Friday, April 29, 2011

BERUNTUNG SANGAT DAN SAYA SANGAT BERSYUKUR

Kalau masa muda-muda dulu, bila mak saya mencadangkan untuk saya duduk berdekatan dengan dia, seboleh-bolehmya saya kata tak nakkkkkkkkkkkk ! Dalam tak nak tak nak tu, akhirnya saya dengar jugak cakap mak dan abah untuk cari kerja dan duduk dengan dia orang, kebetulan jodoh saya pun dapat suami yang tinggal berdekatan dan memang terbukti, bila kita mendengar cakap mak abah kita, ada banyak kebaikannya.

Ramai kawan-kawan saya yang bermasalah untuk meninggalkan anak dia orang semasa semuanya keluar bekerja, tak semua mampu untuk menggaji pembantu rumah, nak tak nak dia orang kena hantar ke nursery dan pengasuh berdekatan, macam biasalah, mesti ada jugak masalah yang timbul

Alhamdulillah, dari saya beranak satu sampai dah ada empat orang anak sekarang, kesemuanya dapat membesar di bawah jagaan nenek dan atok. Masa Mimi baby je dulu saya berkesempatan ada bibik yang membantu, itu pun saya tak tinggalkan sendirian di rumah dengan anak-anak, saya bawa bibik ke rumah mak setiap hari sebab memang susah nak percaya dengan orang lain untuk menjaga anak sendiri. Nasib baik jugak, mak dan abah saya sudi juga untuk menjaga anak-anak saya, tak tahu nak describe macam mana beruntungnya saya sebab tak pernah ada masalah untuk tinggal kan anak-anak semasa keluar bekerja.

Paling bosan bila ada yang suka buat andaian, letak anak-anak kat umah mak dan abah sendiri ni mesti mudah dan senang, gerenti dapat diskaun katanya ye, ish ish ish, mana boleh macam tu, saya memang bagi mak abah saya ikut kadar yuran nursery tau, tak caya ? Percayalahhhhh !

Thursday, April 28, 2011

NUGET IKAN RAMLY

Mari mari mari ! Kita try nuget pak Ramlyyyyyyyy, hahhahhaha. Tak kenal maka tak cinta, tak rasa, mana kita nak tahu ianya sedap ke tidak, makanya mari kita beli satu persatu. Produk-produk ni dah lama ada dalam pasaran, korang sampai dah muak nak makan, saya baru terhegeh-hegeh nak cuba satu persatu.

Hrmmm, pada hemat saya yang memanjang sedap je kat tekak ni kan, rasa ikan nya tu tak berapa nak diterima kat tekak, masih terbau-bau ikan tu bila dah digoreng, ye lah, kata nya nuget ikan kan, mesti lah berbau ikan, muahhahahha. Pendek kata lepas ni tak de lah nak dibeli selalu, panjang kata pulak, boleh je kalau nak makan lagi.

Sekian.

Wednesday, April 27, 2011

BILA 30 DI SANGKA 35

Kan dah banyak kali pesan sebelum ni, kita orang pompuan ni jangan malas-malas, jangan selekeh-selekeh, biar lah macam mana pun bentuk badan yang Allah S.W.T dah kurnia kan pada kita ni, pandai-pandai lah menjaga nya, yang penting mesti nampak bersih, nampak kemas dan nampak semenggah. Tak nak lah jadi macam insiden ni, umur baru nak masuk 30 tahun, kengkawan lain dok ingat dia dah 35 tahun. Bila orang tersalah teka nanti boleh sentap di buatnya tau, maka nya, tolong lah berhias seperti anda berumur 30 tahun itu.

Cara pemakaian baju dan tudung ke opis pun kena bersesuaian tau, elak kan dari memakai pakaian yang nampak macam nak bersantai, atau pun elak kan dari pakaian yang terlalu sarat untuk ke opis, lebih baik yang sedang-sedang saja, yang simple tapi sedap mata ni memandang. Jadi orang pompuan ni, jangan nak malas sangat, tolong gosok baju dan tudung tu sebelum ke opis, tak elok rupa nya pakai baju berkedut dengan tudung tak bergosok tu.

