Thursday, August 30, 2012

CERITA RAYA LAGI LAH

As salam.

Tak peduli, mood raya masih berleluasa, minggu ni saya nak citer pasal raya raya raya je, kalau korang bosan, siapa suruh baca, muahaha.


Pagi raya ketiga tu, awal lagi, kakak ipar saya dah masuk ke dapur, dia dah biasa ada maid yang tolong, kali ni maid bercuti, so kena lah sinsing lengan masuk dapur, mak, saya dan adik ipar membantu apa yang patut dan terhasil lah menu nasi hujan panas, ikan siakap sweet sour, salad, ayam masak merah dan dalca sayur-sayuran untuk tuan rumah dan tetamu yang bakal hadir nanti. Family abang saya pun nak balik ke rumah dah masa raya ketiga ni, sedih je muka mak abah saya bila anak kesayangan nak balik, hihi.


Petang tu, keluarga kakak ipar sulung pula datang menziarahi mak abah saya. Salah satu syoknya bila raya ni, adalah tradisi kunjung mengunjung, masa raya lah kita boleh berjumpa dengan semua kaum kerabat. Setiap family ada caranya yang tersendiri menyambut raya, tapi tak dapat dinafikan, raya orang dulu-dulu lebih meriah dari orang sekarang.

Tak dapat dinafikan lah, keluarga besar menyambut raya lagi meriah, macam saya ni, ada 4 beradik je, anak buah pun 4 orang, bila dicampur dengan anak sendiri baru ada 8 orang, so kemeriahannya tu tak semeriah orang yang berkeluarga besar tau, yang ada adik beradik, ipar duai, anak saudara berderet-deret, dengan itu juga saya mengisytiharkan bahawasanya saya akan membesarkan lagi ahli keluarga saya demi memeriahkan lagi raya kami di masa akan datang, harap maklum, muahaha.


Wednesday, August 29, 2012

RAYA KEDUA

As salam.

Family saya sangat beruntung, saudara mara semuanya ramai yang duduk berdekatan, kalau nak beraya tu, dalam sehari dua dah boleh cover semua rumah :))

So pagi raya kedua tu kita orang pergi beraya ke rumah mak-mak saudara saya yakni kakak kepada mak saya.


Ni rumah pertama yang kita orang kunjungi hari tu, harap maklum, gambar tuan rumah takde sebab sibuk menyediakan hidangan, balik-balik muka tetamu je lah yang ada. Berselera masing-masing dengan juadah nasi impit, kuah kacang, rendang dan kuah lodeh.


Lepas tu berkunjung pula ke rumah kedua, pun muka tetamu juga lah yang ada, yang paling best, antara rumah pertama dan rumah kedua hanya perlu berjalan kaki 2 minit dah sampai, memang baguslah adik beradik mak saya duduk dekat-dekat ni, memang memudahkan jika ada keramaian mahupun kecemasan.


Baru lepas makan nasi impit tadi, takde hal okay, rehatkan perut dalam 1/2 jam, pastu sambung makan lagi, hebat kan, sedap sungguh hidangan air tangan sepupu saya ni, tq Kak Nis kerana bersusah payah menyediakan hidangan yang super sedap tu, oh ye, Kak Nis masak nasi ayam special dan mee berkuah, memang sedap, bertambah masing-masing makan.


Pastu, gerak pula ke rumah sepupu saya, kat sini lagi parah, masing-masing sibuk bergambar sebab hiasan dalaman rumahnya yang super gorgeous, nasib baik tuan rumah sporting, layankan aje karenah kita orang ni. Ko tengok, lalu jer kita orang makan lagi walaupun ni rumah yang ketiga dalam masa beberapa jam je.  Lepas tu kita orang gerak ke Klang pula untuk menziarahi keluarga kakak ipar sulung saya, wallahhhh, masa dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya, tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk pergi beraya, muahaha.

