Friday, August 26, 2011

HARI KE 26 BERPUASA

Mesti ramai yang dah start bercuti untuk balik kampung kan kan kan. Saya pun dah start cuti hari ni, sungguhpun saya takde kampung, umah mak dan umah mertua sekangkang kera je dari umah saya, tapi saya pulun gak amik cuti hari ni. Lagi pun, cuti saya banyak lagi, so saya start cuti dari hari ni sampai 2/9 nanti, banyak syiok, apply cuti 3 hari je, campur sabtu ahad dan cuti umum bagai, dapat lah 10 hari kesemuanya.

Nak di ikutkan, kalau still bekerja hari Isnin depan pun aci je, dah sah-sah, pihak pengurusan akan bagi pelepasan awal untuk semua, akan tetapi, koser saya nak kerja hari tu ehhh, lebih baik saya mengadap kerja-kerja kat umah mak nanti, saya kan anak perempuan sorang, rumah mak pun saya nak kena uruskan itu ini, banyak pahala saya, amin.

Niat di hati nak buat biskut raya secara marathon, harap-harap tercapailah hasrat tu. Tak banyak pun, saya nak buat 3 jenis je, perghhhh, berdebar-debar you, first time buat kuih raya untuk umah sendiri, selalu main belasah beli beli beli je, this time nak buat sendiri.

Dah lah ye. Selamat hari raya korang, minggu minggu depan nanti kita jumpa lagi ehhhh.

Thursday, August 25, 2011

JALUR GEMILANG : HASIL KREATIVITI KAMI

Perghhhhh ! Tell you, kalau korang tengok secara live, lagi meletop tau. Sesuka hati je saya cakap hasil kreativiti kami, yang benau nya, kerja Si Dia Sorang Ni yang dok gam situ sana sini, yang membega situ sana sini, saya dan kengkawan lain tukang potong batang bunga dan tukang gantung kan je, hahaha.

Boss besar pun best, banyak idea dia bagi kat kita orang untuk cantik kan opis ni, kalau idea dia yang over dan merepek-repek tu, saya bolayan kan aje, hahahha. Actually ada banyak lagi ruang dan kreativiti kita orang yang cun melecun untuk opis, tapi saya malas nak tempek sebab mood nak makan lemang dan rendang dah mariiiiiiiiiiiiiii !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun ! Merdeka Merdeka Merdeka.


Wednesday, August 24, 2011

CANTIK TAK CANTIK TAK CANTIK TAK ?

Alaaaaa, why lah saya tanya-tanya kat korang, cantik ke idak, ada kah saya kesah kalau korang cakap tak cantik, hahhaha, biasalah tu, setiap orang taste dia lenlain, cantik di mata saya, buruk di mata korang, tak semenggah kat mata korang, alahai sweetnya kat mata saya kan kan kan.

Actually kan, baru dalam 2 tahun kebelakangan ni saya memberanikan diri pakai kasut-kasut cenggini, kalau tak tu, sebelum-sebelum ni, koleksi kasut saya adalah seperti makcik-makcik yang diambang umur pencen gitu. Kalau berkenan dengan kasut tu, mulalah terpikir, ehhh semenggah ke kalau saya pakai nanti ni, tak kelakar ke, bla bla bla. Sekali tu kalau tak silap, dalam awal tahun lepas lah, saya memberanikan diri beli sepasang wedges putih yang bertali-tali dan agak tinggi jugak lah, rerupanya memang sesuai jugak di kaki ku yang tembam ini, hahaha.

Kasut ni saya baru beli last 2 weeks, jalan-jalan cuci mata terberkenan lak kat kasut ni, boleh lah pakai masa raya nanti sambil berlari-lari anak mengejar si Hakeem tu.


Tuesday, August 23, 2011

DUIT RAYA

Ini hanya tentang pendapat saya, ianya tiada kena mengena dengan pendapat orang lain, entry ini semata mata mengenai pendapat saya, jangan sentap jika pendapat kita tidak sama ok !

