Tuesday, January 31, 2012

ADI PUTRA & ISTERI, AARON AZIZ & ISTERI

Weeeeeee, bertuah lah dua orang wanita yang menjadi suri dalam hidup kedua-dua orang hero handsome kebabomm pujaan anak gadis, mak gadis mahupun nenek gadis, muahaha.


Bahagia sungguh kan, semoga mereka berdua akan dikurniakan cahayamata :)


Ini gambar aaron di samping wife dan salah seorang anak dia. Setakat ni aaron baru ada 3 orang anak, after this produce lah lagi ye aaron, mesti yang keluar tu comel-comel macam mom & dad dia orang :)

Kedua-dua gambar ehsan dari FB : Kami Peminat Setia Aaron Aziz & Adi Putra, sila lah like beramai-ramai ye.

Siapa tak minat dia orang takpe lah, biasalah tu kan, tapi siapa kata dia orang berdua ni tak handsome, adalah tidak normal hokey, miahaha


Monday, January 30, 2012

RESEPI SERAWA @ KUAH DURIAN

Hari tu dah makan kuah durian dan pulut kat rumah mak mertua, selang seminggu macam tu, Mr.R dok request nak kuah durian lagi, isteri mithali lagi baik hati macam saya ni mana pernah tak melayan kehendak suami kan kan kan, maka nya saya buatkan, tapi kali ni, saya buatkan kuah durian dan lempeng pulak. Masa mula-mula kahwin dulu, saya rasa apasal pelik nau family mertua saya ni, dia orang suka sangat makan durian dengan berkuah bagai, lepas dah cuba sekali dua, terus saya pun tersuka :)

Bahan-bahan nak buat kuah durian ye, ada santan, ada durian, ada daun pandan, ada gula melaka dan sedikit gula pasir ye. Senang sangat nak membuatnya, campurkan santan, gula melaka, sedikit gula pasir dan daun pandan serta durian dan masak dengan api yang sederhana besar, kacau sebati, kalau rasa pekat sangat boleh tambahkan air sedikit. Jika suka, durian pun boleh dibuang biji terlebih dahulu dan gula melaka pun boleh dicairkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan, ia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan proses memasak tu nanti.

Kita orang memang suka makan kuah durian yang pekat-pekat, baru lah sedap.



Ehem ehem, macam biasa, pinggan Mr.R ye, kalau pinggan acik, harus 2 keping terus, muahaha.


Friday, January 27, 2012

SIAPA KATA YANG BESAR MESTI MENGALAH ?

Bagus lah kalau anak-anak korang yang dah besar panjang tu pandai beralah dengan adik beradik yang lain, anak-anak saya so far, memang semuanya tak praktikkan bab kalah-mengalah ni, baik yang besar, apatah lagi yang kecik. Nasib baik, dia orang ni kalau dalam bab pelajaran atau yang lain-lain nak mendengar kata, tapi bila bab bergurau mahupun bergaduh-gaduh manja ni, memang tak akan ada yang nak mengalah !


So apa yang saya selalu buat bila dia orang ada je benda yang nak digaduhkan especially bila hujung minggu di rumah tu ialah, saya akan tengok je, tak berdehek, tak berdehok, apatah lagi nak merotan bagai, saya tengok atau dalam erti kata lain, saya buat tak tahu aje, tunggu sampai ada yang jadi pemenang dan tentunya yang kalah akan menangis, melalak dan yang sewaktu dengannya :) Ni macam dalam gambar ni lah, sebok saya dan Mr.R mengecat, merombak bilik masing-masing, sebok dia orang nak bergumpal, punca asal kejadian, tu hahhhh, nak merebut tuala. Korang ingat saya nak masuk campur, hrmmm, memang tak laaaa, saya dok je kat depan pintu tu dan snap gambar, ahaha.

Oh ye, ni jugak salah satu sebab acik korang tak kurus-kurus walaupun anak-anak memacam ragam, acik selalu take it easy jewwww :)


Thursday, January 26, 2012

KARIPAP GULUNG-GULUNG

Isk, apa pasal budak-budak tadika sekarang suka eksyen dengan bekal dia orang ehhhh ? Dulu masa saya kecik-kecik, tak de pun perasaan riak nak tunjuk bekal. Bebudak sekarang bukan main lagi ye, mama saya buat ni, mama saya buat tu, dapat kat mama yang gigih macam acik ni takpe lah, ehem ehem (sambil tengok cermin kat tepi desktop ni), saya layan kan jugak kehendak anak tu (yang sebenarnya dah pergi kat makcik jual kuih tu, tapi si Mimi ni cakap, takde satu kuih pun yang sama macam kawan dia bawak tu). Hasil dari sesi pembentangan kertas kerja dengan Mimi, maka terhasil lah kuih seperti di bawah, I name it as Karipap Gulung Gulung, ahaha.

