Friday, September 28, 2012

MESTI DENGAR DARI KEDUA BELAH PIHAK

As salam.

Saya dan kaunter informasi memang sukar untuk dipisahkan. Yes, information counter kata orang putih, segala macam pertanyaan atau pun kemusykilan, boleh jer nak tanya kat saya, antara saya tahu nak menjawab atau pun saya tak koser nak menjawab, ahaha.

Saya pun tak tahu kenapa dia orang suka refer kat saya, mungkin muka saya nampak macam serba tahu atau pun ayat best dia, muka yang bijak, so segala persoalan boleh diselesaikan oleh saya, sesiapa yang sedang loya tu, maksudnya ada simptom pendengki dalam diri dia, muahaha.


Lepas ni, saya nak ada ruang sebijik macam kat atas ni, sesiapa nak jumpa saya,  boleh aje, tapi sila ambil nombor dulu, masalah mudah kena bagi last, masalah kronik mesti jumpa dulu, wahhh gitu. Walau apa jua masalah yang kawan-kawan kongsikan dengan saya, saya selalu suka ambil pendekatan dengan lebih banyak mendengar dari mengeluarkan pendapat terlebih dahulu, sebabnya, mudah sahaja, kalau A selalu kata B tak semenggah, mesti ada sebab kenapa B selalu menjadi tak semenggah, senang je teorinya kan.

Contoh termudah yang saya boleh bagi : kalau Amy selalu cerita kat saya yang suaminya tak betah duduk di rumah, ada je alasan yang suami dia bagi untuk keluar rumah, balik kerja sekejap, tukar baju, nanti keluar balik, bila anak-anak dah tidur baru nampak kelibat suami, hahh begitulah selalunya citer Amy pada saya. As a friend, jangan sesekali join membuatkan Amy pening kepala dengan mengatakan, entah-entah Amy, suami awak ada perempuan lain kat luar tak, mesti dia ada benda yang nak dibuat, sebab tu lah selalu takde kat rumah, no no no, jangan jadi tukang penyedap cerita ok, not good !

Saya selalu ambil pendekatan macam ni, bila Amy bercerita tentang masalah suami yang selalu takde kat rumah tu, saya akan tanya semula pada Amy, awak ada bincang dengan suami tak ? Pernah tanya dia kenapa selalu nak keluar ? Macam saya, sebab saya kenal sikap Amy macam mana, so sedikit sebanyak saya boleh tahu kenapa suami dia tak betah duduk di rumah, saya bolehlah bagi sedikit pandangan untuk Amy, ada orang lelaki ni spesis yang tak suka rumah bersepah tapi dia sendiri pun tak nak menolong, jadi nak buat macam mana, kalau dah suratan takdir dapat suami macam tu, nak tak nak, kita kena kemaskan rumah tu sebelum dia balik.

Kalau dia tak suka rumah bersepah, dah tahu timing dia selalu balik rumah pukul berapa, pastikan keadaan rumah dah senonoh, baru lah berbunga hati suami tu, kena mengalah je kita sebagai isteri ni, dah selamat nikah baru nak tahu peel sebenar, acaner ? takkan nak hantar suami balik rumah mak bapak dia pulak, kenalah hadap situasi tu dengan ikhlas, saya percaya, mula-mula kita buat dengan terpaksa, lama-lama kita akan jadi redha, samalah macam situasi saya, dari mula kahwin tak pandai masak, dapat suami yang tak suka beli makanan kat luar, nak tak nak, kena lah belajar memasak, dari mula, sakit-sakit hati sebab tak boleh beli lauk pauk kat luar, lama-kelamaan jadi syok pulak masak-memasak,  pengakuan ikhlas ni tau.

Ni baru satu contoh je saya bagi, pendek kata, walau apa pun masalah yang kita dengar, pastikan jangan dengar dari sebelah pihak aje, mesti dapatkan penjelasan dari pihak satu lagi, baru kita akan tahu cerita sebenar dan boleh bagi pandangan dari kita pandai-pandai jatuhkan hukum kat orang lain.

Sekian dari saya yang feeling-feeling nak jadi kaunselor, muahaha.


Thursday, September 27, 2012

HARI NI HARI KHAMIS, 27/9/2012

As salam.