Masa kat Klang dah tak kuasa nak ambil gambar weh, kat sana dijamu dengan nasi lemak dan lauk pauknya, lagi lah memasing duduk mengadap kan, hujan sejuk, dapat pula nasi lemak dengan teh tarik, memang buat penambah lapisan lelemak di perut, ahaha.  On the way balik ke Bangi, kita orang singgah ke Puchong untuk menziarahi keluarga kakak ipar kedua saya pula, makan lagi, kali ni makan lemang dan rendang. Ingatkan dah makan banyak kali, dia orang akan kenyang sampai ke malam, malangnya tidak, siap pergi Mc'D lagi tapau makanan, sabar aje lah.

Last sekali, saya tempek gambar saya di hari raya kedua yang saya rasakan gorgeous juga seperti di hari raya pertama, ahahha.


Puasa sebulan kan, so raya pun sebulan lah, makanya, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :))



Tuesday, August 28, 2012

CERITA RAYA PERTAMA

As salam.

Kata raya kan, so pagi raya tu bangunlah seawal yang boleh, kemas dulu tempat tidur dan terus ke dapur mengelolakan apa yang patut untuk sarapan sebelum semua family ke masjid untuk sembahyang raya. Lepas Mr.R balik je dari masjid, kita orang pun meminta diri nak ke rumah family mertua pula, kat rumah mak abah sendiri, kakak ipar dan adik ipar tersayang ada untuk membantu apa yang perlu :)

Meriah kat rumah mertua pagi tu sebab tahun ni turn adik-adik ipar beraya di sini, so lebih ramai dari biasa lah, saya jer yang memang tak pernah berturn-turn, rumah mak saya kat depan, rumah mertua kat belakang, sekejap ke depan, sekejap ke belakang, macam tu je lah sampai habis raya, hihi.

Pheww, sessi yang paling ditunggu-tunggu, tidak lain dan tidak bukan adalah bermaaf-maafan di pagi raya, sob sob sob, mesti ada adegan air mata, habis cair mekap, comot eye shadow dan gugur bulu mata palsu saya, muahaha, over betul. Semoga selepas bermaaf-maafan, segala kesalahan dan kesilapan masa lalu akan dilupakan, buang yang keruh, ambil yang jernih, semoga baik-baik sahaja selepas ni.










Ni mak dan bapa mertua saya bersama sebahagian cucu-cucu dia orang.  Dah selesai sesi makan-makan, bermaaf-maafan dan bergambar, saya minta diri nak balik ke rumah mak abah saya semula, tengahari tu angah saya ada buat makan-makan, dia orderkan nasi hujan panas dan set-set lauk pauknya, so saudara mara saya memang ramai lah yang datang bertandang dari tengahari membawa ke petang,  nak ambil gambar pun tak sempat, asyik melayan tetamu, seronok bertemu saudara mara setahun sekali ni, banyak betul nak yang dikongsi bersama. Tq angah dan kak ngah, semoga keluarga kalian akan terus dilimpahi rezeki, amin.


Dalam keriuhan melayan tetamu yang datang, saya sekeluarga sempat memboloskan diri nak bergambar sekejap, hihi. Acara bergambar di hari raya adalah wajib ok, kalau tak, rasa tak lengkap lah beraya. Kejap jer dapat berposing, lepas tu tetamu datang tak putus-putus, habis semua orang kena kerahan tenaga to make sure semuanya in order, nasib baik ada kakak ipar sulung saya ni, dari mula sampai ke sudah, tak habis-habis standby kat dapur, tq so much kak Huri, untuk kak Ngah, tq yang teramat kerana mengelolakan acara makan-makan ni dengan jayanya dan tak lupa juga untuk adik ipar saya, Wawa, yang ringan tulang membantu apa yang perlu, ehhh dah macam ucapan menang award pulak, muahaha.


Sempat bergambar dengan kakak ipar sulung saya, dengan yang lenlain tak sempat bergambar langsung, masing-masing sibuk ke hulu ke hilir, hrmmm, sayang rasanya takde gambar dengan dia orang.


And lastly, gambar kita orang 3 beranak lagi, sebab ramai sangat yang puji baju kita orang cantik dan sedondon hari tu, so saya tempek lagi sekali gambar kita orang bertiga, ahaha.  Alhamdulillah, semua makanan cukup untuk tetamu yang hadir dan malam tu masing-masing kepenatan tetapi happy sebab dapat berjumpa dengan saudara mara.

