Thursday, September 30, 2010

RESEPI NASI GORENG SARDIN

Salam.
Biasa lah di bulan Syawal yang mulia ni kan, kita sering menerima kunjungan tetamu ke rumah. Macam tahun2 sebelum ni, saya tak pernah adakan rumah terbuka dan sebagainya, bila2 pun, kawan2 atau saudara mara boleh datang, saya pun macam tu, tak pernah tunggu rumah terbuka jiran2 atau saudara mara baru nak pergi berkunjung, kata raya kan, so pergi je, tak payah tunggu orang menjemput ye.
Hari tu, lepas maghrib, saya dapat panggilan telefon dari sepupu kata nak bertandang ke rumah, ada orang nak datang, takkan kita nak halang kan, apa je lah yang ada, ikut rezeki tetamu lah, kalau ada rezeki lebih tu adalah, kalau takde, redho je lah ye. Lepas dia telefon je, saya terus masuk ke dapur, tengok apa yang ada dalam fridge tu, jengok punya jengok, at last, decided nak buat nasi goreng je lah, this time kita jamu tetamu dengan nasi goreng sardin, di jamin, tetamu tak kan dapat menu ni di open house umah orang lain, hihi.

Tumis bawang merah, bawang putih dengan cili hingga naik bau dan garing.

Masukkan sardin yang telah di hancurkan, tambah garam dan gaul sebati. Boleh letak carrot ataupun sayur buncis yang dipotong dadu.

Dah siap pun, saya gorengkan telur dadar sekali untuk dimakan bersama2 nasi goreng sardin ni. Bancuh pulak air teh o limau, hasilnya, tetamu sangat berpuas hati, sebab menu nya lain dari yang lain, tuan rumah gembira nengok tetamu bertambah2 makan.

Jemput datang umah, nanti saya goreng lagi banyak2 untuk korang.

Wednesday, September 29, 2010

SEMOGA MIMI TERUS CEMERLANG.....AMIN

Salam.

Mana ada ibu bapa yang tak nak anak2 dia orang menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kan kan kan. Semua ibu bapa pastinya meletakkan harapan yang tinggi pada anak2. Tapi saya dah belajar untuk tidak terlalu memaksa anak2 untuk menjadi apa yang saya nak dia orang jadi, biar dia orang buat pilihan sendiri dan saya akan guide untuk pastikan ianya tak menyimpang dari landasan, perghhhhh, saya pun terkejut dengan kata2 saya pagi ni, berhemah sungguh laaaaa, hihi.

Now kak long dah Form 1, angah di tahun 4, mimi baru 4 tahun dan hakeem masih kecil lagi, saya dah tak sabar nak tengok mereka berjaya dalam hidup. Tak kiralah dalam apa bidang yang dia orang minat, yang penting, mesti berjaya. Yang paling penting, jalan yang mereka pilih selepas habis tingkatan 5 nanti, by the time mimi membesar, entah ada ke tidak pmr dan spm tu semua kan. Kalau ada anak2 yang tak cemerlang, tak genius pun takpe, yang penting, dia orang tak sia2 kan hidup dia orang, cukup dengan jadi seorang anak yang taat dan mendengar nasihat orang tua, betul tak ?

Mimi, di hari penyampaian hadiah dan sijil dia tempohari. Alhamdulillah, dia memang suka belajar dan saya berharap sangat semoga sifat rajin dia ni berkekalan sampai bila2.

Alhamdulillah, mimi dapat dua sijil hari tu. Semoga kejayaan dia hari ni akan menjadi titik tolak untuk kejayaan dia di masa akan datang. Amin.

Tuesday, September 28, 2010

SHIBAM DAN PERASAAN PERASAN IBARAT ISI DENGAN KUKU, HAHAHHAHAHA

Salam.

Korang baca tajuk je dah paham kan, tak payah saya bagi huraian lagi lah ek, semua bijak pandai kan, sekali baca tajuk je dah tahu isi penceritaan nya, ahahhahahha.