Semalam saya EL, ambil cuti untuk menjaga anak bongsu yang demam. Sehari sebelum tu dia dah mula nampak ada tanda-tanda nak demam, so saya just bagi ubat demam yang memang sentiasa ada stok kat rumah, tapi malam tu badan dia makin panas pulak, bawak ke klinik dan dapatkan antibiotik untuk dia.

Tahu sangat peel dia kalau tengah demam, peel yang sangat tak suka nak makan ubat dan banyak meragam, saya ambil cuti untuk jaga dia, selagi boleh, saya tak akan susahkan mak saya melayan karenah dia yang sangat-sangat menduga kesabaran semasa demam, so lebih baik saya yang melayan dia, kesian nenek nanti, mesti stress nak melayan peel dia.

Pagi tadi, alhamdulillah, dah beransur baik sikit, memang nak kena makan antibiotik juga baru nak nampak kesan nya. Hari ni saya masuk kerja macam biasa dan berharap sangat si bongsu tu cepat sembuh seperti sediakala.


Ehhh, tadi cerita pasal anak demam, tiba-tiba ada gambar makanan pulak, well, makanan dan saya kan ibarat aur dengan tebing, ibarat isi dengan kuku :) Kat atas tu intro sedikit untuk hari ni, gambar ni untuk entry kat blog, hihi.  Sesiapa yang ada anak-anak tengah membesar macam saya ni mesti ada buat benda yang sama macam saya buat. Sentiasa kena ada simpan stok kudapan untuk anak-anak. Setiap minggu mesti kena ada bajet untuk membeli kudapan yang dia orang suka.

Yelah, zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu, asal teringat nak beli sesuatu je, minta duit dengan mak, pastu pergi kedai beli sendiri, sekarang ni, kedai semua jauh dari rumah, so kena lah beli stok sesiap, bila dia orang nak makan, senang, semuanya dah ada. Ye ye ye, saya tahu, ada makanan ringan untuk kudapan dia orang tu, memang tak digalakkan makan selalu, sesekali boleh lah kan, or senang cerita, makanan ringan tu sebenarnya untuk mama dia orang, muahaha.

Tiba-tiba sekian dan bye-bye.


Wednesday, September 26, 2012

UNTUK FOLLOWERS & PEMBACA

As salam.

Ye, entry ni saya nak tujukan khas untuk followers dan pembaca blog sekalian. Saya kena mentioned followers sebab yang follow tak semestinya membaca dan pembaca blog tak semestinya followers blog ni :))



Dah nak masuk 4 tahun ada blog, lately saya rasa terharu sungguh dengan komen-komen yang saya dapat. Betul tu, setiap entry saya paling banyak pun ada 1 atau 2 komen sahaja, tapi saya appreciate semua yang sudi tinggalkan komen sebab saya sendiri jarang tinggalkan komen walaupun saya rajin membaca sesuatu blog.

Follower blog saya pun tak ramai, itupun tak menjadi masalah sebab saya pun jarang follow blog orang lain juga. Lately ni unique visitors pun bertambah dari sehari ke sehari, terima kasih buat kalian yang sudi menjengah blog yang memang tidak seberapa ini, kedengaran agak klise ataupun selalu dengar kan, tapi itulah kenyataannya, blog saya cuma berkisar tentang kehidupan saya yang biasa-biasa je, saya bukannya seorang blogger yang suka shopping, yang rajin melancong, yang pandai memasak macam blogger lain.

Thank you sekali lagi ye, blog yang tiada keistimewaan ni tetap menjadi pilihan bacaan kawan-kawan di masa lapang :) Paling terharu ada yang tinggalkan mesej di page Shibam Jelita di Facebook, terima kasih kerana sudi tinggalkan mesej yang sweet untuk saya kak Anisah :)

Terima kasih sekali lagi :))


Tuesday, September 25, 2012

ADAM DAN HAWA

 As salam.

Meletop-letop sekarang drama ni, amboi amboi amboi, semua feeling feeling jadi Ain Hawani kan, feeling feeling Am yang macho lagi handsome tu syiok dengan korang, pastu korang main cak cak dengan dia, sekejap rindu, sekejap marah, over tau korang.


