Dah lama giler tak buat sarapan masa weekday, selalu weekend je baru sebok2 buat sarapan ni, tapi kali ni kena buat jugak sebab si debab dah mengidam nak bawak roti celup telur ni ke sekolah. Dari malam tu dok bisik2 kat saya nak bawak roti ni, memang sekolah dia ada bagi makanan untuk sarapan pagi tapi dia still nak bawak jugak, so saya layan kan aje.
Tak banyak pun saya buat, 3 keping je dan siap potong2 kan untuk dia bawak ke sekolah, dia bawak separuh, yang selebihnya saya lah yang ngap. Kali ni terlebih efisien ye kawan2, lepas dah celup kan telur tu dan letakkan dalam kuali saya taburkan sedikit pepper, itu yang nampak berbintik2 hitam dan rasanya memang lebih sedap lah.
Ini sup sayur carrot + fishcake + fishball yang di masak kelmarin. Dulu2 masa saya bersekolah menengah kan, saya dalam aliran Sains Rumah Tangga, memang ada di ajar cara2 buat fishball ni, selalunya kena gunakan ikan tenggiri lah, tapi yang kat gambar ni saya beli fishball yang dah siap je, mana ada masa nak buat fishball buatan sendiri wei (sila terima lah alasan klise ni, hihi)
Ayam goreng berkicap, saya sengaja tak nak buat kuah nya banyak2, ye lah dah ada sup sayur yang berkuah kan, yang ni saya campurkan dengan ubi kentang bergoreng dan cili api yang di tabur macam tu je, biar kurang pedasnya, kalau tak nanti si debab tak boleh nak menikmatinya pulak. Ayam ni saya goreng kan dulu dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan serbuk kari, so rasa dia lainlah sikit, baru sedap kan kan kan.
Tidak ketinggalan sebagai pembuka selera malam tu, telur masin laaaa. Saya dah beli banyak stok untuk bekalan bersahur dan berbuka puasa nanti, memang lumrah kat umah saya ni bila bulan puasa tiba je, stok soohoon, ikan masin dan telur masin mesti kena lebih dari biasa, lauk2 macam ni lah pembuka selera untuk bersahur. Seingat saya, lauk bersantan langsung tak pernah di masak semasa bersahur mahupun berbuka, cepat muak katanya.
Saya nak share resepi ayam goreng kicap yang simple tu :
1/2 ekor ayam (digaram kunyit kan dan digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar kuning
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kicap manis
Kicap masin
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sedikit air
6 batang cili api (jika suka pedas)
Cara-cara nya :
Panaskan minyak secukupnya, tumiskan halia sehingga garing, masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau sehingga naik bau nya, masukkan sedikit air, kicap manis, kicap masin, sos tomato dan sos cili, gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng terlebih dahulu dan sedia untuk dihidang. Kalau suka berkuah, tambahkan lagi kuantiti air.
Sekian.
Korang tengok si angah, tak cukup tangan, dengan mulut2 sekali dia pegang duit tu, kalau main game cenggini, saya jadi banker sebab seperti korang sedia maklum, orang scorpio cam saya ni tak suka kepada kekalahan, bisa terbakar hati, hahahhaha, main dengan anak2 pun acik boleh jadi tertekan kalau bankrap ok, dari menerima tekanan hebat sebegitu rupa lebih baik lah saya jadi banker je, kompom banyak duit dari mula sampai habis, muahahhaha.