Tuesday, May 31, 2011

UPAH UNTUK KAK LONG, ANGAH DAN MIMI

Ada sekali tu, saya ada agenda yang nak disettlekan dengan Mr.R, makanya kena slow talk dengan bebudak untuk dihantar ke rumah nenek. Kalau nak bawak jugak bebudak berempat ni, makanya urusan yang sepatutnya boleh diselesaikan setengah hari, nescaya akan membawa ke berhari-hari dan tak boleh pulak nak bawak salah seorang, nanti timbul perbalahan pulak, makanya pilih tinggalkan semua atau bawak semua sekali .

Macam biasa, bila dah kena tinggal kat rumah nenek, masing-masing minta upah, takde hal, bagitahu apa nak, nanti mama usahakan, yang penting, duduk rumah nenek dendiam, hihi.

Inilah upah yang diminta tu, masing-masing kemain demand ye. Bertuah lah bebudak sekarang ni, mama dengan babah mampu nak sediakan apa yang dia orang nak. Muka bebudak happy dapat upah yang dia orang nak, muka mama dan babah lagi happy sebab agenda telah disempurnakan dengan jayanya.

Monday, May 30, 2011

SEDAPNYA SARAPAN PAGI NI

Seriously !!! Tahap mengidam saya adalah melampaui batasan, muahahaha. Siap sebelum tidur malam tu saya dah decide nak buat apa untuk sarapan dan siap tertelan-telan air liur menggambarkan menu tu di dalam kepala ni.

Pucuk dicita ulam mendatang kata kooooo ! Pagi tu Hakeem tidur nyenyak giler, lambat pulak dia bangun, maka nya saya boleh memasak dengan tenang. Gigih pepagi dah masuk dapur nak siapkan nasi lemak bersambal sardin dan berkari telur, gulp gulp (effect telan air liur masa mengarang entry ni)

Ini first time saya makan nasi lemak dengan sambal sardin, selalunya dengan sambal udang mahupun ikan bilis je. Rerupanya nasi lemak bersambal sardin adalah sodapppp ! Untuk menambah kesedapan nasi lemak tu, saya gigih masak kari telur dengan kentang, buat kari tu pekat-pekat, alaaaaaa, sedapnya, gulp gulp (telan air liur lagi, muahhaha).

Hasil kecekapan saya di dapur hari tu, tepat jam 8.30 pagi, anak-anak dah boleh menikmati sarapan heavy di pagi tu. Untuk makluman, nasi lemak 3 pot telah licin di pagi itu jugak.

Sekian.

Friday, May 27, 2011

SAYA PERNAH MENGUNDI. KORANG ?

Tetiba nak citer pasal mengundi ye, mana tak nya, kalau nak dihitung, memang selewat-lewatnya dalam tahun depan kita semua akan berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke 13 kan. Saya sudah lama mendaftarkan diri sebagai seorang pengundi dan sudah beberapa kali saya turun padang untuk membuang undi.

Ada ramai jugak kawan-kawan saya kat sini yang masih belum berdaftar sebagai pengundi, yang ni saya susah nak komen, dah katanya ia adalah hak masing-masing kan, maka nya terpulang lah sama ada dia orang nak mendaftar kan diri lalu layak untuk mengundi setiap kali ada nya pilihanraya.

Paling best bila melayan kawan-kawan yang beriya-iya bagi rumusan mahupun komen tentang sesuatu keputusan selepas pilihanraya sedangkan dia orang tak sudi pun untuk mendaftar dan mengundi, hihihi.

Itu je !

Thursday, May 26, 2011

ROTI PARATHA TU ROTI CANAI EHHH ?

Tahu kah korang, bahawasanya kari yang disimpan semalaman dan dipanaskan keesokan harinya lebih sedap rasanya. Semestinya ia lebih sedap sebab kesemua ramuan telah menjadi sebati. Bila masak kari, saya selalu masak lebih dari biasa, memang bajet nak simpan kari tu dan boleh dimakan dengan lempeng ke, cekodok kosong ke, cicah roti ke, dan baru-baru in saya beli roti paratha segera ni untuk dimakan dengan kari daging yang yummy.

