Thursday, May 31, 2012

NASI AMBENG

Makanan ni yang selalu dihidangkan dalam masyarakat Jawa kan, memang sedap, korang biasa makan tak ? Masa mula-mula tengok menu ni, saya rasa pelik jugak, ehhh sedap ke nak makan bila semua nya dah dicampurkan dalam satu bekas, saya kan tak reti makan banyak-banyak lauk sekaligus, bila dah try, hrmmm, not bad laa, saya paling suka tempe goreng soo hoon tu lah, sangat marvellous :)


Kat rumah saya ada orang jual nasi ambeng ni, banyak macam ni baru RM4.50, murah sesangat rasanya tu, ke kat tempat lain ada yang lagi murah ? Ada jugak pilihan untuk dimakan dengan ikan, yang tu harganya berlainan lah, tapi yang pasti saya dah mula suka dengan nasi ambeng ni. Betul kata bidalan, tak kenal maka tak cinta, kena rasa lah dulu, baru tahu sedap atau tidak.


Wednesday, May 30, 2012

GUNALAH SIMPLYSITI, NANTI CANTIK MACAM DATO' SITI

Pencuci muka dari produk Simplysiti, saya baru beli sebab tertarik dengan charcoal cleanser seperti yang tertulis kat situ.


Saya pun baru jer guna, tak boleh nak bagitahu kesannya lagi, cuma saya rasa masa yang diambil untuk jadi cantik macam Dato' Siti tu mungkin akan mengambil masa yang lebih lama, muahaha.

Ada tak yang dah cuba perfume dari produk Simplysiti ni, best tak ?


Tuesday, May 29, 2012

STEAMBOAT & CAPATI FOR HARI IBU

Dua hari sebelum Hari Ibu saya bermesej-mesej dengan abang-abang saya nak ajak celebrate Hari Ibu sesama dan kebetulan sangat, di Hari Ibu tu nanti, abang-abang saya akan menghadiri kenduri saudara yang terdekat, so memang langkah kanan lah, semuanya boleh join :))

Tengahari tu semua family kita orang menghadiri kenduri di rumah saudara terdekat, macam-macam juadah yang disediakan sampai tak tahu nak jamah yang mana satu, dalam masa yang sama jugak, kepala saya pun dok memikir, dah makan macam-macam ni nanti, petang nak celebrate mother's day tu nak buat apa pulak ye, so minta diri dari kenduri tu nak cari bahan-bahannya, dan saya decide nak buat steamboat jer lah, tak ringan dan tak berat, sedang elok lah tu kan.


Dah siap hidangan untuk steamboat, kakak ipar yang sulung pulak nak buat capati, takde hal, kita hidang jer lah, siapa nak makan, makan, siapa tak nak, duduk dendiam, hihi. Kek pun saya beli yang 1/2 kg jer, buat syarat nak celebrate katanya kan.

Seronok lah mak saya, dapat hadiah dari kakak ipar dan saya sendiri. Abah pun senyum-senyum jer, sabar ehhh Abah, nanti kita sambut Hari Bapa pulak ye.


Monday, May 28, 2012

RESEPI SUP KETAM

Hari tu ada kawan-kawan yang bertanya kat saya macam mana nak masak sup ketam. Aloh aloh aloh, manja tau kawan-kawan saya ni, sama jer lah macam masak sup ayam, sup ikan tu, bezanya kita tukar kepada ketam sahaja lah. Tapi takpe, saya share kan jugak resepi nya ye, mungkin cara saya masak sup tidak sama dengan cara korang :))


Menu untuk hari tu, sup ketam, siakap sweet sour dan buncis goreng. Sekarang ni anak-anak dah pandai komplen, dia orang dah muak dengan ayam, kadang-kadang dalam menu masak mingguan saya tu memang dah tak ada ayam dalam senarai, selang 2 minggu macam tu baru ok, kalau tak nanti, terbiar je kat atas meja tu.

Resepi Sup Ketam cara saya ye :

Bahan-bahan ni saya gunakan untuk masak 4 ekor ketam, kalau korang nak masak lebih, kena lah lebihkan sikit bahan-bahan nya.

