Saturday, February 11, 2012

RESEPI RAINBOW KEK

Rainbow kek ni untuk pertama kalinya saya merasa kat birthday handsome boy si ariq, seriously saya sudah jatuh cinta dengan ini kek (pooorahhh, semua kek pun ko jatuh cinta, dasar suka makan, ahaha), ok, gelakkan diri sendiri dalam blog adalah bergaya okeh ;)







*gambar kek dari sumber google, tq *

Dari hari tu lagi saya dah teringin nak makan kek rainbow ni, so saya sudah keluar masuk hampir semua kedai kek kat area rumah ni, tapi nan hadooo. So cadangnya hari ni, lepas attend kenduri kahwin cousin Mr.R jap lagi, saya nak teruskan pencarian mencari sepotong rainbow kek demi anak tekak ku ini, sadis tak wehhh ?

 Siapa suka rainbow kek ? Gimme five, kita geng ehhhh :-)

Kalau tak jumpa juga, kena buat sendiri lah jawabnya, jom saya share resepi yang ada di www.myresepi.com, tq for the resepi :

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )
  1. 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  2. 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  3. 5 biji telur ayam (gred B)
  4. 250gm butter
  5. 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  6. Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  7. 2 sudu kecil esen vanilla
  8. 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  9. Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek
 Cara-cara


1.    Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.


2.    Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.


3.    Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata.   Masukkan juga susu + air.


4.    Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.


5.    Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.


6.    Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.


7.    Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.


8.    Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

4 comments:

POSH76 said...

I pun jatuh chentalaaaa nampak yummy!!

Shibam Jelita said...

posh : nanti gi beli ehhh, memang yummy

yayayuyu said...

saya suke gak kek nie kak..tempah online kak..ergg kalu ade jual slice2 cm nie nak gakkkk

Shibam Jelita said...

yuyee : sedap kan rainbow kek, yummy