Salam.
Korang percaya dengan kejadian mistik tak? Saya ni, nak kata percaya sangat tu tidak lah, tak nak percaya, macam nak kena percaya lah pulak. Mana tak nya, kejadian ni berlaku hari Jumaat lepas. Rumah mak saya kan ada kenduri perkahwinan adik bongsu, masa hari Jumaat tu kat umah saya dah ada ramai sedara mara yang bertandang, nak masukkan telur lah, gula2 lah, buat bunga rampai dan yang sewaktu dengannya.

So, bila saya kurang beri perhatian pada anak2, especially mimi, dia orang ni pun bantai main sepuas puasnya tanpa nak risau kereta lalu lalang bagai kan. Main pulak tu bergelak ketawa sambil berlari2 kat depan jalan tu. Saya dah banyak kali pesan dengan Mimi suruh masuk kat dalam umah, tapi dia buat donno je.
Di pendekkan citer, malam tu dalam pukul 11 lebih saya balik umah dan malam tu jugak Mimi tak tidur dengan nyenyak, kejap2 menangis, bukan jenis yang melalak lalak tu tapi menangis perlahan lahan, siap mendayu dayu lagi bunyinya tu, yang peliknya masa dia nangis tu, mata dia elok je lelap tidur, lepas tu dalam pukul 3 pagi macam tu lah, dia menangis nangis lagi, kali ni lagi suspen sebab ni mata putih dia je yang nampak, so Mr.R dah pandang pandang kat saya dan bagi isyarat suruh peluk baby Hakeem kuat kuat. Masa ni saya dah tak sedap hati dah, macam2 dah terlintas kat pikiran ni.
Mr.R pergi kat tempat tidur Mimi dan mula pegang badan dia dan baca segala ayat kursi, 4 kul dan al fatihah, Mimi masih nangis jugak but this time lagi power sebab dia menangis punyalah kuat siap mendengus dengus lagi bunyinya tu. Ok fine, masa ni saya rasa memang ada sesuatu yang tak kena dengan Mimi. Sambil saya peluk baby Hakeem kuat kuat dalam dakapan, saya pun ambil surah Yasin dan baca kuat kuat, masa ni Mr.R dah mula berkomunikasi dengan Mimi, Mr.R siap kuat kan suara lagi memanggil manggil nama Mimi, tepuk2 badan Mimi, pegang ibu jari kaki dia dan tampar tampar manja pipi anak dia dengan harapan Mimi akan tersedar dan berhenti menangis.
Tapi bila keadaan tak berubah, saya dah takut sangat masa ni, perasaan masa tu dah bercampur baur, berdoa dalam hati, mintak mintak lah baby Hakeem tak menangis pulak masa ni. Mr.R mula lah pulak bercakap sorang sorang kat situ, lagilah suspen di buat nya weh, siap dia suruh apa benda yang masuk kat dalam badan anak dia tu keluar, kalau tak keluar siap lah katanya, macam2 lagi lah Mr.R dok berdialog kat situ, pastu kan tetiba Mimi berhenti menangis dan lepas tu ada bunyi dengusan yang kuat, masa saya dengar bunyi dengusan tu, bulu roma, tengkuk saya semua nya meremang remang dan rasa sejuk sangat masa tu.
Isk, bila menaip ni pun saya siap pandang kiri dan kanan ni hah. Alhamdulillah lepas tu Mimi dapat tidur lena sampai ke pagi. Lepas solat subuh, Mr.R bagitahu saya, lepas je semua nya ok dan dia dah tertidur semula, dia dapat mimpi, dalam mimpi tu dia nampak pocong dua beranak ni dan pocong tu siap marah kat Mr.R, kenapa tak bagi Mimi main dengan anak dia, anak dia suka bermain dengan Mimi. Nasib baik tak ada perkara buruk berlaku lagi lepas tu.
Yang pelik nya tu, masa malam hari Sabtu tu pulak, adik saya bersanding untuk malam berinai dan ada lah bunga api bagai, puas saya pujuk Mimi untuk pergi tengok, tapi dia mati mati tak nak keluar dari pintu pagar rumah mak saya tu, siap tunjuk kat depan garaj, sebelah pokok pisang tu ada hantu katanya. Erhhhhhhhh, seram sejuk di buat nya sekejap. Memang malam tu mood dia tak berapa ok dan asyik nak berkepit dengan saya je, kata orang, mata budak budak kan boleh nampak benda yang bukan2.
Hrmmm, memang seram sejuk berdiri bulu roma di buatnya hari tu, saya ni, nama je berbadan besorrrrrrr, tapi bab2 ni semua, penakut yang amat.