Friday, December 30, 2011

SEMUANYA BEST UNTUK TAHUN 2011

Alhamdulillah, tahun 2011 juga adalah tahun yang menggembirakan buat saya dan famili seperti tahun sebelumnya. Bersyukur sangat-sangat ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana semuanya berjalan dengan lancar, anak-anak murah rezekinya, kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan pelajaran anak-anak pun cemerlang di mata saya.

Tahun 2011 best sebab dapat beli itu, beli ini, pergi situ, pergi sini dan buat itu buat ini, hihihi. Kerja pun okay, prestasi pun bagus, ahaha (puji prestasi sendiri memang best), ehhh ok what, tak cuti sakit, tak cuti emergency pun, masuk kerja on time, balik pun on time, disiplin masa sangat bagus, tak pernah kena marah dengan boss, tak pernah kena warning, boss suruh, saya buat, bila ada arahan yang tak semenggah tu, melawan lah apa yang patut, ehhhh, terbagi tahu pulak, ahaha, so far so good bebbeh !

Tahun 2012 pulak, plan nya macam-macam, salah satu misi penting adalah, saya nak amik cuti bersalin 90 hari, ahahahahaha (gelak sambil goncang-goncang bahu Mr. R yang terpengsan) Rilek lah yanggggg, zaman sekarang, selagi tak menopous selagi tu lah boleh beranak, muahaha.

Selamat menyambut tahun baru 2012, teruskan kecemerlangan korang di tahun hadapan tau, bye bye, ammuahhhhh !

Thursday, December 29, 2011

BUJANG MAMA DAH 11 TAHUN

Angah dah 11 tahun, alhamdulillah ! Best lah anak-anak yang lahir hujung tahun ni, baru celebrate ulang tahun ke 11 tapi minggu depan dah masuk darjah 6. Macam biasa, sambut kecil-kecilan dengan family tersayang, janji ada kek, ada makan-makan dan yang paling penting bacaan doa dari atok untuk birthday boy.


Family yang pandai makan memang macam ni ye, sungguhpun tak ramai tapi makanan tetap meriahhhh !


Siapa kata kalau celebrate birthday kena ada ramai orang baru best, korang kena join family saya baru tahu yang 4, 5 orang pun boleh bikin kecoh macam 20 orang (especially shibam), muahaha


Ala ensem-ensem dan comel mama. Angah dah 11 tahun, nanti bulan 3, mimi pulak sambut birthday nya yang ke 6 tahun, sabar ehhh mimi, lagi berapa bulan je nak potong kek untuk awak pulak.

Dah, tu je.

Wednesday, December 28, 2011

TAK BERAPA NAK WORDLESS LAAAAA

Halluuuuuuu !


Mama ko dah tak nampak benda lain, nampak benda-benda yang boleh dibeli dan dibawa balik, maka nya babah ko kena redho tolong tengokkan anak ensem dia yang tak mahu duduk dalam stroller, yang tak mahu didukung dan tak mahu dipegang tangannya, langkah drastik terpaksa diambil, belikan ais krim dan air 100 plus tu dan duduk lah kat mana yang budak ensem ni nak, janji aman mama ko nak beli dan belah, muahaha.

Tuesday, December 27, 2011

RESEPI SPAGHETTI MEATBALL

Ye tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, mari mari mari, kali ni kak long yang main masak-masak, kak long buat spaghetti bolognese dengan aksesori tambahannya meatball, yeayyyyy, clap clap clap.
    Mama bangga sangat dengan kak long, rajin dan ringan tulang kat dapur, ada kawan mama yang dah beranak pinak pun tak reti lagi nak masak ni, ehhhh, tercakap pulak, ahaha. Tapi nak menyiapkan ini, punyalah lama kak long kat dapur tu, kejap-kejap tengok resepi, tanya itu tanya ini, saya layankan aje, besok-besok saya yang senang sebab boleh suruh kak long je masak, mama nak relax, wuhuuuu.

Kak long minta saya komen, sebagai mama yang sangat supportive lagi sporting lagi memahami, saya katalah yang dia buat ni lagi sedap dari saya buat, biar dia lebih rajin nak ke dapur kan kan kan, cuma meatball tu kalau boleh potongkan lagi ye kak long, tercokek adik-adik nak makan nanti.

