Monday, August 30, 2010

LUAHAN HATI SEORANG TUAN RUMAH

Salam.

Kepada kawan2 yang ada menyewa umah tu, boleh tak sebelum nak beraya ni korang jangan bagi pening kat tuan umah korang. Jangan ingat tuan umah korang ni banyak duit, orang yang kaya raya, so korang boleh bagi dia orang macam2 alasan tak nak bayar sewa bulan ni. Bukan ke sewa umah tu dah termasuk dalam budget bulanan korang, apasal nak raya ni pulak korang nak bagi alasan macam2 sebab nak mintak tangguh bayar sewa umah. Korang kena ingat, tuan umah korang pun nak sangat sewa umah tu nak buat modal bayar hutang, hahahhaha, emosi sungguh lah di petang hari ni ye.

Kadang2, penyewa ni kena letak diri dia di tempat tuan rumah, baru dia tahu, betapa peri pentingnya membayar duit sewa rumah mengikut jadual, hrmmmm, tak aci lah asyik tuan umah je nak kena prihatin dan paham masalah penyewa, bila pulak penyewa nak paham masalah tuan umah dia orang pulak, bila bila bila ????

KISAH SEPASANG KASUT SEKOLAH

Salam.

Pada kawan2 yang ada anak lelaki yang bersekolah tu mesti dah tahu ragam dia orang kat sekolah kan, anak saya si angah tu memang aktif kat sekolah, kasut sekolah dia, kalau pakai sehari pun dah kotor macam pakai seminggu, baju dia jangan citerlah, hari2 kena tukar pakai baju yang lain, jangan harap nak ulang pakai baju yang sama. Tapi setakat ni, alhamdulillah, dah darjah 4, belum lagi saya atau Mr.R kena panggil dek guru besar, hahahhaha (apa motip gelak ni pun saya tak tahu).

Dua minggu lepas ada satu kejadian yang berlaku kat angah, tapi saya malas nak perbesarkan sebab saya selalu fikir, kalau angah tak ganggu orang lain, orang lain pun tak akan ganggu dia, mesti benda yang berlaku ni atas keaktifan dia kat sekolah, so saya nasihat kan dia macam biasa walaupun berpuluh puluh kali dia cakap, memang dia tak pernah kacau kawan2 sekolah dia. Korang nak tahu apa insiden nya ? Meh saya citer tentang kisah sepasang kasut sekolah angah yang hilang semasa dia di library !!!!!!

Pagi tu dia kelam kabut call saya dari public phone sekolah untuk bagitahu kasut sekolah dia hilang, tapi saya tak berapa jelas dengan cerita dia sebab talian telefon tu terputus, so saya yang kat opis ni dok pening pikir, macam mana kasut sekolah dia boleh hilang, hrmmm, ni mesti kes kawan2 main sorok kan kasut, saya pun tak nak pening2, pikir positif yang mesti kasut dia akan dijumpai nanti, di pendek kan citer, sampai waktu balik sekolah pun kasut dia tak jumpa, so sepanjang masa kat sekolah tu dia berstokin je, dan nak dijadikan cerita jugak, ada 3 orang yang kehilangan kasut hari tu.

Saya tak kuasa nak jumpa teacher dia atau pun menulis surat kat teacher dia sebab dalam pikiran saya ni, budak2 punya ragam memang macam2 kan, saya suruh dia bawak beg plastik setiap hari ke sekolah untuk simpan kasut dia bila dia ke library. Rupa rupanya ada di kalangan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kejadian tu, dia orang tulis surat untuk cikgu mengambil tindakan supaya kejadian yang sama tidak berulang dan pergi sendiri berjumpa dengan cikgu untuk bercerita dengan lebih lanjut. Terima kasih banyak2 atas aduan tersebut sebab setelah 2 minggu kasut2 tu hilang, akhirnya kesemua nya telah dijumpai dalam keadaan selamat, haahhaaha ( lagi sekali motip gelak ni pun saya tak tahu)

Bagaimana kasut yang dah 2 minggu hilang boleh dijumpai dengan selamat ? Adakah satu intipan telah dijalankan ? Adakah suspek telah ditemui dan soal siasat telah diadakan sehingga membawa kepada penemuan kasut2 tersebut ? Atau adakah perkhidmatan bomoh hebat telah digunakan oleh pihak sekolah sehingga berjaya menunjukkan tempat kasut2 tersebut disorok kan ? Pihak berwajib mengatakan, ada unsur2 cemburu yang membawa kepada kehilangan kasut2 tersebut, cemburu kan apa ? Jawapannya ............ saksikan Aduan Murid dalam episod yang akan datang !

Friday, August 27, 2010

RESEPI PUDING JAGUNG

Salam.

Hari ni cuti Nuzul Al-Quran, so tengah melepak2 di umah bersama anak2. Dah nak masuk 17 hari berpuasa baru saya tempek gambar makanan, boleh lah ekkk, dah puas menahan nafsu dari menempek gambar2 masakan tau, kasi chance lah tempek yang satu ni sebab keterujaan melebihi segala galanya, hahahhaha.

Korang nak tahu, ini lah first time saya buat sendiri kuih ni tanpa bantuan dari sesiapa, kalau sebelum ni bila mak saya or mak mertua yang buat, saya tukang kacau2 je dalam periuk tu, kali ni dari beli bahan2 dan membuatnya semua nya saya, wahhhhhhh, rupanya senang giler nak buat kuih ni, kalau saya tahu senang macam ni, dah lama saya buat sendiri, lepas ni nak buat lagi tapi saya nak cuba masak dalam oven pulak so dia jadilah puding jagung bakar, sedap !

Tahun ni jugak adalah tahun paling cemerlang bagi saya, pelbagai resepi saya dah cuba dan semuanya menjadi, syiok betul.

Jom share resepi nya : terima kasih http://sue-hasue.blogspot.com untuk resepi ni.


Bahan-bahan nya : 

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara nya :

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri atau yang bersesuaian.



Selamat mencuba.

Thursday, August 26, 2010

EHHHH DIA DAH 6 BULAN LAAAA

Salam.

Hari ni 26hb kan kan kan, maka nya, budak kecik ni dah berusia 6 bulan. Dah pandai macam2, bulan ni jugak saya dah mula bagi dia makan bubur nasi yang di blend.

Haiiiiiiii acik Anne & acik Lija ! Saya dah 6 bulan tau, mama cakap saya good boy sebab masih tak kacau waktu tidur mama di waktu malam, hihihi.

Bantal memang wajib letak kat depan dan belakang walker dia sebab pesen dia sekarang suka hentak kan kepala dia ke depan dan belakang, kalau tak de bantal, sendiri mau ingat lah. Buat masa ni dia lah yang cucu mahupun anak saudara yang paling kecik di kalangan sepupu sepapat dia, makanya memang menjadi kemanjaan semua, hrmmm, saya tengah tunggu rezeki adik ipar saya untuk mendapat baby, harap2 rezekinya cepat, amin. Kalau tak nanti, saya jugak yang akan keluarkan lagi cucu untuk mak dan abah saya, hahahhahaha.

Habis dah.