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 batang serai
1/2 paket serbuk sup Adabi (campurkan dengan sedikit air dan gaulkan)
Garam
Fishball & Tomato (optional lah ye, nak letak boleh, tak nak letak pun boleh)
Daun sup / Daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara nya pulak :

Tumiskan bawang merah, bwang putih, halia dan serai hingga garing, masukkan serbuk sup yang dah dibancuh dengan sedikit air tadi, kacau-kacau kan biar sebati dengan bahan-bahan tumisan tadi, bila dah agak garing, masukkan air secukupnya dan tambahkan garam, bila dah mendidih, masukkan ketam dan fishball. Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah dihidangkan, ohh jangan lupa hiaskan dengan daun sup / daun bawang ye.

Selamat mencuba.


Friday, May 25, 2012

TUAN BESAR YANG TAK BERAPA NAK BESAR

Anak-anak korang lebih dominan kepada sifat siapa, babah or mama dia orang ? So far apa yang saya nampak dan ramai juga yang komen, anak-anak saya banyak mewarisi sifat-sifat saya, no doubt ada yang ikut rupa babah, opah or pak sedara dia orang, tapi satu-satunya yang menampakkan banyak ikut saya adalah cara bergaul dengan orang lain dan tak lain tak bukan adalah bermulut pot pet pot pet, muahaha.

Dari kak long, membawak ke angah, pastu Mimi dan tak lupa Hakeem, semuanya bijak bercakap. Nampaknya dalam family saya, Mr.R je lah yang tak banyak mulut, tapi takpe, dia dah lama bertabah ada family yang hu ha hu ha macam kita orang ni.


Banyak songeh mamat ni, umur baru 2 tahun, lagak dah macam 10 tahun, tu tengah dok melepak tengok citer kartun kegemaran lah tu. Kerusi biru tu memang kerusi favourite dia, ke sana ke sini mesti heret kerusi tu sekali, kalau disuruh ambil botol dia atas meja, senang je, dia tarik kerusi tu, panjat dan ambil sendiri, clever boy, senang banyak mama dia :))

Mana ada orang lain yang berani suruh atok buat itu buat ini, dengan dia ni sorang jer yang atok mengalah, apa dia mintak semua atok tunaikan, tu yang buatkan abang dengan kakak-kakak dia menjealous.


Thursday, May 24, 2012

KENDURI KHATAM AL-QURAN

Beruntung dan bertuahnya anak-anak zaman sekarang kan, murah rezeki anak-anak buah saya ni, mummy & daddy dia orang dapat menyediakan kelengkapan dia orang secukupnya :)

Baru-baru ni, aiman & azriel diraikan dalam satu majlis marhaban dan khatam al-quran, dan tak lupa juga dijemput team marhaban yang terdiri daripada kawan-kawan mak dan abah saya. Seronok saya sebab first time dalam family yang buat majlis khatam al-quran ni secara meriah, saya dulu pun ada majlis khatam ni jugak tapi dibuat sekali masa hari perkahwinan saya :))




















Ustaz yang mengajar dia orang mengaji selama ni sedang memantau bacaan anak-anak murid dia, just nak share dengan korang, ustaz ni adalah handsome, muahahaha, ehhh memang kebanyakan daripada golongan yang bergelar ustaz ni memang sedap mata memandang, bersih jer muka dia orang kan.











Tiga beradik duduk atas pelamin yang super cantik lagi gorgeous di mata saya ni sambil mendengar alunan marhaban yang sungguh merdu. Hoihhhh, cantik sungguh lah pelamin tu, fresh flowers lagi, masa saya bernikah dulu pun takde pelamin seindah ni tau.


Mummy & daddy dia orang pun join sekali bermarhaban. 


Antara hidangan utama hari tu, 2 ekor kambing, sebelah peha kambing tu jer adalah portion saya, sendawa pun dah berbau kambing, muahaha.


Khemah bertema putih & biru. Sangat menyejukkan mata yang memandang. Ramai juga tetamu yang hadir pada hari tu, alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya :))


Wednesday, May 23, 2012

GADGET BARU DAPUR ACIK

Untunglaaaa korang yang ada pelbagai gadget, especially yang berkaitan dengan IT dan yang sewaktu dengannya. Saya tak berapa nak celik IT, makanya gadget untuk barang-barang berkaitan IT tidaklah berada dalam senarai utama pembelian saya.