Jom, saya share resepi spaghetti meatball versi yang sangat mudah :

Bahan-bahan nya :

1 tin sos spaghetti Prego
1 keping daging kisar Ramly
6 biji meatball dibelah dua
1 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
1 tin kecil tomato puri (kalau tak nak letak pun boleh, gunakan sos tomato sahaja)
6 biji button mushroom dibelah empat
1/2 biji capsicum merah dan hijau (saya tak letak)
1/2 paket spaghetti
1 cawan air
4 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara nya :

Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar yang telah dipotong dadu, biar garing dan naik bau, masukkan daging kisar dan gaul sebati, bila dah agak masak, boleh masukkan sos spaghetti dan tomato puri dan gaulkan sebati, tambahkan secawan air, masukkan mushroom dan meatball, tambah garam secukupnya dan gaul sebati, akhir sekali, masukkan capsicum dan gaulkan. Sedia untuk dihidang.

Cara merebus spaghetti :

Didihkan air secukupnya dan letak sesudu dua minyak, rebus sehingga empuk dan bila dah diangkat, lalukan di bawah air sinki supaya spaghetti tidak melekat.

Selamat memasak.



Friday, December 23, 2011

FOBIA LAH KONON

Saya salute pada orang perempuan yang berani menunggang motorsikal, kat tempat kerja saya ni lagi lah, student perempuan tunggang motor macam orang lelaki, mencilok je kerjanya.

Paling tak boleh blah kalau nampak dia orang mencilok kat sebelah lori besar mahupun bas, saya pulak yang seram sejuk kat dalam kereta tu, eiiiiiii, lepas ke tak lepas ke tak, entah apa-apa kan. Hebat korang, saya yang menengok pulak terasa ngilu.

Pengalaman tergolek dengan sepupu masa tunggang motor bapak dia tak akan saya lupa kan sampai bila-bila. Nasib baik longkang tu tak dalam, kalau tak, eiiii, ngeri nak fikir. Sanggup kita orang terhencot-hencot masuk dalam rumah dan terus tidur diam-diam, besok pagi, bila dah sakit satu badan dan bila bapak dia tengok motor yang dah patah cermin, bengkok tayar dan lain-lain baru kita orang buat muka suci minta dikasihani, nostalgia sungguh.

Sampai sekarang pun berani-berani takut bila naik motor, kalau duk kat belakang tu, confirmed pejam mata je.

Dah hujung-hujung tahun ni, entry bodo bodo je lah ye, ahaha


Thursday, December 22, 2011

CER TEKA .... CER TEKA .....

Breakfast kah, lunch kah, dinner kah ataupun supper kah ?

Ada roti, ada srambled egg, ada daging burger, ada red bean, ada tomato, ada timun, ada sos cili, ada sos tomato, ada sos lada hitam, hrmmmm, macam-macam ada.

Burp. Alhamdulillah.

Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Muahaha, mesti balik nanti saya kena hempuk dengan adik saya. Siapa suruh dia nak amik gambar cenggini kan kan kan.

Please faham okay, zaman dia kekecik dulu takde siapa nak melayan dia sambut birthday dan pakai kan dia topi cute tu, dah besar panjang cenggini baru merasa bertopi, itu pun ehsan dari anak buah, ahaha.

Peace yooooooo !

Tuesday, December 20, 2011

KAT SINI PUN BOLEH MELEPAK YE KAK LONG

Korang ada gambar tapak kaki cenggini ?

Kak long kak long, dah sampai ke tangga ko nak melepak kak long, dah membosan dalam bilik, kat tangga pun jadi ye. Hebat tu, melepak kat tangga goyang-goyang kaki sambil baca buku cerita dan earphone yang tak pernah lekang dari telinga dia dengan lagu-lagu korea tu. Mama snap gambar kaki dia pun tak perasan, confirmed balik nanti dia bebel-bebel kat saya, eiiiiiii mama ni, bila mama amik gambar ni, bla bla bla.

Jom korang, jom melepak kat tangga.

Monday, December 19, 2011

RESEPI SUP TULANG

Burp ! Alhamdulillah, kenyang betul makan sup tulang sebesar ni hah. Lauk simple kita orang anak beranak di kala babah dia orang tiada di rumah. Simple, mudah dan yang penting sedap.

Bila tengok gambar ni, dah mula teringin nak buat tempe goreng pulak, nak cicah dengan cili kicap tu, ermmm, petang ni nak buat lah.

Sekian dari saya yang mengidam tetapi tidak mengandung.