Ok dah, besok saya citer hari raya kedua pulak ehhhh.


Monday, August 27, 2012

CERITA SEBELUM RAYA

As salam.

Perghhh, kawan-kawan lain semua dah habis update citer raya 2012 kan, baguslah korang, very the up to date gitu. Saya nak citer sebelum raya dulu lah, pastu masa raya dan sesudah raya, kaedahnya minggu ni entry pasal raya je, muahaha. Lemak berkrim dah 10 hari bercuti, hari ni baru nak start kerja, so paham-paham lah kan, dijamin esok akan cergas seperti sediakala :)

Minggu sebelum raya tu saya dah start cuti dari hari Jumaat lagi tau, bagi chance lah kat orang tua saya nak prepare apa yang patut, dah namanya bercuti kan, saya pun ambil kesempatan touch up rumah sendiri apa yang patut and lepas zohor terus melaporkan diri ke rumah mertua pulak, macam tahun sudah, kerja menggantung langsir dan yang sewaktu dengannya adalah duty family kita orang :) Memang untung lah rumah orang tua berdekatan dengan rumah sendiri ni, boleh lah bagi bantuan mana yang perlu, minta-minta bila saya dah tua nanti, anak-anak pulak balik menolong saya.

Puas hati dapat tolong mencantikkan rumah mertua, kita orang berbuka di sana dan balik bila semua nya dah siap, phewww, penat tetapi puas hati sebab tanggungjawab sudah dilunaskan. Besok nya hari Sabtu, selepas Subuh, saya dah bersiap packing apa yang patut, walaupun rumah mak saya dalam 10 minit pun dah sampai, tak apa, sampai cepat, boleh buat kerja cepat, kerja cepat siap, boleh lah berehat sekejap. Nasib baik ada Mr.R, kak long dan angah, semua kerja jadi lebih mudah.

Dari mengemas luar sampai ke dapur, susun atur perabot, menukar langsir dan masak memasak pun family kita orang yang tolong, tak sia-sia mak saya ada anak perempuan sorang ni, muahaha. Saya habis tolong masak rendang dan sebagainya pun ngam-ngam pukul 6 petang, so terus sediakan meja untuk berbuka, by this time, keluarga angah pun dah sampai and yang paling best, maid dia bercuti raya tahun ni, huwaaaa, terus redha redha redha dan pasrah.

Alhamdulillah, tahun ni kak long dan angah sangat-sangat membantu, sedikit pun tak mengeluh bila saya minta tolong, dia orang pun faham, bila raya semua orang pun kena buat kerja berganda, penat pun berganda-ganda, takpe, dapat pahala pun berganda-ganda :) Lepas berbuka pula terus sediakan untuk orang surau datang bertakbir raya, keluarkan apa yang patut dan lepas dia orang dah habis bertakbir barulah boleh meluruskan pinggang.

Rehat secukupnya untuk bersedia di raya pertama pula, alhamdulillah, by this time adik ipar dan kakak-kakak ipar pun dah ada untuk membantu. To be continued ----> macam kan ada yang kisah, ahaha. Sebelum citer pasal raya pertama, marilah menatap gambar suami isteri yang dirasakan paling gorgeous oleh si isteri pada hari raya pertama tu, ahaha.



Ok, bye, saya nak mengarang entry first raya pulak :)


Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

As salam.

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya nak memohon ribuan ampun dan maaf andaikata apa yang saya tulis mahupun merapu di dalam blog ni ada kata-kata saya yang mengguris hati dan menyinggung perasaan kawan-kawan. Mesti korang dah ada macam-macam perancangan untuk raya tahun ni kan, semoga semuanya berjalan lancar.


* gambar kad raya dari army4war.com, tq *

Kawan-kawan tersayang, sila berhati-hati di jalanraya ok, ingat orang yang tersayang. Saya doakan kawan-kawan akan selamat sampai ke kampung halaman untuk beraya dengan family tercinta dan semoga perjalanan pulang nanti pun akan dipermudahkan, aamiin.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. Sampai ketemu lagi :)


Thursday, August 16, 2012

TAKDE MENDE PUN :)

As salam.

