Friday, October 29, 2010

CHIBAM vs CHINTA !!!

Salam.

Memandangkan slot Akasia drama Chinta hanya bersiaran dari hari Isnin hingga Khamis, so hari Jumaat petang ni ada slot baru untuk korang tonton. Drama bertajuk : CHIBAM. Bakal bersiaran jam 6.30 petang nanti, drama bersiri jugak ni tapi kena nengok kat feedback penonton, kalau ada orang nengok, baru episod kedua akan ditayangkan minggu depan, kalau penonton tak suka, lepas iklan petang karang pun terus lesap dah citer ni kat tv korang, muahahahaha.

Saya suka berlakon tau, dulu dulu duluuuuuuu masa dari zaman bersekolah rendah lagi saya dah berlakon untuk konsert penyampaian hadiah, hahhahahhaha.

Drama ini mengisahkan tentang liku2 hidup seorang gadis ayu lagi sopan menjalani kehidupan seharian, tonton lah sendiri untuk mengetahui nya dengan lebih lanjut. Saksikan beramai2, pecah tv empat ploh empat juta, muahahahhaha.

Thursday, October 28, 2010

MIMI ♥ AYIP

Salam.

Ayip ni anak abang saya, dia sebaya dengan anak saya, angah. Dia jugak salah seorang pembaca setia blog saya, lawak dia ni, bila dah baca apa2 topik yang ada dalam blog ni, nanti dia boleh buat ulasan kat saya, bla bla bla.

Ayip jugak menjadi pujaan hati mimi, dari mimi kecik2 lagi, Ayip memang suka melayan keletah dia, almaklumlah, Ayip takde adik, so dengan anak2 saya lah dia boleh tunjuk skill nak menjadi seorang abang. Mimi suka main dengan dia sebab Ayip tak suka menyakat dia macam mana si angah dia menyakat, Ayip ni jenis cool dan pandai beralah, angah pulak jenis tak suka mengalah, dengan adik sendiri pun dia boleh sentap.

Hahahahhahah, cuba nengok, penuh perasaan mimi bila di ajak bergambar oleh Ayip, siap pejam2 mata lagi, over lah ko mimi, sebijik cam tuan punya blog ni, muahahhahha.

Dah habis, back to work everybody !

Wednesday, October 27, 2010

BETUL KE TIDAK PETUA SAYA NI !

Salam.

Acik shibam korang ni tergolong dalam kategori orang yang berkulit normal, tak kering dan tak berminyak sangat, kengkadang bila berpeluh tu dia berminyak lah, tapi light2 jer, hahahhaha. Kulit normal ni tak susah untuk di jaga, alhamdulillah, satu bonus untuk saya lah kiranya, jaga macam biasa je, cuci, letak penyegar dan apply moisturizer sebelum keluar dari rumah. Oh ye ! Pencuci muka yang baik untuk kulit adalah pencuci muka yang tidak berasaskan sabun dan tiada buih. Saya menggunakan pencuci muka berasaskan gel dan kadang2 madu. Moisturizer atau pelembap pulak saya gunakan yang mempunyai perlindungan UV yang baik sebab setiap hari ketika panas terik dan matahari di atas kepala, saya kena keluar untuk menjemput anak2 pulang dari sekolah.

Ada beberapa orang kawan yang bertanya macam mana saya menjaga kulit sebab dia orang takkan tanya macam mana saya menjaga bentuk badan sebab sudah terang lagi bersuluh, saya tak pandai mengekalkan bentuk badan, sob sob sob (tipu je nangis ni, hahahhaha). Lepas bersolat pulak, kena apply semula moisturizer tu untuk mengelakkan kekeringan kulit sebab duduk dalam aircond sesaja kan. Minum air kena banyak ye kawan2, saya minum air kosong paling kurang 3 liter sehari.

Supplement pun kena ambil jugak, saya amalkan Evening Primrose Oil je dari dulu dan saya amalkan petua yang saya ada terbaca masa saya bersekolah dulu, minum air kosong sebelum tidur dan keesokan harinya tu lepas bangun, minum air dulu dan berkumur2, pastu telan, dah tu baru gi gosok gigi dan mandi, yang ni memang saya amalkan dari dulu, lepas tu, saya pergi facial sebulan sekali, saya selalu buat facial yang basic je sebab kulit muka saya tak bermasalah.

Pada yang dah mempraktikkannya tu, bagus sesangat dan pada yang belum tahu, cuba lah, mungkin belum terlewat untuk kita memulakannya.

Tuesday, October 26, 2010

HAKEEM YANG ENSEM DAH 8 BULAN

Salam.

Hari ni budak baik lagi ensem walaupun kurus dah pun menginjak ke usia 8 bulan. Hakeem dah boleh duduk dengan steady nya, dah boleh berdiri macam ni kat tepi katil, kerusi, meja, semua pun lah, macam biasa, baru nak pandai berdiri dan insiden tergolek2 manja adalah sangat sinonim ye kawan2, kalau tak tergolek2 manja, tak pandai lah nanti kan kan kan.

Sekarang pun dah mula bangun malam untuk menyusu. Ok sesangat lah tu Hakeem, dah lama bagi mama chance membuat taik mata dengan aman nya selama ni kan, now dia bangun menyusu selalunya pukul 2 atau 3 pagi.

Ohhhh berlagak sungguh kan, berdiri pegang sebelah tangan je. Saya masih blend kan bubur untuk dia, Hakeem belum ada gigi lagi pun setakat ni.

Dah ye.

Monday, October 25, 2010

MAMA, MIMI DAH KURUS

Salam.