Ok, jom saya share resepi sup tulang ni, mudah sangat :

Bahan-bahannya :

Tulang (direbus empuk terlebih dahulu)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 butir sup bunjut Adabi
Garam secukupnya

Cara-cara nya :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan kulit halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sehingga naik bau, masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau sehingga kesemuanya garing. Masukkan air secukupnya dan sup bunjut Adabi, bila dah mendidih boleh masukkan tulang yang telah direbus empuk tadi dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

Mudah kan.


Friday, December 16, 2011

NEELOFA & KILAFAIRY

Hahhhh, now saya minat dengan 2 artis baru ni, letak tepi lah dia orang punya bakat ada ke takde, bab tu belakang kira. Minat sangat sebab dia orang sangat cantik di mata saya.


Pada saya, Kilafairy ni dia tak lah cantik sangat, tapi sebagai artis baru, dia memang ada pakej. Tengok sekali je, wowwww gitu.

Ada sesapa minat shibam? ahaha sampai besok lettew


Thursday, December 15, 2011

SESEKALI, MAK MAK ORANG JUGA PERLU MELEPAK

Dulu masa acik muda remaja, takde pulak masa nak lepak-lepak cenggini, almaklumlah, dibesarkan dalam keluarga yang penuh berdisiplin lagi menjaga tatasusila, mana lah boleh nak melepak macam ni, nak berdating dulu pun kena pandai-pandai adjust masa, kalau tak nanti kantoi, ehhhhh, tercerita pulak, muahaha.

As a wife and mother, kita memang kena ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk relax-relax, happy-happy dengan kawan-kawan yang sekepala, cerita apa saja dan yang paling penting, makan apa sahaja, don't bother about itu ini yang menggemukkan lah, apa lah, belasah je, janji bahagia, so bila dah belasah je korje nya, orang pun tegur yang kita nampak semakin gemuk, so, kena buat-buat redho jer, ehhh, terluah perasaan pulak, ahaha.

Most important, dapat kan permission pasangan masing-masing before nak lepak-lepak dengan kawan-kawan tu ye, make sure dapur dah berasap, rumah dah teratur, anak-anak dah disiapkan semuanya, barulah melangkah dengan penuh gaya untuk melepak, and don't forget, sila pulang ke pangkal jalan sebelum matahari terbenam.

Anda setuju, saya suka, anda tak setuju, pigi dahhhhhhhh, ahaha.

Wednesday, December 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY EDISI HAQEEM

Huwaaaaaaaaaaaaaaaa !

Comel kan muka Haqeem tengah melalak, sila jangan bayangkan mama dia melalak macam ni ye, siapa bayangkan, siap diaaaaaa !

Tuesday, December 13, 2011

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Bubuh je tajuk spaghetti carbonara, tapi saya punya ni sebenarnya spaghetti bohjelahapaadaaa, ahaha.

Ni cara-cara saya menyiapkan ye :

1/2 paket San Remo spaghetti (di rebus)
1 tin sos Carbonara (Prego)
1 keping daging kisar (Ramly)
6 biji cendawan butang (Ayam Brands)
1/2 cawan susu segar
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
1-2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning
4 sudu besar minyak zaitun

Kalau korang nak letak bahan-bahan lain, boleh jer dan sangat lah di alu- alu kan, spaghetti saya ni nama nya spaghetti tak cukup bahan :)

Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Dah naik bau, masukkan daging kisar, kalau nak guna kan isi ayam pun boleh, masakkan sehingga naik minyak ataupun daging menjadi empuk. Masukkan sos carbonara, cendawan butang dan gaul hingga sebati. Bila dah pekat sikit, boleh lah dimasukkan susu segar (kalau tak nak letak pun takpe), kacau sehingga sebati dan masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Sekian.

Friday, December 9, 2011

BUAT BUAT HEBAT !

Untuk golongan yang tak adventurous macam saya, aktiviti macam ni memang takde dalam senarai favourite saya lah, kalau tak payah buat lagi bagus lah kira nya. Masa berkursus tempohari, salah satu aktiviti yang mesti kena nak buat adalah menda ni, eiiiiiiii, cuak giler, gedebak gedebuk hati kecik saya, Tuhan je yang tahu.

Takut u ollssssssss, dah lah suruh bergayut kat atas tu, berdua lagi tu, dengan tali sebesar tu, rasa lambat nau nak sampai ke seberang. Pejam mata bukak mata, pejam mata bukak mata, akhirnya selesai jugak, phewwwwwwwww, lega acik.

