Tuesday, November 30, 2010

APAM BALIK ! APSAL KO SEDAP SANGAT ?

Salam.

Hari ni hari Selasa kan, hari ni ada pasar malam tau kat umah nenek kita. Kat pasar malam tu kan ada macam-macam tau, ada orang jual ikan, jual baju, jual tudung, jual mainan, semua lah. Tapi kan, mama kita suka sangat beli ni kat pasar malam, mama kita cakap, kuih ni sedap, alahhhh, sebenarnya kan, mama kita tu memang suka makan, bagi lah kuih apa pun, semua nya sedap, sedap.

Tembam kan apam balik ni, tu pasal mama kita suka. Babah kita suka belikan kuih ni untuk mama kita, kalau babah kita tak belikan nanti mama kita merajuk, entah apa-apa mama kita tu, tak dapat apam balik pun boleh merajuk. Dah lah, kita pun tak tahu nak tulis apa lagi, yang kita tahu, mama kita memang suka makan apam balik ni.

Coretan dari mimi untuk mama : hahhahahhaha.

RESEPI SAMBAL DAGING

Salam.

Korang pernah tak, kadang-kadang tu, korang masak sama je macam hari-hari yang lain, ramuan dia semua sama je, takde lebih, takde kurang, tapi kadang-kadang tu hasil masakan tu memang lebih sedap dari biasa. Pernah tak, pernah tak ??

Untuk sambal daging ni kan, saya pun tak tahu apsal ianya mendapat pujian melangit, mendapat tepukan gemuruh sambil berdiri dari Mr.R dan anak-anak, pastu dia orang tak habis-habis memuji ianya lebih sedap dari biasa. Nak kata saya google resepi, tak pulak, saya masak je lah macam biasa, nak kata saya bubuh bahan lain yang luar biasa, tak jugak, nak kata terpotong jari lalu darah menitik-nitik masuk pun tak. Pendek kata, saya masak macam biasa je, tapi kan memang sedaplah sambal daging ni.

Tak cukup makan dengan nasi, petang tu dia orang buat cicah dengan roti lah pulak. Now you tell me, macam mana I nak diet, hari-hari masak, pastu sedap pulak tu, macam mana nak tahan napsu tengok je dari masuk ke anak tekak ni. Tell me, tell me, huhuhu.

Saya share resepi pada yang berminat ye :

Bahan-bahannya :

1/2 kilo daging batang pinang (kalau guna daging biasa pun boleh, tapi rebuskan terlebih dahulu supaya empuk dan gunakan air rebusan daging tu nanti)
4 senduk cili kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bili bawang besar kuning
Sekepal asam jawa (ditambah air secukupnya)
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan naik bau nya. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing dengan api yang sederhana besar, masukkan daging dan gaulkan sebati hingga empuk (daging batang pinang lebih cepat empuk),  tambahkan air asam jawa dan garam secukup rasa, gaul sehingga semuanya sebati dan akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.

* Kalau gunakan daging yang telah direbus empuk terlebih dahulu, tambahkan secukupnya air rebusan daging tu untuk mendapatkan rasa manis daging tersebut *


Monday, November 29, 2010

MAMA..... SAYA NAK MEOW MEOW

Salam.

Ini angah. Ntah angin apa yang dah meresap dalam badan dia, dari minggu sudah sebok nau nak membela kucing. Hari-hari dok tanya soalan yang sama : Mama, boleh tak saya bela kucing ???

Aktiviti harian dia kat umah nenek, dok mengadap anak kucing ni. Kreatif betul orang yang mencipta tempat kurungan ni, siap pakai cover kipas tu, kreatif sungguh kan kan kan.

Siap selimut bagai anak kucing ni. Actually, saya takde pengalaman membela kucing lah, nak train dia kencing berak bagai, huiiiii, manyak susah oooo, dah lah en.husband kat umah tu cerewet tentang kebersihan, lagi si angah nak menambah kerja untuk saya.

Tensen acik tau, naik kereta je, dia dok kat belakang saya, pastu siap buat sound effect meow meow meow, kat umah pun camtu, nampak saya je, buat sound effect meow meow, sabar je lah, betul-betul memberi tekanan secara halus kat mama dia.

Korang rasa-rasa lah, anak kucing ni ada kat mana sekarang ?????

Friday, November 26, 2010

GIGI NAN SEBATANG !!!

Salam.