Ain ada Ammm                                                    Saya ada Aummm, ahaha

Contohilah saya, tak feeling pun dengan Am sebab saya ada Aumm.  Ehhh, sudah-sudah lah gelak tu, realitinya kita kena berpuas hati dengan apa yang ada di sekeliling kita, jangan pandang yang kita tak ada, hadap lah yang kita ada, kedengaran macam redho di situ ye, muahaha.

Panjang giler drama ni, ada 80 episod, lambat lagi nak habis. Hari ni baru episod 18 :))


Monday, September 24, 2012

RESEPI SAMBAL SOTONG

As Salam.

Asal hari Isnin jer mesti ada yang monyok jer muka tu bila nak ke office, lemau je nak pergi kerja kan, see,  sekarang bukan biskut je yang lemau, kita pun kadang-kadang lemau, so biskut lemau dah ada geng, wuwuwu, merepek nya saya, sila abaikan.

Hari tu saya masak sambal sotong, menu lain, ada ikan bakar cicah air asam, telur dadar dan sup sayur, cukup lah tu, alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Korang masak tak kat rumah tu ? Kalau busy, pandai-pandailah curi masa sikit untuk hidangkan air tangan kita untuk family tersayang ok :)


Sambal sotong yang menjadi kegemaran semua, makan dengan nasi putih. Kat rumah tu kalau buat nasi lemak mesti dengan sambal ikan bilis jer, kalau sambal lain semua slow sikit. Korang pun pandai buat sambal sotong yang gorgeous ni kan, kalau ada kawan yang baru nak belajar buat sambal sotong, saya share resepinya ye.

Bahan-bahan

5 ekor sotong sederhana besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu besar bawang kuning
2 senduk cili mesin
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya

Cara memasak :

Panaskan minyak secukupnya (untuk mendapat sambal yang sedap, pastikan minyak adalah cukup untuk menggaringkan cili). Masukkan bawang merah, bawang putih, tumis hingga garing dan naik bau nya. Masukkan cili mesin, kacau dengan api yang sederhana perlahan sehingga betul-betul garing. Masukkan sotong dan kacau sehingga masak, masukkan air asam jawa secukupnya, garam dan bawang besar yang sudah dihiris.  Sedia untuk dihidang.

Korang jangan masak sotong terlalu lama ok, nanti sotong akan jadi keras ataupun liat. Selamat menumis sambal :)


Friday, September 21, 2012

JADILAH ISTERI YANG DISENANGI

As salam.

Untuk tatapan dan renungan saya, kawan-kawan yang berstatus isteri dan bakal bergelar isteri.


Saya sudah menjadi isteri selama 16 tahun dan saya berdoa semoga saya akan terus menjadi isteri yang menyenangkan hati suami untuk masa-masa yang mendatang, aamiin.

Kadang-kadang tu ada terasa takutnya bila dengar kisah kawan-kawan yang mempunyai masalah dalam rumahtangga masing-masing, yang baik saya jadikan tauladan, yang buruk saya jauhkan. Saya ingat kata-kata kakak di tempat kerja saya dahulu, jadi suami isteri ni katanya, makin lama sepatutnya makin sayang menyayang , makin lama sepatutnya makin dimanja-manjakan, makin lama sepatutnya makin rindu-rinduan, jangan sesekali bagi ruang dan peluang untuk pasangan mencari kasih sayang, merindu dan bermanja dengan orang lain.

Jadilah isteri yang disenangi suami, jaga lah makan minumnya, indah kan lah kediamannya, dan layani lah kemahuannya, insyaallah, rumahtangga kita akan baik-baik aje :)


Thursday, September 20, 2012

PORCH SAYA PADANG PERMAINAN SAYA

As salam.

Hari tu dah cerita pasal rumah saya taman rekreasi saya kan, so konsep kali ni pun sama juga, porch saya padang permainan saya, hihi. Sekarang ni anak-anak memang selesa main kat dalam kawasan rumah je. Pintu gate tu pun saya dah kunci kan, sebab budak kecil tu suka main meluru keluar begitu sahaja, sangat merbahaya kan, so sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, kita kena lah selalu beringat.


