu u allss, i allss, tak koser mak !

Begini lah bila ada anak2 yang ramai ye kengkawan, sorang nak itu, sorang nak ini, maka nya di turutkan saje supaya tidak lah kita rasa menyesal di kemudian hari. Macam yang selalu saya cakap, malas2 not good ok, so sila layan tekak suami dan anak2 semua ye.

Angah dan mimi nak roti celup telur @ french toast ni, ko nengok jari si mimi yang tak sabar2 nak mengadap pinggan tu, tak menyempat nak tunggu saya snap gambar dulu. Potong2 kan supaya senang untuk di ngap oleh mulut mungil anak anak ye.

Hari tu nenek ada bagi pisang, ingat nya nak goreng untuk minum petang nanti, tapi si kak long pula nak makan pagi ni. Kak long ni kalau makan pisang goreng dia suka yang tepung nya tebal2, sedap kata nya macam tu, maka nya pisang goreng dah macam cekodok pisang rupa nya, tapi memang berbaloi sebab dia akan bedal pisang ni dari pagi membawak ke tengahari sampai lah ke petang.

Sup sayur kobis panjang + fishball + fishcake. Hrmmm, yang ni pun guna Knorr Pasti Sedap, memang senang giler weh, tak payah susah2 nak guna bawang, tapi sesekali ok lah kot, kalau selalu sangat, tekak pun tak boleh layan kan. Cara susah, letak bawang, letak perencah udang or ikan bilis jugak yang sedap dan berkhasiat tanpa banyak bahan perisa kan.

Ini request dari Mr.R, baru minggu lepas masak ni. Dah tekak dia nak makan ni, so layan kan je ye, jangan melawan, durhaka nama nya tu, mua ha ha. Huh, mana nak cari isteri macam saya ni kan Mr.R, husband nak makan apa, iya kan je, bagus betul shibam ni, mua ha ha.

Ni pulak ayam goreng berempah ciptaan shibam sendiri. Ambil serbuk kari ayam + serbuk kunyit + garam dan di perap dengan ayam. Dah perap tu, goreng lah, jadi lah ayam goreng berempah, senang nak mampos kan, orang malas punya resepi, tak payah pakai bawang, pakai serai dan apa kebenda nya lagi tu tapi serius wei rasa nya pun sedap tau, tak caya, pergi cuba nanti ye.

Hari ni Mr.R ada tournament bowling, harap2 ada lah rezeki lagi nak dapat hadiah.


Saturday, April 24, 2010

YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Salam.

Hari ni hari Sabtu yang sepatutnya boleh relax, boleh melepak, boleh golek golek lebih lama dari biasa, tapi hari Sabtu minggu ni amat kelam kelibut. Mana tak nya, my beloved helper a.k.a. Mr.R pepagi lepas Subuh dah keluar untuk servis kereta dia, tak boleh lewat, nanti nombor giliran nya habis sudah. Tinggal lah saya, si ibu beranak empat yang hebat ni berhempas pulas kat rumah tu sorang2. Buat kerja secara marathon dari selepas subuh membawa ke tengahari weh. Paling memenatkan bila nak menyental baju sekolah angah yang memang lebih kepam dari biasa tu, tiap2 minggu menyental baju dia ni, tapi lengan ni tak kecik2 jugak, hihi.

Ni pagi punya sarapan. Selalu nya saya yang hebat ni selalu suka bersusah payah bila buat cekodok, letak ikan bilis + kentang lah, letak udang + daun kucai lah, tak pun udang kering + bawang, but this time saya cuba buat cekodok ni, hasil daripada melangak nengok TV dari pagi bawak ke petang tu, ada nampak iklan Knorr Pasti Sedap tu kan, so saya try buat cekodok letak serbuk tu tanpa campur bahan2 lain, yakni, tepung dan serbuk tu semata mata dan terhasil lah cekodok goreng bodoh bodoh tapi rasa nya tidak sebodoh nama dia, hahahahaha, memang sedap. Tak caya, korang gi cuba eh.

Hari ni anak2 bersekolah macam biasa, so kena masak cepat2, maka nya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, saya terus ke agenda seterusnya iaitu memasak hidangan tengahari supaya anak2 boleh makan sebelum ke sekolah nanti. Ni sambal tumis udang ye kengkawan.

Untuk kuah pulak, saya buat masak lemak pedas buncis + telur, senang sebab tak payah nak goreng sayur dah lepas ni, 2 dalam 1. Ada budak kecik ni memang kena buat kerja pantas2 weh. Ok, cukup membebel buat masa ni, time dah sampai untuk menghantar kak long ke sekolah.

Byeeeeeeeeeeeeeeee.


Friday, April 23, 2010

BAHASA ARAB LAGI LAH !

Salam.

Sekarang ni, kalau hari yang Mimi ada jadual belajar Bahasa Arab mesti saya berdebar debar weh. Apa tak nya, apa je yang dia belajar kat tadika tu nanti, mesti masa balik jemput dia saya yang kena soal bertubi tubi dengan dia.

Ni yang terlatest punya dia belajar tau. Masuk je dalam kereta, tak menyempat2 nak menyoal saya, hrmmmm, memang saya dah agak kena sesi soal jawab ni :

Mimi : mama, kaifa haluki

Saya : hah sudah, apa pulak bunyi macam kayu hoki ni, tadi mimi belajar bahasa arab ye

Mimi : a ah, tadi mimi belajar bahasa arab, teacher ajar cakap macam ni, kaifa haluki, kaifa haluka, cepat lah mama, kalau mimi cakap kaifa haluki, mama mesti cakap macam mana, adui, dia soal saya sebijik macam teacher dia soal dia gamak nya tau

Saya : apa kobondo eh kaifa haluki, kaifa haluka ni (tetiba dapat idea nak tanya angah nanti)

Lepas jemput mimi, memang rutin saya menjemput angah pulak dari sekolah dan hantar dia kat umah nenek, saya dok main bisik2 lah dengan angah, shhhhhh, tak boleh cakap kuat2, nanti mimi tahu, rosak lah reputasi saya sebagai mama yang hebat di mata dia, hahahhahah, memang tak boleh blah.

Saya : angah, kaifa haluki, kaifa haluka dalam bahasa arab tu apa maksud dia

Angah : alah senang je lah, kaifa haluki tu tanya khabar untuk perempuan, kaifa haluka tanya khabar untuk orang lelaki

Saya : oh ye ke, nak jawab macam mana dalam bahasa arab

Angah : mama jawab, alhamdulillah, ana bihoir

Saya : fuh lega, terus pergi berlari2 nak mendapatkan mimi semata mata nak menjawab ni, mimi, tadi mimi tanya mama kaifa haluki kan, ok, mama dah tahu nak cakap macam mana, alhamdulillah, ana bihoir

Mimi : muka senyum, suka betul dia bila saya tahu nak menjawab, eh pandai lah mama, tadi mama dengar masa teacher ajar ye

Saya : banyak lah ko mama dengar teacher ko ajar (dalam hati je lah, hahahhaha)

Lepas tu kan, dari petang bawak lah ke malam, saya dok melayan dia kaifa haluki, kaifa haluka kat semua orang. Apa lagi lah nak disoal dek budak bertuah ni kat saya lepas ni, I suspen you !

9 TANDA SAAT KEMATIAN & BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Salam.

Entry pagi Jumaat ni takde nya nak buat korang gelak2 ye, apa korang ingat saya ni asyik gelak tak habih, ish, saya pun boleh serius tau (sambil nyanyi lagu tema Wonderpets tu, INI SERIUSSSS !). Sesekali tu bagi lah blog saya ni berfaedah untuk korang membaca nya, jangan asyik nak merapu meraban je kan, sungguhpun merapu meraban ni memang hobi saya.

