Salam.
Berakhir sudah cuti sekolah 2 minggu, hari ni kelam kelibut seperti biasa. Takde angin, takde ribut, acik letak gambar kahwin pulak wehhhhh, ni semua mengambil mood majlis kahwin yang banyak berlangsung sepanjang cuti sekolah baru2 ni.
Ok, ini serius ye, nak citer panjang2 ni, dah lama tak buat entry panjang2 dalam blog merapu ni. Mari kita mulakan, ada sesiapa di antara korang ni yang ada masalah dengan keluarga mertua, takpe relax ye, mula2 berkahwin memang macam tu lah, kita baru nak kenal each other dan nak menyesuaikan diri dengan keluarga mertua kan, so pelan2 kayuh, gerenti lambat laun korang boleh mengatasinya. Bayangkan, kita membesar di rumah keluarga sendiri, tup2 lepas kahwin nak kena balik rumah mertua, nak kena kenal sedara mara belah suami lagi, nak kenal perangai ipar duai lagi, so itu semuanya memang akan mengambil masa. Lain lah kalau korang berkahwin dengan orang yang sememangnya korang dah kenal dari zaman berzaman lagi kan, itu kes lain ye.
Saya nak share dengan korang pengalaman saya, very the ekslusif ni tau, korang baca sampai habis ok. Saya tak boleh lupa pengalaman saya mula2 bernikah dulu, perkara yang saya paling risau, paling takut adalah bila Mr.R ajak ziarah mak abah dia, serius, saya tak tipu, betul2 ni, asal Mr.R ajak ziarah rumah mak abah dia je saya boleh jadi tension, jadi seriau, kenapa jadi macam ni ? Mr.R ni anak sulung kawan2, so saya adalah menantu perempuan pertama dalam famili dia, so bila saya balik umah mak mertua tu, haruslah saya membantu apa yang perlu di dapur kan, saya dah di ajar oleh mak saya supaya jangan jadi menantu yang berat tulang, nanti mak mertua tak suka, seboleh bolehnya bila dah sampai umah mak mertua tu, kita tolong lah apa yang patut, kalau tak pandai masak, kita tolong potong bawang, sayur ke, apa2 je lah, janji duduk sekali kat dapur tu lah.
Akan tetapi kawan2, mak mertua saya mengaplikasi kan, wahhhh, makin hari penggunaan ayat acik main ikut suka je, hahahahha, lantak, janji korang paham kan kan kan, sambung ek, mak mertua saya suka mengaplikasi kan meninggalkan saya berseorangan di dapur dan akan mengrequest saya untuk memasak apa sahaja menggunakan bahan mentah yang memang dah sedia ada di dalam peti sejuk tu. Selalu nya mak mertua saya akan cakap macam ni : kat dalam peti ais tu ada ayam, ikan, udang, sayur ini, sayur itu, kalau rasa nak makan apa, nak masak apa, suka hati lah ye, buat je lah apa yang boleh pun, kita2 je yang nak makan pun, masak je lah apa pun.
Akan tetapi sekali lagi ye, saya ni kan tak pandai memasak, so bila mak mertua suruh masak, fikiran saya mula lah jadi kacau bilau, kepala hotak mula lah rasa tension, nasib baik tak mereng duduk menyangkung kat belakang dapur tu, hahahhahah. Masa tu kan, dalam hati saya selalu membebel2, ehhh, apa ni, saya kan tetamu, sepatutnya di layan lah macam tetamu, apa pasal pulak saya yang kena masak2 untuk dia orang ni semua, serius acik tension tau masa ni. Saya selalu belasah je masak apa yang saya gheti, menggigil2 tangan nak pegang sudip, carik periuk pun boleh amik masa 1/2 jam ko tahu tak. Balik2 menu yang saya masak masa tu kan, tumis air sawi, telur dadar dan ikan goreng, hahahhahah, terbaik lah masa tu.
Bila balik je, tak sempat tutup pintu kereta lagi, saya dah merungut2 kat Mr.R, apalah mak you ni, asal saya balik je dia suh masak, pastu suka tinggalkan saya sorang2 kat dapur, sekali tu Mr.R bersuara ko, ini lah masanya you nak belajar sesuatu, kalau you tak tahu, kenapa tak cakap terus kat mak saya yang you tak pandai, kalau tak pandai, mak saya boleh ajar, boleh bagitahu nak buat tu semua macam mana, you tak pernah cakap tak pandai pun, asal mak saya suruh, you diam je, kengkonon acik budget menantu lindungan kaabah, tak nak cakap tak tahu, macam bagus lah konon, hahhahahhaha.
Mulai saat tu lah, saya belajar masak dengan lebih tekun dengan mak saya, saya mula tanya itu, tanya ini, dan bila balik ke umah mertua pun saya dah takde perasaan takut2 nak masak lagi, memang betul cakap Mr.R, asal saya tak tahu je saya tanya mak mertua saya, sukatan serbuk kari, air asam jawa lah, itu lah, ini lah, dek banyak nau bertanya kan, lelama mak mertua saya standby je kat dapur sekali dengan saya sebab balik2 saya tanya, balik2 saya tanya, so dia pun duduk sekali senang nak menjawab semua pertanyaan saya tu.
Bertitik tolak dari situ, hahhhhhhh, ko tengok ayat acik, bertitik tolak tu, hahhahaha, sambung balik, bertitik tolak dari situ lah saya semakin pandai dan tidak kekok untuk memasak, siap tukar2 menu kalau masak kat umah mertua saya, tomyam lah, ayam masak merah lah, nasi ayam lah, huiiiii macam terror sungguh lah. Sebab tu saya macam tak boleh terima kalau dah berkahwin pun ada yang masih gunakan ayat tak pandai masak lah, kalau tak pandai makna nya kena belajar jadi pandai lah kan, takkan tak pandai sampai bila2.
Oleh sebab itu wahai pengantin2 baru sekalian, semoden mana pun kamu, sila ringankan tulang di dapur ye, kalau tak tahu, boleh belajar, bukan nak suruh pandai macam chef tu, dapat masak untuk keluarga sendiri makan pun dah cukup. Jangan amalkan balik umah mak mertua hanya untuk bersenang lenang, mengadap tv seharian dan mengambil kesempatan untuk berehat2 je, kalau dah siap masak, dah siap berkemas, baru lah boleh bersenang lenang.
Saya sudah semestinya akan menggunakan pendekatan seperti yang mak mertua saya buat untuk bakal2 menantu saya kelak.
Sekian entry panjang lebar saya untuk hari ni. Jumpa lagi. Daaaaaaaa