Mimi ni ada possibility yang tinggi untuk menjadi seperti saya suatu hari nanti, takpe Mimi, ko redho je lah, mama dah lama redho, hahahhahah. Dalam beberapa minggu ni dia asyik2 cakap pasal nak diet bagai, minum susu pun siap nak control, tak nak banyak2, siapa yang saiko dia pun saya tak tahu.

Dah bersiap2 nak gi wedding hari tu, dia bising2 kat saya, mama, mama, tengok ni, mimi dah kurus, baju ni dah longgar tau mama, hahhahaha, sabar je lah, tang mana yang ketat sebelum ni mimi oiiiii. Saya layankan je, yelah, mimi dah kurus, bagus betul, lain kali mimi diet lagi ehhhh.


Ehhhhh mama mimi, awak bila nak kurus ????????

Friday, October 22, 2010

MALAS LAYAN

Salam.

Saya ni bukan je pendengar masalah kawan2 tau adakalanya saya dikehendaki untuk mencari jodoh untuk mereka, ehhhhhhhhh apsal korang gelak2, tak percaya ehhhhh ? Kalau nak dihuraikan satu persatu masalah kawan2 saya ni, memang sampai besok pun tak habis2 menaip tau.

Takmo citer panjang2 ok, saya nak cut it short, so ada sorang budak lelaki ni suh saya usha kan awek untuk dia, umur pun dah 26 tahun, so memang elok sangatlah nak ada awek spesel kan, ehhhh tak de hal lah tu, yang masalahnya sekarang kawan2, budak lelaki ni memang saya kategorikan sebagai tak ensem, hahhahahah, tak pedulik, style acik shibam korang kan cakap direct je, tak payah nak berkias bagai kan, dia ni memang tak ensem, manis pun takde, tapi sebab dia belajar tinggi dan berjawatan bagus, latar belakang family pun mantap, didikan agama pun terbaik, makanya saya pun terlembut hati untuk usha kan awek untuk dia.

Lepas sorang demi sorang saya kenalkan, ada je yang tak kena tau, itu lah, ini lah, last2 saya tanya dia, yang sebenar benarnya, ko ni nak gadis yang macam mana ? Sebelum ni saya tak pernah tanya kriteria macam mana dia nak sebab saya ingat dia paham2 sendiri lah dengan keadaan dia, atau senang cakap dah cermin dulu, malangnya saya tersilap percaturan sebab dia rasa dia ensem macam Remy Ishak, hahhahahha. Dia nak yang comel macam Nora Danish, putih gebu cam Diana Danielle, tinggi dan kurus macam model, mata pulak nak yang kaler cokelat, tak ke ko rasa nak lempang dia kat situ jugak, hahahhahha.

Ye saya tahu, sesiapa pun boleh ada citarasa masing2 kan, tapi kita mesti berpijak di bumi nyata, mesti realistik, mesti terima kenyataan yang tak semua yang kita nak kita akan dapat, tapi kalau apa yang dia harap2 kan dia dimakbulkan Allah s.w.t, alhamdulillah, satu bonus untuk dia lah, mungkin mata saya nengok dia tak ensem tapi mata gadis lain nengok, wuwuwuuwuwuuwuwu ensemnya, takde siapa yang tahu kan kan kan.

I tell you, sampai ke sudah dia belum ada awek sebab saya dah angkat bendera putih, surrender nak menolong dia sebab dia tak berpijak di bumi nyata. Dah banyak kali dia bising2 kat saya suh tolong saya carikan lagi untuk dia, masalahnya kalau jumpa pun seperti kriteria di atas, gadis tu nak tak kat dia ????? Semoga segala impian dia dapat ditunaikan. Senang citer biarlah jodoh dia datang sendiri kan dan saya adalah orang yang paling tak sabar nak tunggu dia naik pelamin, saya nak telek, nak belek, nak pandang rupa pilihan hati dia tu nanti, tungguuuuuuuuu !

Thursday, October 21, 2010

JATUH CINTA KAT OSMAN KABILAH, HAHAHAHA

Salam.

Sebagai seorang penggemar drama2 korea dan kantonis, saya jarang giler nengok drama2 bersiri terbitan tempatan, sebabnya bosan dengan adegan yang sama je dan balik2 konflik yang klise. Untuk kali keduanya,saya merasa terkesima dengan drama2 bersiri ni, kali pertama dulu saya syiok giler nengok drama bersiri Nur Kasih, drama Chinta ni pada pandangan saya sangat catchy, setiap episod dia memang ada kelainan dan saya tak dapat menjangka apa akan akan jadi untuk episod seterusnya.

Di sinilah segala kekalutan hidup saya bermula, hahahahha, citer ni start pukul 6.30 petang kan, selalu saya rilek2 je kat dapur boleh memasak untuk family makan pukul 8 malam nanti. Akan tetapi, semenjak citer ni dah ada, semua benda saya kena buat double triple lebih pantas, sampaikan kalau pukul 5.15 masa saya nak amik Hakeem dari umah nenek nya dan dia masih tidur pun saya belasah je dukung dia dan bawak balik cecepat demi untuk menyelesaikan misi masak memasak.

* gambar ehsan google, tq *

Salute kat pengarah drama ni, dia pandai mainkan watak semua pelakon, suka nengok Azhar Sulaiman jadi orang jahat yang muka tak macam penjahat langsung kan. Tapi dalam semua karakter buat masa ni, saya suka giler dengan Osman Kabilah lakonan Dato' Rahim Razali, 5 bintang lah untuk dia, kelas betul lakonan dia. Osman Kabilah membuktikan seseorang tu tak perlu berwajah kacak dan bertubuh sasa untuk menjadi seseorang yang romantik dan digilai, cukup dengan ekspresi mata, tubuh badan dan pengucapan dialog2 dah boleh buat Chinta menjadi cair, wuwuwuuwuwuuwu.