Wednesday, August 25, 2010

PATRIOTIK KAN KAN KAN

Salam.

Oh bangganya saya nengok mercskancil mata bulat 850cc saya ni, dah lah memang comey, bertambah comey dan anggun bila ditempek sticker sunshade bendera ni.

Korang bayangkan ek, punyalah banyak sticker sunshade lain yang bercorak, hati saya terpaut pada yang satu ni, ohhhh, negara ku Malaysia, aku sungguh bangga menjadi rakyat dan lahir di bumi bertuah mu, semoga kesejahteraan ini akan berkekalan, Amin.

Tapi kan, di sebabkan sticker sunshade yang lain dari yang lain ni, saya telah terkantoi memandu secara laju dek abah saya, ehhhh 100km/j tu laju ke, mana ada kan, kancil kalau bawak 140 ke, tak pun 160 ke, barulah bergegar2 kan, 100 tu ok sangat dah, betul tak, mana ada laju ! Petang tu masa saya nak amik anak2 kat umah abah terus saya kena soal, ehhhh, kau ke yang bawak laju tadi nih, saya jawablah, mana ada, orang bawak 80km/j je, mana ada laju, abah saya sound balik, sudahlah, memang kereta kancil kau tadi yang abah nampak, ada gambar bendera ni kat tingkap, senang nak cam, jangan bawak laju2 sangat, bla bla bla.

Yelah yelah, lepas tu, dari umah abah sampai lah ke simpang depan umah abah dan jalan lurus tu saya maintan je lah 60km/j, dah lepas dari pandangan mata abah baru saya berdesuppp balik, hahhahah, bertuah punya anak kan.

Tuesday, August 24, 2010

SEMBANG SEMBANG 14 RAMADAN

Salam.

Minggu ni dan minggu depan memang best, kerja 4 hari je, minggu ni hari Jumaat cuti untuk Selangor sempena Nuzul Al-Quran dan next week pulak cuti hari Selasa sempena hari kemerdekaan negara yang ke 53 tahun. So far, takde plan apa2 sebab semua kelengkapan untuk anak2 dah cukup, tunggu raya je. Owhhhh, ada projek kat umah tu tapi tak boleh gebang kat sini sebab.......... hrmmmm, biarlah rahsia.

Semalam sampai umah lewat sikit sebab kena fetch kak long tapi as usual bila semua dah ada kat umah tu senang sikit, boleh lah saya concentrate kat dapur sementara yang lain2 tu tolong apa yang patut dan yang paling penting sekali adalah siap memasak sebelum waktu berbuka.

Dah nak masuk 2 minggu berpuasa ni, so far so good, menu masih belum ada siaran ulangan, berkat rajin mengoogle resepi, macam2 lah yang boleh dibuat, semalam ada rezeki lebih, mak mertua bagi kuih lopes yang super duper sedap dan lauk kari ikan tenggiri so saya masak sup ayam + carrot + kentang, ikan bakar + air asam dan goreng sayur sawi je, tapi yang paling laku adalah air asam resepi mak mertua ku, memang terbaik.

Petang ni nak buat tomyam udang, buncis goreng, rebus telur masin dan tempe goreng je, dan kalau rajin buat jemput2 sardin + kentang. Ok kawan2, chow chin chau !

FRUST MENONGGENG ????

Salam.

Kesian kat mamat ni wehhh, dia tengah frust, hrmmmm, kesiannnnn, sampai tertonggeng tonggeng tau tak !! Itu lah, umur baru 10 tahun dah sebok nak berchenta, bila chenta tak berbalas, kan dah menonggeng nonggeng jadinya, ish ish ish, kesiannnnnnn.

Yang sebenar benar nya adegan ni terjadi sebab dia dok menahan sakit gigi nya tu, gigi tu pulak nak sakit hari Ahad, dah petang pulak tu, mana ada klinik gigi yang bukak masa ni, nak tak nak kenalah bertahan sampai ke hari Isnin untuk ke klinik gigi. Saya bancuhkan air garam suam untuk dia berkumur bagi mengurangkan kesakitan gigi dia tu. Kesian dia, senyap je dok menahan sakit, nasib baik dapat berpuasa penuh hari tu.

Now dia dah tak menonggeng lagi sebab gigi geraham dia dah ditampal, boleh lah menceceh dan senyum seperti sedia kala.

Sekian.

Monday, August 23, 2010

BORAK BORAK 13 RAMADAN

Salam.

Alhamdulillah, masih dapat berpuasa dengan diberikan kesihatan yang baik. Angah pun dah tak banyak songeh bila berpuasa, masa sehari dua mula berpuasa tu, banyak betul menguji kesabaran mama nya ni, now dah menginjak ke minggu kedua, nampaknya makin okay, mimi paling lawak, orang puasa dia pun puasa tapi menyusu tetap sampai 5 kali sehari.

So far, sangat memberangsangkan, hari2 dapat masak di rumah, kuih muih pun buat sendiri, anak2 tak cerewet, buat jemput2 untuk berbuka pun dia orang dah happy. Ada jugak kawan2 saya yang cuak untuk memasak di bulan puasa sebab tak boleh nak merasa cukup garam dan sebagainya, senang je kawan2, berbuka lah dulu, sebelum hidangkan lauk pauk tu, pergi standby panaskan balik kat atas dapur dan tambah lah garam kalau tak cukup masin nya tu, kalau tak rasa confident langsung, jangan bubuh garam langsung masa memasak tu, dah berbuka baru letak garam macam biasa. Saya faham sangat, kalau yang jarang2 masak memang susah nak sukat garam tu, saya dulu pun macam tu jugak, ni sebab dah berkeluarga dan hari2 memasak so dapat menganggar dengan jayanya.

Hari Sabtu sangat seronok sebab semua berkumpul kat umah mak abah, riuh rendah jadinya, bila Hakeem dah tidur, saya pun join dia orang main bunga api, over dari mimi ok, siap berlari lari anak sambil main bunga api dengan harapan lelemak akan terhancur sikit lah, hahahhaha. Semalam berbuka kat umah sendiri, saya masak ketam masak lemak cili padi, sup sayur cauliflower + carrot + fishcake, telur bungkus dan goreng ikan masin sepat. Siap buat onde2 also known as buah melaka tau, alah senang je buat kuih tu kan.

Hari ni plan nak buat ikan bakar cicah air asam, sawi goreng, ikan bilis berlada dan sup ayam + kentang + carrot. Sampai jumpa lagi, bye bye.

KITA SEMUA SAMA

Salam.

Jangan berbangga dengan Topman & Chanel kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan

Jangan berbangga dengan BMW & Ferrari kerana kenderaan kita yang terakhir adalah keranda

Jangan berbangga dengan banglo & rumah yang cantik kerana rumah kita yang terakhir adalah kubur

Jangan berbangga dengan kecantikan rupa dan tubuh badan kerana akhirnya ianya akan menjadi santapan si cacing tanah

Sekian

Friday, August 20, 2010

AZAM SUDAH TERCAPAI

Salam.

