Monday, April 30, 2012

MEH ORDER, CAKAP JE NAK MAKAN APA :)

Wuhuuuu, ini lah antara kejadian bilamana sang bapa tidak ada dirumah kerana menghadiri kelas nya, petang-petang nanti jer lah mama awak ni masuk ke dapur. Untuk lunch, moh anak-anak, jom kita order apa jer yang nak dimakan :))


Burp alhamdulillah, memang domino's pizza yang menjadi kegemaran. Banana kaya tu adalah favourite Mimi, dia boleh habiskan tu sengsorang dia jer :)

Ramai yang bercuti hari ni kan, untung laaaaaaa, saya jugak yang jadi mak guard kat office :)


Friday, April 27, 2012

BIAR LAH ........ NESCAYA SAYA AKAN OKAY :)

Saya memang suka memotivasikan diri saya sendiri, kalau tak buat macam ni, nanti jiwa dan hati rasa tak tenang, so saya kena pandai mencipta situasi yang akan menenangkan jiwa dan raga saya ni. Sentiasa kena jaga hati sendiri tau sebab mana ada orang lain yang nak jaga hati suci murni kita ni.

Ni antara contoh-contoh bilamana saya memotivasikan diri saya sendiri, let's check it out, ahaha :

biarlah pakai kancil yang dah 8 tahun tu, dah habis  hutang nya pun dari nak buat hutang beli kereta baru
(ni nak sedapkan hati tengok macam-macam kereta baru yang ada sekarang ni)

biarlah tembam janji muka saya sweet, ahaha
(bila nampak orang yang kurus, slim melim badannya, auwww)

biarlah masak simple 1, 2 lauk jer janji saya masak sendiri
(ramai kawan-kawan yang tak payah masak, makan kat luar, so, i is jealous, ahaha)

biarlah berjawatan rendah, janji saya lagi kreatif dan bijak dari yang berjawatan tinggi dan bergaji besar tu
(sebab tak dapat duduk dalam bilik dan ada parking sendiri macam dia orang, ahaha)

biarlah pakai baju tak berjenama janji baju murah-murah saya ni cantik
(sebab belum mampu nak masuk butik laaaa)

biarlah orang lain tipu duit deposit rumah sewa saya, janji rumah saya lagi banyak dari rumah dia, ehhhhh !!
(sedih wehhh sedih)

ada banyak lagi lah, yang penting memang bersesuaian dengan situasi semasa itu :))

Thursday, April 26, 2012

PERMINTAAN SUAMI

Ehhh hari ni hari Khamis, waaahhh very the sesuai ada permintaan suami, muahaha. My suami memang pencinta kek, Mr.R tak suka kek yang creamy dan macam-macam perisa tu, Mr.R suka kek yang plain aje, so bila saya buat kek yang fancy-fancy sikit, mesti dia tak sentuh pun, tengok gitu-gitu jer, cuba saya buat kek pisang ke, marble ke dan yang terpaling dia suka adalah kek butter, hahhh yang macam ni dia boleh settlekan seloyang tu sendirian berhad, siap bawak bekal pergi office lagi.

Tak payah lah bersusah payah nak impress kan dia dengan red velvet ke, rainbow ke, tiramisu ke, semua dia pandang sepi je nanti, bila di fikir-fikir balik, senang lah saya kan, buat kan yang simple-simple jer untuk dia, tekak orang tua memang macam tu kot, ahaha.


Saya buat kek ni untuk minum petang, Mr.R nak butter cake, senang giler, pejam mata or sambil baring-baring pun boleh buat, statement tak agak-agak wehhh, ahaha. Bila dah siap, bancuh kan milo dan memang seronok tengok Mr.R makan kek ni berulang-ulang :))

Kesimpulannya, permintaan suami jangan ditolak, nanti berdosa, ehem ehem, ahaha.


Wednesday, April 25, 2012

THANK YOU NUFFNANG :)

Sudah agak lama tidak dapat Buffered Earnings, almaklumlah, blog saya ni kan blog makcik-makcik, muahaha.  Maka nya bila dapat 4 Buffered Earnings, bersyukur lah di situ ye.