Saya lebih utamakan gadget untuk kegunaan di dapur kesayangan saya tu. Dah lama mengidam nak ada periuk kukus sendiri, bukannya tak boleh nak beli, tapi lebih merasakan tiada keperluan untuk dibeli kerana pada suatu masa dahulu, semangat untuk membuat kuih-muih, kek dan yang sewaktu dengannya tidaklah sehebat sekarang, bila kita lebih rajin ke dapur ianya adalah salah satu simptom peningkatan umur, muahaha.


Tuesday, May 22, 2012

AKAK NI LAGI PROPA DARI KIAH PROPA, MUAHAHA

Baru-baru ni saya sekeluarga pergi kenduri, macam biasa, anak-anak saya setakat ni memang suka jer nak ikut mama dengan babah dia orang, besok lusa, bila masing-masing dah besar panjang, berjalan berdua jer lah, mama dengan babahnya :)

Macam biasa, saya yang peramah lagi pemarah ni, muahaha, suka lah nak bertegur sapa, melayan borak tetamu lain yang hadir di kenduri tu. Duduk semeja dengan seorang akak ni, kata nya dia saudara terdekat pihak tuan rumah yang menganjurkan kenduri tu, moh layan borak-borak manjer saya dan akak tu :-

Akak tu : Duduk mana dik, kerja mana, bla bla bla, ni semua anak-anak ke

Saya : Duduk bla bla bla, kerja bla bla bla, ye kak, ni semua anak-anak kak, 4 orang semuanya

Akak tu : Owhhh, 4 orang jer, tambah lah lagi dik, elok beranak masa muda-muda lagi ni, anak ramai bagus, rezeki murah, nanti tak sunyi kita kalau ada anak ramai, kat dapur nanti ada yang menolong, bla bla bla, dipendekkan citer, memang panjang lebar lah hujah pasal bagusnya beranak ramai ni

Saya : (ehhhh, macam dah kenal lama pulak akak ni dengan saya, siap nak suruh tambah anak bagai) Kalau diikutkan dah cukup ni kak, kalau ada rezeki esok lusa, tak tahulah kan. Anak akak berapa orang ye ?

Akak tu : Anak akak 5 orang, 3 lelaki, 2 perempuan

Saya : muahahaha, punyalah akak ni berkempen beriya-iya nak suruh saya beranak reramai, saya bajet dia ada 7 atau 8 orang anak lah kat rumah tu, rupa-rupanya lebih sorang je dari saya, lawak lah akak ni, comel je nak suruh saya beranak bebanyak, walhal anak akak lebih kurang ramai macam anak saya jer.

Cukup lah kan, syukur alhamdulillah, saya dah ada 4 orang anak, 2 orang perempuan, 2 orang lelaki, saya tunggu cucu jer lah, ehhhhh, jauhnya mengelamun, muahaha.


Monday, May 21, 2012

RESEPI SAMBAL UDANG

Main masak-masak dengan kak long adalah sangat seronok sebab bila berdua di dapur tu, saya yang banyak main-main nya, kak long lah yang stress. Mana dia tak stress wehhhh, mama dia bagi arahan jer kerjanya, lepas satu, satu, belum habis satu tu lagi, dah ada arahan baru, muahaha.


Kita orang masak sambal udang, sup bayam + fish ball & fish cake, telur dadar + celery + tomato dan tak lupa juga ikan bakar yang tiada gambarnya disini sebab masih berada di dalam kuali, nak bagitahu jugak sungguhpun korang tak nak ambil tahu :)

Oh sementara teringat ni saya nak share dengan korang walaupun korang tak nak ambil tahu jugak, muahaha. Ada kawan saya yang bertanya, macam mana nak suruh anak dia rajin dalam membantu kerja-kerja di rumah sebab dia pun takde bibik seperti saya ni, saya bagitahu kat dia, kalau nak mulakan melatih anak-anak, kita memang kena mulakan dari awal lagi, umur 5 -6 tahun tu dah boleh start minta tolong yang mudah-mudah, lama-kelamaan dia akan terbiasa untuk membantu kita.