Baru-baru ni, ada dua orang budak remaja mengalami kemalangan motor di kawasan berhampiran rumah saya ni, seorang meninggal dunia dan seorang lagi koma. Kedua-duanya baru berumur 14 tahun, memang kecoh lah masa tu bila dengar berita tentang accident ni. Sebelum ni pun ada banyak kali kejadian budak-budak bermain basikal yang bergesel dengan kereta, mana tak nya, rumah masing-masing ada 3, 4 biji kereta, tak muat parking di porch rumah, kena lah parking di luar rumah, bila dah parking di luar, ruang jalan semakin sempit, mana lah anak-anak selesa nak berbasikal di luar, silap-silap tercalar atau terkemek pula kereta orang dilanggarnya dengan basikal tu.

Bila hujung minggu baru lah anak-anak berkesempatan nak bawa basikal masing-masing ke taman, main lah kat situ puas-puas, tak payah risau pasal kereta atau motor yang bersimpang siur. Hari-hari biasa, porch ni lah jadi padang permainan dia orang :)


Wednesday, September 19, 2012

FOTOSTAT

As salam.

Biasalah tu, dah nama pun anak, mesti lah ikut rupa mama atau babah masing-masing, apa yang nak dihairankan. Kalau anak tak ikut rupa mama atau babah, dia orang nak ikut acuan siapa pulak ?


Saya dah lali sangat dengan statement macam ni : eiii, fotostat betul korang dua beranak ni, sama betul dua beranak ni dan kalau jumpa mak-mak saudara mesti dia orang cakap, kau masa anak dara macam ni lah sebijik rupanya serta ada satu lagi statement wajib yang sepatutnya saya makan hati setelah mendengarnya, but knowing me, adakah saya kisah ? muahaha. Ini lah satu lagi statement yang selalu saya dengar : anak beranak ni kan, muka, mata, senyum, kulit semua serupa betul macam mama dia tapi ..... ada tapi nya kawan-kawan, tapi, nasib baik tinggi, slim tu ikut babah :)

Saya masa sebaya kak long ni memang dah menembam jer dan potensi ini saya nampak ada pada Mimi, maka bertabahlah wahai Mimi, muahaha.


Tuesday, September 18, 2012

MATA DUITAN ?

As salam.

Dah habis raya pun kawan-kawan, duit raya anak-anak korang dah masukkan dalam bank ? Dah ke belum ? Kalau dah bagus, kalau belum, haippp, gi masukkan cepat, dikhuatiri kejadian gunakan dulu duit raya anak-anak dengan alasan akan diganti kemudian akan berlaku ye.


Siapa mata duitan tu ? Saya lah, siapa lagi, tak kan saya nak kisahkan korang pulak, muahaha. Nak bagi pencerahan sikit ehhh, saya kategori mata duitan yang kalau boleh nak menyimpan duit je selalu, bukan kategori mata duitan nak perabihkan selagi stok masih ada, harap maklum ehhhh.

Duit raya anak-anak tahun ni, alhamdulillah, murah rezeki dia orang. Minggu kedua raya hari tu saya dah siapkan masuk dalam akaun masing-masing, standard lah, kak long punya akaun lah paling banyak, dah dia anak sulung, of course lah simpanan dia lagi banyak dari adik-adik yang lain.

Saja masukkan duit tu lebih awal, kalau tak nanti, ada je alasan dia orang nak gunakan duit masing-masing, tahun ni masing-masing gunakan RM100. je untuk beli apa yang dia orang suka, selebihnya mesti masuk bank, besok lusa nak sambung belajar ke, nak buat itu ini senang, masing-masing dah ada simpanan.

Pesanan saya : jangan sesekali keluarkan duit dari akaun anak-anak untuk kegunaan diri sendiri :)


Friday, September 14, 2012

MARI AMALKAN

As salam.

Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan, especially kalau kita pergi makan di luar, mana lah nak tahu, so kita boleh amalkan sama-sama, semoga kita semua dilindungi dari perbuatan khianat ni.



Mencegah itu kan lebih baik dari mengubati. Insyaallah, kalau kita amalkan, mudah-mudahan segala niat tidak baik tu tidak akan berjaya dilaksanakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Salam Jumaat dan selamat bercuti :))


Thursday, September 13, 2012

MIMI & HAKEEM

As salam.

Orang dewasa yang sepatutnya boleh tolong Mr.R basuh kereta semuanya buat muka seposen jer, budak-budak bawah umur ni yang beria-ria nak menolong. Bagus betul, beriya-iya ditonyoh nya tayar kotor tu sampai berkilat, clap clap clap. 