Hari ni dia dah 9 bulan. Ayat cepat nya masa berlalu, kejap je dah 9 bulan sangat klise atau selalu sangat kedengaran kan, tapi nak buat macam mana kawan-kawan, masa memang terlalu pantas berlalu, tup tup, baby Hakeem dah 9 bulan, tup tup saya dah hamil semula, hahahhaha.

Ini experience pertama saya, kalau sebelum ni kakak dan abang dia semuanya tumbuh gigi dua batang sekaligus kat bawah tu, tapi Hakeem sampai sekarang ni, hanya satu batang gigi je yang baru tumbuh, kat sebelah langsung tak nampak bayang lagi, gigi atas lagi lah, tak nampak apa2 pun lagi kan.

Umur macam ni lah tengah aktif, panjat sana sini, apa orang makan semua dia nak, mulut bising sebijik macam babah dia tau. Ok dah, tu je, nanti dah seploh bulan, saya update lagi pasal Hakeem ye.

Thursday, November 25, 2010

MIMI TONCIT !!!

Salam.

Saya yang menyebabkan budak debab ni tensen tau, sebab saya yang beriya2 nak buat fesyen rambut dia sama panjang, so saya tak potong kan fringe tu dah agak lama jugak dengan harapan dia akan sabar sampai kesemua rambut dia sama panjang, hihihi.

Ini tanda protes dari babah dia, dari mana ceruk dia amik getah tu pun saya tak tahu, tiba tiba Mimi masuk dalam bilik dan cakap macam ni : mama, babah cakap, kalau mama tak nak potongkan rambut depan Mimi, besok pagi pun babah nak ikat kan macam ni jugak. Actually, memang kesian nengok rambut dia sampai dah lebih dari tercocok mata tau, sikit lagi nak tercocok lobang hidung je, hahahhahha.

So petang Sabtu tu ingatkan nak bawak dia pergi gunting rambut, tetapi telah mendapat bantahan dari adik ipar saya merangkap mak su kepada Mimi, dia rajin nak melayan nak pendek kan sikit fringe tu dan kemas kan apa yang patut, hasil nya Mimi tak payah mengikat rambut toncit macam ni lagi.

Ehhhh, lawa apa pesen rambut toncit cenggini kan, comel je, kalau saya ikat rambut macam ni lagi terserlah kecomelan nya kan kan kan.

Wednesday, November 24, 2010

TANDAS YANG SELESA DAN BERSIH ITU SANGAT PENTING

Salam.

Pada saya, kebersihan tandas itu adalah teramat penting nya. Saya boleh tak jadi nak ke tandas kalau ianya tak memenuhi piawaian saya. Ingat lagi masa saya kerja kat tempat lama dulu, 90% pekerja nya adalah bukan Melayu, maka nya kebersihan tandas memang tidak di ambil berat, terseksa jiwa raga saya tau, setiap kali nak ke tandas, mesti fikir berpuluh-puluh kali, ada ketika nya saya hanya ke tandas bila menjemput anak pulang dari sekolah, perghhh, dia punya bau hancccccc teringat2 sampai sekarang, scary betul.

Kat opis ni, kita orang baru berpindah 2 tahun lebih, apa yang saya paling suka tentang opis ni, tak lain tak bukan, tentang tandas nya, huhhh, memang terbaik, cantik dan bersih sama macam kat umah je rasanya, selesa sangat. Biar lah opis kat ceruk dan di kelilingi hutan, yang penting ada tandas yang selesa, hahhh, sampai macam tu sekali obses nya saya dengan tandas opis ni, hahahha.

Ada 5 orang staff perempuan kat sini, so sinki pun boleh pilih sorang satu, tak payah rebut2 ehhh.

Bukan takat sinki je boleh pilih sorang satu, nak cop bilik yang mana satu pun boleh ye.

Ini yang paling penting, ruang untuk mengambil wuduk.

Kalau ada yang tak sempat nak mandi pagi kat umah pun takpe, bawak baju sesiap dan mandi lah sebelum boss besau masuk, hihihi.

Bayangkan kalau pergi kerja tapi tandas kotor dan tidak selesa, harus tension je masa buat kerja tu kan, terkepit-kepit menahan nak membuang, owhhh itu semua memori saya suatu ketika dahulu.

Tuesday, November 23, 2010

RESEPI SUP TULANG MUDAH

Salam.

Sampai ke hari ni, ada lagi stok daging korban dalam fridge tu, tak boleh masak setiap hari, nanti muak lah pulak, memandangkan ini daging fresh, maka nya boleh lah di simpan sampai ke minggu depan.