Hari ni saya still kerja lagi, esok baru start cuti, saje ambil cuti awal walaupun tak kemana-mana. Bagi peluang kat mak abah saya untuk menyediakan apa yang perlu untuk sambutan raya nanti, dia orang nak pergi pasar awal, nanti senang, bila kita orang balik nanti terus tolong masak memasak je, persediaan awal lebih memudahkan kerja.

Dalam banyak-banyak lagu raya yang ada sekarang ni, paling saya suka lagu dendangan Dato Siti, Sesuci Lebaran, ni kat dalam kepala asyik dok mengulang-ulang lirik sesuci sesuci tak habis-habis, sabar je lah. Ramai kawan-kawan dah gantung kuali di minggu terakhir bulan puasa ni, tapi saya still dengan aktiviti masak-memasak jugak, acaner, dah memang Mr.R suka benar dengan air tangan tembam saya ni, ahaha. So tahun ni masih mengekalkan rekod yang sama, tak berbuka puasa di luar, tak pergi pasar ramadhan :))

Baru-baru ni saya memborong pop-pop di Mydin, murah giler kot, satu kotak besar tu ada 50 kotak kecil yang hanya berharga RM20.00, so satu kotak dalam 40 sen gitu, murah kan, kedai Maniam kat rumah mak saya tu jual satu kotak seringgit, perghhh, cekik darah betul, jom korang, kalau nak beli pop-pop, pergi beli kat Mydin, jangan beli kat kedai Maniam, ahaha, macam lah korang tahu kedai Maniam tu kat mana.

Dah lah, saja je nak update blog walaupun mood dah sampai ke petang raya pertama, hihi. Ehh, by the way, lirik dam dam dum bunyi mercun dah tak sesuai sekarang, so boleh tukar ke pop pop bunyi pop pop, ok dah cukup melalut, bye.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.


Wednesday, August 15, 2012

NAK NI.... NAK NI....


As Salam.

Bila raya nanti, saya hanya berkehendakkan yang ini sahaja, lemang yang lembut lagi lemak berkrim disukai saya dengan rendang daging atau ayam, nyum nyum nyum.

Tak sabar rasanya ni, lagi beberapa hari je lagi boleh menikmatinya. Juadah yang lain tu kalau tak ada pun tak mengapa tapi lemang dan rendang adalah suatu kemestian.

Merata-rata penjual lemang bila tiba musim perayaan kan, kalau dapat yang sedap tu, nasib baiklah, kalau tak, terus pangkah, lepas ni tak payah lah beli di tempat yang sama lagi.

Sekian.


Tuesday, August 14, 2012

SAYA SUDAH LEMAU, BAGAIMANA DENGAN ANDA ?

As salam.

Barang sesiapa di antara kamu yang masih lagi merasa bersemangat waja nak ke tempat kerja, korang memang superb lah weh, clap clap clap, saya dah masuk zon nak melangut je, nak bersiap ke tempat kerja pun rasa m.a.l.a.s, huhu.

Kat desktop office pun saya dok mainkan lagu raya jer, lagi lah terasa tak sabar nak beraya. Siapa cakap, kanak-kanak je yang teruja nak beraya, saya rasa saya pun dua kali lima teruja macam dia orang, ahaha. Biarpun tiada kampung untuk dituju, kemeriahan raya tu tetap terasa bila dah berkumpul bersama keluarga. Actually, saya paling suka moment macam ni lah, lagi beberapa hari nak raya, perasaan menunggu nak menyambut raya tu lain macam :))

Dah lah ehhh, lemau nak mengarang panjang lebar, semua orang dah mood nak bercuti raya je ni.


Friday, August 10, 2012

ALHAMDULILLAH

As salam.

Baca tajuk tu pun secara tak langsung kita dah sebut Alhamdulillah kan :)









* gambar dari senyomdesign.com, tq *

Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah S.W.T. Huraian maksudnya adalah segala  yang kita ada semuanya adalah milik Allah S.W.T. Bila ada orang  yang memuji kita hebat, handsome, cantik, pandai atau pun kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah S.W.T dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa taksub dengan kelebihan yang kita ada kerana itu semuanya adalah kurniaan dari Allah S.W.T. Sentiasa ucapkan Alhamdulillah juga adalah tanda kita bersyukur terhadap segala nikmat dan rezeki yang Allah S.W.T kurniakan pada kita.