Sambil tolong basuh kereta babah, masa ni lah saya akan kongsi cerita dengan anak-anak, Mimi, nak tahu tak, kat office mama kan, dulu kan, ada seorang ni kan, dia kan, pastu kan, sekarang kan, bla bla bla, nanti dia bagi lah pendapat bernas tahap kanak-kanak bijak dia tu, syok ohhh, berborak dengan Mimi. Borak dengan Hakeem lagi best, cerita lah apa pun kat dia, pastu dia angguk-angguk, tanda setuju lah tu, muahaha.

Korang pun sama tau, kalau baik macam mana pun dengan kawan-kawan lain kat office tu, ada cerita yang patut di simpan sendiri tu, janganlah nak share pulak cerita-cerita tu semua, kita tak boleh nak judge orang, nampak macam boleh percaya, rupa-rupanya dia lah tukang penyampai cerita, dari dulu saya amalkan, apa juga cerita panas atau sejuk kat office tu, lambat laun akan ada orang lain yang tahu juga nanti, yang penting mereka tahu bukan dari mulut saya, saya tahu saya simpan sorang, ehhh silap, saya tahu, Mimi & Hakeem pun mesti tahu.

Sekian.


Wednesday, September 12, 2012

BOSS BARU LAGI

As salam.

Saya memang jarang bercerita mengenai keadaan office atau kerja saya dalam blog ni, sungguhpun ini blog saya, suka hati saya lah nak cerita apa pun kan, tetapi saya tak boleh jadi bodoh nak cerita semua dari A - Z, ianya langsung tidak praktikal untuk di ceritakan di blog sebab saya tahu ada pembaca blog ni dari kalangan kawan-kawan office saya juga, mana lah nak tahu kan, di buatnya dia orang pedajal kat saya, tunjuk cerita dalam blog saya ni kat boss kesayangan dia orang, padan muka saya, muahaha, so dari terjadi nya perkara yang memudaratkan yang datangnya dari tindakan kurang bijak saya sendiri, lebih baik saya berkongsi cerita ni dengan Mimi atau Hakeem sahaja, ahaha.

But this time, saya just nak share pasal office kita orang dapat boss baru lagi and this is the fifth year saya di office ni, ikutkan hati memang saya dah bosan kat sini sebab surrounding office dah tak sebest dulu, semakin lama semakin suram, tak happening, tapi apakan daya, saya dah sign surat nak pencen umur 60 tahun, marilah datang bekerja dengan hati yang penuh tawaduk.

Lima tahun bekerja, ada lima orang boss, office korang ada ? Kenapa selalu bertukar boss ye ? Ada yang tak kena ke ? Nak tahu ? Kalau nak, meh jumpa saya, kita mengopi kat kafe sambil borak-borak, nanti saya cerita dari A - Z, nak cerita kat sini tak boleh, kat sini ramai spy, muahahha. Apa-apa pun kita orang semua happy sebab dah ada boss yang baru setelah berbulan-bulan tanpa boss, dengan adanya boss baru ni, kerja kita orang semua akan jadi lebih teratur.

Tell me, di office mana yang tak ada politik ? Semua tempat pun sama sahaja, antara kita pandai menyesuaikan diri atau tidak sahaja ? Saya ? kena ke tempias politik di pejabat ? Nak tahu ? Samalah macam statement kat atas tu, jom jumpa borak-borak, nanti saya cerita :))

Bye-bye.


Tuesday, September 11, 2012

UPSR START HARI NI

As salam.

Hari ni anak bertuah saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Kalau dulu kak long dapat 4A 1B untuk UPSR, kini tiba giliran angah untuk menduduki UPSR dan sama-sama kita tunggu resultnya nanti. 


Kita sebagai ibu bapa ni, biasalah kan, tanggungjawab kita, hantar anak ke tuisyen, suruh dia belajar, buat latihan, semuanya sudah disuruh, sekarang ni tanggungjawab dia sendiri untuk memastikan apa yang dah diusahakan tu boleh dilaksanakan dengan baik.