Pada yang ada anak-anak tu mesti tahu yang di hari raya nanti, anak-anak lah yang paling gembira nak menyambutnya, kita yang dah berumur dan beranak pinak ni tak sama happening nya macam anak-anak yang nak menyambut raya.

Satu lagi yang menyebabkan anak-anak gembira di hari raya adalah tak lain tak bukan sebab dia orang yang dia orang akan dapat duit raya, especially dari atuk nenek, mak sedara, pak sedara dia orang.

Isu nya sekarang ni, saya tak paham dengan mereka-mereka yang merasakan memberikan duit raya pada kanak-kanak adalah satu perkara yang membebankan ! Seriously, saya tak paham ! Boleh tak kita anggap pemberian duit raya pada kanak-kanak tu adalah salah satu dari cabang kita untuk bersedekah di hari yang mulia ni. Kalau tak dapat banyak, sikit pun dah mencukupi, asalkan niat kita tu untuk bersedekah.

Tipu lah kalau cakap takde bajet untuk duit raya, kita raya hanya setahun sekali, pandai-pandailah buat bajet dari awal tahun untuk memastikan by the time kita nak sambut raya, bajet untuk bersedekah pada kanak-kanak tu tetap ada. Kalau ada rezeki lebih, pada mak sedara dan pak sedara kita pun diharuskan untuk kita bersedekah, dia orang pun tak fikir tentang banyak atau sikitnya pemberian kita tu, yang pasti, hati mereka pasti gembira bila menerima duit raya dari kita, tak gitu ?

Akhir sekali, pada pendapat saya ni, dengan memberikan duit raya pada kanak-kanak tu tak akan memiskinkan kita pun !


Friday, August 19, 2011

SEBENARNYA SIAPA YANG KENA DERA NI ?

Dah nak masuk 19 hari kita semua berpuasa, so far so good, hari-hari sempat nak masak sendiri kat umah, tak pernah ke pasar ramadan untuk beli lauk or kuih, semua buat sendiri, kalau tak sempat sangat, goreng nugget pun jadi lah ! Hari-hari biasa memang saya berbuka di rumah, hujung minggu di rumah abang-abang saya atau rumah mertua, memang best lah.

Hakeem dera saya tau, setiap kali saya nak memasak, dia pun sebok nak bergayut kat pintu fridge ni, kita suruh tutup, dia buat derk je, siap bergayut kat pintu fridge lagi, huhuhu.

Ini bukan saya dera dia ehhhh, dia yang rela nak buat sendiri. Bila saya dah siap masak tu, saya bagi dia bersantai kat porch kejap, bagi dia melasak-lasak kat sini, kotor kan seluar baju bagai, baru saya bawak masuk, mandi kan dia lagi sekali dan bersiap untuk berbuka pulak. Hakeem memang suka dera saya untuk mandikan dia banyak kali dalam sehari dan baju pulak paling kurang kena tukar 4 kali !

Yang ni pun bukan saya dera dia, saya tengah vakum, dia pun mesti nak menyebok gak, kerja yang boleh siap 1/2 jam akan jadi berjam-jam bila dia join buat kerja. Kalau memanjang nak tunggu dia tidur baru boleh buat kerja, alamatnya bersepah-sepah lah umah tu, nak tak nak memang kena "berperang" dengan dia bila buat kerja-kerja kat umah tu.

So now dah tahu siapa yang kena dera sebenarnya kan kan kan.

Thursday, August 18, 2011

PENDEDAHAN EKSLUSIF SIRI KE 2 SHIBAM JELITA

Hari tu acik dah buat entry pendedahan ekslusif yang pertama kan kan kan, now acik nak dedahkan lagi citer-citer ekslusif acik, hahaha.