Bila ucapan Alhamdulillah diucap dengan ikhlas, nescaya kita akan dibalas dengan Rahmat dari Allah S.W.T dan sesiapa yang diberi rahmat, insyaallah akan bertambah nikmatnya.


Thursday, August 9, 2012

BILA RAYA MESTI SEDONDON EHH

As salam.

Tell you, dari dulu lagi saya dan family tak pernah sedondon bila menyambut raya, family saya selalu dengan tema nya yang tidak asing lagi, tema bubur cha cha, ahaha, pakai lah apa warna yang korang suka pun, mama takde hal :) Actually, dah lama orang praktikkan pakai sedondon untuk sefamily kan, bila bergambar tu cantik katanya.

Tahun ni baru saya nak try berdondon dondon dengan family, itu pun kak long yang request nak baju sama warna dengan mama katanya, baiklah anak-anak, untuk first raya boleh lah kita berdondon dondon, ehhh jangan tak tahu, saya ada kawan yang prepare baju sedondon untuk family dia sekurang-kurangnya sampai hari raya ke 5, korang ada kawan macam ni ? (mesti kawan saya tengah senyum baca statement ni)

Salah satu sebab musabab yang saya tak suka sedondon ni sebab saya tak suka stress bila nak buat pemilihan baju untuk dia orang, eiiii koser tau, bila mata nampak kain baju yang cantik dan berkenan tapi tak boleh beli sebab warna tema adalah lain, sedih ok.

Pokok pangkal berbalik pada masing-masing lah kan, kalau yang suka sedondon, makanya berdondon dondon lah nanti di pagi raya, pada yang tak suka, pakai lah apa yang korang rasa cantik dan selesa :))


Wednesday, August 8, 2012

SHIBAM DAH ADA RESTORAN ?

As salam.

Kelas awak Shibam, baru 4 tahun berblog dah boleh ada restoran, kih kih kih.


Patutlah hari tu ada kawan di office ni yang buat lawak, wah akak sekarang dah ada restoran, senyap-senyap je ye, rupa-rupanya di area rumah saya memang wujud restoran shibam ni.

Nak royalti boleh ?

Tuesday, August 7, 2012

MAMA BUAT, MIMI PUN NAK BUAT LAH

As salam.

Kalau kat rumah tu, selain dari milo, teh o adalah minuman kegemaran dia orang. So selalunya bila dah buat teh o, saya akan simpan uncang teh dalam fridge untuk digunakan macam petua orang dulu untuk letak di mata bagi menghilangkan sembam dan lingkaran di bawah mata.


Dia pun sebok nak buat juga, sabar je lah. Best tau letak uncang teh ni, sejuk je. Kalau nak diikutkan banyak lagi petua orang lama yang bukan sahaja mudah dan murah untuk diperolehi, malahan sangat berkesan.

Masa zaman anak dara dulu lagi lah, siap ambil daun bunga raya lah, letak santan lah kat kepala sebab nak mencantikkan rambut, semua tu penangan baca petua kat suratkhabar, asal baca je nak cuba, hihi. Kita kena amalkan selalu lah, kalau baru buat sekali pastu tak buat dah, memang takde result yang baik lah.

Ehh, macam-macam petua lagi lah yang ada, antara kita nak ikut dengan tak nak je. Korang amalkan petua apa pulak ?


Monday, August 6, 2012

MACAM MACAM :)

As salam.

Hari ni kita orang cuti sempena Nuzul Al Quran. Macam biasa lah, bila orang Selangor bercuti je, KL mesti jadi lebih sesak dari biasa, especially tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membuat persediaan raya nanti. Macam biasa juga, waktu cuti macam ni, saya tak akan kemana-mana, duduk dendiam kat rumah je, dah tak ada benda yang nak dicari lagi, semuanya sudah cukup :))


* gambar google, tq *

Saya plan nak masak sotong hari ni. Korang pandai makan janggut sotong tak ? Kat rumah ni kan, kalau masak sotong, semua orang tak makan janggut sotong tu kecuali Mr.R. Saya lagi lah, dah cuba beberapa kali nak makan, tapi asal nak masuk dalam mulut je, saya feeling-feeling kaki dia tu bergerak-gerak dalam mulut, over betul. Anak-anak pun tak pandai nak makan, semua makan yang bahagian badan sotong je, nak buang janggut tu rasa sayang pulak kan, nasib baik ada peminat tegar janggut sotong kat rumah tu.