Ye ye ye, saya tahu korang punya lagi berderet, tahniah ye, murah rezeki korang :))


Tuesday, April 24, 2012

MR. R 'BERBULU' DENGAN HOBI SAYA YANG INI

Selain dari hobi utama iaitu makan makan makan dan makan, muahaha, ini adalah satu lagi hobi saya iaitu menyimpan beg kertas ataupun shopping bag.

Ini koleksi beg kertas saya yang terbaru, saya dah ada 3 kotak yang tersimpan beg-beg kertas yang cantik, saya simpankan elok-elok dalam kotak, labelkan dan simpan dalam stor. Bila mengemas stor, saya akan buka kotak tu dan belek-belek beg kertas saya dan simpan balik, muahaha. Mana lah Mr.R tak berbulu tengok pe'el saya yang satu ni . Sampai sekarang dia tak paham kenapa saya suka collect, pastu simpan, bila dia nak guna saya cakap, no no no.

Ada tak sesiapa yang sama hobinya dengan saya ni ?


Monday, April 23, 2012

RESEPI AYAM GORENG BERLADA

Muahahha, tajuk macam kan memasak resepi tersohor, padahal ayam goreng berlada jer :) Pada saya kan, kalau memasak gunakan cili hidup memang lagi extra sedap dari guna cili kering tu, kalau guna kan cili hidup untuk nasi goreng lagi lah sodap, ehhh saya masak asam pedas pun guna cili hidup tau, tapi ada campur sikit cili kering laaa, memang sodap dari biasa.


Selain dari cili api, saya juga adalah peminat tegar serai, hampir kebanyakan masakan saya akan gunakan serai, masak nasi lemak pun saya letak serai, wangi dan sedap jadinya nasi tu :))

Ok, jom saya share resepi ayam berlada saya yang memang senang giler untuk disediakan ni.

Bahan-bahan & cara menyediakannya

Ayam yang digoreng terlebih dahulu
Cili merah, cili hijau, cili api (blender kasar)
Bawang merah, bawang putih (hiris)
Bawang besar kuning untuk hiasan
Asam keping
Serai
Garam secukup rasa

Mula-mula, saya tumiskan bawang, serai dan cili, biar kan sampai garing dan naik bau nya, pastu masukkan asam keping, tambah garam dan kalau tak nak kering sangat, letak lah sedikit air ye. Bila semua dah sebati, boleh lah masukkan ayam dan bawang besar. Siap sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.


Friday, April 20, 2012

FEELING FEELING BABY

Baby baby baby ohhhh, my baby baby baby ohhhh, muahaha. Walaupun saya sudah beranak empat tapi saya tetap baby girl di mata emak saya. Hari tu kan, saya demam, sekali pakej demam nya dengan kak long, mimi dan hakeem, so faham-faham je lah bila ibu mithali dia orang dah demam, siapa yang nak masuk dapur nak menyediakan makan minum dia orang :(

Bila dah demam, terbaring jer lah kerja kita orang, pagi tu mak saya call, tanya khabar bla bla bla sebab saya tak hantar anak-anak kat rumah mak, sungguhpun saya demam, saya gagahkan jugak duduk di rumah jer melayan anak-anak yang demam, saya tak nak menyusahkan mak saya, pandai-pandailah menguruskan diri kan :)

Dah bertanya khabar bagai, mak saya tanya, dah demam tu siapa nak masak, nak makan apa, nanti mak buatkan, waaaaah terharunya bila mak nak melayan baby girl tua dia ni, terus saya order kat mak, mak tolong  masakkan bubur boleh tak, nanti dah siap mintak tolong abah hantarkan kat rumah ehhhh, waahhhhhh very the mengada kan, dah siap masak, nak kena hantarkan pulak.


Ini lah bubur untuk saya yang feeling feeling baby hari tu, anak-anak pun berselera, sedap sungguh, ermmm, untuk makluman, tekak saya tak akan hilang selera walaupun tengah demam, harap maklum.  TQ mak, saya sayang mak, semoga saya boleh menjaga mak seperti mana mak menjaga saya, amin :))


Thursday, April 19, 2012

MENGADA-NGADA, NAK IKEA JUGAK !