Sekarang dah bulan Ogos, makanya bagi kawan2 yang ada azam pada awal tahun hari tu, tentu dah boleh tahu sama ada azam korang tu tercapai atau tidak. Untuk saya ? Hrmm, well, sebahagian besar nya sudah tercapai, especially bab tak nak amik pot dengan orang sekeliling yang menjengkelkan dan biadap, satu tepukan gemuruh untuk diri saya sendiri, saya berjaya mengawal perasaan tersebut, biaq pi lah orang nak kata apa, nak buat apa, cheq takmo amik peduli lagi, dan di ulangi sekali lagi, saya berjaya, yeyyyyyy.

Korang, jom jadi hamba allah yang selalu bersyukur, betul lah, lately ni saya telah belajar menjadi orang yang selalu bersyukur dengan apa yang ada, takmo mengeluh especially mengenai penampilan diri, tak baik asyik komplen dengan apa yang kita ada kan, cuba tengok orang yang kurang upaya lagi kesian, so kita yang cukup sifat ni kenapa tak habis2 nak komplen, Allah s.w.t tu maha adil lagi saksama, dia cipta hambanya ada kekurangan dan kelebihan dalam diri masing2, pendek kata, dalam setiap diri hamba Allah s.w.t ni mesti ada kelebihan dan tak lupa juga kekurangannya, so kita tak perlu mendabik dada kalau kita ada kelebihan dari orang lain sebab jangan lah lupa pulak untuk melihat kekurangan dalam diri kita. Contoh senang nak bagi korang paham : saya dok tak habis2 perasan, saya lah cantik, jelita, tapi kekurangan saya pulak adalah tak berapa kurus (gemok lah tu) dan tak berapa nak tinggi (pendek ler), tapi alhamdulillah dalam gemok dan pendek ni semua sifat saya mencukupi.

Ok, saya bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t dah kurniakan pada saya, kalau dengar saya komplen lagi lepas ni sila berkhutbah kat saya ye.

Tamat.

Thursday, August 19, 2010

WAHAI CERMIN SAKTI, SAPE PALING ENSEM ?

Salam.

Kat umah korang ada cermin sakti tak, sakti ye, bukan sakit, hahahhahah. Kat umah saya ada tau, cermin ni boleh menampakkan seseorang itu lebih lawa dari biasa, kalau saya berdiri kat depan cermin ni kan, automatik saya akan seploh kali lebih jelita dan seploh kali lebih kurus, ehhhhh, tak caya ke, moh datang umah dan try, saya tak akan kenakan sebarang caj untuk korang.

Saya tak nak letak gambar saya di depan cermin sakti ni kat dalam blog, almaklumlah, saya ni kan dicemburui oleh banyak pihak di luar sana tu, maka nya saya tunjuk gambar budak kecik ni sahaja, nak guna cermin sakti ni kena tanya kat depan cermin tu, wahaiiiiiiiiiii cermin sakti, sape paling ensem untuk lelaki, untuk pompuan, sape paling lawa, masa tanya tu, korang jangan pergi mana2, duk berdiri je kat depan cermin tu, bergerak2 pun jangan tau, sat lagi keluarlah imej orang ensem atau lawa yang berkenaan, best ohhhhh.

Korang, tq ehhhh, baca gak entry tak berpaedah ni sampai ke noktah terakhir. Tata titi tutu

Wednesday, August 18, 2010

ORANG DEWASA PUN MELEPEK, BUDAK2 LAGI LAH

Salam.

Cuaca semasa bulan puasa ni sangat nyaman kan, ehhh ada ke cuaca nyaman, belasah je lah ye, maksud saya tak panas sangat so tak terasa lah keletihan nya tu, especially untuk saya yang jadi drebar amik anak2 balik dari school setiap hari ni. Biasalah, hari pertama tu je ada rasa penat sikit, masuk je hari kedua dah bertenaga macam hari biasa, budak Afiq kat opis ni pun pelik dengan saya kenapa bertenaga macam biasa, jawapan nya mudah je dikk, lelemak kat dalam badan banyak, so dia boleh cover rasa kelaparan tu, hahahha, ok tak teori saya ?

Kalau hari biasa tu, bila amik budak bertuah 2 orang dari school, dalam kereta tu dia orang mesti ada je kerja nak buat kat belakang tu, berborak lah, menyanyi lah, bergadoh lah, tapi semenjak hari pertama berpuasa sampailah sekarang ni, inilah aktiviti nya :

:

:

:

:

:

:

Angah memang cekap yang amat, masuk je, tutup pintu kereta, dah belayar, ada sekali tu dia terlelap sampai spek mata dia tersenget2, hahhahaha. Kesian kan, penat agaknya, ye lah tak boleh makan dan minum macam biasa. Si mimi pulak, bila takde orang nak melayan karenah dia, automatik dia pun terlelap sekali, letih macam orang berpuasa lah konon nya tu. Korang nak tahu tak, kak long dan mimi ada satu sifat yang sama, bila tidur tu, mata dia orang tak tutup habis, mimi tak teruk sangat, kak long lagi lah, bila dia tidur macam separuh je mata dia tertutup, ikut sapa tak tahulah, sebab bila Mr.R tidur, saya nengok takdelah macam tu, bila saya tidur pun, Mr.R kata elok je mata saya tertutup rapat, siap berdengkor lagi, hahahhaha.

Ok habis.

Tuesday, August 17, 2010

SESUDAH 7 HARI BERPUASA

Salam.

Sudah hampir seminggu kita berpuasa, so far so good bebbeh, tak jejak lagi bazar2 ramadan yang banyak kat area ni, tak pernah beli lauk lagi, everyday dapat masak dengan jaya nya, biarpun ada baby kecik kat umah tu, clap clap clap.

Semangat nak masak untuk bulan puasa ni ada lain macam sikit tau, dia punya semangat tu terlebih2 atau over, penat otak pikir nak masak apa,biar spesel sikit dari bulan2 yang lain, mungkin perasaan over ni mengenangkan suami dan anak2 yang tak makan & minum seperti hari2 biasa kan.

Hrmmm, jap nak ingatkan balik, saya masak menu apa dari hari pertama berpuasa, kesimpulan nya memang terbaik ahhhh, dah masak ayam black pepper, telur bungkus, udang masak serai, ayam masak merah, tomyam dan macam2 lagi, untuk pencuci mulut pun ada, siap buat puding jagung lagi, ohhhh terharu sungguh dengan kerajinan melampau saya ni.

Hari Ahad lepas, saya balik umah mertua untuk berbuka, semenjak ada baby kecik ni tak boleh nak keluar on time, ada je benda nak settlekan, bila kita dah bersiap, baby pulak nak tidur, bila dah terjaga, nak menyusu pulak, nak keluar umah kang, dia terbuang air pulak, so itu semua alasan kukuh untuk melambatkan perjalanan.