Saya buatkan inti sardin, sebab Mimi cakap, kawan dia punya kuih dalam tu yang macam sandwich tu mama, ok, sardin lah tu namanya kan, bila saya dah buatkan karipap macam biasa tu, dia kata bukan macam tu, siap dia amik kain tuala kecik dia kat saya, hah kuih dia gulung-gulung macam ni. Macam-macam lah ko ni Mimi. At last, saya canaikan je doh karipap tu, pastu gulung kan macam tu dan tunjuk kat dia, baru dia puas hati ok, hahhhhhhhh, macam ni lah kuih yang saya nak tu, eiiiiiiiiii, bersabar je lah, kata nak jadi ibu mithali :)

Biarlah Karipap Gulung Gulung ni tak menyelerakan di mata engkau orang semua. Yang paling penting ianya menjadi kebanggaan anak acik untuk di bawa ke sekolah lalu eksyen balik kat kawan dia dan acik harap dialog dia akan jadi macam ni : Mama saya pun pandai buat kuih gulung-gulung macam mama awak :)


Wednesday, January 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : EDISI MELAYAN TEKAK

Ada ke yang menyambung-nyambung cuti lagi hari ni ? Kelas kau jaaaahhh :)


Nak makan ni kena sorok-sorok tau, bila line clear baru boleh ngap. Bukannya apa, saya tak sanggup dengar syarahan Mr.R bila nampak anak-anak dia makan, bini dia dah tak boleh ditolong dah, dia biarkan aje, ahaha.

Korang suka jajan ?


Monday, January 23, 2012

CUTI-CUTI JE MESTI NAK KE SANA SINI KE ?

Seronok kan, dari hari Sabtu tu cuti, total semuanya 4 hari lah cuti. Perghhh, memang best, macam-macam lah agenda korang ye. Bagus, selamat berjalan-jalan ye. Macam biasa, acik korang memang takde plan nak melancong ke melencong ke time cuti panjang macam ni, for sure semua tempat pun sesak, bila lah penyakit tak suka jalan jam, tak suka orang ramai-ramai ni akan pulih, ke memang takde peluang nak pulih, bak kata Mr.R, itu penyakit azali, ahaha. Takpe lah, korang pergi lah bersesak-sesak kat jalan raya tu ye, acik pergi jenjalan yang dekat-dekat dengan rumah je :)

Macam last year lah, saya pilih tarikh-tarikh dan masa yang tak bersangkut paut dengan cuti panjang mahupun cuti sekolah untuk berjalan-jalan. Kalau musim cuti sekolah hujung tahun pun, for sure akan bercuti masa first week tu, definetely tak sesesak semasa pertengahan cuti or di hujung-hujung cuti sekolah, yeahhh, that's me :) Mr.R dah paham sesangat, anak-anak lagi lah takde masalah, dah memang terdidik macam tu kan kan kan.

Ok, now nak siapkan kerja-kerja rumah dulu, pastu baru nak keluar :)


Friday, January 20, 2012

64646 DI USIA 8 TAHUN

Hari ni, kancil kesayangan saya sambut birthday dia yang ke 8 tahun. Baik dia ni, sopan sangat, tak banyak karenah, tak pernah pun bagi masalah pada saya.


Sayangggggg dia, setiap hari dapat berkhidmat untuk saya, kesian dia tau, dari dulu sampai sekarang tak pernah dia merasa ringan nak membawa tuan dia ni, maintain je keberatan kat bahagian pemandu tu, ahaha.

Sudah 8 tahun bersama, tak mustahil akan tetap bersama untuk tahun-tahun seterusnya !

