Tuesday, February 5, 2013

PECAH REKOD

As salam.

Hari ni dah pun 5 Februari,  alhamdulillah, Mimi semakin dapat menyesuaikan diri dengan jadual sekolah agama dan sekolah kebangsaannya. Senang aje nak dikejutkan waktu pagi, ceria sungguh nak ke sekolah, paling tak boleh blah dengan menu bekalan dia untuk ke sekolah, setiap malam sebelum tidur dah bagitahu sesiap nak bawak apa untuk esok, dalam kepala takde lah nak ingat benda lain, ingat makan makan makan aje, sebijik macam babah dia, muahaha


Pensel warna Mimi. Kejadian ni selepas seminggu sesi persekolahan tempohari, macam biasa, setiap malam saya akan pastikan alatulis dan kelengkapan sekolah dia tip top, yang tak tip top nya adalah keadaan pensel warna tu lah, sehari sebelum tu semuanya sama panjang, selang sehari dah jadi kontot macam tu, bila ditanya kenapa boleh jadi pendek sampai macam tu, dengan penuh bergaya dia menjawab, pensel tu tak tajam seperti yang dia mahukan, sabar aje lah.

Dulu masa kak long dengan angah sekolah, pensel warna boleh tahan sebulan dua, kira dah cukup bagus tau,  bila zaman Mimi bersekolah ni, pensel warna tahan seminggu dua je, kelas ko Mimi, muahaha. Mimi pun dah pecah kan rekod bab botol air, hari kedua persekolahan botol air dah pecah kat kantin, lagi apa ehhh, bab alatulis pun sama gak ni, dia yang pecah kan rekod kak long dengan abang, eraser hilang setiap hari, pembaris patah dua dalam masa seminggu.

Kat rumah tu saya dah boleh jadi kedai tau, pensel warna, pembaris, eraser, pensel dan sharpener dah ada stok  untuk setahun !


2 comments:

Ct NoArizah Aris said...

Dulu masa anak2 baru masuk sekolah sy pun menghadapi masalah sama dan buat stock byk2 untuk mereka rupa2 nya bukan sy sorang aje ramai lagi ibubapa yg buat cara dan ada masalah yg sama.

Memang cara yg bijak beli stock untuk setahun :))

adarnadzmie said...

betul tu kak... anak2 saya mesti ada jugak benda dlm beg sekolah yg ilang setiap hari... hehe...