Setakat hari ni, saya masih berjaya untuk tidak ke pasar ramadhan. Ramai juga kawan-kawan yang komplen kata tahun ni semua harga kuih dan lauk-pauk dah naik, pada yang terpaksa membeli tu, bersabar je lah ye. Pada yang sempat memasak tu, selagi ada daya ni, masak je lah :)

Korang dah buat kuih raya ? Tahun ni saya tak dapat nak buat lah, semuanya main tunjuk-tunjuk je, sebelum ni dah berniat nak buat, tapi mengenangkan si budak Hakeem yang excited tengok saya buat kuih, saya nak terap kuih, dia pun nak terap jugak, saya nak gelek tepung, dia pun nak gelek jugak, makanya simpan je lah hasrat tu, jom bantu orang yang berniaga kuih raya, kita pakat-pakat beli dari dia orang.

Ok, cukup lah ni dulu, nanti kita sambung borak-borak lagi ehhh.


Friday, August 3, 2012

JADILAH ORANG YANG BAIK

As salam.

Saya sangat suka dengan kata-kata ini :


Semua orang pernah buat silap kan, bila dah buat silap, cepat-cepat  minta maaf dan cuba perbaiki diri dan cuba lah untuk berubah menjadi lebih baik dan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. Saya sendiri selalu buat silap, tapi saya tak boleh nak paksa orang lain untuk melupakan dan memaafkan kesalahan saya, saya tiada hak bila mereka tak habis-habis nak mengungkit perkara yang dah lama berlalu.

Dah agak lama juga saya praktikkan biarlah dia orang nak fikir apa, nak buat apa, janji saya tidak akan mengulangi membuat perkara yang menjengkelkan di mata mereka, saya akan terus berbaik-baik dengan orang yang nak berbaik-baik dengan saya, yang penting, saya sudah lama memaafkan perbuatan orang lain walaupun mereka tidak pernah meminta maaf dengan saya. Saya percaya hati yang ikhlas akan memberi pulangan yang baik :))

Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, saya sendiri suka dengan perubahan positif yang saya dah buat ni, semoga ianya berkekalan, aamiin.


Thursday, August 2, 2012

TIPS SEMPAT MEMASAK :)

As salam.

Hari ni nak tulis panjang lebar lah, dah lama saya tak mengarang di blog ni.  Tajuk kemain lagi kan, nak bagi tips bagai, hihi. Actually kan, tak payah bertips tips pun, semua pun tahu cara nya, antara nak buat dengan tak buat je. Anyway, dalam bulan puasa ni lagilah kita kena pastikan apa yang kita plan nak sediakan untuk family tu akan sempat untuk disediakan. Pada kawan-kawan yang sering tersangkut dalam traffic jam tu memang dah tak boleh nak buat apa lah kan, dapat balik awal pun tapi still sampai lewat ke rumah, so memang tak sempat nak memasak. 

Kawan-kawan saya kat FB memang manja tau, hampir setiap hari inbox message tanya saya masak apa, bla bla bla, bulan puasa ni saya tak share gambar makanan atau cerita pasal menu,  itu yang masing-masing asyik message jer nak berkongsi idea nak prepare untuk berbuka, saya layankan aje. Pastu dia orang siap pelik bin ajaib kenapa saya sempat masak semuanya sebelum berbuka sedangkan ada antara kawan-kawan saya yang dapat pelepasan balik di bulan puasa ni seawal jam 4 petang pun tak sempat nak memasak. Alhamdulillah, rezeki saya bekerja berdekatan dengan rumah, saya balik pukul 5 petang, paling lambat saya sampai ke rumah jam 5.30, paling cepat pun 5.15 petang. Yang menjadi persoalannya, bilamana ada kawan-kawan yang sampai ke rumah sama waktu dengan saya pun still tak sempat nak memasak, so kita kena plan kerja-kerja kita bagi memudahkan proses masak memasak ni.