Saya tahu kemampuan anak-anak saya dan setakat ini alhamdulillah, saya tak pernah membezakan kebolehan dan kepandaian di antara satu sama lain, saya sokong jer apa yang dia orang nak buat, kesimpulannya bila kita yakin anak-anak dah berusaha, anak-anak kita sudah berdoa dan kita juga akan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja untuk anak-anak, insyaallah, apa juga keputusannya nanti, kita akan redha :)

Pagi ni sebelum dia pergi sekolah, dia cium tangan dan pipi saya macam biasa, yang buat saya sebak sebab dia cakap, mama, doakan angah boleh jawab soalan dengan baik, angah nak dapat banyak A juga macam kakak, terus menitik-nitik air mata saya masa tu juga. Mana lah ada mama yang tak doakan anak-anak dia supaya jadi bijak pandai kan, sob sob sob. Insyaallah angah, result angah nanti pun akan jadi sebaik kak long.

Sekian.


Monday, September 10, 2012

RESEPI FILET IKAN MASAM MANIS

As salam.

Seronok korang ye, saban minggu ada aje jemputan rumah terbuka yang nak dihadiri, semua pakat dok simpan periuk belanga dan menggantung kuali ye. Tahun ni adalah raya yang paling tidak efficient untuk saya, banyak undangan rumah terbuka yang saya tak dapat nak hadiri atas komitmen kak long dan angah yang setiap minggu perlu menghadiri kelas tuisyen untuk UPSR & PMR. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan, boleh lah enjoy beraya untuk tahun hadapan, fikir positif adalah langkah yang bijak :))


Kali ni menu saya, udang masak lemak cili api, sup cendawan & tomato dan filet ikan masak masam manis. Menu yang sangat simple tapi as usual sangat sedap :))

Jom saya share resepi filet ikan ni :

Bahan-bahannya :

2 keping filet ikan haruan (goreng terlebih dahulu)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning
Daun bawang
Sedikit halia
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa


Cara memasak :

Panaskan minyak secukupnya, tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga garing, masukkan sedikit air, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan masukkan sedikit garam dan kacau, selepas mendidih, masukkan filet ikan yang telah digoreng tadi bersama-sama dengan hirisan bawang besar dan daun bawang, gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

Sekian.




Friday, September 7, 2012

MIMI & AYIP

As salam.

Anak saudara saya semuanya ada 4 orang dan kesemuanya lelaki, so bila berkumpul tu memang Kak Long  akan membosan sebab takde geng tapi takde hal buat si Mimi, dia ni dengan sesiapa pun dia boleh ngam, antara dia orang rajin dengan malas jer nak layan karenah dia, muahaha.


Ni Mimi dengan Ayip, antara sepupu yang rajin melayan karenah dia. Gedik-gedik ambil gambar bersama, kalau si angah, ermmm, confirmed dia malas nak melayan adik sendiri, sabar je lah.

Minggu depan, Ayip dan angah akan menduduki peperiksaan UPSR. Ayip dan angah, nanti baca soalan betul-betul tau, jawab elok-elok ye, semoga dapat keputusan yang cemerlang nanti, aamiin.

Thursday, September 6, 2012

BISKUT LUTUT

As salam.

Siapa suka makan biskut ni ? Yeayy, gimme five ! Banyak nama untuk biskut ni, antaranya biskut tongkat lah, biskut pinang, biskut keras, biskut bulat lah, saya gelarkan biskut ni biskut lutut sebab kat bahagian atas biskut tu ada rupa ala-ala kepala lutut baby, kalau ala-ala kepala lutut saya, terus tukar nama jadi biskut lutut godang, muahaha

Selalu dapatkan stok biskut ni dari emak saya yang rajin membeli kalau dia ada balik ke Melaka. Favourite saya bila dicicah dengan air teh tarik, perghhh, memang sedap, saya memang suka makan macam ni untuk  minum petang. Kalau mak saya lagi hebat, dari sarapan pagi membawa tengok TV di waktu malam pun dia boleh layan biskut lutut ni cicah teh o.


Ni pulak sebalang besar untuk letak di office. Bila teringin, saya bancuh teh tarik dan cicah, memang terbaik.




Wednesday, September 5, 2012

BIRAS

As salam.

Biras bermaksud isteri / suami kepada ipar kita. So ni saya dan biras-biras saya, kami 4 orang semuanya dalam keluarga mertua, tapi yang dalam gambar cuma bertiga :)


























Keluarga mertua saya kesemua anak-anaknya yang seramai 6 orang tu adalah lelaki, so kesemua menantu mestilah perempuan kan, saya menantu sulung dan gelaran saya di pihak suami adalah mak long dan saya terasa sangat otai bila dipanggil mak long :)


Tuesday, September 4, 2012

TAK HABIS LAGI NAK CERITA PASAL RAYA


As salam.