Sampai umah mertua pun lepas Asar, so cepat2 minta maaf kat mak mertua sebab lambat sampai, tapi yang paling menyentuh jiwa tu, mak mertua punya reply lah : takpa aihh lambat, janji boleh tolong mak masak. Mak mertua suruh saya masak kan ayam masak merah untuk dia, siap cakap tolong masak sama macam yang dia pernah makan kat umah saya sebelum ni, dan yang paling menyentuh perasaan, ehhh berapa banyak menyentuh2 ni, hahahhah, yelah, terharu ni, mak mertua saya dah siapkan semua bahan2 nya, dah siap goreng kan ayam dan hiriskan bawang, nak tunggu saya masak kan aje, so sweet lah mak mertua saya ni. Jangan kata tolong masak kan ayam je, lauk lain hari tu pun saya tolong masak kan, sib baik sempat siap semua sebelum berbuka.

Semalam hujan lebat betul masa amik anak2 dari umah nenek, sampai umah pun dah pukul 6.15 petang, lagi lah double punya kelam kelibut kat dapur tu, lagi 5 minit nak berbuka baru sempat nak bersiram tau, hrmmm, so hari ni dah tukar jadual dengan Mr.R, nak minta dia pulak tunggu angah balik sekolah agama dan saya berdesup terus balik umah dan fetch kak long je, harap2 strategi menjadi lah.

KALAU LAH SEMUA PEMANDU BERHEMAH

Salam.

Kadang2 tu rasa pelik lah, pemandu2 ni semua mesti dah amik ujian memandu kan, sebelum ujian tu dah bagi dengar ceramah lah, bagi baca buku dan nota lah, tapi bila dah dapat lesen, semua nya buat2 lupa dengan apa yang dah dipelajari. Ramai yang bawak kereta ikut kata hati masing2 je, apa yang dipelajari semua nya di tolak tepi. Susah sangat nak berjumpa dengan orang yang memandu tapi masih ingat dengan ilmu dan pelajaran yang sekolah memandu tu bagi, tak pernah di praktik kan langsung, belajar hanya untuk dapat lesen sahaja, wasted !

Salah satu perkara biasa yang berlaku adalah pemandu yang tak faham dengan peraturan kereta keluar di susur jalan, bukan ke masa amik lesen dulu dah diberitahu tentang peraturan selang seli, maksudnya kereta yang kat jalan lurus akan memberi laluan kereta2 di susur jalan untuk masuk ke jalan besar secara berselang seli, kalau takde peraturan macam ni, sampai ke sudah lah kereta2 di jalan susur tu tak akan dapat lepas masuk ke jalan besar.


Kereta hitam kat depan saya ni adalah salah satu contoh terbaik, saya syak dia pemandu baru yang dapat lesen, P ada tertampal kat kereta tu dan cara dia pegang stereng dan jarak antara kerusi dan stereng adalah sangat dekat, so saya assumed dia baru dapat lesen dan seharusnya dia belum lupa tentang apa yang dia belajar tempohari. Masalahnya dari mula saya di susur keluar ke jalan besar tu dia tak bagi saya masuk langsung, saya dah bagi signal dari awal2 lagi pun, dan siap pandang kat arah dia tapi dia buat tak tahu, saya slow2 nak masuk ke arah jalan besar, dia tetap nak rapatkan kereta dia ke depan, so pemandu di belakang dia yang faham dengan peraturan jalan raya bagi saya menyusup masuk.

Cuba korang nengok betapa hebatnya pemandu kereta hitam ni kan, sampai ada kereta yang dah sampai ke penghujung susur jalan pun dia tak bagi masuk jugak. Ehhhh dia ingat dia tak bagi kereta lain masuk kat depan dia, dia boleh sampai cepat ke destinasi, at last dia adalah kereta pertama yang kena berhenti kat lampu merah nak masuk ke tempat kerja kita orang ni, saya yang kat belakang dia kalau boleh nak keluar dari kereta dan pergi kat sebelah dia ataupun depan cermin dia dan tunjuk tanda bagosssss !

Tu belum lagi citer pengalaman kat roundabout dengan pemandu2 yang suka masuk lorong last minute, duduk lane paling hujung tapi nak masuk lane tengah, iskkk, macam2 lagi lah.

Korang, selamat memandu dengan berhemah macam saya ye. Bye bye

Monday, August 16, 2010

RAJIN KAN KAN KAN

Salam.

Saya berpindah kat umah ni dah nak masuk lapan tahun, seriously korang, dah nak masuk 8 tahun saya duduk sendiri kat umah ni, saya rasa, adalah dalam 2 atau 3 kali je saya dok menyapu kat porch ni, sebabnya yang selalu buat kerja2 kat luar umah ni semua adalah bawah tanggungjawab Mr.R, lagipun dia tak bagi bini dia yang jelita ni menyapu kat luar sebab nanti jalan kat depan tu akan jadi jem sebab semua pemandu memperlahankan kereta sebab nak menoleh kat perempuan jelita yang sedang menyapu tu, hahahhahahahhaha, ya rabbi, seronok nya kalau statement ni real kan kan kan.

Memang rutin setiap petang, saya akan fetch angah, mimi dan hakeem dari umah mak saya, so bila dah sampai umah tu, semua dah tahu apa yang perlu di buat, angah punya duty, haruslah tolong buka kan pagar dan pintu rumah, turunkan semua barang2 dari kereta. Biasa nya saya akan terus masuk ke dalam rumah dan port utama yang dituju adalah ke dapur, ye saya tak akan menukar baju mahupun bersiram selagi kerja memasak kat dapur tu tak settle, uniform memasak setiap hari adalah baju kerja tu lah. Rutin mimi pulak, melayan hakeem melepak depan tv.

Dah selalu sangat dia tengok Mr.R dok menyapu porch tu setiap hari, dia pun dah expert, sekarang ni memang kalau dah sampai rumah, dia akan capai penyapu dan sapu mana yang boleh, so bila babah dia balik nanti, babah dia sapu balik mana yang perlu je.

Ko nengok dia punya ketelitian tu, sampai bawah kereta pun di sodok nya sampah2 yang ada, saya snap gambar ni kat tingkap masa dia tengah khusyuk menyapu, bertuah punya mama kan, anak tertunduk2 menyapu, mama dia riang ria snap gambar celah tingkap, lalalalalalala.

Korang suka menghias halaman umah tak ? Saya suka jugak, dulu pun memang ada lah jugak tanam 4, 5 pasu kat umah ni, tapi dah memang takde ciri2 kesenian nak menjaga pokok, nak membaja dan trim bagai kan, semua pokok bunga dah takde, yang tinggal pasu2 kosong je, takpe, biar kosong, senang nak sapu, alasan oh alasan, yang sebenarnya tak koser nak menggembur tanah, membaja & menyiram, maka nya laman ni togel je lah. Nak berlanskap bagai memang takde langsung, betul2 boleh parking 2 biji kereta je, hiasan dan yang sewaktu dengannya memang takde la.

Ehhh, dah nak masuk hari ke 6 kita berpuasa kan, selamat membuat amal ibadat di bulan ramadan ye.

Friday, August 13, 2010

HARI KE 3

Salam.

Ermmm, hari ni dah nak masuk 3 hari kita semua berpuasa kan. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar setakat ini, phewww, semoga kelancaran ini akan berkekalan hingga ke penghujung Ramadan. Amin.