Ohhh baru saya tahu yang roti paratha itu adalah bersamaan dengan roti canai. Memang sedaplah jenama Kawan ni, makan roti dia macam tu pun sodappppp !

Jemput makan semua. Percayakah korang bahawasanya saya makan 1 keping je dengan kari daging yang yummy ni, muahahhaha !

Wednesday, May 25, 2011

MANICURE & PEDICURE

Mesti korang suka dengan treatment manicure & pedicure kan, best je bila orang membelai kuku tangan dan kaki kita. Kalau saya ni dibagi peluang, mesti sebulan sekali saya nak pergi, biar kuku saya sentiasa cantik dan sihat.

Hari tu kak long takde kerja gamaknya, ingatkan dia senyap-senyap duduk dalam bilik tu buat apa, rupa nya dia dok berangan membela kuku macam tu, hihihi.

Jadi kerja dia membega kertas label tu, kalau tangan tu tak payah nak buat kerja-kerja kat umah tu boleh lah berangan nak ada kuku cenggitu. Anyway, kuku pendek lagi bersih tetap menjadi pojaan hati ku !

Tuesday, May 24, 2011

SEDAP SESANGAT BUNGA CENGKIH TU YE !

Wahhhh, si budak Hakeem ni, semakin hari semakin pandai mengkucar-kacir kan keadaan. Kejadian terkini, masa saya tengah sebok mengadap pinggan mangkuk untuk dicuci, saya dengar dia cakap ermmmmm, ermmmmmm banyak kali lak tu, bila toleh je, laaaaaaaa, bila masa lah pulak dia capai bungkusan bunga cengkih yang saya gunakan untuk memasak kari juadah petang tu. Senyap-senyap je dia buat kerja ehhh, Mimi pulak tengah leka mengadap tv, mana dia kisah nak tengok apa aktiviti adik dia, sabau jer lah.

Hahhhh amik lah bunga cengkih tu bebanyak Hakeem, memang bagus untuk pernafasan, muahaha. Eiiiiiii bercinta betul nak mengemasnya.

Sekian.

Monday, May 23, 2011

RESEPI SOSEJ GULUNG

Kali ni saya buatkan sosej roll untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah. Ini semua gara-gara si debab Mimi yang beriya-iya suruh saya buatkan sarapan yang sama macam kawan dia bawak ke tadika. Jenuh saya nak paham apa yang dia nak, siap dia amik contoh roti dan gulung-gulung kat saya, pastu explain nak suruh boh sosej kat dalam tu.

Bila saya cakap saya tak paham apa yang dia nak, dia siap suruh saya tanya mak kawan dia macam mana nak buat roti yang dia nak tu, muahhahahha, ehhhh Mimi, ko ingat mama kenal semua mak-mak kawan awak kat sekolah tu ye !

Kat tadika dia memang dah ada bagi makan dan minum pagi, tapi dia still nak bawak bekal lagi, saya layan kan aje lah. Nasib baik senang giler nak membuatnya, saya rebuskan sosej tu dulu, gulungkan dalam roti, pastu goreng, okay, dah siap, jemput makan semua !

Saya share resepi nya ye :

Bahan-bahannya :

4 batang sosej (rebus kan sekejap dan belah 2)
8 keping roti (canaikan dengan penggelek terlebih dahulu)
2 sudu tepung gandum (tambahkan sedikit air untuk lekatkan roti)

Cara-caranya :

Letak sosej di atas roti, gulungkan dan lekatkan di penghujung nya dengan bancuhan tepung gandum tadi. Goreng dengan minyak yang secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Friday, May 20, 2011

SUSAH SIKIT NAK BAGI PELEPASAN

Dulu masa zaman saya bersekolah tadika dan di sekolah rendah, takde pun aktiviti lawatan. Sekarang ni, budak tadika umur 4 tahun pun dah ada macam-macam aktiviti lawatan yang dianjurkan, terpulang pada ibu bapa untuk memberi pelepasan kepada anak-anak je. Korang macam mana ehhhh ? Kalau ada yang anak-anak kecik korang berumur 4 - 7 tahun tu, korang lepas kan tak ?

