Friday, July 29, 2011

MAK AIIII, BANYAK TU !!

Pagi tu masa saya tengah sebok menguruskan anak-anak dan mengemas kat atas, tiba-tiba terbau-bau makanan yang sedap. Hrmm, Mr.R memasak apakah di dapur tu ?

Tu dia aihhhhhhh ! Burger ada, sosej ada, wedges ada, telur mata ada, red beans pun ada ! Ni pinggan Mr.R wehhh, tak ke saya menjealous giler-giler dengan dia, makan punya lah banyak tapi badan maintain gitu je, perut dia pun malu-malu nak buncit, ini tidak adil, muahaha.

Macam biasa, pinggan saya tak payah tunjuk lah ye.

Thursday, July 28, 2011

T.G.I FRIDAY'S

Tell you, tell you, entry hari ni penuh dengan aksi kegayatan yang amat, makanya mari redho dengan kegayatan saya, muahaha. Restoran ni baru ada cawangan nya di Alamanda, makanya saya dan kengkawan gi lah try test cuba makan kat situ.

Masyaallah, masyaallah, brownie obsession ini banyak sedaplah, sedaplah (korang kena baca macam slang bahasa arab, hahhaha) ! Harga dia cuma RM14.90 sahaja. Melampau sedapnya ni, so lepas ni kalau pergi lagi harus order sorang satu, tak main share-share okay.

Yang ni kita orang order sorang satu. 3 cup kecik ni harga dia RM10.90, kita orang pilih straw parfait, oreo choc mint dan tropical delight.

Air takmo kalah, saya order Mango margarita frozen, don't worry ye, nama je margarita, tetapi dia adalah non-alcohol. Saya siap tanya kat waiter tu, apsal ada gula pulak kat tepi-tepi glass ni, camner nak minum ni, hahaha. Waiter tu cakap, pekapkan bibir or kenakan gula tu pada lidah, so bila minum air ni barulah sedap jadinya, ohhhhhh gitu ehhh. Harga dia RM15.90 segelas.

Pastu saya order Tennessee Chicken & Shrimp. Ini harga dia RM37.90. Op cos sedap jugak. Buntang mata dan perut bila habis sepinggan, hahaha.

Give me more Friday's kata nya ye, iyo lah tu. Total kami tiga orang makan hari tu CUMA RM204.80 sahaja. Sekian.

Wednesday, July 27, 2011

PORT BARU DIA

Budak Hakeem yang baik lagi bertuah ni dah pun berumur 17 bulan. Biasa lah kan, budak lelaki umur cenggini, baikkkkkkkkkkk nya tu kemain lagi, layan kan aje, macam tak biasa beranak kecik kan kan kan.

Sekarang ni inilah rutin dia bila saya memasak masa petang tu. Dia akan amik 1, 2 mainan dia dan lepak kat dalam drawer kabinet ni.

Phewwwww, saya sudah dapat bayangkan betapa kalut dan kelam kelibut nya saya dalam bulan Ramadan nanti, mana nak masak, nak melayan budak baikkkkkkkkk ni dan yang paling mencabar masa berbuka nanti.

Tuesday, July 26, 2011

TEMPE GORENG PUN LICIN

Minggu hari tu saya ada terima kehadiran tetamu lagi. Kali ni kehadiran tetamu tidak dijangka sebab dia tak menelefon saya untuk bagitahu kehadiran dia, kebetulan dia ada berdekatan dengan area rumah saya, so dia singgah lah kejap, kalau ada rezeki nak berjumpa saya adalah, kalau saya takde kat rumah tu kira tak ada rezeki lah katanya.

Sebab tu lah saya sentiasa suka dan nak tengok keadaan rumah saya dalam keadaan bersih dan teratur, tak lah kelam kabut bila nampak tetamu kat pagar rumah baru nak berlari-lari sorok itu sorok ini, hihihi.