Kelmarin, saya masak sup tulang, tak payah pening kepala nak memikir resepi nya, saya main campak-campak aje sebab daging nya fresh, kompom hasil nya nanti sedap.

Tulang rusuk dan saya campurkan jugak dengan daging biasa untuk si debab yang tak pandai nak meratah tulang ni.

Mengikut arah pusingan jam ye kawan-kawan, sup bunjut Adabi, bawang putih, halia, bawang kecil dan bawang besar. Kasi hiris semua, lagi tebal lagi bagus, hahhahahha, alasan untuk orang yang malas nak racik nipis-nipis.

See see see, acik ko main campak je semua bahan-bahan ni dalam periuk tu, tak payah tumis bagai sebab di jamin minyak akan terhasil dengan sendiri nya dari lelemak daging tu, acik boh semua sekali, biar lah kat situ sampai daging dia empuk dan sekali lagi nak bagitahu, ini kan daging fresh, so nak mengempuk kan dia tu tak mengambil masa yang lama lah, boh lah garam sesedap rasa ye.

Ini saya punya, tambah dengan cili api dan pepper, sedap punya pasal, Hakeem melalak pun saya buat derk je, hahaha.

Daging korban yang korang dapat tu, korang masak apa pulak ?


Monday, November 22, 2010

HARI ITU : MIMI YANG PALING HEBAT, YEAYYY !

Salam.

Cuti sekolah dah bermula dengan rasminya, semua parents happy, atok nenek yang pening kat umah melayan karenah cucu.

Hari ni, hari entry banyak gambar, semua nya untuk memori manis, especially untuk tatapan di masa hadapan, lagi pun kawan-kawan, kali ini memang Mimi yang dapat hadiah lebih banyak dari kawan-kawan yang lain, dan tidak semestinya setiap tahun Mimi akan dapat mengulang kejayaan yang sama, so bila dah ada kesempatan ni, mari tempek gambar banyak-banyak, hihihi.

Saya tolong clearkan tulisan kat skrin tu ye : MINI KONVOKESYEN & PENYAMPAIAN ANUGERAH TADIKA & KAFA PUSAT PENDIDIKAN AL-HAZIQ KALI KE - 7, DI DEWAN SEMARAK INSPEN, 13.11.2010

Dewan yang selesa untuk ibu bapa menyaksikan persembahan anak2 mereka yang cemerlang pada hari tu.

Sajian untuk tetamu yang hadir.

Mimi posing lepas dapat hadiah, alhamdulillah, untuk kanak-kanak tadika 4 tahun, Mimi di antara yang paling cemerlang. Semoga Mimi dapat meneruskan kecemerlangan ini untuk tahun-tahun yang akan datang, amin.

Ini hadiah untuk anugerah pelajar cemerlang. Alhamdulillah, setiap penggal, Mimi dapat tempat terbaik di dalam kelas.

Mimi juga dapat hadiah untuk ini.

Dapat untuk ini.


Tak lupa untuk ini juga.


Dan juga untuk mata pelajaran ini.


Mimi posing dengan semua hadiah ni, dari hari dapat hadiah ni, sampai ke hari ni, hadiah2 ni dia usung ke hulu ke hilir dalam beg dia, bila pergi rumah nenek, dia keluar kan letak atas meja, pastu bila nak balik, masuk kan balik sesiap dalam beg, saya layan kan aje, yang penting dia happy kan, dia dah muak besok, baru saya akan letak kan dalam almari perhiasan untuk pembakar semangat dia meneruskan kecemerlangan.

Ya Allah Ya Tuhan ku, semoga semua anak anak ku akan menjadi anak-anak yang soleh, solehah, bijak, berjaya dan berbudi pekerti mulia. Amin.

Friday, November 19, 2010

RESEPI MASAK LEMAK BUNCIS DAN TELUR

Salam.

Petang semalam saya dah planned nak masak sup tulang, tapi atas sebab musabab yang tidak dapat di elak kan, maka nya plan bertukar, terhasil lah dua lauk ni untuk makan malam semalam.

Ni lauk favourite Mimi, kalau masak ni, dia mesti makan bertambah-tambah, kacang buncis pun kena letak banyak sebab dia suka ratah, anak-anak saya semua suka makan sayur, mungkin faktor saya masak lauk tidak banyak pilihan, so dia orang nak tak nak kena jugak makan apa yang terhidang, so apa jenis sayur yang dimasak mesti dimakan oleh anak-anak. Kalau masa anak-anak kecik dulu, senang je nak suruh dia makan sayur, cakap lah makan sayur nanti kulit boleh jadi cantik, boleh buat dia jadi pandai, laju je dia menyuap dalam mulut dia, hihihi.