Masalahnya kawan saya ni, anak dia dah 12 tahun, so pada saya lah, dah agak terlambat di situ, kena lah banyak bersabar sementara nak melatih dia redho membantu mak dia. Nak bagitahu korang lagi, si Hakeem yang umur 2 tahun kat rumah tu pun dah pandai menolong saya, setakat susun selipar kat rak kasut, buangkan sampah kecik-kecik tu dalam tong sampah tu memang takde hal langsung, dijamin lama kelamaan dia pun akan turut rajin macam abang dan kakak-kakak dia :))

Macam biasa juga, saya nak share resepi sambal udang ni :-

Bahan-bahannya :

15 ekor udang sederhana besar
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Garam secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang merah dan bawang putih, bila dah garing dan naik bau, masukkan cili kisar, kacau dengan api sederhana besar sehingga cili garing, masukkan air asam jawa secukupnya dan belacan, kacau sebati, selepas mendidih, masukkan udang dan tambah garam secukup rasa, bila udang sudah agak masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris dan sudah sedia untuk dihidang.

Sangat mudah, selamat mencuba.

    

Friday, May 18, 2012

PERFUME DAISY MARC JACOBS

Tersebut alkisah, saya yang bekerja ni pun takde koleksi perfume tau, ni perfume mak saya, waaaaah hebat betul nenek Hakeem ni :))

Actually, mak saya memang penggemar perfume, ni antara koleksi terkini dia, anak dia jer yang tak berapa nak berperfume perfume ni, akan tetapi, hakikat yang sebenarnya adalah anak dia penggemar perfume yang murahan jer, muahaha.


Mak saya selalu cakap, dia bersyukur sesangat, di masa usia emas sebegini, dia tak sangka yang dia akan dapat apa yang dia dah ada sekarang, ye lah kan, zaman kita orang kecik-kecik dulu, abah sorang jer yang bekerja, mak kat rumah menguruskan anak-anak, mana nak dapat merasa ni semua. Ni lah rezeki emak, semakin hari semakin murah rezekinya, bersyukur sesangat, abang-abang saya pun tak pernah lupa dalam menjalankan tanggungjawab untuk menggembirakan hati orang tua kami.

Takpe lah mak, biar lah anak mak guna perfume yang memurah, janji mak happy ada perfume memahal :)


Thursday, May 17, 2012

KURSUS KOMUNIKASI EFEKTIF DI PEJABAT

Saya suka attend kursus, dari situlah, saya boleh mengenali rakan-rakan di jabatan yang lain dan dapat belajar sesuatu yang baru :)


This time saya telah memilih kursus komunikasi efektif di pejabat, berlangsung selama 2 hari dan yang paling best salah satu dari modul kursus telah diseliakan oleh Datin Sharifah Shawati yang sememangnya dah terkenal dalam bidang pengurusan imej dan sebagainya. Memang cantik Datin ni, simple dan sungguh elegan, cara dia bercakap dan bagi penerangan pun best.


Saya pun ambil peluang membeli buku yang dihasilkan oleh Datin sendiri, dan memang banyak info yang berguna dalam buku tu. Boleh lah saya tampil lebih anggun dan berkeyakinan selepas ni :))


Wednesday, May 16, 2012

RESEPI SAMBAL SARDIN DAN LEMPENG

Biasalah tu, ada masa nya tekak ni dah tak tahu nak makan apa kan. Macam baru-baru ni lah, bila balik dan keluarkan semua bahan-bahan yang nak dimasak dari peti sejuk tu, terus rasa macam hrmmm, muaknya rasa bila tengok menu yang nak dimasak tu, apalagi, otak pun ligat memikir nak tukar menu, dipendekkan citer, tekak teringin nak makan lempeng dan sambal sardin je petang tu, so masukkan balik bahan-bahan dalam peti sejuk, malam nanti lah baru dimasak semua bahan-bahan tu.


Bancuh teh o panas, memang sedap duduk lepak makan depan TV dengan Mimi dan Hakeem. Tak lama lepas tu, Mr.R, kak long & angah pun sampai, so semua dok pakat makan lempeng dan sambal sardin dengan kesudahannya bahan-bahan yang sepatutnya masak hari tu terus ditunda ke esok hari, senang kerja acik :))

Ok, jom saya share resepi sambal sardin dan lempeng yang sangat mudah untuk disediakan ni :-

Bahan-bahan untuk sambal sardin :

1 tin sardin (kopek dua dan buangkan tulang terlebih dahulu)
2 senduk cili kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa (tambah ni kalau anda suka rasa masam-masam sedikit)

Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau sehingga garing dan naik bau, masukkan cili kisar, kacau sehingga cili betul-betul garing, masukkan sardin dan kacau sehingga sebati, masukkan air secukupnya dan tambah garam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris, gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk lempeng pula :

2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Saya blendkan kesemua dan sedia untuk digoreng dalam kuali dengan kuantiti minyak yang sedikit, boleh juga tambahkan sebiji telur jika suka.