Thursday, January 19, 2012

NUGET SERI MURNI

Bila musim persekolahan dah start balik je, mesti freezer saya dah macam supermarket, macam-macam ada, kali ni saya nak cuba nuget seri murni ni pulak, sebelum ni dah cuba yang biasa, now nak rasa yang ada black pepper. Ok, yang ni pun sedap, so next time boleh beli lagi :)


Memang betul tu, tak elok bagi anak-anak makan fast food ni selalu. Saya selalu pelbagaikan sarapan atau bekalan dia orang, tapi dalam seminggu tu, memang terselit jugak lah menu fast food ni, at least saya serve seminggu sekali instead of setiap hari, tapi kalau korang dapat amalkan sebulan sekali lagi bagus wehhh.

Wednesday, January 18, 2012

YEWWW, KETE BABAH ADA CICAK BESARRR

Biasalah tu, setiap anak-anak ni, daya kekreatifan (ehhh, wujud ke ayat ni wehhh) dia berbeza dan tersendiri, tapi jangan lupa, mama dia orang lagi kreatif, sebab tu dapat anak-anak semuanya kreatif, ahaha (saya sorang je paham kenapa saya gelak, korang tak nak gelak bersama-sama pun takpe, saya tak berkecil hati).

Ni hah, si budak Hakeem bertuah lagi bijak bistari ni, kalau dalam kereta memang tak pernah duduk diam, saya dah babab-babab kan pun, dia tak makan saman, takkan memanjang nak pegang rotan pulak dalam kereta tu, dah serupa macam pendera anak lak nanti, so pikir punya pikir, moh kita cuba cara ini, setakat ini memang berkesan, besok-besok kalau dah tak takut, saya akan pikirkan, menatang apa pulak nak letak kat situ, ahaha.



Sekali dua ekor saya belikan cicak besar ni, ikutkan hati nak beli lagi banyak, boleh siap gantung-gantung lagi dalam kereta tu, tapi cukuplah dua ekor tu dulu, lain bulan, kita beli lagi ehhhh. Sekarang ni, babah dia boleh bawak kereta dengan aman, kalau tak tu, memanjang nak duduk ke depan, pastu ke tengah, pastu ke belakang, pastu ke bonet, sikit lagi nak ke dashboard depan tu.

Sekian, coretan dari mama yang kreatif :)

Tuesday, January 17, 2012

RESEPI CUCUR UDANG

Di suatu petang yang tak berapa nak hening, perut saya dah mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat comel, krukk krukkk cam tu lah bunyi dia wehhhh, lalu turunlah saya ke kafe opis yang menyediakan pelbagai juadah untuk orang yang bukan kuat makan ye tetapi untuk orang yang suka makan seperti saya. Jengok punya jengok, saya terberkenan dengan cucur udang yang dijual, so saya belilah dan pulang ke opis dengan hati yang girang dan gembira.

Pastu weekend nya plan nak buat cucur udang jugaklah untuk breakfast, so saya pun pergilah cari bahan-bahan nak membuatnya, entah apa ke hal nya hari tu, kat kedai di area rumah saya kesemuanya kehabisan daun kucai, tapi sebab saya dah nak buat sangat, takde daun kucai pun no hal, saya boh taugeh dengan bawang besar pun boleh jewww, jangan lah sesuka hati jadikan alasan ketiadaan daun kucai untuk cancel buat cucur udang ehhhhh.



Tu dia aihhhhh, ada tepung gandum, ada serbuk kunyit, ada bawang besar yang dipotong dadu, ada taugeh dan ada udang. Pastu jangan lupa boh garam naaaaaaaa !










Saya suka bancuh cair-cair sikit untuk buat cucur udang sebab saya nak feeling-feeling gunting cucur udang tu, alaaaaaa, nak feeling-feeling macam orang meniaga cucur udang lah wehhhhh.

Tu diaaaaaaaaa ! Saya gorengkan seketul besar-besar macam tu dalam kuali. Korang nak goreng comel-comel pun boleh jewwwww.

Taraaaaaaaaa ! Siap sudah cucur udang saya, ehhhhhh, kalau korang rajin kan, buat kuah cili tu lagi sedap wehhh, tapi saya tak koser, saya cicah dengan sos cili jewww.