Hari tu saya ada bagi sumbangan sikit kat orang yang datang ke rumah minta derma untuk pembinaan satu sekolah agama, dia orang ada bagi saya satu risalah ni, mula2 dapat tu terus letak ketepi dulu, bila ada masa free sikit baru lah boleh baca kan. Risalah tu mengenai saat kematian. Let's hayati together ok.

9 TANDA TANDA SAAT KEMATIAN

100 hari, seluruh badan rasa bergetar

60 hari, pusat rasa bergerak gerak

40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing

7 hari, mengidam makan

5 hari, anak lidah bergerak gerak

3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak

2 hari, seluruh dahi bergerak gerak

1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar

Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang lubang kecil di dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"

Sambung Rasulullah S.A.W lagi :

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekeliling nya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangan nya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Wassalam.

Thursday, April 22, 2010

HAI SEMUA : HAKEEM SUKA JALAN2 TAU !

Salam semua kawan2 mama.

Kengkawan, baru2 ni Hakeem ada borak2 dengan saya tau, tapi dia borak dalam bahasa gugu gaga dia lah, ish korang ingat anak Erra je ada rancangan gugu gaga tu, anak I pun ada ok, hahahahaa. So apa yang baby Hakeem borak2 dengan saya tu, saya zahir kan lah dalam entry ni ye. Dia cakap lebih kurang macam ni lah :


Hai semua, saya Muhammad Hakeem, mesti semua dah kenal saya kan. Setiap hari saya selalu berdebar2 menunggu pukul 12 tengahari sebab terlampau seronok nak ikut mama saya pergi jemput kakak mimi saya balik dari tadika dia. Wah saya berasa sangat seronok naik kereta mama saya, indah sungguh pemandangan pokok dan burung yang berterbangan tu.


Macam ni lah rupa saya bila asyik sangat dalam kereta mama tu. Kalau kawan2 mama semua nak tahu, car seat saya tu turun temurun dari kak long saya tau, hrmmm, nak buat macam mana, mama saya tu kan penjimatan nya berlebih lebihan, sampai kan anak ke 4 pun boleh guna lagi car seat ni, takpe mama, nanti guna untuk anak ke 5 pulak ye. Nak bagitahu juga, bantal peluk dan selimut tu pun kak long punya !

Kakak mimi pun gembira bila saya pergi jemput dia di tadika. Kami selalu menyanyi bersama2 dalam kereta mama, wahhhhhhhh, sungguh seronok lah. Hah lebih kurang cenggitu lah Hakeem borak2 dengan saya, penat otak saya nak paham mesej yang cuba di sampai kan dek Hakeem ni, hahahhahahah.

Mama saya hebat kan, baby umur 2 bulan cakap pun dia boleh paham. Clap, clap, clap.

THE LATEST PICTURES OF HAKEEM & HIS LOVELY MAMA

Salam.

Tu kengkawan saya mesti tak nyempat2 nak tengok entry saya pagi ni, semua berangan2 nak tengok gambar terkini saya yang macam labu sayung ni kan kan kan, berangan je lah korang wei, takkan saya tempek gambar yang tak memenuhi piawaian tu, nak tengok dan kutuk, sila tunggu akak korang masuk opis minggu depan ye. Hari ini hari Khamis, agagagagga, ada lagi 4 hari je cuti sebelum saya start masuk opis hari Selasa depan. So sila lah menghayati hari2 terakhir bercuti ni ye shibam, jangan ko persia2 kan ia, buat lah sesuatu yang berfaedah, hahhahahaha, gilooooooo, memberi nasihat kepada diri sendiri.

Sabau sabau, saya tahu korang tengah meronta2 nak tengok wajah terkini saya kan, itu nanti, now korang layan ni dulu. Allo, adik, abang, kakak, pakcik, makcik, atuk dan nenek semua. Harap2 semuanya ok. Ni lah rupa saya hari ni, amacam, maintain ensem kan, pssttt, nak tahu tak, saya memang maintain ensem, mama saya pun maintain je, maintain tembam, hahahhahha. Wah kecik2 lagi dah pandai mengata ye Hakeem, biasa dia, siapa ajar ni, mesti kak Anneyyyyy yang ajar kutuk2 mama ni kan. Anneyyyyyyyy, siap ko nanti eh.



Taraaaaaaaaaaaaa, peace peace peace, no war ok. Mempersembahkan muka akak korang yang tak menembam seiring dengan penembaman (erk, wujud ke ayat ni) badan nya. Sujud syukur jap, yelah, muka saya ni, biarlah sampai berat badan naik mencanak macam mana pun muka saya akan maintain macam tu je, tu pasal selalu amik gambar focus kat muka je, hahahhahaha.

Dah sesudah tu ye, tengok gambar Hakeem yang latest sudah, tengok gambar saya pun sudah, now, get back to work everybody. Byeeeeeeeeeeeeeeee.

Wednesday, April 21, 2010

SUMPAH SEDAP

Salam.

Pagi tadi entry pasal masak, kali ni pun sama lorrrr, kata nak bagi tong gas cepat habih untuk membuktikan rajin masak kan kan kan, so walaupun goreng telur je harus jugak masuk kan dalam blog, hahhahaha.


Well, let me start ok. Minggu lepas memang niat di hati tu nak memenuhkan stock dalam fridge. Tapi bila dah sebok dengan kenduri kat rumah mak dan abah, dengan Mr.R yang sebok dengan training bowling nya, maka nya niat nak membeli barang2 basah semua nya terbantut. Dah ada baby kecik sekarang, nak kemana2 pun mesti ada plan, kalau tak, memang tak keluar rumah lah jawabnya. Nak di jadikan citer, bahan2 nak masak memang habis, sempat masak untuk hari Isnin tu je, so sebelum Mr.R pergi membeli belah di keesokan hari nya, saya pun berhempas pulas memikir nak masak apa untuk pagi tu. Pikir punya pikir, sampai tertonggeng tonggeng lah depan fridge, akhirnya dapat idea dah.

Saya yang hebat ni pergi lah keluar kan segala bahan2 yang ada tu, yang ada pun tu je lah, sardin, telur, ubi kentang, ikan bilis, bawang2 tu semua memang banyak lagi, so takde hal lah. Cili mesin nak masak pun dah habis ko, nasib baik ada cili api 2, 3 batang dalam fridge tu. Saya yang hebat ni pun masak lah apa yang patut dengan bahan2 yang ada tu, dah ala2 citer Musang Berjanggut pulak dah, masak je apa yang ada kat dalam kantung tu. Saya yang hebat ni, mesti korang berbulu bulu bengkek membaca saya yang hebat ni berkali2 kan, hahahhaha, I like.

Ok kita tukar pulak, saya yang terror ni masaklah telur goreng kicap, sardin tu gorengkan dengan kuah dia je dan patah liuk kan cili api bagi ada kick dan ikan bilis di goreng garing + ubi kentang potong nipis2 dan di goreng bersama dengan bawang besar yang di mayang. (Lija, aku tak boleh masak ikan bilis berlado sebab cili mesin takde wei, hahahhahha). Masalahnya geng2 sekalian, walaupun lauk hari tu semuanya main campak2 je memandangkan takde bahan basah yang boleh dimasak tapi rasanya, masyaallah, banyak sedaplah, ana tak tipulah, memang sedap. Selalu makan yang berkuah je, bila sesekali masak cincai macam ni memang boleh layannnnn.

Ok itu je, sekian entry dari saya yang hebat.

ENTRY PANAS

Salam.