Selamat mencuba.

Tuesday, May 15, 2012

CARA BIJAK MELUPUSKAN TILAM LAMA

Baru-baru ni saya dah beli set tilam yang baru untuk menggantikan tilam yang saya gunakan dari zaman mula bernikah, yakni 16 tahun dulu wehhh, memang betul kata orang, alah membeli menang memakai, beli tilam dari jenama yang bagus ni, sungguhpun harganya mahal tapi berbaloi-baloi sebab tahan lama :)

Dah 16 tahun pun usia dia, so memang nak kena beli yang baru lah, takde hal, jom cari tilam baru, so, kita orang  dah beli tilam baru dari jenama yang sama, nanti kak long kahwin baru kita tukar yang baru, ehhhhh sampai ke situ boleh terfikir ye, muahaha.


Masa tilam baru tu sampai, kebetulan sangat, saya dan Mr.R takde kat rumah, so saya suruh dia orang letakkan je tilam tu dalam kawasan rumah saya, tak payah lah dia orang nak patah balik banyak kali just nak hantar tilam ni. Masalahnya pulak, saya terlupa yang saya perlukan juga lori tu untuk humbankan tilam lama saya ni, bila call balik kedai perabot tu, dia kata dia akan charge transportation, so saya tak nak sebab caj  transportation yang dikenakan tu, saya boleh spend untuk beli sling bag lagi satu, muahaha. So bermesyuarat lah dengan Mr.R dan kata sepakat telah diambil untuk kita orang melupuskan sendiri tilam lama ni.


Inilah cara yang kita orang bincangkan dalam mesyuarat bersama tempohari, potong setiap lapisan tu satu persatu dan lipat-lipatkan dia untuk dimuatkan ke dalam plastik sampah hitam yang besar tu, dan kita orang pergi buang di tempat pembuangan sampah yang berdekatan dengan rumah. Untuk spring tu pulak, kita orang jual kat lori yang selalu lalu kat area rumah yang nak surat khabar lama, bateri lama, apa benda yang lama-lama tu lah, humbankan dalam lori dia orang, dan yang paling best, duit spring tu mencukupi untuk saya membeli kasut baru, lumayan wehhhh.

Bijak tak kita orang ? Siapa setuju, memang dia berhati suci lagi murni, muahaha.


Monday, May 14, 2012

RESEPI ONDE ONDE

Dah banyak kali kak long bising-bising suruh saya buat kuih onde-onde ni, so saya bagi cadangan kat dia, why not kak long buat, mama guide kan aje :)) Kecoh nya kita orang kat dapur tu kemain lagi, mengalahkan nak buat kek lapis bertingkat-tingkat, ahaha.


Lawak tengok muka kak long stress nak tunggu onde-onde ni timbul sebab saya cakap kalau timbul tu tanda dah masak lah kuih tu.

Resepi nya :

1/2 paket tepung pulut
Air perahan daun pandan dari 6 - 7 helai daun pandan (boleh letak pewarna hijau untuk mencantikkan lagi warnanya)
Gula melaka di potong dadu
Kelapa parut untuk digolek-golek kan onde-onde tu :))
Sedikit garam

Campurkan tepung pulut dengan air perahan daun pandan sedikit demi sedikit, jangan cair sangat ye, nanti susah nak menggentelnya sebab bila dia terlalu cair, tepung pulut tu akan melekat-lekat di tapak tangan, letakkan gula melaka yang dah dipotong dadu tadi dan kepal-kepal kan lah dia, lepas tu rebuskan lah dalam air yang sudah dididihkan, tunggu sampai ianya timbul dan bolehlah diangkat, campurkan sedikit garam pada kelapa parut dan bolehlah di gaulkan dengan kuih tadi, hidangkan di dalam pinggan dan boleh lah dimakan, sekian, terima kasih :))


Friday, May 11, 2012

LET'S LEPAK :)