Hari pertama puasa, sangat bersemangat ok, saya bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan sahur, tapi takat masak tumis air sayur dengan sambal tu apa lah sangat kan, cepat siap nya, dah janji nak kejut yang lain2 tu pukul 5 pagi, so puasa hari kedua tu genjak kan sikit ke 4.15 pagi pulak, ehhhh sempat jugak lah, hasilnya pagi tadi genjakkan lagi ke pukul 4.30 pagi, muahahhaha. Sempat jugak ok, elok siap hidangkan makanan, kacau air, askar2 pun turun untuk bersahur. Don't worry, saya tak akan genjak kan lagi masa bersahur tu, ehhhh setakat ni kan, sebelum2 ni pun, saya tak pernah terlelap sampai tak tersedar, suspen jugak dengar kawan2 yang terbabas tu, harap2 saya sentiasa akan terjaga untuk bersahur.

Balik petang tu, lepas amik angah, mimi dan hakeem, saya berdesuppppp masuk ke dapur, pandai2 lah angah dan mimi nak melayan hakeem. Tak risau sangat sebab bulan puasa ni, Mr.R dan kak long balik awal, so kerja saya pun menjadi bertambah senang. Tapi yang kelakarnya tu, antara angah yang berumur 10 tahun tu dan mimi yang baru 4 tahun tu, mimi lagi boleh diharap jaga adik, kalau adik nangis, dia cepat2 agah dan main2 dengan adik, kalau si angah, bila adik nangis, dia suruh budak tu diam, ehhhh diam lah hakeem, jangan lah nangis, angah nak tengok tv ni, hahhaha, macam lah budak umur 6 bulan tu paham arahan dia kan.

Nasib baik jugak, waktu maghrib agak lewat kan, so memang sempat lah nak siapkan semua juadah berbuka, nak bagi tahu kat korang ehhh, biar lah kat hotel mahupun restoran ada menyediakan pelbagai juadah enak untuk menu berbuka puasa, saya tetap memilih untuk memasak sendiri dan berbuka bersama keluarga di rumah, lebih selesa dan ada umphhhhh !

Habis.

OIIII EN. JAMBANG, TAG MU SUDAH KU JAWAB !

Salam.

Dah lama gilerrrrrr tak buat tag ni semua kan. Memandangkan si jambang ni bagi kat saya, maka nya saya buat lah, tak buat kang, kecik hati si jambang yang bajet ensem ni, hahahha, ko jangan marah2 mizzy, gugur jambang ko kang.



Soalan pertama dia suh saya jawab ehhh : APA NAMA BLOG

Nama blog ni buat masa ni Coretan Perempuan Tak Kurus Kurus, nama ni akan bertukar ikut musim, ehhhh mana tahu kan, lepas ni saya tersusut ke, boleh lah saya bagi nama blog ni Perempuan Tembam Dah Susut Sikit, hahahhaha. Kalau bertambah2 tembam nya nanti, saya tukar lah lagi nama blog ni, Dulu Tembam Sekarang Lagi Tombam

Soalan kedua dia pulak : BILA START BUAT BLOG

Saya start merapu kat blog pada 4 November 2008, saya selalu nengok kawan kat opis lama dulu, Puan Ima selalu update blog dia, lama2 dah kenal apa itu blog dan terus jatuh cinta dan terus ingin mencuba bakat yang memang sedia ada untuk merapu ni, sekarang ni lagi lah, kiri kanan depan belakang semua orang pun dah ada blog. Dia tanya bila start buat blog je kan, tapi saya nak gebang dengan panjang lebor lagi, tu lah, sape suruh saya jawab soalan, kan dah meleret2, hobi merapu bebb, hahahha. Masa mula2 buat blog dan sampai lah ke hari ni, ada 2,3 kerat yang baca dan tinggalkan komen pun saya rasa happy giler, janganlah nak dibandingkan dengan blogger2 hebat yang sampai beribu satu hari orang baca blog dia, ehhhh, ko ingat senang nak suruh orang membaca hasil merapu ko yang tak seberapa ni, hanya blogger tak popular macam saya ni je yang paham, dapat nengok 30 orang baca pun rasa kagum, padahal, adik beradik, sepupu sepapat je yang meramaikan pun, takde hal, gebang pun untuk suka2 dan tatapan sendiri kan kan kan, memang tak popular pun, belum ada lagi yang terjumpa kat kedai mamak or kat pasar malam yang tegur : ehhh ni kak shibam ye, i selalu baca blog you, berangan lah ko, hahahhahha

Soalan ketiga dia pulak berbunyi begini : SIAPA FIRST FOLLOWER ANDA

Mengikut rekod dalam blog ni, ehhh korang ingat klinik, opis je ada rekod ni semua, blog ni pun ada lah, nengok je lah kat follower tu kan, nama dia cintahatiku, ntah apa jadi kat cintahatiku ni pun saya tak tahu, follow jer, baca atau tak tu kita kira kendian ehhh

Soalan ke empat dia pulak : UCAPAN KHAS UNTUK PEMBERI AWARD

Ehhhh koser aku nak bagi ucapan khas untuk si jambang ni tau, hahahhahha. Yelah yelah, amik lah ucapan saya khas untuk si jambang ni : Mizzy aku doakan ko berjaya dalam hidup sebagai seorang anak, pekerja dan suami orang nanti ye.

Soalan last dia weh : SIAPA NAK DI TAG ?

Meh sini saya jawab ikhlas dari lubuk hati ku, koserrrrrrrrrrr nak tag korang ahhh, korang bukan nya rajin macam saya, berdedikasi macam saya ni kan kan kan, alahhh, korang kan blogger fofular, mana ada masa nak buat tag ni semua, lain lah blogger tak fofular dengan takde bahan cam saya ni boleh lah buat pembanyak entry, laaaaa ada ke ayat pembanyak weh, lantak, janji korang paham kan

Ehhhh ada yang sentap ke baca entry ni, tahu lah bulan puasa, tak boleh minum , tak boleh makan, jangan lah sentap2 weh, cuba senyum sikit, hahhhh, kan elok cam tu. Banyak giler ayat ehhhh dalam entry ni kan, sesuka hati sesedap rasa je.

Bye Bye.

Thursday, August 12, 2010

KAT OFFICE AWAK ADA KE ?

Salam.

Amacam ? Dah nak masuk hari kedua berpuasa ni, ada letih2 lagi, ada monyok2 lagi ke, takpe ehhh, itu fenomena biasa, lepas seminggu nanti di jamin semuanya akan berjalan dengan lebih lancar, banyak2 bersabar ehhh.

Kita orang kat opis ni dah siap2 memasang bendera untuk 31 Ogos nanti. Tahun ni 16 September pun kita bercuti untuk hari Penubuhan Malaysia kan, so nanti boleh lah plan cuti raya tu molek2.

Ini pandangan dari pintu masuk utama ke opis kita orang yang cantik lagi selesa ni, hahhaha, amik ko, siap ada pintu utama lagi ok, pintu tak utama pun ada tau, itu laluan kita orang nak ke bilik termenung nun.