Hari Sabtu yang lalu adalah hari untuk keluarga Mr.R datang beraya ke rumah kita orang. Alang-alang dah dia orang nak datang tu, saya ajak mak abah saya sekali datang beraya, lagi ramai lagi meriah kan. Itulah, nasib baik ada hari raya tau, kalau takde raya, memang tak datang lah ipar duai saya ni, nama je kita orang duduk dekat-dekat tapi time raya je baru kunjung mengunjung, dia orang lah, memanjang nya busy busy busy, saya je tak busy :))

Tahun ni untuk raya, saya tak beli apa-apa pun yang baru untuk rumah, just susun atur perabot yang sedia ada je, tapi yang kelakarnya, adik ipar saya dan mak saya dok ingat kita orang tukar lampu baru untuk raya,  huhuhu, tak sesia Mr.R membasuh dan membuang segala habuk kat lampu tu, terus nampak bersinar-sinar macam lampu baru :)


Untuk malam tu saya masak nasi putih, sup ketam & fishball, udang masak lemak cili api + pucuk paku, salad telur berulamkan timun & tomato dan ayam goreng berlada. Buah-buahan pisang dan tembikai. Niat di hati tu nak buat sejenis dua pencuci mulut tapi tak kesampaian sebab kak long & angah takde kat rumah pagi - petang tu, masing-masing ada aktiviti di sekolah dan tempat tuisyen. Mr.R ambil tugas ke pasar dan tolong saya basuh kesemua bahan-bahan nak masak tu sementara saya menyelesaikan membasuh baju, mengvakum, mengemop dan kerja-kerja lain lah, phewww, nasib baik dia orang datang malam, so semua nya sempat disiapkan.

Abah saya dah ready nak makan, saya rasa seronok sangat sebab abah, mak dan kedua-dua mertua berpuas hati dengan air tangan saya hari tu, bertambah-tambah dia orang makan. Alhamdulillah, hilang rasa penat memasak :))

Sekian.


Monday, September 3, 2012

RESEPI BIHUN GORENG YANG MUDAH

As salam.

Biasalah, di bulan raya ni, mesti ada je tetamu yang bertandang ke rumah kan. Macam korang lainlah, korang buat open house bagai, so tetamu datang serentak masa hari tu je, saya tak buat open house, so sepanjang bulan raya tu memang sentiasa je ada tetamu yang bertandang, terima kasih pada yang sudi hadir walaupun saya tak buat open house. Kunjung mengunjung di hari raya tak perlu tunggu jemputan dari tuan rumah, tapi sekarang ni memang dah ramai yang tak praktikkan macam ni :(


Macam biasa juga, bila musim beraya ni, segala bahan mentah mesti sentiasa disediakan dalam fridge, kalau tak ada tetamu yang bertandang, boleh je digunakan untuk menjamu family sendiri. Alhamdulillah, kawan-kawan atau saudara mara yang bertandang mesti call saya untuk bagitahu dia orang nak datang beraya, makanya dapatlah saya menyediakan sedikit juadah untuk dia orang.

Kali ni saya gorengkan bihun je, cepat dan senang untuk disediakan.

Ini cara-cara saya menggoreng bihun ye :

Bahan-bahan :

Bihun (rendam seketika)
Cili giling secukupnya
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Ikan bilis / udang / ayam (ikut suka untuk perencah)
Taugeh
Daun Kucai
Fishball / Fishcake
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 biji telur (dadarkan dan dihiris)
Garam secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang merah & putih sehingga garing, masukkan cili giling dan tumis sehingga garing, masukkan perencah, saya gunakan udang sebagainya perencahnya, tambahkan sedikit air, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, fishball, fishcake dan garam secukup rasa, masukkan bihun dan gaulkan sebati, akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan telur dadar yang telah dihiris, gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Hiriskan beberapa batang cili hijau, tambahkan sedikit kicap dan perahkan beberapa biji limau kasturi, gaulkan sebati untuk dimakan bersama bihun goreng ni, gerenti tetamu puas hati :)