Thursday, June 30, 2011

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Awal tahun hari tu saya dah sign borang untuk tidak bersetuju kak long menjadi pengawas sekolah. Banyak soal pulak cikgu dia lepas tu, kenapa mak awak tidak bersetuju, kenapa mak awak bla bla bla. Alasan dia mudah je, saya nak dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran, biar takde sijil bebanyak jadi pengawas sekolah pun takpe, janji dapat beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Cecukuplah masa sekolah rendah dulu tetiap tahun jadi pengawas, paham-paham je lah jadi pengawas ni, orang dah mula kelas, awak tak masuk-masuk kelas lagi, kelas belum habis, awak dah kena keluar bertugas pulak.

Angah pun sama, last year jadi pengawas, this year saya suruh dia letak jawatan je, saya perlukan dia untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas.

But this time tak boleh nak cakap tak bersetuju lagi, dia dah beriya-iya nak jadi pembimbing rakan sebaya ni. Pandai-pandai dia amik borang kat sekolah, pandai-pandai dia pergi interview dan pandai-pandai dia letak surat dia kena pergi berkursus kat atas meja saja, dah siap isi semua, tunggu saya nak sign je.

Korang ingat saya terus sign, ohhhhhh tidak ! Saya call dulu cikgu dia dan mulalah edisi soal siasat, muahahhaha. Di pendekkan citer, saya bersetuju untuk dia jadi pembimbing rakan sebaya ni sebab tak mengganggu waktu pelajaran dia di sekolah. Perjumpaan pun sebelum waktu sekolah bermula atau di hujung minggu. Maka inilah uniform baru dia untuk ke sekolah.

So pada rakan-rakan sebaya yang bermasalah, sila lah berjumpa dengan pembimbing anda ye.

Wednesday, June 29, 2011

WHAT IS WORDLESS WEDNESDAY ?
























Answer :

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title.

The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Tuesday, June 28, 2011

KATAK BOBOT TOMEL TOMEL

Katak bobot tomel tomel tu bahasa manja kepada katak bobot comel comel. Apaaaaaaaa ! Korang tak tahu makna bobot ye, okay, i'll explain, bobot tu macam gemuk bolat lah, bila dia gemuk dan bolat makanya dia adalah bobot, ok, dah paham, bagus, cleverrrrrrrrrrrrr !

Katak bobot tomel tomel ni tempat saya letak hp kat opis. Kebetulan lah pulak casing hp saya pun warna hijau, hari tu ada supplier hantar barang kat saya lalu membagi komen cenggini : ehhhh akak ni dah macam budak-budak pulak, ada patung katak lah, bla bla bla. Ni reply saya kat dia : tu lah dik, jangan ko ingat mak tiri kat opis ni takde sisi manja, sisi teringin nak benda kiut-miut, sisi terasa comel, sisi mengada-ngada, muahahhahha. Garang-garang akak ko nih, dalam hati ada taman dik oiiiiiii !

Tata mucuk mucuk.

Friday, June 24, 2011

MARINA TEMPURA CHICKEN NUGGETS

Macam biasa, sesi saya mengtry mengetest segala apa yang ada kat dalam pasaraya. Biasanya saya beli yang ada cheese kat dalam tu, so this time nak cuba rasa yang ini pulak.

Nuget ayam tempura with chicken sausage chunks ni memang sedap. Saya goreng sepaket terus, sampai ke tengahari nugetnya still lembut, pendek kata memang sedap lah. Nanti korang boleh beli dan goreng dan makan ok.

Selamat membeli, menggoreng dan memakan.

Thursday, June 23, 2011

MELAYAN SELERA MAMA..... EHHHH SELERA ANAK-ANAK LAH

Domino's Pizza dah ada cawangan di area ni, so Pizza Hut akan di pandang sebelah mata je lah, muahhahaha. Hari tu babah dia orang balik lambat dan telah mengcall mama dia orang dan inform yang dia tak makan kat umah malam tu, maka nya mama dia orang telah mengambil jalan mudah dengan mendail no. dan mengorder-order.

Ni apa ? Pandainyaaaaaaa, clap clap clap. Sedapppppppppppp, aje giler cakap tak sedap.

Apa dia ni ? Owhhhh bijak, clap clap clap lagi. Terbaik !

Ni lagi satu, apa nama nya ni ? Uihhhhh, cleverrrrrrrr lah korang, semua tahu, clap clap clap lagi, muahahhahah.

