Bila dah hujan, nak tengok TV tak boleh, nak online tak boleh, so apa lagi, jom anak-anak, mari kita ke dapur bersama-sama membanting tulang dengan mama di kala cuaca yang sejuk lagi dingin ini. Pikir punya pikir, saya nak buat lempeng dengan sambal sardin je lah, hrmm, anak-anak bila dengar lempeng dengan sambal sardin, semua nya suka lah kan, padahal dah siap makan tengahari dah pun masa tu. Tapi takpe, kita combined kan minum petang ni jadi dinner terus, makan kenyang-kenyang petang tu, so malam boleh tutup kantin awal sikit, so that orang yang buat entry ni pun boleh masuk tidur lebih awal dari biasa, bijak kannnnnn !Perghhhh, teruja saya tau, letak je lempeng tu licin, letak je licin, terus feeling-feeling saya lah pembuat lempeng yang tersedap buat masa tu, ahaha. Sampaikan lauk yang saya dah masak untuk lunch tadi pun dia orang tak mahu makan dah, semua dok mengadap lempeng dan sambal sardin tu, kalau saya tahu macam ni, dari breakfast saya dah siapkan menu ni je, korang makan lah lempeng dan sambal sardin tu sampai ke malam, boleh yang buat entry ni goyang kaki lebih lama dari biasa, ahaha.
Moral of the story : cuaca tak pernah bersalah !!!

