Kesimpulannya, makanan dan juadah apa pun, kalau kita buat sendiri lagi best kan kan kan :)


Monday, January 16, 2012

YUSRY & LISA NAK BERNIKAH. GO AHEAD, KAK SHIBAM MERESTUI KALIAN, AHAHA

Saya adalah manusia yang tergolong dalam golongan manusia-manusia yang suka mengambil tahu mengenai dunia hiburan, kat blog sendiri pun banyak dah link untuk blog yang berunsurkan dunia hiburan, tu belum bab menonton rancangan-rancangan yang berfaedah di hujung minggu tu. Ehhhh tapi kan, saya ni kan, baca dan tengok TV je rajin, pastu nak kondem ke, nak itu ke, nak ini ke, amatlah tak koser ye, ianya lebih untuk pengetahuan am diri sendiri je.


Alolo, so sweet dia orang berdua ni, saya tak tahu kenapa saya suka sangat tengok Yusry & Lisa ni, tak tahulah kat mata korang macam mana, tapi kat mata saya, dia orang ni sangat sepadan, cara Yusry pandang Lisa, cara dia orang bergambar dalam majalah or suratkhabar sebelum ni sangat menampakkan dia orang saling sayang menyayang.

To Yusry & Lisa : (walaupunkorangtakbacaakaknaktulisjugakucapanniuntukkorang) : Selamat bernikah dan menempuh alam perkahwinan dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel macam anak-anak kak Shibam !

Friday, January 13, 2012

JAMBU AIR NI JAMBU WAKAF

Ehhhh, ada ke yang tak tahu maksud wakaf, meh acik bagitahu maksud wakaf mengikut kamus Dewan, wakaf : diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah). Pokok jambu ni milik jiran mak abah saya yang berselang 2 rumah je, pokok nya pulak memang dia orang tanam kat depan rumah, so setiap kali lalu, memang akan nampak pokok jambu ni.

Tuan rumah tu memang wakaf kan pokok ni, sesiapa yang lalu lalang kat depan jalan atau kat lorong situ yang ternampak dan terasa nak makan, sila-sila lah mengambilnya, daripada di biar busuk tak termakan macam tu je, lebih baik bersedekah kat orang lain kan kan kan. Tapi memang ye lah, pokok ni berbuah je kerjanya. Dulu kawan-kawan saya dari tempat kerja lama siap bawak plastik masing-masing, pakat kait buah ramai-ramai, pastu kita orang makan masa rehat, ada pulak akak tu siapkan cili kicap macam ni, perghhhhh, memang sodap.

Hari tu teringin nak makan, suruh abah saya tolong kaitkan, dapat lah banyak jugak, bagi-bagikan kat budak yang lalu lalang kat situ dan selebihnya saya bawak lah balik. Satu lagi, buah ni rasa dia manis dan tak berulat, memang buah dia kebanyakannya elok-elok, berkat wakaf kan kan kan. So sesiapa nak buah jambu manis ni, meh datang kat sini meh, tu tengah lebat berbuah tu :)


Thursday, January 12, 2012

BIASA LAH, ORANG POFOYOFO MEMANG MACAM NI

Salah satu aksesori yang ada kat atas meja saya. Ada berus gigi, ada ubat gigi, ada minyak gamat and ada bam pala, hihihi. Korang ada ?


Dulu saya letak je ubat gigi dan berus gigi tu kat toilet, senang lah, lepas lunch je boleh terus ke toilet and boleh gosok gigi bersih-bersih, akan tetapi selepas satu kejadian dimana satu hari tu, ubat gigi saya tiada di tempat asalnya, puas saya tanya situ, tanya sini, takde pulak yang nak mengaku guna ke, terambil ke apa, terus saya ambil keputusan, waaaaaa, ambil keputusan kata ko, pasal ubat gigi dengan berus gigi pun boleh keluar ayat ambil keputusan, kelas ko bammm, ahaha, ok sambung, ambil keputusan nak letak kat atas meja je, bila nak gosok gigi, baru saya bawak masuk ke toilet.

Saya memang suka dengan minyak gamat, entahlah ehhhh, saya rasa minyak gamat ni memang betul-betul magic. Ada sekali tu saya tergunting hujung jari saya, rabun dah tahap kritikal, sampaikan jari sendiri pun nak tergunting, so masa tu darah meleleh leleh ko, apa lagi, terus zasssssss capai minyak gamat yang memang ada stok kat rumah tu, titiskan kat tempat luka tu, terus darah saya berhenti mengalir, hebat kan kan kan, so lepas ni boleh lah gunting-gunting jari lagi, ehhhhhh ! Malang tak berbau kata nya kan, so saya memang spare satu botol kat opis ni, nanti kalau ada kawan-kawan opis yang tergunting diri masing-masing, boleh lah saya bagi bantuan kecemasan !