Paling lega sebab tali itu bisa menampung keberatan acik !

Thursday, December 8, 2011

BAIK PUNYA LENTOK !

Alhamdulillah, Hakeem dah 21 bulan dan macam-macam pandainya, hrmm, setakat ni semua anak-anak saya memang ikut pe'el saya yang peramah lagi pemarah, ahaha, maka nya kalau nak tahu ada ke tak yang ikut pe'el Mr.R yang cool, lagi sopan dan santun, Hakeem kena ada adik baru kan kan kan (confirmed Mr.R buat-buat tak baca, ahaha)

Sekarang ni dia dah banyak nak bermain, maka nya waktu tidur hanyalah sekali je di rumah nenek, so setiap kali saya jemput dia nak balik ke rumah, mesti dah terlentok-lentok macam ni dan kadang-kadang tu dia boleh tidur terus sampai ke malam. Geng baik dan ngam dengan Hakeem kat rumah tu of course lah si Mimi, memang macam-macam kerja yang saya boleh settlekan bila dia orang khusyuk bermain.

Dah ehhhh, gi buat kerja memasing ehhhh.

Wednesday, December 7, 2011

RESEPI JELLY YANG MUDAH

Siapa suka makan ? Gimme five ! Siapa tak suka makan, korang gi main jauh-jauh, ahaha. Selagi Allah S.W.T bagi nikmat untuk menikmati makanan ni, bersyukur lah ye.

Saya buat jelly segera, ikut sahaja arahan di kotak tu untuk sukatan air dan cara penyediaannya, memang sangat mudah, kita cuma perlu tambah air sahaja. Saya buat jelly segera perasa oren, yum yum !

Pastu saya tambahkan hirisan buah limau dan buah-buah koktel untuk dimakan bersama jelly tadi.

Tambahkan sedikit susu cair atau susu segar jika suka dan sangat sedap untuk dinikmati selepas disejukkan. 
Jelly segera memang mudah disediakan dan sedap pula rasanya.


Tuesday, December 6, 2011

DAIA LAH BIK, DIA DIA

Ada satu pagi tu saya keluar lebih awal dari biasa untuk ke office, macam biasa, saya mesti panaskan enjin kereta dulu, bibik jiran sebelah ni pulak tengah menyidai kain, so mari lah bertanya khabar, tengah berborak tu saya terbau bauan yang sungguh menyenangkan hidung saya yang tak berapa nak mancung ni, hrmmmm wangi lah bau baju-baju yang bibik basuh ni, bibik pakai sabun apa bik ?

Bibik : apa itu nama nya ya, alaaaa puan nya beli, bibik tak ingat nama nya lah

Saya : tak pe lah bibik, nanti saya tanya sama puan nya ya, (gigih nak tahu jugak sebab bau dia memang wangi kat hidung saya ni, teruja acik) !

Bibik : enggak apa lah, bibik ambil sabun nya tunjuk sama ibu ya. nah ini lah sabun nya ibu, sabun dia, memang wangi ini sabun dia !

Saya : ini nama nya sabun daia lah bik, bukan nya dia

Bibik : alah sama aja lah bunyi nya tu, ahaha

Di pendek kan citer, saya pun nak cuba lah guna kan sabun daia ni, yang bibik tunjuk hari tu packaging nya warna kuning, masa saya beli barang-barang dapur tu ada yang warna pink ni aje, maka nya ambil jugak lah, tapi pada saya sabun yang packaging nya warna kuning tu lagi best bau dia dari yang ni.

Sekian, ikhlas dari seorang pengulas sabun.

Monday, December 5, 2011

RESEPI MASAK LODEH

Ehhh korang ingat time raya je suami dan anak-anak I dapat makan lodeh, no no no, mama they all kan orang yang rajin lagi suka melayan tekak dia sendiri pun ye jugak, ahaha, so di kala masa tak raya ni pun boleh jewww nak makan lodeh tau.

Ini bahan-bahan yang saya sediakan. Pun ikut suka masing-masing ye, korang nak letak bahan yang tak wujud kat gambar ni pun, aci jewwww. Saya suka tumis bila buat lodeh, baru lah berminyak-minyak buat penambah kolesterol yang sedia ada di dalam badan ni, ahaha. So saya tumiskan bawang merah sikit, udang kering sikit dan tak lupa juga serai buat penambah aroma gitu, korang nak letak daun pandan pun boleh jewww sebab nanti bukan saya yang ditertawakan tapi korang, ahaha. Pastu, ada tempe goreng, buncis, carrot and tauhu.