Malas nak citer yang dia orang ingat saya lagi muda dari dia, serius, saya malas nak bagitahu bab yang orang lain ingat saya lagi muda dari dia, betul wehh, koser saya nak citer kat sini yang orang lain cakap saya lagi nampak muda dari dia, muahahhahaha.

Tuesday, April 26, 2011

DULU BUDAK NI TAK PUAS DUDUK DALAM TU

Eiiiiiiiii dah banyak kali cakap, dah banyak kali tegur, tapi dia selamba jugak dok dalam stroller adik dia ni. Macam kat gambar ni lah, nak makan, nak tengok tv semua nya nak dalam stroller tu.

Saya : Mimi, boleh tak duduk kat bawah je, habis lah stroller adik tu nanti, Mimi tu berat, dah besar panjang, buat apa nak duduk dalam tu

Mimi : Takpe, boleh je duduk dalam kereta adik ni

Saya : Mimi nak mama cakap macam mana lagi baru Mimi nak paham ?

Mimi : Takpe, takpeeeeee, mama buat tak tahu je, buat tak pandang je, hahhhh, mama buat bodo je

Saya : Ehhhhh apa buat bodo ? Buat bodo tu apa ? Pandai nak suruh mama buat bodo ehhhhh

Mimi : Buat bodo tu buat tak tahu lah, pahammmmmmmm tak (lagi dia nak tanya saya, paham ke takkkkkkkk ?)

Saya : Nak aku cubit molot ke cubit pipi budak debab ni (dalam hati)

Sekarang dah jadi satu kerja pulak, lepas guna je kena sorok kan dari pandangan mata kasar dia.

Monday, April 25, 2011

RESEPI MUFFIN COKLAT

Hari biasa pun saya memang memasak untuk famili kat umah tu, bila tiba hujung minggu lagi saya suka buat macam-macam sebab famili saya ni, buat lah apa pun, masak lah apa pun, semua nya suka makan, tak terasa penat memasak bila happy tengok orang tersayang menikmatinya.

Kali ni saya buat muffin coklat pulak, macam biasa jugak, macam-macam resepi yang saya dapat bila di google tu, so saya selalu amik resepi yang paling mudah untuk disediakan.

Resepi asal letak chocolate chips, tapi saya belasah letak chocolate rice sebab tak koser nak beli, guna je apa yang still ada kat dalam fridge tu.

Elok je naik gebu masa dibakar.

Sudah siap untuk minum petang, dan selebihnya untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Dapat banyak jugak dengan adunan yang saya buat ini.

Ini resepi nya ye kawan-kawan :

1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu besar sebuk koko
200 ml susu segar (perisa vanilla atau coklat)
sedikit chocolate chips untuk hiasan.

Cara membuatnya pulak :

Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas
Masuk kan telur sebiji demi sebiji
Masuk kan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu
Campurkan susu segar berselang seli dengan tepung sehingga sebati
Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan letak lah chocolate chips di atasnya
Bakar adunan selama 20 minit atau sehingga masak ke dalam oven bersuhu 180 C dan jangan lupa untuk memanaskan oven terlebih dahulu ye !

Selamat bermuffin semua !

Friday, April 22, 2011

LAIN KALI TAK PAYAH TANYA LAGI ;)

Salah satu soalan yang saya paling tak suka nak jawab adalah semasa saya di lif atau masa tengah berjalan nak menuju ke kereta dengan pertanyaan : NAK BALIK KE ? Tanya lah soalan lain, dah sah-sah dah tentu saya nak balik, dah pukul 5 petang tu, buat apa nak tercongok lagi kat opis tu, resmi saya, tepat pukul 5 petang je saya dah ada kat depan pintu lif, nak amik anak cepat-cepat, nak masak dan buat kerja kat umah lagi bagus. Kalau korang nampak saya balik pukul 3 or 4 petang baru lah buat-buat muka terkejut bertanya : ehhh dah nak balik ?, baru lah logik kan kan kan. Of course kerja saya dah siap on time, maka nya, balik lah on time jugak !