Ini pun salah satu hobi saya, dah lama giler saya berkecimpung dalam arena cross stitch ni, dari zaman anak sorang sampai anak empat dah, senang cakap dari zaman power spek sikit now dah semakin rabun dek gara-gara cross stitch ni lah, minat punya pasal, segala onak ranjau berduri saya rela tempuhi, hahaha.

Pada saya lah kan, orang-orang yang tak hangat-hangat tahi ayam je boleh ada hobi macam ni, saya pun bukan lah tergolong dalam golongan yang penyabar ni, tapi bila dengan hobi ni saya jadi sabar je kira lubang kat kain tu satu persatu, jadi penyabar nak tukar-tukar benang, jadi penyabar nak tengok corak apa untuk benang kaler apa, jadi penyabar nak belek-belek kod kat benang yang ada 1001 warna !

Ini salah satu projek yang saya sedang usahakan sekarang. Lambat giler nak siap sebab ada kesempatan nak buat kat umah je, nak bawak kat opis memang tak lah, takde masa yang sesuai nak jahit pun, waktu rehat pulak dah sebok jadi driver amik anak-anak balik sekolah kan. Tinggal sikit je lagi nak siapkan bumbung umah tu.

Ni lakaran untuk bumbung umah yang nak siap tu, kalau yang tak berminat tu, memang rasa nak renyuk renyuk kan je kertas ni, ahahaha.

Yang ni nak gi hantar frame kan. Lepas ni projek bunga besar merah dalam pasu pulak.

Ini pun dah siap, nak hantar frame kan je. Antara yang palingmudah untuk dijahit sebab tak perlu tukar-tukar warna benang, guna satu warna gold je.

3 projek besar yang bakal menyusul, projek bunga merah dalam pasu, projek gadis siram bunga kat tingkap dan projek garfield.

Tell you, hobi ni bukan hobi yang murah sayang oiiiiii, benang satu je dah berapa harga nya, satu gambar yang nak di siapkan pun paling kurang ada berbelas-belas jenis warna. Kain nya pun kemain mahal sekarang ni, dah siap nak di frame kan pulak tu, semuanya duit duit duit, akan tetapi, macam saya cakap tadi lah, kalau dah minat, semua tu tolak tepi, hihi.

Wednesday, August 17, 2011

SIRI WORDLESS WEDNESDAY

Mempersembahkannnnnnnnnnn ........................

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia !

Tuesday, August 16, 2011

HOIHH ! TERTEKAN ACIK TAU

Ye lah, tahu lah, memang berat badan acik terlebih-lebih, bulan puasa ke, bulan tak puasa ke, memang berat maintain, jangan mimpi nak turun, maintain tembam gitu je, percayalah ! Stress acik weh, hari-hari ngadap badge : TURUN BERAT BADAN ANDA .... TANYA SAYA BAGAIMANA !

Budak depan saya ni dok amik produk ni untuk turunkan perut dia yang sedikit boroi tu, dia tak pun promote saya suh beli, tapi cara dia letak beg dia tu yang buat saya tertekan, hahahha. Kalau dah hari-hari acik ngadap badge tu, tak ke rasa macam budak tu nak suruh acik telan jugak produk kuruskan badan tu.

Ye ye, orang obes memang sensitif ok, harap maklum.

Monday, August 15, 2011

KETUK KETUK RAMADAN

Korang suka tak tengok program yang muncul hanya di bulan puasa ni. Hari ni dah 15 hari kita semua berpuasa, sekali pun saya tak dapat curi masa untuk nengok program kegemaran saya ni, Ketuk Ketuk Ramadan. Tahun lepas, sempat lagi tengok dengan kawan-kawan, maklumlah, tahun lepas boss lain, tahun ni dapat boss baru lagi, terus tak dapat nak menebeng depan TV dah, masing-masing duduk keras beku je kat kerusi, hahaha.

Hujung minggu pulak dah ada macam-macam program, hrmmmm, lagi lah tak sempat nak tengok.