Hahahahhahahhaha, jangan takut, saya tak gila weh, ye lah, tetiba hahahhahahhaha tergelak gelak kan, rilek wei rilek, pagi2 lagi akak ko nih dah golak terguling2. Golak terguling2 sebab rasanya dah lama jugak saya dok baca blog2 yang saya selalu baca saban hari tu dan rasanya tak pernah lagi orang letak gambar tong gas dalam blog. Kalau blog lain tu saya tak tahu lah ye. Kalau ada ok lah, kalau takde, nanti boleh contact Malaysia Book of Records catatkan rekod gambar tong gas merah pertama dalam entry blog, hahahhahahha.

Punya lah gigih saya snap gambar tong gas merah ni, sampai terbongkok bongkok tahu tak. Ko ada tong gas yang bubuh tarikh cam saya ni, ko ada, ko ada, ko ada ? Gerenti korang takde sebab korang mana boleh lawan kepoyoan yang ada dalam diri saya ni, hahahhahha. Actually, saya selalu tulis tarikh untuk sentiasa get ready bila agak2 nya gas saya nak habis sebab saya takde tong gas spare ye kengkawan, kali ni walaupun beli dari 10/2 hari tu tapi still tak habis2 lagi until now sebab saya kan cuti berpantang hari tu, maka nya dapur saya tak berasap, bila tak berasap, lama lah tahan nya tong gas ni.

So kesimpulan nya, kalau korang selalu masak macam kak Ina Mail yang selalu buat entry demonstrasi memasak dalam blog dia tu, gerenti tong gas dia berganti setiap sebulan, hahahhaha, ampun kak, tak pasal2 saya mentioned nama akak dalam entry ni, tapi betul kan kak, bila akak rajin benor memasak tu mesti akak selalu ganti tong gas tu kan kan kan.

Cuba korang tanya Lija dengan Anne, tong gas dia orang tahan berapa lama, hahahhahahaha.


Apakah relevan nya gambar2 ni dengan entry : of course lah ada, takkan korang tak paham kot, gambar ni nak tunjuk kat korang yang saya memang rajin memasak, biar takde menu special pun tapi tetap rajin ok. So kalau nak tahu orang tu rajin masak ke tak kat rumah tu, tong gas tahan berapa lama lah yang jadi bahan ukuran nya ye kengkawan. Semudah A B C je, ko rajin masak, tak kira lah masak air atau goreng telur sekali pun, janji masak kan, maka nya cepat lah habih gas korang tu, mana2 yang tong gas nya bertukar sekali atau dua kali setahun tu, sendiri mau ingatlah wei, hahahhahaahha.

Eh saya rasakan, lepas saya bersalin ni, otak saya dah berfungsi seperti biasa lah, nak update blog pun rasa macam best je, banyak je idea nak merapu, serius wei, masa mengandung 9 bulan hari tu, otak saya macam control2 je, takde bahan nak merapu, asik keluar bahan elok2 je untuk buat entry, now, saya rasa saya dah kembali normal, hahhahahhha. So ada sesiapa sudah panas hati bila baca entry ni, minta ampun minta maaf ye. Mari lah kita bersama2 rajin memasak, baru lah tong gas kita cepat habis.


Tuesday, April 20, 2010

INI KEDAI MANYAK MULAH, SHIBAM MANYAK SUKA

Salam.
Korang mesti selalu gi salun kalau nak trim, potong atau buat treatment rambut kan. Takpe lah, korang banyak duit, boleh lah pergi salun2 tu semua. Saya kan, dari dulu sampai dah beranak 4 ni kan, ni lah kedai gunting rambut yang saya selalu terjah. Dari harga dia dulu 6 ringgit, now dah 12 ringgit pun, ini lah kedai yang saya terjah. Kalau kat tempat tinggal saya ni, berlambak2 salun yang ada, ko cakap je ko nak yang macam mana semua ada, tapi kedai bernostalgia ni jugak yang saya terjah sebab cara auntie tu potong memang cantik, cepat dan yang paling penting untuk orang yang sayang duit macam saya ni, sebab murah lah.

Bila nengok gambar kedai ni, memang ada yang akan tertanya2, kat solok mana lah kedai ni kan, ala2 macam kedai kat kampung2 tu lah, padahal dekat benor dengan rumah saya ni.

Hari tu saya bawak kak long pergi trim rambut dia. Dengan cuaca panas melampau sekarang ni, memang tak sesuai langsung untuk dia berambut panjang. Hari2 pergi sekolah pakai tudung, berpeluh2 di buatnya, so saya cadangkan dia pergi trim rambut dia yang berspesis lebat tu. Hebat auntie ni, cakap sekali je terus paham pesen apa yang kita nak. Potong lah pesen macam mana pun, 12 ringgit je charge nya tapi kalau rambut si Mimi lagi murah lah, 5 ringgit je. Murah sesangat kan.

APA KENA MENGENA FAKTOR UMUR DENGAN TAK MEMINATI AF8

Salam.

Nah amik, tajuk panjang giler dan beremosional sungguh lah. Ni semua pasal AF 8 ni, saya pun tak tahu kenapa lately ni saya tak minat langsung nak menonton nya. Memang dari mula start hari tu sampai lah sekarang ni, memang tak pernah saya hadap pun, entah lah, rasa cam tak best je nak nengok.

Dulu masa AF musim kedua tu, saya punya lah minat, lunch time pun sanggup balik berdesup ke rumah semata mata nak melayan Diari AF tu. Konsert pun macam tu, tiap2 malam minggu sanggup tidur lewat semata2 nak tengok siapa yang tersingkir untuk minggu tu. AF 3 pun saya layan, yang ke 4 sampai sekarang ni lah, macam tak best jer rasanya.

Bila malam minggu tu, kak long mesti ajak saya tengok dengan dia, bila saya kata tak minat, ada ke di katanya : memanglah, mama dah tua, mana suka tengok orang muda nyanyi2 ni, mama tengok drama je lah.

Nak tanye sikit, di mana kah relevan nya komen anak dara saya tu, ye ke bila kita semakin berusia, segala mak nenek hiburan ni kita dah tak minat, ada ke macam tu. Jawab pleaseeee

Monday, April 19, 2010

MALAM SABTU HARI TU

Salam.

Hari Sabtu lepas, mak dan abah saya buat kenduri tahlil dan kesyukuran. Jemputan nya pulak dari jemaah surau, saudara mara dan jiran terdekat. Kenduri nya berlangsung selepas Isyak. Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar.

Antara menu makanan pada malam tu. Nasi putih, ikan masin + nenas masak lemak, ayam goreng kicap, sayur campur, sambal belacan + ulam, bubur jagung dan kuih muih yang super duper sedap. Semua nya ditempah je, banyak senang kan. Almaklumlah, orang kuat mak dan ayah saya dah ada baby kecik sekarang ni kan, so semua nya kasi order saja.


Antara jemaah2 surau yang hadir pada malam tu, dah penuh kat dalam ni, separuh tu kena lah memenuhi ruang kat luar pulak, orang perempuan semua dah penuh kat dapur tu.

Orang lain semua sebok dengan kerja masing2, budak2 bertuah ni buat aktiviti menyepahkan bilik nenek, sabar je lah. Ketua buat sepah adalah si budak baju oren tu, harap maklum.

Bila semua tetamu dah bersurai, baru lah mesyuarat untuk persediaan majlis aqiqah baby Hakeem dan majlis perkahwinan adik saya dibincangkan. Pang pung pang pung, dekat pukul 1 pagi baru semua habis ber meeting. Lega, semua kerja2 dah hampir 80 % siap, tunggu hari langsung nya 3 minggu dari sekarang.

MEM 'PUTING' & MENG 'WIG' KAN DIRI

Salam satu Malaysia.

Selamat pagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! Korang breakfast apa pagi ni ? Aiseyman, tinggal minggu ni je saya cuti, hari Selasa depan dah start kerja balik, ni tengah mencari semangat nak masuk opis, semangat oh semangat, mana ko semangat oi, meh lah sini semangat, hahahhaha.