Osman Kabilah, I pun minat kat U, hahhahahhaahha.

Wednesday, October 20, 2010

GEMUK ? BERUSIA ? ADA ANAK KECIL ? IANYA BUKAN HALANGAN UNTUK MELAWA !

Salam.

Entry ni khas untuk kawan2 yang segemuk dengan saya, yang kurus2 tak payah baca ehhh, sebabnya, orang2 yang senasib je paham apa yang saya maksudkan ni, hahhahaha.

Kenapa korang rasa kalau korang gemuk ianya adalah alasan untuk tidak perlu melawa, why why why ? Bukan kah bila dah gemuk tu lagi nak kena jaga penampilan supaya tidak nampak lebih comot dari biasa, dah lah lelemak kita gelebeh sana sini wehhh, pastu kita comot, lagi lah tak sedap mata memandangkan. Nak tunggu kita kurus, entah bila zaman nya wehhh, makanya marilah kita melawa untuk kesejahteraan mata kita bersama (gambar di bawah adalah hiasan semata2, hahahahhaha)

Sama jugak bila kita dah berusia sikit, semua jadi malas, nak buat tu malas, nak tempek ni malas, why why why ? Dari muda sampai ke tua harus melawa, dalam erti kata saya ni, bukan nak suruh melawa dan glamour macam artis2 tu, huiiiiiiii jauh sekali, melawa ikut kemampuan diri kita sendiri dan yang paling penting harus seiring dengan penambahan usia, janganlah dah berumur 40 tahun, korang nak pakai baju yang macam budak belasan tahun, tak elok lah rupanya kan, so jangan jadikan faktor umur tu sebagai satu halangan untuk bergaya. Jangan tua sebelum waktunya, jadilah seperti saya, sudah 36 tetapi tetap rasa macam 28, hahhahahha.

Ada anak kecil ? Ye saya ada, biar pun saya berlengas ketiak dok melayan karenah dia, saya sentiasa menjaga penampilan. Sila jangan jadikan alasan ada anak kecil untuk menjadikan diri kita selekeh sebab takde masa nak bersiap dan melawa, kita dok ralit menyiapkan anak2, diri kita sendiri sebagai ibu tidak terbela nasibnya, ahahhahaha, amik ko, tak terbela nasib katanya kan. Seperti biasa ketiga2 contoh di atas adalah huraian untuk acik shibam korang, muahahaha.

Cuba korang nengok betapa gigihnya acik shibam korang ni, dukung anak kecil pun nak bergaya dengan spek hitam gak, panas lah wehh sekarang ni, so kena pakai spek hitam tu barulah selesa nak tengok jalan kat luar, biar pun beberapa kali cubaan si budak kecik ni nak tarik spek itam saya tu tapi saya tetap tak berputus asa untuk menepis dan ada kalanya terpaksa menjentik2 manja tangan comel beliau, dia pun bosan asik kena tepis dan jentik tangan, at last dia main benda lain, muahahhahha. Good boy, bagi chance kat mama nak melaram seperti biasa ok.

Kesimpulannya, kita orang pompuan ni, biar macam mana pun bentuk rupa dan badan kita, haruslah kita senantiasa menjaga penampilan, biar lah tak pakai baju berjenama macam orang lain, baju tak bertukar dah seploh tahun pun, janji jaga penampilan kita, jangan selekeh2 ok. Tapi kan kan kan kan, kalau korang rasa saya pun tak cukup melawa lagi, saya tak boleh nak cakap apa dah, sebab pada saya, penampilan saya macam ni memang dah cukup cunnnnn dah, hahhahaha. Cukup sampai di sini sayang, relakan perpisahan ini, hahahhahah.

Tuesday, October 19, 2010

KURSUS ETIKA & BUDAYA KERJA POSITIF

Salam.

Baru2 ni saya sertai satu kursus iaitu Etika & Budaya Kerja Positif. Memang happening dan menyeronokkan sebab penceramah nya tidak membosankan dan pelbagai aktiviti yang diberi adalah menghiburkan. Saya yang kurang selesa sikit sebab hari Ahad tu saya demam, hari Isnin nya tu saya dapat time off lepas lunch sebab badan makin panas dan hari Selasa tu pulak nak kena start berkursus. Gi kursus pun muka macam tak siap je, bedak pun tak tempek, lipstick lagilah, light2 jer sebab bila rasa tak sihat semua pun rasa malas kan. Memandangkan target berkursus tak cukup2 lagi tahun ni so saya gagahkan diri jugak.

1 jam pertama tu rasa macam bosan sikit sebab enjin masing2 belum panas kan, lepas je sesi minum pagi, dah dapat rasa happeningnya, apatah lagi bila dalam group saya semuanya sporting dan beri kerjasama yang sangat bagus. Antara aktiviti utama hari tu, kena buat logo kumpulan untuk digunapakai sepanjang masa berkursus. Saya memang tak suka buat sesuatu dengan ala kadar sebab saya tergolong dalam golongan poyo, makanya buat sesuatu mesti nak best2 je, tak nak yang cincai boncai, poyo lah katakan, hahhahahha.

Nasib baik dalam group seramai 8 orang tu semuanya kepala masuk air macam saya jugak, pakcik2 yang nak berpencen tu lagilah sporting giler, asal tanya je, boleh, pakcik ikut je, banyak senang lah wehhhh. Nama group kita orang ZAZ : Sepantas Kilat, dalam erti kata lain, kami ni jenis kilat yang baik, bila boss suruh buat kerja, sepantas kilat kita orang siapkan, apa benda di suruh pun semuanya pantas je bila buat, gitu lah kaedahnya. Logo kita orang mendapat pujian dari penceramah sebab dia kata nampak kita orang bersungguh2 bila buat, mana tak nya, akak poyo kan dalam group dia orang, hahhahahha. Korang nengoklah sendiri hasil logo 5 kumpulan yang lain seperti di bawah :

Apa komen ? Saya dah banyak komen masa dalam kursus tu, saya siap gelak2 kan lagi setiap satu logo ni bila di present, bengkek je ahli kumpulan lain nengok saya gelak2 kan logo dia orang, yang paling terbaik kena komen dengan saya, logo sebelah kanan atas tu, mimi pun boleh lukis lagi lawa lah, hahhahhahaha.

