Pengalaman saya bekerja selama berbelas tahun di sektor swasta dan baru sahaja empat tahun di sektor awam amat berbeza. Pada yang terus bekerja di dalam sektor awam selepas habis pengajian mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya ni.
Selalu nya staff baru ni memang dah set dalam pemikiran dia orang yang kalau bekerja di dalam sektor awam ni, tak payah nak berdisiplin sangat, pegawai lain boleh tutup sebelah mata dan boss mesti tak marah punya, buat lah macam mana pun, kontrak mesti akan disambung dan tak lama lagi diserapkan pulak ke jawatan tetap.
Cuba buat peel cenggini kat sektor swasta, tak payah tunggu probation period habis pun, korang dah boleh kena terminate, nak pulak kalau dah pernah ditegur secara baik, di beri nasihat, dan kalau tak berubah jugak, surat amaran pulak akan dikeluar kan, lepas tu bye-bye ye, sila cari kerja baru.
Saya tak paham bila ada staff yang baru bekerja, masih dalam kontrak, tapi buat peel macam orang yang dah tetap dan bekerja lama. Saya tak nafikan, kadang-kadang saya pun perlu ada urusan di luar, tetapi setiap kali saya nak keluar, saya minta izin atau beritahu pada staff lain tentang whereabout saya.
Bila ada kerja, of course kita kena siapkan on time dan buat dengan teliti, kalau tak busy dan takde kerja untuk dilunaskan, saya still duduk dendiam kat tempat saya, buat lah apa yang patut, mainlah minesweeper tu sampai dapat masa terbaik, takde orang nak marah pun, janji ada kat tempat sendiri, so far kat opis kami, staff-staff lama ni memang sangat berdisiplin, kadang-kadang boss selalu takde tapi kita orang still tak berkeliaran ke mana-mana pun, sekali setahun tu biasalah kan, daripada yang selalu lesap sepanjang masa !
Ada yang confident sangat, buat lah peel macam mana pun, kontrak aku mesti sambung punya, buat lah malas macam mana pun, mesti di serap masuk ke jawatan tetap jugak, that's why dia tak heran. Kalau tak dilanjut kan kontrak nanti, pihak pentadbiran yang di salah kan kononnya menganiaya dia orang. Please lah, tolong jangan menuding jari pada orang lain atas kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri.
Satu lagi ni, kalau kawan-kawan lain boleh je berdisiplin menepati masa, lunch time 1 jam, waktu minum pagi kalau ada pun 10 - 20 minit, ini ada yang waktu minum pagi nya sama panjang dengan waktu lunch. Tu belum citer pasal rehat di hari Jumaat, dah bagi masuk lewat 2.45 petang pun still selalu terbabas. Kalau rasa bidang kerja ni tak sesuai dengan karektor korang, why apply, kenapa tak cari kerja yang serasi dengan jiwa tu !
Kawan-kawan, gelak-gelak jugak, gila-gila pun takpe, tapi bila bab bekerja, please ye, tolong berdisiplin, ingat satu ni je senang, dah dapat gaji nanti berkat ke tidak duit tu !