Dia datang pun dah petang masa tu, nak ajak makan nasi, takmo katanya. Sambil sembang-sembang dengan dia kat dapur tu, saya pun siapkan lah tempe goreng ni, kali ni saya tak blend pun rempah ratus tu, saya kasi lebur je semua dalam tepung tu pastu gunting-guntingkan daun bawang, nak cepat kaedahnya, tetamu dah ada depan mata, lagi lah tak tentu arah nak buat kerja kat dapur tu kan.

Bancuh kan teh tarik, buat cili kicap, di pendekkan citer, tempe goreng ni licin dimakan dek semua.

Dah habis dah.

Monday, July 25, 2011

25 JULAI 1996 ~ 25 JULAI 2011

Alhamdulillah. Tarikh 25 Julai 2011 adalah tarikh keramat sempena ulangtahun pernikahan kami yang ke 15. Seriously, macam tak rasa dah berkahwin selama 15 tahun, kejap sangat masa berlalu kan, sedar tak sedar, anak sulung pun dah lebih tinggi dari saya.

Mr.R yang maintain je dari dulu dan Shibam yang maintain tembam jugak dari dulu, hahhaha. Alhamdulillah, dah 15 tahun berumahtangga, dah ada 4 orang anak yang soleh dan solehah, dah ada tempat tinggal yang selesa, dah ada kenderaan yang boleh dibawa ke sana ke mari, cukup makan sampai terlebih berat, cukup pakai sampai tak cukup hanger kat umah tu, takde apa yang nak diminta lagi melainkan kebahagiaan dan kesejahteraan hingga ke akhir hayat, amin.

Friday, July 22, 2011

FABULOUS FRIDAY

See see see, kejap je dah Friday, suka tak suka tak ? Macam biasa ehhh, kalau suka, korang adalah normal macam saya, kalau tak suka, korang adalah ermm ermm ermm, hahaha. Hari ni muka saya berseri-seri, lebih seri nya daripada hari biasa, sebabnya saya baru je lepas makan kuih seri muka tadi, hahaha. So apa plan korang hujung minggu ni. Perghhh, tell you, program saya dan Mr.R hujung minggu ni adalah kebabomm, marvellous, cun melecun tak boleh blahh ! Semoga hujung minggu korang pun semarvellous hujung minggu saya ehhhh.

Hah cenggitu lah ghupe saya hari ni, comel giler bila happy sampai perut pun lupa nak cover, muahaha.

Bye korang, jumpa lagi.

Thursday, July 21, 2011

THANKFUL THURSDAY

Saya suka hari Khamis sebab saya suka tengok kengkawan opis saya yang segak berkemeja batik or manis berbaju kurung, skema giler ayat, hahahha. Saya suka hari Khamis sebab besok dah hari Jumaat, pastu menyusul pula hari Sabtu dan Ahad.


Tahukah korang bahawasanya memotong kuku di hari Khamis adalah baik kerana memotong kuku di hari Khamis akan mendapat kekayaan. So jom pakat potong kuku secara beramai-ramai lepas baca entry ni, hahahhaha.

Jangan lupa solat berjemaah dan baca Yasin malam ni ye kengkawan. Tata titi tutu

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Orait bebbeh, kata wordless kan, maka nya word sesikit je lah :

Ke tepi ke tepi Kilafairy, now dah ada Shibam Fairy, moncong and bibir sapa boleh gantung hanger, hahahhahaha.

Ada yang tak faham ? Nampak sangat korang tak mengikuti perkembangan hiburan tempatan, gi google sapa Kilafairy tu.

Moody Monday dah, Tremendous Tuesday dah, Wordless Wednesday pun dah, besok ?

Tuesday, July 19, 2011

TREMENDOUS TUESDAY

Kalau dah Monday tu moody je, lagi korang ada hati nak sambung moody on Tuesday, banyak cantikkkkkkkkk ! Maka nya hari Tuesday also known as Selasa ni lah hari yang korang sepatutnya dah penuh bersemangat waja lagi jitu untuk membuat semua kerja. Biar lah boss kelam kabut macam apa pun, pegawai kekwat tak boleh blah pun, kengkawan opis kerek sekali pun, harunggggggg je lah.