Minggu depan pun saya ada kursus lagi yang harus di hadiri, harap2 nya best jugaklah macam yang ni.

Monday, October 18, 2010

LAKI GI MEMANCING, BINI DIA STRESS, HIHIHI

Salam.

Minggu depan, anak2 dah mula menghadapi peperiksaan akhir tahun, so masing2 pun mesti ada mengambil insiatif untuk mengulangkaji pelajaran kan, macam biasa, kat umah tu, saya lah menjadi tukang kepoh suruh dia orang selak2 buku walaupun apa yang dibaca oleh anak2 saya tak boleh nak jamin ianya meresap ke dalam kepala atau tak. Kak long memang tak pergi kelas tuisyen, angah pun sama, pergi tuisyen hari tu pun kejap je, masa bulan puasa dah takde semangat nak tuisyen, letih lah, mengantuk lah, kerja sekolah banyak lah dan macam biasa jugak, dia tak nak pergi tuisyen tak kan saya nak seret dia suruh pergi jugak.

Petang semalam, keadaan agak sunyi sepi sikit sebab cuaca sekarang panas, anak2 neighbour pun tak kuasa nak bermain2 kat luar, masing2 duk dalam rumah, tiba2 saya dengar suara orang menjerit2, nak tangkap butir percakapan dia pun susah sebab suara terjerit2 kan. Macam biasa jugak, saya kan kepohhhhhhh, so menggelupur gi bukak pintu depan luas2 nak cari dari mana bunyi suara terjerit2 tu, ehhhh tak de pun, ohhh kat dapur kot, so terkedek2 gi kat tingkap dapur pulak, hahhahhahah, bayangkan kekepohan saya ni, nak tahu jugak dari mana suara terjerit2 tu.

Tak payah intai2 pun, terang2 dari tingkap dapur saya boleh tengok, jiran belakang dok marah anak2 dia tak buat ulangkaji, balik2 main ceper katanya, alah yang main tutup2 botol tu, periksa minggu depan katanya, hahhhh, belajar malas, main main main je katanya, dah lah bapak ko asik pergi memancing je, bukan nak tengok anak2, nak periksa ke apa ke, balik2 mama jugak yang kena marah2 korang, laaaaaaaaa stress rupanya, husband dia gi mancing tak bawak dia gamaknya, dia kat umah kena tengok anak2 belajar sebab next week nak exam, mana tak stress weh, orang laki ni pun satulah, meh lah sesama nengok anak2 ni, kesian kat bini tu hahhh.

Pastu siap kena piat telinga masing2, muka budak2 tu cool je bila kena piat, tak silap saya anak2 dia darjah 4 dan 5 kot, terus saya cakap kat angah, lepas ni kalau ko malas2 jugak angah, mama bawak ko pergi pagar depan tu, marah2 ko terus kat situ sambil ko berdiri baca buku, baru tahu. Terus angah tekun baca buku untuk 1/2 jam pertama je, pastu dia dah mintak izin nak main badminton dengan kawan2 dia, haiiiiii anak2, nak kasik korang pandai memang mencabar betul lah.

PEREMPUAN : ADA MACAM2 PESEN

Salam.

Mengikut pandangan mata kasar saya yang suka memerhatikan gelagat orang di sekeliling.

Pesen no 1

Dah tentunya perempuan yang dikurniakan wajah cantik dan bentuk badan yang cantik, pandai pula menyesuaikan semua jenis pakaian dan tampak sungguh menawan walaupun cuma bermekap light2 aje

Pesen no 2

Muka cantik, badan cantik tapi tak pandai nak melawa, suka pakai baju besar2, corak kusam, biar je muka tu pucat lesi tanpa sebarang solekan

Pesen no 3

Muka kurang menawan, body ada sikit kekurangan tapi pandai mengenakan baju yang sesuai dengan bentuk badan dan suka melawakan muka dengan beriya iya bermekap

Pesen no 4

Body mengalami masalah kegemokan tapi muka memang dah natural beauty, pandai menyesuaikan corak baju yang dipakai dengan bentuk badan dan menambahkan natural beauty tu dengan sedikit calitan alat solek

Pesen no 5

Rupa dikategori kan sebagai kurang menawan, body di kategori kan sebagai gemuk, dah tu malas lah pulak nak melawa, mekap langsung tak nak bubuh secalit pun, pakai baju main ikut suka je, sesuai atau tak, main hentam je

Pesen no 6

Badan comel, rupa tak berapa nak comel, bila berfesyen tu boleh tahan, tapi malas nak melawa sebab dia rasa dia dah lawa, bedak kat muka pun malas nak tepek, lipstick pun tak calit kat bibir

Korang pesen no berapa weh, saya of course lah pesen yang no 1 tu, hahahhahahaha, yelah yelah, tak baik tipu kan kan kan, so kawan2, selamat mengkategorikan diri korang ye.

Friday, October 15, 2010

HEBATNYA DUGAAN MU YA ALLAH !!!!

Salam.

Kawan2, baca sampai habis ye, saya dah lama tak buat entri panjang macam ni, dah selalu sangat buat entry yang happy je kan, kali ni saya nak berkongsi cerita sedih ni dengan kawan2.