Sepertimana yang korang tahu, family saya adalah peminat tegar tempe, memang tak menjadi masalah langsung kalau dalam setiap minggu tu terselit menu tempe. Lagi pun dia orang ni semua spesis tak cerewet, apa yang ada, itu lah yang dimakan, maka nya, kerja saya menjadi bertambah senang.

Ehhh ! Citer baru yang menggantikan Chinta tu mujur tak best, nengok first two episodes je saya dah buat rumusan ianya tak best, so tak payah nak sambung nengok, dan saya boleh buat kerja2 lain dengan lebih tenang tanpa kelam kelibut.

Sup tulang akan di masak jua dalam minggu ni, harap maklum.

Saya nak share resepi masak lemak buncis dan telur tu :

Bahan-bahannya :

Santan dari 1 biji kelapa (kalau tak suka pekat, boleh gunakan 1/2 biji sahaja)
4 biji telur
1 sudu besar ikan bilis
Kacang buncis
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
10 batang cili api (diblend, saya tak letak)

Cara-caranya :

Campurkan ikan bilis dan santan, didihkan dengan api yang perlahan, masukkan sedikit serbuk kunyit dan tambahkan garam secukup rasa dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah, bila dah agak mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji, biar telur masak dan sentiasa kacau kuah. Akhir sekali masukkan kacang buncis dan kacau lagi. Sedia untuk dihidang.


Thursday, November 18, 2010

2 ALAM & 40 JUTA !!!!!!!!!

Salam.

Wahhhhh, hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua peminat filem tempatan, 18hb November 2010, hari ni filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 sinema, wuwuwuuwuuwwu.

Well, dah lama giler kita nengok iklan ni kat surat khabar kan, especially paper Kosmo lah, memang tak di nafikan masa mula tengok dulu, apa lah iklan ni, setiap hari dok citer benda yang sama, tapi lama kelamaan saya rasa strategi tu dah mengena, coz bila selak suratkhabar, mesti nak nengok gak kat halaman iklan ni, kalau tak baca pasal iklan ni pun, dapat nengok rambut Dr. Rozmey pun dah cukup, hahhahahah.

* picture google - tq *

Saya tak boleh nak komen tentang filem ni sebab saya pun tak tengok lagi dan saya memang bukan kaki tengok wayang, dah bertahun saya tak jejak panggung wayang tu, pada saya, apa pun hasrat penerbit dia, jalan citer dia, semua nya terpulang kat penonton lah, korang suka, pergi lah tengok, tak suka, menyampah, tak payah tengok, senang je kan kan kan. Akan tetapi, pada saya, dengan iklan ni jugak lah, secara tak langsung, orang ramai mula memperkatakan tentang filem ini, especially bila disentuh tentang kutipan 40 juta dia tu.

Apa pun sasaran penerbit dia, pada saya, itu hak dia, semua orang boleh pasang angan masing masing, tak salah di sisi undang-undang pun. Senang je kawan-kawan, berangan tu kan free, so kalau Dr. ni nak berangan dia dapat kutipan 40 juta kita tak boleh nak buat apa, itu angan-angan atau harapan dia, and senang nak bagi paham, situasi dia lebih kurang macam ni lah, bila acik Shibam berangan nak dapat duduk sebelah Remy Ishak sambil pegang erat tangan dia, ahhahahahha.

Dr. Rozmey, meh sini meh, meh sponsor acik Shibam ni Jusmate 5 untuk enam bulan berturut-turut, kompom acik boleh jadi kurus, next filem nanti, you boleh ambik acik jadi extra, hahahhahaha.

Tuesday, November 16, 2010

KAWAN KAWAN : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA !

Salam.

Dah ramai yang mula bercuti hari ni ye, saya masih bekerja, kebetulan kak long dah mula bercuti sekolah, so dia boleh tolong tengok2 kan baby Hakeem kat umah mak saya.

Saya tak nak bazirkan cuti tahunan, saya nak kumpul cuti tahunan banyak banyak, sebagai pekerja gomen, kakitangan boleh mengumpul cuti tahunan untuk dibayar sebagai ganjaran semasa bersara kelak, so saya nak buat banglo pakai duit tu nanti, so saya tak boleh bazirkan cuti, hahahhahah.