Baru-baru ni ada sorang lagi tanya soalan cepumas ni kat saya, dah nampak saya kat depan lif tu, sibuk bertanya, ehhh dah nak balik, saya jawab cenggini :

saya : ehhh tak lah, mana ada nak balik, ni nak pergi kerja lagi ni

dia : ahhhh, nak pergi kerja, akak nak pergi kerja kat mana pulak kak

saya : nak kejar masa lah ni, akak masuk shift petang, akak kerja KFC, masuk kerja pukul 6, balik pukul 10 malam

dia : ye ke kak, sape jaga anak-anak

saya : suami lah

dia : ye lah tu

saya : dah tahu tak, kau tanya banyak-banyak lagi buat apaaaaaaaaaaa !

Tak payah tunggu lama, besok tu terserempak lagi kat lif, tapi kali ni dia senyum-senyum aje, koser dia nak berborak dengan saya lagi, hahhahahha.

Thursday, April 21, 2011

KAK LONG DAH 14 TAHUN ........

Sekejapan je rasanya, tup tup anak sulung saya dah menjangkau usia 14 tahun. Alhamdulillah, setakat ni dia membesar sebagai seorang anak yang baik dan semoga dia dapat mengekalkan sifat dia yang baik tu, amin.

Masa birthday dia hari tu, dia kena ke sekolah, ada aktiviti yang dia perlu siapkan dengan kawan-kawan sekolah dia. Dah malam tu baru semuanya ada kelapangan nak celebrate birthday kak long. Macam biasa jugak, celebrate kat umah atok & nenek.

Kek untuk kak long, macam biasa jugak, memang sodap !

Juadah sampingan malam tu. Biasalah tu kan, kalau ada atok & nenek, menu nasi tu mana lah boleh di tinggalkan, nasi kena jadi menu utama, yang lenlain tu buat penambah je.

Pizza lagi, mana boleh order sesikit, nampak je macam tak ramai orang, tapi selera masing-masing, masyaallah, saya je yang tahu, muahahhaha !

Yang sengal macam tak pernah jumpa makanan tu adik bongsu saya. Tq Ayan sebab bagi duit untuk beli kan hadiah jam pada kak long, tq jugak pada Wawa kerana bersusah payah pergi beli hadiah tu untuk kak long. Suka betul kak long dapat jam swatch idaman dia tu.

Muka happy sambut birthday yang ke 14 tahun. Kak long, jadi lah anak yang baik dan contoh yang baik kepada adik-adik ye. Mama & babah sayang kak long, ammuahhhh !

Wednesday, April 20, 2011

RESEPI DESSERT PISANG

Macam biasa, saya suka mentelaah segala macam resepi yang ada, so hari tu saya telek dan belek blog mama rafiq ni, ini resepinya dan saya pun teringin nak cuba membuatnya, memandangkan puan empunya blog tu pun tak tahu nama resepi ni, saya yang amik resepi ni lagilah tak tahu namanya kan, maka nya saya bagi nama dia dessert pisang, boleh lah tu kan.

Resepi asal dia guna mix fruit, tapi saya suka-suka boh kismis je dan nak menambahkan lelemak di dalam badan, saya tambahkan lagi chocolate rice dan esen vanilla.

Makan selepas disejukkan, memang rasa macam aiskrim pisang vanilla berkismis dan berchocolate rice.

Senang je membuatnya kan, nanti korang cuba ehhhhh, saya rasa sedap je makan macam ni, kalau korang rasa tak sedap, ada saya kisah ke, hahhahahhaha.