Saya sure korang pun memang suka pergi membeli-belah kat IKEA kan, kalau tak membeli apa-apa pun, mesti korang suka jalan-jalan jer, tak pun pergi semata-mata nak makan kat situ kan kan kan. Saya pulak antara golongan yang suka membelek katalog IKEA, muahaha, tak dapat beli pun takpe, cuci mata jer :)


Saya ada officemate yang menjadi salah seorang peminat tegar IKEA, sampaikan nak beli kain buruk ke, senduk ke, sudu ke, hanger ke, mesti nak beli kat IKEA, punyalah fanatik IKEA dia ni tau, kalau korang pergi rumah dia, memang tahulah, hampir kesemua yang ada dalam katalog IKEA tu dah ada kat rumah dia, ahahha.

Hari tu saya kirim beli pisau ni kat IKEA, pisau-pisau yang ada kat rumah tu tunggu masa nak dicampakkan kat dalam tong sampah jer. Mr.R nak belikan pisau yang baru, tapi saya nak beli kat IKEA jugak sebab dah terjangkit penyakit officemate saya ni lah. Apa daaaaaaa, nak beli pisau jer pun, itu pun nak bersusah payah ke IKEA kata si Mr.R, so saya tahu dia malas nak layan saya, maka nya saya dapat idea nak kirim je dengan kawan saya tu. Nak tahu tak betapa fanatiknya kawan saya tu, bila saya sebut je nak kirim beli pisau kat IKEA, dia siap bagi saya link untuk tengok pisau-pisau yang ada kat IKEA ok, saya cuma perlu buat pilihan dan kirimkan duit je, hebat tak hebat wehhh.

Memang best pisau ni, tak payah asah, sentiasa tajam, dah tumpul besok boleh campak dan kita beli set yang baru lagi, apa susah, agak-agak malas nak pergi, kirim jer kat kawan saya tu, ahaha.


Wednesday, April 18, 2012

DEMAM 3 TAHUN SEKALI

Alhamdulillah, saya ni boleh dikatakan jarang jatuh sakit. Mengikut rekod MC kat office ni, last sekali saya demam masa kena chicken pox dulu iaitu lebih kurang 3 tahun lepas dan lepas tu saya memang tak pernah MC :))


Baru-baru ni saya demam, itu yang tajuk entry jadi demam 3 tahun sekali :))  Ok lah tu, sesekali dapat MC boleh berehat di rumah kan. Semoga saya terus di beri kesihatan yang baik, amin.


Tuesday, April 17, 2012

YEWW ! ADA HATI NAK MENGGUBAH LAGI

Ni kali kedua saya menggubah bunga setelah hasil pertama kalinya dulu mendapat sambutan yang tidak menggalakan, muahaha. Tanpa ada rasa serik untuk menerima kutukan dan diketawakan lagi, saya belasah gak nak menggubah lagi.

Amik kauuuuuu, bunga warna kuning dan biru digabungkan, pening tak wehhh ? Ehhh, saya rasa kali ni lagi cantik dari yang dulu laaa, ahaha.



Kali ni saya letak kat atas meja solek dalam bilik tetamu. Nanti kita tengok akan bertahan berada disitu untuk berapa lama pulak ye, biasalah, nanti adalah tangan-tangan yang nak memindahkan gubahan acik yang gorgeous ni.

Ada sesapa nak suruh I gubahkan bunga, muahaha.


Monday, April 16, 2012

RESEPI ROTI TAMPAL SARDIN

Ini antara kreativiti saya untuk menyediakan sarapan, muahahha, saya suka dengan penggunaan ayat kreativiti itu walaupun hanya pada penyediaan sarapan yang begitu mudah ni :))

Kali ni saya buat roti celup telur atau french toast tu tapi saya nak tampal or tempek kan sardin sekali, selalu makan roti canai sardin kan, now kita buat roti tampal sardin pulak.


Senang jer kawan-kawan, pecah kan telur dan pukul macam kita selalu nak buat roti celup tu, tambah kan garam, bawang besar dihiris dan seperti biasa, saya suka letak cili api sebab saya adalah pencinta cili api, anak-anak punya saya tak letak lah cili api tu ye. Letak lah sardin sebanyak mana yang korang perlukan, saya letak seketul jer, buangkan semua tulang-tulang tu and hancurkan lah, lepas tu campurkan dalam bancuhan telur tadi.