Kelmarin saya berkursus selama 2 hari, macam biasa jugak, saya kan memang senang nak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, biar baru berjumpa dengan kawan2 yang lain tapi saya dah dapat merasai kemesraannya. Dalam pada berborak dengan salah seorang rakan baru tu, hati saya cukup tersentuh bila mengetahui latar belakang salah seorang kawan yang baru saya kenali ini. Saya tak pernah mintak dia bercerita tentang masalah hidup dia, tapi dia yang selesa nak berkongsi masalah dengan saya, pelik kan, ramai jugak kawan2 saya yang memang suka berkongsi masalah dengan saya, muka saya ni memang ada muka jadi kaunselor ke, hihi.

Dia saya panggil sebagai N, baru berusia 27 tahun, tapi dugaan yang diterimanya, pada saya, teramat hebat untuk ditangani, saya tak mampu untuk menjadi setabah N, apa yang saya mampu buat kelmarin, pegang tangan N dan memeluk erat dia sambil memberi kata2 semangat pada N, air mata saya mengalir laju tanpa boleh disekat2, sedih sangat. Dugaan hidup dia bermula dari seawal usia perkenalan dengan suami, N mengenali suaminya dari zaman belajar di IPTA lagi, zaman susah senang di IPTA berjaya diharungi dan percintaan mereka diakhiri dengan ikatan pernikahan pada tahun 2007.

Selang beberapa bulan bernikah, rezeki mereka cepat untuk mendapat anak, segalanya berjalan dengan lancar hinggalah pada awal tahun ini, semuanya bermula bila dia mendapat panggilan telefon dari pihak syarikat tempat suami nya bekerja mengatakan suami nya pengsan dan sudah di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Tanpa berfikir panjang, N pun bergegas ke hospital yang dimaksudkan, lemah longlai lututnya bila doktor memberitahu, suaminya telah meninggal dunia. Tanpa ada apa2 simptom penyakit sebelum ini, suami N meninggalkan dunia ini kerana ajalnya sudah sampai tanpa sempat memberi apa2 pesanan untuk N dan anak perempuannya, bayangkan kawan2, pagi tu N pergi kerja bersama2 dengan suaminya, di waktu tengahari tu jugak, suaminya meninggal dunia, sedihnya, bila mengenangkan yang N dan arwah suaminya hanya dapat bersama mengecapi nikmat kemanisan berumahtangga selama 3 tahun sahaja.

Dengan anak perempuan yang tak mengenal erti apa2 itu, N meneruskan hidupnya dengan bekerja lebih bersungguh2 untuk membesarkan anak di sini. Tahu2 sajalah kos hidup di sini memang tinggi, kalau tidak pandai hendak berjimat memang tak akan terdaya mengharunginya. Syarikat arwah suami N ada memberi pampasan insurans berjumlah 90ribu untuk N menggunakannya ,dan disini jugalah segala penderitaanya bermula. Keluarga pihak arwah suami mula membuka mata apabila mendapat tahu tentang wang pampasan yang diterimanya, mereka mula mengganggu keharmonian hidup N dua beranak.

Rumah yang sekarang diduduki oleh N dan anaknya hendak dituntut oleh kedua ibu bapa mertua nya dengan alasan, rumah itu juga dibeli oleh arwah anak mereka, wang KWSP arwah suami juga hendak dituntut atas alasan, N sudah mendapat pampasan dari syarikat arwah suami, bayangkanlah kawan2, duit KWSP hasil arwah bekerja tu pun tak sampai 5 tahun, now mereka nak menuntut hak penjagaan cucu mereka pula dengan alasan N tak akan mampu untuk membesarkan anaknya secara bersendirian. Awal bulan depan, N harus menjejakkan kaki ke mahkamah untuk kes penjagaan anak tunggal perempuannya yang kini turut dituntut oleh kedua ibu bapa mertuanya.

Saya tak faham bila kedua ibu bapa mertua N sanggup nak berebut ni semua sedangkan mereka adalah dari golongan orang yang berada. Kawan2 yang tersayang, mari bersama2 mendoakan agar N mendapat hak sepenuh masa penjagaan anaknya, mendapat kesemua wang KSWP arwah suaminya dan masih dapat terus tinggal di dalam rumah yang dibeli bersama arwah suaminya itu. Saya akan membantu segala yang terdaya untuk N.

Satu yang mesti kita percaya, setiap kejadian dan dugaan yang menimpa ada hikmahnya, semoga N tabah.

Thursday, October 14, 2010

FOLLOWER DAN PENGOMEN BLOG

Salam.

Saya menceburkan diri dalam bidang blog memblog ni baru nak masuk 2 tahun, setakat ni masih ada idea dan masa lagi untuk menceceh dalam blog ni. Pada hemat saya, hanya orang2 yang suka membaca dan menulis sesuatu je minat dan jatuh cinta dengan blog ni, tak tahulah dengan yang lain. Memang peel saya suka membaca, so bila baca blog orang lain rasa macam best je, sebab tu nak ada blog sendiri, untuk tatapan mata sendiri jugak.

Kalau blog2 orang lain, follower dia orang punyalah ramai kan, memang meletup, follower yang ada kat blog saya ni pun saya tak tahu sama ada dia orang baca atau memang follow je. Saya tak kisah bila saya dah follow blogger lain, dia orang tak follow saya balik, saya follow sebab saya suka baca blog2 dia orang, tapi kalau yang dah follow saya kat blog ni, memang automatik saya follow balik, tapi baca ke tak tu belakang kira boleh, hahhahhahaha. Jujur giler statement saya kan.

Bab mengomen satu hal lagi, saya memang malas giler nak komen kat blog orang, sebab tu saya tak expect orang nak balas komen kat blog saya, hihi. Ada blog yang sampai berpuluh2 dan beratus2 komen kan, memang terbaik ahh korang ni, rajin betul bagi komen.

