Friday, November 30, 2012

TERIMA KASIH PROF. DR. MUHAYA

As salam.

Saya rasa kawan-kawan pun sedia maklum yang Facebook ni memang ada baik dan buruknya kan. Ia akan menjadi baik kalau kita tak salah gunakan. Di Facebook saya memang aktif like page penceramah agama, motivasi dan tak lupa juga artis kegemaran, saja suka-suka nak ikuti perkembangan dia orang.

Dalam ramai-ramai penceramah yang saya dah like tu, page Prof. Dr. Muhaya dan Sham Kamikaze selalu  memberi status-status yang sangat terkesan di sanubari ni. Bagus betul ungkapan ayat dia orang di Facebook tu, sedikit sebanyak memberi kesan yang positif dalam diri ni.

Ini antara kata-kata Prof. Dr. Muhaya yang baru dia letak di status beberapa hari yang lalu : Setiap hari niat nak berfikir baik, rasa baik dan berbuat baik. Jaga dunia dalaman setiap saat. Niat berinteraksi dengan penuh kasih sayang dan hormat dengan semua makhluk Allah.  Jangan buat suatu yang kita tidak suka orang buat pada kita. Ada banyak lagilah kata-kata positif dari Prof. Memang sangat sesuai dijadikan panduan.

Sham Kamikaze pun sangat best sebab dia selalu menasihati dengan cara yang baik, antaranya :  Mungkin kita patut cuba mulakan dengan diri kita, akui kesilapan kita lantaran kejahilan dan mengikut telunjuk nafsu. Insya Allah kita akan dibantu Allah SWT sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk baiki diri. Paling best bila ada status ni : Kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat, silakan menutupnya ya :) Allah Maha Pengampun.

Tersentuh tak ?


Thursday, November 29, 2012

DEMAM DURIAN

As salam.

Yeahhh musim durian datang lagi, kat rumah tu memang best, semuanya pencinta durian, sekali hadap boleh licin semua. Tapi kena makan berpada-pada lah ye, lepas tu minum air kosong bebanyak.


Durian mentah and pulut, very the sedap okay. Memang ramai yang tak pandai makan macam ni, percayalah korang bahawasanya ia adalah sangat sedap.



Jalan-jalan ke Midvalley semata-mata nak beli durian crepe ni, memang berbaloi and sedap. Try juga muffin yang fillingnya penuh dengan isi durian, pun sedap :)  


Durian crepe lagi. 1 paket ni RM5.00. Saja beli dari kawan yang ada jual di FB, tapi memang susah nak dapat rasa yang lebih kurang sama dengan yang saya pernah beli di Midvalley tu.


First time rasa durian udang merah, memang kena lah dengan tekak saya, bahkan saya rasa ianya adalah lebih sedap dari musang king.

Sekian laporan dari pencinta durian :)


Wednesday, November 28, 2012

LOL

As salam.

Biar gambar bercerita :)


Memang pun, nak sentap ke tak ni ? Tak pe lah, lepas ni masuk toilet saya snap 1 photo jer, muahaha.


Tuesday, November 27, 2012

DEBAB MAMA DAH DAPAT HADIAH

As salam.

Nak citer pasal si debab saya ni lagi. Itu je lah antara cerita yang boleh dikongsi di blog saya ni, cerita-cerita panas, cari gaduh dan sebagainya tak ada ye, harap maklum, hihi.



Ni lepas saya mekap kan sebelum dia ke konsert tempohari, kejap-kejap dia tengok cermin dan betulkan rambut dia sambil kemam-kemam bibir dia dok betulkan lipstick merah tu. Mimi, you so comel but you so debab, please diet Mimi, ehhhh suruh anak pulak berdiet, mama dia tu yang kena diet (berkata-kata korang di dalam hati kan kan kan, ahaha)


Mimi dah mendapat idaman hati dia,  memang saya janji dengan dia, kalau exam dapat markah yang baik dan buat persembahan yang terbaik semasa konsert, mama akan belikan. Hari Sabtu tu konsert, hari Ahad esok tu juga saya bawa dia beli idaman hati dia ni. Bila dah dapat tu of course lah suka senyum je dan tak habis-habis cakap terima kasih mama terima kasih mama terima kasih mama :)

Monday, November 26, 2012

MASAK MASAK MAKAN MAKAN

As salam.