* resepi penuh di link ini resepinya di atas ye *


Tuesday, April 19, 2011

JENUH NAK MEMBACA PLAT KERETA

Semenjak Mimi dah pandai membaca suku kata ni, setiap kali bila dalam kereta, dia beriya-iya nak sebut setiap huruf di plat kereta yang dia nampak dan seboleh-bolehnya dok paksa saya bunyikan huruf-huruf tu, apa yang dia belajar kat sekolah, ba bi bu be bo tu dia nak praktik kan baca kat plat kereta, tak ke haruuuuuuu !

Macam hari tu, mama kereta tu WUM, bunyi dia macam mana, so saya jawab, itu wum, jap lagi jumpa bermacam-macam plat lagi kan, selagi jumpa selagi tu lah dia dok mengeja, maka nya keluar lah perkataan-perkataan yang tak diterima dek akal, hahahhahah. Memang tak diterima dek akal bunyi-bunyian dari plat kereta tu, tak percaya? Nanti korang pulak cuba baca plat kereta tu, gerenti macam-macam bunyi yang keluar.

Dipendekkan citer, dia nampak kereta depan saya berhenti di traffic light, nasib baik masa ni kak long ada sekali tau, plat kereta tu BJK, pastu dia tanya lah, mama BJK bunyi dia apa, ikutkan saya cepat je nak menjawab, BJK tu bunyi nya ............. (adakah pikiran korang pun sama dengan pikiran saya, hahhahahhahahha). Kak long telah menyelamatkan keadaan dengan mengatakan BJK tu bijak lah mimi, fuhhh selamat di situ. Kalau plat JBU korang rasa nak sebut apa ?????

Monday, April 18, 2011

GANDINGAN KAK LONG & MAMA DI DAPUR

Selalunya kak long yang jaga Hakeem dan saya boleh buat kerja kat umah tu, akan tetapi, hari tu si budak Hakeem telah membuat pe'el yang super duper mengada, dia tak nak dengan kak long, hari tu dia nak berdukung je, kalau Mr.R ada kat rumah hari tu senang lah, saya pass je Hakeem kat dia. Asal saya letak je, dia nangis, asal saya dukung balik je, dia senyap. Nak tunggu dia tidur baru boleh buat kerja memang tak lah, memang tak berasap lah dapur tu nanti.

Nak tak nak, servis kena bertukar tangan lah jawabnya, memandangkan kak long yang kena tolong saya masak hari tu, makanya mari kita bagi dia masak menu yang dia tahu je, so terhasil lah lauk-lauk seperti di bawah, ada sayur bayam + fishball, ada ayam goreng dan sambal udang, cuma sambal udang tu saya kena ada kat sebelah dia sambil dukung si budak bertuah tu, ye lah, mana lah kak long reti nak masak sambal udang semarvellous mama dia masak kan kan kan.

Ayam goreng tu sedap lah pulak, kak long goreng dengan tepung serbaguna, dia kata, dia ikut cara yang nenek selalu buat, wahhhhh bagus, mama pun tak tahu, huhuhu. Untuk sambal udang tu, memang saya bagi instructions kat dia sebijik-sebijik sambil amik kerusi duduk sebelah dia tau, lepas ni saya nak suruh dia belajar-belajar buat sambal tanpa pemantauan saya, mana tahu kot nanti sambal dia lebih sedap dari saya, boleh lah saya selalu mengelat nanti, muahahahha.


Friday, April 15, 2011

KALAU LAH SEMUA ORANG BOLEH PRAKTIK KAN MACAM NI ......

Secara logiknya, hidup kita ni takkan berhadapan dengan masalah kewangan kalau kita tahu dimana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Kenapa suka menjunjung beban yang berat dan tak mampu di tangani oleh diri sendiri. Saya melampiaskan pendapat saya secara umum ye dan saya rasa nak sangat berkongsi dengan kawan-kawan tentang apa yang terlintas di fikiran saya ni.