Jangan tenyeh kan mata korang, nanti selekeh eye shadow dan maskara korang tu, ni memang betul2 punya, ini bukan aksi untuk bergambar ye kengkawan. Ni semua berlaku semenjak saya buka hadiah hamper baby Hakeem baru ni, ada terselit satu puting ni, dia ni kan dari baby memang tak pernah ber puting2 ni, sekali bila dia dapat, dia try, dia dah syiok pulak ko. Meluat giler datuk, nenek, babah, kak long dan angah menengoknya, tapi dia buat derk je, balik2 dia nyonyot gak puting tu. Mula2 tu saya diamkan aje, nak tengok sampai bila mengada ngada nya tu kan, tapi bila di biarkan semakin menjadi2 pulak, so now saya dah sorok kan puting ni, bila dia tanya, saya tukar topik lain.

Yang sorang ni pulak nak menerai rambut pelsu penyokong selangor ni, sebok mintak kat pak busu dia nak pakai. Pak busu dia tengah good mood, di layan kan jugak lah. Comel jugak tu angah, nanti bila raya, ko buat lah pesen rambut ni, mesti gempak, hahhahahha.

Anak2 memang penghibur hati.

Friday, April 16, 2010

INI YANG DI NAMA KAN REZEKI

Salam.

Korang percaya pada rezeki kan. Masa mula2 saya memulakan hidup berumahtangga dengan Mr.R 14 tahun dulu, bukan kami terus hidup selesa macam sekarang ni. Memang lah cukup pakai, cukup makan, hah ni memang betul, terlebih makan sampai menembam2 weh ! Tak pernah tercapai dek akal ni nak kumpul aset macam orang lain.

Mula2 beli rumah pertama dulu pun saya nekad, main belasah je, takut betul kalau tak boleh bayar bulanan nya nanti. Tapi memang kita orang betul2 plan kewangan supaya tak tersasar dari budget bulanan. Pastu tak sangka pulak ada rezeki untuk beli rumah yang kedua pulak. Peribahasa susah2 dulu, senang2 kemudian tu saya praktikkan, biar tak bermewah bershopping macam orang lain, melancong sana sini, janji bayaran ke bank tu tak de masalah.

Di pendekkan citer, bila anak dah semakin bertambah, nak kena cari rumah yang lebih selesa lagi, alhamdulillah, dapat beli rumah yang diduduki sekarang. Bila rumah dah banyak, budget bulanan pun semakin bertambah lah kan, tapi takpe, bak kata orang tua2, setiap anak tu ada rezeki nya. Anak2 tak akan menjadi beban kepada kedua ibu bapa nya.

Pada saya, cukuplah dengan apa yang ada sekarang tetapi saya pun tak sangka dan tak menduga yang saya memperoleh rezeki untuk membeli rumah lagi. Bila di fikir2 kan balik, mana saya dapat kekuatan untuk mengumpul aset macam orang lain pun saya tak pasti, itu yang saya kata kan rezeki Allah s.w.t nak bagi kan. Kalau kita banyak duit macam mana sekali pun, kalau itu bukan rezeki kita, maka ia tak akan menjadi milik kita, tetapi kalau kita tak banyak duit macam orang lain, kalau dah rezeki itu ditetapkan untuk kita, maka nya ia akan menjadi milik kita jua. Yang penting jangan sesekali lupa bersyukur kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.

Ya Allah, terima kasih di atas limpahan rezeki ke atas keluarga kami. Amin.

16 HB APRIL : 13 TAHUN YANG LAMPAU

Salam.

16 April 1997, 13 tahun yang lampau, pada jam 1.59 petang, saya selamat melahirkan anak sulung saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puteri sulung saya ni, di nama kan Ila Nurmaisara, hari ni 16 April 2010, genap usia nya 13 tahun. Ya allah, terima kasih di atas kurniaan cahaya mata yang cukup sempurna ini, rasa nya macam baru je semalam saya melahirkan dia, diam tak diam dah 13 tahun usia nya. Alhamdulillah, kak long di berikan kesihatan yang baik dan di kurniakan kebijaksanaan, tengah taip ni pun air mata dah meleleh2 dah wei, itu lah hati seorang ibu, betapa oh la la nya mama dia ni, tapi bab anak2, memang tak boleh blah lah.


Kak long, di kesempatan ini mama dan semua ahli keluarga nak ucapkan selamat hari ulangtahun ke 13 untuk kak long. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, teruskan usaha kak long untuk menjadi manusia yang berguna kepada ibu bapa dan keluarga. Kak long, teruskan menjadi anak yang baik dan mendengar kata, sesungguhnya kak long memang anak yang baik, mama dan babah amat bertuah mempunyai anak2 yang baik dan patuh pada orang tua nya. Ya allah ya tuhan ku, semoga sifat mulia anak2 ku ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN

Thursday, April 15, 2010

PENGSAN !

Salam.

Kalau entry pagi tadi pasal saya insaf, entry kali ni nak citer pasal saya pengsan untuk beberapa saat. Terjaga dari pengsan terus buat entry ni, hahhahahha.

Macam biasa, rutin suri rumah, mengemas tak sudah2 kan, tengah mengemas meja study si angah saya belek fail teacher dia bagi, ada kertas jawapan untuk peperiksaan baru2 ni, tak tahu pun bila dia dapat sebab dia tak bagitahu langsung kat saya. Belek punya belek, saya terjumpa kertas karangan untuk ujian penulisan dia.

Kalau sebelum ni kan dia orang tak payah buat karangan ni semua, now dia dah darjah 4, so dah kena start buat karangan dan seperti sedia maklum, budak lelaki amatlah tidak kreatif untuk mengarang2 ni. Saya baca karangan dia untuk peperiksaan hari tu, angah pilih tajuk MIMPI SAYA YANG MENGERIKAN.

Adoiyai, dia punya karangan semuanya ayat direct je, takde ayat bunga2 pun, takpe, nanti saya suruh dia berlatih lagi. Angah pilih untuk menceritakan mimpi dia di kejar pocong sebagai mimpi yang mengerikan, bila baca tu bukan jadi takut, jadi lawak wei dengan ayat tunggang langgang dia tu tapi yang paling tak boleh blahhhhhhh, korang hayati perenggan akhir karangan dia ni ye : selepas pocong itu tidak dapat mencekik saya, pocong itu mengejar ayah dan mak saya pula. Pocong itu tidak menangkap ayah saya tetapi dia telah mencekik mak saya kerana mak saya memang mengerikan, hahahha.

Teacher dia siap gariskan ayat mak saya memang mengerikan tu dengan pen merah ko tahu tak ! Nasib baik saya tak kena panggil dengan teacher dia ataupun angah dibagi sesi kaunseling sebab dia ada mak yang mengerikan, hahhahahaha. Jap lagi pukul 1 saya nak jemput dia, saya nak tanya dia betul2, angah ko paham ke tak maksud mengerikan ni. Nanti kalau rajin saya update reason yang dia bagi ye. Apa lah yang saya dah buat kat angah ni sampai di bagi nya pocong tu cekik saya, hahahaa.

BETUL-BETUL INSAF

Salam.

Kengkawan, saya memang mula hantar anak2 ke tadika dari umur dia orang 4 tahun lagi. Kak long dengan angah dulu saya sekolah kan di tadika berasaskan bahasa inggeris, principal dia pun berbangsa lain lah, nak anak2 pandai berbahasa inggeris lah konon nya, maka nya dua2 orang tu dulu saya sekolah kan di tadika yang sama. Apa yang menggerak kan hati saya untuk menghantar Mimi bersekolah di tadika yang berlainan kali ni pun saya tak tahu, tapi tindakan saya menyekolahkan dia kat situ memang satu tindakan yang tepat.