Sekejap je dah masuk minggu ketiga anak-anak bercuti, wahai cuti sekolah, tolong lah jangan cepat berlalu, saya sedang menikmati mu, muahaha.

Ni antara koleksi masak-masak saya, biarlah orang lain ada banyak koleksi handbag, kasut mahupun baju, saya pula banyak koleksi lelemak, muahaha. Annoying jer taip muahaha untuk effect gelak-gelak ni kan, macam kan nak paksa korang gelak sekali tapi saya suka :)

No 1 tu saya mencuba menyediakan lasagna, first time buat, not bad rasanya, lepas ni boleh buat lagi sebab bahan-bahan yang dibeli hari tu masih ada lagi. Yang no 2 tu saya buat nasi impit goreng, tak cukup bahan pun tapi rasa nya tetap sedap.

Asam pedas sardin + kentang yang memang sedap, besok tu buat pula cekodok kosong dan cicah dengan kuah asam tu, perghhh terbaik ! Last sekali tu nasi lemak yang memang enak dimakan setiap masa, lepas makan mesti mata layu, mulut terkuap-kuap jer.


Kuey teow kungfu ni bukan saya yang masak, yang ni saya order je, perghhh sedap makan time hujan-hujan ni.

Makan sedap-sedap, makan banyak-banyak, bersenam malas-malas, lelemak bertambah-tambah, muahaha.


Friday, November 23, 2012

I LIKE

As salam.

Pada peminat drama Adam & Hawa seperti saya ni memang tak kan merasa bosan dengan setiap episod nya yang meleret leret tu, mana tak nya, nak bagitahu pasal hubungan sebenar Adam & Ain pada Johan & Azie pun boleh terlajak sampai beberapa episod kan kan kan. Tapi saya tak kisah, saya layan jer, saya suka jer, paling lawak bila ada yang komplen entah apa-apa lah, meleret leret lah, tapi still nak layan drama tu, how ehhhh ?


sumber gambar dari FB Adam & Hawa, tq dan sila like beramai-ramai okay :)

Episod hari Rabu lepas antara dialog Am yang saya paling suka dan terkesan di sanubari bilamana saat Adam & Ain berduaan di dalam bilik tu dan Ain cakap yang dia tak secantik orang lain, pastu Am pulak respond cenggini : Biar tak cantik di mata orang tapi cantik di mata suami, wuwuwu, I like okay ! Like sesangat sebab it happened to me laaaa, cuma beza dia sikit je sebab saya memang dah cantik, muahaha cuma saya tak slim macam orang lain so biar lah tak slim dan tinggi melampai macam model janji nampak comel di mata suami (sedapkan hati sendiri ni, ahaha)

Sesiapa yang tengok drama ni dan dia terjatuh cinta dengan watak lelaki romantis seperti Am adalah orang  normal, gimme five, sesiapa yang tak tersentuh tu, aiyooooooo no comment, hihi.


Thursday, November 22, 2012

6 RINGGIT SAHAJA

As salam.

Ye korang, saya beli seluar ni  6 ringgit sahaja, murah sesangat, ehhh ke korang ada ter pernah beli yang lagi murah dari ni :) Saya suka sebab seluar dia potongan ala pallazo gitu dan material dia sangat selesa dipakai .  Faham-faham je lah kalau kat rumah tu macam-macam kerja nak dibuat, so saya kena pakai seluar yang selesa.