Pada saya, ianya semudah ABC, kalau kita suami isteri berpendapatan RM3000 sebulan, makanya buat lah perancangan kewangan bulanan tu berdasarkan apa yang kita terima setiap bulan. Yang jadi masalah seantero sekarang ni, kita selalu suka cari pasal dengan cara berbelanja berlebihan dari gaji yang kita dapat, why why why ?

Keinginan kita ni jangan dilayan sangat tau, keperluan asas tu perlu diutamakan. Dapat gaji tu, selesaikan dulu hutang piutang keperluan asas kita, lepas dah tolak hutang piutang tu dan kat tangan masih ada duit yang terlebihtu, baru lah boleh digunakan untuk keinginan diri sendiri. Sebelum membuat apa-apa komitmen hutang piutang tu, sila lah duduk berdua suami isteri berbincang mengenai butir-butir perbelanjaan isi rumah tu. Jangan sesekali buat hutang baru tanpa ada peruntukan untuk hutang tersebut.

Selalu jugak kita dengar, alahhhhh takpe, beli je, hutang je, kalau tak berhutang memang tak dapat, betul sesangat, kalau nak beli kereta, beli rumah takkan nak bayar cash kan, maka nya perlu berhutang untuk mendapatkan aset-aset tu, tetapi jangan sesekali gunakan konsep alahhhh takpe, beli je, hutang je ke atas barang-barang bukan keperluan asas, barang-barang yang kalau takde pun korang boleh je teruskan kehidupan tu. Kalau korang mampu, takpe, sila kan lah berhutang untuk benda-benda yang tak penting tu, tapi ianya adalah salah jika korang tahu korang tak mampu tapi masih jugak nak berhutang demi kepuasan diri sendiri.

Sekian.

Thursday, April 14, 2011

NI BEDAK KE TEPUNG ?

Mimi kan dah besar, Mimi kan dah 5 tahun, Mimi kan budak pandai, maka nya setiap hari memang dia akan bersiap sendiri untuk ke tadika. Dia bersiap awal dan akan melepak tengok tv kat ruang tamu sementara saya masih bersiap kat atas, itu lah rutin dia setiap hari. Bila saya dah siap, saya akan turun dan terus bukak pagar dan start kan kereta, bagi enjin panas dulu, sementara saya nak kunci segala tingkap dan pintu yang ada, dia akan masuk dalam kereta, gitu lah rutin kami setiap hari.

Akan tetapi, hari tu, dia dah terlebih mekap nak ke sekolah, lepas saya kunci pagar dan masuk dalam kereta dan macam biasa akan tanya dia : Mimi dah bawak air, dah ambil bekal ? Sekali pusing kat belakang, nengok rupa dia dah macam ni wei !

Muahahhahahahhaa, tak pernah-pernah dia bertepung gomak ke sekolah, boleh kan hari tu dia pakai bedak sampai macam ni, itu nasib baik lah saya toleh ke belakang, kalau dah sampai kat pagar sekolah baru nak perasan, lagi lah tak boleh blahhhhhhhh ! Apalagi, saya bawak dia masuk kat dalam umah dan suruh dia nengok sendiri rupa dia kat cermin besar tu. Lucu betul lah budak bertuah ni !

Wednesday, April 13, 2011

RESEPI STEAMBOAT YANG MUDAH

Saya sangat suka bila ada orang nak datang ke rumah, kalau dia nak datang dan dia siap menelefon dulu, lagi saya suka sebab boleh lah saya buat apa yang patut kat umah tu. Ehhhhh, ada orang yang tak suka tetamu bertandang ke rumah tau, memang ada, kalau tak percaya, gi tanya Lija, nanti dia boleh citer kat korang, siapa yang tak suka bila ada tetamu nak datang kat umah dia dan mari lah kita doakan semoga pintu hati mereka terbuka untuk menerima kunjungan dan melayan tetamu ye.