Tak lah, tolong jangan percaya dengan statement saya tu ye, actually, umah family dan mertua saya kan berdekatan saje, so petang nanti pun boleh tolong apa yang patut. Semalam dah minta izin dengan boss besar untuk balik awal dari biasa, harap2 semua nya ok dan boleh lah berangkat pulang dengan lebih awal.

Pada yang nak balik ke kampung halaman, korang tolong berhati hati ye. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Monday, November 15, 2010

TELUR PUN KENA FACIAL U ALL !!

Salam.

Baru2 ni saya pergi rumah (identiti di rahsiakan ye). Anak saya nak minum air, so tuan rumah tengah sebok, saya pergi lah amik sendiri dalam fridge, bukak je fridge tu, saya ternampak deretan telur2 yang kebanyakan nya masih terlekat 'taik ayam' di telur tu, huhuhu, scary laaa, ada jugak yang tak tahu lagi tentang peri penting nya membasuh telur2 itu dahulu sebelum di masuk kan ke dalam fridge. Kalau pun kat telur tu tak nampak kotoran dia, korang still kena bersih kan jugak dulu sebab telur ni keluar dari pungkoq ayam tu kan, so memang kena bersih kan dulu, melainkan korang beli telur mahal yang dah siap di nyah kuman nya tu, yang tu lain citer ekkk.

Bukan susah mana pun, saya rendam je telur2 ni semua, bagi semua kotoran yang terlekat tu mengembang, pastu baru amik span dan cuci satu persatu, gonyoh le apa yang patut sampai hilang semua kotoran tu.

Rupa telur selepas di facial, setelah di buang semua kotoran dan dibilas bersih, berkilat2, memancar2 kan, pastu barulah masuk kan dalam peti sejuk.

Kalau saya nak makan kat restoran atau nak tapau roti canai telur, saya akan bawak telur dari rumah sebab saya jamin kat restoran tu memang tak terlayan nak membasuh telur2 ni semua, tak sanggup nengok dia pecahkan telur tu atas tepung dengan kotoran masih melekat kat telur tu, huuiiiiii, tidak baik untuk kesihatan tau.

Selamat memfacial telur kawan2. Pada yang dah amal kan tu, korang memang mantap, pada yang belum, tolong ehhh, basuh dulu ehhhh, baru masuk dalam fridge ehhhh.

Friday, November 12, 2010

LEMPENG CHINTA CHANDURI DAN SAMBAL SARDIN RASUL IMAN, MUAHAHA

Salam.

Petang semalam masa hujan, saya termimpi2 kan lempeng ni, kalau lah dapat di makan time hujan2, sejuk tu, mesti best kan, pastu bancuh air nescafe panas2, uhhhh, memang nikmat, dari sekeping, boleh jadi berkeping2 masuk dalam perut, hahhahahha.

Kerana keinginan yang meluap2 tu, petang semalam, saya buat jugak lempeng chinta chanduri ni. Pastu kan, saya makan sambil ngadap TV nengok episod terakhir drama Chinta. Laaa, punyalah best lempeng chinta chanduri ni, saya pun tak sedar berapa keping masuk dalam perut "kempis" saya ni, hahahhahha.

Lempeng chinta chanduri, comel2, cantik2, gebu2 macam Chinta. Ehhh, korang semua tahu buat lempeng kan, oh untuk Lija, mungkin dia tak tahu, so saya nak bagitahu kat Lija je, yang lenlain tu mesti pandai kan kan kan. Lijaaaaaaaaa ! nak buat lempeng ni senang je Lija, ko amik tepung gandum, letak air jangan lembik sangat, campur garam sikit, pastu kasi blender semua, biar elok sebati dan boleh lah start melempeng. Pakai kuali non stick tu Lija, pastu biar garing2, baru lah di angkat, paham tak ni Lija, kalau tak paham, nanti ko tepon aku ekkkkkk.

Sambal sardin rasul iman yang buat saya stim bila menikmatinya, hahahhahhahha. Actually saya masak jugak nasi untuk Mr.R, kak long, angah dan mimi, tapi kan, nasi tu tak berusik langsung sebab semua teruja nak makan lempeng chinta chanduri dan sambal sardin rasul iman. Untuk kami sekeluarga semalam, saya melempengkan sebungkus tepung Bakers Choice tu, licin ko.

Berakhir lah episod kelam kelibut saya di petang hari dengan berakhir nya drama Chinta ni.

