Orang kalau dah biasa suka makan banyak ni memang bermasalah tau, bila ada masa lapang jer mesti terasa-rasa kat mulut tu nak mengunyah, kat tekak tu terasa-rasa nak menelan sesuatu, very the bermasalah kan, ahaha. Sarapan sudah, lunch sudah, bila duduk melepak time petang, haaaa mula lah gelisah fikir nak buat apa pulak untuk mengunyah petang-petang ni.
Buka laci kabinet dari atas ke bawah, buka pulak fridge, melilau-lilau biji mata menengok apa yang boleh dikorbankan untuk dijadikan minum petang, over betul :))
Maka terhasillah maggi celup telur, selalu tengok kat blog-blog masakan yang lain, dia orang buat murtabak maggi kan, memang meletop weh, tapi resepi saya ni asal boleh makan jer, janji mengenyangkan. Senang sangat nak membuat ni tau, pecahkan telur macam nak buat telur dadar tu, ikutlah banyak mana telur yang diperlukan kan ye, yang ni saya buat sebungkus maggi sahaja, so saya guna 3 biji telur, kalau lebih maggi, korang kena lah lebihkan telur tu, lepas tu saya letak daun celery yang dihiris, bawang merah yang dihiris, campurkan serbuk kari maggi tu, letak garam sikit jer, pepper dan mayonis sikit. Maggi tu celur lah dulu, dah toskan dia, boleh lah gaulkan dalam telur yang dah dipukul tadi, pastu goreng macam kita goreng telur dadar tu, dah siap, boleh lah dihidang.
Seronok betul bila perut dah kenyang, boleh lah berhenti berfikir pasal makan sekejap, pastu bila menjelang malam, menggelupur lagi, pastu buat-buat terkejut bila berdiri di atas penimbang, muahahha.