Saya beli 2 helai, satu lagi warna hijau, siap ada poket okay, kiri kanan pulak tu, macam-macam boleh letak dalam poket. Banyak saiz yang ada, of course saya ambil yang besar, tengok lah tuan dia besar mana kan. Saya beli ni kat kedai Maniam, kalau korang nak boleh lah datang kedai Maniam dan pilih sendiri warna apa yang korang suka. Sesuka hati bagitahu kat kedai Maniam macamkan korang tahu kedai Maniam ni kat mana, muahaha.


Wednesday, November 21, 2012

IKUT TREND KATANYA

As salam.

Bebudak remaja sekarang ni kalau bergambar kemain lagi kan, kalau zaman saya dahulu kala, bila bergambar mesti nak sehabis cun baru boleh snap, ambil gambar pula dengan negatif filem, kalau bila dah cuci dan hasilnya tak cun, harus kawan yang snap tu kena bebel, muahaha. Bebudak sekarang kalau bergambar lagi penyet muka tu lagi cun kaedahnya, lagi moncong mulut tu lagi terbaik lah konon.

Takpe, acik pun nak try juga ambil gambar muka penyet dan mulut moncong ni, nasib baik ada kak long yang nak melayan mama dia. Eiiiiiiii terasa nak cubit-cubit pipi sendiri sebab terasa comel pula bila bergambar macam ni, panggggggggg sekali, muahaha.


Tuesday, November 20, 2012

DAH BESAR DEBAB MAMA NI

As salam.

Sabtu lepas Mimi ada konsert di Bangi Golf Resort, kita orang semua pergi support dia. Konsert start pukul 8.30 malam, tapi dari pukul 8 pagi Mimi dah ingatkan saya suruh sediakan itu ini, memang seronok sungguh dia nak ke konsert tu. Mana taknya, saya ingatkan dia hanya masuk satu acara je, rupa-rupanya sampai 4 acara okay :)

Kat sini saya share gambar untuk satu performance dia aje, yang ni dia involve dalam Welcome Dance, lepas tu dia kena berlakon pula, lepas tu nyanyi koir dan last sekali jadi lead singer untuk lagu perpisahan dan lagu Negaraku. Dalam dewan tu memang suara dia je yang bergema sebab dia sorang je yang dapat microphone, genetik atok dia lah tu, suara kuat, muahaha.

Kemain comel masing-masing bila buat persembahan.

Sakan berlatih setiap hari sampaikan dah cuti sekolah pun kena hantar ke tadika untuk practise, hasilnya, tiada langkah yang sumbang, clap clap clap


 Debab mama ni dah habis pun bersekolah tadika, tak sabar nak tengok dia masuk Darjah 1 next year.


Motif gambar ni nak bagitahu kat korang bahawasanya orang lain semuanya tengah enjoy makan dengan menu sedap yang disediakan tu, saya sorang je tak makan, gigih tak gigih tak gigih tak kengkonon berdiet tak makan malam walaupun di siang hari makan macam takde hari esok, muahaha.

Monday, November 19, 2012

SATU HARI TU TERSENYUM AJE

As salam.

Wuiii banyak syok masing-masing kan, minggu lepas kerja beberapa hari je, ada yang tak kerja langsung, menyambung nyambung cutinya ye. So hari ni mood bekerja amacam ? O.K ke K.O ?

Ni nak citer masa birthday saya hari tu, satu hari tu tersenyum aje : Memang pun, dari pagi celik mata sampai kan nak pejam mata untuk tidur, memang senyum aje, seronok sangat, kalau lah boleh meraikan hari jadi tu sebulan, kan ke best. Sepanjang hari tu dapat ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga, macam biasa statement saya : terasa diri sungguh disayangi, muahaha.

Family along yang datang khas untuk makan-makan sambil meraikan birthday adik perempuan kesayangan nan seorang ni.


Macam biasa, abah saya yang membacakan doa yang baik-baik untuk anak-anaknya. Macam biasa juga, rasa sebak sangat setiap kali dengar suara abah berdoa.