Ini pun saya sajer letak gambar hitam putih tau, bagi tak terserlah sangat kejelitaan nya tu, kalau saya letak gambar warna lagi lah, mesti ramai kawan2 kat luar sana yang nanges sampai bengkak2 mata, hahahhaha

Insiden terkini, wahhhh ada terkini kau, macam dah selalu sangat terjadi kan, hahahhahaha. Masa ni kat umah jiran saya, time tu Mimi dok kat sebelah saya tengah makan dan saya dukung Hakeem sementara Mr.R, kak long dan angah nak ambil makanan, biasa lah, bila ada anak kecik ni, makan kena ikut turn, ada sorang akak ni tanya kat saya, baby berapa bulan, so saya cakap, dah 7 bulan, ohhh ni anak sulung ye sambil tunjuk mimi, saya jawab lah, tak kak, ni anak no 3, yang no 1, tu tengah amik makanan sambil tunjuk kak long yang tengah gigih cedok kuah lodeh.

Pastu kan, rupa akak tu dengan aksi yang terkejut atau pura2 terkejut, tak tahu lah kan, ohhhhh tu anak sulung, umur berapa tu, saya cakap lah, baru Form 1, ohhhh tak macam Form 1, ingatkan nak amik SPM ke, kompom kak long akan bengang bila orang cakap dia macam nak amik SPM, actually ini lah advantage nya, bila kak long nampak matang, saya nampak macam tak matang sangat, hahahhahhaha.

Ye ye saya tahu, muka saya memang tak nampak tua sangat, bab badan tu off record boleh, hahahahhaha.

Monday, September 27, 2010

SAYA DAH 7 BULAN, SAYA NAK ADIK, HAHAHAHHA

Salam.

Macam best pulak letak hahahahaha kat tajuk entri, ye lah, belum citer apa2, kat hujung tajuk dah ahahhahah, jadi tak lah tension nak membaca nya kan kan kan. Semalam, Hakeem genap 7 bulan, berat badan masih cenggitu jugak, tak nak pun membuak2 naik macam mama dia. Actually, semua anak2 saya macam tu lah, kecik2 semua nya kurus, macam mama dia sekat makan dia orang pulak, tapi bila dah umur 2 atau 3 tahun ke atas, baru semua start menembam. Takpe lah Hakeem, kurus2 lah, yang penting, sihat, alhamdulillah.

Amacam ? Berlagak tak gaya duduk macam ni, saya dah besar tau, dah boleh ada adik kan, hahahhahaha. Serius ni tau, apa gelak2, mama saya nak bagi saya adik ni, bukan seorang ok, tapi lagi dua orang, hahahhahaha lagi dan lagi dan lagi.

Baru umur 7 bulan, dah pandai cepat rasa bosan duduk dalam walker, asik nak memboloskan diri je, kalau di dukung pun macam tu, menggeliat geliat minta di turunkan, nak merangkak, nak mencapai semua barang2 yang ada depan mata.

Ok, setakat itu saja laporan Hakeem buat kali ini, kita tunggu update mama Hakeem untuk adik Hakeem seterusnya, hahahahhahah. Serius weh, entry ni lah yang paling banyak hahahahhahaha.

Friday, September 24, 2010

RUMAH KO ADO, ADO, ADO, AHAHA !

Salam.

Pada kawan2 yang ada pokok2 bunga yang segar kat tanah mahu pun pasu, hijau lagi cantik berbunga kat laman rumah tu saya ucapkan syabas, tahniah, sambil salam2 tangan korang siap gegar2 lagi, hahahhaha.

Ini tanaman yang satu satu nya ada dalam laman porch saya, hahhahahha, gelak lagi, gilo dah ni. Rasa2 nya sebelum raya hari tu habis dah semua pokok bunga yang tak semenggah saya dah keluarkan dan simpan pasu2 dia sebab saya dan Mr.R memang tak ada tokoh nak bercucuk tanam ni, pasu2 dan pokok2 yang ada sebelum ni pun hasil ehsan mak dan mak mertua saya. Semalam masa menyapu porch baru terperasan ada satu pasu yang telah menghasilkan bunga bernama rumput kering.

Korang, tolong jangan contohi saya ye. Pergi lah rajin2 cantik kan laman umah korang tu. Daaaa

Thursday, September 23, 2010

SELALU PENING PASAL NI

Salam.

Hrmmm, korang pernah tak mengalami sindrom tak tahu nak pakai baju apa untuk pergi kerja ? Ishhh, kalau tak pernah, korang memang hebatlah, saya ni, kalau bab menu tu memang terdidik boleh plan nak masak apa untuk seminggu tu tapi bab baju saya memang failed. Kadang2 tu, nak pergi kerja pagi tu baru terhegeh2 amik baju dari almari dan gosok cepat2. Selalu sangat terjadi bila tengok yang dah siap bergosok tu rasa macam tak best pulak, so gigih pergi amik baju lain dan gosok. Penyakit apa kah ini !