Sebab apa saya tanya ? Sebab saya memang tak pernah bagi pelepasan kat anak-anak saya untuk mengikuti lawatan anjuran sekolah masing-masing. Alasan yang selalu saya bagi, nanti pergi dengan mama dan babah je. Bukan tak sporting nak bagi dia orang bergembira dengan kawan-kawan sebaya dia orang tu, tapi saya ni ada masalah kerisauan yang melampau. Saya tak sedap hati nak lepaskan anak-anak yang kecil tu di bawah pengawasan cikgu nya.

Saya start bagi kak long ikut lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah masa umur dia 12 tahun, masa tu saya rasa dia dah pandai jaga diri dia sendiri. Lawatan yang saya bagi join pun tengok tempat jugak, kalau ada lawatan yang melibatkan pantai, laut, sungai dan sebagainya, memang saya tak pernah bagi pelepasan untuk dia join.

Untuk angah dan mimi pun sama, tunggu lah bila umur dah mencapai 12 tahun nanti baru boleh join lawatan ni semua ehhhhh, nasib baik dia orang boleh terima alasan mama dia orang ni.

Thursday, May 19, 2011

WALL'S SELECTION COOKIES N' CREAM PULAK

Saya suka weekend ! Ada sesapa yang tak suka weekend ? Kalau suka korang normal macam saya, kalau tak suka, makanya korang adalah dot dot dot, muahahha. Saya suka weekend sebab saya nak bersantai dengan family disamping menyediakan juadah yang berkhasiat untuk dia orang. Macam gambar kat bawah ni, sangat berkhasiat kalau makan aiskrim ni kan kan kan.

Kali ni nak cuba perasa ni. Memang semua nya sedap-sedap lah, nak tambah kan khasiat nya, korang boleh buat macam saya kat bawah ni :

Saya buatkan dadih strawberry untuk anak-anak, pastu saya poyo-poyo bubuh krismis lah, chocolate rice lah, biskut gulung tu lah, tak lupa jugak, bubuh aiskrim tu sekali, makanya masing-masing makan sampai comot-comot mulut, hihihi.

Anak-anak, weekend ni, mama sediakan makanan berkhasiat yang lain pulak ye.

Wednesday, May 18, 2011

DAUN CELERY BERKHASIAT

Korang biasa tengok dan masak menggunakan daun celery tak ? Kalau biasa, bagus, teruskan, banyak khasiat daun celery ni tau, pada yang belum cuba, apa kata, cuba beli dan campurkan dalam masakan korang.

Daun ni adalah antara sayur wajib yang saya akan beli saban minggu. Hampir setiap masakan saya, mesti nak kena bubuh, buat nasi goreng, buat sup, buat tomyam, telur dadar pun saya bubuh jugak, masak nasi je saya tak bubuh, muahahhaha.

Antara khasiatnya adalah :


Daun seleri merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.



Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam sel


Dah tu je !


Monday, May 16, 2011

SEDAPNYE SEDAPNYE SEDAPNYE

Apa perasaan korang bila korang teringin, pastu korang berjaya mendapatkannya, of course rasa best kan kan kan. Dah banyak hari saya teringin nak makan rojak buah ni, dah terasa-rasa kat tekak wehhhhhh. Nak buat sendiri, tak kuasa, sebabnya, kalau bab rojak buah ni, saya sorang je yang layan, yang lenlain kat umah tu eksyen, tak makan rojak buah ni semua.

Ronda punya ronda, terjumpa gerai menjual rojak buah yang marvellous ni. Memang sedap, saya request lebihkan mangga dan kacang dan saya tak letak timun langsung, wuiiiiiiiiii memang terbaik kuah rojak dia, sedap sangat !

Okay, yang diidamkan dah dapat, boleh duduk dendiam lepas ni, hihihi.

Thursday, May 12, 2011

PROJEK DUA BERADIK !!!

Macam biasa, lepas dah siap main masak-masak adalah masa untuk saya membersihkan dan mencantikkan diri sebelum Mr.R balik. Macam biasa jugak, Mimi ditugaskan untuk memantau si Hakeem sementara saya kat bilik air di bawah tu. Macam biasa jugak, selang seminit saya akan panggil si Mimi tak pun si Mimi yang akan bagi laporan kat saya kat depan pintu bilik air tu. So saya kasi settle cepat-cepat untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan baik and alhamdulillah setakat ini, so far so good, Mimi dan Hakeem sangat-sangat mendengar kata.