Pengakuan ni tau, inilah saya dengan baju yang dari pagi pergi kerja membawa ke malam tak sempat-sempat nak bertukar baju sebab semua orang dah tak sabar nak makan dan meraikan saya. Terima kasih banyak-banyak kat mak sebab sponsor semua juadah malam tu.


Kek red velvet yang super sedap. Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada saya melalui moment indah ini :)


Friday, November 16, 2012

JOM JADI ISTERI SOLEHAH

As Salam.


Sama-sama kita ingat-mengingati dan semoga suatu hari nanti, anak-anak lelaki kita pun akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap kita sebagaimana dia melihat betapa baik dan bertanggungjawab bapa nya melayan ibu nya dengan baik.

Selamat berhujung minggu.

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH

As salam.

Salam Maal Hijrah semua. Selamat menyambut tahun baru 1434 H. Semoga kita semua akan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.


  
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Seseiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Mahgrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.


Sekian.

Monday, November 12, 2012

RM115.04

As salam.

Best betul ke tempat kerja hari ni, jalan raya lengang, tak sampai 10 minit dah boleh sampai ke office, sekian laporan lalu lintas dari saya, harap maklum.


Dapat cek lagi dari Nuffnang. Thank you Nuffnang dan macam biasa, orang tak penyabar macam saya ni bila nampak dah cecah seratus je saya cash out kan. Alhamdulillah, dapat lah RM115.04. Sikit je ehhh ? Tak mengapa lah, sebab blog saya kan blog tak famous, dapat RM115.04 pun dah cukup bagus, muahaha.

Datang kerja semasa ramai yang bercuti adalah best, tetiba rasa office ni saya yang punya, lalalalala.

Friday, November 9, 2012

THANK YOU PADA YANG MEMBACA

As salam.

Selalunya masa weekends memang saya tak update blog langsung, makanya bila tengok ada 444 pageviews di malam minggu adalah sesuatu yang luarbiasa untuk blog tak famous ni.


Terima kasih lah pada yang singgah dan membaca entry-entry saya yang lepas untuk mengisi masa lapang korang di hujung minggu :)

Next week ada 2 hari cuti umum untuk kita semua, ramai kawan-kawan yang dah ambil cuti dan ada yang ambil cuti tambahan direct seminggu, waaah best betul korang ehhh, selamat bercuti ye. Musim cuti sekolah kali ni beserta dengan musim hujan, kalau ada perancangan nak kemana-mana, pandai-pandailah set masa yang sesuai dan berhati-hati di jalan raya.

Selamat bercuti panjang semua :)

Thursday, November 8, 2012

NI MEMANG STYLE DIA

As salam.

Setiap orang mesti ada gaya tidurnya yang tersendiri. Kalau kat rumah tu, hrmmm, sekejap ehhh, saya tak akan cerita gaya tidur Mr.R dan saya sebab ianya adalah rahsia, muahaha. Kalau kak long, bila dia tidur tu, mata dia memang tak tertutup rapat. Si angah pulak bila tidur mulut ternganga manja dan tangan mesti atas dahi, kengkonon fikir masalah negara lah tu.


Ni sytle Mimi bila tidur, saya selalu kacau dia, sengaja je saya turunkan kaki dia tu, tak sampai 5 minit, mesti dia naikkan balik kaki tu. Satu lagi bab bantal, letak lah, susun lah kepala dia elok-elok atas bantal tu, sekejapan je dia menyelinap balik bawah bantal, haihhh macam-macam.

Tahukah korang bahawasanya tidur berdengkur juga adalah satu style, ehhh macam-macam melodi yang terhasil bila orang berdengkur tau, style lah tu, muahaha.


Wednesday, November 7, 2012

TAK JEMU JEMU

As salam.