Ini lah dia dua orang jejaka ensem yang bertungkus lumus memasang bendera kat opis ni, habis di letaknya kat semua tempat, selagi kosong, selagi tu dia letak kan bendera tu.

Jangan tak tahu, ini pintu masuk bilik pengarah also known as boss besau opis ni, 2 jejaka ensem tu tak pedulik, nak di gantung nya jugak kat situ, sekarang ni kiranya pengarah lah yang paling patriotik sekali sebab bendera yang paling besau kat depan bilik dia.

Of course satu tempat lagi yang over tu adalah tempat saya lah, biasa, macam tak kenal saya kan, over lebih, baru best. Agak2 mengantuk je bulan puasa ni, boleh pandang bendera tu dan nyanyi lagu Negaraku sambil berdiri, kompom hilang ngantuk nanti.

Jangan countdown nak berhari raya dulu ye, sila countdown nak menyambut Hari Kemerdekaan dulu.

Dah habis. Tamat.

Wednesday, August 11, 2010

EH ! OVER LAH !

Salam.

Hari Sabtu lepas, tadika mimi ada sports day. Saya tak dapat nak join sebab ada duty untuk menghantar dan menjemput kak long dan angah yang bersekolah. Mr.R je yang dapat nengok si debab ni bersukan, not bad tau, dia dapat 2 hadiah, clap clap clap.

Demi untuk hari sukan dia ni, dari minggu minggu sebelumnya dia dah request nak kasut baru, saya suruh pakai je kasut yang lama tu, dia cakap tak nak, sebab kawan2 semua ada kasut baru, tak kuasa nak dengar dia bagi tazkirah kat saya setiap hari, saya pergi jugak belikan dia kasut baru lepas jemput dia dari sekolah.

Cari punya cari, pilih punya pilih, yang bling2 ni jugak dia nak, saya suruh amik kasut putih plain je sebab kasut macam tu lah sesuai untuk berkawad dan bersukan, dia tak nak weh, nak jugak yang bling2 untuk bersukan, koser nak berbahas dengan dia, amik je lah, janji dia happy, walaupun mama dia rasa kasut tu adalah over untuk dibawak bersukan, harap maklum.

Ko nengok lah, tak ke sayang, kasut cenggini nak dibawak berhempas pulas kat padang untuk bersukan. Tak habis2 dalam kereta cakap thank you kat saya sebab belikan dia kasut baru.

Part ni lah yang paling lawak, dia cakap nak suruh semua teacher dan kawan2 dia tengok lampu kat kasut ni masa dia berlari nanti, hahahhaa. Over kan budak ni, sebijik macam nenek dia, fakta ni bukan auta ok.

Dah tu je, jumpa esok. Daaaaaaaaaaa

Tuesday, August 10, 2010

SEDAPNYA NASI LEMAK BERSAMBAL UDANG

Salam.

Hari tu angah ada beli nasi lemak kat sekolah, balik tu dia komplen kat saya, nasi lemak kat kantin tu tak sedap, buang duit je beli dan tidak ketinggalan bagi ayat lebih kurang macam ni lah : mama, tadi angah beli nasi lemak kat kantin, tak sedap lah, nanti mama masak kan nasi lemak boleh tak ? Boleh sesangat lah angah, apa ada hal, nasi lemak kan menu paling senang untuk disediakan.


Saya masak kan sambal udang untuk di makan bersama2 dengan nasi lemak itu, ko nengok, aura bulan puasa dah meresap ke dalam jiwa saya, ayat saya skema je, hahahhahah. Aiseyyy, bukan senang nak mengawal mulut takde skrew macam saya yang suka merapu ni, besar betul cabaran nya. Ohhhh, semoga di bulan puasa yang mulia nanti, saya bukan sahaja dapat mengawal nafsu untuk makan dan minum, mengawal mulut takde skrew lagi mencabar ok, tu belum masuk bab saya suka membebel masa bawak kereta, semua tu dah nak kena control, biar lah orang bawak kereta macam apa pun, banyak2 bersabar, tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas, beristighifar bebanyak ye shibam.

Ko nengok lah, tajuk entry nasi lemak sambal udang, saya boleh gebang pasal nak menahan sabar masa drive, hahhahaha, kalau karangan kat sekolah ni dah gagal ko tahu tak. Cikgu BM tulis kat situ dengan pen merah : LARI TAJUK !

Ok, saya minta izin berundur dulu ye. Bubbye !

RESEPI IKAN BILIS GORENG BERLADA

Salam.

Ikan bilis goreng berlada dengan sambal ikan bilis sama ke kawan2, kalau ikut andaian saya yang tak pandai memasak ni, ianya tak sama sebab pada persepsi saya : hahahhaha, dah macam rancangan forum lah pulak ada persepsi bagai. Ikan bilis goreng berlada ni tak berkuah, manakala sambal ikan bilis pulak, cilinya tu memang lebih lah. Selalu nya sambal ikan bilis saya masak untuk lengkapkan menu nasi lemak, kalau masak biasa tu, selalunya ikan bilis goreng berlada lah menjadi pilihan.

Saya memang selalu gorengkan ikan bilis ni banyak2 dan simpan dalam bekas yang kedap udara. Ikan bilis ni kena goreng garing2 ye, baru lah sodap. Kalau nak masak nasi lemak pun senang, ikan bilis goreng memang dah ada stok. Nak tanya sikit ni, korang kalau masak guna cili ni, korang suka pakai cili kering yang dimesin sendiri ke atau guna kan cili boh, kalau saya, cili kering yang dimesin sendiri lah sedap kan, tapi kalau datang angin lintang bernama malas tu, saya guna jugaklah cili boh tapi rasa dia memang tak akan sama kan kan kan. Cili hidup pun sodap, tapi tak semua masakan sesuai guna cili hidup.

Mak saya pesan kat saya, kalau nak sambal tu sedap, kita kena pastikan cili tu betul2 garing dan pastikan api dapur tu kecik je, jangan besau2 nanti hangit ler sambal korang. Masak mesti sabar, kalau nak cepat, nanti hasilnya tak sedap.

Ini resepinya ye :

Segenggam ikan bilis yang digoreng
1 - 2 senduk besar cili kering yang telah dimesin
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu besar bawang kuning
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, setelah naik bau, masukkan cili, kecilkan api dan masak cili sehingga betul-betul garing (warna cili agak gelap) dan masukkan sedikit sahaja air asam jawa, gaulkan sebati, masukkan sedikit belacan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar kuning yang telah dihiris dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.


Sekian.  Selamat Mencuba.


Monday, August 9, 2010

PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN PUASA

Salam.

Teruja sungguh nak menyambut bulan puasa yang bakal tiba nanti. Saya pun dah mulakan operasi menambah keperluan barang-barang didapur untuk kegunaan di bulan puasa nanti.

Jom nengok operasi saya semalam, misi memenuhkan gerobok dan peti sejuk untuk minggu pertama bulan puasa. Senang tau, saya dah ada menu untuk masak minggu ni, so saya beli bahan2 yang nak digunakan je, di jamin tiada pembaziran. Jangan suka2 nak beli daun limau purut lah, daun sup ke, tak pun daun bawang, dengan alasan, takpe lah, beli je, nanti nak masak, boleh guna, memanglah semua nya tu murah, tapi kalau beli je tapi tak di guna kan, last2 campak ke dalam tong sampah jugak, kan dah jadi satu pembaziran. Membazir itu not good ye kawan2.