Suka tengok Sheila Rusly berceloteh dalam program ni dan resepi-resepi yang di masak pun mudah untuk dibuat.

Tak dapat tengok Ketuk Ketuk Ramadan, saya ketuk ketuk meja je lah.

Friday, August 12, 2011

IMAGINASI MIMI

Seingat saya lah, masa saya sebaya dengan Mimi dulu, takde lah saya berfikiran jauh dan luas seperti si Mimi ni. Saya setuju sangat yang budak-budak sekarang memang terlebih bijak.

Saya : awak lukis apa tu Mimi

Mimi : saya lukis gambar saya dengan boyfriend

Saya : ????? (terdiam sat), yang bunga tu apa pulak

Mimi : bunga tu boyfriend saya bagi kat saya, lepas tu kita pergi jalan sama-sama

Wah wah wah, baru 5 tahun tu, dah pandai lukis boyfriend bagi bunga, dah pandai berangan nak ada boyfriend yang tak tahan tu, hahaha.

Thursday, August 11, 2011

JALUR GEMILANG SITU SANA SINI

Tahun ni opis kita orang nak join pertandingan menghias opis sempena bulan kemerdekaan. So ini baru di hias sikit-sikit, lepas ni nak kena touch up lagi, dapat pulak boss yang kreatif, macam-macam idea dah dibagi nya, saya je malas nak melayan, hahaha. Jom layan gambar-gambar yang ada ni.


Perghhhh, giler hebat ahhh, kat ruang pejalan kaki nak ke opis pun kita orang hias tau.

Hahhh amik ! Kat dinding pun ada you !

Ni baru sikit dah nampak meriah, lepas ni bila ditambah dengan pelbagai aksesori lagi, harus kebabooomm bomm bommm.

Opis korang ada letak bendera kat tiang cenggini, ada ada ada ? Kalau ada, bagus, kalau takde, gi buat ye.

Merah membara semangat waja, putih mu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kita semua (dah sambung sendiri, malas nak taip).

Wednesday, August 10, 2011

BOONA & BOONIE

Siapa dah pernah tengok citer ni .... angkat ketiak ! Siapa suka citer ni ..... angkat dua-dua ketiak, hahahhaha. Alah rilek lah, baru gurau sikit pepagi ni dah nak sentap tau, tahu lah ni bulan puasa kan kan kan, jangan lah monyok-monyok, jom happy-happy !

Masa tengok first episod tu saya dah suka dah, lawak dia best. Tak sangka si Ieda Moin ni pun lawak, saya suka nengok karakter dia dalam sitkom ni, badan pun dah tembam-tembam macam saya, gimme five ! Yang lawak tu sebab karakter dalam sitkom ni ala-ala citer Labu Labi yang famous tu, so jadi lagi senang nak memahamkan jalan citer nya tu.

Yang paling best, op coz lah watak Nyonya Mansur, makcik ni memang pandai berlakon kan, saya minat dia dari drama Sindarela dulu lagi. Lagu latar dia pun best, Boona Boonie, Boona Boonie, Boona Boonie ....... (nyanyilah korang sampai habis, hahahha)

Tuesday, August 9, 2011

COMEL TAK COMEL TAK ?

Sana sini tengah sebok main game angry birds ni ehhhh, tell you, saya tak pernah cuba pun, cuma dengar-dengar dari member dan anak-anak yang teruja dengan game ni.

Comel tak comel tak ? Nampak lagi tembam kaki tu adalah, hahahha. Ada ke patut si adik saya belikan ni untuk kegunaan mak saya kat dalam umah tu, mana lah mak saya berkenan. So hari tu dia suruh saya belikan selipar yang baru untuk dia, selipar biasa-biasa tu je, takde lah corak fancy-fancy cenggini. Pastu saya ayat lah mak saya, ehhhh best lah selipar yang adik beli tu mak, selesa giler bila pakai, dan kesudahannya sampai sekarang selipar ni lah yang tersarung kat kaki dia ! Bagi chance kat mak saya feeling-feeling comel, hahahhaha.