Bam pala tu lagi best, sedap betul bau dia, bila letak terus terasa-rasa macam tengah makan buah pala yang dibeli direct dari Penang, ahaha. Tu pulak kegunaan saya kalau pening-pening lalat ke, sakit perut tetiba ke, dan macam-macam ke lagi lah.

Sekian, dari saya yang pofoyofo.

Wednesday, January 11, 2012

ISKKK ... BILA BUAT MUKA CENGGINI... TERUS TAK JADI NAK MARAH

Next month genap lah budak Hakeem ni 2 tahun, waaaaa cepatnya masa berlalu (giler klise, selalu sangat dengar statement macam ni), ok, kita tukar jadi macam ni : waaaaaaa dah 2 tahun pun, mama ko tetap nampak macam tu jugak (biarlah takde kena mengena, janji tukar statement, ahaha)


Ni baru lepas mandi, baru je saya pakaikan baju, pakaikan seluar, sikatkan rambut, tempekkan bedak, tak sampai 5 minit dah jadi rupa cenggini. Satu hari mesti kena tukar baju 4 - 5 kali, memang terbaikkkk ! Bila saya suruh dia keluar dari bawah meja tu, dia bukan nya melawan balik dengan melalak ke, marah saya balik ke, dia terus buat muka macam ni, eiiiiiiiiiii, dari saya nak marah terus terkekek kekek menengok muka bajet comel dia, ehhh sebijik cam babah ko, suka bajet comel, ehhhhh, ahaha.

Kalau kat rumah macam ni lah, satu hari tak tahu berapa kali kena sapu lantai, berapa kali kena mop lantai, selagi tak malam, selagi tu lah bersedia dengan penyapu dan kayu mop. Hari tu saya mengadu manjew manjew dengan Mr.R :

saya : yanggggg, saya ni kan, satu hari entah berapa kali menyapu, mengemop, tapi tak kurus-kurus jugak
mr. r : ok lah tu yang, kalau you tak selalu sapu, mengemop macam ni, entah-entah nak masuk pintu kancil tu pun tak muat lagi dah
saya : gilerpunyaberpikiranpositipmacamnipunbolehahahaha

mood : redho itu ikhlas, pasrah itu menyerah

Tuesday, January 10, 2012

KAK LONG... ANGAH & MIMI

Ni masa first day hari persekolahan dia orang tempohari. Alhamdulillah, semua bersemangat dan happy nak pergi school, seriously, saya adalah takut kalau berhadapan dengan anak-anak yang bermasalah untuk bangun pagi dan ke sekolah. Allah S.W.T maha kaya lagi maha mengetahui, dia tahu mama dia orang ni mempunyai tahap kesabaran yang senipis kulit bawang, maka nya, semua anak-anak saya tak pernah bermasalah untuk ke sekolah, syukur alhamdulillah.

Kesemua anak-anak saya bersekolah dari seawal usia 4 tahun, seingat saya lah, kalau ada yang merengek pun just untuk sehari dua persekolahan je, bila saya explain, semua beres, belum pernah ada lagi adegan meraung mahupun adegan tarik menarik baju mama atau babah di sekolah, hopefully Hakeem pun nanti tak bermasalah untuk ke sekolah.


So far, memang saya dan Mr.R tak pernah bertunggu tangga kat tadika mahupun masa dia orang masuk darjah 1 dulu. Apa yang kita orang praktikkan untuk hari pertama persekolahan dia orang dulu, hantar dia orang masuk sampai ke dalam kawasan sekolah, tengok dia orang letak beg dan bye-bye. Masa rehat pulak, just tengok dari jauh je, kalau ada yang tak kena, masa balik tu nanti baru kita orang explain, memang dia orang tak akan nampak kelibat kita orang kat sekolah tu. Bab nak masuk tandas pulak lagi best, saya dah siap-siap bagi latihan amali kat rumah, cara bukak seluar, pakai seluar, cara basuh and so on, so bila dah pergi sekolah tu, pandai-pandai sendiri lah nak ke toilet tu.