* gambar hasil google, tq *

Mr.R selalu komen saya duk melangut depan almari tu pikir nak pakai baju apa, hihihi. Nak kata baju banyak sangat tu, tak adalah, kalau zaman anak dara dulu memang ye, setiap bulan menempah baju, bila dah berkeluarga ni, tempah baju bila nak raya je, tapi sekali tempah, amik kau, kompom berpasang pasanglah. Saya ni tak particular langsung, baju2 kurung saya tu boleh je pakai pergi kenduri kahwin ke, tempat kerja ke, semua saya sapu bersih, koser nak asing2 kan baju.

Tapi kan dalam koleksi baju2 saya kat almari tu semuanya baju kurung, tidak ada baju lain melainkan baju kurung, itu lah baju yang paling selamat untuk di pakai oleh individu yang mengalami masalah berat badan seperti saya, harap maklum.

Wednesday, September 22, 2010

HARI RAYA : KANAK2 YANG PALING GEMBIRA

Salam.

Hari ni last entry pasal raya, besok kita citer macam biasa balik ehhhh.

Korang bersetuju tak kalau saya kata kan, bila tiba nya hari raya, golongan kanak2 lah yang paling2 gembira. Seingat saya, paling paling best semasa beraya di kala masih bersekolah rendah, masa sekolah menengah pun best, tapi collection duit raya dah semakin susut lah, hihi. Masa zaman remaja dan sebelum berkahwin pun best sebab saban tahun fesyen baju dan rambut bertukar lalu terasa lah diri ini yang paling glamor di hari raya tu, hahahhaha.

Kalau dulu bila raya je, saya ikut mak dan abah balik ke Melaka, siap tempah tiket bas awal2 sebab masa dulu, hidup tak sesenang sekarang, kereta pun takde, berderet2 lah menuju ke Pudu Raya untuk balik ke Melaka, ada sekali tu tiket terlewat beli kenalah kita orang naik bas sambung sambung untuk sampai ke kampung, punyalah tak boleh lupa, berebut2 nak naik bas sebab takut tak dapat seat.

Bergambar kenangan dengan anak saudara di sebelah Mr.R, kesemuanya ada 11 orang dah, kalau belah saya baru ada 8 orang. Budak2 ni mana lah ada masalah yang nak difikir kan, mereka semua dalam dunia dia orang sendiri, apa yang dia orang tahu semuanya mesti semua dah ada depan mata, itu dah boleh buat dia orang happy. Memang seronok jadi kanak2, dulu masa saya masih bersekolah, sebok sangat nak cepat jadi orang dewasa sebab tak suka dengan exam, tapi bila dah dewasa dan bekerja, barulah tahu betapa seronoknya zaman kanak2 dulu.

Sebab tu lah saya selalu cakap kat anak2, hargai lah zaman kanak2 dia orang, momen indah tu tak akan ada siaran ulangan nya. Daaaaa

Tuesday, September 21, 2010

SHIBAM & NENEK

Salam.

Alhamdulillah, tahun ni saya masih berkesempatan untuk beraya sekali lagi dengan nenek tersayang. Biar pun dari segi fizikal, nenek dah tak sekuat dulu, yang penting, ingatan nenek masih kuat, masih lagi kuat bergurau dan masih lagi dapat bersama2 ahli keluarga yang lain menyambut hari raya.

Teringat masa zaman kanak2 saya dulu. Masa tu mak saya tengah berpantang melahirkan adik bongsu saya, nenek datang dari Melaka untuk tengok2 kan mak saya. Saya ni dari kecik lagi memang dah gemuk tau, so bebudak yang sama2 balik mengaji tu suka panggil saya dengan gelaran yang pelbagai, saya mana reti nak kecik2 hati, lagi dia orang panggil, lagi saya main kejar2 dengan dia orang, sekali bila nenek saya terdengar, terus dia keluar dari umah, pergi kat budak tu dan marah, ayat yang paling menusuk kalbu yang saya teringat sampai sekarang, ehh, kenapa kau sebok2 cakap cucu aku gemuk ni, biarlah, bukan mak ayah kamu yang bagi dia makan, mak bapa dia yang bagi dia cukup makan, lagi sekali nenek dengar kau ejek2 cucu nenek ni gemuk, nenek cili2 kan mulut kamu, hahahhahah, terus bebudak lelaki tu berlari balik umah masing2, lepas insiden tu saya eksen lah, asal ada je yang mengejek saya, saya cakap, korang semua ejek lah, nanti aku bagi tahu nenek aku, hahhahah, nostalgia sungguh lah.