Saya decide nak jamu tetamu dengan steamboat je lah. Tak berapa heavy, tak berapa nak ringan, kira okay lah tu. Tak payah pergi jauh-jauh, mini market kat area rumah saya tu semua ada, senang sangat nak mencari bahan-bahan nya tu. Tapi tu lah, bahan-bahan basah tak berapa nak segar pulak hari tu, makanya saya beli segala macam ball je untuk sesi steamboat kali ni, tak lupa jugak brokoli dan siew pak choy, kalau ada mushroom lagi sedap !

Okay, meja tambahan pun dah siap, boleh lah jemput para tetamu untuk makan bersama-sama.

Tetamu saya sudah bagitahu awal-awal agar wajahnya tidak dirakam lalu ditempek dalam blog ni, makanya korang nengok je lah gambar tangan kak long yang merasmikan sesi bersteamboat kali ini.

Jom saya share resepi steamboat yang tersangat mudah ni :


Untuk bahan-bahan nya, korang boleh letak apa sahaja yang korang suka, seperti di atas, saya banyak menggunakan bahan-bahan segera yang senang didapati di supermarket. Kalau nak guna seafood pun boleh juga.


Bahan-bahan untuk kuah steamboat :


1 biji bawang besar kuning (dihiris)
Sedikit halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 ketul kiub knorr ayam (letak lebih jika kuantiti kuah lebih banyak)
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Campurkan bawang besar, bawang putih, halia ke dalam air yang mencukupi, rebus semuanya sehingga mendidih, masukkan kiub knorr dan garam secukup rasa. Bila dah mendidih dan rasanya mencukupi, bolehlah mula merebus bahan-bahan yang hendak dimakan.  Senang bukan ? Selamat mencuba.


Tuesday, April 12, 2011

.......... DALAM BOTOL ? EHHHH DALAM BAKUL LAAA !

Ada ke kawan-kawan yang dah pergi tengok citer ..... Dalam Botol tu ? Amacam ? Kalau ada yang belum tengok, takpe, korang tengok je gambar ..... Dalam Bakul ni ye.

Gigih nya budak baik ni nak duduk dalam bakul kecik ni, sampai terjulur-julur jari kaki kat bawah tu, bila saya suruh dia keluar, dia takmo lah pulak, bila nak dukung dia keluar dari bakul tu, punyalah pandai, dia siap keraskan badan dia, nak jugak duduk sempit-sempit dalam bakul tu.

Suka hati lah Hakeem, pas ni, mama bagi besen ehhhhh, lagi senang dan luas untuk Hakeem duduk bersantai dalam besen tu, pastu kan, boleh lah mama buat entry ....... Dalam Besen pulak, hahahhaha.

Monday, April 11, 2011

RESEPI KARIPAP SARDIN

Semenjak dah cuba membuat karipap hari tu dan agak berjaya walaupun rupanya tak semenggah kan kan kan, saya berusaha lagi membuat karipap tau, kali ni saya buat karipap sardin lah pulak.

Ini inti nya, bahan-bahan terdiri dari :

1/2 tin besar isi sardin (buang tulang dan hancurkan isi)
1 biji kentang (di potong dadu)
1 biji bawang besar kuning (di potong dadu)
6 batang cili api (dihiris, kalau tak nak letak pun takpe)

Doh saya yang dah siap di canai. Cara membuat doh seperti berikut ye :

Bahan-bahan :

4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara-cara:

  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas tu, masukkan tepung dlm periuk dan gaul guna garpu atau hand whisk 
  3. Dah sejuk sedikit, campur garam dan air.
  4. Uli sehingga menjadi doh

Pastu kelim lah mengikut seni jari jemari masing-masing. Ehhhhh dah semenggah sikit lah rupa nya dari hari tu kan, practice makes perfect kata omputih kan. Lepas ni gerenti saya boleh gentel karipap sambil menyanyi-nyanyi, ahaha.

