Untuk mendoakan sesuatu yang baik tu takde limit kan, kita boleh berdoa apa sahaja dengan Allah S.W.T kan, maka tajuk tu adalah doa saya dan citernya adalah seperti berikut :-
Semenjak angah dah dalam darjah 6 ni, dia rajin nak bawa bekalan makanan ke sekolah, kalau dulu sampai kena paksa suruh bawa bekal, but this year, alhamdulillah, setiap hari, dia yang request dulu nak bawa bekalan. Sebelum tu, angah pernah citer kat saya, mama, saya kasihan lah dengan kawan saya tu, hari-hari bawak roti dengan jem je, sampai angah tengok pun jemu. Takpe lah, saya pikir positif je, mungkin memang dah kegemaran dia roti dengan jem, so itu lah yang mama dia bekalkan everyday untuk dia.
Pastu kan, angah ada citer jugak, kawan dia selalu cakap, apa yang saya bekalkan tu sedaplah, itu lah, ini lah, padahal menu breakfast saya tu biasa-biasa aje, cuma saya memang akan pelbagaikan bekalan anak-anak dalam seminggu tu lah. Kawan angah citer lagi, selalu nya bibik dia je yang masak kat rumah tu, mama dia tak pernah masak, ermmm, saya cakap kat angah, takpe lah angah, mungkin mama dia sebok, tak sempat, takpe, nanti bawak bekal lebih setiap hari, makan dengan kawan tu ye, so itulah rutin setiap hari dia, bawak bekal lebih dan makan dengan kawan dia yang sorang ni.
Suatu hari tu, dia orang ada aktiviti kat sekolah dan sepatutnya aktiviti tu habis lewat, tapi ada cikgu yang terpaksa membatalkan aktiviti tu, so dia orang boleh balik lebih awal, angah call saya dari school suruh fetch dia, so bila saya sampai kat bus stop tu, angah cakap pulak yang kawan dia ni nak tumpang sama, so saya tanya dia, selalu nya siapa fetch dia, dia cakap driver yang selalu fetch dia, so saya mintak dia no handphone driver dia and called the driver tak payah fetch budak tu, saya akan hantarkan dia balik rumah, kesian pulak tengok dia beriya-iya nak balik dengan angah. Agaknya dia nak merasa naik kereta kancil, ahaha.
On the way nak balik ke rumah dia tu, saya berborak lah dengan dia, dipendekkan citer, dia berdua beradik je dan memang dah terbiasa dengan makanan yang disediakan oleh bibik and kesimpulannya mama dia orang memang sibuk dan takde kesempatan nak masuk ke dapur. Kawan angah ni anak orang berada wehh, siap ada guard kat rumah, merasa lah kancil saya masuk dalam sebab nak turunkan dia kat depan pintu kan, rumah dia besar giler wehh, ada swimming pool, garden cantik giler, ahahah, gayat acik. Rezeki masing-masing kan.
Macam ni lah ye kawan-kawan, kawan angah tu ada rumah besar, anak orang berada tapi dia tak berpeluang untuk merasa air tangan mama dia sendiri, anak saya pulak, dilahirkan dalam keluarga sederhana, ada mama yang rajin (ehem ehem) yang selalu menyediakan kelengkapan untuk anak-anak, itu lah perbezaanya, dia berlebih di situ tapi terkurang di sini, saya terkurang di sini tapi berlebih di situ, syukur alhamdulillah.
Saya doakan mama dia berubah untuk terbuka hati menyediakan kelengkapan anak-anaknya, walaupun tak semua, at least sedikit masa diperuntukkan untuk anak-anak merasa air tangan mama dia orang sendiri. Amin :)