Duit belanja pulak saya memang siapkan duit syiling 50 sen dan 20 sen tu, hari pertama lagi saya dah buat survey harga makanan kat kantin, so kalau nasi lemak saya cakap bagi 2 keping duit 50 sen ni, kalau beli roti, bagi duit 50 sen ni sekeping, percayalah, lepas 2,3 hari dia orang memang akan pandai dah guna duit kat kantin tu. Lepas beberapa bulan, baru saya bagi duit kertas kat dia orang sebab nanti dia orang akan complain yang purse or wallet dia orang berat, hihi.

Untuk pergi dan balik sekolah, saya dan Mr.R seboleh sedaya upaya akan cuba hantar dan fetch dia orang, saya rasa lebih selamat pergi dan balik dari sekolah dengan parents sendiri, biar lah saya tak boleh keluar makan dengan kawan-kawan pun takpe, janji keselamatan anak-anak saya terjamin.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 9, 2012

RESEPI SPAGHETTI GORENG

Asyik buat spaghetti bolognese dengan carbonara je, kali ni saya nak try goreng pulak. Macam biasa, bahan-bahan ikut sukahati saya lah ye.


Bahan-bahan saya terdiri seperti berikut :

10 - 15 ekor udang
1/2 paket spaghetti yang sudah siap sedia dicelur terlebih dahulu
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
6 biji button mushroom yang dibelah 4
1 batang daun celery
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning
Serbuk black pepper
4 sudu besar minyak zaitun

Cara -cara nya :

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar kuning yang dipotong dadu dan bawang putih, tumis sehingga garing dan naik bau nya, masukkan udang dan biarkan udang agak masak dan masukkan button mushroom dan capsicum, campurkan sedikit garam dan masukkan serbuk black pepper dan boleh tambah sedikit air jika perlu, akhir sekali, masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidangkan. 

Ini lah rupa spaghetti yang saya dah siap goreng, memang meriah dengan bahan-bahan yang ada tu. Kalau korang ada bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk ditambah pun boleh. Rasa nya memang sedap.  Selamat mencuba.


Friday, January 6, 2012

RESEPI JUS MANGGA

Siapa biasa ke Jalan Tuanku Abdul Rahman mesti familiar dengan Restoran Insaf yang sangat popular dengan nasi beriani dan jus mangga nya. Pastu, bila dah dapat bil, memang terus kita akan rasa insaf, ahaha, Kali ni tekak saya feeling-feeling nak minum jus mangga ala-ala Restoran Insaf. Gigih beli mangga nak dibuat air, beli yang memang dah masak ranum tu, baru sesuai untuk diblend.


Jom nengok saya buat jus mangga syok sendiri ni. Dah potong isi mangga tu, saya bubuh lah gula ikut suka. Korang nak blend buah je dulu pun boleh, pastu buat air gula dan adjust lah lepas tu.


Saya suka buat pekat-pekat dan manis, tambah air je nanti.


Siap ! Nak bagi lagi sedap lah konon, sesuka hati tambah aiskrim, perghhhhh memang marvellous, boleh menangis tukang bancuh air kat Restoran Insaf tu kalau dia rasa, ahaha.


Thursday, January 5, 2012

MAKGIRL & GEGIRLS

Hari tu bawak Mimi & kak long singgah kat kedai kek sarawak, very the kebetulan, budak yang menjaga kedai tu pulak very the k pop look, so kak long yang memang dah jatuh cinta dengan k pop, tersenyum-senyum je nengok mamat ensem tu, kira ok lah kan, budak umur 15 tahun ada perasaan lagu tu, yang tak tahan si budak 6 tahun ni lah, eiiiii, boleh tahan feeling-feeling dia tu ! Dulu masa MakGirl umur 6 tahun, apa pun tak gheti tau.


Elok keluar je dari kedai kek tu, gegirls & MakGirl terus pot pet pot pet

kak long : eiiiii, cute nya budak tu mama, very the k pop look

mama : ahah, so trendy dia punya hair cut & dressing kan

tiba-tiba :

mimi : mama abang tu handsomeeeeeee sangatttttt, hati mimi ada love love bila tengok abang tuu

mama : yewwwww, hati ada love-love tu apa

mimi : alaaaaa, ada love-love tu maksudnya suka lah, itu pun tak tahuuuuuuuuuuuuu

kak long : ya ALLAH, ya TUHAN, apsal ko ni pandai sangat mimi

mama : gulp gulp (telan air liur)

Haaaaa amik ! Tanjat MakGirl tau, anak bertuah ni baru nak masuk 6 tahun dah pandai feeling love love.  Semoga MakGirl akan terus diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan membesarkan anak-anak bijak di zaman moden ini, AMIN.

