Sambutan raya famili kita orang tahun ni memang meletop letop, memang best, memang meriah dari tahun-tahun sudah. Alhamdulillah, rezeki anak-anak di bulan Ramadan dan Syawal ni melimpah ruah, syukur sesangat.
Dari first raya sampai ke hari ni, ada je program kita orang seharian, tak membosan langsung, macam-macam aktiviti kita orang buat, eiiiii happening sungguh lah, see see see, tak habis-habis cakap best best best, bertabah lah wahai kawan-kawan, hihihi.

Famili kecil saya. Bila orang tanya, apsal saya tak sedondon dengan yang lain, jawapan nya adalah : pernah ke saya berdondon dondon dengan dia orang ni, muahahaha, takpe ehhh, kalau umur panjang, next year raya, kita try berdondon dondon ye anak-anak.
Persediaan untuk raya kat umah mak abah tahun ni tak sepenat tahun-tahun sudah, semua nya mak dan abah saya order untuk hari raya nanti, kita orang rebus nasi impit je, rendang, kuah kacang, lemang dan serunding, semuanya order je. First day raya tahun ni pulak, abang ngah saya buat makan-makan kat umah mak dan abah, dia orderkan nasi bukhara dan lauk pauk nya, memang meriah lah, so saya memang tak kemana-mana, ke rumah mertua sekejap dan lepas tu melayan tetamu di rumah mak abah saya pulak. Terima kasih angah dan kak ngah, jasa baik kalian berdua tu, hanya Allah S.W.T je yang dapat membalasnya !
Di hari raya kedua pulak, saya dan adik beradik lain beraya ke rumah sedara mara yang lain, dari pagi sampai ke malam berjalan-jalan, memang syiok ! Hari raya ketiga pulak, saya join dia orang nengok wayang Hantu Bonceng kat Alamanda, lawak giler citer tu, bersambung pulak dengan ber bowling lepas tu, mana tak syiok !
Hari raya keempat, masing-masing balik ke rumah nak settlekan apa yang patut dan hari raya kelima, saya meluangkan masa untuk keluarga mertua pula beraya ke rumah sanak saudara dia orang, kebetulan bapa mertua hanya dapat melapangkan masa pada hari tu, maka nya mari lah kita beraya dengan keluarga mereka pula.
Adik beradik ipar duai Mr.R pula datang bertandang ke rumah pada raya keenam. Hari raya ketujuh dah masuk kerja balik, walaupun mood raya tak gheti-gheti nak surut lagi, muahahaha. Raya kelapan dan seterusnya, nanti-nanti baru citer, berderet-deret plan ni, antara jadi dengan tak jadi je.
Panjang nya entry ni ! Bye bye