Kadang-kadang, apa yang kita tengok dan ditonton kat tv adalah sama atau lebih kurang dengan kehidupan sebenar atau kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Actually, apa yang saya nak citer ni bermula dari zaman saya bekerja di tempat lama lagi. Saya cuba ringkas kan penceritaan ni dan saya harap kawan-kawan faham bila membacanya. Ada seorang lelaki yang saya namakan F, dulu dia ni bekerja sebagai technician di tempat kerja lama saya, masa masuk kerja tu dia still bujang dan baru habis belajar, tak lama lepas tu dia bernikah dengan kawan sama tempat belajar dia, dapat 2 orang anak, isteri pulak bekerja dalam sektor awam.
Memandangkan dia nak memperkukuhkan ekonomi keluarga, saya recommend kan dia bekerja di tempat Mr.R sebab rekod kerja dan prestasi dia selama ni bagus, so saya assumed dia akan meneruskan prestasi yang baik di tempat kerja yang baru. Untuk tahun pertama, semuanya berjalan dengan lancar, tapi sifat lelaki ni, kalau ada duit lebih sikit, mula lah lupa asal usul, dia dah mula bermain cinta dengan salah seorang operator pengeluaran di tempat kerja dia, Mr.R ada bagitahu kat saya tentang masalah ni, saya pun tak tahu nak bagitahu atau tidak dengan isteri dia. Belum saya bagitahu, isteri dia dah tahu dan nampak sendiri tentang perubahan suami dia.
Tak cukup dengan ada teman wanita baru, dia mula meminjam duit, buat loan untuk tukar kereta baru, selalu ambil cuti untuk menghabiskan masa dengan teman wanita baru dia. Isteri dia pun dah tahu nak buat apa, nafkah pun dah lama tak bagi, akhirnya dia ke mahkamah menuntut fasakh, anak-anak di bawah jagaan isteri. Mulai dari saat itu saya bertekad tak nak bersusah payah menasihati si F ni sebab dia tengah asyik masyuk bercinta, semua yang dia nampak indah belaka.
Kadang-kadang terbit rasa bersalah di hati saya, kalau lah saya tak recommend dia bekerja kat tempat Mr.R, mungkin semua ni tak berlaku dan saya bernasib baik sebab isteri F tak pernah menyalahkan saya sama sekali, pokok pangkal hati kata nya, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, suami dia tak tahan godaan, lupa tentang isteri dan anak-anak di rumah.
Lepas dia orang berpisah, F pun bernikah dengan teman wanita dia ni. Dapat lah anak sorang, isteri baru F ni muda belia orang nya, jadi bila di suruh berhenti kerja dan jaga anak di rumah dia tak nak, tak bebas katanya. Di pendekkan citer lagi, baru-baru ni saya dapat tahu yang F sudah menjatuhkan talak kepada isteri baru nya kerana mendapat tahu isteri nya ada lelaki lain selain dia, dengan bebanan hutang yang banyak, kereta F pun dah kena tarik, prestasi kerja pun dah semakin menurun.
Persoalan nya sekarang, F beriya-iya ingin merujuk semula kepada bekas isteri nya, jangan di tanya pendapat saya samaada bekas isteri nya patut terima atau tidak. Semua keputusan yang diambil haruslah mengikut kata hati bekas isteri dan ketentuan Allah S.W.T dan saya berharap sangat dia akan menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab andaikata bekas isteri menerima semula lamaran nya.
Sekian.