Alhamdulillah, kenyang.

Wednesday, June 22, 2011

CARA MEMBELANJAKAN DUIT TABUNG

Korang ingat entry saya yang poyo ni tak ? Maka dengan langkah bergaya lagi berlagak saya bershopping sesoka hati saya, muahahhaha. Macam lah ada seploh ribu kat tangan nak berlagak kan kan kan, ehhhh tapi takpe lah, ada gak duit nak dibelanjakan sesoka hati walaupun setahun sekali.

Saya belum mampu nak beli designer's handbag, maka nya saya beli apa yang saya mampu je. Saya suka dengan design handbag Charles & Keith, maka nya ke situ lah saya. Kedua-dua ni saya beli di outlet Pavilion, sebelum ni dah gi skodeng kat Mid Valley, tapi rasa nya kat outlet Pavilion lebih banyak pilihan. Saya tak beli banyak pun, saya beli 2 je, jom nengok ehhhh.

Warna hitam wajib beli sungguhpun dah ada handbag kaler hitam sebelum-sebelum ni. Dalam gambar memang hodoh, tapi kat luar memang cun, tapi kalau korang tak berkenan tu biasalah, taste kita mana nak sama ye dok !

Memang beg gelembung-gelembung macam ni jadi pilihan, mata berkenan kat pesen yang cenggini. Harga dia tak mahal, campur tolak darab bahagi, kedua-dua handbag tu dalam RM400. je.

Pastu saya belanja kesayangan saya si Mr.R tu jam tangan sempena birthday dia. Nak beli jam Rolex belum mampu, maka nya beli jam Casio je lah, muahahhaha. Ni pun tak mahal, dalam RM300 je. So duit belen tabung hari tu saya belasah gi kedai kain dah perabihkan kat situ, saya beli kain ela dan tempah langsir baru lagi untuk raya ni. Untuk makluman, saya memang wajib habiskan duit tabung tu. Ohhh, kain tak sempat nak letak gambar kat sini sebab dah ada kat umah tailor lah, langsir pulak dalam pembikinan kat kedai tu, nanti kalau dah siap dan saya ter rajin nak amik gambar saya amik ehhhh.

Duit tabung last year saya sudah kasi kawtim, now saya sudah start menabung balik dari 1 hb Jun hari tu dan baru ada RM110, owhhhh cepatlah setahun, nanti boleh shopping sesoka hati lagi ! Seriussssssssss korang, perasaan shopping sesoka hati dengan duit tabung sendiri adalah tak sama dengan shopping biasa-biasa setiap bulan tu.

Tuesday, June 21, 2011

GATHERING DI RUMAH BARU

Alhamdulillah ! Rezeki saya dan abang saya untuk menambah aset keluarga kami. Sebelum di serahkan kepada penyewa yang berhak, kami sekeluarga berkumpul di rumah baru untuk makan-makan dan solat berjemaah. Semenjak saya dah mula bersteamboat ni, dah berapa kali gathering mesti nak ada menu steamboat ni jugak, layankan aje lah, dah muak besok, kita tukar menu lain pulak ye.

Niat di hati lepas ni nak buat steamboat seafood berkuah tomyam pulak.

Hidangan ringkas tapi mengenyangkan pada hari tu. Seronok makan ramai-ramai ni.

Macam biasa, steamboat jugak yang menjadi tumpuan, semua suka sebab dia panas-panas kan, time berebut-rebut tu lagi best.

Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan rezeki dari Allah S.W.T.

Monday, June 20, 2011

INI YANG BERSELERA MASA BERSAHUR

Tekak saya memang the best lah. Tekak paling baik, paling tak mengada, paling tak manja bila time bersahur. Hari tu teman Mr.R bangun sahur, sian pulak nengok dia bangun sorang-sorang, alang-alang dia berpuasa sunat saya pun join lah sekali.

Selalunya time bersahur, menu kering-kering macam ni lah yang menjadi idaman tekak saya. Lauk pauk berkuah tu semua di pandang sepi je, yang macam ni jugak terasa sedap untuk dimakan pagi-pagi tu. Telur dadar, boh kicap dan rendang yang dipanaskan berkali-kali adalah sedap melampau dari rendang yang baru dimasak.

Bila berbuka lain citer lah pulak, dah tak pandang pulak menu kering-kering macam ni, tapi apadehal kan, masak je lah apa yang tekak tu teringin nak makan.