~ Habis ~


Friday, April 8, 2011

BAGILAH BERAPA PUN, JANJI IKHLAS !!!!

Kita orang kat sini kan, kalau ada kawan-kawan yang nak berkahwin ke, dapat baby baru ke dan apa-apa pun lah, selalunya kita orang akan pakat-pakat untuk belikan hadiah ataupun bagi je duit kat dia orang so that dia orang boleh gunakan duit tu untuk beli apa yang dia orang suka.

Masalahnya kan, tak semua nya sekepala dalam hal ni, iye, mana boleh kita paksa dia orang untuk menyumbang sedangkan dalam lubuk hati tu tak sudi nak bagi, makanya, lupakan saja lah, dah tahu tu, next time tak payah tanya lagi dari dia orang. Kita orang tak pernah letak limit untuk sumbangan, semua nya terpulang pada kemampuan masing-masing, nak bagi berapa pun tak kisah, kita orang terima je, yang penting, pemberian mereka tu mesti ikhlas.

Saya pun tak berhak nak marah dia orang kalau dia orang tak nak beri kerjasama, cuma saya rasa terkilan sebab mungkin dia orang ni lupa, yang satu hari nanti, mereka juga akan berkahwin, akan ada anak sendiri, akan ada itu, akan ada ini. Benda-benda macam ni memang tak boleh di paksa, memang terpulang pada diri masing-masing lah, hrmmm entahlah, macam-macam pesen manusia ni kan.

Sekian.

Thursday, April 7, 2011

NAK PINJAM TOPI HAKEEM TAK ?

Budak-budak memang cepat rasa bosan kan, korang bagi lah apa mainan yang ada tu, bila dia orang dah bosan, memang dicampak nya je. Now Hakeem sangat suka dan teruja dengan permainan baru dia, memang takkan dapat di beli di Toy's R Us ataupun kedai-kedai mainan yang sewaktu dengan nya !

Buat masa sekarang ni, dia dok ralit dengan kendi ni, everytime saya nak masak, saya akan letak kan set kendi ni kat depan dia, memang kompom dia tak akan merayap ke sana ke mari, elok je duduk kat situ, macam-macam di bega kan kat kendi tu, tutup bukak penutup nya, baling-baling kan alas kendi tu dan yang paling terkini dia buat mangkuk kendi tu jadi topi dia sambil tersengih-sengih menampak kan gigi dia yang tak berapa nak lurus tu.

Kita tengok sampai bila dia boleh bertahan dengan tidak membosankan diri dia dengan kendi ni.

Wednesday, April 6, 2011

SANGAT TIPU KALAU KORANG TAK JEALOUS !

Best giler kalau kita nak renovate umah, mak abah kita tolong bagi duitnya kan, best giler kalau kita nak gi bercuti, mak abah kita sediakan tiket dan tempat tinggalnya, best giler kalau kita nak guna kereta, mak abah kita belikan, best giler kalau kita nak kasut dan handbag berjenama, mak abah kita tolong bayarkan, best giler kalau anak kita takde orang jaga, mak abah kita bagi maid untuk kita, best kan best kannnnnnnnnnnn !

Tipu lah kalau korang dilahirkan dalam keluarga yang berada tetapi korang tak nak menggunakan kemewahan yang sedia ada tu, kalau saya berasal dari keturunan keluarga yang kaya raya, saya pun tak tahu, apa yang akan jadi dengan saya sekarang, muahahhaha. Alhamdulillah, keluarga saya tak senang dan tak susah, semuanya sedang-sedang aje, cukup makan, cukup pakai, nak lebih-lebih, usaha lah sendiri ye anak-anak.

Kita yang takde keluarga berada ni, cari lah harta sendiri ye, kumpul lah duit sendiri kalau nak pergi bercuti, pakai lah kereta kita tu sampai kena timbang kati ehhhhh, pastu, dah hantar anak kat mak abah jaga, jangan lah lupa bagi duit bulanan kat dia orang yang sama kosnya dengan nursery jaga ehhhhh, jangan sama kan hidup orang kaya dengan hidup kita yang serba sederhana ni ehhhhh.