So far so good, hari-hari nak pergi kerja pun bersemangat. Semoga semangat ini terus ada di samping badan yang semangat ini, hahhahahha.

Besok Wordless Wednesday pulak ok.

Monday, July 18, 2011

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

Saya dapat award ni dari rumah kecil tiang seribu. Tq sudi bagi award ni kat saya, seingat saya dah lama giler tak dapat award-award macam ni, kawan-kawan blogger lain semua dah malas nak beraward-award ni, nasib baik ada yang sudi nak bagi kat saya. Tq ehhhhh.

Dah dapat award ni, kena senaraikan 7 perkara mengenai diri sendiri, jom layan ehhhh :

1) saya seorang pemalu
seriously saya pemalu, saya kena tunggu orang senyum dulu baru saya akan balas senyuman tu

2) saya seorang yang pendiam
jangan haraplah saya nak mulakan tutur bicara dengan orang yang saya tak kenal, kalau dah biasa pun mungkin akan berat mulut jugak untuk berbicara, katanya pemalu kan kan kan

3) saya suka tak suka makan
perut saya sentiasa kenyang, tengok makanan macam nak tak nak je makan, sebab tu saya maintain je

4) saya pencinta kedamaian
paling tak suka keadaan bising atau huru hara, boleh rasa sesak nafas ni tau

5) saya tak suka makan durian
bau dia pun saya tak boleh nak dekat, eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

6) saya tak suka makan tempe
banyak benda lain boleh dimakan, apa ke tempe yang nak di makan

7) saya tak suka shopping
buat perabih duit je kan, simpan duit lagi bagus

Itulah saya. Sekian

MOODY MONDAY

Kesiannnnnn Monday, selalu dipersalahkan bila orang lain moody, hihihi. Biasa lah kan, dah 2 hari bercuti, nak masuk kerja, nak pergi sekolah hari Isnin semuanya lemau. Saya paling suka tengok muka kengkawan opis masa pagi Isnin, confirmed lemau, hahhahha. Tak caya ? Meh sini tengok muka memasing bila tibanya pagi Isnin.

So, yang mana satu korang di pagi Isnin ni ?

That's why kebanyakan opis tak akan buat meeting pagi Isnin, unit latihan pun tak akan buat kursus bermula hari Isnin, semua nya perlukan masa untuk memanaskan enjin memasing. Normally kat opis ni bila tiba pagi Isnin, suasana sepi tu agak lama lah, nak masuk ke pukul 10 pagi nanti baru ada dengar suara kengkawan, baru mari mood nak berborak tu, alah senang citer, kalau saya nak berborak-borak pun takde orang nak layan, kesiannnnnnn.

Tata, besok kita citer pasal Tremendous Tuesday pulak ehhhh.

Sunday, July 17, 2011

BAJET ARTIS

Kengkawan, pagi tadi saya ada banyak masa free, so saya dah create page ni. Ye lah tahu lah, follower baru seciput ada hati nak buat page sendiri, hahahahhaha. Saya suka-suka je lah kengkawan, nanti boleh chit chat kat page tu. So korang yang ada FB tu boleh lah search saya ye, Shibam Jelita, pastu like like, nanti kita sembang-sembang kat situ.

Alah tak nak like pun takpe, acik takde hal, setakat ni pun acik create, acik like sendiri je, hahahhaha. Lisa Surihani ada beratus ribu fans sebab dia pelakon popular, acik dapat tempias 0.10 peratus dari fans dia pun cukup syukur alhamdulillah, hahhahaha.

Ehhhh berapa banyak hahahhaha lah. Bye-bye sambil melambai ala-ala artis, hahahhaha lagik.

Friday, July 15, 2011

AWAK ADA ?