Akan tetapi di hari itu, masa saya kat dalam bilik air tu, saya dengar suara Mimi tak habis-habis bagi arahan kat adik dia, ketuk lagi Hakeem, ketuk lagi sambil gelak-gelak lah. Yang buat saya geram tu, bila saya tanya, Mimi suruh adik buat apa tu, dia boleh jawab, nanti Mama tengok lah sendiri. Eiiiiiii tak sabarnya saya nak menengok apa yang ketuk tak habis-habis dari tadi ni !

Laaaaa ini kerja dia rupa nya, yang paling hebat si debab Mimi tu lah, dia sempat amik gambar guna handphone saya sementara sorang lagi concentrate melenyek biskut lemon berkrim.

Huwaaaaaa ! Abis sebalang biskut lemon tu di lenyek dek Hakeem, kat belakang tu nampak macam sikit kan, kejadian asal nya adalah lantai dapur saya tu memang dipenuhi dek biskut lemon berkrim yang dah dihancurkan dengan penuh perasaan dek Hakeem. Banyak giler lemak saya terbakar nak membersihkan krim-krim yang melekat kat lantai dapur tu.

Lepas ni, apa pulak projek korang wehhhhh ?

Wednesday, May 11, 2011

HEBAT BETUL PENANGAN HANTU KAK LIMAH NI

Sape yang tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah je yang paham apa dialog-dialog yang ada dalam filem ni, ada kawan saya yang tak tengok citer ni, so bila ada yang melawak gunakan dialog-dialog ni, kompom dia orang akan blurr, hihi.

Lagi lawak masa si debab Mimi berborak dengan kawan-kawan dia kat depan umah tu, dah berborak dan main sampai tak ingat, mula lah nak cari pasal, nama pun budak-budak kan, biasalah tu.

Mimi : ehhh awak jangan ambil mainan saya

Kawan Mimi : alahhh, pinjam lah sekejap, saya nak main

Mimi : tak boleh lah, nanti mainan saya rosak lahhhh (volume dah kuat giler masa ni)

Saya : ehhhh Mimi, apa cakap jerit-jerit ni, cakap baik-baik lah

Mimi : ni dia ni tak nak bagi mainan saya, nanti saya suruh Hantu Kak Limah tidur sebelah dia baru tahu !

Kawan Mimi : saya tak takut punnnnnn ! nanti saya suruh Hantu Kak Limah naik kat bumbung rumah awak !

Saya : hhahhahahhahahaha (dalam hati), hebat betul daya ingatan bebudak ni, itu lah hasilnya bila asyik menengok citer ni berulang kali.

Macam saya cakap tadi lah, sape tak tengok citer ni memang tak akan paham lah dialog bebudak ni, hihi.


Tuesday, May 10, 2011

SAYA ADA TABUNG, AWAK ADA ?

Muahahahha, soalan macam budak tadika, awak-awak, saya ada tabung, awak ada tabung tak ? Mesti ada kan kan kan. Bagus korang, bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dulu saya praktik kan ketepi kan seringgit setiap hari dalam tabung saya, dah lelama sikit saya tambah kan jadi dua ringgit sehari, sampai lah sekarang ni, saya telah mempraktikkan untuk mengenepikan lima ringgit setiap hari untuk tabungan saya. Bab menyimpan duit bulanan dalam bank tu lain citer ehhhhhh, yang saya praktikkan ni bab menyimpan duit tabung sendiri kat umah tu.

Pada saya, disiplin sangat penting dalam tabiat untuk menabung, saya tak pernah miss mengenepikan duit untuk disimpan setiap hari dan apa yang saya praktikkan dari dulu, saya tak akan menggunakan duit tersebut sehingga cukup tabungan saya untuk setahun. Memang nampak macam kelakar je nak simpan duit seringgit sehari, tapi bila dah cukup setahun tu, tup tup dah ada 365 ringgit dalam tabung, tak ke best ? Dari situ lah saya up kan sedikit demi sedikit tabungan saya sampai lah sekarang.