Macam biasa, antara aktiviti saya dalam dua tiga bulan sekali haruslah ada sesi lepak melepak dengan kawan sekepala, update cerita terkini, bincang masa depan keluarga dan yang paling penting, masa depan negara, pilihanraya dah dekat you, ahaha. Siapa yang belum mendaftar sebagai pengundi tu, saya doakan semoga pintu hati korang terbuka untuk berbuat demikian, marilah mengundi untuk kesejahteraan bersama, sekian, kata-kata dari salah seorang rakyat Malaysia yang tak pernah miss untuk mengundi :))


To me, bila dah berkeluarga, jangan lah dilupakan kawan-kawan tu, jangan asyik nak duduk dalam dunia family sendiri jer melainkan dah korang memang suka macam tu, apo nak dikato, ye tak :)

Memang best dapat hang out dengan kawan sekepala, tak dapat sebulan sekali, setahun sekali pun dah cukup bagus dah.


Thursday, May 10, 2012

ERKKKKK.... ERMMMM....AHAHA

Mimi kan dah 6 tahun, so sebagai persediaan dia ke Tahun 1 di tahun 2013 nanti, saya ada banyak belikan dia buku untuk dibuat latihan. Best ajar Mimi sebab dia mengikut jer apa yang saya suruh buat, minta-minta lah dia tak bosan nak belajar selalu :))

So macam biasa lah, lepas buat latihan tu mesti saya akan check dan siap-siap bagi star macam cikgu kat tadika dia buat, sampai lah kat muka surat yang ini dan telah membuatkan semua orang kat dalam rumah tu tergelak sampai terguling-guling, saya sorang je gelak sambil air mata meleleh sebab sedih yang teramat, ahaha (tifu tifu tifu)


Saya : Mimi, yang ni salah tau, kenapa awak bulatkan gambar  yang ni ? 

Mimi : buku tu tak betul, buku tu salah, ada ke cakap bapa Mimi gemuk, helllooooo (ye dia cakap hello okay), bapa Mimi kurus okay

Saya : Ye, saya tahu bapa awak kurus tapi kat buku ni suruh bulatkan bapa yang gemuk, so mana satu gambar yang gemuk tu awak kena bulatkan lah

Mimi : saya tak mahu betulkan, buku tu kena tulis macam ni : mama Mimi gemuk, haaaaa, nanti baru Mimi boleh bulatkan gambar yang gemuk tu

Saya : ehhhh ehhhh ehhhh, saya tak bersalah dalam hal ni lah, apasal pulak saya terlibat dalam penghasilan soalan ni, ahahhaha (masa ni yang lenlain kat rumah tu dah gelak tak ingat, paling kuat gelak nya si Mr.R tu lah), apalah publisher ni, punyalah banyak nama kat dunia ni, nama Mimi jugak dia nak bubuh sebagai contoh, dapat pulak kat anak saya si Mimi yang pandai lagi bertuah tu, haruuuu wehhhhh

Siapa join gelak, dia memang laaaaaa, memang laaaa, memanggggg, ahaha.


Wednesday, May 9, 2012

RESEPI NASI GORENG SARDIN

Kat rumah saya ni, setiap weekend adalah hari makan tanpa batasan. Ehhhh, bukan ke setiap hari adalah hari makan tanpa batasan untuk saya, muahaha. Di hujung minggu biasanya saya suka masak apa yang suami dan anak-anak suka makan, maka nya takde lah lauk yang sama dari lunch membawa ke dinner :))


Ni salah satu contoh menu yang dimasak, nasi goreng sardin special requested by angah, pastu kak long pulak nak spaghetti carbonara, mimi nak burger, so saya masakkan apa yang dia orang request, hebat wehhh, terus rasa macam nak bukak restoran Shibam jer lepas pencen nanti, muahaha.

Jom, saya share cara nak masak nasi goreng sardin :-

Bahan-bahannya :

1/2 tin besar sardin (ambil isinya sahaja, buang tulang dan hancurkan isi sardin)
4 cawan nasi
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam secukupnya
Cili api (jika suka pedas)

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih, selepas garing dan naik bau, masukkan cili kisar, gaul sebati, masukkan isi ikan sardin, cili api (jika suka) dan tambah garam secukupnya, bila dah sebati boleh masukkan nasi dan kacau, sedia untuk dihidangkan. Gorengkan telur mata sebagai pelengkap hidangan nasi goreng sardin tersebut.

Selamat mencuba.


