As salam.
Seperti yang sedia maklum, saya ada 4 orang anak, makanya pengalaman melatih anak-anak berpuasa setakat ini adalah 3 orang yakni kak long, angah dan sekarang Mimi. Hakeem baru 2 tahun, so lambat lagi boleh mula belajar berpuasa.
Apa yang saya nak kongsi di sini ialah mengenai kebolehan anak-anak kecil kita menahan lapar dan dahaga di bulan puasa. Saya percaya, setiap famili mesti ada cara mereka yang tersendiri untuk mendidik anak-anak menjalani ibadah puasa yang menjadi salah satu rukun Islam kita. Untuk anak-anak saya, saya sangat fleksibel, saya tak pernah lagi memaksa dia orang untuk berpuasa penuh di usia 5 - 6 tahun ni.
Kesemua anak-anak saya dilatih untuk berpuasa sedari usia 6 tahun, itu pun bersyukur kalau dia orang dapat berpuasa untuk separuh hari. Mana tak nya, saya ingat lagi pengalaman kak long dan angah berpuasa, bangun sahur sama-sama, makan sahur berselera sungguh, minum air macam-macam jenis, tapi bila dah masuk pukul 10 atau 11 pagi dah merengek dan minta izin nak buka puasa. Bila dia orang menginjak ke umur 6 tahun pun macam tu, dalam sebulan tu, kalau dapat berpuasa penuh untuk 10 hari pun dah syukur alhamdulillah.
Bila dah masuk darjah 1 dan berusia 7 tahun, saya akan lebih menekankan tentang pentingnya berpuasa penuh, dan di usia tu, baru dia orang betul-betul faham apa itu puasa, dengan kawan-kawan sekolah ramai yang berpuasa, jadi dia orang pun seronok dan dia orang dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan, anak-anak saya selalunya tak dapat berpuasa penuh bila jatuh sakit sahaja. Tahun ni Mimi dah 6 tahun, kalau tahun lepas dia hanya dapat berpuasa penuh untuk sehari je, so tahun ni kita tengok pencapaiannya macam mana pula.
Saya akan guide anak-anak, latih dia orang sampai dia orang betul-betul bersedia. Terpaling penting bagi saya adalah, bilamana umur anak-anak sudah mencecah umur yang wajib untuk melakukannya, mereka mestilah sudah boleh dan berjaya untuk berpuasa penuh. Sama lah macam kita mengajar anak untuk bersolat, umur 7 tahun tu adalah umur yang sesuai untuk dilatih mengerjakannya, bila dah masuk 10 tahun, kalau dia tinggal-tinggalkan solat, kita dah boleh pukul, bila dah masuk umur akil baligh, lagi lah cabaran besar untuk kita memastikan dia orang tidak mengambil ringan mengenai ibadah puasa dan solat.
Kalau kawan-kawan memulakan melatih anak-anak berpuasa dari umur yang lebih awal pun tak menjadi masalah, macam yang saya katakan tadi, terpulang pada pendirian masing-masing, cuma adalah lebih baik kita jangan membandingkan pencapaian anak-anak kita dengan memperlekehkan pencapaian anak-anak orang lain :)