Mimi bersekolah di Tadika Al-Haziq yang syllabus nya memang menekankan ajaran2 agama Islam dan Mimi pun mengaji sekali kat situ. Dah nak masuk 4 bulan bersekolah ni kan, dia dah semakin banyak menghafal ayat2 dan doa2 yang simple. Cara cikgu kat sekolah ni ajar bagus sebab dia mengajar dengan cara ala2 nyanyian tu, jadi budak2 memang mudah untuk menghafalnya.

Habis Mr.R dan saya kena soal dengan dia, tak cukup kita orang, datuk dan nenek pun kena soal sekali, ahhahahahha. Tahu tak baca doa itu, doa ini, sampaikan kalau kita orang naik kereta pun kena tanya, ni nak jalan2 ni dah baca doa naik kenderaan ke, nak masuk tandas kena soal, nak tidur pun kena jawab soalan dulu tu belum orang lain dah beria2 nak suap makanan masuk mulut dah kena tanya, ni nak makan dah baca doa makan ke. Bagus betul ko ni Mimi.

Dulu kan masa dia suruh saya baca doa naik kenderaan, doa masuk tandas ni semua kan, saya kumat kamit je depan dia biar dia puas hati, sebab serius ko, saya pun tak tahu, asik2 baca Bismillah je, doa ke apa semua main langgar je, doa mandi wajib saya hafal lah, hahaha. Sekarang dia lagi daring nak mampos, kalau ko kumat kamit je depan dia, dia tak puas hati, siap sound, tolong baca kuat2, Mimi nak dengar ni. Lepas tu kan, habis semua buku kat lemari tu saya selongkar sebab nak cari buku doa2 harian ni, beria2 saya menghafal wei, perghhhh now saya pun dah expert, ko cakap je ko nak doa apa, semua saya boleh baca dengan lancarnya. TQ Mimi, sebab Mimi lah mama dah terror sekarang dan mama betul2 insaffffffffffff !

Wednesday, April 14, 2010

HEBAT BETUL PENANGAN FACEBOOK NI

Salam.

Hari tu saya temankan kak long pergi fotostat untuk kerja sekolah nya. Kat dalam kedai fotostat tu ada cyber cafe, sementara tunggu nak siap tu, mata ni pun melilau lilau lah kat dalam cyber cafe tu. Ada seorang pakcik ni, rasa nya dia sebaya dengan abah saya dalam lingkungan umur 65 gitu lah, dia dok tekun kat depan PC tu, as usual, saya kan suka membusy body kan diri ni, maka nya saya dok gi slow2 kat belakang dia dan sambil tu mata tu menyebok nak nengok apa yang pakcik ni dok concentrate kan sangat tu.

Jeling punya jeling, dia dok ngadap Facebook lah, yang buat dia tekun sangat tu, dia dok membalas komen2 kat FB dia, pastu saya terpandang kat gambar profile tu, dia tempek gambar punyalah ensem, mungkin gambar dia masa muda2 dulu kot, tak pun saya bersangka baik je yang dia tengah tengok profile kengkawan dia di FB.

Hebat betul penangan Facebook ni kan, sampai kan pakcik tu pun boleh melepak kat cyber cafe melayan FB. Wei korang, berhati2 bila nak accept friend request tu ye, jangan main accept je, gambar tu semua tidak boleh dipercayai tau.

GHOST WHISPERER & DESPERATE HOUSEWIVES

Salam.

For sure ramai yang suka malam Khamis kan kan kan, tapi saya suka malam Selasa, hahahahaha, gilo tetiba hahahhahaha, takpe lah hanya saya sorang je yang paham. Asal malam Selasa je saya suka sebab channel 8 akan menayangkan citer2 kesukaan saya, kalau dulu ada Ugly Betty lagi best, Mr.R berbuluuuuuuuuu je bila saya nengok citer Ugly Betty, siap komen tu, apalah you ni, citer orang rambut kembang dan gigi besi pun suka nak tengok.

*TQ Google *

Malam Selasa pukul 9.30 malam, sila melekat di depan TV, biar laki masing2 jaga anak pulak, hahahhaha. Layan citer ni best, hantu2 tu semua comel je, tak macam hantu2 drama melayu ni, tak semenggah langsung muka hantu2 nya, buat saya tak selera nak nengok. Bagi lah citer seram kat TV2 ke, tak pun slot seram kat TV3 setiap malam Khamis tu, tak pernah saya melekat nengok ok, citer Ghost Whisperer ni kalau tertinggal satu episod, rasa macam resah gelisah gitu.

* TQ google *

Habih citer tu, saya sambung citer ni pulak, Desperate Housewives, dah season ke 6 dah pun. Makin lama citer makin mengancam, pandai betul dia orang ni buat skrip nak memanjangkan citer. Kengkadang tu mata dah mengantuk tapi ku tahan kan jua demi nak menengok sampai habih dan terbanyak kali jugaklah bila tersedar tu dah habih dah pun citernya, hahahahha. Mr.R tak koser nak join saya tengok citer ni semua sebab dia adalah salah seorang dari ahli kelab anti TV, cuba ko suruh dia gi main badminton ke,bowling ke, itu dia suka lah, bab2 TV ni semua outtttttttt.

Bila Ugly Betty season baru nak ada kat channel 8 ni ?

Tuesday, April 13, 2010

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA

Salam.

Clap, clap, clap, clap, clap, berapa banyak clap daaaaaaaaaaaa. Anak saya hebat, bagaimana dengan anak anda?

Saya dan famili memang dah lama tak ada maid, dulu ada pun sekejap dalam 2 tahun je, pastu terus tak cari pengganti sebab pertama, kos, sebab kedua, kos, sebab ketiga, kos dan sebab keempat baru lah serik.

Di pendek kan citer, kat dalam umah tu semua nya ada jadual tugas masing2, untuk anak2 pulak, terpulang kat dia orang nak buat nya bila, yang penting siap, kalau ada yang tak siap, sendiri mau ingat ok. Contoh lah ni, kalau ada baju dia orang yang perlu di lipat tu, dia orang boleh ambil masa dia orang sendiri untuk melipatnya, kalau dia orang tak nak lipat minggu ni pun takpe, postponed sampai minggu depan pun boleh, biarlah baju dia orang menggunung tinggi nya, biar dia tahu bila nak cari baju tu semua tak jumpa, siap lah kena memunggah baju2 tu semua kan, so masing2 pandai melipat baju bila tiba masa nya.

Kak long memang dah superb bab buat kerja2 rumah ni, dia dah mula menolong saya dari darjah 5 lagi, malas pun dia kena tolong, so lebih baik dia merajinkan diri dia. So angah dah mula belajar menggosok baju sekolah sendiri, licin atau tidak tu tak penting sebab lepas dia dah habis buat tu dengan confirmed nya saya atau Mr.R akan iron kan balik mana yang berkedut2 lagi tu, yang penting dia belajar buat sendiri, nanti besok2 senang.

Pendek kata, besok2 kalau ada orang yang berkenan nak buat menantu, tak sesia sebab anak2 shibam semuanya pandai buat kerja, hahahhahahha. Dua puluh tahun akan datang, kalau anak lelaki saya nak cari menantu, soalan pertama saya nak tanya, dulu kecik2 ada maid tak kat umah, kalau jawapannya ada, harus kena reject, opsssssssss melalut sudah.

Nak dapat kan kesempurnaan dari cara kerja dia orang memang lah susah, tapi kalau tak dimulakan dari sekarang, bila lagi. Budak2 ni kalau dah besar panjang lagi lah susah nak mendengar kata. Mula dari awal supaya dia orang tahu rutin dan tanggungjawab masing2.