Ni hah nak tunjuk cash box baru saya, kaler merah lagi tu, bila dah dapat terus feeling-feeling jadi cashier susun duit tu cecantik. Ini sebahagian dari tugas saya kat opis ni, jaga petty cash pejabat, pening lalat lah jugak nak menguruskan duit cash ni, nasib baik tak banyak, RM1K aje.

Tell you, dari zaman kerja swasta membawa ke zaman kerja gomen, mesti kerja-kerja menguruskan cash ni dapat kat saya, puas saya nak mengelak pun tak boleh, nak tak nak bila orang dah bagi kepercayaan kat kita, kita kena lah buat kerja-kerja tu sebaik mungkin kan kan kan.

Ok dah, nak gi susun duit jap, bye bye.

Thursday, July 14, 2011

SATU UNTUK KAU, SATU UNTUK AKU

Ini si debab saya, nama dia Mimi (bukan nama sebenar). Dia lorat, dia banyak cakap, dia banyak songeh sebijik macam babah dia. Dia bijak, dia cantik, dia comel sebijik macam mama dia (ini fakta, sila terima dengan pintu hati yang terbuka).

Ini spek saya. Untuk makluman korang, meh sini saya nak bagitahu meh, saya ada masalah silau yang melampau, maka nya kalau drive waktu pagi pun saya kena pakai spek, tengahari tu lagilah wajib, time malam ikut keadaan, kalau tempat tu banyak sangat lampu jalan, saya kena pakai spek jugak sebab masalah silau yang melampau tu lah. Sebab tu saya tidak digalakkan untuk memandu di waktu malam, dikhuatiri ada orang fitnah saya giler sebab pakai spek hitam memalam buta.

Selalunya waktu pagi saya akan pakai spek yang light2 cenggini, time tengahari tu nanti baru pakai spek hitam macam Panca Sitara tara kuca tara kuca tu, baru lah saya boleh memandu dengan lancar nya.

Cuaca memang panas sekarang ni kan, so si debab saya request nak pakai spek jugak, nak sama macam mama kata nya, so satu untuk saya dan satu spek untuk dia.

Habis.

Wednesday, July 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY LAGI

Sungguhpun tak secanggih, tak sebesar dan tak semahal yang ada kat rumah korang, ini pun dah SYUKUR ALHAMDULILLAH !

Tuesday, July 12, 2011

MANGGA YANG SUNGGUH MENGGHAIRAHKAN

Hari tu masa hantar si debab dan angah balik dari school, saya melepak lah kejap kat umah mak saya. Masa tu saya tengah berpuasa tau, so dia punya melepek tu lain macam sikit lah, mengalahkan budak kecik berpuasa kaedahnya tau.

Masuk-masuk dapur je nampak mangga masak ranum ni, apa lagi, terus tertelan-telan air liur, gulp gulp gulp bunyi dia wehhhh, muahahhaha. Memang tau, bila berpuasa je, nengok buah mangga macam ni pun dah terasa-rasa kat anak tekak tu, ish ish ish, tak tahan godaan lah, nampak cam mangga tu melambai-lambai suruh kopek dan makan dia, muahahahha, melampau betul kan.

Iskkkk geram nya menengok buah mangga ni, so mintak izin kat mak nak amik sebiji dua. Petang tu, sebiji saya blend buat air mangga pekat-pekat, pastu sebiji lagi saya makan lepas berbuka, hrmmmmm, sedap sedap sedap.

Sekian cerita saya mengenai mangga yang sungguh mengghairahkan, semoga terhibur, hahahhaha.

Monday, July 11, 2011

RESEPI BURGER GORENG

Pepandai je saya bagi nama resepi ni burger goreng pattaya, muahhahahha. Selalu korang mengorder nasi goreng pattaya kat restoran tu kan, now, kita buat burger goreng pattaya pulak, moh nengok cecara nya ye.