Monday, August 8, 2011

PENDEDAHAN EKSLUSIF LAH SANGAT

Bila dah kena sindrom perasan artis ni memang susah wehhh, artis ada fanpage kat FB, acik pun nak, artis ada pendedahan ekslusif, acik pun nak jugak, hahhaha.

Amacam dah nak masuk minggu ke dua berpuasa ni, okay tak ? Kalau ada yang tak okay lagi, still ada banyak masa untuk adjust sana sini. Cabaran saya yang satu ni je iaitu nak menyiapkan si debab untuk keluar awal nak hantar dia ke tadika. Untuk sampai opis jam 7.30 pagi, saya kena cecepat hantar dia paling lewat pukul 7.10 pagi, pepaham je lah nak melayan karenah dia yang selalunya masa tu dia masih kat atas katil lagi.

Sebahagian kecil dari diari saya. Seingat saya lah, dari tingkatan 1 lagi saya dah ada diari, so boleh lah pakai jari tangan + jari kaki untuk kira bilangan diari yang saya dah ada kat umah tu. Mr.R dan anak-anak memang tahu pe'el saya dan dia orang tak pernah usik diari-diari saya ni. Hobi saya masa lapang pulak adalah membaca balik diari-diari ni, sumpah memang seronok wehhh, boleh imbas kembali betapa kelakar nya, sedih nya, tak logik nya dan bangang nya situasi-situasi yang pernah berlaku dulu, hahaha.

Ok para peminat sekalian, acik minta izin berundur dulu, tata titi tutu !

Friday, August 5, 2011

BUAT KUIH

Tahu kan R & D tu apa, alah Research & Development yakni bermaksud penyelidikan dan pembangunan mahupun penambaikan. Jangan korang ingat projek-projek besar je nak ada R & D, acik nak buat kuih semperit pun ada R & D jugak tau, kelesssss, hahaha.

Doh yang sudah siap di adun dengan jari jemari ku yang tembam, muahaha.

R & D yang pertama, biar dia kosong cenggitu je

R & D kedua, letak apakebenda nama nya ni, ala yang kecik-kecik berwarna warni tu, ohhh dah paham kan, bagus korang ni, so clever

R & D yang ketiga pulak dengan meletakkan chocolate rice di atasnya.

Maka nya ada 3 dulang pelbagai saiz dan rupa. Kata R & D kan kan kan

Akhirnya, mengikut tekak dan rasa saya yang tak boleh blahhh ni, hasil semperit dengan chocolate rice adalah yang terbaik, maka nya boleh lah buat macam ni untuk kuih raya nanti.

Tahun ni baru ada kesempatan nak mencuba buat kuih raya sendiri, kak long dan angah boleh jadi assistant, budak bertuah Hakeem pun dah besar, so boleh buat dengan jaya nya. Saya buat tak banyak jenis pun nanti, yang penting ada hasil tangan sendiri kan kan kan.

Thursday, August 4, 2011

KALAU LAH NI BIL ELEKTRIK

Semenjak tarif elektrik naik ni, bil elektrik kat umah saya pun melonjak-lonjak kegembiraan naiknya. Itu baru ada kat rumah dari pukul 6 petang sampai ke pukul 7 pagi esoknya, kalau setiap hari seharian kat rumah, lagi haru lah jawabnya.

Kalau bil elektrik banyak ni je tetiap bulan kan bagus kan kan kan. Kerajaan Selangor dah tanggung sebahagian kecil bil air, bil elektrik tak nak tanggung sebahagian ke, tak dapat besar, dapat tanggung sebahagian kecil pun okay kan kan kan.

Bulan puasa ni lagilah bil elektrik melonjak-lonjak kegembiraan, dengan sahurnya, dengan penggunaan microwave yang lebih kerap dari biasa, dengan buat kek nya, buat puding nya, buat kuihnya dan macam-macam lagi nya.