Sekarang ni pun, kalau kita orang cakap pasal gemuk ke apa depan nenek, ayat dia yang ni pulak paling menusuk kalbu, tak payah nak sekat2 makan, biar je gemuk, nanti dah tua macam nenek dia sendiri kecut, hahahahhahah. Ehhh, by the way, nenek saya comel macam saya kan kan kan.

Monday, September 20, 2010

BARU NAK CITER PASAL RAYA, HIHI

Salam.

Selamat bertemu kembali, amacam raya korang ? seronok tak ? Saya macam biasa, seronok selalu, takde yang tak seronok melainkan yang seronok seronok aje. Yang paling tak boleh lupa, keadaan kelam kelibut saya dan kak long sehari sebelum raya tu, mana nak tolong mak abah saya memasak, mengemas, mengisi kuih, menyediakan hidangan untuk orang surau datang bertakbir, nasib baik ada kakak ipar dan adik ipar saya yang banyak membantu, kalau tak, memang nanges, huhuhu.

Bergambar bersama kedua mertua saya. Macam biasa, tak pernah ada insiden berebut balik umah siapa dulu, mana tak nya kan, umah mak saya berselang tiga lorong je dengan umah mak mertua saya, naik kereta adalah dalam 3 - 5 minit je, kalau rasa nak bagi ketiak berpeluh, boleh lah berjalan kaki, tak sampai 10 minit, gerenti sampai, kalau rasa nak buat2 lambat sampai, drive lah kete tu 10 km/j, gerenti lambat sikit sampainya, kalau dah takde kerja sangat dan sesaja nak cari pasal jugak kan, bolehlah buat2 merajuk nak balik umah siapa dulu.

Macam biasa, famili saya tak pernahnya sedondon, belasah je kaler apa yang ada pun, yang kak long, angah dan mimi pakai ni pun nampak sama sebab di layan dek mak ngah nya masa majlis kahwin adik saya tempohari, moga2 di tahun2 hadapan saya akan dapat seru untuk berdondon dondon dengan famili.

Bukan nya apa kawan2, saya suka nengok famili2 yang pakai sedondon ni, cantik je bila bergambar tu kan, masalahnya saya ni ada penyakit sikit, kalau dah kata nak pakai baju kaler itu, mula lah rasa tertekan nak mencari kain baju yang sedondon untuk famili, nak pulak kalau tak dapat cari kat satu kedai, kena lah mula kan pencarian kat kedai lain pulak sampai dapat kaler yang sama kan, dah lah peel saya ni tak suka pergi banyak tempat, kalau ada satu kat situ, situ je saya tuju, koser nak survey2, sementara nak dapatkan kain baju yang sedondon untuk famili harus gugur semua rambut sebab stress, hahahhahaha. Bak kata Mr.R, kalau betul2 nak sedondon, pencarian saya harus bermula setahun lebih awal, hahahaha, over sungguh !

Wokey, nanti kita chit chat lagi ye, daaaaaaaaaaa !

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

Kad raya ni melekat sampai hari raya nanti ye, entry baru kat bawah ek :


* gambar kad raya dari google, tq ! *

Memandangkan lagi seminggu je lagi kita nak beraya, saya nak mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf dari semua kawan2 yang singgah kat blog ni. Macam biasa, mana2 entry yang tercuit dan terasa di hati kawan2, saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ye.

Pada yang akan pulang berhari raya di kampung halaman, berhati2 di jalan raya, semoga bergembira di samping keluarga tersayang.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 7, 2010

MOOD RAYA DAH NI

Salam.

Uihhhhhh, mood raya dah meresap kat jiwa nih, padahal hari Khamis baru start cuti tapi minggu ni pergi kerja pun dah longlai, ingat nak raya je, hahahaha, over mengalahkan budak2 kan. Ehhhhh, ada ke yang tak suka nak beraya, ada ke, ada ke, takde kan, mesti semua tertunggu2 nak beraya.