Thursday, November 11, 2010

RESEPI TEMPE GORENG BERJINTAN

Salam.

Pandai2 je saya bubuh nama resepi ni tempe goreng berjintan. Sebenar benar nya kawan2, saya ni pencinta tempeyek tau, especially tempeyek kacang lah, kalau buat tempeyek kan di campur sekali dengan jintan ni, so saya pepandai campur kan jintan ni untuk tempe goreng pulak. Wangi je bau dia, dan lepas ni saya dah boleh bukak gerai jual tempe goreng ni, mesti ramai pekerja2 asing dari Indonesia tu jadi pelanggan tetap saya, hahahaha.

Selalunya saya goreng tempe letak garam dengan kunyit je, tapi kali ni idea datang nak mengolah tempe goreng menjadi lebih sodap dari biasa.

Saya blend kan bawang kecil, bawang putih dan jintan.

Yang paling senonoh sekali, saya campur tepung gandum, ala2 nak buat cekodok tempe tapi tak nak hancur2 kan tempe tu. Saya blend kan tepung gandum tu sekali, buh garam dan serbuk kunyit sikit.

Potong tempe ikut suka hati saya. Lepas ni nak cuba potong senipis yang boleh. Lebih garing lebih sodap kan kan kan.

Gaul kan lah macam ni hah, pastu bila minyak panas, goreng kan lah sampai masak.

Oh tempe, biar pun ghupe ko buruk, tapi rasa ko memang sodap. Selamat mencuba, pada yang tak suka tempe tu, tak dapek acik nak menolong yo !

Wednesday, November 10, 2010

HELP ! HELP ! HELP !

Salam.

Masa ni saya tengah dok ralit menyusun baju2 yang dah dilipat kedalam almari, so saya biar kan dia main2 kat atas toto tu, pastu ada lah terdengar suara si Hakeem ni bising2, saya pandang jap, nengok elok je dia bergolek dengan bantal peluk kecik tu, so saya sambung buat kerja lagi, pastu dengar suara dia bising2 lagi, sekali toleh, rupa nya bakul dah tersangkut kat kepala lah pulak, alolo kesian nya dia, meh sini mama amik gambar dulu baru mama tolong ye.


Lepas ni dah tak boleh bagi Hakeem main dengan bakul ni lagi. Itu je kawan2, dah habis.

Tuesday, November 9, 2010

SELANG BUNGA

Salam.

Kawan2 selalu cakap saya beruntung sebab anak2 saya selang bunga. Korang tahu tak istilah selang bunga tu apa ? Kalau tak tahu, gi cari maksud istilah ni sendiri ye, acik shibam tak koser nak explain, hahahhaha. Well, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada, contoh acik shibam korang ni, dari pengamatan mata kasar saya kan, sebenarnya kalau dapat anak sulung dan kedua tu perempuan lagi bagus, ehhh bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t dah kurniakan pada saya empat orang cahayamata yang comel, bijak lagi baik tu, cuma nak bagi pandangan je.

Sebab apa bagus kalau dapat anak sulung dan kedua tu perempuan ? Sebab dia orang boleh membesar bersama2 dan dua anak perempuan tu boleh membantu kita kat dapur nanti, dah ada 2 orang perempuan, yang ke 3 dan ke 4, anak lelaki pulak, baru lah dia orang ada geng untuk membesar bersama2. Kakak 2 orang tu boleh share bilik sesama, kongsi masalah suka duka bersama sama, yang si adik 2 orang lelaki tu pun boleh share sesama apa yang dia orang ada.

Macam saya, kak long selalu kena mengalah dengan angah yang berat tulang nak tolong kak long, angah pulak bosan sebab takde kawan nak sepak2 bola, nak ajak mimi tak sesuai pulak, nak tunggu hakeem besar, lambat lah pulak. Kalau anak berselang seli jantina macam saya ni di panggil selang bunga, kalau anak sulung dan kedua tu perempuan, yang ketiga dan keempat tu lelaki, apa istilah nya pulak kawan2 ?

Monday, November 8, 2010

MICROPARUS XANTHOPUS !

Salam.

Tak payah pening2 nak cari kamus mahupun ensiklopedia untuk maksud tersebut, korang nengok je kat bawah ni ye.






Apa kebaikan dia ? Jap ehhhh ....................................................

Iskkk, koser acik nak google lah, korang cari lah sendiri apa kebaikan tumbuhan ni, maksud microparus xanthopus ni biar acik shibam buat pemahaman sendiri tanpa menggoogle, hahahhahhaa.