Sekian.

Monday, April 12, 2010

BELAJAR BAHASA ARAB

Salam.

Salam ceria di pagi Isnin. Saya masih bercuti, korang kerja rajin2 macam selalu ye. Ni nak citer kat korang, hari tu kan, saya pergi jemput si debab saya also known as Mimi balik dari tadika nya. Dah siap masuk porch, saya nak kunci lah pagar tu, baru je nak mengunci pagar tu, si Mimi dah mengeluarkan suara dia yang memang selalu bervolume tinggi tu,

Mimi : Mama, bukak lah babun
Saya : Dengan mata terbeliak, apa, Mimi cakap Mama babun.
Korang tahu tak babun ? Setahu saya babun tu salah satu dari spesis monyet. Babun ni yang pungkoq dia kaler merah tu lah. Kalau korang tak tahu, gi google, tak pun nanti bawak anak2 gi Zoo Negara, boleh lah nengok secara live gitu.
Wuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mendidih2 darah I you ! Tak pernah2 anak saya pandai cakap kasar, ni mesti dengar kawan2 dia kat tadika tu gamak nya. Ko jangan Mimi, belum pernah ada keturunan nenek moyang Mama yang bercakap biadap dengan mak dia, jangan ko yang pecah kan tradisi tu pulak dengan memanggil Mama babun !
Saya : Kenapa Mimi cakap Mama babun. Mimi boleh sabar tak, Mama nak kunci pagar, lain kali Mimi nak cakap Mama babun tak?
Mimi : Muka blurrrrrrrrrrrr giler bila dia tengok mata saya dah terjegil macam tu.
Saya : Tak puas hati lagi ni, apasal Mimi cakap Mama babun ?
Mimi : Mimi suruh Mama bukak pintu cepat2 lah, Mimi nak masuk rumah, Mimi nak tengok TV.
Saya : Ish, Mama tanya ni, lain kali nak cakap Mama babun tak ? Mimi tahu tak babun tu apa?
Mimi : Babun tu pintu lah, tadi kat sekolah, teacher ajar Bahasa Arab : Baabun - Pintu
Saya : Hahahhahahahahhahahahhahhahahahhahah, mati mati saya ingatkan anak saya panggil saya babun, salah satu dari spesis monyet tu, rupa rupanya dia suruh saya bukak kan pintu, ye lah, Mama bukak lah baabun, saya dok ingat kan Mama bukak lah, babun betul !

Ana mintak maaflah, dulu ana tak ada belajar bahasa arab lah, ana dulu sekolah tadika inggeris lah. Tadika inggeris tak ada syllabus bahasa arab lahhhhhhhhh !
Lepas dah sakit perut gelak sengsorang (Mimi pun pelik tengok saya tergelak2 sampai meleleh2 air mata, giloooooooooooo ke apa Mama aku ni, tadi beria2 marah kat luar tu, pastu tergelak2 pulak). Saya pun belek lah buku latihan Bahasa Arab yang teacher dia bagi untuk buat homework tu, meh saya share dengan korang beberapa lagi perkataan dalam bahasa Arab ye, mari kita menghafal bersama2 :

fiilun - gajah
jamalun - unta
thu'baanun - ular
hizaa'un - kasut
dubbun - beruang
zurratun - jagung
dhifda'un - katak
anaanaasun - nanas
risaalatun - surat
sahaabun - awan
ghuurilla - gorila
namirun - harimau

Sekian kelas bahasa arab untuk hari ini lah, lain hari kita sambung lagi lah. Ana mau blahhhhh lah.

Friday, April 9, 2010

HAKEEM HARI INI

Salam.

Hari ni Hakeem dah 45 hari pun, cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, Hakeem sihat dan setakat ni masih tak meragam.


Now saya tidurkan dia dalam buaian, lama sikit dia tidur. Biarlah kalau ada yang kata susah nanti, nak berbuai je, takpe, janji dia dapat tidur nyenyak. Hakeem paling suka waktu mandi, membebel2 je masa mandi, hihi. Tidur malam pun still ok, kalau saya dah menyusukan dia sebelum tidur tu, dia bangun sekali je dalam pukul 2 atau 3 pagi tu dan bangun lagi sekali masa semua dah bersiap nak pergi kerja dan sekolah.

Itu je lah buat masa ni, takkan umur baru 45 hari dah pandai mintak duit beli eskrem pulak kan, hahahhaha. Bye2.

ADA YANG NAK KENA SELLOTAPE MULUT NI !

Salam.

Jumaat datang lagiiiiiiiiiiiiii (korang kena baca macam iklan mat sentul tu, tora datang lagi !), baru ada feeling ok.

Ish, zaman sekarang ni kan, kalau nak bagi nasihat kat anak2, kita kena fikir sedalam dalamnya, dulu masa mak saya bagi nasihat saya tak pernah menjawab, sekarang ni, cakap sepatah, berpatah patah akan dapat balik tau tak. Actually sebelum saya cakap, saya tak pernah terfikir pun feedback yang akan saya dapat, jom I story :

Masa ni kat meja makan, saya tengah melayan anak2 makan malam. Kak long, Angah dan Mimi dah duduk sesiap nak makan dengan saya. Mr.R layan Hakeem kat depan TV. Hari tu saya langsung tak de masak lauk pedas pun, so bila Kak long asyik minum air selepas menyuap nasi tu, saya tegurlah dia.

Saya : Kak long, jangan asyik minum air je masa tengah makan, tak elok nanti perut tu buncit

Kak long : Oh ye ke, haus lah mama

Saya : Lain kali minum air dulu, baru makan, kunyah perlahan2, tak lah tercekik nasi tu. Ni lepas suap nasi je, minum air, tak elok tau

Tetiba kan, takde angin, takde ribut, budak bijak berumur 4 tahun tu berkata2 : Alahhhhhhhhhhh, perut mama tu pun buncit jugak, mama pun suka minum air masa makan !

Saya : Wuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, dulu masa mama anak dara, kesedaran tu kurang, jadi sekarang ni, mama tak nak lah anak2 mama jadi gemuk, mama nak anak2 mama semua nya slim melim

Erkkkk, orang yang berperut buncit ni tak boleh bagi nasihat kepada yang belum buncit ek. Yang kena tegur tak cakap apa, yang tukang dengar pulak yang berkata2, ada yang nak kena sellotape mulut gak ni kang. Macam biasa lah, Angah dan Mr.R tukang tambah garam dengan gula, gelak tak sudah2, menyampahhhhhhhhhhhh !

Thursday, April 8, 2010

SOB SOB SOB, HUWAA !

Salam.

Dramatik tak tajuk hari ni, belum apa2 lagi dah sob sob sob, sedih lah konon nya ni, bunyi sob sob sob tu ala2 menahan ayaq mata dari berjurai2. Mula2 bagi hangpa semua nengok gambar labu tengah tersengih ni, kenapa gambar labu, meh cheq cherita !

*sumber gambar labu kembang dari Google, TQ *

Masa mula berpantang dulu, poyo poyo je berat turun sampai 12 kg kan kan kan, la ni nak habaq kat hangpa hangpa ni semua, hari ni hari ke 44, yakni hari last cheq berpantang, jangan nak kata 1kg turun lagi, 0.5 kg pun takdak tau, jarum tu dok tang tuuu sesaja. Apa lah punya tepu lelemak cheq ni, kechiwa sungguh lahaiiiii. Bila berdiri depan cermin tu dah macam rupa labu kat atas ni la, mengembang kat bawah tu, tensen gue !