Ehh, tak kan ada yang tak kenal ni semua apa kan kan kan, tapi saya nak bagitahu jugak, ini adalah bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan kentang. Kalau esok tu saya nak masak, malam sebelum tu baru saya kopek banyak mana yang diperlukan, saya tak suka blend bawang dan simpan dalam fridge, kalau masak, saya suka hiris semua bahan2 ni.

Antara nya : sayur kobis, bendi, kacang buncis, serai, fishcake, fishball dan lain2 lagi. Dalam minggu ni dah ada menu untuk buat tomyam, so kena standby limau nipis dan cili api. Halia pun saya beli banyak sebab ianya tahan lama dan selalu digunakan dalam masakan.

Saya dah siap kopek ikan bilis sebalang. Nak masak nanti senang, ambik je. Kalau kopek ikan bilis ni, saya tak akan buat sekaligus, nanti saya cepat bosan, so sekali ngadap tv tu saya ambil semangkuk kecil dan kopek, pastu simpan, besok tengok tv, kopek lagi semangkuk, 2, 3 hari siaplah kerja tu, kalau ngadap tu sekali harung, kompom saya akan menguap 44 kali. Ikan bilis ni memang ada yang dijual siap kopek, tapi kan, yang dah siap kopek ni kalau di goreng rasa dia keras dan tak sesedap yang di kopek sendiri lah.

Telur masin dan ikan masin, buat pembuka selera waktu bersahur.

Stok bahan2 basah untuk 1 minggu. Selalu nya saya siap bersihkan dan masukkan dalam bekas, pagi sebelum pergi kerja tu saya dah siap keluarkan dan letak kat tempat biasa dalam peti sejuk untuk memudahkan proses memasak di waktu petang.

Tak ketinggalan, udang untuk di buat sambal atau masak kari.

Ok, semua dah siap, tunggu masa untuk bersilat kat dapur je nanti. Selamat menyambut bulan puasa semua. Dah ye, bye bye.


FROM SHIBAM WITH LOVE

Salam.

Eiiiiiiiiiiiii tak sabarnya nak mula berpuasa kan, insyaallah, kita semua akan mula berpuasa hari Rabu nanti. Dari minggu lepas lagi saya dah practise masuk tidur awal, baby Hakeem tidur je, saya pun bobom sekali, demi untuk mengelakkan kawasan sekitar mata menjadi lebam, hahahha, biasa, saya kan poyo ! Macam biasa jugak, saya akan bangun pukul 4 pagi untuk persiapan bersahur.

Bulan puasa nanti pun saya balik pukul 5 petang macam biasa, kena ambil anak2 macam biasa jugak dan saya dah dapat membayangkan betapa kelam kelibutnya saya sepanjang bulan puasa ni nanti, baby Hakeem kan dah pandai merangkak, dah pandai mencapai barang2, mana dengan nak tengok dia lagi, nak memasak lagi untuk family berbuka puasa, selalu nya tu pukul 8.30 malam baru nak berkumpul makan sama2, harap2 saya sempat lah masak sebelum waktu berbuka. Macam biasa jugak, menu saya yang simple2 je, takde yang luar biasa, melainkan yang biasa2 sahaja.

Di kesempatan yang ada ni, saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa untuk semua kawan2. Mari kita bersama2 merebut peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan mulia. Ribuan ampun dan maaf dari saya untuk segala keterlanjuran kata dan gurauan dengan kawan2 ye, mari berpuasa dengan hati yang suci lagi bersih.

Wassalam.

Friday, August 6, 2010

SUPER HERO KEEM

Salam.

Begini lah rupa nya kalau anak2 yang dah besar ada adik kecik kat umah tu, habis adik kecik jadi mangsa, macam2 di peraga kan kat adik nya tu. Angah lah yang paling kreatif, hari tu masa saya tengah sibuk di dapur, dengar dia orang gelak sakan kat ruang tamu tu, bila di jenguk, ini lah hasilnya :

Takpe kan Hakeem, dah macam superhero kan kan kan. Tolong selamat kan dunia yang semakin kucar kacir ni.

Now dia dah boleh merangkak, macam biasa, habis semua nak dicapainya, bila dapat tu mesti senyum sebab puas hati, comel macam mama dia, hahahhaha.

Hari ini hari Jumaat, selamat berhujung minggu kawan2. Daaaaa

Thursday, August 5, 2010

ANAK2, SEPATUTNYA MAMA KORANG YANG KENA BUAT NI !

Salam.

Gigih tak ? Gigih kan kan kan, sampai berpeluh peluh ketiak budak bertuah ni, mama dia orang yang sepatutnya gigih mengayuh tu sebok amik gambar je, hahhahhaha, bila lah nak insaf shibam oiiii, orang diet setahun, ko diet sebulan dah give up, balik balik ko bagi alasan, takpe, biar lah tembam, janji muka cun, hahahhahah, sape yang boleh bersabar dengan statement ko ni shibam !

Boleh je nak bayangkan mama si angah yang tengah mengayuh ni, muahaha !

Tak cukup dengan si angah yang nak mengayuh, si debab pun nak mengayuh jugak, nak kuruskan badan katanya. Sampai sekarang, memang anak2 je yang mengayuh, mama dia orang akan bagi 1001 alasan weh !

Letih sampai terduduk ! Mama dia mana ehhhh, letih jugak, letih snap gambar, hahhahaha, isk balik2 haahhahahah, bila nak insaf tak tahulah, korang korang korang, sila beri kata2 nasihat kat mama bebudak ni ye, kalau dia tak nak dengar jugak, korang abaikan je, biar dia terus menembam dan menembam dengan jayanya, haahhaha lagik.

Dah lah, saya nak gi opis sebelah, ada makan2 hari ni. Bye bye !

Wednesday, August 4, 2010

DURIAN MUSANG KING

Salam.

Hari tu, tuan empunya Audi & Ducati tu teringin nak makan durian lah pulak. Mula2 dah siap beli 10 biji durian kampung yang pada saya memang dah cukup sedap dan marvellous lah isi nya tu, bila dah sampai kat tekak dia, boleh dia kata tak sedap lah pulak, nak jugak cari durian yang lain lah, kesudahannya, durian yang mula2 beli tu kita orang korbankan jadi tempoyak.

Cari punya cari, pusing punya pusing, teringat ada satu stall jual durian kat tepi jalan selepas tol area sini, dia sebok sangat nak durian terbaik kan, maka nya kita orang request kat tokey durian tu bagi yang paling terbaik punya kat dalam lori dia tu. Tokey tu suggest amik durian ni, nama nya durian musang king, tokey tu kata, durian mahal, duri dia lain macam sikit, ye ke, saya tengok macam sama je.