Saya rebus nasi impit 4 bungkus, cukup sampai ke malam.

Gorgeousnya kuah lodeh ko shibam (korang cakap dalam hati kan kan kan, ahaha). Lepas tumis bawang merah, udang kering dan serai tu, saya masuk kan santan dan tunggu dia mendidih, baru lah masuk kan kesemua bahan-bahan yang ada tu. Ada yang suka kuah tu warna dia putih macam tu je kan, saya suka letak serbuk kunyit sikit, biar nampak lebih berseri-seri sikit kuah lodeh tu.

Kuah lodeh ni kan, lagi sedap dimakan bila dicampur sekali dengan sambal bilis ataupun kuah kacang, sekian dari pembuat kuah lodeh yang berjaya, ahaha.

Friday, December 2, 2011

ALOLO, SO SWEET, TQ MAK !

Korang suka makan kuih ni ? Saya panggil kuih ni kuih rengas, ada jugak orang nama kan kuih ni kuih kasturi. Ini bukan saya yang buat, saya tak reti wehhh buat kuih cenggini, kalau teringin nak makan, gi beli je lah. Yang ni ehsan dari mak mertua saya, dia memang expert buat kuih-kuih cenggini.

Yang sweet nya tu ni hahhh, mak mertua siap bagi bancuhan tepung tu, alolo, saya naik segan lah pulak, dah lah dapat kuih, ni siap ada bancuhan tepung tu lantas saya berfikiran positif yang mak mertua nak menyenangkan kerja saya menggoreng kuih ni dengan cepat dan boleh dihidang kan untuk anak dan cucu-cucu nya dan bukannya berfikiran negatif yakni kat rumah saya takde tepung, serbuk kunyit and so on. Mak, jangan risau mak, bukan setakat tepung beras je ada kat rumah ni mak, tepung gandum ada, tepung kek ada, tepung jagung ada, tepung kanji ada, tepung gomak je takde mak, ahaha.

Tq mak, kuih itu sangat sedap.

Thursday, December 1, 2011

KALAU MALAS MENYAPU SAMPAH, JANGAN MENANAM POKOK DI LAMAN RUMAH

Korang baca tajuk tu macam peribahasa ni tau, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pastu sambung lagi sikit, kalau masak sebulan sekali, jangan mengada-ngada nak tanam serai mahupun daun pandan di laman rumah, amacam, best tak peribahasa acik ?

Senang je nak paham kan, kalau dah tahu diri tu tak berapa rajin nak ke dapur, jangan lah ko feeling-feeling nak jadi pekebun secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran kat laman rumah korang, tak kira lah laman depan or laman belakang tu hah. Bila nak masak tu, bawak-bawaklah diri tu pergi kedai beli bahan-bahan nya ye.

Siapa pernah pergi rumah saya mesti tahu lah, besar mana jer tanah yang ada kat depan rumah tu, sebab tu saya yang tak rajin nak menebas rumput ni terus letak tiles sampai ke hujung, koser nak mentrim bagai ni lah, laman belakang memang luas, itu yang ramai jiran-jiran tanam pokok itu ini, kalau dapat jiran yang rajin takpe sayang oiiiiii, ni kalau dapat jiran yang masak sebulan sekali, ko bayangkan daun serai pun dah naik jadi macam daun lalang ! Tu belum yang feeling-feeling macam setiap hari dia nak meniaga nasi lemak, tanam daun pandan kat belakang umah, bila tak berjaga, tahu-tahu je lah daun pandan kan senang je nak membiaknya !

Lagi satu ni lah, apasal dia orang suka nau tanam pokok mangga depan umah tapi tak pernah nya nak bubuh baja, nak trim pokok tu, apatah lagi nak sapu daun-daun tu, ehhhh ke ada pokok mangga yang ko tanam dan tinggalkan je macam tu, nanti di suatu hari yang penuh bertuah, keluarlah buah mangga yang di nanti-nanti kan tu ! Kalau dah tanam pokok mangga tu, jaga lah sayang oiiii, sapu lah daun-daun kering tu, baja kan lah dia, baru lah dapat hasil, nanti sedekah sikit kat jiran, barulah jiran saling sayang menyayang kan kan kan.

Sekian, bebelan dari saya yang tidak menanam serai, daun pandan mahupun pokok mangga di rumah.