Celupkan roti dan saya gunakan sudu lah untuk tampalkan sardin tu di atas roti, dah garing nanti baru terbalikkan dan boleh lah dimakan dengan sos cili, sos tomato, mayonis ataupun sos thousand island, sungguh yummy. Hari tu saya beli roti canai segera brand Kawan tu dan saya tampalkan sardin macam ni jugak, pun sedap tau, tak percaya ehhhh, adakah saya kisah kalau korang tak percaya, ahahaha.




Friday, April 13, 2012

TABLE PLANNER PUN BOLEH JADI DIARI DI TANGAN ACIK

Acik korang ni kan pencinta diari, selagi ada benda yang boleh ditulis, semuanya nak ditulis. Hari tu ada supplier bagi table planner, yang ni pun dah macam diari harian jugak, entah apa-apa yang saya ngomelkan kat situ :)

Yang terpaling seronok bila mencorat coret ni adalah bila mana dibaca kembali semua tu especially bila tengah ada masa lapang, ada coretan  time boss marah, time boss kelam-kabut, time boss monyok, time saya monyok je saya tak tulis, ahaha.

Kalau diari-diari kat rumah tu memang personal habis lah, segala luahan perasaan memang kat dalam tu dan tempat simpanan nya pun hanya saya dan Mr.R je yang tahu, table planner kat opis ni acik hanya coret tentang yang bodo-bodo je lah, nanti ramai lak yang skodeng tempat acik ni :)


Thursday, April 12, 2012

ALOLO, MR.R, SO SWEET YOU :)

Kat purse or wallet korang ada letak gambar pasangan masing-masing tak ? Kat purse saya takde, tapi kat wallet Mr.R ada gambar acik tau :) Sweet kan pakcik ni, sila angguk tanda ye, geleng tanda tak, ahaha.


Tell you, yang sebenar-benarnya kan, dari dulu lagi, memang gambar ni lah yang dia  letak kat wallet dia, imagine ehhh, dah nak masuk 16 tahun kahwin, wallet pun dah bertukar berapa kali kan, tapi dia still nak letak gambar ni jugak, bila saya tanya, kenapa suka sangat dengan gambar tu, dia cakap, dia nampak tampan sekali dalam gambar tu, (walaupun saya tahu sebenarnya dia nak cakap saya jelita macam Normala Shamsudin masa tu, ahahha)


Ni pulak yang dia letak kat handphone dia. Habislah wehh, saya capture gambar ni tanpa pengetahuan Mr.R and buat entry ni pun tanpa pengetahuan dia. Takpe lah, nanti saya cari gambar dan letak dalam purse saya dan letak gambar kita orang kat handphone saya pulak, bagi sama-sama sweet kan kan kan :))


Wednesday, April 11, 2012

ZAMBUK NI BAGUS TAU

Pada kawan-kawan yang ada anak kecil di rumah tu, kalau dia orang terjatuh, korang letak apa untuk redakan bengkak tu ?


Saya gunakan Zambuk ni dari zaman kak long baby dulu, kawan berbangsa cina saya yang kenalkan ubat ni kat saya. Memang elok lah, kalau dia orang terhantuk ke, terlebam sana sini ke, memang saya akan letakkan ubat ni, sapukan pada tempat yang bengkak dan nanti kita akan nampak kesan bengkak tu akan berkurangan. Kalau kena gigit nyamuk or semut pun boleh letak tau, memang berkesan.


Tuesday, April 10, 2012

SCOTCH - BRITE RAYON STRIP MOP

Baguihhhhh weh rayon strip mop ni, saya baru je beli, senang betul nak bagi tugas mengemop pada kak long dan angah sekarang ni. Kalau sebelum ni kan, everytime dia orang nak mengemop bilik masing-masing, saya mesti standby sekali untuk perahkan mop tu sebelum dia orang guna, tapi guna yang ni senang, dia orang boleh perah sendiri, banyak bagusssssss !


Tak mahal strip mop ni, tak sampai 20 ringgit pun, so saya beli dua, satu untuk kegunaan di atas dan satu lagi untuk kegunaan di bawah. Kalau kat rumah saya tu, everytime lepas masak memang kena sapu dan mop  lah kat ruangan dapur tu, kalau kat ruangan atas dan ruang tamu memang wajib di mop setiap hujung minggu.

Weh korang, ada ke yang mop umah dua tiga bulan sekali ?