Satu biji durian ni harganya 50 hengget je, murah kan, hahhahahah, berlagak nak mampos, kalau duit sendiri, mahu nya terketar2 kepala lutut. Weiii, ada banyak lagi spesis durian yang lebih mahal dari ni rupanya, sungguh, sumpah, saya tak tahu, saya selalu beli yang longgok2 tu je, hahahhaha. Mula2 cadangnya nak beli 5 biji terus, tapi boleh beli 3 biji sahaja sebab lagi 2 biji sudah di booking dek Mawi, penyanyi lelaki yang dah tak berapa nak fofular tu, dia dah on the way nak amik durian ni, so nak tak nak, kita orang dapat 3 biji tu je.

Dia punya rasa, hrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, sodap, lembut yang amat, terasa macam ko nak kumam kumam dia je, sayang nak telan, hahahahah, over sungguh gaya penceritaan saya ni kan.

Ok what, sesekali makan durian mahal, nanti kentut pun bau durian mahal, hahahahhaa.

AUDI & DUCATI INI..... BUKAN MILIK SAYA

Salam.

Setiap manusia rezeki nya berbeza di antara satu dengan yang lain. Alhamdulillah, hidup saya sederhana je, walaupun tak kaya raya macam orang lain, tak berumah banglo bertingkat2 yang ada swimming pool mahupun berkereta mewah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada.

Saya tumpang gembira bila orang lain hidup senang, saya seronok tengok dia orang dapat apa yang dia orang hajati, takpe, mungkin sekarang belum masa untuk saya sekeluarga dapat merasa apa yang dia orang rasa, besok lusa, takde siapa yang tahu kan kan kan. Tipu lah sangat kalau dalam hati tu tak berkata2 teringin jugak nak merasa jadi orang yang kaya raya ni, hihihi, teringin, tak salah kan kan kan.

Saya tukang amik gambar dan tempek kat blog je, dan semestinya kereta Audi ni bukan milik saya sekeluarga. Saya ada mercskancil 850cc yang dah habis bayar je, muahahahha. Mr.R punya kereta pun ada lagi 5 tahun nak bayau hutang, mana mampu nak beli cash, kalau tak berhutang, tak dapat lah dik nonnnn ! Orang makan gaji macam kita orang, standard lah tu kan kan kan. Nak jadi kaya raya, korang buat lah business, untuk orang yang tak reti nak berbusiness macam saya dan Mr.R ni, sampai ke fencen lah makan gaji gamak nya. Takpe, kalau dah semua nya nak berbusiness, sape pulak nak keja gomen kan kan kan (ayat penyedap hati, hahahhaha)

Motor Ducati ni pun of course bukan milik saya. Korang pergi lah find out sendiri berapa harga nya ye.

Akan tetapi............ lelaki ensem berbaju merah ni memang kompom dah ada yang punya(ehhhh, pandangan mata saya dia ensem cukup lah, korang cakap tak ensem, saya pedulik apa) muahahahha. Dia tumpang berangan duduk kejap, tak dapat bawak seround dua, duduk atas motor tu pun jadi lah, tak boleh blah gaya peace dia tu, hahahahah.

Nanti saya buat entry basikal milik saya ok. Daaaaaaaaaaaa

Tuesday, August 3, 2010

BUSINESS DIA SANGAT MAJU & DIA SANGAT BUSY !

Salam.

Kita ni kan, kalau nak buat bisnes dan nak pastikan ianya berjaya, tak semestinya kita kena sewa bangunan or ruang pejabat yang mahal2 tu, kalau kita beroperasi dari rumah pun boleh, janji kena rajin lah, kalau sewa opis mahal2, pastu buat kerja malas nak buat apa kan kan kan.

Ni lah boss saya kat umah tu, perghhhhh, bisnes dia memang maju lah, banyak order masuk, sampaikan tak menang tangan di buatnya tau. Saya ni dibayar mengikut gaji hari lah, kalau hari tu banyak kerja yang nak disiapkan, saya dapatlah bayaran lebih sikit, kalau kurang tu, sikit je lah masyuk nya tu.

Ruang pejabat ni memang luas, kerusi dengan meja dah tempah tapi still tak sampai2 lagi, hrmmm dari tahun lepas order tapi tak dapat jugak, takpe, nanti saya usahakan untuk dapat cepat ye boss.

Paperwork dah siap, ishhh, ada emel yang nak di reply jugak ni, so dua2 kena buat sekali lah, tak lupa jugak mengepit bantal busuk tu pun salah satu kerja hakiki dia.

Aiseyyy, ada supplier call nak hantar barang pulak, jap ye, nak jawab dulu, bahan mentah dah ada baru lah boleh deliver on time kat customer ni.

Ok, everything dah settle kan, tiba masa untuk menyusu, boss order macam ni ye : mama nak susu 1 botol, nak penuh2 punya, pastu kan, tak sampai 10 minit, botol yang penuh dengan susu pun dah kosong weh, penat gamak nya nak melayan karenah customer ni.

Saya enjoy kerja dengan boss ni, part time gitu lah sebab waktu siang saya kerja kat tempat lain, dapat kerja dengan dia waktu malam je lah. Ok lah, saya pun nak berehat jugak ni sebab penat melayan karenah boss saya yang banyak songeh ni, byeeeeeeee !

Monday, August 2, 2010

ALHAMDULILLAH DAH ADA EMPAT, 5 & 6 ????

Salam.

Melayan karenah anak2 memang menyeronokkan, masing2 ada karakter tersendiri, so kena betul2 study karenah dia orang ni, almaklumlah, zaman saya jadi anak kepada mak abah saya dari dulu sampai sekarang, memang baik sungguh lah, dari kecik dan bila dah sampai masa untuk berumahtangga, baik sokmo : ini ayat penyata, so takde hhahhahahah ye.

Kak long orangnya serius, tak suka merapu2 macam mama dia, attitude dia memang menampakkan dia lebih dewasa dari usia sebenar, angah sorang yang suka buat sesuatu tu sambil lewa dan selalu leka, walaupun dah berusia 10 tahun, tapi still setiap masa kalau lepas mandi tak akan pandai nak hanger tuala mandi sendiri, mesti dia biar je terjelepuk kat lantai tu, dah kena sepuk dengan saya baru reti nak hanger, dia jugak lah yang setiap pagi mesti ambil masa yang lama untuk bersiap, kejut lah awal macam mana pun, dia tetap yang paling lambat bersiap.

Mimi paling paling paling becok, tak kira siang malam pagi petang, mulut tak reti penat, bising je, ishhh mama dia tahu lah jugak bila masa nak buat kecoh, bila masa nak diam kan, dia ni tak, berkicau je, dah cakap dengan teacher dia, kalau dia selalu bising dalam kelas, teacher boleh denda atau tegur dia, saya tak kisah, yang penting dia berdisiplin.

Baby Hakeem, so far sangat baik, besok lusa belum tahu macam mana, harap2 dia pendiam macam Mr.R, hihihi. So yang ke 5 nanti, for sure insyaallah memang girl, so cantik macam mama dia jugak dan yang no 6 tu pulak boy, so kita tungguuuuuuu, hahahhahaha.

Ketahuilah kawan2, berangan itu free dan syiok. Daaaaaaaaaa