Macamana labu tu tersengeh, lagu tu jugak lah cheq tersengih terima kenyataan yang selagi tak exercise dan berdiet, memang berat ni takkan turun dengan sendirinya. Jangan lah nak bermimpi macam orang lain tu, balik je dari berpantang, bila masuk opis nanti phewitttttt, cheq ni nanti bila masuk opis, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, akak ni dah bersalin ke belum ? Woiiiiiiii kengkawan opis, hangpa semua tolong jaga hati dan perasaan cheq, bila first day kita jumpa nanti jangan buat statement lagu tu.

Sekian kisah labu besaq pada kali ni, lain kali kita sambung lagi noooooo. Apa2 pun cheq dah habih tempoh berpantang. Yabeda bedu !

Wednesday, April 7, 2010

LAIN KALI BAGITAHU DIRECT JE

Salam.

Dah lama tak buat entry pepanjang kan kan kan. Kengkawan, meh saya nak citer pasal jiran saya ni. Selama dah 43 hari duduk berpantang kat umah ni kan, hampir saban hari saya dok dengar orang bagi salam dan terpanggil2 nama anak jiran berdekatan saya ni, mula2 tu ok lagi, rasa boleh bersabar lagi, tapi kalau dah saban hari, asal waktu lepas budak2 balik sekolah je mesti ada kawan dia seorang dua yang dok setia kat depan pagar tu memanggil2 nama budak ni, yang kelakarnya tu siap berlagu2 masa memanggil tu, Assalamualaikummmmmmm, Amirrrrrrr, assalamualaikummmmmmm, Amirrrrrrrrr dan begitu lah seterusnya sampai dah tak terbilang dek jari kaki dan tangan ni tau.

Sungguh mengganggu ketenteraman awam betul lah, yang peliknya tu, si anak jiran saya ni tak pernah nya nak menyahut atau keluar berjumpa dengan kengkawan dia tu, dengan bibik dia sekali buat bodoh dan pekak je bila nama dia kena panggil. Wellllll, seperti biasa dan sebagai jiran yang prihatin kata nya, saya berselisih dengan si Amir ni masa dia balik dari sekolah, Amir ni sebaya dengan kak long dan saya terus tak melepaskan peluang untuk membusy body kan diri ni, hahahahhah.

Saya : Amir, kenapa selalu Acik Linda dengar kawan panggil Amir berkali2 kat luar tu tapi tak pernah nya Amir atau Bibik nak menyahut.

Amir : Oh, tu kawan sekolah saya lah, Mama saya tak bagi saya layan dia orang, Mama cakap, buat tak dengar je.

Saya : Kenapa Mama cakap macam tu ?

Amir : Tu mesti kawan nak ajak main bola lah, bla bla bla bla

Saya : Ok lah tu, boleh main sama2 kan

Amir : Mama tak bagi saya bercampur dengan budak2 tu, Mama cakap dia orang tu budak nakal

Saya : Laaaaaaaa, kalau macam tu, Amir bagitahu je lah kat kawan tu, jangan datang kat rumah dan panggil2 kamu lagi

Amir : Terus masuk ke dalam kawasan rumah sambil tersengih2

Oh begitu rupa jalan cerita nya ye, Mama si Amir ni also known as jiran tersohor saya ni, mengajar anak dia cara yang tak betul, ada ke dia suruh anak dia buat tak tahu atau buat pekak je bila dipanggil, habih tu sampai bila budak2 tu nak terjerit2 memanggil dia kat depan rumah tu. So, dipendek kan citer, besok nya tu bila datang je budak2 tu panggil si Amir ni, saya sebagai jiran yang prihatin ni terus menonjolkan diri kat depan pagar tu dengan ucapan : korang tak payah lah panggil2 si Amir ni lagi ye, Mama dia tak bagi dia kawan dengan korang, Amir ada kat dalam tu tapi dia tak boleh nak jumpa korang sebab Mama dia tak bagi ok. Budak2 tu tak bercakap atau bertanya sepatah haram pun dengan saya, terus angkat basikal dan blahhhhhhhhhhhhhhh. Hah kan senang, cakap je, tak payah buat orang duk terjerit2 panggil, suka cakap, tak suka pun kena lah cakap.

Yang bagus nya lepas tu sampai lah sekarang ni, waktu tengahari sampai lah ke petang, suasana sungguh aman dan nyaman tanpa suara2 yang memanggil Amir Amir Amir tu. Kalau Aduan Rakyat tu slogan nya TV3 ambil berat kan, slogan saya kali ni : ADUAN ANAK JIRAN, SHIBAM AMBIL BERAT.

Tuesday, April 6, 2010

LAWAK ANGAH DAN MIMI

Salam.

Actually ni kejadian minggu sudah ye. Memang betul lah kata orang, budak2 memang suka mengikut atau meniru sesuatu perkara yang dia orang perhatikan. Hari tu masa saya tengah ralit dok main2 dengan baby kat ruang tv, Angah dan Mimi dok terkekek2 ketawa kat dalam bilik tu. Saya biarkan je, janji dia orang main elok2 dan tak bergaduh dah cukup bagus. Tak sampai 10 minit cam tu saya dah dengar budak berdua ni berebutkan sesuatu, saya biarkan lagi sebab nak tengok dia orang boleh settlekan sendiri atau tak.

Dah senyap balik tu, saya pun pergi ngintai kat tingkap bilik tu nak jengok apa yang dia orang bisingkan tadi. Angah tu nama je dah darjah 4 tapi bab nak mengalah memang tak lah, sama je berebut dengan adik nya tu, bila saya bising nanti baru dia reti nak mengalah tapi dengan muka yang 100% tak ikhlas ler. Sekali tu rupa nya dia orang berdua tengah buat hapeeeeeee tau, korang nak tahu tak dia orang tengah buat hapeeeeeeeeeeee!

Angah dengan Mimi dok berebut kan pam susu badan yang saya gunakan tu. Mula2 Angah pakai kat dada dia dan beriya2 pam, pastu si Mimi pulak take over mengepam dada dia yang memang leper dan sahih nya belum bersusu tu, hahahhahaha. Adoiyaiiiiiiiiiiii, saya dah tak tahan nak gelak masa tu, nak marah pun tak jadi sebab nengok kesungguhan muka Angah dan Mimi mengepam dada masing2 ! Sekali kena sergah dengan saya kat tingkap tu, Angahhhhhhhhh, apa yang Angah buat tu, kalau Angah pam sampai ke tahun depan pon memang takde hasil nya Angah oiiiiiiiiiiiiii, apalagi, terkejut beruk lah masing2 kan.

Sebok sangat nak mengepam ye bebudak, last2 saya pamkan kat perut dia orang sampai ada efek bunyi bunyian yang buat dia orang gelak tak hengat, hahahahhaa. Macam2 lah ragam anak2 ni kan.

Monday, April 5, 2010

BILA MIMI BUAT SENDIRI.........

Salam.

Selamat pagi Isnin kengkawan. Ada sesape ke yang rasa macam malas je pagi ni, rasa macam nak tarik selimut lagi, rasa macam sayang nak tinggalkan katil tu, kalau ada, korang memang bagus dan superb sebab korang adalah manusia yang normal, kalau ada yang rasa hyper, rasa teruja dan tak sabar nak pergi kerja pada hari Isnin, korang adalah manusia yang bermasalah, hahahahaha ! Teori saya betul tau, jangan tak percaya ok !

Semenjak saya dah ada baby kecik ni kan, si debab saya memang pandai bawak diri sebab dia kan dah big girl. Semuanya dia cuba nak buat sendiri dan kengkadang tu nak gelak guling2 pun ada melihat kesungguhan dia untuk berdikari, contohnya, korang nengok gambar ni :

Masa ni saya baru sudah mandikan baby, dia pun dah siap mandi tapi pakai baju semua memang dah pandai lah, tang nak sikat rambut dengan pakai bedak je jadi macam ni, habis bedak bercapuk2 kat muka dan rambut pun ntah apa style yang di sikat nya. Mimi berbeza umur 4 tahun dengan baby, ini pun buat saya terkejar2 nak siapkan semua, hrmmmmmm, saya nak cuba ada baby yang beza nya setahun pulak lah, nak tengok kelam kelibut nya macam mana pulak ! Kalau saya nak ada baby yang beza umur nya setahun, saya kena usaha dari sekarang kan kan kan kan, ahahhahahaha !