Monday, April 9, 2012

RESEPI KARI UDANG

Macam biasa lah, korang pun dah tahu dengan aktiviti harian saya, balik kerja, ambil anak, masuk dapur, kelentang kelentung nak preparekan dinner untuk family. Salah satu menu saya hari tu, tak payah masak banyak-banyak sebab family saya tak cerewet, apa yang dimasak, itu lah yang dimakan. Untuk weekend jer saya akan pelbagaikan lagi menu :)


Udang masak kari, salad telur & timun dan ikan kembung goreng. Simple je kan, memang within 1 hour di dapur tu semuanya boleh disiapkan, macam biasa jugak, ikan untuk digoreng tu saya dah garam kunyitkan malam sebelumnya dan simpan dalam fridge, balik tu terus goreng jer, telur pun macam tu, malam dah rebus sesiap :))

TQ to Mr.R dan anak-anak sebab tak cerewet, and the most important thing adalah  setiap hari lepas dinner, mesti semua cakap, tq mama, sedap mama masak, pandai betul dia orang ambil hati saya kan :)

Ok, saya nak share resepi untuk kari udang :

Bahan-bahannya :

15 ekor udang sederhana besar
2 biji kentang (direbus hingga empuk terlebih dahulu)
1 paket serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia yang dihiris
Santan dari 1/2 biji kelapa (kalau yang suka pekat, boleh guna 1 biji kelapa)
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Garam secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, tumiskan halia yang dihiris tadi, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, bila dah agak-agak nak kekuningan, masukkan bawang merah dan bawang putih, masak kesemuanya hingga naik bau dan garing, masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau sehingga sebati. Bila dah garing, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan, bila dah hampir mendidih, masukkan udang dan sedikit air asam jawa. Tambahkan garam secukupnya dan kacau perlahan-lahan sehingga udang masak, masukkan ubi kentang yang dah direbus empuk terlebih dahulu dan boleh lah dihidangkan.

Selamat mencuba.


Friday, April 6, 2012

SELAGI BERSELERA LAYANKAN AJE

Fakta orang mengandung jer selalu mengidam adalah tidak berapa tepat ye kawan-kawan, hakikatnya saya yang mengandungkan lemak ni pun selalu jer mengidam, ahaha (annoying laaa taip ahaha, nak suruh gelak lah tu (korang cakap), nak buat macam mana wehh, saya taip statement tu saya rasa nak tergelak, so saya taiplah ahaha (saya cakap)).


Lupakan kalori yang terdapat didalam kedua-dua kek ni ye, rainbow kek & red velvet, makan dan kunyahlah dengan sepenuh jiwa dan minum pulak dengan air kegemaran sambil menonton rancangan kegemaran, walllahhhhhh, ini lah duniaku, ahaha.

Korang jangan tak layan keinginan tekak korang tau, tahukah korang, salah satu nikmat hidup ni adalah dapat menikmati makanan yang sedap-sedap, nanti Allah dah tarik nikmat nak makan tu, masa tu, sayang semuanya sudah terlambat, orang suap kan, sua kan kat mulut kita pun kita tak nak dah, makanya bila ada rasa keinginan nak makan sesuatu tu,  makan lah, rasa lah apa yang nak dirasa selagi hayat dikandung badan, chewahhhh.


Thursday, April 5, 2012

EHH, KALAU DULU ADA FACEBOOK, MAMA PUN FAMOUS TAU

Al kisahnya, si kak long gelakkan friend list saya kat Facebook yang kata nya tak sampai pun 10% dari friend list dia, ehhh, ada ke patut dia gelak kan mama dia ni.  So saya layankan aje, pot pet pot pet dengan dia pasal friend list kat FB tu.

dia : apa lah mama ni, orang nak FB, mama pun nak ada FB jugak, tapi friendlist mama, alahaiiiii, banyak tu je ker, mama tak famous laa macam ni, ahahha (siap gelak kan saya ok)

saya : takpe lah, ramai-ramai kawan kat FB pun buat apa kalau kita tak kenal, mama nak yang betul-betul kenal dan rapat jer ada dalam friendlist mama, ehhh kak long, tolong jangan under estimate mama ok, kalau masa zaman mama muda remaja belia macam kak long tu dah ada FB, dah tentu senarai friendlist mama lagi banyak dari kak long tau, ahahha (best jugak bajet famous ni)

dia : tak bosan ke mama, kalau kawan tak ramai kat FB, nanti nak online pun, ada 2, 3 orang je kot, tengok friendlist saya, dah lah beribu, yang tengah online sekarang pun beratus ok

saya : tu lah sebabnya mama allowed kak long untuk ber FB masa weekend jer and not more than 2 hours, kak long imagine lah kalau mama tak control penggunaaan FB kak long tu, dari pagi membawak ke tengah malam pun tak habis