Beruntung nya kamu, kamu, kamu yang kaya raya ini, jangan lupa sedekah apa yang patut ehhhhh !

Tuesday, April 5, 2011

BELAJAR BAHASA KOREA

Korang masih ingat lagi tak dengan entry kak long yang fanatik dengan drama korea tu, kalau tak ingat, korang skodeng sini ehh ! Ini lah aktiviti kak long sekarang, siang malam pagi petang, asal ada masa terluang, ini lah kerja dia : belajar dan menghafal bahasa korea !

(Kalau korang nak belajar sama, gi double click kat gambar ehhh, nengok gambar tu besor besor dan belajar lah sesama ehhh)

Ini sebahagian dari bahan pembelajaran dia, ada banyak lagi yang ditulis nya, pas ni nak beli dictionary dia pulak, sukahati ko lah kak long, kadang-kadang saya terpikir jugak, elok lah dia minat benda-benda cenggini dan dia sentiasa ada di depan mata saya dari dia minat dengan aktiviti-aktiviti di luar tu.

So far so good, dia pandai bahagi kan masa dia untuk belajar dan menghabiskan masa dia dengan majalah hiburan tentang artis korea dan dvd korea yang dia suka sangat tu. Selagi ianya tak menjejaskan pembelajaran dia, saya okay je. Sekarang lagi over lah kak long ni, dressing pun nak ikut style korean jugak !

Monday, April 4, 2011

RESEPI POPIA BERINTI

Hari tu kan ada buat steamboat kan, so ada lah lebih sesikit bahan-bahan nya tu, kulit popia memang senantiasa ada stok dalam fridge tu. Maka nya saya belasah buat inti ni ikut suka hati saya.

Segala macam mak nenek ball ada kat dalam inti ni : crab ball, sotong ball, meat ball, fish ball dan ball-ball yang sewaktu dengan nya. Daripada tak tahu nak buat apa dengan ni semua, baik saya mengkreatifkan dia kan. Panaskan sedikit minyak, tumiskan 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, bila dah garing, masukkan kesemua bahan-bahan yang dah dipotong dadu. Tambahkan garam dan serbuk pepper sedikit.

Puas hati dapat letak inti bebanyak.

Banyak jugak dapat nya hari tu.

Dapat lah buat juadah untuk family minum petang. Macam biasa, tekak kita orang memang best, buat lah apa pun, semua nya sedap je bila di telan, hahahahha. Okay, lepas ni popia inti apa lah pulak ?


Friday, April 1, 2011

SUKA PANDANG SEBELAH MATA EHHH !

Kenapa dan mengapa ye, kalau kita berjawatan rendah, berkereta kecil, berpakaian tidak berjenama, orang selalu buat andaian yang kita ni tak berduit dan berharta macam dia orang.

Saya ingat lagi insiden di minggu pertama saya masuk kerja dulu, ada seorang pegawai ni tanya kat saya macam ni :

pegawai : awak tinggal kat mana

saya : seksyen 3 tambahan

pegawai : ehhhh kat seksyen 3 tambahan tu ada flat ke ??

saya : tak, saya tinggal kat bla bla bla bla

Apa lah salahnya bertanya : awak tinggal kat mana, jalan apa, kan ke sedap bunyinya, ini mentang-mentang saya pekerja am jer, dia suka-suka nak buat andaian sendiri. Ehh mana dia tahu kan, orang tinggal kat flat tu lah duit dia banyak, aset sana sini kan kan kan.

Please jangan ukur atau memandang orang dari jawatan nya, kereta yang dipandu nya, dan rumah yang di diami nya, hanya dia orang dan keluarga dia orang je yang tahu sama ada sikit or banyak nya duit dia orang tu.