Korang, korang, korang, tq ehhh, dalam ramai2 blogger yang ada ni, korang sudi jugak baca coretan saya yang ntah apa2 ni, kalau nengok kat situ ada 30 orang dah visit pun rasa cam kembang hidung, hahhahahha.

Kawan2, terima kasih sekali lagi ye.

Wednesday, October 13, 2010

SESI MAKAN2 KAT OPIS PULAK

Salam.

Macam yang saya khabarkan tempohari, dah dekat penghujung syawal baru boleh nak adakan sesi makan2 ni, takpe lah, biar lambat, janji ada jugak kan kan kan.

Menu kita orang hari tu adalah laksa, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, lodeh, sambil bilis, lemang, buah buahan, kuih raya dan caramel. Semua nya sedap2 belaka.

Kami yang sekepala, walaupun ada yang tak segila2 saya, semuanya boleh bekerjasama di antara satu sama lain, siapa kekwat dan kerek, saya akan transferkan dia orang kat dept lain, hahhahahha, perasan macam sayalah yang paling besar kat IPTA ni, boss besar yang malu2 tu sengih2 je kat depan, pegawai2 yang sporting pulak terpaksa menerima hakikat yang saya ni salah seorang dari ahli pejabat ni, hahahhaha.

Dah habis citer, tak gheti2 ke, macam biasa lah, kalau dah hari2 merepek kat blog ni, mana ada idea sangat dah, modal dah habis, so citer ni habis macam tu jugaklah, hihi.

Tuesday, October 12, 2010

MAKCIK2 YANG SANGAT BERTERUS TERANG

Salam.

Kelmarin, saya dan famili menghadiri jemputan perkahwinan, macam biasa, dah sampai tu saya dok cari tuan rumah nak bersalam2, ehhhh ada ke yang sampai kat kenduri kahwin terus gi makan, jangan ehhh, mak saya pesan, cari tuan umah dulu, salam2, bagi angpau, barulah cari port nak makan. Kebetulan, tetamu punyalah ramai masa ni, so tempat duduk adalah terhad, so saya dulu kan anak2 makan dengan Mr.R sementara saya berteduh kat bawah pokok mangga. Sambil menunggu tu, adalah dua orang jiran mak mertua yang saya memang dah kenal join saya menunggu kat bawah pokok mangga tu sambil berborak2.

Makcik A : Ohhhh, ada baby kecik ye

Saya : A ah, dah 7 bulan pun makcik

Makcik B : Dah berapa orang anak sekarang

Saya : Empat makcik, yang lagi 3 tu abah dia tengah melayan dia orang makan, sambil saya tunjuk meja tempat anak2 saya makan

Makcik A : comel2, putih2, anak kamu ye

Makcik B : tengoklah mak dan abahnya

Makcik A : ehhhh, kalau ikut bapaknya gelap, ni nasib baik semua ikut mak nya (sambil gelak2)

Saya : isk, tak menjaga hati langsung makcik ni tau (dalam hati je lah)

Takpe makcik, biar gelap mana pun suami saya tu, dia tetap nampak ensem di mata saya (dalam hati jugak, hihi)

Citer ni habis macam tu je, harap maklum.

Monday, October 11, 2010

SHIBAM : HAPPY SOKMO !!!!

Salam.

Saya suka gilerrrrrrr dengan gambar candid ni, terserlah keceriaan masing2 and of course seperti biasa, keceriaan saya yang paling over dari kawan2. Dia orang semua dah masak dengan peel saya, tak pernah satu kali pun, saya ke opis dengan wajah tak ceria, kalau sakit pun, muka camtu jugak, cuma lebih senyap sikit dari biasa, sikit je, hahahhahha.

Ada jugak yang kawan yang bagitahu saya ni macam orang tak ada masalah, selalu happy, hari2 ceria, mood atau angin baik selalu, ada jugak saya bad mood, tapi jaranggggggggg bebenor lah, sekejap je bad mood nya, lepas tu bertukar jadi huhahuha balik.

Senang je resepinya, kalau tengah ada masalah ke, tak perlu buat muka moncong atau memasamkan muka lebih dari biasa sebabnya dengan cara itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah kita pun, paham tak, paham tak, paham tak

Petua saya senang je :

Bila saya dengar sesuatu yang tak best tu saya buat macam ni :

Biar citer tu masuk ikut telinga kiri dan lepaskan dia keluar ikut telinga kanan, pastikan telinga korang tak banyak tahi telinga, barulah lancar perjalanan citer tu nak keluar, hahahhahaha. Pastu bila ada apa2 insiden pun, jangan simpan dalam hati lama2 sangat, nak emo kejap2 tu, takpelah kan, kang dah macam robot takde perasaan pulak jadinya, dan last sekali senyum selalu, barulah muka tu berseri, jangan nak kulum2 sangat mulut tu, hahahhahha.

Masalah kewangan ke, masalah suami buat hal ke, masalah mertua banyak songeh ke, masalah ipar duai bergaduh ke, masalah jiran kekwat ke, pikir sekejap2 udah, jangan terbawak2 sampai berhari2, berbulan2, cepat2 lupakan, ambil jalan mudah, pikir positif, gerenti korang boleh awet muda macam saya. Masalahnya lagi, awet muda ke saya ni, muda ke muda ke, hahahhahhaha !

Ni kalau baca entry cenggini pun boleh sentap, memanglah korang ni kategori muka tak berseri dan cepat berkedut, hahahhahha.

Friday, October 8, 2010

MIMI HEBAT, CLAP CLAP CLAP

Salam.