Semalam seharian seronok menyambut hari ulang tahun, kemain lagi kembang kuncup hidung kesukaan terima banyak ucapan dan doa yang baik-baik dari kawan-kawan. Seharian berasa di awang awangan, rasa macam nak sambut birthday tu untuk sebulan, melampau kan.

Mana tak nya, semalam, bangun pagi celik mata je, mak abah, Mr.R dan anak-anak dok pakat nyanyikan Allah Selamatkan Kamu, sampai terjaga si Hakeem dari tidur, sampai office, kawan-kawan pula nyanyikan lagi Happy Birthday, malam pula diraikan lagi oleh keluarga dengan acara makan-makan, terharu sungguh, terasa diri sungguh disayangi, muahaha.

Itulah keistimewaan hari ulang tahun yang disambut setahun sekali, semoga saya berpeluang untuk menyambutnya lagi dimasa-masa akan datang, aamiin.


Tajuk tak jemu jemu tu untuk citer Hantu Kak Limah Balik Rumah ni hahhh, memang tak pernah bosan dengan cerita ni, dah berapa kali tengok pun boleh tergelak sakan. Cerita ni ada aura dari cerita-cerita lama arahan Tan Sri P.Ramlee, memang akan jadi evergreen. Kalau hujung minggu tu rasa macam dah tak ada apa nak buat, anak-anak dengan aktiviti masing-masing, memang cerita ini lah saya layan kat laptop tu.

Korang suka tak cerita ni ?


Tuesday, November 6, 2012

BARU 38 TAHUN

As salam.

Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk saya bernafas lagi di bumi nya ini. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain menyambut ulang tahun bersama orang tersayang.


Hari ni saya baru berusia 38 tahun, jauh lagi perjalanan yang akan saya tempuh, insyaallah. Saya dah ada keluarga yang melengkapkan kebahagiaan saya, saya sudah ada kerjaya yang menjamin masa tua saya dengan pencennya nanti, ahahha, saya sudah ada rumah untuk berteduh, saya sudah ada kereta untuk ke sana dan ke mari, saya telah dikurniakan kesihatan yang baik walaupun berat badan dah melangkaui paras obesiti, saya ada almari pakaian yang penuh dengan baju-baju yang cantik di mata saya, saya masih ada ibu bapa dan kedua mertua bersama-sama saya, saya masih ada adik beradik dan ipar duai yang memeriahkan hidup saya, syukur syukur syukur.

Apa lagi yang saya mahukan ? Saya mahu dipercepatkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah, insyaallah. Kawan-kawan tolong doakan ye. Terima kasih semua.

Monday, November 5, 2012

DAH 4 TAHUN, CLAP CLAP CLAP

As salam.

Semalam 4 November 2012, genaplah 4 tahun saya ada shibamjelita.blogspot.  Sekejap je dah 4 tahun, kalau ada anak tu dah boleh masuk tadika dah pun. Setakat 4 tahun ni dah ada 1338 entry, satu entry setiap hari dan tiada entry langsung masa weekends.


*image dari google, tq*

Kalau masa setahun dua mula berblogging dulu, satu hari sampai 2, 3 entry, entah apa-apa yang dimerapu kan.  Sekarang tak kuasa, 1 hari 1 entry sudah, buat entry pun untuk bacaan sendiri dan terima kasih pada yang rajin singgah untuk baca coretan saya ni. Saya memang suka baca balik entry lama-lama tu, mengimbau kenangan sungguh. Walaupun dah 4 tahun ada blog tapi follower still tak ramai sebab saya sendiri pun tak rajin nak follow orang apatah lagi nak tinggalkan komen diblog kawan-kawan yang lain, saya selalu baca je.