Friday, June 17, 2011

CUTI SAYA UNTUK ANAK-ANAK SAHAJA

Now dah masuk pertengahan bulan Jun, so far saya masih belum MC, alhamdulillah, saya di kurniakan kesihatan yang baik buat masa ini, penyakit manja-manja macam demam dan sakit tekak kengkadang singgah di hujung minggu je, makanya bila hari bekerja, saya memang sihat walafiat untuk menjalankan tugas. Kalau boleh saya nak samakan dengan rekod saya tahun lepas, memang saya takde ambil MC langsung, harap-harap saya terus diberikan kesihatan yang baik, amin.

Ada jugak kawan opis yang pelik nengok pe'el saya yang jarang ambil cuti tahunan, ada je muka ni kat opis, hihi. Macam kengkawan kat opis ni, dalam sebulan tu mesti ada sekali dia orang ambil cuti especially lepas dapat gaji sebab nak settlekan macam-macam benda, saya pun kalau boleh nak buat macam tu, tapi apakan daya, saya memang tak boleh suka-suka nak guna kan cuti tahunan yang ada tu.

Anak-anak saya kan di jaga oleh kedua orang tua saya, so saya selalu kena bersedia untuk bercuti jika kesihatan mak dan abah saya tidak mengizinkan ataupun bila mak saya ada appointment susulan di hospital. Seribu rahmat dah sebab mak dan abah saya still sudi nak jaga anak-anak saya, maka nya bila mak tak sihat ke, mak kena pergi check up ke, saya mesti ambil cuti untuk jaga anak-anak.

Bila anak-anak tak sihat dan meragam pun saya akan ambil cuti jugak, biar saya je yang melayan karenah anak-anak yang meragam tu. Ingat lagi situasi 4 tahun lepas, saya baru je kerja 2 bulan kat sini, Mimi kena masuk hospital sebab jangkitan paru-paru, saya ambil cuti tanpa gaji untuk jaga dia kat hospital.

Tunggu anak-anak dah besar nanti, masa tu saya pulun cuti seminggu sekali, hihihi.

Thursday, June 16, 2011

YOU SAKA PERGI JAUH JAUH : WAJIB TONTON DEK SHIBAM

Lepas habis citer Mantera Anjasmoro hari tu, ehhhh by the way, ending citer tu adalah tergantung, saya rasa macam nak jadi director untuk ending citer tu, tak menepati citarasa langsung, penat menunggu sampai ke episod 13, tapi penghujung nya adalah sedikit bingai.

So last 2 weeks saya nengok citer ni pulak, kalau best saya layan, kalau tak best adalah bolayan. Korang tengok tak citer ni ? Citer kelakar yang tak berapa nak seram, best ahhh, layan nengok lakonan Nabil, Eira, Dynas dan paling kelakar pada saya adalah si Fauzi Nawawi dan Roy, watak dia orang lain dari yang selalu kita tonton.

So malam ni adalah episod yang ke 3, so mari kita tonton, kalau best, boleh lah layan lagi, kalau tak best, tak payah lah nengok lagi, sonang yo !

Wednesday, June 15, 2011

RESEPI MAGGI GORENG

Ni kak long lah beriya-iya nak buat maggi goreng, sebok je paksa-paksa saya suruh bagi dia resepi dan cara-cara nak buat maggi goreng. Selagi tak dilayan, selagi tu lah suka paksa-paksa, sebijik perangai saya lah tu, ahaha.

Sebelum ni dia pandai goreng maggi tu kosong je, kali ni nak bubuh segala macam bahan-bahan yang ada dalam fridge tu, cuba nengok betapa godang nya dia potong sayur tu, dah pesan dengan dia, lenkali potong cecomel sikit ehhhh.

Maggi goreng + crab stick + fish ball + chicken ball + sayur yang dah siap sedia untuk dimakan. Over giler decoration kak long kat pinggan tu, habis disusun nya timun tu sampai tak nampak rupa pinggan lagi dah.

Ni resepi untuk maggi goreng ye :

Bahan-bahannya :

2 paket maggi (dicelur terlebih dahulu)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Isi ayam
1/2 paket fishball
1/2 paket fishcake
2 batang crab stick
4 batang sayur sawi
1 sudu cili kisar
1 1/2 paket serbuk perencah maggi

Cara penyediaan :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar, gaul sebati, masukkan perencah maggi dan tambahkan sedikit air, masukkan fishball, fishcake, gaulkan sebati, masukkan sayur sawi dan akhir sekali masukkan maggi dan crab stick. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

* Bahan-bahan sampingan yang lain kalau nak ditambah boleh aje, ikut selera dan kreativiti masing-masing *

Selamat mencuba.