Bye korang, nanti jumpa lagi.

Sunday, April 4, 2010

YEY MR.R MENANG LAGI

Salam.

Entry hari ni den nak cakap nogori, dah lamo bonar tak merapu bahaso orang kampung den. Yeyyyyyyyyyyyyyy, Mr.R monang lagi untuk tahun ni. Tak sesia meninggalkan anak kocik dan bininya yang sedang berpantang ni, ahahhahahaha, poyo betul bini si Mr.R ni, laki eh monang, dio suko lah, cubo kalau kalah, mau kono kutuk, yo lah, eden dah lah bolum habih pantang lagi ni, tapi mengonangkan minat laki den yang mendalam dalam bowling ni, mako eh, den izinkan jugak dia poi semalam.

Agak2 korang berapa hengget lah gamaknya hamper ni yo. Hamper nya tak cukup gah lah untuk johan, hahahhah, tetiba jadi orang yang tak reti bersyukur. Ok, jangan salah paham ek, den memang bersyukur Mr.R dapat hadiah ni tapi kalaulah ada committee opis Mr.R yang baco ni kan, woiiiiiiiiiiiiiiii korang, kilang untung berjuta2, bagilah hamper bosar2 yang tinggi menggunung tu, balik2 bagi hamper kocik2 macam ni, dah lah laki den monang tiap2 tahun, bagi lah hamper yang berbaloi2. Please take note ok, hahahhaha, macam lah dia orang nak amik tindakan bila baco ni kan.

Tahun lopeh dapek voucher jusco, tahun ni dapek voucher tesco lak. Berapo ? Biarlah rahsia, tak baik menunjuk2 secara terang terangan ni, yang ponting memang berbaloi.

Lopeh ni ado lawan badminton lak, tunggu yo lah Mr.R monang lagi ko tidak !

Friday, April 2, 2010

MADAM L !

Salam.

Macam biasalah, saya kan memang sentiasa memantau apa yang anak2 saya buat, so semalam masa kak long tengah ber yahoo messenger dengan kawan dia, saya dok mencelah2 lah gi skodeng apa yang dibualkan dek budak berdua tu. Of course time saya mencelah tu, kak long tak de lah, dia gi solat jap so dia minimize kan lah, saya pun gi lah skodeng cecepat. Gini citernya, kak long tengah YM dengan kawan dia, antara permulaan intipati perbualan tu : A tu kawan dia ye, Ila tu kak long ler tu.

A : wei Ila, Madam L apa khabar?

Ila : Ada, baik je, nape ko tanya

A : tak lah, ko kan selalu cakap kalau mood Madam L tu ok barulah best kalau tak memang teruklah kan

Ila : ok jer, memang pun, kalau time dia tak ok tu, aku pun pening tau, tu belum dia membebel2 lagi, sakit telinga dibuatnya

Masa saya baca ni, dalam hati saya berkata2, mesti dia orang tengah ngumpat cikgu sekolah dia orang ni, Madam L ni mesti teacher yang kerek, tu yang anak murid asik ngumpat je, so dengan berminat nya saya baca lah lagi dan lagi, masa ni dia orang dah tak borak dah pasal Madam L tu, dia orang borak hal budak2 sekolah lah tapi kan bila sampai kat satu ayat ni yang buat saya berfikir berkali2 wei.

Ila : wei, wei, Madam L panggil aku lah (kalau tak silap dan memang tak silap lagi, sayalah tadi dok panggil kak long, dok panggil dia berkali2 dari atas tu nak suruh dia berhenti untuk bersolat dulu baru sambung berborak dengan kawan dia)

A : ok, pergilah, tak pasal2 kang Madam L tu mengamuk pulak

Barulah saya sedari yang Madam L yang dia orang ngumpat2 ni adalah hakuuuuuuuuuuuuuu ! Kuang asam sambal belacan betul lah budak2 sekarang, siap bagi nama samaran lagi tu, Madam L dia gelarnya hakuuuuuuuuuuuu !

Sebelum tidur semalam, saya borak lah light2 dulu dengan kak long, pastu baru saya masukkan citer Madam L tu, dia punya gelak tak hengat lah kan, saya tanyalah, apsal kak long panggil mama Madam L pulak, dia cakap L tu shortform untuk LION, siottttttttttttt je kan.Apa2 pun malam tadi memang semua kat umah tu ketawa kan saya cukup2 lah, sesekali terkena memang aduh duh duh duh.

Thursday, April 1, 2010

PHEWIT DARI DULU KINI DAN SELAMANYA

Salam.

Meh sini meh, sempena 1 April ni, meh saya sajikan korang dengan entry yang boleh meruntun jiwa korang, hahahhaha.

Motip saya menempek gambar ni. Takde motip pun, saje nak tempekkan antara salah satu gambar saya yang cantik jelita ni, well, saya ada banyak gambar yang cecantik lagi, ni salah satu gambar favourite saya lah, kesian betul, ada ramai yang dah geli geleman sambil menggeleng gelengkan kepala baca statement awal saya ni, hahhaha.

Kengkawan, saya ni anak perempuan tunggal dalam 4 orang adik beradik. Saya ada 2 orang abang dan seorang adik lelaki. Kesemua adik beradik saya yang lelaki ni mewarisi ketinggian abah saya. Saya sorang je yang ditakdirkan mewarisi genetik emak saya iaitu yang tak berapa nak tinggi dan tak berapa nak pendek dan saya jugak mewarisi kegemukan ni dari emak saya, kalau tak caya korang boleh datang kat umah jumpa dia secara live, hahahhahaha, apa2 pun, alhamdulillah, cukup sifat semua nya ye, well, kejelitaan saya ni, saya tak tahu saya mewarisinya dari siapa sebab emak saya pun tak secun saya masa muda2 dulu, hahahhahahaa, best betul buat entry masuk bakul angkat sendiri ni, dah lama betul saya tak memperasankan diri sendiri dalam blog.

Gambar ni masa saya bersanding dan berumur 22 tahun dengan berat badan yang cukup ringan pada saya lah, dalam 52 kg macam tu lah. Anak gadis kalau umur cenggitu kan orang kata anak dara tengah naik, alah senang citer, umur macam ni lah kejelitaan dia orang memang tengah terserlah kan kan kan. Dah berumur 35 cam sekarang ni, kegemokan lah yang terserlah tapi kejelitaan still maintain, hahahhahahah.

So now, saya ada 2 orang anak perempuan buat masa ni, well, besok2 kalau beranak dan dapat girl lagi tak tahulah kan (Mr.R, please take note ok). Antara 2 orang anak dara saya ni, ntah sapelah yang akan mewarisi kejelitaan saya ni ye, hahahhahahaha. Kak long now lebih tinggi dari saya, so confirm ketinggian ni dia dapat dari Mr.R, cuma Mimi lah tak berapa nak boleh komen lagi sebab dia kecik lagi, tapi bab berat badan yang terlampau2 ni rasanya Mimi ada potensi untuk mewarisinya, so Mimi sila salahkan nenek yang membawa unsur2 gemuk kat mama ye. Banyak giler hahahahhahahah saya dalam entry ni, hahahhahahah lagik.

Ok kengkawan, cecukuplah tu buat korang loya2 pagi ni. Sampai jumpa lagi . Daaaaaaaaaaaa