Saya suka ada blog sebab saya suka tulis apa yang saya rasa saya nak tulis, bukan sebab nak kejar duit nuffnang, nak dapat ramai follower dan saya akui saya memang tak pernah join mana-mana gathering pun, saya suka kenal dan baca melalui blog sahaja.  Cuma ada satu sahaja yang saya buat setelah 4 tahun ada blog, saya sesuka hati create page Shibam Jelita di Facebook walaupun saya tahu tak akan dapat banyak like macam page orang lain tapi saya tetap nak buat, ahaha, ehhh not bad tau, terus ada pengomen setia di sana, thank you kak Anisah, rajin bagi komen dan berkongsi cerita dengan saya di page FB tu dan terima kasih pada kawan-kawan lain yang sudah like dan sentiasa baca bila saya update di FB :)

Satu je yang tak boleh disangkal bilamana nama saya sendiri semakin tenggelam sebab kebanyakan kawan-kawan yang mengenali akan memanggil saya dengan nama shibam.  Saya akan terus berada di shibamjelita.blogspot kerana saya suka walaupun lepas ni tiada pengunjung yang ramai seperti blog orang lain, ianya tetap tidak akan mematahkan minat saya untuk terus menulis.

Saya berblog sebab saya minat, itu sahaja :)


Friday, November 2, 2012

SETUJU USTAZ, SAYA SOKONG !

As Salam.

Kawan-kawan saya rajin share statement-statement yang menarik ni di FB, so yang ni saya nak share di blog :


Betul sangat tu Ustaz, saya setuju 100%. Insyaallah untuk anak-anak saya nanti, kalau dipanjang kan umur dan ada rezeki untuk saya menerima menantu, saya mengimpikan menantu perempuan yang mempunyai asas agama yang baik dan menutup aurat serta pandai memasak manakala untuk anak perempuan pula saya mengutamakan latar belakang pendidikan agama nya supaya dia dapat menjadi ketua keluarga yang baik untuk anak-anak saya.

Orang lelaki menjadi ketua keluarga, kesimpulannya dia kena ada asas agama yang baik sebelum berumahtangga sebab lepas berkahwin, isteri dan anak-anak adalah dibawah tanggungannya, bukan saja dari segi nafkah keluarga, dari segi dosa pahala juga.

Saya percaya bahawasanya rumahtangga yang bahagia dan sejahtera datangnya dari sikap ketua keluarga itu sendiri, baik latar belakang agamanya, insyaallah akan baiklah semuanya :)


Thursday, November 1, 2012

BAB NI .... SERAHKAN SAHAJA PADA SAYA :)

As salam.

Semenjak ada boss baru ni, kehidupan kami di office semakin semenggah dengan boss yang best, semoga boss akan terus best sampai bila-bila. Masa meeting tempohari, ada boss suarakan untuk penambahbaikan di office, makanya sebagai memenuhi permintaan boss, saya dan kawan office pun pergi lah membeli apa yang patut.


Boss yang cadangkan untuk sediakan satu sudut untuk tetamu yang sedang bermesyuarat untuk menghilangkan dahaga, so saya order kan satu dispenser air tu dan beli lah barangan yang diperlukan, antaranya mug, nescafe 3 in 1, milo 3 in 1 dan 2 jenis biskut. Tak lupa juga saya belikan kotak tisu yang super comel dan jambangan bunga yang comel juga untuk meja mesyuarat. Maka terhasil lah pemandangan seperti di atas.

Kawan office yang ikut serta hari tu terpaksa bersabar dengan karenah saya semasa memilih jambangan bunga untuk hiasan di meja comel tu. Sekejap nak yang merah, sekejap tukar ke kuning, terjatuh hati pula dengan maroon, last last ambil purple ni, sabar je dia orang dengan saya, dalam hati hanya dia orang je yang tahu, muahaha.

 Tak dilupakan meja di sudut menonton ni, saya beli alas meja dan dihiasi dengan bunga kuning dalam bekas yang comel.

Tak banyak mana pun yang dibeli tapi perubahan yang sedikit itu lah memberi impak yang sangat mengujakan, wahhh teruja sangat, sendiri beli, sendiri susun atur, sendiri teruja, ahaha.