Tuesday, June 14, 2011

KL GANGSTER : REVIEW DARI "GANGSTER" JUGA

Ehhhh lu orang sudah tengok ini filem ? Wa cakap lu, wa sudah tengokkkkkkkkkk ! Citer Nur Kasih wa tak bersusah payah nak pergi tengok, sebab itu Remy Sehak dah kurang kemachoannya kat mata wa, muahahhahha (ehhhh, gangster mana ada gelak macam ni !)

Beriya-iya set timing untuk menonton citer ni, tell you, adegan ni propa je lebih, tak sampai beberapa saat pun adegan adi putra terjojol jojol badan ni wehh, sekejapan je masa intro tu, so sila jangan berangan nak nengok adi putra berlenging dalam citer ni ehhhh. Apa pun, lakonan Adi Putra sebagai Jai, adik kepada si Malek lakonan Aaron Aziz ni memang menjadi, paling suka tengok style dia letak rokok tapi tak hisap kat mulut dia tu.

Malek oh Malek, apsal ko gojes sangat Malek, aku seligi kang baru tahu ! Untuk review lakonan dari kaca mata saya ehhh, dari kiri sekali, si Abang Long Dil lakonan Zizan, memang dia penyeri citer ni, asal dia keluar je, semua orang gelak, tak payah nak buat dialog bangang-bangang, lawak dia dalam citer ni adalah best, pastu si Jai lakonan Adi Putra, saya bagi 10/10 okay, memang mantap giler.

Lakonan Aaron Aziz sebagai Malek pun kena jugak, sweet je muka dia tolak troli sayur tu, muahahhaha. Paling saya menyampah adalah lakonan si director nya ni sebagai Shark, dah lah cara bercakap dah macam orang dari solok mana, ehhhh en. shamsul dato' yusof haslam, boleh tak lepas ni, awak concentrate mengarah je, tak payah berlakon dalam citer arahan anda, memang tak boleh blah lah ko ni, tak sesuwai langsung ok ! Bila adegan ko keluar je, saya rasa nak tutup-tutup mulut dia biar tak keluar suara tu, muahahahha.

Paling kanan tu Ajib yang dilakonkan oleh Shoffi Jikan, dia ni lah yang jadi pawang indon yang kena tampaq dengan Hantu Kak Limah masa cari ayam hitam tu, muahhahaha. Lakonan dia pun best, memang kena gaya jadi gangster sungguhpun badan tu kurus kering. Overall, citer dia memang best, bergaduh je kerjanya, takde adegan cintan cintun langsung, semua pelakon best kecuali si shamsul yusof tu lah, huhhhhh !

Satu lagi watak yang best dalam citer ni adalah watak Ku Faridah sebagai mak kepada Malek, memang terbaik lakonan dia sebagai penjual kerepek, ekspresi muka dan intonasi suara dia memang kena betul, sampai boleh buat air mata menitik nengok adegan dia masa kena kacau dengan gangster lain.

Mesti lepas ni dialog-dialog dalam citer ni akan menjadi fofular. Ok, tu je, wa chow dulu, wa ada kerja nak buat, lu orang semua buat kerja rajin-rajin macam wa okayyyyyyyyyyy !

Monday, June 13, 2011

PADAN MUKA, HUHUHU

Mula-mula dulu saya tak berkesempatan nak menonton drama bersiri Nora Elena yang meletup-letup di TV3 sekarang ni. Ohh ye, minggu ni minggu last kan, minggu depan dah ada drama baru pulak. Bila selalu nengok komen-komen kawan kat FB pasal drama ni, pelan-pelan saya ikuti sampai lah ke episod terkini nya. Semua tengah demam nengok aksi romantik si Seth dengan isterinya Nora Elena tu.

So di suatu petang yang saya sedang khusyuk lagi tawadduk menonton drama ni, Mr.R pun balik, so layan lah citer tu sesama dia di samping saya feeling-feeling Seth kat sebelah saya, muahahahha. Biasa lah orang pompuan kan, kalau tengok tv mulut tu mana boleh nak diam, ada je benda nak di komen kan, entah berapa kali saya dok cakap : Ensem nya si Seth ni, tough nya dia yang, ensem nya dia yang, eiiiiii ensem sungguh laaaaa.

