Monday, March 19, 2012

RESEPI NASI AYAM YANG SANGATLAH MUDAH :)

Dah agak lama jugaklah tak masak nasi ayam kat rumah tu, asal hujung minggu je selalu nya tak de kat rumah, almaklumlah, anak-anak tengah membesar ni memang banyak aktiviti yang nak dilayankan. Bila ada peluang nak bersantai di rumah, boleh lah melayan permintaan dia orang, semua nya nak makan nasi ayam, dah lama mama tak masak kan nasi ayam, takde hal lah tu, masak nasi ayam lah paling senang sekali nak dibuat :)


Puas hati betul dapat masak sendiri, anak-anak nak berulang-ulang makan pun takde hal kan, makan lah sampai kenyang. Cara saya masak ni memang mudah sesangat, nanti korang boleh cuba ye, kalau ada yang dah terror masak tu, boleh lah share apa-apa yang patut ye :)

Cara-cara menyediakannya :

Bagi menyediakan sup ayam :-

3 ulas bawang putih (dihiris)
6 ulas bawang merah (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1 labu bawang besar kuning (dihiris)
3 - 4 kiub ayam Knorr (kalau brand lain pun boleh)
Garam secukup rasa
1 ekor ayam (potong ikut saiz yang dikehendaki)

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia tadi, bila dah garing, masukkan air mengikut seberapa banyak yang  diperlukan untuk memasak nasi nya nanti dan juga untuk kuah nya ye. Bila sudah mendidih, masukkan kiub ayam Knorr dan masukkan ayam dan letak lah garam secukup rasa. Ayam tu rebuskan sekejap sahaja sebab nanti nak di perapkan untuk di goreng.

Untuk menyediakan nasi nya pula :

Panaskan sedikit minyak, tumis 1 batang kulit kayu manis, 3 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah dengan sedikit minyak atau marjerin, bila dah garing masukkan beras yang sudah dibersih dan ditoskan terlebih dahulu, balik-balik kan beras dan boleh lah padamkan api. Masukkan air rebusan ayam tu mengikut sukatan biasa bila kita memasak nasi putih dan tanak lah seperti biasa menggunakan periuk nasi kita tu.

Sediakan lah sayur salad, timun dan tomato. Untuk kicap tu saya cuma campurkan kicap pekat pada kuah sup yang sedia ada dan untuk kuah cili tu pula, blendkan 5-6 batang cili merah, seulas bawang putih dan didihkan sekejap, letak lah sekeping asam keping dan sedikit garam, kalau nak letak gula sikit pun boleh, kalau ada yang suka pekat boleh lah letak kan bancuhan tepung jagung ye.

Ayam yang dah direbus sekejap tadi tu saya perapkan dengan sos tiram dan gorenglah seperti biasa, tapi kali ni saya buat dua jenis ayam, yang digoreng dan yang direbus, dua-dua pun sedap.

Nampak macam panjang jer aturan memasaknya kan, tapi percayalah, ianya teramatlah mudah, selamat mencuba ye :)


9 comments:

adarnadzmie said...

sedapnyer kak... :)
betul tu msk nasi ayam ni memang mudah cerita... tak yah beria buat lauk lain...layan lauk ayam tu jer...hehe..semua org suka...:)

POSH76 said...

minta izin nanti nakbuatlaa.....mesti shedap ni!!

Shibam Jelita said...

nomi : memang mudah dan yang penting, sodap

posh : ehhh sila sila lah cuba ye, pastu tepek dalam blog ehhhh

hidayah said...

wahhh..
harus cuba nih..

nanti bila dah cuba saya letak kat blog saya resepi dapat dari sini yek..
:)

intan morsalin said...

mmg senang n sedap...tapau sket bleh?

Shibam Jelita said...

hidayah : dipersilakan cuba :))

intan : boleh, satu bungkus 5 hengget jer, hiahiahia

hafizzah said...

saya mohon copy kak sbb malas nk tulis...ingat nak masak utk berbuka karang...terima kasih ye.

izhar81 said...

Sorry saya tergoogle ke sini..(bukan asal KL dan jarang turun KL) Namus saya carik Kedai Nasi Ayam.. Nama dia Restoran Eka Shogi kalau tak silap... dekat Mall lama area Ampang Park (tapi bukan dalam ampang Park) tapi kat opposite Ampang Park building next ti Citibank tu... ada lagi ker Restorantu kat situ...? Dan kalau dah berpindah.. kat mana dia berpindah eh? Dulu selalu ikut brader opis ni gi Citibank.. lar nie dah 6 - 7 tahun tak pergi.. saya plak bukan jenis suka merayap kat town cam KL tu... kang cari cari kedai dah tutup.. nyesal plak..

FLORENCE MARIANAH said...

Lama dah cari resepi ni skarang bru jumpa,mohon d copy resepinya nak cuba bgi anak2 mkn,thank's dgn empunya resepi...