Wednesday, January 4, 2012

RESEPI NASI GORENG DAGING

Mr.R selalu bagi compliment kat saya : Yanggg, you memang best, selalu gunapakai apa je yang ada dalam fridge tu selagi boleh. Ye betulllllll ! Membazir not good kengkawan, itu adalah salah satu sifat syaiton nirrojimmm.
  Kali ni saya nak buat nasi goreng sebab ada nasi berlebih, jengok dalam fridge, adalah daging dalam seketul dua, cili hidup sebatang dua dan telur sebiji dua, wahhhh semua dah tinggal hujung-hujung je, sebelum pergi supermarket nak penuhkan fridge, moh kita kosongkan betul-betul fridge tu. Biasalah kan, kalau memasak dengan ikhlas dan sepenuh jiwa raga dengan niat untuk mengenyangkan perut family, insyaALLAH, the outcome will be marvellous. Dari segala yang tak cukup bahan akan menjadi sedap di anak tekak masing-masing.

 Ni cara saya masak nasi goreng daging dengan bahan-bahan yang ada :

3 cawan nasi putih
Daging di potong sekecik yang boleh supaya mudah empuk
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar kuning (hiris / potong dadu)
Cili hidup di tumbuk
Daun bawang di potong
Telur

Mula-mula tu panaskan minyak, tumiskan semua bawang-bawang hingga naik bau, masukkan daging dan lepas daging dah empuk sikit, masukkan cili, dah cukup garing, masukkan garam dan pecahkan telur, kacau-kacau, dah okay, baru masukkan nasi bersama-sama daun bawang. Dah siap. Hidangkan dan jangan lupa bancuh milo atau teh o, barulah sedap.


Tuesday, January 3, 2012

APAAAAAA ! DAH MASUK TAHUN 2012

Youuuuuuu, dah masuk 2012 ke, ish ish ish, I baru je rasa macam dilahirkan semalam, tup tup dah tahun 2012 youuuuu, kelakar tak kelakar tak, ok fineeeee, tak kelakar ! Anyway, selamat tahun baru semua. Amacam hari ni, ramai ke yang bercuti untuk menguruskan anak-anak yang masuk Tahun 1 ? Saya tahun ni relax lagi, Mimi next year baru masuk Tahun 1, esok saya uruskan Mimi untuk ke tadika baru dia aje, pastu terus masuk kerja, tahun ni Mimi dah 6 tahun pun dan dia dah bersekolah tadika untuk tahun ketiga, so, langsung takde masalah, saya akan hantar dan terus say bye-bye.

Untuk tahun 2012 ni, kak long dah form 3 dan angah pulak standard 6, makanya tahun ni dua-dua anak bertuah saya ni ada peperiksaan PMR & UPSR, yabedabedu (buat-buat suka bolehhhh) ? Takmo stress-stress sebab anak-anak nak amik periksa, stress akan menambah kedutan di muka dan menambah lapisan lemak di perut, ahaha. Percayalah, saya adalah seorang mama yang sangat fleksibel, yang penting kita nampak usaha dan kesungguhan dia orang, selebihnya kita serahkan pada yang berkuasa. Kalau anak-anak tak dengar kata je  saya bertukarrrrrrrr menjadi harimau jadian, aummmmmmmmm (takut tak saya mengaum) ?

Korang ada azam ke ? Saya bab azam ni slow sikit, nak pulak kalau azam nak menguruskan badan, memang failed memanjang, entah bila nak insaf, tak tahulah labuuuuuuuuu ! Saya ni manusia yang lebih suka hadapi apa je yang mendatang, kurang dalam bab nak merancang itu ini, tak suka juga pada benda last minute tapi pandai-pandailah saya adjust sesuatu perkara tu bila ianya berlaku, percayalah, saya memang dikurniakan bakat menyelesaikan masalah, ko cakap je lah apa pun masalah tu, nescaya saya boleh bagi pendapat untuk menyelesaikannya, ahaha (apa motif gelak pun saya tak tahu)

Apa lagi nak bebel ni, cukup lah bebelan untuk entry di tahun baru 2012 ni. Jumpa lagi, daaaaaaa !