* gambar ehsan google, tq*

Pada saya, yang paling seronok nak beraya adalah anak2, kita pun dulu masa macam umur dia orang ni lah yang paling happening nak sambut raya kan, baju berpasang pasang, kasut macam2 pesen, semua nak baru. Sekarang beraya pun seronok sebab melayan karenah anak2 dan happy tengok bila dia orang bergembira di hari raya.

Ok dah, itu je nak citer, nak sambung nyanyi lagu raya, dam dam dum, bunyi mercun lalalalallala.

Monday, September 6, 2010

INI BUDAK BANYAK BANYAK BANYAK BAIK

Salam.

Gedebak gedebuk, insyaallah tak lama je lagi nak raya, suka tak suka tak ? Saya suka sebab nak berjumpa saudara mara yang hanya setahun sekali je di lawati, suka sebab beraya dengan ahli keluarga yang baru dan sedih jugak sebab Ramadan bakal berakhir, semoga umur panjang untuk berjumpa Ramadan di tahun hadapan.

Semalam adalah amat amat amat sibuk, biasa lah, dah nak raya, macam2 nak buat, kemas itu, kemas ini, tukar itu, tukar ini, cuti pun macam tak cuti dah, penat tapi berbaloi, sedap je mata memandang.

Tengah dok ralit menukar langsir kat bilik tu, bila pusing belakang, nengok2 si budak baik ni dah terlelap kat walker dia, kesian anak mama, sampai terlentok2 kat walker, sib baik dah memang ada bantal kat situ. Lepas dia dah tidur lagi lah laju je saya menyiapkan kerja. Saya ni bukan nya apa kawan2, semua kerja kat umah sendiri kena planning betul2, siapkan awal2, lepas ni operasi kat umah mak saya pulak, al maklum lah, saya ni kan anak pompuan sorang, so nanti kat umah mak pun saya lah yang tolong semua nya, kalau tak buat awal2 kat umah sendiri, memang kelam kabut lah jadinya nanti.

Selamat mengemas rumah kawan2. Bye !

Friday, September 3, 2010

RESEPI ONDE ONDE @ BUAH MELAKA

Salam.

Meh sini, nak citer face to face dengan korang, saya memang suka giler dengan kuih ni, selalu beli tapi memang susah nak dapat yang sedap. Selalunya yang ada pun, gula melaka nya tu ciput sangat, kelapa kurang, pendek kata tak menepati piawaian tekak kuat makan saya ni lah. Kalau nak makan kuih ni saya mesti buat ayat terbaik kat mak saya dan dia akan tolong buatkan, tahu2 dah siap je masuk dalam bekas untuk saya bawak balik. Bulan puasa ni teringin jugak nak makan, dengan semangat dan kudrat yang ada, hahhahaha, poyo kemain, nak buat kuih ni pun nak kudrat bagai kan.

Saya pun mula lah menelaah dan mencari resepi kuih onde onde ni, ya rabbi, baru lah saya tahu kuih ni kemain senang nak buat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau saya tahu senang macam ni, dari umur saya 4 tahun lagi saya buat sendiri kuih ni, hahhahhahaha.

Korang bayangkan dia punya senang, tak payah sukatan, tak payah pening kepala ok, korang pergi beli tepung pulut, lambak kan lah dalam mangkuk banyak mana yang korang nak, pastu amik daun pandan, ikutlah banyak mana yang korang suka, blend kan, perahan air pandan tu gaulkan dengan tepung pulut tu sampai dia boleh di kepal kepal kan, tak mahu lah cair sangat, nanti macam mana nak bulat2 kan dia. Yang comel2 tu saya buat, yang besau gedabak tu kak long punya kerja sebab dia nak cepat siapkan, nak melepak nengok TV katanya. Jangan lupa letakkan kepingan gula melaka dalam tu, bila buat sendiri boleh lah sesuka hati mak bapak saya nak letak banyak mana.

Didih kan air dalam periuk dan masuk kan lah kuih tu. Bila dia timbul tu makanya dah masak, boleh lah angkat, senang giler kan, tak payah ko nak set timer bagai, nengok timbul je, udah siap !

Gini lah rupanya bila dah siap, memang herot berot, korang jangan risau, sat lagi kita golek golek kan dia dengan cik kelapa, cantik lah rupanya nanti.