Dok tak habih-habih ensem nya Seth tu berkali-kali kan, Mr.R bagi statement yang paling laser sepanjang hayat dia : alah yang, kalau you cantik putih gebu macam bini dia tu, slim macam bini dia tu, lagi handsome dari si Seth tu you boleh dapat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, fineeeeeeeeeeeeee ! I'll see you in court, muahahhahaha !

Moral hari ini : cermin diri yoooooo !

Friday, June 10, 2011

SO FAR SO GOOD DIK !

Nak tergelak pun ada bila selalu dengar komen cenggini, kak, ko ni happy je, tak pernah nampak susah hati, ko takde masalah ehhh kak, saya tengok hidup akak sefamily smooth je ? Ehhh ye ke dik, alhamdulillah kalau macam tu.

Nak buat camner, memang Allah S.W.T dah kurniakan pada saya sifat malas nak fikir banyak-banyak pasal sesuatu masalah tu, saya suka amik sesuatu masalah tu dengan mudah, makanya setakat ini hidup saya memang happy. Alhamdulillah, so far so good, tapi saya tak boleh cakap besar, tup tup, saya diduga dengan dugaan yang maha besar, masa tu, hanya masa dan keadaan yang menentukan. Betul tak ?

Seingat saya lah, dari zaman anak dara dulu sampai lah dah beranak pinak ni, kalau duit cukup ke, tak cukup ke, masalah itu, masalah ini, saya memang amik pendekatan untuk tidak berkerut-kerut dahi untuk menyelesaikan masalah tu, just follow the flow gitu (psttt, dan kerana pe'el ini jugaklah saya tak pernah beriya-iya nak kurus sungguhpun dah obes, muahhahaa)

Kalau semua orang pe'el macam saya, alamatnya tak laku lah kaunselor-kaunselor kat muka bumi ni kan, makanya kena ada orang yang happy go lucky macam saya, ada orang yang tak sudah-sudah ditimpa masalah dan sebagainya ! Hrmmm, satu lagi saya percaya sangat-sangat, tinggalkan semua yang dilarang, buat apa yang diperintah, insyallah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Thursday, June 9, 2011

MANA LAH TAK DEBAB !

Mimi oh Mimi ! Selain dari faktor keturunan yang menyebabkan dia debab, faktor pemakanan adalah penyumbangnya. Mimi memang suka makan coklat, sekarang ni pun saya had kan at least sekali seminggu je dapat coklat, kalau tak tu, choki-choki tu jadi jajan wajib dia setiap hari.

Yang ni semua di beli dek Mak Ngah dia, tq Mak Ngah sebab kirimkan coklat untuk Mimi, boleh lah mama Mimi yang tak berapa nak kurus tu tumpang sekaki dua, muahhahaha.

Kecik-kecik debab memang lah nampak comel, kalau tak dipantau mau obes sebelum waktunya. Maka nya Mimi memang kena diet habis-habisan tau, mama Mimi tak diet takpe tau !

Wednesday, June 8, 2011

GELAK MACAM MANA YANG BEST EHH ?

Gelak atau ketawa kan ada macam-macam style. Kalau berborak dengan kawan-kawan, mesti terdengar macam-macam style gelak, ada yang jadi trademark ataupun lucu bunyi ketawa nya tu. Macam saya ni, kalau gelak memang tak de keluar bunyi, manis je rupa saya bila gelak (percaya tak, percaya tak), hahahhaha !

Kalau dalam blog lagi lah, selalu terjumpa macam-macam cara korang ekspresi kan cara gelak tu, ada yang muahaha, hahaha, hihihi, hiahiahia, kihkihkih, kahkahkah, kehkehkeh, pendek kata macam-macam bunyi yang keluar untuk menggambarkan kelucuan sesuatu perkara tu.

Saya suka tulis untuk menggambarkan gelak tu : mua ha ha, sebab bunyi dia macam gelak yang nakal lagi naughty. Saya tak sesuai tulis gelak tu bunyi hikhikhik sebab bunyi tu adalah sesuai untuk gelak orang yang sopan lagi lemah lembut gemalai atau ala-ala gelak sambil tutup mulut gitu !


Tuesday, June 7, 2011

SIMPLE BUT SODAP WEHHHH !