Buat kerja dulu wehhhh, lunch time nanti baru google tentang kebaikan dia. Daaaaaaa

Saturday, November 6, 2010

36 TAHUN @ 6 NOVEMBER 2010

Salam.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana hari ini genap lah usia saya 36 tahun. Setiap kali lepas solat, doa yang dipanjatkan adalah untuk terus diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk terus melihat anak2 membesar dan berjaya di samping suami yang tercinta. Amin.

Di usia 36 tahun ni, apa yang saya nak, semuanya dah ada, takde yang nak disesalkan, so far so good, smooth je perjalanan hidup saya ni, berkat doa mak abah, saya menjadi manusia yang berguna di mata dia orang, berkat doa suami, saya jadi isteri yang solehah di mata nya, berkat doa anak2, saya jadi ibu mithali di mata mereka, pada saya, persepsi atau pandangan orang lain tak penting kerana keluarga terdekat yang lebih mengenali dan memahami diri kita.

Selamat ulangtahun Shibam, semoga Allah s.w.t terus memberkati perjalanan hidup mu. Amin

Friday, November 5, 2010

HARI NI SEMUA PUN CUTI LAAAA

Salam.

Mesti ada yang mengambil kesempatan cuti 3 hari ni untuk balik ke kampung, tak pun gi bercuti, tak pun gi jenjalan, entah2 ada yang amik cuti hari Isnin depan, sambung lagi cuti, biasa lah, kat Malaysia ni kan, apa jua perayaan, semua orang pun beraya sekali.

Cuti minggu ni saya dah ada aktiviti untuk di buat, nak buat apa, tak boleh tulis kat sini laaaaaaa, biarlah rahsiaaaaa, boleh ? So pada kawan2 yang nak pergi jenjalan tu, berhati2 di jalan raya ehhh, ingat orang yang tersayang, biar lambat asal selamat.Pada yang duduk kat rumah relax2 tu lagi bagus, korang boleh lah mengemas apa yang patut, masak spesel dari biasa dan melayan karenah anak2 tu, pada yang belum berkahwin, gi lah dating 3 hari 3 malam, hahahhaha.

Pada yang kena kerja tu, kerja lah bebaik ye, insyaallah, di lain hari kita sembang lagi ye. Bye kawan2, sayang korang.

Thursday, November 4, 2010

2nd ANNIVERSARY : ALL THE BEST SHIBAM !!!

Salam.

4 November 2010 bersamaan dengan 27 Zulkaedah 1431 Hijrah adalah bersamaan jugak dengan ulangtahun kedua wujudnya blog acik shibam korang ni, yeayyyyyyyyy, tak sangka betul, dah 2 tahun, dah ada 913 posts semuanya, ntah mana datang idea merapu pun tak tahu lah, ramai kawan2 seangkatan dengan saya masa buat blog ni semua dah berpencen, saya je masih mempertahankan kudrat untuk mengupdate walaupun sekadar 1 entry je sehari.

Dalam 2 tahun ada blog ni, saya dah tahu, apa yang boleh dipaparkan, gambar apa yang boleh ditempek, cerita apa yang sesuai untuk dikongsi, kalau mula2 dulu, semua, segala apa bentuk aktiviti pun saya nak tempek tanpa memikirkan baik buruknya. Sekarang saya dah tahu sesangat, apa yang boleh dikongsi, apa yang patut disimpan sebab bila tersilap bercerita, silap menayang, buruk padahnya kawan2. Niat kita nak berkongsi cerita akan menjadi lain bila di salah tafsir oleh orang lain dan di jadikan isu, istilah blog saya, sukahati saya nak cerita apa tak sesuai digunakan oleh saya sebab pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati hati.

*gambar google - tq *

Selama mana lagi blog saya boleh bertahan, hanya masa dan keadaan yang menentukan, biar pun banyak skop penceritaan yang tak boleh dikongsi di sini saya akan cuba mencari alternatif lain untuk terus mengupdate blog. Semoga saya akan terus di beri idea dan kreativiti untuk memeriahkan lagi blog saya.

Pada kawan2 yang masih setia, terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi ye.

Wednesday, November 3, 2010

FESYEN APA NI MIMI ????

Salam.