Biasa nya bila dah cukup tempoh setahun saya menabung tu, saya akan gunakan duit tu tanpa rasa bersalah, tanpa rasa terkilan, mahupun rasa teragak-agak untuk menggunakannya, duit tabungan ni lah saya gunakan untuk beli dan buat apa saja yang saya suka. Hujung bulan Mei ni cukuplah tabungan saya untuk digunakan, sehari lima ringgit, hujung bulan Mei ni saya ada RM1,825 untuk digunakan sesuka hati saya, yahoooooo !

Pada kawan-kawan yang belum menabung, jom mulakan tabungan korang dengan kadar seringgit sehari ye, selamat menabung u allss !

Monday, May 9, 2011

RESEPI CEKODOK SARDIN

Para ibu-ibu yang sudah biasa menyediakan sarapan mesti tahu betapa feningnya kepala memikirkan menu yang best untuk dibuat sarapan. Kalau hari biasa tu, senang je, beli stok roti bebanyak untuk anak-anak bawak ke sekolah, masa weekend kena lah prepare sarapan yang lebih enak untuk dia orang. Kali ni saya buat cekodok sardin pulak. Jom baca sesama ehhhhh.

Saya guna kan satu tin sardin yang besar tu, almaklumlah, kat umah tu ramai, tak boleh buat sesikit, campurkan isi sardin dengan tepung gandum. Kalau suka, korang boleh jugak bubuh bawang besar yang di potong dadu dan cili api yang di potong halus. Bancuhkan dengan air suam secukupnya supaya cekodok tidak liat.  Panaskan minyak secukupnya dan goreng sehingga habis.

Selamat mencuba.


Friday, May 6, 2011

SESEKALI MALAS TAKPE LAH, SELALU TAK BOLEH LAH

Laaaaa, ada ke yang dah jadi isteri dan jadi mak orang tapi still malas ke dapur dan tak reti memasak dan mengemas rumah ? Mungkin ada lah kot, kalau tak, takkan ada yang terjadi masalah suami komplen tentang susahnya nak dapat rasa air tangan isteri dan rumah yang senantiasa bersepah.

Ehhhh bukan ke bila dah jadi isteri atau mak orang tu automatically kita kena berubah, ye lah, kalau dapat husband dan keluarga mertua yang sporting tak kisah lah, cuba kalau dapat husband yang prihatin dan keluarga mertua yang mementingkan menantu tu menjaga anak dia sepertimana dia menjaga anaknya, how how how, sape nak tolong jawab ni !

Masalah yang kecik macam ni akan menjadi masalah yang besar bila dibiarkan, percayalah, benda-benda kecik macam ni lah kalau dibiarkan akan meletop kebabommm menjadi masalah besar dan tak mampu diselamatkan lagi.

Kalau suami boleh sediakan pembantu rumah pun, kita sebagai isteri kena mainkan peranan jugak wahai darling-darling sekalian, takkan nak bagi suami dan anak-anak makan hasil air tangan pembantu rumah ?

Alasan bekerja pun susah nak diterima sebab kebanyakan dari kita sekarang memang semuanya berkerjaya, nak tak nak, kena pandai bahagikan masa buat semua tu, percayalah, pengurusan masa yang baik dapat menjadikan kita seorang ibu berkerjaya yang dapat melunaskan tanggungjawab untuk keluarga di rumah.

Memang tak dapat dinafikan, ada kalanya saya sampai tak menang tangan nak buat semua tu, sesekali tu rasa malas yang teramat-amatnya, rasa nak terbaring terlentang je, nak bergolek golek je, nak nengok tv je dari pagi sampai ke malam, adakala nya memang saya layankan jugak perasaan malas tu, dah dapat bermalas-malasan tu terus jadi bersemangat nak buat kerja macam biasa. Kalau selalu malas macam ni, alamatnya tak aman lah hidup berumahtangga nanti.

Thursday, May 5, 2011

OHH PATUTLAH MUKA NAMPAK MUDA, MUAHAHA

Menarik artikel "moles linked to delayed ageing" dalam Reader's Digest bulan April 2011 ni . Ohhh begitu rupa nya kajian yang telah di jalankan ye, patut lah muka saya nampak muda dari usia sebenar, ulang suara ehhh, muka je tau, badan memang tuttttttt, muahaha.