Semalam, kat opis ada jamuan raya, setelah berhempas pulas mencari tarikh yang sesuai untuk boss2 besar menghadirkan diri, akhirnya di penghujung syawal baru berkesempatan nak adakan acara makan2 dengan kengkawan opis.

Ok, kita tinggalkan dulu citer jamuan raya di opis, nanti saya upload gambar2 jamuan raya opis by next week ye, hari ni saya nak citer pasal hari sukan tadika mimi. Dah lama berlangsung nya ni, macam biasa, kasi letak kat draft lelama sikit, bila kekeringan idea baru kita bikin entry ye.

Dalam kelas 4 tahun ni ada 20 orang murid, semua lebih kurang sama je saiznya, hihi.

Untuk acara ni, mimi selalu praktis kat umah, amik bola ping pong dan letak kan dalam sudu, hampir setiap hari praktis, dan hasilnya, group dia menang, hoiyeeh.

Acara dia seterusnya, tarik bola dengan gelung tu, untuk game ni dia dapat tempat kedua.

Bersemangat betul masa menyanyikan lagu sekolah, comel giler muka kawan mimi kat sebelah tu.

Fuyooooo, hebat sungguh lah, dapat dua pingat tu, bangga tu macam anak dah menang kat olimpik, hahahahha.

Semua tepuk tangan. Habis.

Thursday, October 7, 2010

5 PERKARA YANG MELEGAKAN

Salam.

Masa kebosanan kat umah hari tu, saya ajak kak long dan angah menghilangkan kebosanan dengan macam2 perkara, salah satunya ialah kita orang main buat senarai, so kali ni kena senaraikan 5 perkara yang melegakan, pastu nanti kita orang tukar2 nota tu untuk di baca, best, sebelum2 ni pun ada gak buat, senarai 5 perkara yang dia orang malas, dia orang tak suka dan sebagainya lah, saya suka baca sebab mesti jawapan dia orang spontan je.

Saya punya senarai 5 perkara yang melegakan :

Bila dapat gaji
Dah settle bayar hutang
Dah siap masak
Bila anak2 dah tidur
Bila rumah nampak kemas

Kak long pulak lega bila:

Dah solat
Bila kawan pulangkan novel
Bila kerja sekolah dah habis
Bila siap gosok baju
Bila mama tak membebel

Angah punya senarai paling paling paling buat saya tergelak sampai meleleh leleh air mata, hahahhaha, nak menaip pun tak sanggup, nak gelak je bila ingat kan balik.

Angah tulis 5 perkara yang melegakan dia : ini yang pertama ok,

Bila dah kentut, hahahhahhahahahhahahhahahahhah. Adoi, adoi, adoi, angah, apsal ko tulis bila dah kentut tu melegakan angah oiiiii. Yelah mama, bila perut sakit nak terkentut kan, bila dah terkentut tu, perghhhhhhhhhh lega kata dia, hahhahahhaha. Masa dia explain tu, siap buat muka tahan2 kentut dan gosok2 perut tanda lega, hahahhaha. Ye tak ye jugak, memang lega lepas kentut kan, almaklumlah, angin keluar, tapi tak terpikir lah dek saya dia akan letak jawapan yang super senonoh ni, hahhahahah.

Dah habis gelak, gi buat kerja, sape tak gelak dia ada masalah, gi jumpa doktor ehhhh, hahhahaha.

Wednesday, October 6, 2010

MAKAN.....MAKAN......MAKAN.....& MAKAN

Salam.

Selagi tak habis bulan Syawal selagi itu lah sana sini ada yang buat acara makan2 untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Hari Ahad lepas, abang saya pun buat acara makan2 kat umah dia, ramai lah tetamu yang hadir.

Jom layan gambar2 yang ada ye.


Pada orang lain saya tak tahu lah, tapi pada saya kan, dalam banyak2 hidangan yang ada hari tu, kambing golek ni lah hidangan utama, i tell u, balik2 muka saya yang berulang kat tempat ni, buat muka seposen sambil sengih2 kat budak yang incharge tu, mesti dalam hati budak tu, isk, mana lah tak gomok akak ni, balik2 muka dia yang amik, hahahhahha. Kesimpulannya, dari pagi sampai ke malam kat umah angah, sebelah peha tu adalah milik saya, hahaahahhahah. Nasib baik tak pening kepala makan daging kambing banyak2.

Kat porch ni stesen untuk nasi beriani, rendang daging, kuah dalca, ayam golek, ayam goreng, lemang, nasi impit, kuah kacang, buah oren, buah tembikai, kuih karipap, popia, talam cendol, talam keladi, talam suji dan kole kacang, hahhh, mengah saya nak ingat menu2 yang ada hari tu tau.

Yang ni pun satu hal jugak, dari tengahari sampai ke malam, muka saya jugak yang mengulang amik, hahahahahah. Ehhhhh, saya bukan amik untuk saya lah, saya amik kan untuk budak2 yang datang dan untuk tetamu yang malas nak bangun tu, saya kan rajin, tak kan tak reti2 lagi korang ni.


Air jagung dan air asam boi meletop yang di order khas dari abang famous yang meniaga depan Zoo Negara tu.


Satay yang sedap, ini pulak di import khas dari Bangsar nun.


Mamat bergaya dengan spek ni adalah tuan punya stall mee kari yang sedap, ehhhh semuanya sedap lah hari tu, mana lah semua tetamu nak angkat bontot, masing2 dok makan, makan, makan dan makan. Memang seronok tengok tetamu makan, semoga semua tetamu berpuas hati hari tu.


Abang yang ala2 rock ni tokey char keoy teow. Laris betul masakan dia hari tu, bila tetamu request baru dia goreng, mana tak laku, makan panas2 kan, sedap dan terbaik.