Budak2 ni kalau di jaga oleh nenek mesti manja terlebih2 kan, kalau dengan mak, dia tahu pulak nak berdisiplin, bila dengan nenek je, automatik karakter bertukar. Nengok si mimi ni, setiap petang masa saya nak jemput dia balik rumah mesti ada je laporan dari nenek dia, macam kat bawah ni dia cipta fesyen dia sendiri, meh nengok :

Pakai seluar panjang, pastu pakai gown, dalam tu pulak t.shirt, yang paling tak boleh tahan, dia siap sarung seluar kecik dia lepas pakai seluar panjang tu, hahahhahaha, apa punya fesyen ni mimi ? Dah lah pakai baju berlapis lapis, pastu join kawan2 dia main bola pulak, berpeluh2 lah jadinya, kompom balik nanti kena mandi dan tukar baju lagi sekali.

Satu lagi yang buat saya hangin kan, dia tak sudah2 nak pakai selipar besar ni, selipar ni lah nak ke sekolah, nak pergi berjalan2 pun nak pakai selipar ni, sebab apa.......... sebab selipar ni Ayip punya, hari tu masa pergi rumah abang saya, dia tak bawak selipar spare untuk main2, so Ayip bagilah guna selipar ni, sampai ke sudah dia tak nak guna selipar atau kasut dia yang lain, balik2 selipar besar ni yang nak disarung nya, kemain mengidola kan si Ayip sampai selipar pun jadi pujaan hati dia.

Ada sesapa nak cuba fesyen macam mimi ni, hahahhahahhaha.

Tuesday, November 2, 2010

DAPAT NOMBOR BERAPA ?????

Salam.

Musim peperiksaan dah pun berakhir, masa saya mula2 jadi mak orang dulu, saya selalu sematkan dalam hati, nak pastikan anak2 saya akan menjadi budak yang pandai kat sekolah, mesti dapat no. yang terbaik, siap bagitahu kat anak2, make sure korang mesti berada dalam kedudukan 5 terbaik, tetapi semakin lama, saya semakin faham tentang pencapaian anak2, tak excited dan pressure dia orang macam dulu2 lagi.

Ini semua berkat saya bergaul dengan teacher anak2 saya, lama kelamaan saya faham tentang betapa pentingnya cara pemahaman pencapaian anak2 di sekolah. Teacher selalu tekan kan, no dalam darjah tidak penting, peratusan pencapaian anak yang penting sebab kalau dalam kelas terakhir, pencapaian tidak memberangsangkan pun still boleh dapat tempat 5 terbaik, so next time jangan tanya anak dapat nombor berapa, kena tanya dapat markah berapa. Saya mengaku, kalau dulu bila kak long atau angah tak dapat kedudukan 5 terbaik dalam kelas, saya akan jadi sedih, saya stress sampai kan tak bersemangat nak pergi amik report card dia orang sebab dalam hati mak dia yang terlebih2 nak anak jadi pandai kan.

Setakat ni, kak long memang selalu cemerlang dalam pelajaran dia, saya selalu risau pasal angah lah, sampai satu ketika tu, dia dapat nombor 11 dalam kelas tau, saya punyalah sedih, rasa macam kecewa sangatkan, poyo kan, padahal angah baru darjah 4, kesian anak saya, sepatutnya saya guide dia untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

Semenjak dari hari tu, saya dah tak tertekan dengan no. yang dia orang dapat untuk peperiksaan, setiap kali saya akan tengok peratusan markah dia orang untuk setiap subjek, so dari situ saya tahu pencapaian anak2. Next time jangan tanya dapat nombor berapa tau, tanya dapat markah berapa ?

Monday, November 1, 2010

RESEPI BINGKA JAGUNG

Salam.
Macam biasa, bila weekend je, kena main masak2 kat dapur tu lebih lama dari biasa, kena rajin sikit dari biasa untuk sediakan apa yang patut untuk famili. So petang semalam saya cuba buat bingka jagung, senang sangat nak buat dan rasanya pun sedap.
Nak resepi tak ? Saya pun google jugak resepi ni, disebabkan korang malas nak google, saya tempek kat sini ehhh, nanti korang buat ehhhh.
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung custard
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin jagung krim
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
Cara2 nya :
Saya blendkan semua bahan di atas kecuali jagung tu. Dah siap blend baru saya campurkan jagung dan kacau sebati. Kalau korang rasa kurang manis, adjust2 lah sendiri kemanisan nya tu, kalau nengok terlembik sangat, adjust lah pulak tepung nya ye. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lah sehingga masak.
Bila dah siap, jangan lupa amik gambar dan tempek dalam blog ye. Sekian.