Saya memang suka makan burger dengan roti gardenia biasa macam tu, korang nak pakai roti burger biasa tu boleh je, aci je ! So ini lah bahan-bahan nya kawan-kawan, roti gardenia, daging burger yang sudah siap di goreng, timun & tomato, nak taruk aksesori lain pun aci jerrrrrrr !

Dadar kan telur cam biasa, letak lah daging burger tu pastu lipat kan dia cecantik

Ini lah rupa nya selepas di lipat kemas

Sediakan roti dan aksesori nya

Boh burger pattaya tadi

Boh lagi aksesori dan sos-sos yang sewaktu dengan nya

Sedia untuk di ngappppppppp ! Lazat dan berkrim, tentu disukai ramai, muahahha. Selamat mencuba.

Friday, July 8, 2011

BIG APPLE VS J.CO

Siapa suka makan donut ? Owhhh suka ehhhh, bagus, makna nya korang adalah orang yang normal sama seperti saya, siapa tak suka makan donut, maka nya dia adalah dot dot dot, muahhahaha.

Ni donut dari Big Apple, beli kat Mines hari tu. Kat area rumah saya ni, bila lah nak ada outlet Big Apple mahupun J.Co, kalau ada kan best kan kan kan. Actually, saya suka je beli donut dari kedua-dua outlet ni sebabnya donutnya memang sedap. Dunkin' donuts dah lama kena blacklist dengan saya, sepatutnya sebagai pelopor kepada kedai-kedai donut ni, mesti lah bertambah bagus dan sedap donut nya, ini makin lama makin tak sedap lah pulak !

Ok, sekian rumusan dari pencinta donut !

Thursday, July 7, 2011

MIMI MENGASAH BAKAT

Sesi melayan perasaan dan terasa suara sendiri adalah sedap giler ni masa outing dengan bebudak opis. Tak lupa juga membawa si debab untuk sama-sama menghavoc kan keadaan. Seronok melayan karenah si debab ni, dah dapat microphone tak nak lepas kat orang lain, sabar je lah.

Bagus, ramai betul yang melayan karenah si Mimi.

Mana lagu yang dia tahu dan suka tu sampai kan berkali-kali nak ulang nyanyi, iskkk, terasa suara sedap dan pandai nyanyi lah tu, sebijikkkkkkkkk cam babah dia, muahhahaha.

Dah habis.

Wednesday, July 6, 2011

ERK ? NO COMMENT

Korang dah sarapan ke wehhh ? Ini lah sarapan saya, jemput makan semua. Pastu kan, mula lah memokak, ishhhh, habis lah diet aku, pagi-pagi dah bedal nasi lemak berlauk rendang daging dan telur mata, ishhhh ishhhh ishhhhh, pastu punyalah pandai lagi, settle je melantak, dengan bangganya gi timbang berat kat penimbang digital yang tak berhati perut tu, muahhahahaha.

Tak ke ko rasa nak lempang weh ! Dah tahu obes, tak reti-reti nak makan oat mahupun roti gandum pepagi ni, sebok gak nak bernasi lemak bagai, pastu memokak-mokak cakap naik lagi lah berat aku ni, ntah bila tahun nak menyusut ni, bla bla bla.

Sekian drama dari orang yang kengkonon nya menyesal lepas makan ni !

Tuesday, July 5, 2011

Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Iskkkkkkkkkkkkkk Grrrrrrrrrrrr

Tersebut alkisah, mama nya baru nak berfeeling-feeling nak bibir mungil cantik cam Siti, makanya mama dia pun poyo-poyo lah beli lipstick SimplySiti, berbunga-bunga hati mama dia dah dapat lipstick idaman hati kata ko !

Orait, lipstick saya dah dapat kan, jom settlekan apa yang patut kat dapur tu dulu. Tengah sebok buat kerja sambil tinjau aktiviti budak bertuah ni. Masa ni saya berdua je dengan dia kat umah, so nak concentrate buat kerja tak boleh sebab kena tengok-tengok kan dia jugak. Mula-mula elok je dia main-main dengan semua toys dia, pastu saya ke dapur jap, ke depan jap, begitulah seterusnya sampai kerja siap.