Tuesday, May 8, 2012

KAK LONG @ KAKAK GARANG

Baru-baru ni kita orang celebrate birthday kak long yang ke 15 tahun, alhamdulillah, saya dikurniakan anak sulong yang baik lagi mendengar kata ni. Cuma cuma cuma, ermmmm, kak long ni makin garang wehhhh, saya masa seusia dia tak lah garang macam ni, bila dah beranak pinak je baru belajar-belajar nak jadi garang, ehhh ye ke, ahaha.


Memang seronok ada anak sulong perempuan, ada lah peluang nak perasan jadi kakak dan adik, lalalala. Angah selalu cakap kat kak long, ehhh awak ni garang lah, tanya sikit nak marah, salah sikit nak marah, kesian siapa yang jadi boyfriend awak nanti, boleh kak long menjawab balik weh, dengan awak je saya garang sebab awak tak berdisiplin macam saya, dengan boyfriend saya tak garang punnnnnn.

Mama senyum jer dengar perbualan dua beradik ni :))

Monday, May 7, 2012

DAH JADI MAMA TAK BOLEH MALAS YE :)

Kalau lah korang kan, bosan tak mengadap roti jer setiap hari, siapa cakap tak bosan tu, dia memang ahh, memang malas lah tu, ahaha. Well, acik kan suka makan makan makan dan makan, how to mengadap roti jer setiap hari, so kena lah pelbagaikan, baru lah tekak acik riang ria bergembira.

Antara sarapan yang saya sediakan untuk saya, Mr.R dan anak-anak membawa bekalan ke sekolah adalah seperti berikut : drum roll please, ahahha.  Ada nasi goreng kampung, ada roti sardin gulung, ada french toast & burger. Milo O dan biskut hup seng dan yogurt tu masa saya insaf laaa tu, ye lah, asyik yang bergoreng jer kan, so tukar-tukar lah juga.



Sebab tu saya cakap, dah jadi mama ni, kita tak boleh malas-malas ehhh, kalau kita malas, anak-anak dan suami nak makan apa pagi tu, kuih yang dijual kat kantin tu bukannya sedap mana pun, kesian kat dia orang kan, so mari lah beramai-ramai menyediakan sarapan dan bekalan untuk family, bukan saja sedap, tapi dijamin kebersihan dan kesedapannya, dah macam berkempen lah pulak, ahaha.

Korang breakfast apa pagi ni ?


Friday, May 4, 2012

ORANG LAIN BELAJAR, ORANG LAIN YANG PERABIHKAN BAUCAR

Best nya dapat baucar RM200 untuk pembelian buku. Kalau setiap tahun bagi kan best :))


Kena tambah 16 ringgit sahaja untuk kesemua buku-buku ni. Macam-macam genre ada, dah beli jangan tak baca pulak kata tuan punya baucar tu, yang tolong perabiskan baucar tu menggangguk-angguk jer tanda paham, muahaha.



Thursday, May 3, 2012

PUTU BAMBU NI SEDAP TAU

Korang suka makan putu bambu tak ? Isk macam tak biasa kan, acik korang ni apa yang tak disuka nya, semua suka, semua sedap, ahaha. Selalu beli putu bambu tu putih jer warnanya kan, tapi yang ni berlainan sikit, warna hijau lagi you.


Memang outstanding lah gerai dia orang ni, dari kanopi, apron, t.shirt dan topi dia orang semuanya warna bright green, dan yang saya paling suka adalah ciri-ciri kebersihan yang ditonjolkan tu, dah lah berapron bertopi bagai, siap pakai sarung tangan ok, sangat bagus sungguhpun menjual putu bambu sahaja. Peniaga-peniaga yang lain kena mengambil contoh yang baik macam ni lah.

Sepaket ni tak mahal pun, cuma RM2.50 sahaja dan menjadi antara makanan kegemaran saya di waktu petang.


Wednesday, May 2, 2012

HAKEEM'S NEW BIKE

Untung laaaaaa Hakeem, semua orang sayang kat dia, untung laaaaa mama dia, tak payah belikan, ramai yang nak sponsor, muahaha. Ni basikal baru Hakeem, atok yang belikan, tq atok, basikal mama Hakeem atok tak nak belikan ke ?


Macam biasa, main kat dalam rumah je, situasi kat luar sekarang amat merbahaya untuk anak-anak comel berada di luar tanpa kawalan yang ketat, main lah kat dalam rumah tu, macam-macam kerja mama dia boleh settlekan :))