Rajin-rajin kan diri double click kat gambar dan baca ehhhhhh

Very the kebetulan pulak, memang kat muka saya ni banyak tahi lalat dari tempat lain, kat mulut becok saya ni je bersusun-susun tahi lalat nya, muahahhaha. So apa lagi kawan-kawan, gi kira korang ada berapa tahi lalat kat seluruh anggota badan ni, kalau lebih dari 100 memang kompom korang awet muda lah jawabnya, kalau kat belakang badan tu tak nampak, suruh lah husband ke, kakak ke, mak ke tolong kirakan ye, hahahhahaha.

Wednesday, May 4, 2011

ALOLO, SO SWEET BUDAK BERDUA NI

Kalau masa mula-mula berkahwin dulu, saya rasa macam satu masalah besar bila dapat suami yang mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah, lama kelamaan, dah 15 tahun pun hidup bersama, maka nya ia tidak lah menjadi satu masalah lagi malahan dah terbiasa untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan bersih dan teratur.

Setiap petang, sementara tunggu lauk pauk di atas dapur tu, saya mesti curi masa untuk mengemas apa yang patut, sekarang lagi best, saya dah ada 2 orang assistant, maka nya kerja saya menjadi lebih mudah.

Si budak Hakeem tolong sapu kat ruang tamu, now dia dah pandai pegang scoop dan penyapu serentak tau

Si debab Mimi amik tugas kat dapur pulak. Penyapu kontot ni memang sesuai untuk dia, ni semua gara-gara kak long membelasah lipas sampai patah penyapu di buat nya. Pendek kata, memang beruntung lah siapa yang bermenantukan anak-anak saya nanti, semua nya memang ringan tulang dan pandai buat kerja-kerja rumah, wahhhhhhhhh berangan sampai ke situ dah, muahahhahaha !

Tuesday, May 3, 2011

RESEPI PUDING ROTI

Sebelum ni saya dah pernah citer pasal puding roti ni kan, dah banyak kali saya buat ni, tapi kali ni saya tempek gambar sesiap sebab ada permintaan dari seseorang (dia tak bagi mentioned nama kat sini laaaaa) yang beriya-iya suruh saya tunjuk dan ajar kan step nya satu persatu. Maka nya saya buat kan entry ni khas untuk dia, pada kawan-kawan yang dah pandai buat tu, nengok gambar je lah ye, hihihi.

Dear fren, ini lah dia full cream milk, whipping cream dan marjerin yang saya gunakan. Kalau resepi asal guna butter pun boleh, tapi saya memandai sendiri guna marjerin yang ada kat umah tu je, dan saya amik inisiatif untuk sapukan marjerin di setiap roti butterscotch yang saya gunakan untuk resepi ini.

Pastu kan fren, saya potong kan roti tu kepada 2 bahagian dan saya susun macam ni dalam mangkuk kaca, kalau fren nak guna loyang biasa pun boleh, takde hal okay, saya guna mangkuk kaca sebab saya memang dah ada mangkuk kaca ni, kalau fren takde pun takpe, jangan jadikan alasan untuk membeli mangkuk kaca dulu baru boleh buat resepi ni, hahahhaha

Fren, ko nampak tak apa yang saya campurkan dalam roti ni, okay, baca betul-betul ekk. Putarkan 5 biji telur dengan 2 cawan susu full cream, 2 cawan whipping cream dan 1 cawan gula caster dan esen vanilla, pastu curahkan dalam mangkuk kaca ni ye fren.

Fren ! Atas adunan tu nanti ko tabur kan kismis ni dan serbuk kayu manis ni ye.

Ini lah rupa puding roti yang dah siap tu fren. Kalau nak buat sos dia pulak, senang je, panaskan susu full cream sebanyak mana yang ko nak, bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung sampai dapat kepekatan yang ko nak, dah tu bubuh lah sikit esen vanilla, kacau sampai likat. Tapi kali ni saya tak buat sos nya sebab bebudak tu suka makan macam tu je. Selamat mencuba tau. Penat saya tempek gambar dan explain satu persatu ni, jangan tak buat pulak ye. Luv uuuuu !