Kebetulan pula dalam bulan puasa ni, kak long banyak betul kerja sekolah yang perlu disiapkan, pastu dia ada trial untuk PMR mulai minggu ni sampai minggu hadapan, so setakat ni dia tak dapat nak berganding bahu dengan saya di dapur, setiap kali saya balik kerja dia mesti dengan timbunan buku-buku sekolah kat meja belajar dia, kesian pula nak kacau dia tengah menelaah, so nak tak nak, mama kena jadi super pantas dan cekap di dapur :)

Ok kawan-kawan, ini antara apa yang saya praktikkan semenjak bulan puasa ni, let's check it out. Saya mulakan dengan permulaan hari sewaktu sahur. Setiap hari saya bangun jam 4.30 pagi untuk panaskan nasi dan lauk pauk dan bancuhkan air. Pukul 5.00 pagi kita orang semua bersahur dan korang, please please please, jangan sambung tidur atau baring-baring or golek-golek lepas siap bersahur tu, jom kita prepare bahan-bahan yang nak dimasak untuk petang nanti. Tak mengapa korbankan waktu bergolek-golek tu, yang penting petang nanti tak terkocoh-kocoh nak buat semua tu. Kita ada masa dalam sejam atau lebih sikit untuk prepare bahan-bahan ni, memang sempat nak buat kesemuanya.

Setiap minggu saya dah sediakan menu untuk dimasak, so saya just ikut jadual tu untuk menyediakan keperluan bahan-bahan. Korang pun boleh buat macam ni, kalau tak nak prepare jadual mingguan, at least fikirkan sehari sebelum, so that korang boleh beli bahan-bahan dan sediakan apa yang patut sebelum memasak. Janganlah hari ni nak masak, petang ni baru nak beli bahan-bahannya, nanti balik baru nak kena siang ikan ayam, bersihkan sayur dan sebagainya, memang lah tak sempat sayangku. 

Macam petang ni saya nak masak ikan tenggiri masak pindang, sayur kobis goreng, sambal udang, telur masin dan roti gulung sardin. Masa sahur tadi, saya dah siap keluarkan ikan dan udang dari freezer dan letak kat fridge biasa tu, dah siapkan hiris / tumbuk bawang-bawang yang diperlukan dan masukkan dalam bekas. Sayur kobis dah siap dipotong dan dibasuh. Roti gulung sardin pun dah siap. Cili mesin memang dah siap sedia ada dan sudah selamat merebus telur masin sambil buat kerja-kerja menyediakan bahan-bahan tadi. Kalau korang nak goreng ikan or ayam, boleh je bubuh garam dan serbuk kunyit sesiap dan simpan balik dalam fridge, balik nanti terus goreng je, ikan goreng pun jadi lebih sedap sebab dah lama diperap :)

Petang nanti, sampai rumah je terus masuk ke dapur, keluarkan kesemua bahan-bahan dari fridge dan terus mulakan memasak. Lepas berbuka, saya hanya bagi tumpuan pada ibadat sunat yang lain dan boleh masuk tidur seawal jam 10 malam untuk memastikan saya merasa segar dan cergas untuk menjalani rutin yang sama sepanjang bulan puasa ni.

Makanya peribahasa kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih tu memang betul betul betul :)


Wednesday, August 1, 2012

GENG BAIK ?

Selamat Sejahtera.

Biasa lah kan, budak-budak umur macam Mimi dan Hakeem ni, kejap baik, kejap berpeluk, kejap main sama-sama, lepas tu tiba-tiba je dengar salah seorang menjerit, dah biasa sangat, so kalau terdengar salah seorang menjerit, mama cool jer, hihi.


Overnya Mimi, pejam-pejam mata lagi tau.


Mimi dah macam buat persembahan tarian dari masyarakat orang Asli Maori, ahaha.


Ni memang masa tengah berbaik sungguh-sungguh ni, ambil gambar siap boleh pegang tangan adik, dan adik siap boleh bye-bye lagi.

Sekian.