Ehhhh, tetiba ada gambar pompuan2 cantik laaaaaaaaa, hahahhahah. Sebelum amik tugas melayan tetamu, para petugas kena lah isi minyak dulu, barulah enjin berjalan lancar kan. Diet kak long pun hancus hari tu, dah makan banyak, pastu bising2, menyesal makan banyak, cuba lah contohi perangai mama dia ni, makan banyak2, tak pernah nya nak menyesal, hahahhaa.

Ensem tak, ensem tak, ensem kannnnnnnnnnnnn. Ehhhh, untuk warga emas yang berusia 68 tahun macam ni memang dah di kategori kan ensem lah. Sape nak puji kalau bukan anak dia sendiri kan. Bersyukur sesangat, abah saya masih sihat dan bertenaga, rajin2 jogging ehh abah, jangan malas bersenam macam anak abah sorang ni.

Ye ye, dah bapak nya ensem kan, of course lah anak dia lawa, mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi, hahahahha. Korang nampak tak beg hitam atas kerusi hitam kat sebelah saya tu, saya bertugas untuk menjaga duit2 raya untuk anak2 tetamu ok. Sape nak duit raya merah kena puji2 saya lawa, sapa tak puji dia dapat duit hijau je, sape belagak, saya tak bagi langsung, hahahha, kejam tak, kejam tak.

Antara tetamu yang hadir hari tu. Acara bermula pukul 12 tengahari - 6 petang, waktu puncak adalah dari pukul 2 ke atas, ramai giler yang datang time tu. Dah habis susun meja dan kerusi malam tu pun masih ada tetamu yang bertandang, tuan umah memang penat tetapi seronok sebab dapat menjamu semua yang datang.

Insyaallah, kalau ada rezeki lebih lagi tahun depan, tuan umah akan buat lagi acara makan2 macam ni.

Tuesday, October 5, 2010

SHIBAM DAN KAKAK2 IPAR NYA YANG CUN !

Salam.

Terjegil2 biji mata korang baca tajuk hari ni kan, hahahhahha. Untuk makluman korang, saya ni ada 2 orang abang dan kedua2 nya pun dah lama ada keluarga sendiri. Kelmarin, abang saya buat makan2 kat rumah, so bila ada peluang berjumpa ni, faham2 sendiri je lah ye.

Lawa kan, lawa kan, ye lah lawanyaaaaaaaaaaaa bunga tu kan, hahhahahhaha.

Ini kakak ipar saya yang kedua. Dah ada 3 orang anak yang dah besar2 pun.

Paling kiri ni lah kakak ipar sulung saya. Kita orang bertiga memang serasi, boleh masuk, boleh ngam, boleh bertepuk tampar dan saling kutuk mengutuk antara satu sama lain, ye betul, kalau dia orang cakap saya makin gemok, saya tak amik hati langsung, siap gelak berdekah2 lagi, betul, tak tipu ok !

Seronok ada kakak2 ipar yang sekepala ni, semestinya takde masalah bila sekepala kan, harap2 nya keserasian ni kekal sampai bila2.

Nanti saya sambung citer makan2 kat umah abang ye. Byeeeee

Monday, October 4, 2010

URTV, HAI & MANGGA PERNAH BERTAKHTA DI HATI

Salam.

Bertakhta di hati kata nya ye, hahahhaha. Suatu masa dan ketika dahulu, saya adalah peminat tegar majalah2 ni, isu dia setiap minggu atau setiap bulan mesti saya beli, mamak kat kedai tu pun dah tahu, asal nengok muka saya hari Jumaat je mesti dia hulur majalah Hai tu kat saya.

Bila dah selalu beli, stok kat umah pun makin bertambah2, sampaikan saya jual balik kat salon2 yang berdekatan dengan umah saya, kalau tak berjual lagi, gamaknya dah penuh satu bilik dengan majalah2 ni. Dulu Mr.R selalu tanya, apa yang best sangat baca pasal artis2 ni, well, akak shibam korang kan kepoh, so bab gosip2 ni memang terbaik lah, hahahhaha.

Tapi kan, semenjak menginjak ke penghujung 20 an dulu, saya dah mula slow down, kiranya tak beli pun tak jadi masalah, tak baca pun tak apa, takde langsung perasaan tension kalau kehabisan stok kat kedai mamak tu.

Sekarang lagi worst, dah masuk 30 an, kalau terjumpa kat umah orang ke, nak amik belek telek pun rasa eiiiiii, hahahahhaha. Kesimpulannya faktor umur tu memang memainkan peranan lah. Rasa macam apa lah majalah2 ni, citer2 macam ni pun nak publish, hah gitu ! Padahal dulu, punyalah suka, rasa cam nak mintak jadi cover majalah je, hahahhahah.

Dah habis dah pun.

Friday, October 1, 2010

POLIGAMI ? ITU SEMUA KETENTUAN DARI NYA....

Salam.

Actually, entry ni dah tersimpan lama dalam draft, baru lah ada kesempatan untuk di diguna pakai untuk menambah entry. Saya snap gambar ni semasa berhenti kat traffic light tempohari.


Mana ada orang perempuan yang nak berpoligami kan. Tapi kalau dah itu ketentuan, siapa kita untuk melawan takdir nya. Saya cukup respek dengan seorang kakak kat opis saya ni, dia tak pernah berselindung tentang status dia, malahan dia hidup bahagia dengan suami dia di samping anak nya. Yang paling sporting ialah dia tak pernah ambil tahu atau mengganggu urusan suami di samping isteri yang tua, semoga dia menjadi contoh kepada yang lain.

Persoalannya, dalam ramai2 ni, berapa ramai yang berfikiran positif macam akak ni kan, kalau saya, hrmmmmm, tak nak jawab boleh tak?