Selamat membayar bil elektrik.

Wednesday, August 3, 2011

EHH EHH BOSS NI .......

Tengah borak-borak sambil menghabiskan waktu lunch dengan boss kat cubical saya minggu lalu, tetiba keluar cerita cenggini dari boss :

Boss : you nak tahu tak, kawan I ni kan, dia memang handsome guy, dari zaman muda sampai sekarang memang maintain hensem lah, baru-baru ni dia menikah baru tau, I tengok wife dia yang baru ni pun tak lawa, sama lah macam first wife dia dulu. (psstt, ye, boss saya memang suka gosip, muahahha)

Saya : biasa lah tu boss, kalau dah husband nya handsome, wife dia mesti so so je, baru lah balance, ada tu wife dia lawa, tapi husband so so jer, janji dia tengok wife atau husband dia handsome dan cantik di mata sendiri cukuplah boss

Boss : oh macam tu ke

Sepantas kilat, saya pun dengan bangganya menunjukkan gambar family saya yang terpampang cantik kat dinding saya ni dan dengan harapan boss bersetuju dengan pendapat saya dari azali yang saya memang cantik, hahahhahha !

Dan sepantas kilat jugak boss telah mengeluarkan komen yang ikhlas. Macam mana saya tahu dia ikhlas ? Sebab ekspresi muka dia memang serius dan terpancar sinar ikhlas nak mampos, hahhahaha

Boss : ye lah linda, I tengok gambar you ni, memang husband you handsome lah, segak dia ehhh, misai melintang (nasib baik dia tak sambung lagi dengan mengatakan : Linda you so so jer, hahahhaha)

Eiiiii, saya dah siap kembang-kembang hidung tunggu nak mengiyakan boss cakap saya cantik, rupa-rupanya di mata dia, Mr.R lagi ensem, hahhahahhaha. Padan muka saya. Sekian.

Tuesday, August 2, 2011

UIIIIIII TAKUT NYEEEE !

Baru je ingat nak habiskan masa lapang dengan membaca buku-buku kak long yang banyak giler kat dalam bilik dia tu, bila terpandang peringatan tulus ikhlas dari kak long ni terus rasa insaf. Memang patut pun kak long letak notis ni, selalunya babah dia ke, saya ke, angah mahupun mimi memang selalu suka-suka ambil buku-buku dia kat rak tu pastu entah bila kala nak susun elok-elok balik, hihi.

Punyalah efektif notis kak long ni, hari Sabtu hari tu, dia ada aktiviti kat sekolah, so angah siap telefon dia mintak izin nak amik buku kat rak. Pastu saya buat-buat tanya kat angah, wahhh, bagus angah ye, siap telefon mintak izin. Ini jawapan angah : eiiiii takut dengan pembalasan setimpal tu mama !!!!

Tamat.

Monday, August 1, 2011

1 RAMADAN 1432 HIJRAH

Alhamdulillah, kita semua dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menambah amal ibadat di bulan yang mulia ni.



Bulan puasa ni saya dah tukar waktu bekerja ke WP 1 iaitu masuk 7.30 pagi dan balik jam 4.30 petang. Walaupun hanya 1/2 jam lebih awal dari biasa, tapi impak dia banyak tau, especially untuk ibu bekerja yang kena amik anak-anak, kena masak dan settlekan semuanya macam saya ni, 1/2 jam awal tu memang sangat bermakna. Semoga semuanya berjalan lancar nanti dan saya dapat menyediakan apa yang perlu untuk keluarga sebelum waktu berbuka.

Tahun ni pun saya tak dapat nak bersama-sama muslimin dan muslimat lain ke surau atau masjid untuk bertarawih, paham-paham je lah orang ada anak kecil ni kan, anyway, itu bukannya alasan untuk saya tidak melakukannya sendiri di rumah. InsyaALLAH.

Jumpa lagi.