Hah amik ! Banyak giler kelapa saya letak, jangan lupa campur garam sikit kat kelapa tu, barulah ada rasa masin2 sikit, kalau beli kat luar tu, kelapa dia jarang2 je kan, buat sendiri memang puas hati, boleh letak banyak2, lemak je bila makan, sodapppppp !

Yeyyyy dah pandai buat, ini pun dah banyak kali saya buat sepanjang bulan puasa ni, susah2 nanti bila hari raya, saya buat kuih ni je hari2, makan lah korang sampai kenyang, hahahhahaha !

Wednesday, September 1, 2010

SAYA PUN NAK BELAJAR BUAT BODOOOO !

Salam.

Pagi tadi dah meluah perasaan kat FB, macam biasa, tak semua kawan2 yang membaca adalah kawan2 yang ada di FB saya, maka nya saya nak meluah perasaan sekali lagi kat sini pulak. Nak bagi tahu korang, dari saya kerja kat tempat lama lagi, saya memang suka bab mengecohkan opis, tak kira lah, nak buat pot luck ke, nak buat birthday party ke, sambutan raya ke, memang saya suka mengvolunteerkan diri untuk menyebok bersama.

Macam tu jugak dengan bab nak mengindahkan opis lah konon nya, hihi. Suka sangat nak hias macam tu lah, macam ni lah, pastu, memang tak boleh nak komplen lah kalau ada yang tak beri kerjasama, nanti ada suara2 sumbang yang cakap, ehhhh, dah awak yang nak buat, bila tak de kerjasama, nak marah2 pulak kan kan kan.

Sampailah kemuncak nya hari ni, niat di hati nak menghias opis untuk sambutan hari raya tahun ni, tetapi ianya sangat sangat sangat mencabar kesabaran saya, balik balik saya yang akan mula kan dulu untuk bagi idea, dah lah nak mintak kerjasama untuk menggantung nya satu hal, dah macam rupa apa, meminta2 tolong dengan orang yang tak ikhlas nak menolong, iskkkkkkkkkk, bengang !

Saya tak boleh nak komplen banyak sangat sebab nanti kawan2 lain cakap, dah akak yang nak buat kan, takde orang tolong, buat apa nak bising, ye tak ye, next time, tak akan ada lagi agenda ni semua.

Fine ! Saya dah tak koser nak suruh dia orang mencantik kan atau mengemas apa2 lagi dan kalau ada yang saya nampak bersepah, saya nak buat bodoooo je, apsal orang lain boleh buat bodooooo, saya tak boleh kan, makanya saya belajar untuk buat bodooo jugak, full stop.

AWARD BLOG PALING COMEL !!!

Salam.

Award Blog Paling Comel ! Tq to Eynda sebab sudi share award ni dengan saya. Ye ye ye, saya tahu blog saya memang comel kan kan kan, hahahhaha, jangan marah2 ok, nanti kurang pahala puasa tu.


Dah dapat award comel ni saya kena lengkap kan pantun nya. So sebagai puan empunya blog yang sememangnya comel mengikut spesifikasi dia sendiri, mari bersama2 menghayati pantun tersebut, hrmmm, sebab puan empunya blog memang over, bukan takat lengkap kan pantun je, saya siap mengarang 3 pantun yang semenggah ok, baca jangan tak baca ye. Owhhh sebelum tu, ini satu pengakuan paling berani tahun 2010, saya tak reti nak mengarang pantun yang berilmiah, so terima je lah pantun2 ni ye.

(sila isikan tempat kosong)
_____________________,
_____________________,
memang aku rasa blog aku comel
kenapa korang jealous ke ?

ini pelengkap nya ye :

puan empunya blog memang comel
kenapa, korang tak percaya ke ?
memang aku rasa blog aku comel
kenapa, korang jealous ke ?

Dua tiga kucing berlari
Mana kan sama si kucing tembam
Dua tiga boleh di cari
Mana nak sama dengan si shibam

Blog shibam blog comel
Korang bacalah sesuka hati
Shibam memang suka mengomel
Korang jangan lah ambil hati

Ramai orang bercuti
Lengang nya jalan raya
Yey yey saya suka hati
Lagi lapan hari nak raya

Ok, Eynda, tq once again, teruskan menulis blog ok, saya suka baca blog Eynda sebab gaya penulisan yang sopan dan citer2 nya tak membosankan.

Sekian.