Entah bila kala nya pulak dia mendapat idea untuk menyelongkar handbag saya, huwaaaaaaaa ! Dalam banyak-banyak benda lain dalam handbag tu, lipstick ni jugak yang dia berkenan, huwaaaaaaaaa lagi ! Di pendekkan citer, lipstick SimplySiti tu habis ke lantai je, huwaaaaaaaaaa lagi !

Monday, July 4, 2011

RESEPI PUDING KARAMEL SEGERA

Tell you, nak membuat apa sekarang ni semuanya memang mudah, antara kita nak dengan tak nak buat je. Kali ni saya buat puding karamel pulak, tak payah susah payah nak mengukus bagai, senang sangat nak membuatnya, yang penting, rasa nya adalah sedap.

Ini antara bahan utamanya, caramel puding mix dan 1 kotak susu segar. Senang je nak membelinya, pergi lah kedai yang menjual keperluan untuk membuat kek dan kuih tu, gerenti ada tau.

Mula-mula kita sediakan air gula nya dulu ye kawan-kawan. Masak dengan api yang perlahan ye.

Inilah air gula hasil kesabaran saya menunggu dengan penuh khusyuk dan tawadduk, saya tambahkan sedikit air atau senang kata, ikut suka korang lah, kalau nak pekat-pekat, bubuh lah air nya sikit, kalau nak cair tu, lebihkan lagi airnya ye.

Didihkan 1 liter susu segar tu dan masukkan serbuk puding dan kacau hingga sebati.

Letak air gula sesiap dalam bekas cecomel ni. Kalau korang nak pakai mangkuk besar pun boleh je. Saya suka pakai bekas cecomel ni untuk memudahkan anak-anak saya untuk menikmatinya.

Lepas dah siap semua, masukkan dalam peti sejuk ehhhh, memang undang-undang nak memakan puding karamel ni, kita kena sejuk kan dulu, baru sodapppppppppp !

See see see, nampak sedap kan, masalahnya bukan nampak je sedap tapi ianya memang sodappp ! Menu ni sangat sesuai untuk dibuat masa berbuka puasa nanti tau, so cuba lah ye !

Friday, July 1, 2011

Eiiiiii ..... MEMACAM BAHASA BEBUDAK SEKARANG

Kalau sebelum ni, kak long dengan angah memang tak digalakkan langsung nak menggunakan perkataan dowh, ala tah betul ke tak saya eja ni, senang citer, kalau dia orang bercakap, pastu kat belakang tu mesti nak ada ayat dowh ni, contoh lah : ehhh ni aku punya dowhhhhh, nak pulak bila saya tahu dowh ni ala-ala singkatan dari bodo, makanya memang tak dapat kelulusan lah nak bercakap guna ayat macam ni. So far so good, dah lama tak kedengaran ayat ni, kalau tak dulu, memanjang ada dowh dowh kat belakang tu, nyampah acik !

Tak lama lepas tu saya terdengar pulak perbualan si kak long yang dok sakan berborak dengan kawan dia kat telepon tu. Tak tahu apa butir percakapan dia orang, balik-balik saya dengar kak long cakap lol, lol. Ahhh sudah, dulu bodo, sekarang lol lol pulak, ini shortform bahlol ke tolol ni ? Dia habis je cakap dengan kawan dia terus saya sound : ehhhh kakak, apa lol lol ni, dah takde ayat lain ke, dulu dowh, sekarang lol pulak ehhhhhh !

Apa ni mama, lol tu lough out loud, alah macam kelakar, lucu lah, macam tu lah lebih kurang. Laaa ye ke kak long, apa ke lol lol, gelak terus kan senang. Patut lah kat fb pun, mama asyik nengok bebudak tu lol lol, rerupanya laugh out loud ye. I'm sorry, i tak tahu you, lol, lol, lol !