Yang sebenar-benarnya memang saya limit kan sesangat kawan-kawan kat FB, mana ada kawan-kawan yang add sebelum ni, sejuk membeku je, memang saya remove, mana yang 2 tahun sekali update status pun saya remove jugak, pendek kata dalam friendlist saya sekarang, yang betul-betul happening aje :)




Wednesday, April 4, 2012

BUKAN JAWA PUN PEMINAT TEMPE OK :)

Siapa kata orang jawa jer gheti makan tempe ? Saya yang tak jawa ni pun lagi over dari dia orang, tempe tempe tempe, makan tempe setiap hari pun takpe, ai like you tempe :))


Dah berapa banyak entry saya pasal tempe kan, tu lah bukti saya pencinta tempe. Ehhh, Hakeem pun sekarang pandai makan tempe goreng ni tau, kalau saya goreng tu, sekali hadap je dua bungkus boleh settle anak beranak :))

Rugilah yang tak suka makan tempe tu, mesti kulit korang tak secantik kulit aiii, ahahahhah.


Tuesday, April 3, 2012

MR.R MENANG, I TUMPANG SEKAKI LAA

Buat masa ni kan, memang kalau Mr.R join tournament bowling kat tempat kerja dia, ada je lah hasil yang dia boleh bawak balik, actually dia bukannya terror pun, yang sebenar-benarnya, dia cuma tahu main sesikit je, bila geng-geng lain kat opis dia tak kuasa nak join, ini lah faedahnya, dia yang reti main sesikit pun boleh bawak balik hadiah, bagus betul lah geng-geng Mr.R tu, every year boleh lah Mr.R join and menang hadiah :))


Macam biasa jugak, bila dapat voucher, haruslah saya yang dapat menggunakannya, ehhhh, korang ingat pengorbanan saya tak besar ke hahhhh, dan dan citer pasal pengorbanan, ahaha, mana taknya, dia pergi training, saya settlekan anak-anak tau, dia pergi tournament ni dari pagi membawak ke petang, hujung minggu pulak tu, saya jugak yang kena settlekan anak-anak dan hal rumahtangga tau, so bila dia bawak balik voucher ni, mesti lah saya yang amik, hiahiahia.

Dah selamat voucher ni saya gunakan, dapatlah beli satu sling bag dan tutttttt, ahaha. Takpe, next time kalau ada lagi, saya memang sokong dia join sebab saya nak voucher lagi :))


Monday, April 2, 2012

RESTORAN NASI ARAB

Semakin banyak restoran nasi arab sekarang kan, kat area tempat kerja dan rumah saya pun ada pelbagai pilihan restoran nasi arab, so pilih je lah mana satu yang nak di terjah. Kali ni kita orang pergi yang paling berdekatan dengan tempat kerja :)



Yummy yummy, bila mengenangkan petang nanti ada sesi senamrobik & senam seni, so nak makan terlebih-lebih masa lunch pun tak rasa bersalah, ahaha, bagusnya punya statement kan, padahal saya memang suka makan :)

Hari tu kita orang order Chicken Hanith, Lamb Magloba, Chicken Magloba and Chicken Grilled. Wallaaa, semuanya sedap-sedap, macam biasa lah, tekak saya mana pernah nya tak sedap kan kan kan, lepas ni kalau pergi lagi saya nak order Chicken Grilled tu sebab dalam semua-semua tu itulah yang tersedap sekali, taip ni pun tertelan-telan air liur, ahaha.

Apa nama cili tu ehhh, memang sedap lah, habis kawan-kawan punya pun saya amik jugak, dia orang semua tak pandai nak menikmati cili tu. Sesekali boleh lah layan restoran nasi arab ni, kalau selalu memang lebih tembam dari biasa lah jawabnya :))