Di suatu minggu yang heninglah sangatttttttt, ada pelbagai agenda untuk dibereskan di rumah tu. Tak tercapai dek akal, minda, tangan dan kaki untuk menyiapkannya, hanya ibu mithali ibu sejati tunggak pada keluarga bahagia macam saya je yang boleh melaluinya, muahahhaha !

Bangun awal giler pagi tu demi untuk memastikan segala agenda terlaksana dengan jayanya. Ikutkan hati memang malas giler nak masuk dapur prepare lunch untuk dia orang, rasa kalau skip memasak hari tu mungkin dapat menyiapkan agenda dengan lebih cepat.

Tanya Mr.R dan anak-anak nak tapau apa, semua bagi balik persoalan tu untuk saya jawab, huh ! Bila saya cakap, susah-susah sangat, mama masak je telur mata dan sardin, itu je yang cepat, paling tak boleh blah komen dari Mr.R, huiiiiiiiiiiiiii, itu yang sedap yangggggggggg (psttt : saya nak gi jumpa bomoh minta air penawar biar Mr.R suka tapau makanan dari luar, muahhahaha)

Mempersembahkan telur mata kobau lotak kicap dan sardin masak asam pedas, cukup lah tu, memang takde inisiatif nak masak lauk lain sebab acik busy ok. Akan tetapi, ini yang buat saya sayang giler dengan family saya, rasa nak peluk tak nak lepas-lepas dia orang ni sebab masak macam ni pun semuanya makan bertambah-tambah and untuk pengetahuan korang, telur mata kobau lotak kicap tu, acik goreng seploh biji ok !

Dah habih !

Monday, June 6, 2011

CHOCOLATE @ COKLAT @ CEKELAT

Korang nak coklat ni, meh sini meh, meh datang kat opis saya, tu ada lagi kat dalam fridge. Hari tu boss besar dapat ni dari academy yang buat program dengan opis kita orang, so semua orang boleh share makan sesama.

Tapi kan korang, meh sini dekatkan telinga tu, saya nak bisik sikit, yang best nya kan, kat dalam opis ni ramai yang berdiet, semua takut-takut nak mengunyah coklat sodap ni, makanya orang yang tak berdiet untung giler ahhhh, hampir semuanya dia boleh bedal, alah, korang mana tahu pun siapa yang tak berdiet dalam opis ni kan kan kan.

Bye-bye dari orang yang sedang berdiet, muahahhaha !

Friday, June 3, 2011

KALI NI PROJEK TIGA BERADIK PULAK !

Kali ni angah yang amik turn jaga adik-adik. Biasa lah kan, what you expect budak lelaki umur 11 tahun untuk menjaga kedua adiknya yang sangat baik lagi bertuah kan kan kan.

Hahhhh, kali ni 'bergurau senda' dalam bakul pulak ehh, siap ada adegan tarik-menarik rambut lagi, yang si angah ni pun, dah jadi macam ni bukan nak tolong, lagi menambah effect kejadian dengan suara dia, tarik Hakeem, tarik rambut kak Mimi tu, eiiiiiiiiiii !

Pastu datang lah mama dia yang mithali ni kan, terus (sambunglah ayat tu sendiri wehhh)

Thursday, June 2, 2011

MC CAIN SUPER SPIRALS

Kali ni saya nak cuba merasa super spirals brand Mc Cain ni.

Begini lah rupa packaging nya kawan-kawan.

Biasalah kat umah tu, setiap kali goreng mesti kena habiskan sepaket terus, di jamin tiada pembaziran. Hasilnya memang sedap, memang boleh dibeli lagi lepas ni. Nanti korang cuba ehhh.

Wednesday, June 1, 2011

MURTABAK SINGAPURA 3 LAYER

Kali ni mengidam nak makan murtabak lah pulak. Tak nak murtabak yang biasa-biasa, tekak nak yang luar biasa, nak buat sendiri tak reti, maka nya marilah kita membeli ye.

Maka nya, ke Restoran Murtabak Singapura lah kita, juling bijik mata menengok menu-menu yang ada, rasa nak order semua walhal perut kecik aje, ( masalahnya kecik ke, muahahhahaha) !

Telek punya belek menu, at last decided nak order yang 3 layer ni, biar puas hati, murtabak 1 layer dah biasa di makan, kali ni order yang 3 layer terus, nasib baik takde 5 layer, kalau ada, memang saya order!

Kat gambar yang dah takde murtabaknya tu bukannya sebab saya dah ngappp ! Saje je keluarkan bahagian tu untuk tunjuk kat korang 3 layer nya tu, lalalalallala.